|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
Muzalifah
Ifah
Langkawi, Kedah
muzalifah05@yahoo.com
Saya
ingin dapatkan resepi masakan char koew teow yang paling
best sekali. Yang mana satu char koew teow yang
betul kerana setiap kali saya makan ada dua jenis ~ satu
yang berkuah dan satu lagi jenis kering. Harap puan dapat
membantu saya.
Jika
anda sukakan jenis basah, tambahkan sukatan air untuk bahan
A. Kacau dan angkat sebelum kuahnya kering. Jika anda suka
jenis kering, ikut sukatan di bawah. Kuay teow yang enak
tentulah lembab sedikit dan taugehnya masih belum masak
betul (rangup sedikit).
CHAR KUEY TEOW
100 ml minyak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
300 g udang sedang - buang kulit kecuali ekor
1 keping kek ikan - dihiris nipis
500 g kuey teow
200 g kerang - direbus & kupas
150 g taugeh - dibuang ekor
1 sudu besar pes cili
3 biji telur
4 tangkai daun sup
4 tangkai daun bawang
3-4 sudu besar bawang goreng
garam secukupnya
Bahan
A (campur):
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar pes cili
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu besar air
Cara
membuat:
1.
Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Gorengkan bawang
putih hingga kekuningan.
2.
Masukkan udang dan kek ikan. Kacau dan ketepikan di dalam
kuali.
3.
Bubuh kuey teow dan kacau cepat-cepat. Masukkan bahan A
dan gaul sebati.
4.
Kaup bahan gorengan ke tepi kuali, pecahkan telur di tengahnya.
Biar 1 minit sebelum menggaul semuanya sekali.
5.
Akhir sekali, masukkan kerang, taugeh, daun bawang, daun
sup dan bawang goreng.
Siti
Rohimah
Pulai, Johor
siti_rohimah@yahoo.com
KEK
BAU HANYIR

Baru-baru
ini saya ada membuat kek coklat, tetapi setelah 2-3 hari,
bau hanyir telur timbul pada kek tersebut. Bagaimana caranya
nak menghilangkan bau hanyir telur tersebut?
Utk menghilangkan bau hanyir, buangkan
bahagian putih telur yg pekat
dan berlendir (pusatnya). Gunakan telur yg segar dan cuba
cari jenis ORGANIK.
Vanilla hendaklah diletakkan pada langkah akhir (sebelum
memasukkan kek ke dalam tin) kerana dengan cara ini, kewangiannya
akan kekal lama. Ada orang memasukkan serbuk vanillin bagi
menggantikan vanila.
MENGAPA
ROTI DI KEDAI LEBIH LEMBUT?
Bagaimana
caranya untuk mendapatkan roti manis yang sangat lembut
dan gebu seperti yang di jual di kedai? Saya telah membuat
roti manis dan melakukan saranan puan iaitu menambahkan
bread improver dan softener mengikut sukatan yang disuruh,
tetapi hasil roti saya masih tidak sama (kelembutannya)seperti
yang terdapat di kedai.
Roti di kedai lebih lembut dan gebu kerana mereka menggunakan
mesin menguli yg sangat berkuasa (power). Jika menguli dengan
tangan, tekniknya harus betul dan tepat. Di kedai juga ada
tempat khas utk tujuan 'proofing' atau mengembangkan doh
(bersuhu hangat), jadi, kegebuan doh tetap terjamin. Sebaik
saja tempoh 'proofing' selesai, roti terus dibakar dalam
ketuhar yg sesuai penggunaan industri dan juga tahan lasak.
Inilah antara faktor kenapa roti yg kita buat di rumah,
dibakar di dalam oven yg biasa, tidak boleh mencapai tahap
kelembutan roti di kedai.
Namun
bagi mereka yg mempunyai BREADMAKER iaitu sejenis mesin
membuat roti yg cuma perlu dimasukkan bahan ke dalamnya
(mengikut turutan tertentu), akan mendapati roti mereka
agak sama dengan yg dijual di kedai. Mesin akan membancuh,
mengembangkan doh dan membakarnya sekali... hebat!
cen
chung
cen_chung@yahoo.com
PEMINAT MASAKAN MINTA INTIP RESIPI!

Hi,
kak PUAN NORZAILINA NORDIN saya sebenarnya peminat masakan
Melayu dari Ranau, lebih-lebih lagi kuih-muih Melayu. Saya
bercadang pergi ke luar bandar untuk melanjut lagi pelajaran.
Dengar khabar banyak makanan yang sedap-sedap kat luar bandar
Kota Kinabalu, oleh itu, bolehkah saya minta kak di sini
spy mengenali masakan-masakan Melayu di Kota Kinabalu, dan
apa keistimewaan mengenai kuih-muih di Sabah .
Tidak
banyak kuih-muih Sabah yg saya tahu kecuali dari suku kaum
Kokos iaitu Kuih Bebek, sejenis kuih dari tepung pulut dan
digaul dengan kelapa parut bergaram, dan Kolak, sejenis
bubur pekat yg selalunya menggunakan keladi, keledek atau
lain-lain yg direbus dengan santan dan sagu.
Ia
putih, berbeza dengan bubur di Semenanjung yg kecoklatan
kerana menggunakan gula merah/gula melaka. Jika ada pembaca
dari kalangan penduduk asal Sabah , saya harap dapat memberikan
feed-back supaya kita sama-sama dapat mengenali kuih-muihmereka.
NOR
RAIDAH ZUNAIDAK
Puterajaya, W.P
nrzun72@yahoo.com
TAPAI
ENO

Saya
ada mencuba beberapa resepi sejenis apam yang menggunakan
tepung beras, tapai nasi dan eno. Malangnya setiap kali
mencuba, apam tersebut tidaklah segebu yang saya selalu
beli. Ini membuat saya merasa serik untuk mencuba
resepi resepi yang diperolehi daripada majalah-majalah.Oleh
itu disini saya ingin memohon jasa baik kak Nor untuk mengirimkan
resepi tersebut, jika resepi tersebut ada dalam simpanan
kak Nor.
Apam
agak mudah "tidak menjadi" kerana ia bergantung
kepada yis. Jika menggunakan yis segera (dlm paket), pastikan
ia dibeli di pasaraya (yg kerap dikunjungi) kerana stoknya
akan sentiasa baru. Lazimnya, adunan apam dibiarkan selama
8 jam atau semalaman (sesetengah jenis) supaya elok naiknya
sebelum dikukus hingga masak. Waktu mengukus juga mestilah
berhati-hati kerana wap air yg menitis ke atas kuih akan
merosakkan permukaannya.
APAM AISKRIM SODA
2 biji telur
125 g gula kastor
150 g tepung gandum
165 ml aiskrim soda
1 camt vanila
sed pewarna merah
Putar gula dan telur hingga gebu dan putih. Masukkan vanila,
kacau rata. Bubuh
sedikit demi sedikit tepung, berselangseli dengan aiskrim
soda. Gaul hingga sebati. Asingkan sedikit, warnakan merah.
Lengser acuan dengan minyak, alaskan dengan kertas kalis
minyak (tak perlu jika gula acuan kecil). Ratakan
adunan biasa, titiskan adunan merah. Kukus selama 25-30
min atau hingga kembang. Jika acuan kecil, hanya 15 min.
APAM TEPUNG
240 g tepung gandum
40 g tepung beras
sedikit garam
Air
Gula Melaka
40 g gula melaka
60 g gula merah
150 ml air
2 helai daun pandan, disimpulkan
Adunan
Yis
1 camt gula halus
125 ml air suam
1 camb yis segera
Jerang bahan air gula hingga mendidih, tapiskan dan biar
sejuk. Untuk adunan yis, larutkan gula dan air, taburkan
yis di atasnya dan tutup. Biar ia berbuih.
Campurkan
tepung, garam, air gula dan yis hingga sebati. Tuang ke
dalam loyang yg dilengser minyak. Tutup dan biar kembang
sebelum dikukus hingga masak. Sajikan dengan kelapa parut.
Shuhaila
shaari
Kg Sentosa Pdg Serai, Kedah
shunani2003@yahoo.com
RESIPI
COLESLAW ALA-KFC

Saya
ingin meminta resepi Coleslaw macam di KFC sebab anak saya
suka makan.
COLESLAW
1 batang lobak merah, dihiris halus
2
cawan hirisan kubis
3
cawan air }
1 camt garam } disatukan
3 camb cuka
3 camb gula
sed garam
Bahan
A
150
ml krim masam
3
camb mayonis
1
camb jus limau nipis
1
camb gula
sed
garam & serbuk lada sulah/hitam
Rendam kobis di dalam air bergaram selama 1 jam (letak di
dalam peti sejuk).
Toskan dan gaul dengan cuka, gula dan garam, biar selama
30 min. Satukan A kemudian campurkan dengan lobak dan kobis.
Letak dalam bekas bertutup,
simpan di dalam peti sejuk atau hidangkan terus.
Soa
tchen tan
s_tchen06@hotmail.com
Where
can i buy Rice paper?

Hello.
I'm looking for the vietnam Rice paper. I wonder where can
I get them in Malaysia?
Its
hard to tell because I'm not sure where you're staying.
I presume, KL. If so, then you can try to shop around Taman
Putra Sulaiman, Ampang (turn right at the traffic light
as soon as you pass Ampang Point, assuming you're from KL-Jln
Ampng-KLCC) where many Korean shops are situated. Just follow
the road till you reach Jln Sulaiman 1 or got round to asking them
myself, but if they don't stock it, they might just know
where.
Have
you been to Hock Choon supermarket beside Victoria Stn Jalan
Ampang?
They have loads and loads of goodies from all over the world
because the expatriates shop there. Good luck!
Julia
julia
moshiesb79@yahoo.com.sg

KEPAK
AYAM MADU
12 keping kepak ayam
lidi
buloh (direndam dlm air 4 jam supaya tidak mudah terbakar)
2 camb minyak
Bahan
Sos
3 camb kicap cair
75 ml sos tomato
2 camb sos cili
1 camb madu
2 camb gula melaka, dicincang halus
1 camb cuka
2 camt parutan halia
3 ulas bawang putih, dicincang halus
2 camb air
Satukan bahan sos, perap ayam selama 5 jam atau semalaman
di dalam peti sejuk. Cucuk lidi pada ayam kemudian sapukan
dengan minyak. Panggang atas api atau di bawah gril hingga
keemasan. Renjiskan dengan bahan sos tadi semasa memanggang.
Bila masak, bolehlah diangkat.
Nota:
Bagi 5 min terakhir, jangan renjis bahan sos lagi kerana
sos yg tidak cukup masak mengandungi bakteria (dari rembesan
air ayam semasa memerap).
KASTAM
zone3@streamyx.com

WAFFLE
100
g tepung naik sendiri
1 camt gula kaster
1 biji kuning telur (kecil)
2 camb mentega, dicairkan
1/2 cawan susu segar
sed
garam
½
camt vanila
1
biji putih telur (kecil)
Satukan
tepung, gula dan garam. Masukkan kuning telur, mentega dan
susu
sambil dikacau dengan pemutar belon hingga sebati. Akhir
sekali, campurkan vanila dan pukul rata kemudian ketepikan.
Pukul putih telur dalam bekas dan pemutar bersih (bilas
dengan air mendidih dan lap kering). Bila putih telur kental,
kaupbalikkan ke dalam adunan tepung dan kacau. Lengser acuan
waffle dan tuangkan adunan secukupnya. Tangkupkan dan biar
hingga waffle masak.
Is
Tie
Kemaman, Terengganu
tie2103@yahoo.com

BEZA
TART KEJU & BISKUT TART
Apakah
tart keju sama dengan biskut tart. Jika lain bolehkan puan
berikan
saya resepi tart keju?
Ada
pelbagai jenis tat (tart). Tat paling terkenal tentulah
Tat Nenas. Ada juga orang menggelar tat sebagai pai (pie).
Namun tat selalunya untuk isian/inti manis manakala pai
untuk pedas (savoury).
TAT KEJU
Bahan
Pastri
250 g tepung gandum
1 camb gula kastor
sed garam
125 g mentega
1 biji telur
1-2 camb susu segar
Bahan Isian
100 g mentega
100 g gula kastor
225 g krim keju
1 biji telur
75 g kismis/sultana
1 camt parutan oren
Untuk kulit, satukan 3 bahan pertama dengan mentega kemudian
masukkan telur. Tambah susu hingga adunan menjadi doh (jangan
terlebih uli). Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama
30 min. Canai 4 mm dan alas tin pai 23 cm (alas dengan foil).
Cucuk permukaan tat dan bakar selama 15 min dengan suhu
190 C.
Untuk
isian, pukul gula, mentega dan krim keju hingga gebu. Masukkan
telur, kismis dan parutan oren. Gaul rata dan tuangkan dalam
kulit tat. Bakar semula selama 40-45 min atau hingga keemasan
dan masak.
Apakahayam golek dan ayam percik masakan yang sama? Saya
pernah makan ayam percik yang dibeli di pasar malam. kuahnya
agak pekat. rasanya juga sedap tidak seperti ayam percik
yang saya buat sendiri. Bolehkan berikan saya resepi
ayam percik kerana resepi yang saya ada sekarang kurang
kaw rasanya.
Ayam
Golek selalunya dimasak seekor dan tidak dipotong. Ia dipanggang
di dalam ketuhar dan direnjiskan dengan kuah santan. Manakala
Ayam Percik juga ada pelbagai jenis. Ada Ayam Percik Utara
dan Ayam Percik Pantai Timur.
wahyuning
yurita
Labuan , W.P
ning5044@yahoo.com

TOPPING,
FROSTING & ICING TU SAMA AJE!
Saya cuma ingin tahu apa beza topping, frosting, dan icing
dan bagaimana cara menggunakannnya?
Topping/frosting/icing
adalah sama, hanya sebutan yg lebih ketara samada di UK
atau US atau Australia . Ada pelbagai jenis icing dan jika
anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, sila dapatkan buku
"Seni Menghias Kek" saya (gambar landak coklat
di cover) yg sudah berada di pasaran (versi B.Melayu) dan
boleh didapati di MPH Bookshop atau Times Bookstore (KLCC).
Di dalam B.Inggeris tajuknya "Over The Top".
Yusnizah
Adam
yuzalinda28@yahoo.com
CARA
BAKAR CREAM PUFF

Saya telah mencuba buat krim puff. Di sini saya ingin bertanya
puan masa membakar krim puff guna api atas bawah ke?
Bakar cream puff dengan api bawah
saja. Pastikan anda mencucuknya dengan hujung pisau tajam
sebaik saja ia keperangan dan masak. Kemudian letak semula
di dalam ketuhar supaya wapnya boleh keluar. Ini akan menjamin
cream puff tetap gebu dan elok.
Lagi
satu dulang untuk membakar puff mesti di balut dengan kertas
timah seluruh dulang atau permukaan atas sahaja?
Hanya balut permukaan atas tetapi
biar bahagian tepinya lebih sedikit supaya
lebih mudah "melipatnya" ke bahagian bawah dulang
pembakar.
Azizah
Mohd Radzi
izah_radzi@yahoo.com
PERBEZAAN
PELBAGAI JENIS TEPUNG

Apakah
perbezaan puff pastry yg dihasilkan oleh tepung yang berlainan
a. tepung gandum
b. low protein flour
c. tepung roti (high protein flour).
Oleh kerana kandungan gluten di dalam
tepung roti lebih tinggi, ia dapat
menghasilkan "lapisan" lebih ketara pada puff
pastry berbanding tepung jenis lain. Namun anda masih boleh
menggunakan tepung gandum biasa walaupun hasilnya tidak
secantik tepung roti. Jika
pastry yang saya hasilkan terlalu berminyak adakah saya
perlu mengurangkan kuantiti butter atau pastry margerine?
Kurangkan butter.
Apakah sebenarnya
fungsi pastry margerine?
Ia tidak mudah meresap ke dalam tepung
(tidak seperti majerin biasa yg lebih "lembut"
dan mudah "cair"), jadi akan membentuk lapisan
yg terlalu nipis dengan lebih ketara. Pastikan anda mengikut
prosedur dan lipatan tepat untuk menghasilkan puff pastry
yg sempurna.
Selalunya
pastry yang saya hasilkan lembut dan sedap dimakan apabila
baru dikeluarkan dari oven. Sebaliknya teksturnya menjadi
keras atau liat selepas beberapa jam. Di manakah kesilapan
saya?
Mungkin juga ia tidak cukup sejuk
semasa anda mencanai dan melipat adunan tersebut. Pastikan
pastry margerine serata dan tidak terlalu lembut bila dicanai.
Pastikan glis tidak meleleh menutupi lapisan pastri. Ia
mungkin juga kerana doh asas terlalu keras, pastry margerine
dari jenis yg agak keras atau kadar lemak tidak mencukupi.
Mohd
Rafee Mohd Yusoff
razlena6@msn.com
RESIPI
SUP AYAM BERKRIM

1 liter susu segar
2 camb tepung gandum
2 camb mentega
1 ulas bawang putih, ditumbuk halus dengan sedikit garam
1 camb gula
2 cawan isi ayam (sudah dimasak)
sedikit garam, serbuk lada hitam
100 ml krim putar, jika suka
Cairkan
mentega, masukkan bawang putih. Kacau hingga wangi. Bubuh
tepung dan kacau atas api perlahan hingga berbuih halus
(jangan biar sampai keperangan). Masukkan susu, kacau dengan
pemutar belon hingga sebati. Bubuh ayam, gula, garam dan
serbuk lada hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan
selama 20 min. Bila sup sudah masak, biarkan suam kemudian
proses atau kisar hingga halus sebelum dihidangkan. Anda
boleh tambah krim putar dan panaskan semula hingga hampir
mendidih supaya sup lebih terasa lemaknya.
TIP: Jika inginkan sup yg lebih pekat, larutkan 2 camt tepung
jagung dengan sedikit air kemudian tuangkan ke dalam sup
dan kacau rata. Renihkan 8-10 min.
Jackjack
energyorange@gmail.com

PERBEZAAN
WHIP CREAM DAN BOUBLE CREAM
Saya
ingin bertanyakan mengenai perbezaan antara whip cream dan
double cream.Saya sering kali membuat sponge cake sebagai
base kpd blackforest atau blueberry.Dan saya sering bertukar2
jenama kirim yg digunakan utk aising fresh creme utk kek
tersebut, menyebabkan quality yg agak tidak consistent.
Harap puan dpt membantu.
Whipping
cream dan Double cream adalah serupa. Untuk kualiti yg sama
setiap masa, belilah sejenis krim putar "NON-DAIRY
WHIPPING CREAM" dari kedai bekalan bakeri kerana ia
lebih mudah dipukul dan lebih putih berbanding krim yg dibeli
di dalam carton (tetra-pack). Anda juga boleh memutar bahan
yg diberi nama SNOW POWDER dengan susu segar untuk mendapatkan
krim yg lebih enak dan lazat.
Yusnina
Arau, Perlis
yusnina@perlis.uitm.edu.my

MASAKAN
DARI TELUR ITIK
Saya
amat meminati kuih kuih tradisional Kelantan yang diperbuat
daripada telur itik. Saya telah mencuba membuat sendiri
kuih jala emas dan ia menjadi. Walau bagaimanapun, saya
ingin resipi-resipi lain yang menggunakan telur itik daripada
yang menggunakan kuning telur (spt kuih tahi itik dll) dan
putih telur untuk simpanan saya pada masa depan. Ini kerana
kuih kuih daripada telur itik sangat mahal berbanding jika
membuatnya sendiri.
Tidak lama lagi Alaf 21 akan menerbitkan
buku SAJIAN PANTAI TIMUR dengan sebanyak 76-80 resepi. Resepi
yg menggunakan putih telur itik juga ada. Harap
sabar menanti kemunculannya. Koleksi ini sangat wajar dimiliki
kerana terdapat pelbagai jenis resepi warisan.
Rosmazwin
rosmazwin@yahoo.com

APAKAH
ITU TEPUNG KACANG HIJAU?
Terima
kasih kerana sudi berkongsi resepi dengan semua. I respect
and admire your spirit in sharing your knowledge with others.
Insyaallah rezeki Puan berganda kerana "good
deeds will surely return". I really learn a lot of
things from your site. Banyak resepi yang saya dah
cuba dan alhamdullillah menjadi. Thanks. It is sometimes
very difficult when you are living overseas and your children
mintak nak makan makanan Malaysia. Terpaksalah mak
modern melayari internet to get the recipe. It is while
searching for Kuih talam and kuih Lapis recipe
that I tersampai kat your site. Bila balik nanti,
I will get the books that you have published. I have one
query for the moment. What is tepung kacang hijau?
is it the same as mung bean flour?
Apa
yg saya perhatikan, ramai yg mungkin keliru dengan tepung
kacang hijau dan tepung hoen kwee (juga tepung sejenis kacang
hijau dan diimport dari Indonesia, di dalam paket kecil
dengan tulisan warna merah, biru, hijau dll)). Tepung kacang
hijau yg digunakan untuk mem-buat Koleh Kacang, contohnya,
adalah mung bean flour (kacang hijau yg selalu dibuat bubur,
dibuang kulitnya dan dikisar menjadi tepung). Ia adalah
kekuningan dan biasa digunakan untuk menyalut Kuih Tepung
Gomak. Di Msia, ia sering dijual di dalam paket besar 500
g dan dikeluarkan oleh syarikat yg dimiliki orang India.
T.
Rita
trita98@yahoo.com

APAKAH RESIPI TOPPING DONUT?
Saya
ingin mengetahui resipi topping donat seperti pada Dunkin’
Donut. Maksud saya topping yang berwarna putih ataupun pink.
Apakah ianya terbuat daripada coklat putih? Dan bolehkah
puan beri resipi filling dalam kebanyakan donat seperti
di Dunkin’ Donut tersebut, seperti filling strawberry, lemon
dll?
Topping berwarna-warni itu adalah
campuran gula aising (diayak) dengan air panas. Anda hanya
perlu memasukkan sedikit demi sedikit air panas dan kacau
dengan sudu hingga campuran menjadi agak pekat. Bubuh warna
dan sudukan ke atas donat sebelum dihias dengan manek aneka
warna, coklat urai dan bahan lain.
Bahan
inti seperti lemon dan strawberi lazimnya dijual sebagai
PIE FILLING (bahan isian pai, selalu dijual di kedai membekal
peralatan bakeri) dan anda hanya perlu memicitkan campuran
ini ke dalam donat yg sudah digoreng.
batman
hisham@ms.kusza.edu.my

RESIPI
ROTI NAN
500 g tepung gandum
1 biji telur
2 camt serbuk penaik
1 camb gula kastor
sedikit garam
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air (atau kurang)
2 camb minyak
sedikit mentega/marjerin
Gaul
semua bahan hingga rata dan menjadi doh. Bahagi 6. Bulatkan
menjadi bebola kemudian canai menjadi bentuk bulat atau
bujur setebal 1/4 inci. Panaskan ketuhar 240 C, bakar 3-4
min atau hingga masak. Letak nan atas tin pembakar berlengser
minyak. Lebih sempurna mengguna-kan ketuhar yg ada pemanas
atas dan bawah. Jika tiada, perlu terbalikkan bila sebelah
bawahnya masak. Sapu dengan mentega/marjerin dan hidangkan
segera.
2.macam
nana cara membuat kuah sizzling Sila semak semula, saya
pernah memberikan resepi ini.
N
M
fazzgame@yahoo.com

Saya
amat menghargai sekiranya puan dapat berkongsi cara-cara
untuk membuat makanan sejuk beku seperti roti canai, pau,
karipap dan sebagainya. Apakah bahan pengawet yang perlu
dicampurkan untuk meningkatkan tarikh luput makanan tersebut?
Sekiranya
anda bertujuan utk menjalankan perusahaan makanan secara
industri kecil-kecilan, adalah baik jika anda menghubungi
MARDI atau MARA berdekatan. Mereka menyediakan kursus berkaitan
dan juga pinjaman melalui Skim Usahawan Muda. Bahan pengawet
yg sering digunakan adalah Anti-Mould dll, bersesuaian dengan
jenis makanan yg anda hasilkan.
zaihasra
abd kadir
zaihasraa@hotmail.com

RESIPI
PAU GORENG
Bahan
Inti
200 g kacang merah, direndam 4 jam
air utk merebus
2 helai daun pandan, disimpulkan
gula pasir (ikut manis)
Bahan
Pau
275 g tepung roti
sedikit garam
35 g gula kastor
25 g compressed yeast/yis mampat
125-130 ml susu segar (suam)
30 g marjerin
1 biji telur, dipukul sedikit
Rebus
kacang dengan air dan daun pandan hingga empuk dan separuh
hancur. Buangkan air (jika ad, tak perlu sejat/tos kerana
sedikit air perlu ada). Masukkan gula dan kacau hingga kacang
merah menjadi pes. Angkat dan biar sejuk. Jika mahu lebih
lemak, campurkan 80 g kelapa parut putih bersama gula tadi.
Larutkan
yis dengan susu, biarkan berbuih. Gaul tepung dengan marjerin,
masukkan gula dan telur, kacau rata kemudian bubuh susu.
Uli hingga doh tidak melekat pada tangan. Uli menjadi bebola
besar, sapu dengan sedikit minyak pada permukaan doh dan
mangkuk, kemudian letak doh dalam mangkuk. Tutup dengan
tuala lembab dan biar mang-kuk di tempat hangat hingga doh
mengembang 2 kali ganda. Bentukkan bebola dan isikan dengan
inti kacang. Susun atas dulang berta-
bur tepung dan tutup dengan tuala kering. Bila pai kembang,
goreng di dalam minyak panas (api sederhana) hingga keperangan.
Nota:
Sukatan inti (yg mencukupi) akan bergantung kepada besar
mana pau yg anda bentuk.
Maizana
Imran
Taman Kosas, Ampang, Sgor
maizana66@yahoo.com

KENAPA
PUTU PIRING SAYA BERDERAI-DERAI?
Saya telah membuat
putu piring mengikut resepi yang puan berikan. Cuma masalah
saya.. kenapa putu piring yangsaya buat jadi berderai seperti
sagun. Kalau saya beli putu piring.. kebiasaannya serbuk2
tepung tu akan membentuk dan ianya terasa lembut.
Adakah kerana kain yang digunakan?, dimana saya menggunakan
kain putih lining (sebab tak jumpa kain muslin). Atau kekurangan
air. Saya telah cuba menanbah air.. tetapi hasilnya putu
piring saya menjadi seperti tebal (macam kuih lompang pulak).
Kemungkinan "kain putih lining"
yg anda gunakan tidak memungkinkan wap air kukusan sampai
kepada bahan putu piring itu. Wap inilah yg akan membuat
putu piring itu masak. Jika anda rajin memerhatikan penjual
putu piring, mereka hanya mencampurkan air dengan bahan
kering dalam jumlah yg sedikit sedikit. Maksudnya, mereka
tidak menggaul semua bahan kering dengan air sekaligus.
Jadi,
campuran itu akan kekal berderai namun lembab sedikit. Hanya
campurkan sebanyak mana yg akan dikukus terlebih dulu, kemudian
baru ambil bahan kering dan tambah dengan air. Saya sarankan
juga agar anda cuba mencari kain maslin atau tanyakan pada
penjual putu piring, di mana beliau membeli kain tersebut.
Jika tidak berhasil, beritahu saya, okey? (Saya akan pergi
"serang" gerai Putu Piring dekat rumah saya dan
tanyakan pada makcik tu....hehehehe!!)
ida
min
Gelang Patah, Johor
adikbongsu_99@yahoo.com

KENAPA
KUIH PUTERI AYU SAYA KERAS?
Saya telah cuba
banyak kali resepi kuih puteri ayu tapi tak menjadi..keras
...bagaimana cara yg sebenarnya
KUIH PUTERI AYU
2 biji telur
160 g gula kaster
1 camt Quick 75
200 g tepung gandum
100 ml susu segar
1 camt pes pandan
sedikit pewarna hijau
80 g kelapa parut putih } campur
2 camt tepung jagung }
Pukul
telur dan gula hingga sebati. Masukkan Quick 75 dan pukul
hingga gebu. Bubuh tepung berselangseli dengan susu dan
putar hing-ga ringan. Masukkan pula pes pandan dan pewarna
hijau. Tekan sedikit campuran kelapa-tepung jagung ke dalam
acuan plastik yg sudah dilengser sedikit minyak. Sudukan
adunan ke dalam acuan. Kukus selama 20-25 min atau hingga
masak. Terbalikkan kuih dan sajikan.
Pastikan
adunan dipukul sampai gebu supaya ia kekal lembut selepas
dikukus. Jangan kukus terlalu lama, terus angkat selepas
ia mengembang dengan elok.
norman
lijiey72@yahoo.com

PULUT
SERIMUKA SAYA TERPISAH
Saya telah beberapa
kali mencuba resepi pulut serimuka/pulut serikaya,pulut
dan lapisan atasnya sering terpisah setelah masak dan tidak
melekat antara satu sama lain bila dihiris.
Petua supaya bahagian pulut
melekat pada lapisan atasnya:
Bila pulut sudah masak, gaulkan dengan campuran tepung jagung
dengan air
(sekadar untuk melembabkan pulut tadi) kemudian barulah
ditekan hingga mampat dan dituangkan bancuhan atasnya (pandan
serimuka). Dengan cara ini, lapisan atas akan mudah melekat.
Pastikan juga tiada lapisan "air" di atas pulut
sebelum menuang-kan bancuhan pandan kerana ini juga akan
menyebabkan lapisan atas "bercerai" dari bahagian
bawahnya. Jika masih kurang yakin, kirimkan resepi yg anda
cuba itu kepada saya, insyaAllah akan saya berikan panduan
lengkap.
NOR
RAIDAH ZUNAIDAK
Puterajaya, WP
nrzun72@yahoo.com

DONUT
KERAS BILA SEJUK
Saya
telah pun mencuba resepi donat yang kak Nor berikan dalam
ruangan ini. Alhamdulillah rasanya sedap. Tapi masalah yang
sama berlaku kalau saya membuat donat iaitu apabila sejuk
donatnya tidak selembut seperti ketika ia panas. Kaedah
yang Kak Nor berikan rasanya telah saya ikuti.Apakah silap
say. Harap kak Nor beri sedikit komen.
Bila donat sejuk, memang kebiasaannya
akan keras sedikit kecuali anda ada
bekas khas yg berlampu kuasa tinggi untuk memanaskan kompartmen
meletak
donat itu. Saya kira ia adalah problem biasa utk kuih bergoreng.
Jika donat belum bersalut aising atau gula, anda boleh memanaskannya
di dalam microwave oven sebentar saja. Jika begitu saja
(plain) boleh juga dikukus (utk memanaskannya). Donat berbeza
seperti kuih berpastri (karipaf dll) kerana ia bergantung
kepada yis sedangkan kuih berpastri ada campuran mentega-lemak
sayuran sebagai perangup.
Halida
M.I
Fukushima Ken, Japan.
sarida97@hotmail.com

CARA
MEMBUAT PASTA
Saya
amat berminat dengan ruangan ini dan terima kasih kerana
banyak membantu kami yang berada di luar negara spt saya
menyelesaikan masalah-masalah didapur. Saya juga amat berbesar
hati sekiranya Kak Nor dapat membantu saya dalam masalah
ini.... Saya sekeluarga amat suka makan masakan yang berasakan
mee kuning atau mee telur, tapi malangnya di Jepun ni kebanyakan
mee yang di jual tidak halal untuk di makan.Jadi kalau boleh
Kak Nor tolong berikan saya resipi dan cara-cara untukmembuat
mee kuning dan mee telur.
Untuk makluman
anda, saya pernah memberikan resepi Mee Kuning di dalam
ruangan ini. Anda perlu ada mesin penggelek mee untuk mendapatkan
bentuk
mee yg sekata. Saya masih mencari resepi Mee Telur tetapi
anda boleh cuba resepi PASTA di bawah, jika suka.
PASTA
12 oz tepung gandum (jenis 'hard flour')
1 camt garam
3 biji telur
4 camb minyak zaitun
1 camb air
Satukan
tepung dan garam dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di
tengah, masukkan semua bahanlain, uli menjadi doh. Uli di
atas papan bertabur sedikit tepung hingga doh licin. Jika
melekat pada tangan, tambah sedikit lagi tepung. Bungkus
doh dengan plastik dan biar 15-30 min sebelum mencanai dan
menggunakan mesin untuk menggelek ia menjadi nipis. Rebus
3 min di dalam air mendidih bergaram dan bercampur sedikit
minyak kemudian toskan sebelum digoreng atau dimakan dengan
sos. Pastikan anda membentuk dan merebusnya terus.
Anisah
mahmood
Durham, UK
anisahmahmood@yahoo.com
KOLUM
MASAKAN YANG SUNGGUH MANIS
Saya
baru saja terjumpa website dan nampaknya menarik. Puan nampaknya
sungguh helpful and encouraging pada semua yang bertanya.
Kerapkali saya terleka membaca jawapan puan pada semua yang
kadangkala kelakar dan very sweet. Maklumlah penulis yang
tulis e-mel pun ada style.
Kadang-kadang
resipi yang dicari pun lupa. Untuk kami yang jauh di sini
ruangan macam ini sungguh manis dan feels like home.
Saya cuma harap satu
hari nanti website ini ada kemudahan rujuk mengikut perkataan
untuk memudahkan kami melayari resipi lama yang puan dah
beri sebab seringkali terpaksa pergi semua page untuk mencarinya
namun it's okay. Kena usahalah sikit.
Pihak Alaf sedang mengedit semua soalan
dan akan dicetak tidak lama lagi. Semuanya akan dikategorikan,
jadi, anda tidak perlu lagi melayari internet kerana boleh
mentelaah buku koleksinya.
Anyway
saya sedang berada di UK cuti tanpa gaji mengikut suami,
peluang ini
saya gunakan untuk mencuba resipi dan perbaiki kebolehan
memasak. Boleh tak puan berikan resipi kuih tradisional
yang menggunakan mung bean flour warnanya putih bukan hijau
macam kacang hijau walaupun mung bean saya rasa kacang hijau.
Samakah ia dengan hong kwee flour?
Tepung Hong Kwee berbeza dari tepung
kacang hijau kerana ia diperbuat dari jenis kacang yg berlainan.
Tepung kacang hijau utk membuat KOLEH KACANG, contohnya,
dikilang dan diproses oleh orang India. Manakala kebanyakan
(dan originalnya, kini sudah ada jenama NONA), tepung Hong
Kwee berasal dari Indonesia. Ia juga diwarnakan merah, hijau
untuk dessert tertentu manakala yg lazim digunakan adalah
putih.
Kedua
permintaan saya macam mana nak buat resipi kuih yang intinya
kacang hijau dan kulitnya tepung pulut kuih bom ke?
Ada orang memanggil kuih tersebut,
Onde Onde Pulut. Jika bersalut bijan di luarnya, ia adalah
Kuih Bom. Jika bentuknya sama tetapi ia direbus dan disalut
dengan tepung kacang hijau, ia adalah Kuih Tepung Gomak.
KUIH
BOM
50-60
gm bijan
minyak untuk menggoreng
Bahan
doh
240 gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
190-200 ml air
sedikit garam
Bahan
inti
100
g kacang hijau, direndam 6 jam
air utk merebus
60-80 g gula pasir (ikut suka manisnya)
30 g kelapa parut (putih)*
2 camb tepung gandum
Cara
membuatnya
1. Untuk inti: Rebus kacang hijau dengan air hingga empuk.
Sejatkan untuk membuang airnya. Jika tinggal sedikit, tidak
perlu membuang air.
2. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga sebati dan kering.
Angkat dan biar sejuk.
3. Dalam mangkuk besar, gaul tepung pulut, tepung gandum
dan garam.
4. Masukkan air kapur dan sedikit demi sedikit air, uli
menjadi doh.
5. Ambil sedikit doh, bentukkan bebola dan leperkan sedikit.
Bubuh inti di tengahnya dan tangkupkan semula.
6. Golek bebola dengan bijan supaya elok melekat.
7. Panaskan minyak dan goreng kuih tadi hingga keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya.
KUIH
TEPUNG GOMAK
250
gm tepung pulut
1 sudu teh air kapur
sedikit garam
210-220 ml air
180 gm tepung kacang hijau
Bahan
Inti
40 gm gula pasir
60 gm gula merah
80 ml air
1 helai daun pandan - disimpulkan
150 gm kelapa parut putih
sedikit garam
Cara
Membuat:
1. Untuk inti: Jerang gula pasir, gula merah, air dan daun
pandan hingga mendidih dan gula larut. Tapiskan ke dalam
kuali.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan garam. Kacau di atas
api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Gaul tepung pulut, garam dan sedikit demi sedikit air
hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan tepung dan bentuk bulat-bulat sebesar
guli. Isikan inti dan leperkan.
5. Jerangkan air hingga mendidih. Masukkan kuih yang berisi
inti.
6. Apabila kuih timbul angkat dan gaulkan dengan tepung
kacang hijau kemudian hidangkan.
Che
nor
che_nor8253@yahoo.com
BLACK
PEPPER STEAK

Saya
ingin cuba buat black pepper steak.. sesedap di restaurant,
daging lembut
dan ladanya terasa sekali.
Perkara paling penting utk mendapatkan
steak yg enak adalah dagingnya iaitu
jenis STRIPLOIN atau TENDERLOIN. Ini akan memastikan steak
itu lembut. Ia
mesti sekurang-kurangnya 1.5 cm tebal. Anda boleh membelinya
di pasaraya kerana ada yg siap dibungkus dan dijual 2 keping.
Sajikan dengan Kentang Putar atau Goreng, salad, tomato
dll atau sayuran rebus seperti brokoli, bunga kobis dll.
BLACK
PEPPER STEAK
4 keping daging steak
Bahan
perap
2 camb minyak
1 camb sos Lea & Perrins
1 camb sos Hoisin
1 camb jus limau nipis
1 ulas bawang putih, dicincang halus (atau gunakan garlic
powder)
1 camb serbuk (kasar) lada hitam/coarse black pepper
sedikit garam
Bahan
sos
2 camb mentega
3 camb tepung gandum
300 ml air rebusan daging (panas)
150 ml susu segar
1 kiub pati rebusan daging (beef stock cube)
1-2 camb kicap pekat
1 camt cuka
1 camt gula
serbuk lada hitam & garam
Satukan
semua bahan perap. Lumur pada steak dan perap selama 4 jam.
Jika lebih, isikan ke dalam peti sejuk (bahagian bawah).
Panggang steak hingga
masak atau goreng/pan-fry dengan sedikit minyak hingga masak.
Jangan
terbalikkan sebelum bahagian bawahnya keperangan/masak kerana
ini akan menyebabkan ia tidak garing sempurna. Jangan gunakan
pisau atau benda tajam kerana jus daging yg keluar akan
menyebabkan ia 'kering'. Jika sukakan daging yg separuh
masak, memadai 5-6 min manakala untuk masak sempurna, 8-10
min. Boleh diubah ke dalam oven dan dibakar pada 200 C selama
10 min setelah diperangkan di dalam kuali.
Untuk
sos: Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau 2 minit.
Masukkan semua bahan lain dan kacau deras dengan pemutar
belon hingga sos pekat. Sukatan kicap pekat adalah mengikut
citarasa. Jika suka warna sos lebih hitam, boleh ditambah.
Dian
d
d_dian2002@yahoo.com.sg
KEREPEK
SELALU LEMAU

KENAPA
KEREPEK UBI SAYA SELALU LEMAU BILA SEJUK?
BOLEHKAH PUAN MEMBERI SAYA RESEPI MEMBUAT KEREPEK
UBI PEDAS.
Kerepek
ubi lemau kerana sambalnya masih "basah" ketika
anda memasukkan ubi goreng ke dalamnya. Pastikan sambal
kering dan cili cukup masak di samping melebihkan gula kerana
ini juga akan mengekalkan kerangupan kerepek tersebut.
KEREPEK
UBI
1 kg ubi kayu
10-15 tangkai cili kering, direndam
10 ulas bawang merah
1 cm kiub belacan
1 kpg asam gelugur
1-2 camb gula
garam secukupnya
minyak utk menggoreng
Kupas
ubi, hiris nipis ke dalam air garam. Biar 30 min kemudian
angkat dan toskan airnya. Untuk lebih rangup, jemur di bawah
panas mentari selama 2-3 jam. Goreng di dalam minyak panas
hingga kekuningan dan rangup kemudian angkat dan toskan
minyaknya pula.
Kisar
cili, bawang merah dan belacan dengan sedikit air hingga
lumat. Panaskan 50 ml minyak, tumis bahan kisar hingga wangi
dan terbit minyak. Masukkan asam gelugur, gula dan garam.
Kacau lagi hingga sambal betul-betul kering baru dimasukkan
ubi goreng tadi. Perlahankan api, gaul rata hingga bersalut
baru diangkat. Biar sejuk barulah disimpan di dalam
bekas kedap udara.
sheila
sheila
sheila_shl@yahoo.com
NASI
GORENG SPECIAL

Baru-baru
ini saya pernah melihat puan mengadili sebuah pertandingan
masakan di TV. Apakah bahan2 sampingan untuk menjadikan
nasi goreng yg dimasak |