|

SOAL JAWAB MASAKAN
1
/ 2 / 3
/ 4
/ 5
/ 6
/ 7
/ 8
/ 9
kembali
ke menu utama
Izzat
Hanafiah
izat@ntegrator.com.my
MEE
KARI CINA

Saya
nak tahu mengenai mee kari masakan Cina. Setahu saya tidak
pernah mee kari ini dimakan bersama laksa. Pilihannya sama
ada mee, bihun atau campuran mee dan bihun sahaja. Mee kari
ini sangat popular di kalangan masyarakat Cina Malaysia
dan mempunyai variety dari Penang, Ipoh dan lain- lain kawasan.
Malangnya tiada peengusaha makanan berbangsa Melayu yang
dapat menghasilkan mee kari yang sama rasa dengan mee kari
Cina atau lebih popular dengan gelaran curry laksa.
Sekiranya pihak anda berkemampuan menghasilkan kuah kari
yang sama dengan rasa dan keenakkan mee kari Cina ini, minta
jasa baik pihak puan untuk memberikan saya rasa dan panduan
membuatnya.
Seringkali, peniaga Cina menggoreng
(dlm minyak yg amat sedikit), lemak dan kulit ayam hingga
ia mengeluarkan minyaknya sendiri. Mereka menggunakan minyak
ini dalam menyediakan pelbagai masakan yg nampak berminyak
di atasnya. Di dalam buku BELAJAR MEMASAK - Langkah Demi
Langkah, ada resepi Mee Kari yg seakan-akan yg dihasilkan
oleh peniaga Cina. InsyaALLAH, rasanya mungkin tak jauh
bezanya, hanya individu yg pernah merasai akan dapat membandingkannya.
Saya
amat mengemari curry laksa sejak di sekolah rendah sebab
kantin sekolah menyediakan hidangan tersebut. Hidangan sampingannya
ialah potongan telur dadar. Isinya hanyalah tauhu, fish
cake, fish ball adan kerang. Semasa menghidang, tuangan
terakhir adalah lelemak kuah yang terkumpul di permukaan
periuk. Bagaimana lelemak itu boleh terbentuk?
Semasa menumis, banyak lemak dari
daging atau ayam yg digunakan. Bila kuahnya terbit minyak,
lelemak ini ada yg masih pejal dan akan timbul di permukaan.
Lemak ini mengandungi kolesterol dan elok dihindari demi
menjaga kesihatan. Telur dadar tidak biasa dihidangkan bersama
Kari Laksa tetapi ini mungkin kerana kantin ingin mempelbagaikan
juadah menepati kemahuan pihak sekolah. Kelazimannya, Kari
Laksa menggunakan laksa (putih) sebagai bahan asas walaupun
ada yg lebih gemar menggunakan mee kuning yg dicelur.
Apakah
yang membezakan rasa mee kari dengan curry laksa? Adakah
kerana pengunaan fish ball atau tauhu yang membezakan rasa
curry laksa dengan mee kari?
Mee Kari lazimnya disaji dengan sawi
celur, kerang dan menggunakan mee kuning. Manakala Kari
Laksa menggunakan taufu pok, sejenis tauhu kering yg menggelembung
(sudah digoreng). Kari Laksa pastilah menggunakan laksa
(samada yg direbus hingga lembut atau dibeli "basah"
di pasar). Perbezaannya tidak begitu ketara lagi kini walaupun
rempah asas yg digunakan adalah rempah kari.
Adakah
terdapat pengusaha muslim yang mengusahakan kilang tauhu
yang mengeluarkan taupok?
InsyaAllah, ada. Saya sering memastikan
ada LOGO HALAL yg diiktiraf pada paket taufupok sebelum
membelinya. Ia banyak dijual di pasaraya yg besar atau jika
anda rajin, carilah di pasar-pasar Melayu.
Wan
Rosnida
rosnida@iiu.edu.my
BOLEHKAH BAKAR BISKUT DALAM MICROWAVE?

Boleh
x saya bakar biskut dlm microwave? Saya dah cuba bakar kek
dlm. microwave tu, kek tu masak elok. Tp utk biskut, saya
x pernah cuba lagi, sebab ada yg kata biskut jadi x rangup.
Betul ke?
Saya pernah menerangkan dengan panjang
lebar ttg kaedah membakar biskut di dalam microwave, sila
rujuk soalan yg lalu. Jika microwave anda ada ciri oven
sebenar, mmg anda boleh menggunakannya utk membakar biskut.
Oleh kerana anda berjaya membakar kek (tanpa mengubah resepinya
i.e. pernah menggunakan oven biasa juga), tiada sebab kenapa
anda tidak boleh membakar biskut di dalamnya (cara conventional).
Hanya gunakan bekas/pinggan seramik yg sesuai utk meletakkan
biskut itu.
Norlela
noreeman@tm.net.my

Saya
adalah penggemar makanan Cina (terutamanya dim sum) begitu
juga suami saya. Masalahnya tiada restoran Melayu yg menjual
dim sum di daerah kami. Dulu ada sebuah restoran Melayu
yg menghidangkan dim sum tapi kini dah tutup mungkin kurang
sambutan kot. Saya ada juga cari buku masakan dim sum tapi
kurang di pasaran (kedai buku) kalau ada pun dlm bahasa
Chinese. So... boleh tak puan beritahu saya sekiranya ada
alamat-alamat tertentu untuk saya dapatkan/ order buku tersebut.
ALAF 21 ada menerbitkan buku Aneka
MASAKAN CINA dan anda boleh memesan terus dengan mereka.
Boleh
tak dapatkan saya resepi kuih koucong (saya tak pasti ejaannya)
di mana dia merupakan kuih yg diperbuat dpd beras pulut
dan mempunyai pelbagai inti, yg biasanya saya beli dr Melayu
inti kacang & ayam saja. Kalau boleh dapatkan resepi
inti kacang
dah memadai.
KO
CHENG
225 g beras pulut (rendam 4 jam)
60 g isi ayam*
20 g udang kering (rendam & tumbuk halus)
1 biji telur masin (rebus ambil kuningnya)
20 g cendawan kering, direndam lembut
20 g buah berangan (sudah masak)
40 g black-eye bean (direbus empuk)
1 camt kicap pekat
½ camt rempah lima
½ camt minyak bijan
garam dan serbuk lada sulah
Utk
membungkus
5 helai daun buluh (rendam dlm air)
Bahan
Perap (utk ayam)*
1 camt kicap cair
1 camb sos tiram
½ camt serbuk lada hitam
garam secukupnya
Perap ayam dengan bahan perap selama 2 jam. Bentukkan daun
buluh seperti
kon, isikan ½ beras pulut, tambah bahan lauk kemudian
tutup dengan baki beras pulut. Ikat dengan tali. Rebus selama
4-6 jam (bergantung pada saiz), seperti merebus ketupat,
hingga masak.
liana@bppa.unimas.my
APA
ITU BUTTERMILK?

Apa
maksudnya Buttermilk dalam resipi Butter Milk Cake? Saya
minat sangatlah dengan kek tersebut, tetapi apabila ada
perkataan buttermilk ni muncul, I'm confused, coz saya tak
tahu apa dia buttermilk dan di mana boleh saya dapatkan
buttermilk.
Buttermilk
adalah baki cecair setelah susu menjalani proses membuat
mentega. Inilah cara membuatnya di rumah:
BUTTERMILK
175 ml susu segar/UHT
2 camt cuka atau jus lemon
Satukan
kedua-dua bahan dan biar selama beberapa minit supaya ia
menjadi masam baru digunakan di dalam masakan.
Azlizawati
Jaini
Kulim, Kedah
liza@khtp.com.my
UNTUK
APA TEPUNG DIJEMUR?

Saya
ingin bertanya cara yang sebenar-benarnya untuk menggunakan
tepung gandum semasa membuat kek.? Perlukah tepung gandum
dikeringkan dahulu.
Seringkali, tepung gandum dikeringkan/dijemur
supaya kelembapannya hilang dan ini akan menjamin kuih tahan
lama. Namun memadai jika anda mengayaknya sebanyak 3 kali
sebelum menggunakannya. Kek yg terbaik dengan tekstur yg
halus boleh diperolehi dengan menggunakan Cake Flour, Top
Flour atau Superfine Flour.
Nor
Shila Nordin
325 Washington Avenue
West Haven, CT 06516
NNordin@warnaco.com
RESEPI
KULIT POPIA BASAH

Ruangan ini telah banyak memberi saya resepi, cara-cara
dan tip yang sangat saya hargai. Saya lihat ada resepi inti
popia basah..boleh saya bertanyakan cara membuat kulit popia
basah. Ini yang paling payah saya hendak dapatkan. Kerana
terlalu teringin saya guna adunan batter kueh ketayap/gulung,
tapi tak sama rasanya walaupun lepas jugak mengidam saya.
Semoga Puan dapat lampirkan resepi ini.... mengidam sangat.
Untuk
pengetahuan anda, saya pernah memberikan resepi Kulit Popia
Basah kerana soalan ini memang kerap ditanyakan oleh pembaca.
Namun membuatnya memerlukan sedikit 'kepakaran' dan jika
anda belum pernah melihat seseorang membuatnya, ia akan
kelihatan terlalu sukar. Doh popia basah begitu menganjal,
anda hanya perlu 'melayangkan' di atas kuali leper dan ia
akan terbentuk nipis dan rangup. Jika tak berjaya pada percubaan
pertama, kedua atau ketiga, cuba lagi, ya?
ar
liynna
Pasir Putih, Kelantan
arliynna@yahoo.com
MI
KARI UNTUK 50 ORANG!

Saya
nak minta resepi Mee Kari anggaran untuk 50 org makan....bolehkan
Kak Norazlina?
Saya mengambil anggaran 1 paket mee
(500 g) adalah utk 5-6 orang dewasa (100 g seorang). Sila
ambil kira jikalau ada makanan lain yg turut dihidangkan.
Resepi di bawah adalah anggaran saja dan kemungkinan ia
tidak benar-benar tepat. Banyak faktor lain yg perlu dipertimbangkan
dan kini masih belum ada buku masak yg khusus memberikan
resepi utk khenduri/open house dsbnya. Jika ada sesiapa
di antara pembaca memang mengusahakan katering, jemputlah
berkongsi pengalaman anda...
MEE
KARI (utk 50 org)
300 ml minyak
4 ekor ayam, dipotong 12-15 keping
300 g rempah kari (bancuh dengan sedikit santan)
10 liter santan (dari 7-8 biji kelapa)
4 keping asam gelugur
20 biji taupok (tauhu goreng), dibelah 2
5 keping fishcake, dihiris
5 paket fishball, dibelah 2
garam secukupnya
Rempah
tumis
5 btg kulit kayu manis
10 kuntum bunga cengkih
8 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga
3 tangkai daun kari
Dikisar
halus
3 labu bawang besar
30 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
8 cm halia
5-6 camb pes cili
12 tangkai cili merah
Bahan Sampingan
1.2 kg udang sederhana, dicelur buang kulit
1 kg bebola ikan, dibelah 2
10 paket (500 g setiap satu) mee kuning, dicelur & tuskan
800 g isi ketam (jika suka)
1 .5 kg kerang, direbus & dikupas
1 kg taugeh, dibuang ekor & dicelur
600 g sawi, dipotong & dicelur
15 biji telur rebus, dibelah 4
hirisan daun bawang & bawang goreng, jika suka
cili merah hiris bersama cuka dan gula (dlm mangkuk)
Panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Bila wangi, masukkan
pes rempah. Kacau hingga naik minyak. Masukkan ayam, kacau
lagi hingga kering airnya baru dimasukkan santan, asam gelugur
dan garam. Kacau sekali sekala hingga mendidih barulah diperlahankan
api dan renihkan hingga terbit minyaknya. Masukkan pula
fishcake, fishball dan taupok. Bila mendidih sekali lagi,
bolehlah diangkat.
hanizah
mohtar
Cyberjaya, Selangor
misz_ieja@hotmail.com
APA
ITU HALBA?

Ilmu
memasak masih cetek di dada. Apakah itu halba? Dapatkah
dibeli dengan mudah di kedai? Bagaimana rupanaya?
Usah ragu, walaupun ilmu masih cetek
di dada, kesediaan untuk belajar tetap ada dan itulah yg
akan menentukan samada akan menjadikan anda 'Pandai Memasak'
atau hanya sekadar 'Pandai Makan'.... Halba adalah sejenis
rempah tumis sama seperti biji sawi (digunakan ketika menumis
kari ikan) dan banyak terdapat di mana-mana pasaraya dan
kedai runcit (termasuk kedai mamak). Ia agak wangi, digunakan
semasa membuat Nasi Dagang. Bentuknya kecil berwarna coklat
muda dan seakan-akan bersegi-segi, tidak seperti jintan
manis atau jintan putih yg lebih menyerupai 'sekam padi'.
Imazz
imazz@yahoo.com
SOALJAWAB
MENGENAI KEK

Saya
telah cuba resepi kek Prune yang Puan beri dan alhamdulillah
rasanya memang sedap. Cumanya ia agak kering sikit. Bagaimana
cara untuk melembabkan kek itu, perlu saya wrap dengan aluminium
foil ke lepas masak?
Untuk melembabkan kek, sapukan setiap
lapisan dengan mentega selepas menekan dan mencucuk permukaannya.
Tak perlu wrap dengan foil kerana kek akan mempunyai wap
air yg boleh menyebabkan ia cepat berkulat. Jika hendak
disimpan lama tanpa memasukkan bahan pengawet (anti-mould),
potong 4 dan bungkus berasingan dengan plastik nipis. Simpan
di dalam peti sejuk (rak biasa), bukan freezer tetapi keluarkan
satu bungkusan setiap kali (utk tetamulah...), biar 10 min
sebelum dihiris dan disajikan. Bungkusan kecil kek yg lain
akan kekal segar sehinggalah diperlukan.
Boleh saya tahu proses menekan kek untuk tiap lapisan, perlu
tekan sedikit atau sampai mampat.
Tekan mampat tetapi jangan terlalu
kuat. Pastikan tiada gelembung udara (bubble) di atas
lapisan. Jika ada, cucuk gelembung itu kemudian tekan sekali
lagi.
Juga, bolehkan saya gunakan pemutar yang ada kesan mentega(dari
bancuhan pertama) untuk memutar telur (bancuhan kedua).
Lebih sempurna jika anda menggunakan
pemutar bersih dan kering.
Dan, Bolehkah susu pekat manis yang masih sejuk( dari peti
ais) digunakan atau perlu gunakan susu dalam suhu bilik.
Elok gunakan susu pekat pada suhu
bilik kerana sukatannya agak banyak, jika setakat 1-2 camb
tidak mengapa jika menggunakan susu dari peti sejuk.
Saya sering lihat hiasan coklat atas kek yang nipis dan
macam satin. Boleh saya tahu biasanya hiasan itu utk kek
jenis apa dan bagaimana resepi membuat hiasan itu. Hiasan
itu macam dicurah atas kek yang sejuk, betulkah?
Hiasan lazimnya utk kek coklat dan
memang dicurah di atas kek yg sudah sejuk. Pastikan kek
diletak di atas redai dan kertas kalis minyak diletakkan
di bawah redai kerana titisan coklat akan menitik di atasnya.
Puan ada tak
resepi muffin yang gebu dan naik cantik seperti yang ada
di kedai-kedai. Banyak resepi muffin yg saya cuba cuma naik
sedikit saja dan kurang enak pula.
Harap anda dapat pesan buku Aneka
Muffin terbitan Alaf 21 kerana terdapat 44 jenis muffin
yg pastinya takkan mengecewakan anda.
Bolehkah puan
cadangkan satu biskut yang comel, berwarna warni dan sedap
untuk anak-anak. Biasanya biskut yang comel ini rasanya
tidak sedap.
Resepi biskut biasa boleh menjadi
comel jika kena dengan gaya hiasannya. Kebiasaannya, gunakan
coklat cair dan taburkan manek warna-warni di atasnya. Atau
boleh juga disediakan aising royal (warnakan merah, hijau
atau kuning), celupkan sebahagian biskut dan bubuh kacang
tumbuk sebagai hiasan. Utk mendapatkan idea, sila rujuk
buku 'Aneka Biskut Moden' terbitan
Alaf 21.
Komen:
Boleh saya katakan ini site masakan terbaik yang pernah
saya layari.
Tahniah Puan.
hadawaty
muhammad
Kuala Terengganu
hadawaty@hotmail.com
KEK SAYA MEREKAH
Saya telah membuat kek coklat
kukus baru-baru ini. Tetapi, kek tersebut merekah di bahagian
atas. Adakah kerana saya menggunakan terlebih serbuk penaik
atau soda bikarbonat?
Sila catatkan resepinya di sini supaya
saya dapat berikan panduan yg bersesuaian. Antara faktor
kek boleh merekah adalah kurang cecair (susu dll) atau terlebih
tepung (adunan agak keras).
Oven
saya merupakan oven yang menggunakan gas dan tidak mempunyai
penunjuk suhu, di mana ia bercantum sekali dengan dapur.
Adakah oven ini sesuai untuk membakar kek? Saya selalu menggunakan
api yang kecil untuk membakar kek tetapi selalu tidak tahu
tempoh untuk kek itu masak. Ini menyebabkan saya selalu
buka oven untuk check sama ada kek sudah masak atau belum.
Adakah ini akan menjejaskan kek?
Membuka oven terlalu kerap atau sebelum
separuh masa membakar tamat akan menjejaskan kek kerana
suhu oven akan turun sedikit bila pintunya dibuka. Bila
suhunya tidak stabil, kek tidak akan naik sempurna. Teksturnya
tidak akan halus dan kembang dengan cantik.Anda boleh beli
jangkasuhu ketuhar (oven thermometer) yg khas di mana anda
boleh gantungkan pada rak oven dan perhatikan penunjuk khas
yg menentukan suhu sebenar oven. Pastikan juga oven dipanaskan
10 minit sebelum membakar kek kerana suhunya mestilah 190
C atau 200 C bila tin adunan tersebut diletakkan di atas
raknya.
Zawawil
zaw@myjaring.net
RESIPI NASI MINYAK

1 kg. beras Basmathi
(dibasuh & disejat)
150 ml minyak sapi
2 helai daun pandan (disimpul)
1.55 l air
150 ml susu cair
2-3 camb stok pekat ayam/2 kiub stok
garam secukupnya
80 g. gajus }
50 g. bawang goreng } bahan hiasan
100 g pis hijau }
Bahan
Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga
Bahan
dikisar:
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia
Panaskan minyak
sapi, masukkan bahan penumis dan bahan kisar. Kacau hingga
terbit bau.
Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
Bubuh pula daun pandan, air, garam, susu dan stok. Kacau
sekali-sekala hingga menggelegak.
Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar
ia masak.
Taburkan bahan hiasan semasa menghidangnya.
Anuwa
anuwa@yahoo.com
APA
ITU ASID BENZOATE?

Di
sini saya nak dapat kepastian Asid Benzoate
1. Adakah ianya berbeza-beza,maksud saya untuk mengawet
makanan lain dan utk makmal lain. Sebab saya ada tanya di
sebuah kedai dia katakan yg dia jual hanya utk.kegunaan
sekolah dan utk makanan dia tidak dapat kepas-tian. Saya
tanya disemua tempat dekat Terengganu ni dan ianya amat
sukar didapati dalam bentuk sedikit … dan ianya perlu di
order dalam satu beg
( 25kg ) ianya terlalu banyak.
Cuba tanyakan tentang ANTI MOULD di
kedai menjual peralatan kek kerana mungkin ia lebih dikenali
dengan nama tersebut. Jangan sesekali gunakan asid yg khusus
utk makmal kerana ia memudaratkan kesihatan.
2.Bagaimanakah
resipi untuk membuat Cili Boh atau pun Lada Lumat?
Jika membuat di dalam kuantiti yg
sedikit, gunting cili kering utk membuang bijinya kemudian
rebus sebentar di dalam air panas hingga lembut. Kisar dengan
sedikit air, campurkan garam dan simpan di dalam bekas kedap
udara.
4.Jika
saya ada sodium benzoate di waktu manakah saya perlu letakkan
ke dalam bahan yang saya masakan (Perencah Ikan Bakar).
Jika selepas masak adakah semasa panas atau sejuk. Setahu
saya 1kg bahan bersamaan 1 g ( 1% ) sodium benzoate.
5.Berapa
lamakah bahan saya bertahan jika diletakkan sodium ini.
Saya mengharapkan sangat kesemua pertanyaan saya mendapat
perjelasan daripada kak.
Soalan 2-5 lebih sesuai, saya kira,
jika anda berpeluang mengikuti Kursus Usahawan Kecil yg
diadakan beberapa kali di dalam setahun. Selain dari Cili
Boh, terdapat banyak peluang utk usahawan yg berminat seperti
anda. Hubungi pejabat MARDI yg berdekatan dan berbicaralah
tentang kursus tersebut dari pegawai mereka. Nescaya anda
mendapat faedah. Lagipun, mereka menyediakan pinjaman utk
membeli mesin dsbnya.
Haniza
Rafferty
honey_za@bigpond.com.au
BUKU RESIPI MASAKAN UNTUK PERANTAU

3
bulan lepas saya balik ke Malaysia, memang hajat saya nak
mencari buku resepi masakan Melayu dan masuk ke kedai buku
dan saya nampak buku resepi Aneka selenggaraan Saadiah Mohamad.
Saya dapat membeli 3 sahaja kerana itu saja yg ada dikedai.
Saya cuba mencari nya d ikedai yg lain dari Suria KLCC sampai
la ke Midvalley Megamall tapi tak berjumpa. Everything
perfect dari gambarnya susunannya dan tak tebal senang
membacanya.
Banyak buku ANEKA dijual di MPH (Wangsa
Maju). Jika masih sukar mendapatkannya, anda boleh hubungi
Alaf 21 di no: 03 5101 3837.
Sebagai
org yg merantau, buku buku begini sangat berguna pada saya,
tapi saya nak cadangkan,
1.
Buat sebuah buku masakkan Melayu khas untuk org yg berada
luar Negara (kerana bahan2 di sini ada limitnya)
Untuk menjadikan buku ini satu realiti,
saya perlukan feed-back dari sesiapa saja yg berada di US,
UK, Australia, Canada atau New Zealand tentang bahan utk
masakan Melayu yg terdapat di sana. Jadi, bolehlah saya
ciptakan/improvise/modify resepi berpandukan bahan yg ada
di luar negara itu.
2-
Pada buku buku resepi biasa, bahan-bahan yg susah nak dapat
di luar negara diberi choice kepada bahan lain atau ditiadakan
Cadangan ini memang bernas dan kemungkinan
suatu hari nanti menjadi kenyataan. Namun, sebagaimana jawapan
(1), saya perlukan kerjasama dari penuntut Malaysia atau
org-org Malaysia yg berada di perantauan.
3.
Index pada bahan-bahan yg jarang didengar like daun maman
contohnya. Dapat dimana, how it looks like atau boleh diganti
dgn daun yg lain ke?
Maksud anda, ada GLOSSARY lengkap
dengan gambar herba/rempah dll. Memang sudah ada di dalam
buku masakan saya 'Masakan Popular Malaysia' terbitan Pustaka
Zaman. Namun begitu, insyaAllah, jika buku masakan istimewa
utk 'Perantau' terbit nanti, saya akan pastikan foto kebanyakan
bahan rempah, dedaun dll ada di dalamnya.
Disini
saya mahu buat mail order buku resepi aneka . Boleh tak
saya buat mail order to Australia? Saya sudah masuk ke laman
web tapi tidak boleh membuka laman langganan pos.
Harap anda dapat mencubanya lagi kerana
kadangkala ada masalah dengan server. Jika tidak, senaraikan
BUKU ANEKA yg anda inginkan, saya akan forwardkan kepada
pihak Langganan Antarabangsa.
zawiyah_z,
Celcom, KL
zawiyah_z@tmnetcrm.com.my
TEPUNG
AISKRIM

Di manakah boleh
saya mendapatkan tepung aiskrim?
Diharapkan puan dapat memberikan alamat.
Tepung
aiskrim mudah didapati di mana-mana kedai menjual peralatan
bakery cthnya di Lrg Haji Taib (berdekatan Chow Kit dan
jika masuk dari Jln TAR ada Cycle & Carriage di sebelah
kiri), kedai 'Bake with Yen' , BAGUS di Taman Melawati (belakang
Maybank, berdekatan kedai stationery Advanco), atau di BAKEWELL
(Fasa 1, Taman Seri Gombak di blok yg membelakangi 7-Eleven,
menghala ke perumahan teres).
Radziah
Ahmad
Kluang, Johor
mts8960@hotmail.com
RESIPI AYAM PERCIK

1 ekor ayam,
kelar dada dan paha
1 liter santan (2 kelapa)
2-3 camb pes cili
1 cm belacan
1 camt halba
2 kpg asam gelugur
1 camt gula
garam secukupnya
Bahan
Kisar
8 biji bawang merah
2 cm halia
3 cm kunyit
2 cm lengkuas
2 batang serai
Jerang semua
bahan atas api sederhana sambil dikacau hingga mendidih.
Bila kuah setengah pekat, keluarkan asam gelugur. Masukkan
ayam dan balik-balikkan hingga 3/4 masak. Biar kuah atas
api perlahan. Panggang ayam dan percikkan kuah di atasnya.
Bila ayam masak, sajikan dengan kuahnya tadi.
Radziah
Ahmad
mts8960@hotmail.com
APAKAH
KISMIS MEMEKATKAN KUAH KURMA?

Dalam
majlis kahwin yang pernah saya hadiri, saya telah menemui
kuah kurma yang sangat sedap rasanya. Kuahnya pekat, kehitaman
dan berminyak, rasanya pula lemak, manis , masin dan cukup
rasa rempahnya. Tak seperti setengah majlis kahwin dimana
kuahnya cair dan kurang pekat serta kurang sedap rasanya.
(1) Adakah penggunaan
kismis hitam boleh memekatkan dan memaniskan kuah itu?
Selain penggunaan kismis hitam atau
prun yg dikisar dengan santannya, anda boleh masukkan buah
keras dan kas-kas (halus berwarna putih-kelabu) ke dalam
bahan kisar (utk menumis). Sukatan rempahnya juga lebih
banyak dari biasa dan juga santannya pekat. Jika kita selalu
menggunakan 1 biji kelapa utk seekor ayam, gunakan 2 biji
kelapa.
(2)
Adakah penggunaan susu cair menggantikan santan lebih enak
rasanya?
Boleh ditambah sedikit susu cair pada
akhir masa memasak (selepas santan pecah minyak) kerana
ini akan membuat ia lebih "lemak berkrim". Didihkan
sekali lagi baru diangkat. Jangan dimasukkan pada peringkat
awal bersama santan kerana ia mungkin terasing dan membuat
kuah tidak berminyak dan halus serta cantik berkilat. Jika
memasak Kurma Daging, pastikan api perlahan (minima sederhana)
supaya daging elok empuknya.
sulaiman
sultans@singnet.com.sg
SIAPA
TAHU RESIPI MEMBUAT CINCAU?

Saya
gemar grass jelly drink; Boleh tolong ajar saya cara membuat
agar-agar “grass jelly” atau kaum cina menggelarnya air
"Chin Chau" ia berwarna hitam dan kenyal seperti
jelly. Selalunya dibuat atau dijual oleh kaum Cina.
Sekian terima kasih.
Puas
saya mencari resepinya tetapi malangnya tidak jumpa. Namun
apa yg saya dapati, ia diperbuat dengan cara merebus daun
"Chin Chau" (nama saintifik: Mesona chinensis)
bersama potassium carbonate kemudian dibiarkan sejuk. Pepejal
atau bahagian "solid" yg terbentuk itu akan dipotong
dan dihidangkan dengan air dan sirap.
Walaupun
begitu, pada paket "grass jelly" juga ditulis
bahawa ia dicampur dengan tepung jagung dan inilah yg membuatkan
teksturnya seperti kenyal sedikit. Ia mudah didapati di
mana-mana pasaraya dan amat murah harganya, jadi, ia tidak
begitu "popular" utk membuatnya sendiri. Sungguhpun
begitu, jika sesiapa di antara pembaca yg sudi berkongsi
pengetahuan tentang cara membuat "chin chau" ....
silakanlah, ya?
mui
chico, Sarawak
chicomui307@yahoo.co.uk
RESIPI
BINGKA AMBON

Saya
ada problem dengan buat kuih 'bingka ambon'. Kuih saya lepas
bakar jadi keras, kering, sikit hangus dan tak berbau wangi,
dan satu lagi portion of the kuih also sikit saja (for 1
person). Bolehkah puan kasih saya recipe yang betul, yang
tested dan gerenti menjadi. I memang minat sangat dengan
kuih ini.
Jika
inginkan resepi yg "tested", anda perlu menanti
'tidak tahu berapa lama' kerana secara peribadi, saya tidak
pernah mencubanya. Namun, dari pengamatan saya, resepi di
bawah "akan jadi" namun tidaklah saya pasti samada
ia akan menepati citarasa anda atau sebaliknya. Kadangkala
bila seseorang meminati sesuatu kuih, agak sukar baginya
mencari kuih yg "benar-benar" original. Jika kuih
itu "sedikit hangus" dan "keras", mungkin
juga suhu terlalu tinggi dan memasaknya terlampau lama.
Utk mendapatkan kewangian, kuih-muih asli menggunakan jus
pandan. Bingka Ambon ini pula dikukus, tidak dibakar. Seperkara
yg harus diingat ketika menggunakan yis, pastikan suhu bilik
panas dan yis masih "fresh",
tidak berbau.
BINGKA
AMBON
Bahan
A
40 ml air suam
1/2 camt gula halus
50g tepung gandum
8g ragi basah (fresh/compressed yeast)-jika frozen, biar
pada suhu bilik dulu
Bahan
B
200 ml santan pekat (1 kelapa)
2 helai daun pandan, disimpulkan
5 biji telur ayam
150g gula kaster
60g tepung ubi/kanji
1/2 camt vanila
Cara
membuatnya
1. Gaul A hingga sebati, perap selama 1 jam.
2. Jerang santan dan daun pandan hingga hampir mendidih,
ketepikan dari api dan biar sejuk.
3. Campur A, tepung ubi, santan dan vanila hingga sebati.
Pukul telur dan gula hingga kembang, gaul dengan campuran
santan tadi.
4. Adunkan selama 2-3 min kemudian biar selama 30 min atau
hingga naik. Lengser acuan kecil dan isikan dengan adunan
tadi. Kukus selama 15-17 min atau hingga masak.
shaninaezalia
sha
shaninaezaliasha@yahoo.com
4
RESIPI BEBOLA DAGING

Saya
ingin bertanya kepada puan bagaimana caranya untuk membuat
bebola daging? Dah beberapa kali saya cuba untuk membuatnya..
tapi hasilnya tak memuaskan! Contohnya bila bebola daging
direbus, ia kelihatan pecah-pecah, dan rasanya terlalu kasar.
Saya ingin menanyakan kepada puan, di manakah silapnya?
Adakah tepung(tepung jagung dan baking powder) salah? Atau
cara sukatan tak tepat? Kalau boleh puan tunjukkan cara
yang betul. Bagaimanakah caranya membuat bebola daging yang
bulat, pejal dan enak!?
Kadangkala air
rebusan terlalu kuat mendidihnya sehingga bahagian luar
bebola daging tidak sama masaknya dengan bahagian dalam
dan ini mungkin menyebabkan ia pecah. Di sini ada beberapa
resepi bebola daging yg boleh anda cuba. Utk mendapatkan
bebola yg benar-benar halus teksturnya, saya cadangkan anda
kisar/proses daging sekali lagi selepas mencampurkan ia
dengan bahan-bahan lain kerana bawang yg tidak dikisar halus
juga boleh menyebabkan bebola pecah.
BEBOLA
DAGING (1)
200 g isi ayam, dicincang halus
150 g isi ikan (cth: tenggiri)
½ camb kicap cair
½ camb sos Lea & Perrins
sedikit serbuk lada sulah, garam, gula
½ cawan serbuk roti
1 biji telur, dipukul
minyak utk menggoreng terendam
Satukan daging,
isi ikan dan semua bahan lain. Gaul sebati kemudian bentukkan
bulat dengan meramaskan (gunakan sudu utk membentuknya bila
ia dipicit dari genggaman – supaya bentuknya benar-benar
bulat: lebih mudah jika melihat sendiri bagaimana ia dilakukan).
Atur atas dulang dan simpan di dalam peti sejuk selama 40
minit. Susun dalam loyang yg sudah dilengser sedikit minyak
kemudian kukus selama 6-7 minit. Buangkan air yg ada di
dalam loyang tadi kemudian biar bebola sejuk 10-15 minit.
Lap kering kemudian goreng, jika suka.
BEBOLA
DAGING (2)
750 g daging/ayam, dicincang halus
3 camb sos tiram
2 camb sos tomato
2 labu bawang besar, dicincang halus
1 cawan serbuk roti
2 biji telur
garam, serbuk lada hitam secukupnya
Satukan semua
bahan hingga betul-betul sebati. Bentukkan bulat dan simpan
di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum digoreng hingga
keemasan.
BEBOLA
DAGING (3)
450 g daging, dicincang halus
1 biji telur
1 keping roti
¾ cawan bawang besar (cincang halus)
80 ml susu segar
garam, serbuk lada sulah
½ camt sos cili, jika suka
1 camt sos Lea & Perrins/MAGGI Seasoning
air mendidih secukupnya
tepung gandum secukupnya (utk menyalut)
Rendam roti di
dalam susu. Gaul daging, telur, bawang dan bahan lain hingga
sebati. Campurkan dengan roti, gaul rata. Didihkan air dalam
periuk besar. Bentukkan bebola kecil. Golekkan bebola dengan
tepung hingga bersalut elok kemudian masukkan ke dalam air
tadi. Masak selama 8-10 minit atau hingga bebola kelihatan
masak. Angkat dan tuskan airnya sebelum dihidangkan.
BEBOLA
DAGING (4)
600g daging, dicincang
1 biji telur
½ cawan serbuk roti
½ camt gula
½ camt garam
serbuk lada sulah
120-125 ml susu segar
Satukan semua
bahan hingga sebati. Bentukkan bebola kemudian rebus di
dalam air mendidih selama 10-12 minit atau hingga masak.
Angkat dan tuskan airnya.
haida
haida
cikdugung@yahoo.com
Bagaimanakah
untuk menyediakan makaroni bakar?

MAKARONI
BAKAR
100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus
1 cm halia, dicincang halus
4 ulas bawang merah
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus
100 g sayuran campur (dlm paket:frozen mixed vegetables)
3 biji telur Gred A
150 ml susu segar/UHT
50 g keju Cheddar, diparut
garam, serbuk lada hitam secukupnya
Rebus
makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega. Panaskan
minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi
masukkan daging dan kacau hingga masak (tambah sedikit air).
Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan
daun sup dan angkat.
Satukan
telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan
makaroni dan daging. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas
yg sudah dilengser mentega. Taburkan keju di atasnya. Bakar
pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak.
Nota:
Jika bahagian atasnya kelihatan agak perang, tutup dengan
kertas timah/aluminium foil dan teruskan membakar. Jika
tidak suka keju, tidak perlu gunakan.
Daripada:
kakcik
diba_6970@yahoo.com
POPIA

Bahan
Inti
400 g sengkuang, dihiris halus
200g lobak merah, dihiris halus
100g taugeh, dibuang ekor
130g kacang panjang, dicincang
100g cendawan (jika suka), dicincang
2 camb sos tiram
3 ulas bawang putih, dicincang halus
3 camb minyak
garam, gula dan serbuk lada sulah
Campuran
pelekat
3 camb tepung gandum
5 camb air
Bahan
Sos(1)
4 camb sos cili
2 camb sos tomato
1-2 camb jus limau/lemon
garam secukupnya
1-2 camb bijan bakar
Untuk
inti. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga
wangi. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Gaul rata kemudian
bubuh kacang panjang dan cendawan. Kacau hingga empuk. Bubuh
taugeh dan sos tiram. Bila taugeh layu, tambah sos tiram,
garam, gula dan serbuk lada sulah. Isi ke dalam pinggan
(jangan ambil airnya) kemudian biar sejuk.
Sudukan
inti ke atas popia, gulung dan sapu campuran tepung pada
hujungnya supaya kemas bila digulung. Goreng di dalam minyak
panas hingga keperangan. Angkat dan sajikan dengan cili
sos. Untuk sos, gaul sebati semua bahan dan taburkan bijan
ke atas sos.
Anda juga boleh memilih di antara sos berikut:
SOS (2)
2 camb mayonis
1 camb gula pasir
4 camb sos cili
30 ml air
serbuk lada hitam/sulah & garam
Satukan semua bahan hingga sebati.
Sos (3)
2 camb minyak
2 camb pes cili
1 camt serbuk belacan
2 camb asam jawa + 125 ml air (air asam jawa)
3-4 camb gula merah/melaka (dicincang halus)
2 camb petis udang + 1 camb air panas
sedikit garam
Panaskan
minyak, tumis pes cili hingga wangi. Masukkan semua bahan
lain, kacau atas api perlahan hingga mendidih dan pekat.
Biar sejuk sebelum digunakan sebagai sos sapu pada kulit
popia basah.
Daripada:
ana ngah
Segamat, Johor
an212384@yahoo.com
INTI
POPIA

Saya
suka makan popiah basah. Sudah lama saya mencari resipinya
terutama resipi dan cara membuat kulit popiah basah ini.
Bolehkah saya mendapatkannya dari puan?
Inti Popia
2 camb minyak
4 biji cili merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
30 g udang kering }
2 camb sos tiram
1 camb kicap cair
200 g isi udang, dicincang halus
200 g taugeh, dibuang ekor
5 ulas bawang merah, dibuat bawang goreng
18-20 kpg kulit popia
garam secukupnya
150 g lobak merah }
180 g sengkuang } dihiris halus
150 g timun(buang empulur) }
Panaskan
minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tiram,
kicap cair dan udang. Bila udang masak, bubuh lobak merah
dan kacau 3-4 min. Masukkan sengkuang, timun, taugeh dan
garam. Bila sayur layu, angkat dan biar sejuk. (Jangan dicampur
airnya sekali).
Daripada:
MARNI SANJIMAN
40031@myrp.edu.sg
DARI
MANAKAH ASALNYA ONDE-ONDE?

Saya
hendak tanye kuih onde onde berasal dari mana?
Onde-onde
yg anda maksudkan di sini, adalah diperbuat daripada tepung
pulut, berinti kelapa atau kacang hijau, disalut dengan
bijan dan digoreng (juga dikenali sebagai Kuih Bom). Namun
ada juga orang menyebut Onde-onde sebagai Kuih Buah Melaka
(juga tepung pulut, berinti gula melaka dan direbus kemudian
digolek di dalam kelapa parut putih). Onde- onde/Kuih Bom
mempunyai pengaruh masyarakat Nyonya dan kemungkinan besar
ia berasal dari Melaka. Bijan adalah sinonim dengan masyarakat
Cina kerana mereka banyak menggunakan minyak bijan di dalam
masakan mereka.
Walaupun
begitu, ada sesetengah tempat di Perak juga menyediakan
onde-onde berinti kelapa parut. Secara amnya, kita tidak
dapat menentukan dengan tepat di mana sesuatu kuih itu berasal
kecuali yg begitu popular hingga kini di Kelantan, misalnya,
Akok, Jala Mas, Gerodok dll. Jika anda inginkan penerangan
terperinci tentang kuih-muih, sila dapatkan buku masakan
saya 'Kuih-Muih Melayu Pedas dan Manis' terbitan Times Editions
berharga RM39.90 di mana terdapat anekdot kuih tertentu
(70 resepi semuanya).
Daripada:
zainal abidin
nall_74@yahoo.com
RESIPI
MASAKAN BERIANI AYAM MASALA
Boleh
tak Puan Kirimkan Berikan Resepi Ayam Masala & nasi
beriani yang sebenar.
Apakah
yang dikatakan sebagai "Nasi Beriani Yang Sebenar"?
Sukar untuk menentukan di manakah 'ke-sebenarannya', bukan?
Namun kebanyakan yang original menggunakan 'koma-koma' atau
saffron untuk mewangikan nasi tersebut selain air mawar
dan daun pudina. Yg paling penting adalah menggunakan beras
Basmathi yg bermutu tinggi.
Saya
cadangkan anda dapatkan buku 'Aneka Masakan India' dan 'Aneka
Masakan Berempah' kerana ada pelbagai resepi yg akan memenuhi
citarasa anda di dalamnya. Selamat mencuba!
Daripada:
leeya natasya
leeya_natasya@yahoo.com
CARA
MEMASAK NASI KERABU

Saya
terbaca artikel cara membuat nasi kerabu, adakah nasi harus
dijerang di atas api? Bolehkah kalau nasi tu dimasak di
dlm periuk? Adalah lebih mudah saya rasa.
Nasi
untuk membuat Nasi Kerabu boleh dimasak di dalam periuk
eletrik (rice cooker) seperti memasak nasi biasa kemudian
baru digaul dengan bahan ulamannya.
Daripada:
Suryatini Mos
suryatini@hotmail.com
KEK
SAYUR

Saya ingin mengetahui
resipi-resipi berikut:
KELADI
MASAK LEMAK
500 g keladi, dikupas dan dibelah
500 ml santan cair } dari 1 biji kelapa
150 ml santan pekat }
4 ulas bawang merah, dihiris nipis
1 camt serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
3 biji cili merah } dikisar halus
6-7 biji cili padi }
150 g isi udang sedang
garam secukup rasa
Jerang
santan cair, keladi, bawang merah, serbuk kunyit, asam gelugur
dan bahan kisar. Kacau sekali-sekala hingga mendidih, masukkan
garam. Bila keladi empuk, bubuh isi udang dan santan pekat.
Masak lagi hingga mendidih kemudian angkat.
KEK
LOBAK MERAH
3 biji telur Gred A
180 g gula perang
sedikit garam
1 camt ovalette/Quick 75
250 g parutan lobak merah (halus, buangkan airnya)
50 g kismis
200 g tepung gandum }
1/2 camt serbuk penaik } diayak
1/4 camt soda bikarbonat }
1 camt vanila
50 g walnut, dibakar dan cincang halus
1/2 camt serbuk kayu manis, jika suka
100 g mentega, dicairkan
Pukul
telur, gula, garam dan ovalette hingga gebu. Masukkan lobak
dan kismis, kacau rata. Kaupbalikkan bahan ayak ke dalam
adunan. Masukkan pula vanila, walnut dan serbuk kayu manis.
Kacau rata dan akhir sekali, tuangkan mentega cair. Bila
telah sebati, ratakan ke dalam acuan bulat 20 cm yg dialas
dasarnya dengan kertas kalis minyak. Bakar pada 180 C selama
45-50 minit atau hingga masak.
Soalan
daripada:
Kufiza
aziebbas@hotmail.com
KEK
DURIAN
Saya
adalah orang sabah memohon bantuan puan/tuan saya memerlukan
resepi kek durian dan kek keladi serta saya memohon puan/tuan
mengajar saya resepi lapisan kek tersebut di intikan keladi
atau durian yang menggunakan gelatin dan whipping cream.
Kek berinti keladi/durian dikenali
sebagai MOUSSE CAKE. Ia hanya menggunakan keladi (rebus,
lecek halus) dan isi durian (kisar halus). Gunakan gelatin
halal. Resepi di bawah adalah untuk melapisi 2 keping kek
span berukuran 25 cm.
KEK
MOUSSE DURIAN
500 ml susu segar
150 g gula halus
30 g tepung kastard } campur
60-75 ml air } jadi pes
1 biji kuning telur (besar) }
20 g gelatin
40 ml air panas
1/2 cawan puri durian
300 ml krim putar, diputar kental
Bubuh
gelatin dan air panas di dalam mangkuk kecil yg tahan panas.
Biar 10 min. Letak mangkuk di dalam periuk air mendidih
perlahan, kacau hingga gelatin larut. Angkat dan ketepikan.
Jerang
susu dan gula hingga mendidih. Satukan dengan pes telur,
gaul rata hingga pekat kemudian angkat. Masukkan gelatin
larut dan puri durian, kacau sebati dan biar hingga sejuk
sedikit (jangan dibiar terlalu lama kelak ia beku).
Masukkan
krim putar dan gaul perlahan hingga rata. Letak sekeping
kek span di dalam 'ring' atau gegelang besi berukuran sama,
tuangkan mousse. Ratakan permukaannya kemudian tekan sekeping
lagi kek span di atasnya. Tutup dan simpan di dalam peti
sejuk hingga keras.
Soalan
daripada:
Norma Said
normalie2000@yahoo.com

KUIH
GUNTING
375 g tepung gandum
2 camb gula aising
2 camb serbuk rempah kari
1 camb serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk cili
2-3 pelepah daun kari (jika suka), digunting halus
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
90 g marjerin
130-140 ml santan (dari 1/2 kelapa)
minyak utk menggoreng
Gaul
semua bahan kering dan daun kari dengan marjerin. Masukkan
sedikit demi sedikit santan kemudian uli menjadi doh. Tambah
santan jika perlu (jika tiada, boleh gantikan dengan air
biasa). Canai setebal 1 cm sebelum menggunakan mesin mee
utk mencanai lebih nipis (ikut prosedur di bawah).
Saya
juga ingin tahu teknik yang betul untuk menggunting. Ataupun
adakah terdapat acuan yang khusus bagi kuih tersebut?
Anda boleh gunakan mesin membuat mee. Malah anda boleh "mencanai"
dgn mesin ini
mengikut ketebalan yg diperlukan. Akhir sekali, gunakan
"indicator" yg khusus dan putar utk menghasilkan
jalur-jalur yg sama besar. Guntingkan dengan saiz yg anda
inginkan (letak dulang di bawah utk mengumpul guntingan
tadi) dan taburkan tepung supaya ia tidak melekat. Goreng
dlm minyak yg banyak hingga keemasan. Tiada teknik khusus
utk menggunting tetapi pastikan bilah gunting ditaburkan
sedikit tepung bila adunan mulai melekat ketika menggunting.
Jika
ya, di manakah saya boleh dapatkan acuan berkenaan. Maklum
balas puan sangat saya hargai. Saya juga ingin mengucap
tahniah kepada puan kerana tidak kedekut untuk berkongsi
ilmu.
Acuan mee itu boleh didapati di mana-mana
kedai yg menjual periuk belanga juga
di sesetengah pasaraya yg besar seperti Carrefour. Anda
perlu cari di bahagian peralatan memasak (senduk, mangkuk
dll).
Soalan
daripada:
zainon
zainon@celcom.com.my

BISKUT
SAYA KEMBANG
Baru-baru
ini saya ada mencuba buat biskut almond london menggunakan
resepi yang puan berikan tapi bila dibakar biskut tersebut
telah mengembang dan bagaimanakah cara yang betul untuk
cairkan cooking coklat bagi resepi almond london.
Cincang halus coklat dan letak di
dalam mangkuk tahan panas. Pastikan mangkuk boleh diletak
di atas periuk air mendidih perlahan tanpa bahagian bawahnya
terkena pada air itu. Tambah lemak sayuran kemudian kacau
coklat hingga cair. Jangan sekali-kali dibiarkan walau setitik
air atau wap jatuh ke dalam coklat itu kerana ia akan mengeras/jadi
berketul-ketul.
Biskut itu kembang mungkin kerana anda terlebih pukul mentega
dan gula.
Untuk
pengetahuan puan saya pukul mentega dan gula seperti yang
puan suruh tapi nampak macam adunan itu lembik sedikit.
Sepatutnya kena pukul sampai kembang ke atau tak perlu?
Rasanya sebab tulah dia mengembang, betul tak Puan?
Pukul hingga sebati sudah mencukupi,
tak perlu hingga kembang. Selalunya, hanya pukul dengan
senduk kayu. Biskut tentu akan mengembang setelah dibakar
dan anda perlu membentuk biskut itu kecil sedikit supaya
ia muat ke dalam mangkuk kertas kek.
Saoalan
daripada:
Norul Hasni Abdul Razak
hasni@frim.gov.my

KENAPA
BISKUT SUJI SAYA KERAS?
Pernah
buat tapi biskut tu jadi keras. Tak tau dimana silapnya.
Pukul
mentega dan gula hingga gebu. Masukkan bahan lain dan uli
menjadi doh. Jika masih keras, tambah sedikit lagi mentega.
Canai dan terap atau bentukkan bulat (dgn jari) dan hias
dengan ceri (jika suka) di atasnya. Susun atas tin pembakar
yg dilengser marjerin cair. Bakar pada 170 C selama 15-20
min. Taburkan biskut dengan gula kastor semasa masih panas.
Soalan
daripada:
Zawawil
zaw@myjaring.net

BISKUT
MAZOLA(MINYAK JAGUNG)
200
g kacang tanah, digoreng & dikisar
200 g gula aising
300 g tepung gandum
1 cawan minyak Mazola
2 biji kuning telur (utk sapu)
Gaul
3 bahan pertama hingga sebati. Masukkan sedikit demi sedikit
minyak dan gaul menjadi doh. Bentukkan bulat dan susun atas
tin pembakar berlengser (atau alas dengan foil/kertas timah).
Sapu dengan kuning telur dan bakar pada 180 C selama 20-25
min atau hingga masak. Biar sejuk sebelum disimpan di dalam
bekas kedap udara.
Soalan
daripada:
Seri Bulan Zainul
Seribulan.Zainul@my.flextronics.com

CHOCOLATE
SHORTBREAD
225 g mentega
75 g gula aising }
250 g tepung gandum } diayak
25 g serbuk koko }
50 g kepingan badam, jika suka
Putar
mentega dan gula aising hingga kembang. Masukkan tepung
dan koko, gaul rata-rata. Tekan adunan ke dalam tin 17.5cm
x 27.5cm yg sudah dilengser dengan marjerin. Cucuk dengan
garfu kemudian taburkan badam di atasnya. Bakar pada 160
C selama 40 min atau hingga masak. Potong dengan pisau (masih
di dalam tin) bentuk jejari kemudian biar shortbread sejuk
di dalam tin itu. Setelah sejuk baru dipotong terus dan
asingkan satu-persatu.
Soalan
daripada:
Saadiah Abd Manaf
sadiahm@telekom.com.my

KENAPA
BISKUT SAYA TAK GARING
Biskut
yang tidak garing - setiap kali biskut yang dibakar apabila
telah disejukkan kegaringan biskut tersebut tidak tahan
lama seperti biskut/cookies yang di jual oleh rakan rakan
saya semasa musim perayaan. Pembakaran sesuatu biskut itu
kadang kala mengambil masa 45 minit. Dimanakah silapnya.
Jawapan dari puan.
Adalah mustahil jika membakar biskut
terlalu lama kerana biskut sering mengambil masa 15-20 min
utk masak. Saya kira suhu oven anda tidak begitu tepat ataukah
kepanasannya yg tidak sekata. Utk membakar kek, suhunya
adalah antara 190-200 C manakala biskut pula 180-185 C.
Namun begitu, bagi sesetengah oven yg khusus iaitu "industrial
oven" yg mungkin harganya hampir RM2 ribu, suhu 160
C sudah memadai utk membakar biskut (berkipas sekali).
Apakah
jenis oven dan berapa lamakah anda sudah menggunakannya?
Sepatutnya, biskut yg dibakar lama pada suhu yg agak rendah
akan tahan lama dan tidak tengik. Jangan sekali-kali mencampur
beberapa jenis biskut dlm satu bekas kerana ini juga akan
menyebabkan ia tidak rangup. Contohnya, biskut yg mengandungi
kacang, cornflakes atau nestum akan mudah menyerap kerangupan
biskut lain.
Soalan
daripada:
Adznul Shakirah
sha_applegreen@yahoo.com

Saya
amat berminat untuk menyediakan "blueberry cheese cake",tetapi
saya tidak tahu cara-cara untuk menyediakannya. Diharap
pihak anda dapat memberikan saya resepi serta cara-cara
untuk menyediakan kek tersebut. Saya juga ingin tahu cara-cara
untuk membuat 'crust' kek tersebut.
BLUEBERRY CHEESE CAKE
350 g krim keju
80 g mentega
180 g krim putar
4 biji kuning telur
20 g tepung paling halus
20 g tepung jagung
4 biji putih telur
80 g gula kastor
1/2 camt garam
Lapisan
Bawah/Crust
100 g serbuk biskut
60 g mentega cair
Bahan
Hiasan
200 g krim putar
250 g inti blueberry pai (dijual di dlm tin: blueberry pie
filling)
Utk
lapisan bawah: Gaul biskut dan mentega kemudian tekan ke
dasar tin 22 cm 'springform' atau alas dasarnya dengan kertas
foil. Letak dlm peti pembeku selama 10 min. Pukul krim keju
hingga licin, masukkan mentega dan pukul sebati. Masukkan
krim dan sebiji demi sebiji kuning telur sambil diputar
rata. Akhir sekali, bubuh pula kedua-dua jenis tepung dan
kacau hingga bersatu. Ketepikan. Di dalam mangkuk dan pemutar
bersih, pukul putih telur, gula dan garam hingga kental.
Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan krim keju. Kacau
sebati kemudian tuangkan ke dalam tin. Bakar pada 150 C
selama 1 jam l0 min. Biar sejuk di dalam oven baru dikeluarkan
dan disimpan di dalam peti sejuk selama 2 jam pula.
Utk
hiasan: Pukul krim putar hingga kental. Salut pada
kek dan hias dengan blueberry di atasnya.
Soalan
daripada:
neng sa'adah naimat
Pontian, Johor,

MACAM
MANA NAK LEMBABKAN KEK?
Puan
saya ingin bertanya bagaimana menghasilkan kek buah ( kek
kukus) yang lembab ... soalan yang pernah saya baca berkaitan
kek buah yang dibakar bagaimana pula kalau ia dikukus ...
biasanya untuk mendapatkan ketahanan kek tersebut akan dikukus
selama 4 jam adakah itu akan membuat kek tersebut kering
... untuk pengetahun puan lagi saya menggunakan buah-buahan
campuran yang tidak terlalu kering dan menggunakan butter
bukan marjerin ... adakah campuran bahan lain yang boleh
menjadikannya lembab?
Untuk menjadikan kek lembab, campurkan
1 camb gliserin ke dalam adunan selepas memasukkan semua
telur. Selain dari itu, rendam buah-buahan kering di dalam
jus oren (2 biji) selama semalaman.
KEK
BUAH KUKUS
500 g mentega
300 g gula kastor
5 biji telur
500 g buah-buahan campuran, jika direndam, sejatkan utk
mengasingkan jus orennya
600 g tepung gandum } ayak 2 kali
2 camt soda bikarbonat }
3 camt serbuk penaik }
1/2 camt garam
3/4 camt serbuk pala
1/2 camt serbuk rempah (cake spices)
200 g gula pasir (dibuat gula hangus dan biar panas supaya
tidak keras)
Pukul
mentega dan gula hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji
telur, putar hingga gebu. Masukkan pula buah-buahan dan
bahan ayak, kacau rata. Bubuh garam, serbuk pala dan serbuk
rempah. Kacau sebati. Tuangkan gula hangus yg masih panas
dan kacau cepat-cepat. Ratakan ke dalam tin berukuran 25
cm yg dialas kertas kalis minyak. Kukus selama 4 jam atau
hingga masak. Jika kukus tidak cukup besar, gunakan 2 tin
berukuran 20 cm.
Nota:
Tutup permukaan tin "longgar" dengan kertas foil
supaya wap tidak jatuh ke atas kek.
Pastikan air kukusan ditambah dengan air mendidih supaya
kek tidak "bantut".
CARA
WANGIKAN KEK
Soalan
saya lagi bagaimana mendapatkan bau kek yang sedap (wangi)
sebelum ini saya hanya menggunakan esen oren...
Anda
boleh gunakan esen vanila atau esen ros dan tambah parutan
kulit limau/oren/limau
susu atau lemon supaya kek lebih harum. Cuba gunakan rempah
kek (cake spices) kerana ini juga akan membuat kek harum,
selain dari serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder) dan
serbuk pala (nutmeg powder). Utk kek berperisa strawberi,
gunakan strawberi emulco yg memang harum dan menyelerakan
bila dimakan. Emulco lain yg akan menyemarakkan kek anda
adalah chocolate emulco, coffee emulco & coffee oil
juga butter oil kerana ia pasti membuat kek bermentega
lebih wangi.
Soalan
daripada:
Nur Farahin
fantaghiro_ferari@hotmail.com

CARA
LEMBUTKAN KEK BATIK
Saya
ingin bertanya bagaimanakah hendak menjadikan kek batik
lembut? Saya telah cuba membuat kek batik beberapa kali
namun kek tersebut keras dan tidak enak dimakan.Bolehkah
puan memberi saya resepi kek batik yang lain?
Sesungguhnya, saya harap resepi di
bawah menepati citarasa anda kerana pada hakikatnya, kek
batik memanglah keras sedikit supaya ia mudah dipotong.
Jika lembut, ia akan melekat pada jari bila dimakan.
KEK
BATIK
200 g biskut Marie, dipotong kecil-kecil
150 g serbuk minuman coklat
270 g susu pekat
200 g mentega
60 ml air panas
50 g gula kastor
1/4 camt garam
80 g badam urai, dibakar rangup
Satukan
serbuk minuman, susu, mentega, air panas, gula dan garam
di dalam periuk. Kacau atas api perlahan hingga pekat. Masukkan
biskut dan kacau rata. Bubuh ke dalam tin empatsegi berukuran
22 cm yg dialas kertas foil. Tekan supaya mampat. Taburkan
badam urai di atasnya. Biar keras sebelum dihiris.
Soalan
daripada:
sri davi
Kuching, Sarawak
devika782001@yahoo.com

TAK FAHAM SUKATAN METRIK
Saya
ingin tahu berapa gram sama dengan 1 gelas ?
Berat timbangan (gram) untuk 1 gelas
tidak sama bagi gula, tepung, mentega dll. Jadi, adalah
sukar utk menyatakan secara tepat. And |