|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
Daripada
Fiza,segamat
sesen@hotmail.co
KENAPA
ROTI SAYA KERAS DILUAR LEMBUT DI DALAM?

Saya
berminat untuk buat roti..tapi selalunya hampir dalam setiap
resepi roti guna bread improver dan high protein flour..apa
kesannya pada roti sekiranya saya gunakan tpg gandum biasa
dan tanpa bread improver dlm adunan roti saya? dan kenapa
roti saya selalu keras di luar tapi lembut di dalam setelah
dibakar..
Tepung gandum biasa tidak mempunyai
gluten yg banyak yg akan memerangkap udara dan boleh memudahkan
adunan / doh menjadi anjal (elastic).
Utk
mendapatkan roti yg mudah kembang / ringan dan gebu, anda
mesti menggunakan tepung berprotin tinggi (High Protein
Flour).
Bread
improver memberikan kelembutan pada roti. Rasa roti juga
lebih enak dan secara keseluruhannya, membuat roti anda
lebih sempurna.
Untuk
mendapatkan kulit luar roti yg lembut, sebaik saja roti
masak, sapu permukaannya dengan mentega / marjerin kemudian
tutup (longgar) dengan tuala bersih sehingga suam sedikit.
Pastikan
suhu membakar roti sesuai dengan jenis roti yg anda buat.
Lazimnya, 230 C pada 10-12 min pertama, kemudian turunkan
kpd 190 C pada baki masa membakarnya. Namun, suhunya berbeza
pula jikalau menggunakan commercial ovens.
-Fariza-
rizzz00@yahoo.com
NAK
BUAT JEM STRAWBERRY

Assalamualaikum.
Saya ingin membuat "Jem Strawberry" dan juga "Jeruk
Strawberry". Bagaimankah caranya. Saya ingin mendapat
kat resepi yang menggunakan "Fresh Strawberry"
dari pihak Alaf21.
Sekian. Terima kasih.
Strawberi
adalah sejenis buah yg mempunyai kandungan "cecair"/juice
yg tinggi, jadi ia tidak begitu sesuai dibuat jeruk. Salah
satu caranya jika anda mempunyai banyak strawberi adalah
dengan "mengeringkannya" di dalam ketuhar (caranya
sama seperti membuat 'Sun-dried Tomatoes').
JEM
STRAWBERI
900 g strawberi
700 g preserving sugar (gula khas utk membuat jem).
Jus 1 biji lemon/limau susu
10 g mentega
Buangkan
tangkai strawberi dan lap dengan kitchen paper towel yg
lembab. Gunakan strawberi yg tidak begitu ranum dan jangan
sekali-kali membasuhnya. Buangkan yg mempunyai kesan lebam
atau tidak elok. Letak dalam periuk yg besar dan tebal,
masukkan gula. Kacau rata dan biarkan semalaman. Sebelum
mula menjerang jem, masukkan 4 piring kecil ke dalam peti
pembeku.
Jerang
periuk tadi atas api perlahan supaya gula hancur perlahan-lahan.
Goyangkan periuk atau kacau perlahan agar buah tidak hancur.
Sebelum campuran dibiarkan mendidih, pastikan semua gula
sudah hancur sepenuhnya (cara: angkat sedikit campuran dengan
senduk kayu dan lihat samada gula sudah hancur).
Kuatkan
api, masukkan jus limau susu dan kacau. Bila jem menggelegak,
biar selama 8 min. Angkat dan ambil 1 camt jem, letak atas
piring dingin tadi. Bila jem sejuk, gunakan jari untuk menguisnya.
Jika tiada cecair yg kelihatan dan jem nampak “set”, ia
sudah boleh disimpan di dalam bekas. Jika tidak, ia perlu
dibiar mendidih selama 3 minit lagi sebelum diuji sekali
lagi dengan piring yg dingin tadi. Campurkan mentega supaya
ia lebih “elok”. Tuangkan ke dalam sterilised jars semasa
ia masih panas.
Hanum
hanum@brickfieldscorp.com
CARA-CARA
MEMBUAT NASI LEMAK KUKUS

Puan,
Boleh saya tahu cara2 memasak nasi lemak kukus dan apakah
peralatan yang sesuai untuk memasaknya jika dalam kuantiti
yang banyak supaya sentiasa panas.
Terima kasih.
Nasi
Lemak Kukus seperti yg terdapat di gerai-gerai, menggunakan
pengukus khas yg diperbuat dari kayu. Ia diletak di dalam
kuali besar (kawah kecil) dan di dalam air itu juga dimasukkan
beberapa helai daun pandan supaya nasinya sentiasa wangi.
Untuk memastikan ia sentiasa panas, alas dalam bekas "tahan
panas" dengan beberapa lapisan daun pisang. Isikan
dengan nasi panas dan tutup atasnya dengan daun pisang lagi
sebelum menutupnya kemas-kemas. Dengan cara itu, nasi lemak
akan sentiasa panas dan wangi.
Cara
memasak nasi - bersihkan beras, isikan ke dalam loyang.
Tuangkan santan cair bergaram (anggaran sama paras), koyakkan
beberapa helai daun pandan di atas beras. Kukuslah hingga
masak. Bila telah masak, peroikan dengan senduk kayu dan
biarkan lagi di atas pengukus hingga waktu menghidangkannya.
Utk memasak dlm kuantiti yg banyak, saya cadangkan puan
menggunakan pengukus yg besar. Jika menggunakan kawah besar
dan dulang besar, puan akan menghadapi masalah untuk menutupnya
pula supaya wap tidak dapat keluar...
Sarimah
Ahmad
imazz@yahoo.com
PERIHAL
TAT

Assalamualaikum Puan.
Terimakasih kerana menjawab pertanyaan saya sebelum ini.
Saya telah bukukan apa yg puan jawab utk rujukan dan panduan
saya, terima kasih kerana byk membantu. Cuma saya dapati
ada sikit perbezaan dalam resepi tat nenas, jadi saya ingin
bertanya:
1. Apa beza resepi tat nenas yg gunakan sepenuhnya tepung
gandum dan resepi yg gunakan tepung gandum+ tepung jagung?
Tat yg menggunakan tepung gandum dan
tepung jagung lebih "ringan" dan pada masa yg
sama, sedikit "rangup".
2. Saya inginkan tat nenas yg gebu, bolehkan saya gunakan
margerin + mentega?
Tat yg gebu seringkali menggunakan
100% mentega tulin yg memang sedap serta wangi. Bila mencampurkan
dengan marjerin, rasanya akan berubah dan tat akan menjadi
lebih "kejap" dan tidak terlalu "peroi".
3. Ada memberi panduan supaya memasukkan sedikit air sejuk(dari
ais) utk bantu sedapkan lagi tat tersebut. Apa fungsi air
itu agaknya?
Fungsi air ais adalah utk lebih merangupkan
sebarang jenis pastri (kulit tat). Puan boleh juga menyejukkan
atau "merehatkan" pastri di dalam peti sejuk supaya
ia rangup.
4. Apakah beza menggunakan kuning telur sahaja dengan mengunakan
sebiji telur(putih+kuning) dalam resepi tat ini.
Kuning telur lebih "kaya"
dan menggebukan kulit tat berbanding dengan sebiji telur.
Lagipun, putih telur hanya akan membuat tat itu keras.
5. Saya pernah makan tat yg mempunyai inti yg kenyal, apakah
dengan memasukkan air tepung jagung dapat membuat inti tat
kenyal?
Air tepung jagung mesti dimasukkan
semasa sedang mengacau tat nenas di atas dapur. Bila inti
agak kering, barulah ia mulai kenyal dan lebih mudah untuk
membentuknya (terutama jika membuat Tat Gulung/Biskut Nastar).
6. Boleh saya dapatkan resepi apam biasa (yg biasanya dimakan
dengan kelapa parut).
Bagi sesetengah orang, membuat apam
tidak pernah menjadi walaupun tiada silapnya resepi itu.
Pelbagai faktor mempengaruhi pembuatan apam. Kadangkala,
cara mengukus juga dapat menghasilkan apam yg cantik atau
menggerutu permukaannya. Di sini ada 2 resepi apam, jika
hasilnya masih tidak memuaskan hati, sila hubungi saya lagi,
insyaALLAH saya akan berikan resepi-resepi apam yg lain........
APAM
CANTIK MANIS
3 biji telur
150-180 g gula halus
250 g tepung gandum
325-350 ml aiskrim soda/7-Up
1 camt vanila
sedikit pewarna merah
kelapa parut putih (campur garam), untuk hidangan
Lengser
acuan apam dengan minyak. Pukul telur dengan gula hingga
kembang atau hingga putih dan pekat. Masukkan vanila, kacau
rata. Ayak separuh tepung ke dalam adunan tadi. Tuangkan
separuh aiskrim soda. Kacau perlahan hingga sebati. Ayakkan
baki tepung dan masukkan aiskrim soda. Kepekatannya adalah
seperti membuat dadar. Asingkan sedikit adunan, masukkan
pewarna merah. Bubuh adunan biasa ke dalam acuan, bubuh
1 camt adunan merah di atasnya. Biar seketika hingga adunan
memenuhi acuan kemudian kukus hingga masak (selama 12-15
min).
APAM TEPUNG BERAS
150 g tepung beras
125-130 ml air
70-80 g gula halus
1 camt air mawar
10 g yis segera
sedikit pewarna coklat & merah
minyak utk melengser
Jerang
air dan gula hingga larut. Angkat dan biar sejuk. Ayak tepung
beras ke dalam mangkuk besar. Masukkan sirap dan kacau rata.
Bubuh air mawar dan yis, kacau sebati. Tutup bekas/mangkuk
dengan tuala bersih dan biar semalaman supaya ia kembang.
Ambil 1/4 adunan, bahagi dua dan campur dengan pewarna berlainan.
Lengser minyak pada acuan kecil, biar dalam pengukus supaya
panas. Tuangkan adunan biasa 3/4 penuh, sudukan sedikit
adunan coklat dan merah. Kukus apam selama 15-20 min atau
hingga kembang.
Ayesha
Khalid
Manchester City.
United Kingdom
umie_ayesha@hotmail.co
JAGUS
GORENG BEREMPAH YANG RANGUP

Assalamualaikum w.m.
Saya akan sangat ber terima kasih jika Puan dapat memberi
saya resepi 'Jagus goreng berempah' dan sekali dengan cara
nya dan petua agar ia sentiasa ranggup.
Terima kasih.
GAJUS
GORENG BEREMPAH
1 kg gajus mentah (tanpa kulit, berwarna putih)
1 cawan tepung gandum
1 camb serbuk rempah kari
2 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
40 g bijan
garam secukupnya
air untuk membancuh
minyak utk menggoreng
Gaul
rata-rata tepung, semua rempah, bijan dan garam. Masukkan
sedikit demi sedikit air dan kacau menjadi adunan yg tidak
terlalu cair. Pastikan ia boleh melekat kepada gajus. Gaulkan
gajus dengan adunan tadi hingga sekata. Panaskan minyak
yg banyak di dalam kuali, masukkan gajus (jangan terlalu
banyak pada satu masa) dan goreng hingga keemasan di atas
api sederhana.
Siti
Farazila Bt Wahab
fara@asmb.com.my
NASI
GORENG USA

Assalamualaikum.....
Emak saya amat menggemari nasi goreng USA. Boleh bagi resepi
tak? Terima kasih.
W'salam.
Setelah mengunjungi beberapa buah gerai/restoran, saya dapati
Nasi Goreng USA/Amerika sangat berbeza antara satu tempat
dengan tempat yg lain. Saya harap resepi di bawah menepati
citarasa emak anda. Sukatan adalah untuk hidangan 3-4 orang.
NASI
GORENG USA
2-3 camb minyak
1 labu bawang besar (yg sedang), dicincang halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 camt pes cili
3 camb sos cili
4 camb sos tomato
1 camb stok pekat ayam/kiub
1 biji cili Benggala hijau (kecil), dikiub
80 g sayuran campur
4-5 camb air (utk merenjis)
450-500 g nasi (yg sudah sejuk)
1-2 camt serbuk lada sulah
garam secukupnya
Bahan
Hiasan
minyak utk menggoreng
3 biji telur
daun parsli/daun sup/daun bawang
Bahan
Lauk
300 g daging batang pinang/sirloin steak
1 camt serbuk (kasar) lada hitam/coarse black pepper
2 camb sos barbeku
2 camb mentega
2 camb minyak
Bahan
Sos(atau gunakan 'Black Pepper Sauce' di dalam botol)
3 camb mentega
3 camb tepung gandum
200 ml air panas
300 ml susu segar/UHT
1 kiub stok daging
1/2 -1 camb kicap hitam
2 camt puri tomato
1 camb serbuk (kasar) lada hitam
sedikit garam
Untuk
lauk:
Perap daging dengan sos barbeku selama 4 jam. Panaskan mentega
dan minyak, perangkan seluruh daging di atas api sederhana.
Ubah ke dalam ketuhar 200 C dan bakar selama 15-20 min atau
hingga masak. Biar sejuk sebelum dihiris nipis.
Untuk
sos:
Cairkan mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau
2 min. Masukkan semua bahan lain dan kacau tanpa henti hingga
pekat.
Untuk
nasi goreng:
Panaskan minyak, masukkan bawang besar dan bawang putih.
Bila sudah wangi, masukkan pes cili dan kacau 1 min. Bubuh
pula sos cili, sos tomato, stok ayam, cili Benggala dan
sayuran campur. Renjiskan sedikit air supaya ia tidak terlalu
kering. Bila sayuran empuk, masukkan nasi dan kacau rata.
Tambah serbuk lada sulah dan garam secukupnya sebelum diangkat.
Padatkan nasi ke dalam mangkuk kecil kemudian terbalikkan
di atas pinggan. Letak hirisan stik di sebelah, curahkan
sedikit sos.
Bahan
Hiasan:
Panaskan sedikit minyak, goreng telur "mata kerbau"
dan letak di atas nasi goreng. Hias dengan hirisan daun
(pilihan ikut suka).
FIZAH
fizah@nextcar.com.my
CARA
MEMBUAT LAKSAM DAN ACAR BUAH

Assalamualaiku,
Boleh Puan berikan saya resepi dan cara membuat Laksam dan
Acar Buah Berempah.
Terima Kasih
ACAR BUAH
Bahan
A:
100 g limau nipis jeruk
100 g buah mangga
200 g buah prun
100 g asam masin (manis)
300 g buah-buahan campuran
100 g jeruk cili padi
1
cawan minyak
300 g bawang merah
50 g cili kering
1 camb jintan manis
100 g bawang putih } dihiris nipis
100 g halia }
200 g gula pasir
1 botol kecil cuka
50 g bijan
1.
Bersihkan buah-buahan dan jangan dikenakan air langsung.
Lap cili jeruk kering-kering.
2. Sangai cili kering dan jintan kemudian kisar halus.
3. Panaskan minyak yg banyak, goreng bawang merah sebiji-sebiji
hingga kekuningan.
4. Panaskan minyak, tumis cili-jintan kisar. Bila wangi,
masukkan bawang putih dan halia. Goreng hingga garing.
5. Bubuh cuka dan gula, kacau hingga terbit minyak dan pekat
berkilat. Angkat dan biar sejuk sebelum dicampur dengan
bahan A.
6. Taburkan bijan, gaul rata dan simpan di dalam botol atau
bekas kedap udara.
LAKSAM
Bahan Laksam
200 g tepung beras
40 g tepung gandum
1 camb tepung kanji
sedikit garam
550-600 ml air
minyak utk melengser
Bahan
Kuah
600 g ikan kembung, rebus, ambil isi & tumbuk
2 liter santan (2 biji kelapa)
6 ulas bawang merah, ditumbuk
1 cm halia, ditumbuk
2-3 camt serbuk lada hitam
1 keping asam gelugur
sedikit garam
Bahan
Sampingan
6 biji cili merah, dikisar dengan sedikit garam
1 biji timun, dihiris halus
10 btg kacang panjang, dihiris kecil
40 g daun selasih, dimayang
30 g daun kesum, dimayang
200 g taugeh, dibuang ekor
3 cm kiub belacan, dibakar
3 biji limau nipis, dibelah 4
Jerang
semua bahan kuah hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan
hingga pekat. Angkat dan ketepikan. Untuk laksam, kacau
semua jenis tepung dengan garam dan air hingga menjadi adunan
yg sebati. Lengser tin/loyang bulat 22 cm dengan minyak.
Tuangkan sedikit adunan agar membentuk satu lapisan nipis.
Kukus selama 3-4 min atau hingga masak. Sapukan sedikit
minyak pada permukaannya dan gulung kemas ketika masih panas.
Hiris setebal 1 cm bila hendak memakannya dengan bahan sampingan
dan kuah.
Puteri
S M Hamari
puteri.s.m.hamari@vanderbilt.edu

RESIPI
POPIAH BASAH
Assalamualikum,
Saya baru sahaja menjumpai web site soal jawab mengenai
masakan alaf 21 ini. Saya ada mencuba beberapa resepi yang
diposkan dalam ruangan ini dan result nya amat memuaskan.
Ini membuatkan saya tertarik untuk menanya jika Puan dapat
memberi resepi membuat popiah basah. SAya menetap di Amerika
dan terpaksa membuat sendiri apa apa masakan melayu yang
saya terinigin. Terima kasih saya ucapkan.
Wassalam
W'salam.
Membuat kulit popia segar agak rumit dan memerlukan sedikit
kesabaran serta kesanggupan jari melepuh. Jadi, di bawah
ini diberikan resepi popia basah lengkap dengan kulit (yg
agak berbeza) dan ini adalah ala Nyonya. Popia yg biasa
mempunyai inti lobak merah, sengkuang, udang, timun dan
taugeh (ditambah sos tiram, serbuk lada sulah sebagai perisa).
Kulit
Popia
150 g tepung gandum
1 camt tepung ubi kayu/arrowroot
sedikit garam
2 biji telur Gred A, dipukul
400 ml water
1/2 camb minyak
Bahan
Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu
300 g udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
sedikit garam
2 liter air
110 g tauhu, dihiris memanjang & digoreng
Bahan
Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
4 ulas bawang putih} ditumbuk
3 camb cili merah }
1 biji timun, dihiris 2.5cm & dipotong halus
140 g taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 g isi ketam, jika suka
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar & dihiris nipis
100 g bawang merah goreng
100 g kacang tanah, digoreng & ditumbuk
Bahan Sos
200 g tepung gandum
200 g gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 camt gula pasir
1 camt kicap pekat
Untuk membuat kulit.
Kacau semua bahan hingga sebati dan tidak bergentel. Lengser
kuali leper non-stick dengan sedikit minyak. Buatlah dadar
yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan.
Bahan
Inti.
Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau. Masukkan
taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna. Bubuh sengkuang,
kacau 3 min. Campurkan dengan bahan perisa. Tuangkan air,
masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit.
Bubuh pula tauhu. Angkat dan biar sejuk.
Untuk menggulung. Letak sekeping kulit popia di atas pinggan
besar. Alas dengan daun salad, diikuti sos, cili merah dan
inti sengkuang. Bubuh timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar,
telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk. Gulung kemas
dan hiris sebelum disajikan.
Bahan
Sos.
Goreng tanpa minyak tepung hingga keemasan. Ayak ke dalam
mangkuk dan biar sejuk. Satukan semua bahan lain dan jerang
hingga gula larut. Tapiskan sirap ini. Tuangkan sirap panas
ke dalam tepung sambil dikacau tanpa henti hingga sos tidak
bergentel
Yatie
Amanda
yatieamanda@yahoo.com
TOMYAM
JERNIH

Assalamualaikum,
Puan, bersua kembali kita dalam ruangan soal jawab masakan...
1. Mengenai soalan puan mengenai TOMYAM yang saya makan
dulu air kuahnya jernih...
TOM
YAM (jernih)
4 cm lengkuas, diketuk
3 btg serai, diketuk
10-12 biji cili padi
3 batang akar daun ketumbar, dicincang halus (anggaran 1
camt)
1.5 liter air rebusan ayam
1 batang lobak merah, dipotong
130 g bunga kubis, dicerai berkelopak
4-5 batang putik jagung, dihiris menyerong
200 g isi ayam, dihiris memanjang / kiub
8 ekor udang harimau besar
150 g sotong, dipotong bulat
Bahan
Perisa
garam
1-2 camb sos ikan
3-4 camb jus limau nipis
1 camb minyak
2 camb serbuk pati ikan/stok pekat(guna 1 camb)
1/2 camt gula
Jerang
5 bahan pertama hingga mendidih. Perlahankan api, renihkan
selama 10 min. Masukkan ayam dan lobak merah, kacau hingga
separuh masak. Bubuh semua bahan lain. Bila sayuran empuk
dan sotong / udang masak, tuangkan bahan perisa dan kacau
rata. Masak lagi 1-2 min kemudian angkat.
2.
Setiap minggu saya akan print sj masakan tapi malangnya
saya tidak pernah atau ternampak pun BUTTER PRAWN punya
resepi.... Itu yang malangnya... Kali ini saya merayu kepada
pihak puan untuk memberi saya resepi tersebut...
BUTTERPRAWNS
500 g udang harimau besar (dibuang urat, biar kulit)
2 camb kicap cair
2 camb minyak bijan
minyak utk menggoreng terendam
5 biji kuning telur
200 g mentega
3 ulas bawang putih, dicincang halus
10-12 biji cili padi, dicincang halus
3 tangkai daun kari
1/2 camb serbuk pati ayam
60 ml susu cair
sed garam, gula, serbuk lada sulah
Perap
udang dgn kicap cair dan minyak bijan selama 1 jam. Goreng
dlm minyak banyak hingga keemasan dan garing. Angkat dan
toskan.
Panaskan
mentega di atas api sederhana hingga cair. Masukkan kuning
telur dan kacau selalu hingga kering dan berupa seperti
kelapa parut kering. Masukkan bawang putih, cili, daun kari
dan udang. Kacau rata-rata kemudian bubuh serbuk pati ayam,
susu cair, garam, gula dan serbuk lada sulah. Kacau hingga
masakan agak kering.
3.
Tepung kebiasaan nya kalau di simpan lama akan didatangi
kutu, bagaimana hendak menghindarkan nya daripada di datangi
kutu....
Dari pengalaman saya, pastikan tepung
yg dibeli adalah 'baru' dan bukan stok lama. Ayakkan 2 kali
dan simpan di dalam bekas bertutup yg benar-benar tidak
masuk angin (sebaik-baiknya, bekas plastik yg mahal / berjenama).
Utk menyimpan di dalam jangkamasa yg panjang, letak di dalam
peti sejuk, rak bawah. Jika tidak memadai dgn di tempat
yg kering dan jauh dari cahaya matahari (kabinet dapur).
4. Tidak lama lagi saya akan bersalin.... Kebanyakan masakan
mertua saya (pengalaman lepas) mesti ada ayam Jadi boleh
tolong beri resepi masakan semasa pantang yang tidak termasuk
ayam...
ALAF 21 akan menerbitkan buku 'Sajian Sihat' (tidak lama
lagi kerana sudah selesai diedit) dan di dalamnya terdapat
banyak resepi termasuk utk Ibu-ibu Dlm Pantang. Utk tidak
menghampakan anda, inilah resepi menggunakan ikan (yg tidak
bisa utk org berpantang):
SIAKAP
ENAK
1 camt asam jawa + 200 ml air
1 labu bawang besar, dadu
4 cm halia, hiris halus
4 ulas bawang putih, hiris halus
2 camt serbuk jintan putih
1 camt lada hitam, tumbuk kasar
1 camt rempah kari ikan
sed. hirisan daun ketumbar
1 ekor siakap, perap dengan garam, kukus hingga masak
Jerang
semua bahan kecuali ikan dan daun ketumbar hingga mendidih
dan kuahnya agak pekat. Bila hendak menghidang, letak ikan
dalam pinggan dan tuangkan kuahnya. Taburkan daun ketumbar.
SINGGANG
HARUAN
250 ml air
3 biji bawang merah, belah 4
1 btg serai, diketuk
1 kpg asam gelugur
garam, gula
1 ekor ikan haruan, dipotong, dilumur 1 camt asam jawa,
biar 10 min kemudian dibersihkan & dibakar / panggang
hingga masak
2 biji cili merah & hijau, dibelah tak putus (buang
biji)
Ditumbuk
lumat
4 cm halia
2 cm kunyit hidup
1/2 camt lada hitam
2 ulas bawang putih
Jerang
semua bahan (serta bahan tumbuk) kecuali ikan dan cili.
Bila mendidih, perlahankan api dan masak hingga agak pekat
(jika ingin kuah lebih), jangan dimasak terlalu lama. Bubuh
cili dan ikan, kacau 2-3 min sebelum diangkat dan disajikan.
Daripada
Bud
Medan
sh1ryu@email.com
RESIPI
WHIPPING CREAM

Mau nanya resep bikin butter cream / whip cream. Terima
kasih
WHIPPING CREAM atau DOUBLE CREAM boleh
dibeli di pasaraya (di dalam pek seperti 'carton' atau susu
segar). Hanya tuang ke dalam mangkuk, tambah gula aising
(ikut suka manisnya) dan gunakan pemutar letrik pada kelajuan
minima (lowest speed). Bila krim sudah kental, bolehlah
berhenti memutarnya. Jangan terlebih putar kerana krim akan
bertukar menjadi cair semula dan tidak boleh digunakan lagi
(kecuali untuk dimakan bersama buah-buahan atau puding dll).
NOTA:
Supaya krim mudah kental, pastikan mangkuk dan
pemutar bebas dari sebarang minyak (bilas dengan air panas,
lap kering dan letak di dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum
digunakan).
BUTTER
CREAM
(Aising Mentega)
sukatan utk melapisi dan menutupi seluruh kek bulat berukuran
8 inci/20 cm
150
g mentega
275 g gula aising, diayak
1 camt vanila
1-2 camb susu segar
Putar
mentega hingga halus. Masukkan sedikit demi sedikit gula
dan putar hingga putih dan agak gebu. Bubuh vanila dan sedikit
susu supaya krim lebih ringan dan wangi. Bila konsistensinya
sesuai, bolehlah disapu pada kek.
Sharifah
sharifah_n@magnapark.com.my
NAK
BUAT APPLE CRUMBLE

ASSALAMMUALAIKUM
Saya dah gone thru all the Q&A, hoping that i dapat
jawapan yang i harapkan. Tapi maybe i too kuno
pasal nak tanya resipi yang orang lain kata sennnaaggg aje
nak buat. Tapi bila minta resipi, buat donno aje. So I take
this opportunity to tanya you resipi untuk buat :
1) apple crumble
2) bubur jagung
Thank
u.
Welcome!! I will not disappoint you,
insyaALLAH. Feel free to ask anything ('under the sun' -
regarding food, I mean!). Semoga success in your ventures
with these recipes.....
APPLE
CRUMBLE
700 g epal hijau
50 g kismis
parutan kulit 1 biji oren
115 g gula perang
75 g mentega
115 g tepung gandum
75 g oat / serbuk badam / badam cincang(bakar)
Buang
kulit epal, belah 4 dan hiris nipis. Campur dengan kismis,
kulit oren dan 25g gula. Ratakan di dalam mangkuk kaserol
yg leper (lengser dgn mentega). Gaul mentega dgn tepung
hingga seperti serbuk roti, masukkan baki gula dan badam.
Ratakan di atas epal dan tekan dengan hujung sudu supaya
mampat. Bakar pada 180 C selama 35-40 min atau hingga keperangan.
Sedap dihidangkan dengan aiskrim, sos kastard atau krim
putar.
BUBUR
JAGUNG
3-4 tongkol jagung (bergantung pada saiz)
60-70 g gula pasir (atau ikut suka manisnya)
2 helai daun pandan, dikoyak memanjang & simpulkan1
biji kelapa, ambil 500 ml santan cair, 125 ml santan pekat
sedikit garam
Hiris
memanjang isi jagung dari pangkal tongkol ke hujung (from
base to tip), gunakan pisau tajam.
Remember: pastikan memotongnya nipis saja setiap kali kerana
isi jagung yg tebal susah empuk. Potong hingga tiada lagi
isi yg tinggal pada tongkol jagung.
Jerang
isi jagung tadi dengan semua bahan kecuali pati santan.
Kacau selalu atas api sederhana hingga jagung empuk (jangan
dibiarkan kerana ia akan pecah minyak dan buburnya tidak
cantik) kemudian masukkan pati santan. Bila mendidih sekali
lagi, angkat dan hidangkan.
Daripada
Najah
Wangsa Maju, KL
nnm7@tm.net.my
MANISAN
DARI TIMUR TENGAH BERNAMA BAKHLAVA

Assalamu'alaikum wrt
Saya ingin memohon membuat satu manisan dari Timur Tengah
bernama Bakhlava. Masalah nya ialah saya tidak tahu dimana
boleh saya dapatkan filo pastry di area Lembah Klang ini.
Harap puan dapat membantu. TK
Pastri filo atau phyllo pastry (di
dalam kotak nipis & panjang) boleh dibeli di JAYA JUSCO,
Midvalley. Ia terletak di tempat dinginbeku (frozen) bersama
makanan lain seperti pizza segera, capati/roti canai segera
dll. Jika anda ke compartment yg menjual beraneka jenis
aiskrim (bahagian bawah/floor level freezer), pandanglah
ke frozen cabinet di atasnya (tepi dinding), di sanalah
terletaknya pastri filo. Anda juga boleh cuba cari di JJ
Wangsa Maju (lihat di dalam freezer yg terletak di atas
bahagian Frozen Cakes), bertentangan dengan floor level
freezer yg menjual aiskrim/frozen vegetables/french fries
etc.
Daripada
hanum othman
hanum@brickfieldscorp.com
RESIPI
KUAH ROJAK

Saya
nak tahu macam mana nak buat kuah rojak (rojak buah).
KUAH
ROJAK PETIS
1 camb minyak
10-12 tangkai cili kering
1.5 cm kiub belacan
1/2 cawan kacang tanah, goreng & tumbuk
1 camb bijan, goreng tanpa minyak hingga keperangan
Bahan A
jus 2 biji limau nipis
60 ml air asam jawa
1 camb petis/otak udang
1 camb gula melaka cincang
garam secukupnya
Panaskan
minyak, goreng cili dan belacan hingga terbit bau, kemudian
kisar halus. Gaulkan dengan bahan A. Rasanya masam dan manisnya
baru dimasukkan kacang tanah dan bijan. Gaul rata dan hidangkan
bersama buah-buahan yg dipotong.
Daripada;
Wan Arifah Wan Ahmad
Pulau Pinang
w_arifah@yahoo.com
Saya
mempunyai satu resepi ASIAN TIRAMISU yang saya dapat dr
cyber kuali. Antara bahan yg digunakan ialah Kahlua - 1
sudu makan. Rasanya ia sejenis liquor. Jadi, apa bahan yg
boleh saya gunakan utk menggantikan Kahlua dan brandy tu?
Kahlua
atau brandy boleh digantikan dengan concentrated orange
juice. Ada juga yg menggunakan "REDUCED" method
di mana jus dari sebiji oren dipanaskan hingga tinggal 3
camb (untuk digunakan dlm resepi di bawah). Utk lapisan
krim keju, anda boleh juga menggantikan kahlua dengan esen
vanila. Manakala utk melembabkan kek span, sirap dari buah-buahan
dalam tin. Jika mahu, boleh tambahkan sukatan Ipoh white
coffee (sebanyak 2 camb) atau susu segar, terpulang pada
pilihan.
Daripada:
Yati Normalayati
deyatt79@yahoo.com

Saya
berminat untuk mencuba resepi Puding Jagung tetapi mengahadapi
masalah berkenaan dengan bahan-bahan yang digunakan kerana
ada sesetengah resepi yang saya dapati daripada majalah
atau internet menggunakan agar-agar dan ada pula yang tidak
menggunakan agar-agar, yang mana satukah harus saya gunakan?
Bolehkan puan berikan resepi untuk membuat Puding Jagung
yang sebenarnya?
Agar-agar di dalam Puding Jagung adalah
untuk memudahkan ia keras dan bila memotongnya, cantik.
Apa yg saya tahu, Puding Jagung yg "sebenar" hanya
menggunakan tepung kastard, telur dan santan/susu. Jadi,
sudah tentu ia tidak menjadi secantik puding yg menggunakan
agar-agar. Secara peribadi, saya lebih suka puding yg ada
campuran agar-agar.
Daripada:
Anna Ab.Wahab
Pekan, Pahang
anna4513@yahoo.com
KENAPA
KEK CHIFFON SAYA TURUN?

Bagaimana
hendak membuat kek chiffon? Sebelum ni saya dah cuba berbagai
resepi yg saya ambil dr majalah dan buku masakan. Tapi tak
pernah menjadi. Kek pasti akan turun.
Masalah dgn 'Kek Chiffon' yg puan
buat "turun" kerana putih telur tidak dipukul
hingga cukup kerasnya. Semasa kaupbalik ke dalam adunan,
pastikan ketulan putih telur masih kelihatan dan tidak mencampurkan
hingga sebati semuanya. Bila telah masak, terbalikkan dan
biar kek keluar dengan sendiri.
Daripada:
Yatie Amanda
yatieamanda@yahoo.com
BOLEHKAH
SUSU GANTI SANTAN?

Untuk resepi
kari ayam,. benarkah santan boleh di gantikan dengan susu
sejat?
Santan boleh menggantikan susu sejat
atau susu rendah lemak (bagi yg menjaga berat badan atau
mengalami penyakit jantung dsbnya serta tinggi tahap kolesterol).
Namun, anda hanya boleh memasukkan susu setelah ayam masak
dan kuahnya mendidih serta naik minyak. Pastikan kuah mendidih
sekali lagi sebelum diangkat. Jangan memasukkan pada peringkat
awal (seperti memasukkan santan).
Daripada:
leynaa
Tmn Tuanku Jaafar, Seremban
leynaa@gunungkabel.com.my
KEK
YANG DIBUAT MENJADI BISKUT!

Saya
baru membeli microwave oven untuk memasak kek dan biskut.
Masalahnya saya telah beberapa kali mencuba untuk memasak
kek coklat dan kek marble tetapi hasilnya ia menjadi keras
seperti biskut walaupun rasanya sedap. Kenapakah ianya berlaku?
Adakah suhu yang sepatutnya digunakan seperti yang tertulis
di resipi boleh diguna pakai untuk oven biasa dan microwave
oven? Kerana saya tidak pernah mempunyai masalah menggunakan
oven elektrik biasa. Bagaimana pula jika saya ingin memasak
biskut menggunakan microwave oven adakah caranya juga sama?
Jika
anda rajin mencuba pelbagai resepi menggunakan microwave,
ada baiknya membeli buku masakan berkaitannya. Ini adalah
kerana, memasak kek/biskut dlm microwave banyak bezanya
dengan ketuhar biasa. Saya pernah memberikan resepi untuk
kek menggunakan microwave tak lama dulu.
Oleh
kerana 'POWER' di dalam microwave juga berbeza bagi jenama
yg berbeza, puan perlu mentelaah Buku Panduan yg diberikan
semasa membeli microwave dulu. Kebanyakan biskut/biskut/kek,
contohnya, masih lembik semasa dikeluarkan tetapi ia akan
mengeras jika dibiarkan sebentar atau lebih dikenali sebagai
"Standing Time" (istilah bahasa microwave).
Daripada:
Fadzil
Batu Pahat, Johor
hapiza@hotmail.com
SUP
CENDAWAN SEPERTI DI PIZZA HUT

Saya teringin mencuba resepi sup cendawan kerana anak saya
amat menggemari mushroom soup di Pizza Hut. Tetapi malangnya,
di tempat saya sangat sukar untuk mendapat cendawan butang
putih yang segar. Boleh tak puan berikan resepi mushroom
soup yang menggunakan cendawan tiram.
Puan boleh menggantikan cendawan butang
dengan cendawan tiram dengan sukatan yg sama. Sup itu kelak
akan dikisar halus, jadi, tiada beza antara keduanya walaupun
warnanya mungkin tidak seputih bila
menggunakan cendawan butang.
Daripada:
Miera Lia
miera_lia@yahoo.co.uk
KEK
LAPIS SISIK IKAN?

Saya
sangat berminat membuat kek lapis dan mencuba setiap resepi
kek lapis yang baru, saya ingin bertanya pada puan di mana
saya boleh mendapatkan resepi kek lapis selain daripada
yang terdapat pada
buku kek lapis Sarawak?
Saya ada pernah merasa satu kek lapis yang bernama kek lapis
sisik ikan? saya telah cuba mencari dikedai-kedai buku tapi
tidak ada, saya berharap benar pihk puan dapat menolong
saya untuk mendapatkan resepi tersebut.
Phew....anda
mmg seorang 'PAKAR' pelbagai Kek Lapis!! Seikhlasnya saya
nyatakan di sini, saya belum pernah terjumpa resepi Kek
Lapis Sisik Ikan seperti permintaan anda. Jika ada pembaca
budiman yg tahu, harap mereka akan berkongsi resepi tersebut.
Dalam pada itu, insyaALLAH saya akan sentiasa berusaha hingga
ketemu resepi tersebut (ps: teringin juga hendak tahu bagaimana
rupanya).
Daripada:
Norhayati Ab Aziz,
Cheras Baru, K. Lumpur
norhayat@ppboil.com.my
RESIPI
DONAT SEPERTI DI DUNKIN’ DOUGHNUT

Bagaimana
cara hendak membuat kuih donat yang lembut & sedap.
Sebelum ini saya pernah mencuba, tapi tak menjadi gebu dan
sesedap Dunkin Doughnut.
DOUGHNUT
250 g tepung berprotin tinggi
100 g tepung gandum
½ camt garam
1 camb yis segera
30 g gula kaster
gula kaster, utk salut
Bahan
A
30 g mentega, dicairkan
1 biji telur, dipukul
150 ml susu segar, dipanaskan sebentar
minyak utk menggoreng
Ayak
tepung dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan yis dan gula.
Satukan A, campur ke dalam tepung. Uli menjadi doh yg lembut.
Keluarkan dari mangkuk, uli di atas papan pencanai bertepung
selama 5-6 min atau hingga gebu dan kenyal. Isikan doh ke
dalam mangkuk semula, tutup dengan tuala lembab dan biar
selama 70-90 min atau hingga kembang dua kali ganda. Uli
semula di atas papan pencanai bertepung (hingga saiz asal).
Canai setebal ¾ cm kemudian terap dengan acuan donut.
Susun atas kertas kalis minyak. Tutup dengan plastik nipis
bersapu sedikit minyak. Biar kembang selama 25-30 min. Panaskan
minyak dan goreng hingga kembang dan keperangan. Sejatkan
minyaknya kemudian salut dengan gula.
Nota:
Berhati-hati ketika mencampurkan cecair ke dalam tepung
kerana anda mungkin tak perlu menghabiskan semuanya. Ketika
menyatukan doh di dalam mangkuk, ia mungkin agak "keras"
sedikit tetapi setelah mengulinya, ia akan menjadi lembut.
Jika masih tidak begitu lembut, memadai dengan melumur tangan
dengan sedikit air sebelum menguli semula.
Daripada:
Che Norma Che Yas
noor@mpob.gov.my
DUA
TIPS MEMBUAT KEK

1. Bolehkah
masukkan baking powder dalam adunan tepung naik sendiri?
contohnya self raising flour, soft flour, superfine. Self-raising
flour sudah mempunyai baking powder, jadi, tak perlu mencampurkannya.
Namun jika menggunakan soft flour atau superfine, boleh
memasukkannya dalam sukatan yg ditentukan oleh resepi tersebut.
2. Bolehkah
semua kek dimasukkan ovelette.? contohnya butter cake dll.
Tidak
semua kek boleh menggunakan ovalette atau Quick 75. Pemantap
(cake stabilizer) jenis ini lazimnya hanya digunakan di
dalam sponge cake atau kek yg menggunakan cecair (susu,
air dll) yg banyak. Ada juga yg memasukkan ovalette ke dalam
Butter Cake tetapi perbezaannya tidak banyak. Untuk mendapatkan
Butter Cake yg gebu, pastikan mentega dan gula kaster dipukul
hingga ringan dan gebu.
Daripada:
Fariza
Manitoba, Canada.
rizzz00@yahoo.com
RESEPI
ROTI CANAI

Saya
ingin meminta resepi "Roti Canai" dan "Murtabak
Daging/Ayam". Diharap pihak Alaf 21 dapat membantu
kerana disini tiada makanan tersebut. Saya ingin membuatnya
sendiri.
ROTI CANAI
600 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt gula halus
2 biji telur, dipukul
125 ml susu segar
125-130 ml air
3-4 camb minyak
3-4 camb minyak sapi
minyak/minyak sapi utk menggoreng
Gaulkan
3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi
sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga
licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan
air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak
dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup
dengan tuala lembab, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji,
leperkan senipis yg boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya
dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan.
Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini
sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit
campuran minyak/minyak sapi.
MURTABAK
menggunakan kulit yg sama seperti ROTI CANAI, cuma ia mempunyai
lauk. Resepi lauknya:
2
camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
400 g daging/ayam, dicincang halus
1-2 camb rempah kari
1-2 camb sos tomato
1-2 tangkai cili hijau, dipotong kecil
air secukupnya
serbuk lada hitam, garam
5-6 biji telur, dipukul
Panaskan
minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging dan rempah, kacau hingga separuh masak.
Bubuh sos tomato, cili hijau dan sedikit air. Masak dan
kacau hingga daging empuk. Tambah serbuk lada hitam dan
garam. Angkat dan biar sejuk. Ambil sedikit lauk, gaulkan
dengan sedikit telur anggaran lembab. Seelok-eloknya, campur
utk sukatan satu murtabak saja pada satu masa.
Angkat
doh roti canai yg sudah dinipiskan tadi ke atas kuali leper
(pastikan tidak koyak), sudukan lauk daging kemudian lipat
4 utk membungkus lauk tadi. Bila bahagian bawahnya keperangan,
baru direnjiskan minyak/minyak sapi kemudian terbalikkan.
Pastikan apinya perlahan agar ia masak elok.
Daripada:
ross musa
shalai80@hotmail.com
APA
ITU KOLOMEE?

Kolomee
adalah sejenis mee kuning tapi ia mempunyai kuah sedikit.
Kadang-kadang campurannya daging dan ayam sahaja.
Di
sini ada lagi soalan yang saya ingin utarakan:
1. Apa nama label yang tertera pada botol krim putar?
KOLOMEE - Adakah serupa dengan Mee
Hailam (sikit kuah)? Bolehkah berikan sedikit lagi penerangan
ttg makanan ini?
1) Pada pek (seperti pek/kotak susu) KRIM PUTAR akan tertera:
WHIPPING CREAM atau NON-DAIRY WHIPPING CREAM atau juga dikenali
sebagai DOUBLE CREAM.
2. Kalau 200
cc santan dengan berapa ml santan?
200 cc cecair (santan, air dll) sama
dengan 200 ml.
Daripada:
azimi hashim
missunix99@hotmail.com
DARIHAL
MOIST CAKE

Apakah
jenis plastik yang sesuai untuk membalut kek moist supaya
kek boleh tahan lama?
Jenis plastik tiada kena mengena dengan
daya ketahanan kek. Hanya pastilah ia diseal elok supaya
keenakannya terjamin.
Ada
tak bahan lain atau pengawet yang dibenarkan supaya kek
boleh tahan lama?
Pada amnya, Kek Moist tidak tahan
lama. Sebaik-baiknya, ia disimpan di dalam bekas plastik
lutsinar (tahan microwave) dgn penutup sekali dan letak
di dalam peti sejuk. Jika anda menyapu sedikit aising di
atasnya, lebih menarik. Saya pernah memberikan panduan tentang
penggunaan bahan pengawet di ruangan ini tidak lama dulu.
Boleh
tak beri saya resepi kek moist untuk beberapa perisa?
Jika ingin membuat Kek Oren Moist,
parutkan kulit 1 biji oren dan gunakan jus oren bagi menggantikan
air pandan, susu cair bagi menggantikan santan.
KEK
PANDAN MOIST
250 g mentega
350 g gula kastor
6 biji kuning telur
4 biji putih telur
320 g tepung gandum }
½ camt soda bikarbonat } diayak
1 camt serbuk penaik }
Bahan
A
150 ml santan (½ kelapa)
pewarna hijau
8 helai daun pandan } dikisar
250 ml air } & tapis
Cara
membuatnya
1. Alas tin empatsegi 20 cm dengan kertas kalis minyak.
Lengser dengan sedikit mentega.
2. Putar mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar sebati.
4. Satukan bahan A. Bubuh berselangseli dengan bahan ayak
ke dalam adunan kek. Kacau rata-rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam tin. Bakar pada suhu 190 C selama
1 jam atau hingga masak.
Daripada:
Khir Mokhtar
khir_mokhtar@yahoo.com
MENGGARINGKAN
KEREPEK UBI

Kerepek
ubi yang saya goreng selalu melekat bila digoreng jika saya
slice dahulu ke dalam bekas. Cara saya atasinya, slice ubi
terus ke dalam kuali, tetapi minyak akan percik dan ia akan
masak tidak sekata kerana ia masuk ke dalam minyak secara
berperingkat maka ia garing pun berperingkat. Bagaimana
nak elak ianya melekat dan masak garing sekata?
Pastikan
hirisan ubi kayu senipis mungkin. Atur (jangan rapat) atas
dulang dan jemur di bawah terik mentari selama 30-40 min.
Sediakan minyak yg banyak dalam kuali, panaskan (jangan
terlalu panas). Masukkan kepingan ubi secukupnya (biar tenggelam
semuanya), insyaALLAH, takkan melekat atau memercik. Pastikan
ia keemasan dan agak 'garing' sebelum diangkat dan disejat
minyaknya.
Daripada:
manzumah mohamud
maizue_m@yahoo.com
RESEPI
GOLDEN SYRUP

Bolehkah
puan memberikan saya resepi untuk membuat 'golden syrup'?
Memandang saya selalu menggunakan 'golden syrup' untuk membuat
buttercream adalah jimat jika saya membuatnya sendiri.
GOLDEN
SYRUP
1.2 kg gula pasir
1 liter air
1 biji limau nipis, diperah, simpan kulit & empulur
1 camb maltosa (boleh dibeli di kedai peralatan kek/kuih)
Bubuh
gula, air, jus limau nipis, empulur dan kulitnya dalam periuk
heavy-based. Jerang hingga mendidih dan gula hancur. Perlahankan
api, renihkan hingga sirap menjadi kuning keemasan. Padamkan
api, masukkan maltosa dan kacau rata. Biar sejuk kemudian
simpan di dalam bekas/botol bertutup.
Nota: Hendaklah dikacau sekali sekala semasa memasaknya.
Ia boleh disimpan lama dan rasanya juga akan menjadi sedikit
berbeza.
Daripada:
Intan Munirah Ibrahim
intan@mpti.gov.my
APA
BEZA HOTDOG, FRANKFURTER & SAUSAGE?

Hotdog
lebih dikenali di Amerika walaupun idea pertama untuk membuat
frankfurter adalah dari beberapa tempat di Eropah (seperti
German, Holland dll). Dari kisah silam, hotdog yg pertama
"dibuat" di New York. Ketika itu (lewat kurun
ke 19), penjual tepi jalan banyak menjual frankfurter. Oleh
kerana ia baru dimasak, jadi ia panas dan penjual terpaksa
membekalkan sarung tangan pada pembeli. Malangnya, pembeli
pula yg "kebas" sarung tangan... jadi, untuk mengelakkan
kerugian, isteri beliau mencadangkan frankfurter diletak
di dalam ban/roti panjang dan dijual. Kebetulan pula, abang
penjual itu mempunyai kedai roti. Dia yg mencipta roti panjang
sesuai untuk diletakkan frankfurter itu. Jadi, dari situlah
hotdog dikenali.
Sausage
pula lazimnya bersaiz lebih besar dan lebih panjang dari
hotdog atau franks (nama ringkas bagi frankfurter). Yg membezakan
antara semuanya (suatu masa dulu) adalah daging yg dicampur
untuk membuatnya. Sausage selalunya ada kombinasi pelbagai
jenis daging, lemak, rempah, herba dll (seperti untuk membuat
salami, pepperoni dll) manakala hotdog dan franks mempunyai
satu jenis daging (lembu/ayam/kambing) serta rempah atau
herba saja.
Sausage
sering menggunakan usus lembu (besar) di mana ia dimampatkan
sebelum dikukus manakala hotdog/franks diisi ke dalam usus
kambing biri-biri. Namun begitu, dengan perubahan zaman,
kini tidak wujud lagi perbezaan ketara antara ketiga-tiganya.
Semua orang lebih senang mengatakan frankfurters sebagai
hotdog dan juga sebagai sausage. Untuk pengetahuan anda,
hotdog kecil dikenali sebagai chipolatas (di USA) sedangkan
kita memanggilnya "cocktail hotdogs".
Daripada:
Faridah Hashim
Kepala Batas, P. Pinang
zuari@tm.net.my
MEMBUAT
CUCUR UDANG YANG LEMBUT

Saya bermasalah dgn membuat cucur udang, ikan bilis dan
sbgnya.Cucur yg saya buat tidak lembut seperti mak saya
buat.Bagai manakah caranya dan tanpa menggunakan soda.
Cucur udang/bilis dsbnya selalunya
dicampur telur supaya ia lembut. Adunannya juga hendaklah
lembik sedikit supaya cucur itu akan lembut. Secara amnya,
gunakan 1 biji telur untuk 300 g tepung gandum. Biarkan
adunan 'rihat' selama 15-20 min sebelum menggorengnya agar
ia mesra.
Daripada:
Z R
Manitoba, Canada.
rizzz00@yahoo.com
APAKAH
GANTI OVALETTE?

Saya
ingin bertanya, apakah yg boleh digantikan dengan "ovallette"
kerana di sini saya tidak menjumpai nya. Saya ingin membuat
kuih menggunakan bahan tersebut.
Ovalette adalah 'Sponge Cake Emulsifier'
atau 'Cake Stabilizer' dan saya kira, ia mudah didapati
di sana. Hanya pastikan ia diperbuat dari bahan kimia atau
dari sumber yang halal (kosher??).
Daripada:
Shida Aziz
Kuala Lumpur
cempakaseri@time.net.my
RESEPI
SCRAMBLE EGG

Saya
suka makan scramble egg. Tetapi scramble egg yang saya buat
tak menjadi seperti yang biasa saya makan di cafe, restoran
atau hotel. Scramble egg yang saya buat jadi keras &
tak cantik. Boleh tak puan berikan resepi scramble egg dan
cara buatnya sekali?
'Scrambled Egg' akan berasa lebih
lemak lagi jika dicampur dengan krim segar (fresh cream).
Jika tiada, boleh digantikan dengan krim putar (double cream).
Gunakan mentega, jangan minyak atau marjerin. Pastikan apinya
sederhana saja dan sentiasalah kacau dengan senduk kayu.
SCRAMBLE
EGG
2 camb mentega
4 biji telur
4 camb susu cair
sedikit garam & serbuk lada sulah
1 camb krim segar/putar
Pukul
telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah. Cairkan
1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur
tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti
diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih
ada separuh yg cair sedikit). Masukkan baki mentega dan
krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan
kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur
akan menjadi keras. Utk mendapatkan telur yg lebih halus
'ketulnya', gunakan pemutar 'belon' (balloon whisk).
Daripada:
KUSUMA DEWI ABD AZIZ
dewi@arb.com.my
MEMBUAT
PASTRY KARIPAP PUSING

Saya
amat menggemari karipap pusing. Bolehkah puan ajar saya
cara membuat pastrynya? Bolehkah adunan yang sama digunakan
untuk me mbuat karipap biasa?
Adunannya adalah berbeza dari karipaf
biasa. Resepi ini terdapat di dalam buku terbitan Alaf 21;
Belajar Memasak. Jika anda masih keliru, dapatkan buku tersebut
kerana ia diterangkan secara terperinci, lengkap dengan
'Langkah Demi Langkah'. Hanya pastikan, selepas mencanainya
(sebelum dibubuh inti), pastri itu hendaklah diterbalikkan
kerana corak "putarnya" lebih ketara di sebelah
atas.
Bahan
Kulit (A):
450 g tepung serbaguna
½ camt garam
3 camb marjerin/lemak sayur
230-240 ml air
Bahan
Kulit (B):
250 g tepung serbaguna
¼ camt garam
150 g mentega/marjerin
1.
Untuk A. Bancuh tepung, garam dan marjerin. Masukkan sedikit
demi sedikit air, uli perlahan. Bentukkan 25 bebola.
2. Untuk B. Uli tepung, garam dan mentega hingga sebati.
Bentukkan 25 bebola kecil. Masukkan setiap satu ke dalam
A.
3. Canai memanjang dan nipis, gulungkan kemas. Canai semula
memanjang, gulungkan semula dan potong dua.
5. Leperkan setiap satu, canaikan bulat. Cara mencanai mesti
"betul" kerana putarnya akan lebih cantik. Terbalikkan
dan isikan intinya. Kelim tepinya.
6. Goreng sampai keperangan.
Daripada:
Rose Hayati Ali
Petaling Jaya, Selangor
rose@binagoodyear.com.my
CARA MENGELAKKAN KARIPAP MELEKAT

Bolehkah
sekiranya puan memberitahu cara-cara pek yang betul bagi
mengelakkan kuih karipap itu melekat diantara satu sama
lain. Ini adalah kerana saya berhasrat untuk mengkomesialkan
karipap yang belum digoreng(frozen food).
Untuk membuat Karipaf bagi tujuan
itu, anda harus memastikan dohnya "lebih berminyak"
dari biasa. Ertinya, anda perlu mencampurkan lebih banyak
marjerin. Gunakan air sejuk ketika mengadun doh. Kemudian,
canailah seperti biasa dan susun di dalam bekas plastik.
Karipaf frozen hendaklah diasingkan antara satu sama lain
sebaik saja dikeluarkan dari peti pembeku. Jika dibiarkan
lembut, ia akan melekat.
Saya cadangkan anda mengikuti Kursus Jangkapendek anjuran
MARA atau lain-lain orang perseorangan supaya pengetahuan
tentang cara mengendalikan makanan untuk frozen lebih lengkap.
Daripada:
wawa
safura@nstp.com.my
RESIPI
PAU BAKAR

Saya
ingin bertanya, bagaimana hendak membuat kuih pau bakar
seperti yang dijual oleh kaum Cina. Apakah inti yang selalu
digunakan.
Resepi Siew Pau Ayam:
1
kg tepung berprotin tinggi
2 camb marjerin
2 camt serbuk penaik} bancuh sebati sebelum dicampur
2 camb air } tepung
2 camb gula halus
240-260 ml air
Bahan
Inti
3 camb minyak
200 g bawang merah } dicincang
100 g bawang putih }
200 g kacang pis
500 g dada ayam, diptg dadu
1 camt gula halus
1 camb sos tiram
Bahan
Hiasan
2 biji kuning telur
1 camb maltosa
1.
Gaul tepung dan marjerin, masukkan serbuk penaik dan gula.
Tuangkan air dan gaul menjadi doh.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih hingga
wangi. Masukkan semua bahan lain. Masak hingga inti agak
kering. Angkat dan biar sejuk.
3. Canai sedikit adunan menjadi bulat, isikan inti. Cantumkan
semula dan bulatkan. Atur atas tin pembakar yang sudah dilengser.
4. Kacau telur dan maltosa hingga sebati, sapukan ke atas
doh. Bakar pada 190 C selama 40-45 min atau hingga pau keemasan.
Daripada:
Roslina Othman,
Shah Alam, Selangor
Roslina_Othman@Fosroc.com
BOLEHKAH
GUNA QUICK 75 SEBAGAI BAHAN KUIH PUTERI AYU?

Saya
baru je terbaca ruangan ni n minat sgt dgn info2 berguna
yg terdpt kat sini. Saya ada soalan nak tanye... Bolehkah
bahan dlm kuih puteri ayu... quick 75 digantikan dgn ovalette???
or emplex ????. Tlg bantu saya.
Quick
75 dan Ovalette atau Sponge Cake Emulsifier mempunyai fungsi
yg sama. Manakala emplex adalah berbeza sama sekali dan
sering digunakan untuk merangupkan biskut.
Norzie
norzie@marc.com.my
CARA
MENGGARINGKAN KUIH BOM

Macam
mana untuk dapatkan bentuk kuih bom yg sentiasa bulat dan
garing selepas digoreng. Sebab ada yg bulat hanya selepas
diangkat dari kuali, kemudian bentuknya tidak bulat lagi.
Pastikan kuih itu digoreng dalam
minyak yg banyak (deep-fry) dan intinya juga mencukupi kerana
kuih akan "kecut" jika intinya sedikit. Kelazimannya,
kuih yg menggunakan doh tepung pulut dengan air akan kembang
sedikit bila digoreng tetapi mengecil bila sejuk. Hanya
yg menggunakan doh tepung gandum dengan marjerin saja yg
kekal bentuknya kerana ia lebih padu. Cuba campurkan 2-3
camb tepung gandum ke dalam adunan doh Ondeh-ondeh Tepung
Pulut, insyaAllah, kuih itu akan kekal bentuknya.
Daripada:
noor
noor@mpob.gov.my
APA
ITU SODIUM BENZOTE?

Bolehkah
|