|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
Madina
Bt Hasbi
mdeena@eritel.com
APAKAH
SHORTENING ITU SAMA DENGAN MENTEGA?
Adakah
shortening sama dengan lemak sayuran yang puan nyatakan
dalam sebahagian resipi2 yang terdapat dalam ruangan puan?
Adakah shortening boleh mengantikan butter?
Ya, vegetable shortening adalah sama
dengan lemak sayuran. Ia tidak boleh menggantikan butter
terutama di dalam biskut kerana ia akan memberikan kerangupan
pada biskut.
Saya
pernah terbaca dalam satu ruangan masakan yang menyatakan
jika tiada butter, bolehlah menngantikan dengan shortening.
Adakah kedua-duanya serupa? Sudah tentunya dlm pembuatan
kek ia tidak dpt digantikan dgn shortening. Maksud saya
bolehkah mengunakan shortening dlm membuat
doh pau / donut?
Boleh menggunakan shortening dlm membuat
doh pau/donut kerana sukatannya tidak banyak, tidak seperti
dlm membuat kek. Cuma tekstur dan rasanya akan berbeza kerana
tiada produk lemak yg dapat menyamai mentega/butter dari
segi keenakan rasanya.
Bolehkah
saya mengunakan shortening untuk mengris tray oven untuk
membakar biskut / kek?
Amat jarang menggunakan shortening
sebagai pelengser tin pembakar. Lazimnya, digunakan marjerin
kerana ia lebih mudah.
Zuraidi,
Singapura
zuraidi@yahoo.com
KEROPOK
LEKOR

Soalan
saya adalah, haruskah kita menggunakan ikan yang direbus
dahulu (sebelum dikeluarkan tulang²nya) ataupun menggunakan
ikan yang mentah.
Gunakan ikan mentah dan buangkan tulangnya.
Tulang halus mungkin boleh hancur jika anda mengisarnya
halus-halus.
Bolehkah
isi yang lain digunakan seperti daging corn beef, sotong,
udang, ketam dan lain²nya?
Jikalau sotong dan udang hendaklah
dikisar isinya manakala ketam dikukus dan diambil isinya.
Dari pengetahuan saya, daging cornbeef tidak begitu sesuai
kerana ia "sudah dimasak" terlebih dulu sebelum
dimasukkan ke dalam tin.
Saadiah
Abd Manaf
sadiahm@telekom.com.my
BILA
HENDAK MEMBUAT KELAS MEMASAK?

Tidakkah
puan ingin mengadakan kelas masakan atau menubuhkan satu
Akademi untuk orang-orang yang berminat seperti saya ni?
Saya amat minat kepada berbagai jenis biskut (terbaru) dan
kek-kek (terbaru) yang menggunakan selain dari tepung gandum
kepada berbagai jenis tepung seperti tepung hongkong, tepung
top (Top Flour) ataupun tepung Optima ( sebahagian nama
yang diketahui).
Buat masa ini, saya belum berhasrat
utk mengadakan kelas masakan kerana kesuntukan waktu. Namun
saya (serta warga kerja Alaf 21) cuba sedaya upaya berkongsi
pengalaman di dalam ruangan ini, mudah-mudahan kita semua
mendapat manfaat.
Dila
lie_la21@yahoo.com
MI
SOTO

Saya
amat menggemari soto. Boleh tak puan tolong berikan resipi
kuah soto yang sedap? Setahu saya sup dengan soto kuah dia
berbeza.
MEE
SOTO
1
ekor ayam, dibelah 2
2.5 liter air
3 camb minyak
5 cm lengkuas } dititik
2 batang serai }
2 kuntum bunga lawang, 2 kelopak ditumbuk
12 kuntum bunga cengkih
¾ camt serbuk pala
15 ulas bawang merah } dihiris & digoreng berasingan
5 ulas bawang putih } sampai perang
1 camt serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya
Bahan sampingan
300 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
300 g nasi impit, dikiub
500 g mee kuning
6 tangkai daun bawang} dihiris
6 tangkai daun sup }
2 keping tauhu, digoreng & dihiris
Bahan
pergedel
300 g daging, dicincang
700 g kentang, direbus, dikupas & dilecek
1 biji telur, dipukul
¼ camt serbuk lada hitam
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan
Sos Cili Padi
8-10 biji cili padi } dikisar
2 biji cili hijau }
3 camb kicap manis
garam & gula secukupnya
Cara
membuat:
1 Jerang ayam dengan air hingga hampir mendidih.
2 Panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan
bunga cengkih selama 1 minit.
3 Tuang bahan goreng ke dalam air tadi. Bubuh pula serbuk
pala, garam dan gula. Biar hingga
menggelegak dan ayam masak.
4 Angkat ayam, siatkan isinya. Masukkan semula tulang ke
dalam sup. Bubuh 1/3 bawang merah goreng dan serbuk lada
hitam. Biar menggelegak selama 10 minit lagi.
5 Kemudian ketepikan tulang ayam. Tambah garam jika perlu.
6 Untuk menyediakan pergedel, satukan semua bahan-bahannya.
Jemput sedikit adunan, bentukkan bulat dan leperkan sedikit.
7 Panaskan minyak, goreng pergedel hingga keperangan dan
masak.
8 Untuk membuat sos cili padi, campurkan cili kisar dengan
kicap, sedikit garam dan gula.
9 Untuk menghidangkannya, bubuh nasi impit dengan suun dan
mee ke dalam mangkuk. Letak isi ayam, taugeh, daun bawang,
daun sup dan tauhu.
10 Curahkan sup kemudian taburkan bawang merah dan bawang
putih goreng.
Roslinda
Omar
rozlin2@yahoo.com
MASALAH
SANTAN SEJUK YANG BERMINYAK

Saya
telah menggunakan santan yang telah beberapa hari disejuk
bekukan. Hasilnya, kuih jadi berminyak. Adakah syarat membuat
kuih serimuka ini mesti dari santan yang fresh? Resepinya
saya ikut seperti dalam alaf21.
Kadangkala permukaan kuih berminyak
kerana telah mengukus terlalu lama. Jika anda menggunakan
santan kotak, pastikan ia telah "dicairkan" terlebih
dulu mengikut kepekatan yg diperlukan. Ada sesetengah jenama
yg mengandungi 2 biji santan utk satu kotak. Jika santan
fresh yg dibeli, rasanya memang lebih enak kerana "original".
Namun, sukatannya adalah 200 ml saja dan jika ditambah terlalu
banyak air, akan kurang lemak pula. Jika ingin hasil memuaskan
dari santan kotak atau paket, gunakan sebaik saja dibuka
dan jangan diletak di dalam freezer.
Yusriah
Yusoff
Yusriah.Yusoff@Halliburton.com
CREAM
PUFF SAYA PENYEK

Boleh
tak saya minta resepi Cream Puff dan intinya. Cream puff
ni bila kita bakar, dia naik cantik, bunganya masih ada,
lembut dan tidak penyek. Yang saya buat tak jadi cantik,
bunga hilang penyek pulak. Acuannya yang macam mana cantik?
Puff saya beli tak boleh makan intinya rasa hanyir dan semacam
je.
Saya
pernah memberikan resepi Cream Puff di ruangan ini tidak
lama dulu. Utk mendapatkan bentuk yg cantik, gunakan acuan
bermuncung bintang yg besar (star nozzle). Isikan ke dalam
beg aising (piping bag) dan picitkan ke atas tin pembakar
beralas kertas timah (aluminium foil). Semasa memicit, pastikan
ia tinggi sedikit dan bulat. Bila kelihatan sudah keemasan,
buka oven dan cucuk setiap satu cream puff dengan hujung
pisau. Kemudian masukkan semula ke dalam oven selama 5 minit.
Ini adalah utk mengeluarkan 'stim'nya dan mengekalkan bentuk
cream puff itu. Ini puff itu mungkin berasa hanyir kerana
ia menggunakan telur. Buangkan 'pusat' pada putih telur
dan masukkan sedikit vanila sebaik saja kastardnya masak.
Jika dimasukkan awal, bau vanila akan hilang. Jika anda
tidak temui resepi Cream Puff, sila beritahu saya.
Mohd_Faiz
mohd_faiz@agilent.com
HENDAK
BELAJAR MEMASAK

Kami
cuma ingin mengetahui di manakah boleh kami mendapatkan
kursus-kursus masakan yang mana kami ingin mempelajari supaya
kami dapat beroleh kejayaan darinya. Utk pengetahuan tuan/puan
kami sekarang tinggal di Simpang Ampat, Pulau Pinang.
Sila
hubungi pegawai MARDI berdekatan kerana mereka ada menganjurkan
kursus penyediaan makanan dll dengan harga yg berpatutan.
Selain itu, anda juga boleh meneliti iklan-iklan di dalam
akhbar tempatan kerana orang-perseorangan ada mengendalikan
kelas-kelas memasak. Bergantung juga pada jenis masakan
yg menarik hati kerana kelazimannya, mereka mengadakan kelas-kelas
tertentu saja seperti membuat pastri, kuih dll. Jika ada
kedai menjual peralatan membuat kek/biskut dll, kadangkala
mereka juga menganjurkan kelas-kelas utk pelanggan yg berminat.
Jika
anda tinggal di sekitar KLumpur, mungkin agak mudah kerana
kedai-kedai di sini berlumba-lumba menarik pelanggan dgn
menyediakan pelbagai kelas masakan. Mungkin anda boleh hubungi
chef-chef berikut utk keterangan lanjut:
Chef
Anuar Bakery: 012 309 1745 atau
Chef Liza Zainol: 012 260 6624/03 6258 7102
Nain
Zam
fazarni78@yahoo.com.sg
PUDING
TAK MENJADI

Saya
suka menikmati PUDING GULA HANGUS. Saya dah dapatkan buku
langkah demi langkah terbitan Alaf 21, tapi setiap kali
saya buat puding tu, saya dapati ianya terlalu banyak air.
Dah banyak kali saya cuba, tapi hasilnya tetap sama. Saya
irihati tiapkali menghadiri jamuan rumah kawan-kawan, saya
dapati puding mereka keras dan cantik serta tidak berair.
Adakah sebab tempoh mengukus tidak cukup ke apa sebabnya?
Ada
beberapa faktor yg mungkin menyebabkan puding berair dan
salah satunya adalah masa mengukus yg terlalu pendek. Ia
mungkin juga kerana api kukus terlalu kuat dan puding tidak
masak sekata. Api mestilah sederhana saja dan jika air kukus
kering, tambah dengan air mendidih. Dari pengamatan saya,
mmg puding jenis ini walaupun nampak mudah, agak rumit sebenarnya.
Pastikan juga air dari bawah penutup kukusan tidak jatuh
ke atas puding. Caranya ialah menutupnya 'longgar' dengan
sekeping kertas foil/aluminium (seperti bumbung) di atas
loyang/tin puding.
Anda
juga boleh membakarnya (letak loyang di dalam bekas berisi
air) pada suhu 200 C selama 30-35 min. Cuba resepi di bawah
yg sudah saya 'modify' sedikit supaya puding anda akan keras
dan enak.
PUDING
GULA HANGUS
Bahan Karamel
100 g gula pasir
3 camb air
Bahan
Puding
500 ml susu segar
3 camb tepung kastard
1 camt vanila
100 g gula halus
4 biji telur
Sediakan
puding: Pukul telur dan gula hingga sebati (pastikan
'pusat' putih telur dibuang utk menghilangkan hanyir). Masukkan
tepung kastard dan vanila, kacau rata. Panaskan susu sebentar
(jangan biar mendidih) kemudian tuangkan ke dalam campuran
telur. Tapiskan ke dalam jag.
Untuk gula hangus: Jerang kedua-dua bahan
hingga gula larut. Masak lagi hingga menjadi keemasan kemudian
tuangkan ke dalam loyang yg sudah dilengser dengan marjerin.
Masukkan adunan telur, tutup 'longgar' dan kukus (atau bakar)
selama 30-35 min atau hingga masak. Biar sejuk, simpan di
dalam peti sejuk selama 2 jam baru diterbalikkan ke dalam
pinggan.
Malvin
Teem
Oklahoma, USA
teemaia@yahoo.co.uk
INGIN
DAPATKAN ACUAN

Di mana
saya boleh beli acuan membuat tart nenas yang menggunakan
cara gulung, potong dan baker?
Cari acuan muncung/nozzle utk membuat
hiasan kek (icing) berbentuk RIBBON yg paling besar (anggaran
2-2.5 cm 'opening'). Nozzle jenis ini mempunyai 2 bahagian
iaitu lurus dan bergerigi (zigzag). Bila memicit adunan,
pastikan sebelah yg lurus di atas kerana anda boleh meletakkan
jem (yg siap dibentuk kecil seperti cylinder) kemudian gulung
sedikit utk menutup inti sebelum memotongnya. Ubah ke atas
tin pembakar dan sapu dengan kuning telur sebelum dibakar.
Syartina
k.syartina@tamura.com.my
RESIPI
BUBUR ASYURA

Bila
boleh dapat resepi bubur asyura masin tu... yang boleh dipotong-potong
bila sejuk tu?
Menurut sejarah orang Melayu, bubur
Asyura harus mempunyai 10 bahan utama. Pilihan ubi dll bergantung
pada individu itu sendiri. Bagi yg tidak suka berempah,
boleh kurangkan.
BUBUR
ASYURA
250 gm beras
2 liter air
1 ekor ayam
300 gm daging lembu
80 gm kacang hijau
80 gm kacang merah
80 gm kacang ‘kidney beans’ putih
250 gm keledek
3 sudu besar gula pasir
garam secukupnya
1-2 sudu kecil serbuk lada sulah
250 gm tepung beras
2.5 liter santan (drpd 2 biji kelapa)
Bahan
Rempah
5 sm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
Cara
membuatnya
• Potong ayam anggaran 16 keping. Asingkan leher, kepak
dan rusuknya (kerana banyak tulang). Hiris daging kira-kira
3 sm kiub.
• Rebus kacang hijau, kacang merah dan kacang putih berasingan
hingga empuk.
• Kupas keledek, potong kiub 2 sm dan rebus hingga empuk.
• Tanak beras dengan air, ayam dan daging di atas api sederhana
hingga kembang menjadi bubur. (Jika suka, boleh asingkan
tulang ayam pada peringkat ini).
• Sangai semua rempah hingga wangi kemudian kisar hingga
halus. Masukkan ke dalam bubur.
• Campurkan santan, tepung beras, gula dan garam. Kacau
di atas api perlahan hingga mulai pekat. Masukkan serbuk
lada sulah.
• Bubuh semua bahan lain dan kacau lagi hingga kental. Adunan
hendak berkilat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari.
Ratakan di dalam tin atau loyang yg dilengser sedikit minyak.
• Biar sejuk sebelum dihiris ikut suka.
nain
zam,
Menggatal, Sabah
fazarni78@yahoo.com.sg
TELUR
BISTIK
5 biji telur
60 ml susu segar
garam, serbuk lada sulah secukupnya
4 camb minyak
1 camb mentega
3 biji bawang merah
50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
air secukupnya
1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
1/2 biji cili benggala hijau }
1 biji cili merah, dicincang halus
3 biji cendawan butang, dihiris nipis
2 camb susu cair/krim
Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan
minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan
yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.
Cairkan
mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika.
Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas
api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah
dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah
atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan
telur scramble tadi dan hidangkan.
Kufiza
aziebbas@hotmail.com
KEK
DURIAN

Saya
adalah orang Sabah memohon bantuan puan/tuan saya memerlukan
resepi kek durian dan kek keladi serta saya memohon puan/tuan
mengajar saya resepi lapisan kek tersebut diintikan keladi
atau durian yang menggunakan gelatin dan whipping cream.
Saya memohon jasabaik tuan/puan akan perkara tersebut.
Kek berinti keladi/durian dikenali
sebagai MOUSSE CAKE. Ia hanya menggunakan keladi (rebus,
lecek halus) dan isi durian (kisar halus). Gunakan gelatin
halal. Resepi di bawah adalah untuk melapisi 2 keping kek
span berukuran 25 cm.
KEK
MOUSSE DURIAN
500 ml susu segar
150 g gula halus
30 g tepung kastard } campur
60-75 ml air } jadi pes
1 biji kuning telur (besar) }
20 g gelatin
40 ml air panas
1/2 cawan puri durian
300 ml krim putar, diputar kental
Bubuh
gelatin dan air panas di dalam mangkuk kecil yg tahan panas.
Biar 10 min. Letak mangkuk di dalam periuk air mendidih
perlahan, kacau hingga gelatin larut. Angkat dan ketepikan.
Jerang
susu dan gula hingga mendidih. Satukan dengan pes telur,
gaul rata hingga pekat kemudian angkat. Masukkan gelatin
larut dan puri durian, kacau sebati dan biar hingga sejuk
sedikit (jangan dibiar terlalu lama kelak ia beku).
Masukkan
krim putar dan gaul perlahan hingga rata. Letak sekeping
kek span di dalam 'ring' atau gegelang besi berukuran sama,
tuangkan mousse. Ratakan permukaannya kemudian tekan sekeping
lagi kek span di atasnya. Tutup dan simpan di dalam peti
sejuk hingga keras.
Ali
Shah Alam, Selangor
ally9970@streamyx.com
MASALAH
KEROPOK LEKOR

Saya
cuba membuat keropok lekor menggunakan tepung ubi tetapi
keropoksaya menjadi liat apabila telah sejuk. Bagaimana
untuk mendapatkan keropok yang isinya lembut (tanpa menggunakan
tepung sagu) seperti yang saya beli dikedai. Adakah ada
penggunaan atau campuran tepung lain selain tepung ubi/sagu?
Saya
mencampurkan sedikit baking powder dan soda ke dalam adunan
keropok supaya keropok saya kembang dan lembut apabila digoreng,
tetapi ianya menjadi kecut apabila telah sejuk. Bagaimana
mengatasi masalah ini? Bolehkah puan memberikan resipi terperinci
untuk membuat sos pencicah
sama seperti yang didapati di Terengganu/Kelantan?
Ada pelbagai
resepi Keropok Lekor dan inilah salah satu yg anda mungkin
boleh cuba bagi mendapatkan hasil yg anda inginkan. Resepi
yg asli tidak menggunakan sebarang soda atau serbuk penaik,
jadi, tidaklah saya pasti bagaimana kesannya terhadap keropok
yg sudah siap digoreng itu.
KEROPOK
LEKOR
2 kg ikan selayang/kembung
1 kg sagu rumbia
garam & gula secukupnya
Asingkan isi
ikan drpd tuangnya, kisar hingga hancur kemudian masukkan
sagu, garam dan gula. Biar selama 15 min kemudian uli hingga
sebati dan bentukkan memanjang mengikut saiz yg dikehendaki.
Rebus di dalam air mendidih hingga keropok timbul. Biar
sejuk baru dihiris dan digoreng di dalam minyak yg banyak.
Bahan
Sos
1 cawan gula merah
3 camb cili pes/giling
1/2 cawan air asam jawa pekat
3 cm kiub belacan, dikisar
2 1/2 - 3 cawan air
garam secukupnya
Jerang
semua bahan hingga mendidih, perlahankan api dan renihkan
hingga agak pekat. Hendaklah dikacau selalu terutama selepas
ia mulai pekat.
Norma
Said
normalie2000@yahoo.com
RESIPI KUIH GUNTING

375
g tepung gandum
2 camb gula aising
2 camb serbuk rempah kari
1 camb serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk cili
2-3 pelepah daun kari (jika suka), digunting halus
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
90 g marjerin
130-140 ml santan (dari 1/2 kelapa)
minyak utk menggoreng
Gaul
semua bahan kering dan daun kari dengan marjerin. Masukkan
sedikit demi sedikit santan kemudian uli menjadi doh. Tambah
santan jika perlu (jika tiada, boleh gantikan dengan air
biasa). Canai setebal 1 cm sebelum menggunakan mesin mee
utk mencanai lebih nipis (ikut prosedur di bawah).
Saya
juga ingin tahu teknik yang betul untuk menggunting. Ataupun
adakah terdapat acuan yang khusus bagi kuih tersebut?
Anda boleh gunakan mesin membuat mee.
Malah anda boleh "mencanai" dgn mesin ini mengikut
ketebalan yg diperlukan. Akhir sekali, gunakan "indicator"
yg khusus dan putar utk menghasilkan jalur-jalur yg sama
besar. Guntingkan dengan saiz yg anda inginkan (letak dulang
di bawah utk mengumpul guntingan tadi) dan taburkan tepung
supaya ia tidak melekat. Goreng dlm minyak yg banyak hingga
keemasan. Tiada teknik khusus utk menggunting tetapi pastikan
bilah gunting ditaburkan sedikit tepung bila adunan mulai
melekat ketika menggunting.
Jika
ya, di manakah saya boleh dapatkan acuan berkenaan. Maklum
balas puan sangat saya hargai. Saya juga ingin mengucap
tahniah kepada puan kerana tidak kedekut untuk berkongsi
ilmu.
Acuan mee itu boleh didapati di mana-mana
kedai yg menjual periuk belanga juga di sesetengah pasaraya
yg besar seperti Carrefour. Anda perlu cari di bahagian
peralatan memasak (senduk, mangkuk dll).
Rohana
Kamaruddin,
Bandar Baru Selayang
MASALAH
COKLAT

Saya menghadapi
masalah mencairkan "white chocolate". Ianya selalu
menjadi bergentel-gentel (texture nya tidak "smooth").
Ianya tidak menjadi seperti "dark chocolate" apabila
dicairkan. Saya telah menggunakan "double boiler"
untuk mencairkannya.
Suhu mencairkan 'dark chocolate' adalah
120 F manakala untuk 'milk chocolate' dan 'white chocolate'
cuma 110 F. Bila hendak mencairkan coklat putih, mestilah
berhati-hati kerana anda mungkin hanya perlukan air panas
di dalam periuk, bukan air mendidih perlahan (seperti mencairkan
coklat masakan).
Apabila saya
cairkan "dark chocolate", kadang-kadang saya campurkan
sedikit mentega/majerin/minyak utk mengilatkannya. Saya
telah mencuba cara ini juga untuk "white chocolate"
tetapi hasilnya masih sama seperti cara pertama. Boleh puan
terangkan dimana kah silapnya ?
Pastikan suhu airnya (di bawah mangkuk
tahan panas) rendah dan jika masih bergentel, masukkan sedikit
lemak sayuran (white vegetable shortening).
Boleh
puan terangkan apakah kegunaan "sugar paste".
Adakah ianya digunakan untuk membuat marzipan (hiasan di
atas kek) dan adakah ininya boleh didapati disemua kedai-kedai
yang menjual barangan kek & biskut? Boleh puan berikan
cara yang paling mudah untuk penyediaan marzipan?
'Sugarpaste' juga dikenali sebagai
'fondant'. Marzipan pula diperbuat dari serbuk badam, putih
telur dan campuran gula aising dan gula kaster. Tidak semua
kedai barangan kek & biskut menjualnya kerana 'sugarpaste'
yg diimport dari Switzerland itu berharga RM35 sekilo. Utk
cara mudah menghias kek, dapatkan buku 'Over The Top' saya
yg baru muncul di pasaran, terbitan Marshall Cavendish berharga
RM59.90. Ada 'Langkah Demi Langkah' menghias 50 jenis kek
dengan menggunakan pelbagai jenis aising.
Saya ada terbaca
dalam ruangan ini tentang SODIUM BENZOATE yang boleh digunakan
sebagai pengawet. Boleh puan terangkan dengan lebih jelas
lagi kegunaannya sebagai pengawet. Adakah ianya sesuai untuk
digunakan di dalam jem nenas and apakah sukatan yang berpatutan
untuk digunakan untuk menjadikan jem nenas lebih tahan lama
dan dimana boleh saya dapatkannya ? Adakah dengan menambah
pengawet ini akan mengubah rasa asli jem nenas tersebut
?
InsyaALLAH, ia sesuai di dalam jem
nenas dan tidak mengubah rasanya. Boleh dibeli di kedai
menjual barangan kek/biskut. Anggaran untuk 5 biji nanas,
gunakan 1/2 camt bahan pengawet.
Bolehkah puan
memberikan resepi untuk membuat TUNA BUN yang lembut and
gebu yang menggunakan "wheat flour" ?
TUNA
BUN
300 ml susu segar
50 g mentega
15 g yis segar
1 camt gula kastor
500 g tepung berprotin tinggi
1 camt pelembut roti
1 camt garam
1 biji telur, dipukul
1 biji telur (dipukul, untuk sapu)
Inti tuna secukupnya
Panaskan susu
dan mentega hingga hangat. Satukan yis dan gula, campurkan
susu suam dan biar kembang/berbuih. Ayak tepung dan garam
ke dalam mangkuk, masukkan pelembut roti, campuran yis,
susu dan telur. Uli menjadi doh yang kenyal dan licin. Letak
dalam mangkuk, tutup dengan tuala lembab dan biar 30 min
hingga kembang 2 kali ganda. Uli selama 2-3 min di atas
papan bertepung. Bahagikan, bentukkan bulat kemudian isikan
di tengahnya dengan inti tuna. Letak di atas tin pembakar
berlengser dan tutup dengan tuala hingga naik lagi (10-15
min di tempat hangat). Sapu dengan telur dan bakar pada
220 C selama 20 min atau hingga keperangan dan masak.
Izzat
Hanafiah
izat@ntegrator.com.my
DARIHAL
SOS HALAL

Saya
biasa mendengar sos Lea Perrin, Wochester Sos dan sebagainya.
Rupa-rupanya, kita boleh gunakan sos tersebut. Bolehkah
puan nyatakan sos-sos begitu yang boleh digunakan oleh kita
tanpa rasa was-was.
Adalah penting utk membaca bahan-bahan
pada botol sos tersebut utk memastikan ia halal. Lazimnya,
ia mengandungi wine vinegar (cuka arak) yg tentunya tidak
sesuai utk orang-orang Islam. Carilah yg tertulis balsamic
vinegar (cuka balsam) atau artificial vinegar (cuka 'buatan'
bahan kimia dan bukan dari sumber yg waswas).
Kebanyakan
sos ini ada juga yg diimport dari negara Eropah. Seelok-eloknya,
carilah sos buatan Malaysia dari jenama seperti Life, Maggi
dll. Sos Lea & Perrins (dlm botol berleher halus berpelekat
warna oren) mmg boleh digunakan dan ia diiklankan secara
meluas di dalam kebanyakan majalah tempatan.
Roxy
Khan
madam_roxhana@yahoo.com
APA
ITU KUMA-KUMA?

Saya
ingin tanya apa maksud bahan makanan ini: "kuma kuma"??
dan di mana saya boleh dapatinya? Saya terbaca bahan makanan
ini dlm satu resipi untuk buat jojeh arab.
KOMA KOMA adalah saffron dan ia boleh
dibeli di kedai-kedai tertentu saja (kedai besar yg menjual
peralatan membuat kek/biskut dll atau pasaraya yg besar
dan banyak menjual barangan import) kerana harganya agak
mahal namun anda hanya perlukan sedikit saja utk mendapatkan
warna kekuningan di dalam masakan. Ia dari stigma bunga
crocus dan memberikan bau yg harum bila direndam di dalam
air (gunakan airnya saja). Jika tiada, boleh digantikan
dengan sedikit serbuk kunyit atau pewarna kuning.
zainon@celcom.com.my
DARIHAL
BISKUT ALMOND LONDON

Baru-baru
ini saya ada mencuba buat biskut almond london menggunakan
resepi yang puan berikan tapi bila dibakar biskut tersebut
telah mengembang dan bagaimanakah cara yang betul untuk
cairkan cooking coklat bagi resepi almond london.
Cincang halus coklat dan letak di
dalam mangkuk tahan panas. Pastikan mangkuk boleh diletak
di atas periuk air mendidih perlahan tanpa bahagian bawahnya
terkena pada air itu. Tambah lemak sayuran kemudian kacau
coklat hingga cair. Jangan sekali-kali dibiarkan walau setitik
air atau wap jatuh ke dalam coklat itu kerana ia akan mengeras/jadi
berketul-ketul.Biskut
itu kembang mungkin kerana anda terlebih pukul mentega dan
gula.
Untuk
pengetahuan puan saya pukul mentega dan gula seperti yang
puan suruh tapi nampak macam adunan itu lembik sedikit.
Sepatutnya kena pukul sampai kembang ke atau tak perlu?
Rasanya sebab tulah dia mengembang, betul tak Puan?
Pukul hingga sebati sudah mencukupi,
tak perlu hingga kembang. Selalunya, hanya pukul dengan
senduk kayu. Biskut tentu akan mengembang setelah dibakar
dan anda perlu membentuk biskut itu kecil sedikit supaya
ia muat ke dalam mangkuk kertas kek.
Minah
Kampong
Perak
n_m_z2004@yahoo.com
DAUN
TEPUNG PELITA

Bagaimanakah
cara untuk melipat bekas tepung pelita, dan daun apakah
yang digunakan untuk membentuk bekas tersebut?
Sukar utk menjelaskan cara melipat
bekas tepung pelita yg diperbuat dari daun pisang itu. Anda
perlu melihat caranya satu-persatu barulah faham. Mulakan
melipat satu bahagian saja (hujung) baru disematkan di tengahnya
kemudian lipat bahagian yg bertentangan. Jika anda mahukan
kepastian, beli kuih ini dan setelah memakannya, cuba buka
lipatannya. Anda pasti akan tahu bagaimana ia diperbuat.
Saya
teringin untuk mencuba resipi biskut-biskut raya dlm website
ini. Contohnya, almond london, chocolate chips, biskut makmur
dan lain-lain. Bolehkah saya mendapatkan tekstur biskut
yang rangup daripada sukatan-sukatan yang diberikan?
InsyaALLAH, cuma teknik yg tidak tepat
tidak akan menghasilkan biskut yg diinginkan. Pastikan juga
anda tambah 2-3 camb mentega jika adunan terkeras atau sedikit
tepung gandum jika adunan terlampau lembik tetapi tambahlah
sebahagian yg diperlukan saja kerana adunan dgn sendirinya
akan keras bila dibiarkan lama.
Apakah
suhu dan masa yang sesuai untuk membakar almond?
Saya selalu membakarnya pada suhu
210 C dgn api atas dan bawah selama 4-5 min saja, atau hingga
ia berbau wangi. Pastikan mengacaunya 2-3 kali sepanjang
masa memasak supaya ia masak rata. Biar ia "terlebih"
masak sedikit kerana ini akan memastikan ia rangup. Jangan
"terkurang" kerana ia akan menyebabkan biskut
tidak sedap.
Nisha
Ibrahim
Woodlands, Singapura
nisha@sicc.com.sg
KUIH
LAYANG-LAYANG

Saya
ingin mendapatkan resipi kuih tradisional : Kuih Layang
Layang. Saya harap puan boleh memberikan resipi ini and
cara-cara membuatnya. Anak-anak sangat suka memakannya,
tapi hanya boleh dibeli pada masa Hari Raya sahaja.
GERTAS
LAPIS/Kuih Layang-layang
375 g tepung gandum
1/2 camt garam
2 camb marjerin
140-160 ml air
3 1/2 camb tepung ubi/kanji
2-3 camb minyak
minyak utk menggoreng
200 g gula halus, dikisar seketika
Satukan
tepung gandum, marjerin, garam dan air hingga menjadi doh.
Tutup dgn tuala lembab dan biar selama 2 jam. Campur tepung
kanji dan minyak. Canai 1/4 adunan senipis yg boleh (bentuk
empatsegi panjang, anggaran 10x40 cm). Ratakan 1/4 campuran
tepung kanji di atas doh tadi. Gulung kemas dari bahagian
paling pendek kemudian hiris setebal 1.2 cm. Canai setiap
hirisan menjadi leper. Goreng di dalam minyak panas hingga
keemasan. Sejatkan minyaknya kemudian salut dengan gula
sebelum dihidangkan.
Imazz,
imazz@yahoo.com
MENGAPA
COOKIES SAYA TAK RANGUP?

Saya
ingin bertanya , apa itu Cookies Flour. Boleh tak saya gunakan
untuk membuat Biskut Almond London?
Boleh, insyaAllah kerana Cookies Flour
memang mempunyai campuran khusus yg akan membuat biskut
lebih rangup.
Saya telah mencuba byk resepi choc chip, tetapi semuanya
tak rangup seperti choc chip famous Amos. Apa rahsianya
ye?
Rahsianya tetap akan menjadi rahsia
selama-lamanya kerana adatlah bagi orang-orang yg berniaga.
Mungkin mereka menggunakan muscovado sugar sebagai ganti
gula perang yg biasa. Gula jenis itu lebih mahal, rasa dan
warnanya lebih asli.
KENAPA
KEK SAYA MENDAP?

Resepi
kek span saya menggunakan 15 biji telur. Bila saya kurangkan
portion ke 10 biji atau 5 biji telur, bancuhan saya kurang
menjadi. Kek saya akan 'turun' sedikit bila sejuk, dan adakalanya
ujud base keras di bahagian bawah kek. Apakah bahan yg perlu
saya tambah atau kurangkan iaitu samada bilangan telur,
kuantiti tepung, kuantiti butter atau lainnya?
Base keras di bawah kek biasanya kerana
mentega cair atau putih telur (jika anda menggunakannya)
tidak digaul hingga sebati di dalam adunan. Di sini ada
2 resepi kek span. Yg pertama, adalah kek span yg enak dimakan
"fresh" dgn lapisan krim dan buah di tengahnya.
Namun teksturnya agak "kering" kerana ia adalah
FATLESS SPONGE. Kedua pula mempunyai sedikit mentega dan
lebih lemak.
KEK
SPAN MUDAH
3 biji telur
90 g gula kaster
100 g tepung naik sendiri
2 camb air
Alas
2 tin bulat berukuran 20 cm dengan kertas kalis minyak.
Lengser dengan mentega. Putar telur dan gula hingga kembang
dan pucat. Kaup balikkan tepung berselangseli dengan air.
Ratakan ke dalam tin dan bakar pada 190 C selama 20-25 min.
KEK SPAN
4 biji putih telur
6 biji kuning telur
200 g gula kastor
1
camt ovalette/Quick 75/SP Emulsifier
130 g tepung paling halus
2 camb susu segar
1 camt vanila
2 camb mentega, dicairkan
Pukul
4 bahan pertama hingga kembang. Masukkan tepung sedikit
demi sedikit. Tambah susu, vanila dan mentega ke dalam adunan
dan kacau rata/ Ratakan adunan ke dalam tin 22 cm yg sudah
dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
Bakar pada 180 C selama 30-35 min atau hingga masak.
Yati
, Puchong, Selangor
BAGAIMANA
NAK BUAT BUNGKUSAN TEPUNG PELITA?

Saya
juga amat meminati kuih pelita. Melihat daripada resepi
yg diberikan di laman ini, nampak macam mudah untuk membuatnya.
Tetapi, saya menghadapi masalah untuk membuat bungkusannya
(temalong).
Bagaimanakah caranya untuk membuat bungkusan kuih ini?
Memang
sukar utk menceritakan tanpa Puan melihat sendiri bagaimana
ia dibuat. Namun saya akan cuba jelaskan di sini:
Ambil
sehelai daun pisang yg sudah dilayur. Potong panjang 16-18
cm dan lebar anggaran 12-15 cm. Pegang 2 hujung bahagian
pendeknya, lipat 1/3 supaya membentuk tiga segi (kedua-dua
bahagian mestilah tegak dan bertemu di tengah supaya boleh
disematkan dengan lidi atau stapler). Lipat di kedua-dua
bahagian supaya temalong itu boleh tegak menyerupai "bekas"
untuk mengisi kuih.
Jika
anda berpeluang membeli Kuih Tepung Pelita, teliti bekasnya
(setelah menghabiskan kuihnya) dan dari lipatan itu, Puan
akan tahu bagaimana cara membuatnya.
Di dalam buku masakan 'Masakan Popular Malaysia' terbitan
Preston, saya ada menunjukkan secara 'Langkah Demi Langkah'
bagaimana hendak membuat "temalong". Dapatkan
di kedai-kedai buku seperti Kinokuniya atau MPH.
Khumairah@yahoo.com
SET
HIDANGAN NASI TOMATO

Saya
telah lama mencari resipi NASI TOMATO yang sedap. Apakah
hidangan sampingannya? Kalau ada, boleh sertakan resipinya
sekali?
NASI TOMATO
500
g beras wangi } dibasuh & disejat
500 g. beras biasa }
150 g minyak sapi/marjerin
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cm kayu manis
1 labu bawang besar (dicincang)
150 ml. puri tomato
1.5 l air
garam secukup rasa
6 camb bawang goreng }
100 g hirisan badam bakar } untuk hiasan
80 g kismis/sultana }
Bahan
dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1.5 cm. halia
1
Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga dan
kayu manis 1-2 minit.
2 Bubuh bahan kisar, kacau hingga wangi.
3 Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
4 Kemudian bubuh air dan garam. Masak hingga kering airnya.
Perlahankan api, tutup periuk.
5 Bila masak, taburkan bawang goreng, badam dan pis.
DAGING
KURMA
600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }
Bahan
Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan
Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras
1.
Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2.
Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3.
Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau,
bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering
airnya.
4.
Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak
dan daging separuh empuk.
5.
Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
6.
Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.
AYAM
MASAK MERAH
1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)
garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari } bahan perap
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
minyak untuk menggoreng terendam
garam, gula secukupnya
Bahan
Penumis:
5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawangBahan dikisar:
6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }
1 camt jintan putih } disangai/goreng tanpa minyak
½ camt jintan manis }
1.
Perap ayam, garam, lada hitam dan bahan perap selama 30
minit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3.
Keluarkan kecuali 3 camb minyak, bubuh bawang besar dan
bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5.
Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup
sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat
dan hidangkan.
Naja.
Wangsa Maju, K. Lumpur
nnm7@tm.net.my
ASAM PEDAS DAGING TETEL

Agak2nya
boleh tak membantu saya dalam resepi Asam Pedas Daging Tetel?
600 g daging tetel, dipotong
air secukupnya
2 batang serai, dititik
5 cm lengkuas, dititik
2 sudu besar asam jawa } campur utk
200 ml air } air asam
100 ml minyak
5 tangkai daun kesum
1 sudu besar gula merah
garam secukup rasa
Bahan
Kisar:
15-20 tangkai cili kering – dibuang biji & direndam
air panas
3 biji buah keras
3 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Cara
membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai dan lengkuas
hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan daging tetel dan air, kacau sekali-sekala di
atas api sederhana hingga mendidih. (Tambah air secukupnya
hingga tetel empuk).
3 . Bila tetel empuk, masukkan daun kesum, air asam jawa,
garam dan gula. Masak lagi hingga mendidih dan naik minyak.
Shamerk
lindashaker@hotmail.com
SATE
DAN NASI BERIYANI

SALAM
.SAYA INGIN RESEPI MASAKAN NASI BERYANI TOLONG KIRIMKAN
SAYA RESEPI NASI BERYANI DAGING, SATAY GORENG, SAMBAL SATAY
NASI BERIANI DAGING
150
ml minyak sapi
300 g bawang besar, dihiris bulat
8 biji bawang putih } dikisar
4 cm halia }
5 camb rempah beriani
1 kg daging batang pinang, dikiub 20
5 biji tomato, dihiris kecil
50 g badam, dibakar & dikisar
200 ml susu cair
150 g dadih
30 g daun pudina
30 g daun ketumbar
air (untuk mengempuk daging)
1 kg beras Basmathi, dibasuh & disejat
1.65 liter air
garam secukupnya
bawang goreng, kismis & gajus (untuk hidangan)
1.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga wangi. Angkat.
2. Masukkan bahan kisar dan rempah beriani, kacau sampai
wangi.
3. Bubuh pula daging, tomato, badam, susu, dadih, separuh
pudina dan
ketumbar serta air. Kacau sekali-sekala hingga daging empuk.
Ambil daging, letak di dalam pinggan.
4. Pastikan kuah di dalam periuk agak pekat. Masukkan beras
dan air. Kacau sekali-sekala hingga beriani masak. Letak
semula daging di atas nasi tadi. Kemudian tutup periuk dan
perlahankan api.
5. Bila beriani masak sempurna, angkat dan sajikan dengan
bawang goreng, kismis dan gajus.
SATE
GORENG
500
g daging kambing, dihiris ½ x 2.5cm keping
1 keping asam gelugur
air secukupnya
garam, gula secukupnya
4-5 camb minyak
Bahan
Kisar:
4 biji bawang merah
2 biji buah keras
2 cm kunyit
1 cm lengkuas
½ sudu besar ketumbar }
½ sudu teh jintan manis } disangai
½ sudu teh jintan putih }
1 sudu besar air asam jawa cair
4 sudu besar santan pekat
Cara
membuat:
1. Perap daging dengan garam, gula dan bahan kisar selama
4 jam.
2. Panaskan minyak, masukkan daging dan bahan perapnya.
3. Kacau hingga daging berubah warna, masukkan asam gelugur
dan air.
4. Kacau sekali-sekala di atas api sederhana hingga daging
empuk dan hampir kering. Angkat dan hidangkan dengan kuahnya.
KUAH
KACANG
100
ml minyak
750 ml santan cair } dari 2 biji kelapa
180 ml santan pekat }
1-2 sudu besar air asam jawa pekat
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
220 g kacang tanah - disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
Bahan
Rempah (dikisar halus):
10 biji bawang merah
1 batang serai
1-2 sudu besar serbuk cili
2 cili merah
2 cm lengkuas
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
Cara
membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga wangi dan
terbit minyak.
2. Masukkan ¼ santan cair, kacau lagi hingga naik
minyak. Tambah ¼ santan, kacau lagi hingga terbit
bau.
3. Tuangkan semua santan cair, santan pekat, air asam, gula
dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian
renihkan hingga terbit minyak.
4. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk. Kacau selalu supaya
tidak berkerak. Bila mendidih, tutupkan api.
Fida
fida_chomell@yahoo.com
KEK
SARANG TEBUAN TAK BERSARANG!

Saya
baru mula berjinak-jinak membuat kek sejak saya mengikut
suami tinggal di England. Maklumlah tak berani nak beli
kek-kek di sini. Setakat ni saya dah belajar membuat kek
coklat lembap dan kek sarang tebuan dari rakan-rakan yang
ada di sini. Masalahnya dah 2-3 kali saya cuba buat kek
sarang tebuan menggunakan resepi seperti yang rakan saya
buat tapi hasilnya sungguh mengecewakan, kek saya tidak
bersarang seperti yang dibuat oleh rakan saya, malahan teksturnya
berat seperti bengkang. Di sini saya sertakan resepi yang
diberikan oleh rakan saya. Boleh puan komen? Adakah disebabkan
sukatan soda bikarbonat, oven yang diguna dan cara memasukkan
bahan mempengaruhi kek ini?
10
biji telur
4 cawan gula, 2 di buat gula hangus
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan soda bikarbonat
1/4 tin susu pekat
1 buku mentega dicairkan
2 cawan air
Cara
saya buat, pukul gula dan telur, masukkan mentega cair,
masukkan susu, gula hangus, tepung dan akhir sekali air.
Saya menggunakan alat pemutar elektrik untuk mensebatikan
kesemua bahan.
Yg menarik perhatian saya ttg resepi yg disertakan di sini
adalah penggunaan 'sudu makan' yg sememangnya agak mengelirukan
kerana lazimnya, hanya sudu teh dan sudu besar (teaspoon
& tablespoon) yg wajar digunakan. Adakah anda menggunakan
cawan metrik atau cawan minum teh yg biasa? Jangan terkeliru
dan ikutilah resepi yg benar-benar tepat bagi mendapatkan
hasil yg memuaskan.
Adakah anda menggunakan 2 cawan gula + 2 cawan air utk membuat
gula hangus? Rasanya tidak, sebab anda ada memasukkan air
sebagai bahan air. Cuba resepi di bawah, insyaAllah menjadi.
KEK
SARANG LEBAH
1 cawan tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
90 g mentega
1 cawan gula pasir + 1 cawan air (utk gula hangus)
1 cawan susu pekat
4 biji telur
Sediakan
gula hangus (jerang gula + air hingga mendidih, bertali
kemudian berwarna keperangan). Biar sejuk sedikit. Pukul
telur hingga kembang. Ketepikan. Putar mentega dan susu
hingga sebati. Masukkan tepung yg sudah diayak dengan soda.
Tuangkan telur berselangseli dengan gula hangus. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam tin empatsegi 20 cm dan bakar pada 180
C selama 45 min atau hingga masak.
Azlina
Abu Bakar
azlina@abakar.freeserve.co.uk
CARA
BUAT KUIH BOM YANG TAK MELETUP!

BARU-BARU
NI SAYA ADA MENCUBA KUIH ONDE2 YG BERINTIKAN KACANG HIJAU
DI DALAMNYA DAN DISALUT DENGAN BIJAN. TETAPI SOALAN SAYA
DI SINI MENGAPA APABILA SAYA GORENG KUIH TERSEBUT MENJADI
PECAH DAN MELETUP. SAYA TERINGIN SANGAT NAK MAKAN KUIH NI.
KALAU PUAN TAK KEBERATAN BOLEHKAH BERIKAN SAYA RESEPI KUIH
INI YG BETUL2 MENJADI.
Saya kira, tidak perlu memberikan
resepi intinya kerana puan sudah biasa membuatnya. Supaya
KUIH ONDE-ONDE atau BOM ini tidak meletup, campurkan 2 sudu
besar tepung gandum ke dalam 250 g tepung pulut serta sedikit
garam. Adunkan menjadi doh dengan air biasa. Jangan dibiar
lama tetapi hendaklah digoreng di dalam minyak yg sederhana
panas. Jika apinya terlalu kuat dan minyak terlalu panas,
kuih ini akan "terkejut" dan itulah yg menyebabkan
ia "meletup" seperti BOM (bersesuaian dengan nama
gelarannya di sesetengah tempat)....
Ira
Otterdahl, Sweden
ira_sushi@hotmail.com
APA
ITU TEPUNG NAIK SENDIRI?

Kalau
di Europe di manakah boleh saya dapatkan tepung naik sendiri
dan ovalette? Apa yg dimaksudkan dgn tepung naik sendiri
dan gula kastor?
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING
FLOUR atau 'Flour with Added Raising Agent'. Ovalette pula
dikenali sebagai JILK atau QUICK 75 atau SPONGE CAKE EMULSIFIER
atau CAKE STABILIZER. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan
serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or
soda bicarbonate).
Manakala
gula kastor atau CASTER SUGAR adalah FINE GRANULATED SUGAR
(gula pasir yg halus). Ada juga org yg mengisar (using coffee
grinder) gula pasir hingga halus kemudian menggunakan ia
sebagai gula kastor.
Powdered sugar pula adalah GULA AISING
atau ICING SUGAR dan banyak digunakan di dalam membuat aising/topping
bagi kek walaupun ada juga digunakan di dalam membuat biskut
dan menyalut Biskut Makmur.
Khadijah
Muhammad
khadijah_muhammad_2004@yahoo.co.uk
BOLEH
GUNA PEANUT BUTTER UNTUK KUAH SATE?

Saya
nak tahu jika membuat kuah satay mengunakan peanut butter
sebagai ganti kacang apa tidak akan merubah rasa satay itu,
sebab kacang rasa kacangnya, peanut butter pula creamynya.
Kuah satay yg menggunakan peanut butter
lebih lemak dan "berminyak" kerana kandungan mentega
di dalam peanut butter itu. Saya pernah membuat kuah satay
dengan peanut butter dan rasanya mmg enak tetapi lebih "likat"
dari biasa. Ia juga akan mengurangkan warna kemerahan cili
berminyak yg sering dikaitkan dengan kuah satay yg ORI....
CARA
AGAR SERUNDING TAK KERING KONTANG
Saya
juga pengemar serunding daging tapi serunding yang pernah
saya makan ni yang agak basah tak kering, tolong berikan
saya resepinya dan cara memasaknya agar serunding tu basah
sedikit tak kering kontang.
Resepinya sama, cuma jangan dikacau
serunding itu hingga kering. Memadai lembab-lembab sedikit
kemudian berhentikan mengacaunya (padamkan api) kelak anda
akan dapati serunding itu "basah" sedikit. Namun
ia tidak tahan lama, tidak seperti serunding yg betul-betul
PEROI.
MISS
NUR
nur_kmphgirl04@yahoo.com
RESIPI
KARIPAP SEDAP!

SAYA
INGIN BERYANYA BAGAIMANA MEMBUAT KARIPAP YG SEDAP. BOLEH
TAK BAGI RESEPI CARA-CARA NAK BUAT INTI DAN KULIT KARIPAP?
SUSAHLAH NAK CARI YG SEDAP!!
Sila
dapatkan buku masakan 'Belajar Memasak-Langkah Demi Langkah'
terbitan Alaf 21 di kedai-kedai buku seperti Times Bookshop,
Kinokuniya atau MPH. Ada 2 jenis karipaf iaitu Karipaf Putar
atau biasa, dengan inti kelapa dikenali sebagai Tembosa
atau inti daging/ayam berkentang.
Sepian
Norly Hashima
Kemaman, Terengganu
hasaida1@yahoo.com
MENGIDAMKAN
TAT NANGKA
Saya
teringin sangat nak makan tart nangka. Saya dah banyak kali
mencari di sekitar daerah tempat saya tinggal tapi tak berjumpa
kedai yang menjualnya. Yang ada hanyalah tart nenas. Saya
juga cuba mencari dari buku resepi tapi tidak dapat juga.
Saya harap pihak puan dapat memberikan atau mencarikan saya
resepi tart nangka ini. Saya mengidam masa mengandungkan
anak ke dua lagi tapi masih tak dapat sehinggalah dah ada
anak ketiga pula. Jadi bantulah saya.
TAT
NANGKA
Bahan Pastri
280 gm tepung gandum
1/2 camt garam
150 gm mentega
3 camt gula kastor
60-75 ml camt air sejuk
Bahan
Inti
50 g mentega
50 g gula kastor
1 biji telur
60 g serbuk badam
40 g tepung gandum
80 gm puri nangka*
50 g nangka, dikiub halus
Cara
membuatnya
1. Lengser tin-tin kecil tart dengan mentega.
2. Untuk pastri. Ayak tepung gandum dan garam. Gaulkan mentega
dengan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan gula, kacau rata. Kemudian campurkan sedikit
demi sedikit air sambil diuli menjadi doh. Bungkus doh dan
simpan di dalam peti sejuk selama 20 min.
4. Keluarkan doh, ambil sedikit demi sedikit, alaskan dasar
tin pai. Ketepikan.
5. Pukul mentega, gula dan telur hingga sebati. Masukkan
semua bahan lain, kacau rata-rata.
6. Ratakan inti ke dalam kulit pastri. Bakar pada suhu 190
C selama 40-45 min atau hingga masak.
*
Ambil isinya, kisar menjadi puri.
Shahrom
Abu Bakar
Sg Merab Luar, Kajang, Selangor
SHAHROM@jkr.gov.my
CARA MEMBUAT POPIA

Saya
ingin sangat nak tahu cara inti popia tanpa menumis kesemua
bahan. Inti popia yang ditumis boleh di pelbagaikan, tapi
yang saya maksudkan ini, ialah suka popia yang berintikan
sengkuang yang telah dimasak, berwarna perang (macam direbus
dengan gula merah?????)
Biasanya
disediakan dengan menyapu sos diatas kulit, letakkan sengkuang
tadi kemudian bawang goreng serta satu lagi bahan bergoreng
(tak tahu apa ke bendanya) kemudian digulung dan siap untuk
dimakan
(kadang kala disapukan sekali lagi dengan sos sebelum dihidang)
Utk inti popiah
jenis ini, hanya bahagian sengkuangnya saja yg dimasak,
yg lain disediakan secara berasingan. Pilihannya adalah
mengikut kegemaran sendiri.
INTI
POPIAH
60 ml minyak masak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu, dicincang halus
300 g udang kecil, dibuang kulit
2 kg sengkuang, dihiris spt mancic
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
garam secukupnya
2 liter air
Bahan
Lain
3 biji telur - dibuat dadar & dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng & dikiub kecil
1 biji timun - dibuang empulur & dihiris halus
150 g taugeh - dibuang ekor & dicelur
sedikit bawang goreng & kacang tumbuk
Panaskan
minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan taucu
dan kacau hingga terbit minyak. Masukkan udang, kacau rata.
Bubuh sengkuang, kacau 3 min kemudian masukkan kicap cair,
kicap pekat, gula dan garam. Tuangkan air dan masak hingga
mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga sengkuang
lembut dan kuahnya kering. Angkat dan biar sejuk. Sudukan
sengkuang dan semua bahan lain ke atas kulit popiah dan
gulung kemas.
Azeyan
Dzul
Jln Semarak, K. Lumpur
CARA
MENGUKUS NASI

Saya
ingin bertanya mengenai cara mengukus nasi yang betul dan
jenis beras yang sesuai supaya nasi yang dikukus lembut
dan peroi (berderai). Selama ni saya masak nasi ok je cuma
suami saya ni cerewet sangat pasal nasi. Dia suka makan
nasi yang dikukus. Lauk-pauk dia tak kisah sangat. tapi
bila nasi lembek atau berketul langsung tak lalu makan.
Saya telah mencuba pelbagai jenis /jenama beras masih tak
jumpa yang sesuai. Harap puan dapat memberi nasihat mengenai
teknik mengukus nasi dan juga jenama yang |