|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
Rohiza
a. rahim
ameija_s@yahoo.com
TEKNIK
TEBAR POPIA BASAH
Saya
telah mencuba resepi kulit popia basah yang terdapat di
ruangan soal jawab, tapi hasilnya kurang menjadi... boleh
puan bantu saya?
Ada pembaca yg sudah mencubanya dan
menjadi, jadi saya rasa mungkin puan perlu mencuba teknik
'melayangkan' adunan ke atas kuali leper ini beberapa kali
untuk memahirkan diri. Agak sukar mendapatkan kulit popia
yg elok jika teknik ini tidak betul. Cuba tanyakan di pasar
basah, insyaAllah ada.
lyla
lat
lyla_bunny84@yahoo.com

SOS
TIPPAROT TU APA?
Saya
ingin mencuba resepi tomyam sesedap di restoran. Baru2 ini
saya telah melayari laman web masakan Thai. Tp dlm resepi
tersebut ada disertakan sos tipparot. Sos tipparot itu apa?
Tipparot adalah jenama sejenis sos
atau kicap ikan yg terdapat di Thailand. Anda boleh gunakan
sebarang jenama yg terdapat di pasaran tempatan. Jika tiada
kicap ikan, gantikan dengan sos atau kicap sotong.
salina
abdul kadir
alinas76@yahoo.com

RESIPI
PANKEK
Boleh bagi saya
resepi untuk membuat pankek?
PANKEK
100 g tepung gandum
250 ml susu segar/UHT
sedikit garam
1 biji telur
10 g mentega, dicairkan
50 g gula kaster
Satukan
tepung, telur, garam dan susu. Pukul hingga sebati. Campurkan
dengan mentega cair, kacau rata-rata. Lengserkan kuali leper
"non-stick" dengan sedikit marjerin. Sudukan adunan
pankek dan tutup sebentar. Bila gelembung udara pada pankek
membentuk lubang-lubang kecil dan kelihatan keemasan di
sekelilingnya, terbalikkan dan masak bahagian atasnya pula.
Enak dimakan dengan jem atau madu.
fauziah
gee,
Gombak, Selangor
fauziah_os@yahoo.com

NASI
GORENG ALA-ALA MAK MERTUA
Saya
nak tanya resepi nasi goreng biasa. Saya buat nasi goreng
mengikut resepi mak mertua tapi suami saya rasanya tak sama
seperti yang maknya buat.
Resepinya:
nasi - sepinggan (dah dibubuh garam sedikit semasa masak)
bawang putih - seulas (ditumbuk kasar)
bawang merah - setengah biji (dihiris halus) serbuk cili
- 1 sudu teh
kicap - 1 sudu teh minyak masak telur goreng dadar untuk
hiasan
Boleh
tak puan alter resepi saya supaya menjadi nasi goreng yang
sedap?
NASI
GORENG
3 camb minyak
4 ulas bawang merah } ditumbuk
2 ulas bawang putih }
50 g udang sedang, dibuang urat
100 g isi ayam, dihiris dadu
80 g sayur campur (beku)
2 camb sos tiram
1 camb kicap cair
2 mangkuk kecil nasi sejuk (pastikan airnya agak kurang
bila memasaknya
supaya nasi agak berderai dan tidak menjadi gumpalan kecil)
2 biji telur (dibuat dadar, digulung & dihiris nipis)
garam, serbuk lada sulah secukupnya
hirisan cili merah, daun bawang untuk hiasan
Panaskan
minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Pastikan bawang
layu dan hampir keperangan kerana ini akan menentukan samada
nasi goreng itu enak atau sebaliknya. Masukkan udang dan
isi ayam. Kacau hingga ayam masak. Campurkan dengan sayur
campur, sos tiram, kicap cair dan serbuk lada sulah. Kacau
1-2 minit kemudian masukkan nasi. Gaul rata-rata hingga
sebati. Angkat dan taburkan telur dadar, cili merah dan
daun bawang.
Nota:
Gaul nasi sejuk dengan garam sebelum menggorengnya. Dengan
cara ini, garam akan mesra bersama nasi. Jika suka pedas,
boleh masukkan pes cili ke dalam bahan tumbuk dan tumiskan
bersama-sama. Jika mahukan nasi goreng berwarna gelap, campurkan
dengan kicap manis (tak perlu kicap cair).
Norashikin
Mohamad
Pantai Dalam, K. Lumpur
shikins2003@yahoo.com

TIP
MEMBAKAR KEK LAPIS
Saya
ingin bertanya mengenai cara membakar Kek Lapis boleh puan
tolong berikan tip membakar yang betul saya tidak tahu macam
mana nak grill.
Dapatkan buku terbitan Alaf 21 'Belajar
Memasak - Langkah Demi Langkah' kerana ada ditunjukkan cara
membakar Kek Lapis. Tip penting adalah mencucuk dengan lidi
koktel selepas menggril dan menekan dengan penekan khas
supaya lapisan menjadi mampat dan tidak menggelembung. Supaya
kek tahan lebih lama, bakar biasa pada 190 C selama 15 min
selepas habis proses menggril.
manzumah
mohamud
Pekan, Pahang
maizue_m@yahoo.com

4
RESIPI MEMBUAT ICING
Bagaimana
ingin mendapat buttercream yang agak putih macam yang dijual
di kedai2 kek selain dari resepi yang telah berikan didalam
website ini (untuk membuat hiasan kek plain colour). Untuk
pengetahuan puan resepi aising puan sama dengan aising yang
telah saya pelajari dengan menggunakan krimwell, marjerin
dan icing sugar (kadang2 saya gunakan golden syrup).
Aising Mentega (1)
Bahan-bahannya:
Mentega 90 g
Susu cair 2 sudu besar
Gula aising 460 g
Esen vanila 1 sudu teh
Cara
membuatnya:
1. Cairkan mentega di dalam periuk besar yang diletak di
atas api perlahan. Pastikan supaya mentega tidak sampai
mendidih.
2. Tuangkan susu cair dan panaskan selama 2 minit.
3. Campurkan gula aising dan terus ketepikan dari api.
4. Menggunakan pemutar letrik, pukul bahan-bahan tadi hingga
ringan dan kembang.
5. Masukkan esen vanila dan putar lagi hingga sebati.
Aising
Mentega (2)
Bahan-bahannya:
Mentega 250 g
Marvello atau krimwell (sejenis marjerin
yang khusus) 250 g
Gula aising 250 g
Putih telur 3
Esen vanila 1 sudu teh
Cara
membuatnya:
1. Pukul mentega dan marvello atau krimwell hingga ringan
dan gebu.
2. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising dan putar hingga
sebati.
3. Campurkan sedikit demi sedikit putih telur dan pukul
rata-rata setiap kali selepas memasukkannya.
4. Bubuh esen vanila dan kacau sebati.
5. Jika tidak terus menggunakannya, simpan aising di dalam
bekas bertutup rapat.
Aising
Mentega (3)
1/4 cawan air panas (bukan mendidih)
1 camt esen mentega/butter oil
500-700 g gula aising, diayak
3/4 cawan lemak sayuran
Putar lemak sayuran dan air dengan pemutar letrik hingga
sebati. Masukkan sedikit demi sedikit gula aising hingga
mendapat kepekatan yg diinginkan untuk disapu pada kek.
Akhir sekali, campurkan dengan esen mentega.
Aising
Mentega (4)
1/2 cawan lemak sayuran
1/2 cawan marjerin atau menteg
1 camt vanila
2 camb susu segar
4-4 1/2 cawan gula aising, diayak
Putar mentega dan lemak sayuran hingga gebu, masukkan vanila
dan kacau rata. Masukkan 1 cawan gula aising pada satu masa,
putar pada kelajuan sederhana. Pastikan keliling mangkuk
dikaup selalu supaya semua bahan sebati. Campurkan susu
dan pukul lagi hingga gebu dan ringan. Simpan di dalam peti
sejuk (bekas bertutup) jika tidak digunakan tetapi hendaklah
diputar semula sebelum digunakan.
Cempakaseri
cempakaseri@time.net.my

APA NAMA CENDAWAN TU?
Saya
ingin bertanya sedikit mengenai masakan barat. Puan pernah
memberikan resepi mushroom soup sedikit masa dahulu. Salah
satu bahan utamanya ialah cendawan segar. Boleh tak puan
berikan nama cendawan itu. Adakah ianya cendawan tiram segar
yang mudah didapati di pasar atau pasaraya atau cendawan
jenis yang lain?
Puan boleh gunakan samada button mushroom
atau yg lebih mudah didapati, cendawan tiram segar. Cendawan
butang segar hanya boleh dibeli di sesetengah pasaraya kerana
ia lazimnya diimport atau ditanam di Cameron Highlands.
Rasa Mushroom Soup akan berbeza sedikit tetapi teksturnya
tetap sama kerana ia akan dikisar sebelum dihidangkan. Jangan
gunakan cendawan butang di dalam tin kerana rasa dan teksturnya
yg tidak begitu enak. Jika terpaksa kerana tiada pilihan,
celur dulu di dalam air panas
sebelum digunakan.
s_rohaizam@yahoo.com

MEMBUAT
ROTI BERPANDUKAN BUKU RESIPI
Untuk
pengetahuan pihak puan, saya sudah pun membeli buku Hidangan
Roti terbitan Alaf 21. Bagaimanakah cara mengadaptasikan
resipi2 yang terdapat dalam buku tersebut kepada resipi
yang menggunakan breadmaker.
Oleh kerana setiap bahan perlu dimasukkan ke dalam mesin
pembuat roti itu mengikut turutan
di dalam resepi, anda hanya perlu perhatikan resepi di atas
dan dapat mengagak sendiri bahan apa yg perlu dimasukkan
terlebih dulu. Pastikan yis tidak bercampur dengan cecair
dan pilihlah kaedah (cycle) yg sesuai dengan jenis roti
itu.
syam
syam
Kajang, Selangor
symsyam@yahoo.com

CARA
GUNAKAN KETUHAR BUTTERFLY
Saya
menggunakan ketuhar (butterfly) yang diletak atas dapur
gas untuk memasak biskut dan kek. Ketuhar ini hanya mempunyai
api di bawah. Bagaimana untuk saya selaraskan api atas bawah
agar kek terutamanya masak dengan selaras?
Oleh kerana api hanya dari bawah,
anda perlu memastikan suhu dalam ketuhar stabil sebelum
memasukkan kek utk dibakar. Ini bermakna, ia mestilah 190-200
C selama 10 min sebelum mulai membakar kek. Seringkali,
di rak paling bawah ketuhar sebegini, diletakkan sekeping
ayan/tudung periuk yg tidak digunakan lagi (yg sesuai saiznya)
supaya haba tidak terus ke atas tetapi ia tersebar ke sekeliling
ayan dan dengan cara ini, suhu dalam ketuhar akan diselaraskan.
Selain
dari itu, rak utk membakar kek janganlah terlalu tinggi
kerana bahagian atas ketuhar selalunya agak panas dan permukaan
kek akan cepat hangus. Jika ini terjadi, anda boleh meletakkan
sehelai kertas aluminium (foil) di atas tin kek. Jika suhu
naik tinggi semasa membakar kek, letakkan loyang berisi
air panas di rak paling bawah (jangan terus di atas api)
supaya suhu akan stabil.
Nota:
Jika ada pembaca budiman yg lebih arif tentang penggunaan
ketuhar Butterfly harap sudi berkongsi pengalaman....
TIPS MEMBELI MICROWAVE
Apakah
ciri-ciri yang sesuai untuk membeli sebuah microwave yang
boleh digunakan untuk jangka masa panjang? Saya keliru ada
yang mengatakan bahawa microwave tidak sesuai untuk masak
kek, biskut. Sukar untuk selaraskan suhunya. Boleh puan
berikan tipsnya. Sekian terima kasih.
Jika microwave ada ciri convection
oven, maka ia sesuai utk membuat kek dan biskut
seperti oven biasa. Lazimnya microwave jenis ini agak mahal
harganya tetapi pelbagai fungsi
lain hanya boleh dijelaskan secara terperinci di dalam buku
manual microwave atau dari penjual tersebut.
Ini
adalah kerana, microwave mempunyai pelbagai Power dan ciri
berbeza bergantung
kepada jenama/model. Jika microwave itu jenis yg tiada oven,
hanya sesetengah resepi biskut atau kek saja yg dapat dibakar
di dalamnya. Anda perlu dapatkan buku khusus tentang masakan
microwave supaya dapat mencubanya sendiri. Utk mendapatkan
suhu tepat di dalam microwave, perlu menggunakan penyukat
suhu khas yg diletak pada lantai microwave.
Bila
membuat biskut atau kek berpandukan resepi yg khusus utk
microwave, akan dicatatkan
ciri seperti standing time bilamana kek itu tidak kelihatan
masak (masih basah/lembab) tetapi bila dibiar selama 10
min (di luar microwave), ia akan 'masak' sempurna. Ada juga
sesetengah kedai menjual microwave yg mengadakan kelas-kelas
masakan utk memahirkan pembeli. Seni Memasak dengan Microwave
memerlukan penjelasan terperinci dan saya kira, ruang
di sini agak terhad. Setakat ini saja yg dapat saya bantu.
Khamis,
A. (Ali)
ali.khamis@sc.akzonobel.com

RESIPI
ACAR BUAH
Bolehkah
Puan dapatkan resipi Acar tahun (acar buahan yang diawet)
ACAR BUAH
1 cawan minyak
1 cawan cili kisar*
1 cawan cuka
1 cawan gula pasir
1 cawan air
sedikit garam
Bahan
Kisar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
1 cm kunyit
Rempah
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
Buah-buahan
1 cawan buah plum tanpa biji dipotong 6
1 cawan buah mangga jeruk tanpa kulit dipotong 1 cm
1 cawan buah kismis
1 cawan limau jeruk yang warna kuning/merah dipotong dua
1 cawan buah ara jeruk (yang bulat-bulat warnakuning)
½ cawan jeruk cermai (atau pilihan lain)
½ cawan kurma, jika suka, dibelah 2
Cara
1. Goreng rempah tanpa minyak kemudian ditumbuk halus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili hingga terbit
bau.
3. Masukkan rempah, kacau hingga wangi.
4. Kemudian bubuh cuka, gula pasir dan air. Bila mendidih,
masukkan pula buah-buahan.
5. Tambah sedikit garam (jika perlu). Kacau selalu hingga
acar pekat dan berminyak.
*
Gunakan cili kering yg digunting serong, dibuang biji dan
direndam di dalam air panas hingga lembut sebelum dikisar
halus. Kurangkan cili jika tidak suka terlalu pedas.
Berapakah
tempoh acar ini boleh disimpan
Jika dibuat dengan kaedah yg sempurna dan disimpan di dalam
bekas bersih, ia boleh tahan selama 6-8 bulan, semuanya
bergantung kepada pelbagai faktor seperti buah-buahan jeruk
yg digunakan itu sendiri.
mariana
mariana@mimos.my

CARA
MEMBUAT COLESLAW
Saya
amat menggemari coleslaw( bukan tangy coleslaw) yang ada
di Kenny Roger's, Pizza Hut dan di Shakey's Pizza, boleh
puan tolong beritahu saya bagaimana membuatnya? Sebab saya
ada mencuba resepi yang diberikan kawan, tetapi tidak menjadi.
Saya pernah memberikan resepi Coleslaw
tidak lama dulu. Jika anda tidak sukakan jenis tangy, hanya
kurangnya cuka atau jus limau/lemon kerana bahan inilah
yg membuatkannya masam. Utk mendapatkan sayuran yg masih
'crunchy', rendam dalam air sejuk seketika sebelum ditus
dan digunakan.
CARA
MEMBUAT WHIPPED POTATO
Saya
cuba membuat whipped potato seperti yang telah puan ajarkan.Tetapi,
bagaimana pula caranya untuk saya membuat kuah cair seperti
di KFC, yang mana kuah cair tersebut dicurahkan ke atas
whipped
potato itu? Boleh puan bantu saya, keluarga saya amat menggemarinya.
KUAH
KENTANG LECEK
2 camb mentega
1 ½ camb tepung gandum
50 g batang salderi (celery), dicincang
50 g bawang besar (jenis putih), dicincang
1 helai daun bay (dijual kering atau segar di Cold Storage),
jika suka
1 camt campuran herba thyme dan basil atau mixed herbs (kering)
sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
beberapa titik kicap pekat (utk warna lebih gelap)
1 ½ cawan air
½ cawan susu segar/UHT
1-2 camb stok pekat ayam/kiub stok, jika suka
Panaskan
minyak, goreng salderi dan bawang atas api perlahan hingga
layu dan wangi. Angkat
dan biar suam sebelum dikisar dengan air yg mencukupi (dari
sukatan air di atas). Cairkan mentega atas api perlahan,
masukkan tepung dan kacau rata. Tuangkan baki air dan susu
perlahan-lahan dan kacau hingga campuran sebati. Campurkan
semua bahan lain termasuk salderi-bawang kisar. Masak hingga
mendidih kemudian angkat dan sajikan.
puteri_impian
nyata
Ipoh, Perak
wilayah_selatan@yahoo.com

RESIPI
UNTUK BAYI
Boleh
tak bagi saya resepi untuk baby. Anak saya kurang berselera
hendak makan. Menu yang saya buat untuk dia ialah nasi direbus
bersama carot dan pati ayam maggi. Saya minta agar puan
bagi beberapa resepi untuk anak saya. Anak saya berumur
12 bulan - perempuan.
Selain nasi, anda patut juga berikan
dia makan kentang, mee, bihun dan pasta. Masakan untuk bayi
tidak perlukan garam atau kicap kerana deria rasa mereka
tidak seperti orang dewasa. Namun jika anda telah memberikannya
pati ayam (yg agak masin jika terlebih), dia mungkin sudah
terbiasa dengan rasa masin (bagi yg mempunyai bayi yg baru
hendak makan makanan pepejal, ingatlah...)
Anda
boleh cuba menambah Marmite ke dalam makanannya kerana ini
akan memberikan vitamin tambahan yg sungguh penting. Saya
cadangkan anda langgan majalah Pa&Ma kerana seringkali
resepi utk bayi dimuatkan di dalamnya. Utk tidak menghampakan,
di sini saya berikan beberapa resepi yg boleh anda cuba.
Sup
Makaroni - rebus ayam dengan air, bila ayam empuk, keluarkan
dan ceraikan isi dari tulang. Rebus makaroni atau pasta
berwarna-warni di dalam sup tadi, juga lobak merah yg diparut
dan batang salderi (celery) yg dicincang halus. Bila pasta
kembang, masukkan isi ayam dan 1 camt Marmite sebagai perisa.
BIJIRIN
SIHAT
1 hiris betik
2 biji pisang emas
2 camb oat segera } dikisar halus
3 camb cornflakes }
2 camb serbuk barli
100 ml air suam
80-100 ml susu segar
Satukan
oat, cornflakes, barli dan air suam. Biar 1 jam. Kisar betik
dan pisang, masukkan bijirin rendam tadi dan tambahkan susu.
Boleh diminum (jika agak cair) atau dimakan dengan sudu
seperti puding. Boleh juga dicicah dengan biskut dll.
PUDING
COKLAT
2 keping roti, dibuang kulit
2 camb mentega
4 biji aprikot/pic kering, dihiris nipis (atau kismis dll)
2 biji telur (sebaiknya yg tinggi Omega-3)
1 camb madu
120 ml susu segar/UHT perisa coklat
Sapu
mentega pada roti dan susun dlm mangkuk tahan panas. Taburkan
kismis. Kacau telur, madu dan susu, tuangkan ke atas roti.
Biar 20 min. Bakar di dalam ketuhar 175 C selama 25-30 min
atau hingga keemasan.
SUP
PASTA
100 ml susu segar
400 ml air 200 g jagung ala krim
4 camt tepung jagung + 2 camb air (larutkan)
200 g isi ayam, dikiub halus, direbus simpan airnya
70 g pasta aneka warna, direbus lembut
1 biji telur
Jerang
air, susu dan jagung hingga mendidih. Masukkan bancuhan
tepung jagung, kacau rata hingga mendidih (jika terlalu
pekat, tambah sedikit air panas/air rebusan ayam). Campurkan
dengan pasta dan isi ayam. Pukul telur dan satukan ke dalam
periuk. Kacau hingga telur masak kemudian angkat dan biar
suam sebelum disajikan.
Alias,
Norhaslinah
Brunei DS
Norhaslinah.Alias@shell.com

INGIN
TAHU MENGENAI JENIS GULA PASIR
Apakah
perbezaan diantara Granulate Sugar & Gula Castor? Saya
amat keliru dgn bahan tersebut?
Granulated Sugar adalah gula pasir
manakala Gula Castor adalah gula kaster (lebih halus dari
gula pasir) dan dijual di dalam paket berasingan. Ada juga
yg menggunakan fine granulated sugar bagi menggantikan gula
kaster.
Bolehkah saya menggunakan acuan kaca (Brand: Marinex) bila
membuat sebarang kek yg menggunakan oven? Sebab mengapa
saya bertanya, selalunya acuan kaca yg digunakan adalah
Brand: Pyrex. Adakah bila memakai acuan kaca tersebut, menggunakan
aluminium foil/geleserkan sedikit mentega seperti mana bila
menggunakan acuan tin biasa?
Saya kurang pasti tentang Marinex
kerana tidak pernah mendengar jenama ini. Yg pasti boleh
digunakan di dalam ketuhar adalah Pyrex, Acroflam/Corningware
(boleh juga ditenggek di atas dapur utk memasak gulai dll)
atau barangan kaca Queen Anne (yg dicatat utk kegunaan oven,
microwave dsbnya). Pastikan ada pelekat menandakan ia tahan
panas barulah digunakan di dalam oven. Lengserkan sedikit
mentega atau marjerin sebelum memasukkan adunan ke dalamnya.
RUH
AL-HUSNA
huzn81@hotmail.com

SOALJAWAB
ROTI
Saya
teringin membuat roti. So, saya telah membeli buku masakan
'aneka roti' terbitan alaf 21. Malangnya, terdapat beberapa
bahan yang digunakan tidak saya ketahui. Antaranya adalah
seperti berikut ;
tepung gandum tulen(apa beza dengan tepung yang lain), wholewheat
flour yg mengandungi serat gandum dan amat baik utk kesihatan,
boleh digantikan dengan tepung atta (utk membuat capati).
rempah
campur,
mixed spices, boleh dibeli di dalam
botol kecil samada keluaran McCormick atau lain-lain.
spry,
lemak sayuran atau vegetable shortening,
kadangkala boleh digantikan dengan crisco, ada dijual di
dalam tin seperti marjerin.
polenta
corn,
semolina atau tepung suji.
rye
flour, rye dark flour dan graham flour.
Tepung dari bijirin rye yg boleh dibeli
di bahagian organik beberapa pasaraya terkemuka. Graham
flour pula adalah campuran beberapa jenis tepung bijirin
yg lazimnya dijual di kedai specialist atau yg banyak menjual
barangan import untuk expatriates contohnya, di Hock Choo,
Jalan Ampang berdepan dengan Sucasa.
Dan
bolehkah adunan roti ini difrozenkan?
DIbungkus elok dan disimpan di dalam
bekas kedap udara dan diletak di rak bawah peti
sejuk. Yis yg ada dlm adunan akan bertindak perlahan dan
tidak deras tetapi adunan hendaklah dikembalikan ke suhu
bilik (dikeluarkan dari peti sejuk 2 jam) sebelum dibiar
kembang seperti biasa.
zaidasharafina
zaidasharafina
zaidasharafina@msn.com

NASI
LEMAK KUKUS
Saya
sungguh tertarik dengan ruangan ini dan banyak yang dapat
saya pelajari. Di sini jika Puan tidak keberatan, bolehkah
Puan beri resepi Nasi Lemak Kukus berserta sambalnya sekali.
Saya pernah buat tetapi hasilnya mengecewakan saya. Nasinya
tidak lembut.
NASI
LEMAK KUKUS
2 ulas bawang merah, dihiris nipis
1 hiris halia, dimayang halus
1 batang serai, dititik
1 cawan beras wangi } dibasuh & dituskan
1 cawan beras biasa }
250 ml santan (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 camt garam
2 helai daun pandan, disimpulkan
Satukan
santan dengan garam. Bubuh beras dan bahan-bahan lain dalam
loyang. Tuangkan santan dan kukus selama 20-25 min, sambil
dikacau sekali sekala supaya rata masaknya. Jika air dlm
kukusan berkurangan, hendaklah ditambah dengan air panas
juga. Hidangkan dengan timun, kacang dll.
SAMBAL
IKAN BILIS
100 g ikan bilis, dibersihkan & digoreng rangup (dlm
minyak banyak)
1 labu bawang besar, dihiris bulat
sedikit garam, gula
1 camt asam jawa + 200 ml air
60 ml sos cili
3 camb minyak
Bahan
Kisar
1-2 camb pes cili
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 cm halia
1 cm kiub belacan
Panaskan
minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan air asam
dan sos cili. Bila mendidih, perlahankan api. Kacau sekali-sekala
hingga naik minyak kemudian bila sambal bertambah pekat,
masukkan bawang besar dan ikan bilis. Kacau rata dan angkat.
Fadhilah
Adam
ila_adam@yahoo.com
RESIPI
MENTIMUN LAUT
Saya
ingin mengetahui..bagaimanakah cara utk memasak sea cucumber
atau mentimun laut... Boleh tak berikan petua cara nak memasaknya.Adakah
cara memasaknya sama seperti memasak sotong dan masakan
laut lain? Saya juga inginkan resepi utk memasaknya sebagai
sup dan lain2.Apakah yg boleh
dimasak menggunakan sea cucumber?
Jika
membeli mentimun laut kering, buangkan kulitnya dan rendam
di dalam air selama 4 hari (buangkan air rendaman, isikan
air baru setiap hari). Pada hari kelima, cuci di bawah air
paip, rebus dengan hirisan halia atau kulit nenas untuk
menghilangkan bau hanyirnya supaya ia kembang beberapa saiz
lebih besar dan menjadi lembut semula.
Tuskan
dan simpan di dalam peti sejuk hingga waktu hendak digunakan.
Jika tidak disediakan dengan betul, teksturnya akan menjadi
seperti getah dan sukar untuk digigit dan meloyakan. Untuk
mentimun laut segar yg sudah kembang dan dijual direndam
di dalam air, hanya perlukan ia dibilas dan direbus dengan
cara yg sama seperti tadi. Jenis paling baik ialah yg berwarna
hitam, permukaannya licin dan berkilat.
Timun
laut boleh dimasak dengan tulang rusuk (dibuat stew atau
sup pekat), digoreng dengan sos lada hitam atau direbus
dengan air rebusan ayam. Isi timun laut tidak begitu berperisa
tetapi ia mampu menyerap dan menerbitkan keenakan bahan-bahan
yg dimasak bersamanya dan seelok-eloknya dimasak di dalam
kuah yg pekat. Teksturnya yg seperti jeli dan begitu lembut
akan berupaya menyerlahkan lagi keenakan rasa kuahnya.
SUP
MENTIMUN LAUT
1.2 kg ayam, dibuang kulit
30 g kupang kering
1 ekor timun laut (besar), direndam dan dipotong tebal
1 tin kepah besar (clam)
80 g cendawan halus ‘golden needle’
30 g daun ketumbar
garam, serbuk lada hitam secukup rasa
Jerang
2.5 liter air di dalam periuk besar. Masukkan ayam, kupang
kering dan timun laut. Masak hingga mendidih. Perlahankan
api, renihkan hingga semua bahan menjadi empuk. Masukkan
kepah, cendawan, garam dan serbuk lada hitam. Bila mendidih
semula, bolehlah disendukkan ke dalam mangkuk. Taburkan
daun ketumbar dan sajikan panas-panas.
zainon@celcom.com.my

PANDUAN UNTUK MEMBUAT ROTI
Tepung
apakah yang paling sesuai digunakan dan perlukah tepung
itu digoreng atau dijemur terlebih dahulu?
Jika anda membeli tepung itu dari
pasaraya/kedai di mana barangannya sering dibeli, anda tidak
perlu risau kerana pasti saja tepung itu "fresh"
dan tidak "out of date". Hanya ayak sebanyak 2
kali supaya ia lebih 'ringan'. Tepung paling sesuai adalah
tepung roti atau bread flour atau dikenali sebagai high
protein flour/tepung berprotin tinggi.
Bagaimana
dengan ibu roti? Jenama atau jenis yang mana paling sesuai?
Pastikan tarikh belum luput pada bungkusan
ibu roti atau yis. Penggunaan bergantung pada jenis roti.
Lazimnya, roti yg menggunakan yis basah (fresh compressed
yeast) lebih enak walaupun masa membuatnya akan lebih lama.
Intan
Suhaida Othman
Bandar Sunway, Selangor
intan2mzk@time.net.my

CARA
MEMBUAT NATA DE COCO MASIH RAHSIA!
Bagaimanakah
cara untuk membuat NATA DE COCO ?
NATA DE COCO adalah produk-gel kelapa
yg dihasilkan dari air kelapa dengan kaedah pemerapan bakteria.
Ia dicampur dengan asid asetik dalam konsentrasi yg tinggi
dan oleh kerana ia diusahakan secara industri, saya belum
lagi menemui resepinya biarpun sudah beratus web-site yg
saya kunjungi.
zaihasra
abd kadir
zaihasraa@hotmail.com

DONUT DUNKIN DONUT
Bagaimana
nak buat donut seperti donut seperti di Dunkin Donut?
Tidak pasti samada resepi ini akan
menghasilkan donut seperti di rangkaian pengeluar donut
terbesar itu (DD) tetapi kita cubalah. Jika ada resepi yg
lebihkurang atau menyamai donut di DD, tentu perniagaan
itu sudah lama gulung tikar...dapatkan resepi aising (cth:Royal
Icing) dll untuk hiasan di atasnya dari soalan yg pernah
dikemukakan di ruangan ini.
DOUGHNUT
3 ½ cawan tepung gandum
15 g yis (active dry yeast)
¾ cawan susu segar
¾ cawan gula kastor
¼ cawan mentega
½ camt garam
2 biji telur
minyak utk menggoreng
1 cawan gula aising/gula halus, utk salut
Dalam
mangkuk besar, satukan 1 ¾ cawan tepung dengan yis.
Dalam periuk, panaskan susu, gula, mentega dan garam hingga
mentega cair. Tuangkan campuran susu ke dalam tepung dan
masukkan telur, pukul perlahan dengan pemutar eletrik (heavy-duty
dan sesuai utk mengadun sukatan tepung itu) selama 30 saat.
Naikkan
putaran maksima dan putar selama 3 min. Masukkan baki tepung,
sedikit demi sedikit, dan kacau dengan sudu hingga sebati.
Ubah ke atas papan bertepung dan uli dengan tangan selama
4-5 min atau hingga menganjal (elastic).
Letak
di dalam mangkuk berlengser minyak, tutup dan biar naik
2x ganda (1 jam). Letak atas papan bertepung semula, uli
ke saiz asal. Canai setebal 1.3 cm dan terap dengan acuan
donut (celup dlm tepung supaya ia tidak lekat pada adunan).
Letak atas tin pembakar, tutup donut dan biar naik selama
45 min lagi.
Panaskan
minyak, goreng donut kemudian bila keemasan, angkat dan
sejatkan minyaknya. Bila agak sejuk bolehlah disalut dengan
gula, aising warna-warni dll.
Nora
nor@mcl.com.my

CARA
NAK MENGENAL REMPAH RATUS
Saya
mempunyai masalah iaitu tidak berapa pandai masak disamping
kurang mengenali rempah ratus seperti bunga lawang dan sebagainya
Bukan sukar untuk menjadi seorang yg "pandai masak"
kerana ia bukanlah bakat semulajadi (saya rasa) seperti
penyanyi atau pemain piano yg hebat (setakat main biasa
setelah belajar tu, lainlah....)
Perkara
pertama yg anda perlu lakukan untuk mengenali rempah ratus
adalah berkunjung ke pasaraya dan perhatikan satu-persatu
rempah yg dijual di dalam paket-paket plastik. Pasaraya
yg paling baik adalah yg besar-besar seperti Giant, Jaya
Jusco dan Carrefour kerana terdapat pelbagai jenis rempah
ratus. Begitu juga berjenis-jenis tepung yg ada.
Cuba
dahulu resepi yg mudah-mudah dan saya cadangkan anda beli
buku terbitan Alaf 21 bertajuk 'Belajar Memasak - Langkah
Demi Langkah' kerana selain dari gambar-gambar, terdapat
cara yg mudah dan senang diikuti oleh sesiapa saja. Selamat
mencuba dan usah ragu-ragu singgah di ruangan ini jikalau
anda menghadapi kemusykilan tentang apa saja yg berkaitan
dengan masakan...
Amran
Nordin
anordin1@streamyx.com

DI MANA ADA RICE PAPER ROLL?
Di
manakah saya boleh membeli rice paper. Saya sudah cuba mencari
di super-market sekitar Kuala Lumpur tetapi gagal. Rice
paper yang saya maksudkan ialah jenis untuk dibuat rice
paper rolls untuk dimakan.
Cuba cari di Pasaraya TMC, Bangsar
(enter dari Jln Maarof, kiri di persimpangan masjid kemudian
terus mendaki bukit dan pasarayanya di sebelah kiri). Boleh
juga cuba di Hock Choon, Jln Ampang (bersebelahan Victoria
Stn) atau sekitar Taman Putra Sulaiman (selepas traffic
light depan Ampang Pt, belok kiri hingga jumpa Fawina Court)
kerana di sana ada kedai yg menjual bahan masakan utk masyarakat
Vietnam/Korea dll.
Noreen
Northampton, England
noreen_uk@hotmail.com

RESIPI
KUIH KETAYAP
KUIH
KETAYAP
Bahan batter/kulit
10 helai daun pandan (jika sukar gantikan dengan pandan
paste)
125 g tepung gandum
1 biji telur
garam secukupnya
275-300 ml air
sedikit pewarna hijau
minyak utk melengser kuali leper
Bahan
Inti
60 g gula melaka
20 g gula pasir
50 ml air
1/2 biji kelapa parut putih
Untuk inti: Jerang gula melaka, gula pasir
dan air hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali kemudian masukkan
kelapa parut. Kacau atas api sederhana hingga inti agak
kering. Angkat dan biar sejuk.
Untuk
kulit/batter: Satukan semua bahan hingga menjadi
adunan yg licin dan tidak bergentel. Panaskan kuali leper,
lengser dengan sedikit minyak. Sendukkan adunan menjadi
dadar yg nipis. Bila sekelilingnya kelihatan masak, terbalikkan
sebentar kemudian angkat. Isikan dengan inti dan gulung
kemas.
hadawaty
Muhammad
Kuala Terengganu
hadawaty@hotmail.com

KEK
BERTEKSTUR HALUS
Bagaimana
nak buat kek yang lembut dan mempunyai tekstur yang halus?
Gunakan tepung paling halus atau tepung
superfine atau tepung kek. Pastikan juga mentega terbaik
digunakan (mahal sedikit tetapi "Pure Creamery Butter")
dan pukul bersama gula kaster hingga gebu dan ringan (kristal
gula tidak kelihatan lagi), baru dimasukkan telur.
MENGAPA
TELUR DIMASUKAN SEBIJI, SEBIJI?
Apakah
perbezaan jikalau telur yang digunakan dipukul dahulu sebelum
dimasukkan ke dalam adunan, dengan telur yang dimasukkan
sebiji demi sebiji tanpa dipukul terlebih dahulu?
Jika telur dipukul dulu sebelum dimasukkan
ke dalam adunan, ia lebih mudah sebati dengan adunan tersebut.
Pastikan telur tidak dipukul terlalu lama, memadai disatukan
dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit kemudian
putar rata-rata sebelum ditambah telur lagi.
Azmar
arshad
dikmay@yahoo.com

SEDIH:
KEK DAH NAIK, TURUN BALIK!
Saya
pernah mencuba membuat kek pandan moist, tetapi hasilnya
amat menyedihkan. Ini kerana saya hanya mencuba ikut resepi
sendiri. Resepinya sama seperti kek cokelat moist, cuma
saya gantikan coklat dgn bancuhan air pandan. Semasa sedang
dibakar...wow...saya lihat kek tu naik 50%. Tetapi
bila hampir masak ia mula menurun dan bila masak sepenuhnya
kek tu rendah semula (tak naik langsung).
Bolehkah puan berikan saya resepi kek pandan yg gebu.
KEK PANDAN
240 g mentega
10 g Quick 75 atau ovalette
240 g gula kastor
secubit garam
4 biji telur
290 g tepung naik sendiri, diayak
60 ml jus pekat pandan
1 camt pes pandan, jika suka
sedikit pewarna hijau
Putar mentega dan ovalette hingga kembang. Masukkan gula
dan garam, putar hingga gebu. Bubuh sebiji demi sebiji telur
dan putar sebati. Kemudian masukkan pula tepung, kacau rata-rata.
Akhir sekali, tuangkan jus pandan, pes pandan dan pewarna
hijau. Ratakan adunan di dalam tin 22 cm yg dialas dengan
kertas kalis minyak dan dilengser dengan mentega. Bakar
pada 190 C selama 1 jam atau hingga masak.
Zaleha
Yahaya
Bukit Keramat, K. Lumpur
zalehzy@simenet.com

CARA
MEMBUNGKUS KUIH KOCI
Keluarga
saya sangat suka kuih muih yang dibungkus dengan daun pisang
seperti kuih lepat dan kuih koci. Saya ingin tahu bagaimana
cara untuk membungkus kuih koci pulut hitam supaya kemas
dan cantik seperti yang disaji dihotel-hotel. Saya sudah
puas mencuba tetapi kuih koci saya masih tidak kemas dan
comel serta santan kuih tersebut terkeluar. Seperti biasa,
saya melayurkan daun pisang sebelum membungkus.
Lipat
bahagian atas dan bawah daun pisang ke tengah kemas-kemas
kemudian buat 2 lipatan kecil di bahagian kiri atas dan
bawah baru dilipat ke sebelah bawah (bahagian kiri daun).
Angkat seluruh kuih, pusingkan sedikit supaya bahagian daun
yg terbuka ke sebelah atas (menganga ke atas), sudukan santan
ke dalam kuih kemudian buat 2 lipatan kecil di bahagian
kanan atas dan bawah sebelum dilipat bahagian itu ke bawah
kuih dan terus letak di atas rak pengukus. Untuk lebih jelas,
anda perlu memerhatikan cara praktikal bagaimana untuk melipatnya
tetapi saya harap dengan penerangan di atas, anda berjaya
melakukannya.
Lagi
satu, bagaimana cara untuk memotong kuih talam atau bingka
yang sama saiz dan cantik.
Gunakan pisau plastik atau 'plastic spatula' kerana ia tidak
melekat pada kuih seperti pisau.
Pisau ini selalunya jenis lebar di bawah dan mempunyai tangkai
panjang, berwarna putih dan
tidak seperti pisau plastik yg diberi oleh penjual kek.
noor
fahdillah
idzetty84@yahoo.com

BAGAIMANA
KUIH MENDAPAT NAMA
Bolehkah
puan terangkan bagaimana sejarah pembuatan kuih kuih tradisional
seperti kuih baulu, kuih bangkit, kuih goyang,kuih sepit
dan tempeyek.bagaimana kuih ini mendapat namanya, dari mana
asalnya kuih tersebut dan kaedah yg digunakan utk membuat
kuih tersebut.
Tidak banyak yg dapat dijelaskan tentang
sejarah pembuatan kerana anda perlu melakukan kajian secara
terperinci dan ini mungkin mengambil masa yg lama. Saya
juga tidak pernah menjumpai mana-mana buku atau rencana
(tentang bagaimana kuih itu mendapat namanya) yg benar-benar
dapat dikatakan sebagai 'authentic' atau 'yang asli'.
Asal
kuih juga sangat 'kabur' kecuali tempeyek atau rempeyek
(berkacang tanah) atau tumpi (berkacang dal/hijau) yg berasal
dari masyarakat Jawa. Dari situlah ia mendapat namanya.
Manakala
Kuih Goyang pula mungkin juga dari cara acuan kuih tersebut
yang mesti digoyangkan semasa hendak dikeluarkan kuih dari
acuannya.
Kuih
Sepit pula menggunakan acuan bercorak di bahagian atas dan
bawah, kemudian sebaik saja meletakkan adunan pada acuan
lapisan bawah, ia ditutup dan disepit sebentar, kemudian
dibuka acuannya dan digulungkan kuih yg masih panas itu
atau dilipat menjadi segi empat.
Kesemua
kuih yg lain adalah kuih tradisional yg sudah dianggap sebati
dari utara ke selatan, timur ke barat Semenanjung M'sia.
Kaedah
membuat:
Kuih Baulu/Bahulu - dibakar dgn dapur kayu dengan sabut
berasap (panas sederhana) yg diletakkan di atas ayan di
sebelah atas.
Kuih Bangkit - dibakar dengan cara yg sama seperti kuih
baulu atau menggunakan ketuhar/oven.
Kuih Goyang - digoreng di dalam minyak panas yg banyak (kaedah
goreng terendam).
Kuih Sepit - dimasak dengan api (yg sederhana atau perlahan)
di sebelah bawah acuan sahaja.
Tempeyek - sama seperti Kuih Goyang.
Siti
Rohimah Haji Nor
Skudai, Johor
siti_rohimah@yahoo.com
RAHSIA
KEK YANG LEMBUT DAN GEBU

Apakah
rahsia untuk membuat kek yang lembut dan gebu? Ada sesetengah
pendapat mengatakan perlu ditambah sedikit tepung jagung
dlm campuran tepung kek @ tepung gandum di ikuti sedikit
ovalet.
Adakah ia benar? Jika benar, berapa sukatannya?
Kek yg lembut dan gebu adalah berpunca
dari putaran mentega dan gula kastor hingga ringan dan betul-betul
kembang. Ada pelbagai pendapat tentang cara mendapatkan
kek yg benar-benar gebu dan ini semua bergantung pada pengalaman
masing-masing.
Jika
anda ingin cuba memasukkan ovalette ke dalam adunan, untuk
setiap 250 g mentega, campurkan 1 camb ovalette. Pukul hanya
sebelum anda mula memasukkan telur. Supaya kek gebu, asingkan
putih dan kuningnya, masukkan kuning dulu dan putar sebelum
memasukkan tepung (yg diayak 3 kali supaya kek lebih "ringan").
Akhir sekali, barulah memutar putih telur dan sedikit garam
hingga kental (pastikan mangkuk dan pemutar kek dibilas
dengan air panas dan dilap kering supaya tiada kesan minyak
langsung) dan kaupbalikkan ke dalam adunan kek perlahan-lahan.
Kemudian terus bakar di dalam oven.
Suryatini
Mos
suryatini@hotmail.com

CARA LEMBUTKAN ROTI PIZZA
Saya
dan keluarga merupakan penggemar pizza. Saya pernah cuba
membuat pizza tapi roti pizza saya tidak empuk seperti roti
pizza di restoran pizza. Saya ingin mencuba resipi pizza
crust/base seperti roti pizza hut. Diharap puan dapat membantu.
Cuba campurkan 1 camb bread softener
(pelembut roti) dan 1 camb bread improver bagi setiap 500
g tepung roti yg digunakan. Pastikan anda menguli dengan
teknik yg betul hingga ia menganjal (elastic) dan halus.
Biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat hangat sebelum anda
menguli semula ke bentuk asal. Suhu ketuhar mesti panas
(230 C) dan masa membakar yg tidak lama membuat pizza crust
gebu dan lembut. Pastikan sekelilingnya disapu dengan sedikit
minyak sebelum membakar pizza.
Kadangkala
resepinya memang tepat tetapi hanya teknik yg tidak begitu
"sesuai".
Saya pernah memberikan resepi pizza crust dlm ruangan ini,
sila rujuk.
NOR
RAIDAH ZUNAIDAK
nrzun72@yahoo.com
KEMUSYKILAN
PUTU MAYAM

Apa
fungsi penyejat rotan dalam mengukus putu mayam? Boleh ke
saya gunakan periuk kukus biasa (tanpa penyejat rotan) atau
mungkinkah ada alternatif lain yg boleh saya gunakan?
Jika menggunakan penyejat rotan, kepingan
Putu Mayam tidak akan melekat. Jika tiada bentuk seperti
tudung saji, boleh gunakan bentuk bakul yg biasa. Anda boleh
cuba dengan periuk kukus biasa (yg berlubang) tetapi mungkin
bentuk Putu Mayam tidak akan cantik kerana jalinan penyejat
rotan adalah rapat namun wap kukusan masih boleh sampai
ke Putu Mayam itu.
Lee
Lia Irwin Yaacob
Texas, USA
leeliy@austin.rr.com
IPOH HOR FUN

Saya
tempoh hari bercuti selama 1 bulan merantau di Malaysia.
Semasa di IPOH, saya telah dihidangkan masakan IPOH HOR
FUN oleh teman Melayu kami di sana. Sekarang, kami sudah
pun pulang ke Amerika Syarikat. Boleh tak tolong berikan
resipi IPOH HOR FUN yang seperti dibuat oleh orang-orang
di IPOH itu?
Saya kurang pasti bagaimana Hor Fun
dibuat di Ipoh tetapi inilah versi Singapore-style. Jika
suka boleh tambah putih telur sebelum kuah diangkat dan
dituang ke atas 'kuay teow'.
HOR
FUN
500
g hor fun (mee tebal yg nipis atau gantikan dengan kuay
teow)
1 camb kicap pekat
1 camt minyak
2 camt kicap cair
2 biji cili merah
250 g isi ikan, dihiris nipis
200 g dada ayam, dihiris nipis
200 g daging, direbus dan dihiris nipis
4 tangkai choi sum (kubis Cina berbunga)
garam, serbuk lada sulah secukupnya
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 camt tepung jagung } dicampur, bahan pemekat
60 ml air }
300 g udang sederhana, dibuang kulit
300 ml air rebusan ayam
Cara
membuatnya
1. Untuk Hor Fun: Panaskan minyak di atas api kuat, goreng
hor fun sebentar dengan kicap pekat. Angkat dan
ketepikan. Jika kuali tidak cukup panas, hor fun akan melekat.
2. Untuk kuah: Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga
wangi, masukkan |