BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


K


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama

SOALAN
Assalamu 'Alaikum,

Can i have a resipi for kuih jepun. i have tried this kuih once but the resipi needs yeast & potas. & the mixture was too frothy. i did not get a smooth batter to pour in the acuan. & why is potas added? actually the resipi i have is as below: pls assist.

The resipi needs 18oz of flour, 3eggs, 5oz of gula,2oz butter, 1tsp yeast, 1tsp potas, 18oz santan, garam, warna kuning.

Faridah Beevi

JAWAPAN
Waalaikumsalam. Kuih Jepun or Japanese Pancake or Dorayaki in Japanese is a simple dessert to make. You can have them with many kinds of fillings. Below is the recipe for Dorayaki.

DORAYAKI (JAPANESE PANCAKES)

120 g. all purpose flour
175 g. caster sugar
1/2 teasp. baking powder
3-5 tbsp. water
3 eggs
favourite filling (red bean, green bean or kaya)

Methods

1  Whisk eggs and sugar until creamy.

2  Dissolve baking soda in water.

3  Add this mixture to whisked eggs and sugar.

4  Fold flour into mixture and combine well.

5  Heat pan and oil lightly. Pour a scoop of batter to make 4 inches diameter and let brown.

6  Fill with filling and fold.

Enjoy!!!!!!!!!!


SOALAN 
Puan,

Saya berminat untuk menyediakan hidangan barat terutamanya steak.Daripada resepi yang saya perolehi, terdapat satu bahan yang tidak saya kenali. Saya ada juga mencari bahan tersebut di pasaraya-pasaraya di seluruh Melaka tetapi malangnya, sehingga kini saya belum menjumpai bahan tersebut. Bahan tersebut adalah "Brown Sauce" ataupun Sos Perang yang digunakan dalam mneyediakan kuah steak yang lazat.Harap puan dapat membantu saya menjelaskan bagaimana rupa bahan tersebut.

Selain itu, saya telah beberapa kali cuba membuat biskut suji yang menjadi kegemaran saya setiap kali tiba hari raya. Malangnya, setiap kali jugalah, saya terpaksa membelinya kerana setiap kali juga saya gagal membuatnya seperti yang saya perolehi daripada rumah kawan-kawan dan kedai.Harap puan dapat bantu saya dalam menyediakan biskut tersebut.

Zurina Bakar

JAWAPAN
Sos perang sering dibeli terus dari pembekal di dalam tin-tin yg besar. Ia memang jarang didapati di pasaraya. Malah di KL juga ia sukar didapati kecuali (mungkin) di Hock Chun (Jln Ampang) atau TMC (Bangsar). Boleh gunakan stok perang dalam bentuk serbuk dan mesti dibancuh dengan air sebelum memasaknya untuk Sos Perang tetapi hendaklah pastikan stok perang serbuk yg diimpot itu halal. Cuba resepi di bawah untuk mendapatkan Sos Perang TETAPI jika puan  sukar & tidak dapat menyediakan 'bouquet garni' - ia akan kurang wangi.

STOK PERANG

1 kg tulang lembu
2 liter air
250 g sayuran mirepoix (hirisan bawang besar,lobak merah, batang salderi, batang daun bawang besar @ leek)
bouquet garni (herba thyme,daun bay,batang parsli)
6 biji lada putih

* Potong tulang kecil-kecil dan perangkan dengan membakarnya di dalam ketuhar atau menggoreng dengan sedikit minyak di atas kuali leper.
* Buangkan minyak, masukkan ke dalam periuk besar. Campur air, biar mendidih kemudian buangkan lapisan minyak di permukaan (dgn sudu).
* Goreng campuran mirepoix dengan sedikit minyak hingga perang, tapis & masukkan ke dalam stok tulang. 
* Masukkan bouquet garni dan lada putih. Renihkan 1-2 jam. Buang buih di permukaan dan tapiskan stok sebelum digunakan.

SOS PERANG (Brown Sauce/Sos Espagnole)

50 g marjerin
60 g tepung gandum
25 g tomato puri
1 liter stok perang (lihat atas)
100 g lobak merah
100 g bawang besar
50 g batang salderi

1. Cairkan marjerin, masukkan tepung & kacau hingga perang.
2. Sejukkan 'roux' ini, kemudian masukkan tomato puri. Perlahankan api, masukkan stok perang panas. Biar mendidih.
3. Goreng lobak, bawang dan salderi dengan sedikit minyak. Tapiskan dan masukkan sayuran ke dalam sos tadi. Renihkan dengan api sangat perlahan selama 1-2 jam. Buangkan kotoran yg timbul di permukaan. Tapiskan sebelum digunakan.

BISKUT SUJI

180 g minyak sapi
500 g tepung suji
2 camt soda bikarbonat
250 g gula aising
2 camb air

Cairkan minyak sapi di atas api perlahan kemudian letak di dalam mangkuk. Biar sejuk, masukkan suji, soda bikarbonat, gula, air dan kacau hingga menjadi doh. Bentukkan menjadi bebola kecil kemudian belah 2. Atur atas tin berlengser marjerin. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 140 C. Biar sejuk atas redai.


SOALAN
Assalamualikum

Saya telah beberapa kali membuat sotong kangkong malangnya setiap kali saya membuatnya kuahnya terasa pahit. Dapatlah kiranya puan memberitahu cara-cara untukmengurangkan rasa pahit kuahnya makanan ini kebanyakannya dijual digerai-gerai sekitar bandar melaka. kami sekeluarga sangat mengemarnya. Terima kasih

Zalila Sharif

JAWAPAN
Waalaikumussalam.

Cuba resepi ini, insyaAllah kuah takkan pahit. Tapi berhati-hati kerana ia perlu dikacau selalu agar tidak berkerak. Pastikan api perlahan. Puan boleh kurangkan cili boh jika tidak mahu pedas. Selamat Mencuba! Resepi ini dipetik dari 'Sajian Penjaja' keluaran Pustaka Zaman berharga RM19.90 sebuah.

SOTONG KANGKUNG

Hidangan untuk 4-6 orang
500 g sotong kering (direndam dalam air alkali/dibeli yg siap kembang)
air secukupnya
400 g kangkung (dicuci)
4 camB petis udang
2 camB cili boh
2 camB cili merah, ditumbuk halus
11/2 camB taucu (dicincang halus)
3 camB gula pasir
garam secukupnya
1 camB tepung jagung } dicampur
75 ml air }
4 camB serbuk kacang tanah bakar
jus dari 3 biji limau kasturi (atau ikut masam)

Kelar bahagian dalam badan sotong (berhati-hati agar kelarannya tidak terlalu dalam hingga memotong isi sotong).

Jerang air di dalam kuali pada paras separuh penuh. Celur sotong selama 1 minit. Keluarkan lalu hiris setebal 1 cm dan panjangnya 5 cm.

Masak air semula sampai mendidih. Celur pula kangkung hingga berwarna hijau tua. Angkat kangkung dari air, kocak di bawah air paip. Kemudian hiris sepanjang 5 cm dan ketepikan.

Campurkan bahan baki (kecuali kacang tanah dan jus limau nipis) di dalam periuk. Masak sambil dikacau hingga kuahnya pekat. Atur sayur-sayuran di dalam pinggan bujur. Letak hirisan sotong di atasnya.

Tuangkan sos di atas sotong, taburkan kacang tanah serta titiskan jus limau kasturi. Gaul sebati kemudian baru dihidangkan.



SOALAN

Saya ada mempunyai resepi utk membuat kuih bijan. Resepi diberi oleh arwah emak yang masih lagi disimpan oleh kakak. Saya telah dua kali mencuba resepi ini, tetapi selepas digoreng, kuih saya jadi lembik dan tidak rangup. Walhal, resepi yang sama digunakan oleh kakak dan kuihnya menjadi rangup. Saya sertakan resepi kuih bijan tersebut di bawah ini:

1 bungkus tepung pulut
3 biji putih telur
3/4 cawan gula pasir/secukup rasa
air (sehingga adunan boleh digentel bulat)
bijan

Cara membuatnya.

Putih telur dicampurkan ke dalam adunan tepung, & dicampur gula dan air. Adun sehingga adunan boleh digentel. Selepas digentel bulat2, golekkan di atas taburan bijan dan goreng. Mungkin kah putih telur perlu dipukul kembang terlebih dahulu ataupun mungkin kah tepung pulut yg saya gunakan adalah tepung yg lama?? Pls reply...sebab anak2 saya menggemari kuih bijan ini.

Zainora Md. Yassin

JAWAPAN
Terima kasih kerana bertanya. Resipi senang tapi jangan sangka bolih kita buat kan?. Jenis-jenis kuih yang bergoring, pastikan minyak betul-betul panas dengan api sederhana, dan apabila menggoring pastikan kuih yang digoring betul-betul kuning keemasan barulah diangkat dan toskan minyaknya. Kalau tepung dah berkutu, buang sajalah.

Kalau ikut resipi yang saya dan keluarga gunakan untuk kuih bijan ini, kami tidak pernah gunakan telur atau putih telur. Kami hanya gunakan tepung pulut, gula kaster dan sedikit air untuk dijadikan doh yang bolih digentel dan digolikkan kedalam bijan. Jika masih mahu menggunakan telur, cukuplah dengan sebiji telur yang beratnya 50 gm. Resipi puan terlalu banyak putih telur. 3 biji putih telur beratnya 90 g.

Cuba resipi yang sama dari buku Aneka Hidangan Snek, keluaran Alaf 21.Selamat Mencuba.
 


SOALAN
Salam Sejahtera.. saya sekarang berada di luar M'sia jadi saya teringin bagaimana membuat kuah nasi lemak, sambal belacan dan kuah kari yang enak... Terima kasih...

Alice Fuller

JAWAPAN
Hi, Alice......

Terima kasih kerana sudi ke ruangan ini. Di bawah ini ada 3 jenis sambal yg boleh dihidangkan bersama Nasi Lemak. Bergantung kepada di mana anda berada sekarang (Australia, Eropah atau Amerika?) agak mudah untuk mendapatkan bahan-bahan ini seperti belacan, di kedai-kedai milik orang Thailand, China atau Pakistan. Selamat mencuba! Jika ada apa-apa masalah lagi, sila hubungi saya.

SAMBAL AYAM

Hidangan untuk 5-6 orang
6 keping paha ayam
1/2 camt serbuk kunyit
1/2 camt garam
200 ml minyak
12 tangkai cili kering (dibuang biji & direndam) }
10 ulas bawang merah } dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
1 cm lengkuas }
1 keping asam gelugur
250 ml air
garam & gula secukupnya

Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 1 jam. Panaskan minyak, goreng ayam sampai masak. Angkat dan tuskan. Keluarkan separuh minyak, panaskan semula. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan pula asam gelugur, garam, gula dan air. Biar menggelegak selama 5 minit. Kemudian letak ayam, kacau rata. Biar mereneh hingga ayam masak. Sajikan bersama nasi himpit atau ketupat jika suka.

SAMBAL TUMIS UDANG

Hidangan untuk 4-5 orang
500 g udang sederhana (dikupas kulit kecuali ekornya)
60 ml minyak
1 batang serai (dititik)
2 camB air asam jawa pekat
3 camB sos cili
80 ml air
2 labu bawang besar (dihiris bulat)
garam & gula secukupnya

BAHAN KISAR

3 camB pes cili
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm belacan

Tumis bahan kisar di dalam minyak panas hingga wangi. Masukkan serai, air asam jawa, sos cili, air, garam dan gula. Gaul sampai terbit minyak. Akhir sekali bubuh udang, kacau sebati. Masak selama 7-8 minit kemudian angkat. Letak di dalam mangkuk dan hidangkan bersama nasi.

SAMBAL TELUR

Hidangan untuk 4-5 orang
200 ml minyak
4 biji telur (direbus & dikupas)
5 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar
1/2 cm halia }
3 biji cili merah }
125 ml santan (dari 1/2 biji kelapa)
3 camB sos cili
3 biji cili merah } dibelah 2 memanjang &
3 biji cili hijau } dibuang biji
garam & gula secukupnya

Panaskan minyak dan goreng telur rebus sampai keperangan. Angkat dan tuskan. Asingkan separuh minyak menggoreng, tumis bahan kisar dan kacau rata. Bila terbit minyak dan wangi, bubuh pula santan, cili sos, cili merah dan cili hijau. Gaul sampai mengggelegak. Kemudian perlahankan api dan renehkan. Bila kuahnya agak pekat, tambah garam, gula dan telur goreng tadi. Balik-balikkan 1-2 minit dan isikan ke dalam pinggan.

KARI DAGING/AYAM

500 g daging batang pinang/lean beef, dihiris nipis
3 camB minyak
4 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
1/2 labu bawang besar}
5 ulas bawang merah } dikisar halus
2 ulas bawang putih }
4 camB rempah kari daging } dicampur dengan air jadi pes
400 ml santan pekat } dari 1 biji
800 ml santan cair } kelapa
1 keping asam gelugur
4 biji ubi kentang (dibelah 4)
garam secukupnya

Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, cengkih, lawang, pelaga dan daun kari hingga wangi. Masukkan bawang kisar dan kacau hingga wangi.

Masukkan pes rempah kari, gaul 2 minit. Bubuh daging dan kacau sekali-sekala di atas api sederhana hingga ia berubah warna.

Tuangkan santan cair, asam gelugur dan garam. Kacau sampai menggelegak. Bila daging hampir empuk, bubuh ubi kentang. Kacau sekali-sekala hingga kentang empuk. Tuangkan santan pekat dan masak lagi hingga mendidih. Tambah garam mengikut rasa.

SAMBAL BELACAN

4 biji cili merah6-7 biji cili padi (ikut suka pedasnya)2 cm kiub belacan1 camt gula pasir1/4 camt garam (atau ikut rasa)2-3 camt air asam jawa pekat Kisar cili merah, cili padi, belacan, gula dan garam hingga halus. Isikan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan sedikit demi sedikit air asam jawa, kacau rata dan hidangkan dengan ulam seperti timun, kacang botol atau kacang bendi rebus.
 


SOALAN
I would like to request a resipi for "ayam masak lemak cili padi". Thank u so much in advance.

idah
s'pore

JAWAPAN
Resepi ini juga dikenali sebagai 'Ayam Masak Kampung'. Untuk mendapatkan kuah yg lebih lemak, gunakan 1 1/2 biji kelapa. Untuk lebih mudah, gunakan santan dari kotak. Jika tiada kunyit hidup, gantikan dengan kunyit serbuk sebanyak 1 camt. Jika ayam belum masak tetapi kuah terlalu pekat, tambah sedikit air.

AYAM LEMAK CILI PADI

1 ekor ayam sederhana besar (dipotong 16)
2-3 biji cili merah }
15-18 biji cili padi } dikisar
1 cm halia }
2 cm kunyit hidup}
300 ml santan pekat } dari 1 biji
800-900 ml santan cair } kelapa
3 biji ubi kentang, dibelah 4 (jika suka)
1 helai daun kunyit (disimpulkan)
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugur
garam & gula secukupnya

Cara membuatnya

Jerang bahan kisar dan ayam di atas api perlahan, kacau hingga ayam 'kering airnya'. Gunakan periuk non-stick agar ayam tidak melekat pada periuk.

Masukkan santan cair, ubi kentang, daun kunyit dan serai. Kacau selalu di atas api sederhana hingga mendidih.

Masukkan santan pekat, asam gelugur, garam dan gula. Kacau lagi di atas api sederhana sampai menggelegak semula. Renehkan 5-6 minit kemudian angkat.
 


SOALAN
I found several recipes that listed Heon Kwee or Hoen Kwe flour as one of the ingredients. I am living in the United States and after several trips to the oriental store store, I still cannot find this product. What is Heon Kwee flour and is there any substitution for it? Thank you.

Sincerely,

Anita Aris-Martinez
Phoenix, Arizona, USA.

JAWAPAN:
Hie there, you must love Asian recipes so much, huh!!!! How sad that you can't get the flour in States. Well, Hon Kwee flour or 'lek tau hoon' in Chinese dialect is green bean flour. The flour is used in many Indonesian desserts and Malaysian 'kuihs' (cakes). It is sold in cylindrical packets about 12 cm. in length and you can also get it in loose form. Try substituting it with cornflour. Perhaps you should try the Indonesian store. Happy Cooking!!


SOALAN
Assalamualaikum,

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman bersama mengenai membuat kek coklat. Baru-baru ini saya ada mencuba resepi kek coklat yang biasa yang menggunakan coklat emulco. Masalahnya ialah kek yang telah dibakar itu elok gebunya. tetapi semasa ia diangkat dan diletakkan di atas redai kek, ia menjadi kecut sedikit dari bentuk asalnya. Jadi apakah sebabnya. Untuk pengetahuan, saya menggunakan sedikit ovelette. Adakah kerana penggunaan ovelette atau cara pembuatannya tidak betul. Bolehkah kiranya tunjukkan resepi kek coklat yang simple untuk rujukan saya. Sekian,


Saadiah Mohd Said
41C, Jln Pandan 2/2 Pandan Jaya,
Cheras 55100 Kuala Lumpur

JAWAPAN
Waalaikumussalam.

Saya rasa jika kek mengecut sedikit setelah diangkat, ia perkara biasa. Pastikan ia direhatkan sebentar selama 10 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Mungkin suhu dapur puan agak sejuk berbanding dengan kek panas yg baru keluar dari ketuhar. Saya cadangkan anda membeli majalah RASA keluaran Mei (Perkahwinan) untuk mendapatkan resepi kek coklat yg agak mudah. Jika tidak, boleh cuba resepi di bawah:

KEK COKLAT

100 ml. air panas
125 m. susu cair
50 g. serbuk koko
250 g. mentega
250 g. gula kastor
5 biji telur
330 g. tepung naik sendiri
1 camt. esen vanila

CARA-CARA

1. Masak air, susu dan koko hingga larut. Biar sejuk.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan sebiji demi sebiji telur, putar sebati.
3.
Bubuh tepung diselang-seli dengan bancuhan koko.
4.
Akhir sekali masukkan pula vanila. Tuang ke dalam tin bulat 20 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
5.
Bakar pada suhu 190 C selama 1 jam. Biar sejuk sebelum dihias.

 


SOALAN
Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya mengenai cara membuat kek coklat. Kebanyakan resepinya mesti menggunakan air. Jadi apakah fungsi air itu sebenarnya. Tidakkah ia akan membantatkan kek?. Juga penggunaan susu, adakah susu tepung lebih elok atau susu pekat biasa. Sekian,

Saadiah dee

JAWAPAN
Waalaikumussalam,

Fungsi air di dalam kek coklat adalah untuk melembabkannya. Kek jenis ini tidak tahan lama. Namun untuk mendapatkan 'kelembapan'nya, perlulah dinikmati sekurang-kurangnya 20 jam selepas memasaknya. Untuk mendapatkan rasa yg lebih lemak, gantikan air dengan susu cair atau susu segar. Kek coklat yg mengandungi air banyak tidak naik tinggi. Adunannya juga sangat cair berbanding dengan adunan kek biasa yg akan kelihatan 'berlipat-lipat' bila dijatuhkan dari senduk. Jika resepi menyatakan susu tepung, maka hendaklah gunakan susu tepung. Anda juga boleh bancuh susu tepung dengan air suam untuk menggantikan dengan susu segar (ikut jadual pada tin untuk kepekatan yg sesuai). Susu pekat akan membuat kek lebih 'melekit' dan rasa agak lemak. Hanya gunakan susu pekat bila dinyatakan di dalam resepi kerana ia akan membuat kek lebih manis, berbanding dengan susu tepung yg dibancuh dengan air (untuk menggantikan susu segar). Susu cair pula hanya boleh dibeli di dalam tin dan seringkali digunakan untuk membuat puding dan sos kastard.
 


SOALAN
Assalamualaikum.....

Saya dan keluarga amat meminati kuih sarang semut. Tetapi resepi yang disiarkan di ruangan ini perlu dibakar sedangkan saya tidak mempunya alat pembakar. Bolehkah saya menggunakan resepi yang sama tetapi dikukus. Dan bagaimana nak dapatkan resepi kuih ini yang betul2 lembut.

Nooraza Che Halim
No 29, Jalan SG 9/19
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

JAWAPAN
Saya kurang pasti samada Kuih Sarang Semut yg puan nyatakan itu adakah serupa dengan Kek Sarang Lebah? Jika jawapannya 'ya', buat masa ini, saya belum menemui resepi Kek Sarang Lebah yg boleh dikukus. Jika puan ingin cuba mengukus kek (yg sepatutnya dibakar), saya rasa tidak menjadi masalah.

Namun sediakan separuh adunan saja dan gunakan loyang yg agak besar supaya kek tidak terlalu tinggi (ini akan mempercepatkan proses mengukus). Seperti Kek Buah yg boleh dikukus, saya percaya Kek Sarang Lebah juga 'boleh' dikukus tetapi walaupun rasanya mungkin sama, hasilnya mungkin tidak serupa. Jika puan cuba mengukus, beritahu kami semua bagaimana hasilnya, okey? Untuk soalan bagaimana kuih ini boleh lebih lembut, saya rasa ia tiada formula tertentu.

Oleh kerana ia menggunakan gula hangus, ia pasti menjadi agak keras bila dibakar (serupa kuih yg menggunakan madu). Siapa tahu mungkin jika adunan dikukus, ia akan menjadi lembut seperti apam? Ada kuih yg dibubuh sedikit emplex(pelembut kuih/roti) agar ia lebih lembut. Namun ini mungkin tidak begitu sesuai untuk Kek Sarang Lebah. Jika ada di antara pembaca yg mempunyai resepi Kek Sarang Lebah yg sempurna, sila hantar ke ruangan ini supaya kita boleh berkongsi pengetahuan.....



SOALAN

Assalammualaikum,

1. Saya cukup berminat untuk membuat kuih-muih jenis pastri, boleh berikan petua bagaimana caranya untuk mendapatkan hasil pastri yang ranggup lagi lembut? Agar bila dimakan pastrinya tidak bertaburan.

2. Saya cuba untuk mendapatkan resipi daging masak kuzi, saya dengar masakan ini kalau dibuat untuk inti pastri , lazat rasanya, kalau boleh tolong berikan resipi tersebut? Terima kasih,

Zarina,
coordinator3@ytl.com.myKuala Lumpur

JAWAPAN
Bila dikatakan 'pastri bertaburan' saya teringat akan Puff Pastry atau pastri paf (berlapis) dan jenis ini memang 'bertaburan' bila dimakan. Cirinya sedemikian kerana ia mengandungi puluhan lapisan halus. Cara membuatnya agak rumit. Kini boleh didapati di bahagian dinginbeku/frozen pasaraya seperti Jaya Jusco.

Untuk pastri short-crust/pastri rangup yg biasa, pastikan mentega/marjerin/pastry margarine yg digunakan sejuk. Saya suka gunakan separuh mentega dan separuh marjerin. Gunakan teknik gaulramas/rubbing-in dan pastikan mangkuk yg digunakan turut disejukkan untuk mendapatkan hasil memuaskan. Jangan sekali-kali 'overdo' atau memegang adunan terlalu lama kerana kepanasan tangan kita akan membuat pastri 'berminyak'.

Campurkan cecair dingin(air ais) ke dalam campuran tepung-mentega/marjerin dengan garfu dan sebaik saja ia bercampur elok, satukan adunan dan bungkus dengan plastik. Simpan di dalam peti sejuk selama 20-25 minit sebelum dicanai. Sila rujuk buku Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan (Berita Publishing, RM49.90) atau Sweet Delights-Chef Wan (Times Publishing) yg turut diterbitkan di dalam Bahasa Malaysia.Berikut resepi yg dikehendaki, dipetik dari buku 'Masakan Pedas dan Berempah' oleh Norzailina Nordin (Pustaka Zaman, RM19.90). Jika sukar mendapatkan rempah kuzi, campurkan separuh bahagian rempah kurma d50 g minyak sapi

50 ml minyak
5 camB rempah kuzi, dicampur dengan air jadi pes
1 kg daging (dihiris 1
2 cm)
3 camB puri tomato
150 g dadih perisa asli
air secukupnya (untuk mengempukkan daging)
80 g kismis
2 camB kerisek
garam & gula secukupnya
2 tangkai daun ketumbar (dicincang halus)

BAHAN KISAR

2 camB pes cili
6-8 biji cili padi
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
1 labu bawang besar
8 ulas bawang merah
2 cm halia

1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumis pes rempah dan bahan kisar hingga wangi.

2. Masukkan daging dan puri tomato, kacau selalu.

3.  Bila air daging hampir kering, bubuh pula dadih, air, kismis, garam dan gula. Biar mendidih kemudian  renehkan selama 1 jam.

4. Bila daging empuk dan kuahnya pekat, campurkan kerisek. Kacau 3-4 minit lagi, ketepikan dari api.

5. Taburkan hirisan daun ketumbar dan sajikan panas-panas.


SOALAN
Assalamualaikum,

Saya selalu juga membuat kek yang simple sendiri. Tapi baru-baru ini ada terbaca resepi membuat kek yang menggunakan bahan iaitu 'golden syrup'. Saya tak berapa faham apakah fungsi bahan itu dan bagaimanakah rupa bentuknya. Adakah ia senang didapati di kedai-kedai biasa.

Sekian,

Saadiah Dee
deeim2002@yahoo.co.uk

JAWAPAN
Golden syrup atau refined sugar (ditapis berulang kali) boleh dibeli di pasaraya yg besar seperti Giant, Carrefour atau Jaya Jusco. Ia memang bahan yg mudah didapati di kedai-kedai yg menjual bahan-bahan membuat kuih. Warnanya keemasan dan cair sedikit dari madu. Kek yg diperbuat dengan golden syrup mempunyai warna yg cantik. Pastikan anda tidak memilih corn syrup kerana ia berbeza sama sekali (walaupun konsistensinya sama), warna corn syrup lebih pudar. Selain dari digunakan untuk membuat kek, golden syrup juga enak dimakan dengan waffle atau puding. Adalah dipercayai ia lebih menyihatkan kerana tiada bahan kimia digunakan semasa memprosesnya (berbanding dengan gula putih yg telah 'dinyahwarnakan'). Ia juga mengimbangi kemanisan di dalam kek yg hanya menggunakan gula kaster semata-mata. Ia dicampurĘke dalam sesetengah kek lapis dan kek span di mana cecair dan stabilizer (Quick 75 @ ovalette) digunakan.


SOALAN
Assalamualaikum,

1. Saya gemar membuat kek, akan tetapi saya selalu menghadapi masalah apabila hendak membuat span kek. Span kek yang saya buat selalunya menjadi bantat dan tidak lembut serta gebu, bagaimanakah saya boleh mengatasi masalah ini.

2. Boleh tak puan sri berikan saya resepi bagaimana hendak membuat span kek.

Nor Asiah Mohd Yusof
Kota Kinabalu, Sabah

JAWAPAN
Ada pelbagai jenis kek span. Untuk mendapatkan kek span yg gebu dan lembut, harus menggunakan Quick 75 atau Ovalette (boleh juga dibeli di pasaraya), dalam bekas plastik lutsinar. Pastikan juga telur yg digunakan untuk membuat kek itu masih baru (fresh) dan berada pada suhu bilik. Cubalah resepi ini:

Kek Span
6 biji telur
175g gula kaster
1 camt Quick 75 or Ovalette
225g tepung paling halus/tepung kek, diayak

60g mentega cair atau minyak jagung
50ml air sejuk  

Cara membuatnya

Alas dua tin bulat 20cm dengan kertas kalis minyak. Pukul telur, gula dan Quick 75 hingga pucat dan kembang. Kaupbalikkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan. Jangan dikacau kuat. Masukkan air, gaul rata. Tuangkan mentega cair atau minyak dan kacau sebati. Jika terlalu kuat memukulnya, kek akan menjadi keras kerana tiada gelembung udara.

Tuang ke dalam tin. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau hingga permukaannya menganjal bila ditekan. Keluarkan dari tin dan biar sejuk sebelum disapu dengan jem/aising mentega dan disajikan.

Jangan dibakar dalam satu tin saja kerana ia akan lambat masak. Gunakan2 tin dan bakar sekaligus kerana jika dibiarkan di luar terlalu lama, gelembung udara akan hilang dan kek akan menjadi keras.


SOALAN
I would like to request a recipe for kuah meesiam, without any kacang

added. I have tried to do this recipe but end up having kuah asam instead. could u pls help me. & also I have been trying my best to make a perfect doughnut but it always turn up slightly hard after frying. I followed the recipe which needs bread flour . what should I do to get a soft doughnut.?? thank u so much in advance.

Faridah Beevi

JAWAPAN
To get a softer doughnut, try adding 1 teaspoon of bread softener to 500 gm of bread flour. Sometimes I use half plain flour and half bread flour. It should work and give you a lovelier doughnut. Keep trying! The texture has a lot to do with the way you knead the dough in the first place and whether the prooving time is sufficient or not. For eg, making dough on a rainy day (cooler) needs more time for dough to rise.

Here is the gravy recipe you requested: 

BAHAN SOS TAUCU

2 camb minyak
1 camb pes cili (atau lebih)
4 biji bawang merah }
2 ulas bawang putih } dikisar halus
2 camB. Taucu }
1 camb air asam jawa (sederhana pekat)
garam, gula secukupnya
150-200 ml air, anggaran pekat

* Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan pes cili hingga wangi. Masukkan air asam jawa, air dan gula. Renehkan di atas api perlahan hingga agak pekat. Tambah garam dan angkat.


SOALAN

1.Saya masih belum berumahtangga , mungkin akan menamatkan zaman bujang saya tidak lama lagi.. permasalahannya ialah sekarang ini sememangnya saya boleh lah masak , tapi takut kalau2 masakan saya ini tidak menepati citarasa bakal suami nanti.. boleh tak puan sri beri sedikit tips untuk saya amalkan nanti..

2.Boleh tak puan sri berikan saya resepi bagaimana hendak masak MEE SIZZLING

Fazilla Hussin sudah
Jab Agama Islam Selangor

JAWAPAN
1. Jangan risau. Setiap lelaki mempunyai citarasa berbeza. Jadi, terpulang la pada individu itu sendiri. Selalunya, jika dia berasal dari Negeri Sembilan, dia akan suka masakan pedas macam Gulai Lemak Cili Padi. Walaupun gulai saudari takkan sama dengan gulai yg emak dia buat, dia kena fikir bahawa dia kena makan gulai saudari hingga ke akhir hayat (harap gitu la...).

Bila saudari balik ke rumah emak mertua, tengok cara dia masak gulai tu. Nanti boleh le praktikkan kat dapur sendiri. Kalau bakal suami orang Utara, hah, dia paling suka kari. Tapi, kari kita takkan sama dengan kari yg emak atau nenek dia buat. Jangan berkecil hati sebab ini lumrah kehidupan. No one is perfect. Bila sediakan masakan, sediakan dengan penuh rasa kasih sayang & buat seikhlas mungkin.

Jika apa jua yg dimasak elok masam manisnya, kalau asam pedas kena pedasnya, okey la kira tu. Suami pun tahu isterinya bukan chef, kan? Ala, jangan tak tahu....suami chef pun kekadang komplen jugak masakan isteri. Maklumlah, ada masanya, ada harinya, semua yg dibuat serba tak kena. Sekali sekala tanyalah dia nak makan apa? Tapi jangan tanya hari-hari, nanti boring pulak dia. Kalau dia suka makan Western food, cubalah sediakan 2 atau 3 kali seminggu. Kalau dia suka makan nasi, boleh ke dia makan nasi biasa hari-hari? Nak juga Nasi Ayam, Nasi Beriani. Tapi, ada jugak suami yg suka masakan simple - Sambal Tumis, Sayur Goreng - tapi, masa muda-muda ni makanlah semuanya.

Bila dah berumur sikit & dihinggap penyakit, suami akan suruh masak capati, ikan kukus, sayur rebus (tiada minyak langsung) setiap hari....(sampai 'jemu' la kita!!). Kalau rajin, buatkan menu setiap hari untuk seminggu (biasanya hari Ahad) dan lekatkan di pintu peti sejuk. Kalau dia ada cadangan lain pada hari tertentu, saudari buatkan nota mental & masukkan dalam menu minggu akan datang. Ajaklah sembang-sembang terutama kalau makan di luar sekali-sekala. Nanti dengan sendirinya akan tahu apa kesukaan cik abang, kan? Selamat menempuh gerbang perkahwinan....

Sizzling Mee

150g mee telur ('yee foo mein')

Bahan Sos:

150g daging ayam (tanpa tulang)
3 keping cendawan hitam - direndam, jangan dipotong
25 g lobak merah, dihiris & dicelur
1 camb jus halia
1 camb sos masam manis

Bahan Perasa

1 camb sos tiram
1 camt kicap cair
3 camb minyak masak
1/2 camt minyak bijan
garam secukupnya
1/4 camt gula
secubit serbuk lada hitam
1 camt tepung jagung
1/2 camt serbuk pati
1 cawan air rebusan ayam/air

Celur mee di dalam air panas agar ia lembut. Sejatkan di dalam penapis dan kocak di bawah air paip. Isikan mee di dalam pinggan. Masukkan 1/2 camb minyak dan 1/2 camt minyak bijan, kacau rata dan biar sebentar.

Untuk kuah: Panaskan 2 camb minyak, masukkan jus halia, cendawan dan ayam. Kacau rata kemudian bubuh air rebusan. Bila mendidih, perlahankan api selama 5-8 minit. Masukkan lobak merah dan tepung jagung (larutkan dengan sedikit air).

Panaskan hot plate di atas api sederhana hingga betul-betul panas. Angkat dan letak di atas bekas kayu khas. Letak mee di atas hot plate dan tuangkan semua kuah. Hidangkan dengan hirisan cili merah dan cili padi.


SOALAN
Assalamualaikum,,,,,,Saya ingin mengetahui cara - cara membuat waffle (yg sering dijual di pasaraya). Sudah lama saya mencari resepi tersebut tetapi tak juga perolehi.Diharap sudilah kiranya menyiarkan resepi tersebut

NORITA ABDULLAH
No 7 Jln Perdana,
Taman Bkt PerdanaBtu Pahat

JAWAPAN
WAFFLE

2 cawan tepung gandum
4 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1 3/4 cawan susu segar
2 biji telur
1 camb marjerin, dicairkan
minyak untuk melengser

Cara membuatnya

1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
2. Bancuh susu, marjerin cair dan kuning telur.
3. Dalam mangkuk bersih, putar putih telur hingga kental.
4. Gaulkan campuran susu ke dalam tepung, gaul rata.
5. Kaupbalikkan putih telur hingga rata.
6. Panaskan kuali/acuan waffle hingga betul-betul panas. Lengser dengan minyak.
7. Isikan 1 camb dalam setiap compartment kuali/acuan kemudian tutup dan terbalikkan biar masak sebelah bahagian lagi.

Untuk mendapatkan hasil yg memuaskan, anda mesti gunakan acuan waffle. Jika ia baru digunakan, lengserkan betul-betul setelah ia panas agar adunan tidak melekat. Untuk memudahkan, dapatkan acuan tidak melekat.


SOALAN
I do add a little kapur for the kuih kaswee. but i still get a sticky texture. I would like to request the resipi from u. thank u so much in advance.

faridah

JAWAPAN
I hope this recipe will make you happy. There are other recipes which I can give you if this one does not turn out like you wish.

KUIH KASWEE/KOSUI

Bahan-bahan Air Gula

500 ml air

80 g gula melaka

80 g gula merah (dark brown sugar)

80 g gula pasir

3 helai daun pandan, disimpulkan

Bahan Batter

120 g tepung beras

60 g tepung ubi kayu/tepung kanji

60 g tepung Hoen Kwee

250 ml air

2 camt air   } dicampur untuk

secubit kapur sirih  } air kapur

Bahan Sampingan

Kelapa parut (putih)

Sedikit garam

Cara membuatnya

1.  Masak bahan air gula hingga mendidih dan gula larut. Angkat dan tapiskan, biar sejuk.

2.  Letak semua bahan batter ke dalam mangkuk besar.

3.  Campurkan dengan air gula melaka, gaul rata. Tapiskan ke dalam jag (mudah menuang).

4.  Lengserkan acuan kecil dengan minyak. Tuang bancuhan ke dalam acuan, kukus hingga masak.

5.  Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut bercampur garam.

Nota: Resepi kuih ini dipetik dari buku Masakan Popular Malaysia (Pustaka Zaman). Ia lebih sesuai jika dimasak di dalam acuan-acuan kecil dan TIDAK di dalam loyang (di mana ia mesti dipotong).
 


SOALAN
Salam sejahtera,

Saya baru sahaja membeli buku resepi Hidangan Kek. Saya telah mencuba membuat KEK COKLAT FUDGE tetapi hasilnya amat mengecewakan kerana kek saya menjadi lembik dan berminyak.

Saya telah membakar kek itu selama 1jam 30 minit kerana ia masih belum sepenuhnya masak tidak sepertimana yang dicatatkan hanya selama 30 minit.

Saya ingin mendapat kepastian sama ada tepung gandum memang tidak diperlukan dalam membuat kek ini?

Kenapa saya tidak berjaya menghasilkan kek sepertimana yang digambarkan dan mengapakah kek saya terjadi sedemikian? Nasihat dan keterangan dari pihak tuan/puan amat saya hargai.

Terima kasih.

sshamsiah@bppa.unimas.my

JAWAPAN
Berikut resepi yg diminta. Gunakan 2 tin kerana kek akan lebih cepat masak. Setelah sejuk, sapukan aising mentega dan tangkupkan kedua-dua kek itu. Boleh juga gunakan Coklat Ganache yg lebih enak. Selamat mencuba!

KEK COKLAT FUDGE

Bahan-bahannya:

100 g coklat unsweetened, dihiris kecil

1/2 cawan mentega (biar lembut)

1 cawan gula perang

1 camt vanila

3 biji telur, dipukul

1/2 cawan dadih asli

1 1/4 cawan tepung naik sendiri, diayak

Cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190 C. Alas 2 tin 20 cm dengan kertas kalis minyak. Lengser dengan sedikit mentega.

2. Isikan coklat ke dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk di atas periuk air mendidih.

3. Di dalam mangkuk, putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan vanila, kacau.

4. Bubuh sedikit demi sedikit telur, gaul sebati.

5. Tuangkan coklat cair dan dadih. Kemudian kaupbalikkan tepungĘ perlahan-lahan dengan sudu.

6. Isikan adunan ke dalam kedua-dua tin. Bakar selama 25-30 minit atau hingga kek masak. (Sesetengah ketuhar mungkin mengambil masa 40 minit). Keluarkan dari ketuhar. Biar 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin dan dibiar sejuk di atas redai.



SOALAN

Saya baru berkenalan dengan website ini. Syabazz!! Isi kandungan nya nampak baguzz. Saya ada satu kemusykilan:

Bagaimana cara untuk mendapatkan 'batter' pisang goreng yang rangup seperti yang dijual di warung-warung? Berbagai resipi telah saya cuba tetapi tak berhasil. Keraknya menjadi liat apabila pisang sejuk. Saya cuba kecek resipi dari penjual warong tetapi mereka tak bagi. Saya faham - mereka takut pisang mereka tak laku! Harap dapat jawapan yang berhasil.

Nura Abdullah
Block 328 Woodlands St 32
#07-65 Singapore 730328


JAWAPAN
Ayak 1/2 cawan tepung naik sendiri, 1/4 cawan tepung jagung, 1 camb tepung beras, secubit garam dan 1/2 camt serbuk penaik. Campurkan 180 ml air atau lebih sedikit. Kacau hingga adunan sebati kemudian masukkan 1 1/2 camb minyak. Kacau lagi dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan. Kacau sebelum dicelupkan pisang atau lain-lain. Kandungan air mungkin lebih atau kurang bergantung pada kelembapan tepung. Jika terlalu pekat, tepung yg bersalut pada pisang akan menjadi agak tebal. Cuba-cubalah menambah 1-2 camt air hingga mendapat adunan yg sesuai. Bancuhan tepung yg dijual oleh penjual pisang goreng selalunya dibeli dari peruncit. Jika resepi ini masih tidak begitu memuaskan pada pandangan puan, cuba dapatkan tepung rangup dari paket yg dijual secara komersial. Untuk satu paket (keluaran Adabi, saya sering menambah 2 camb tepung gandum lagi pada campuran asal. Hasilnya memang rangup walaupun sejuk).



SOALAN
Assalamualaikum... saya teringin nak buat bubur asyura tapi tak tahu cara nya? boleh bantu saya ...sekian terima kasih

Siti Norashikin
No 6, Jalan Teratai 1/1,
Taman Bukit Teratai,
Ampang ,68000

Selangor


JAWAPAN

Ada tiga jenis bubur asyura. Pertama, jenis manis (lebih lazim di sebelah Utara M'sia), jenis berempah & mengandungi daging (biasa di Pantai Timur) manakala jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai pisang, kacang hijau dll datangnya dari Singapura. Jenis manis atau berempah selalunya boleh dihiris seperti kuih talam. Saya sedang mengusahakan untuk mencari resepinya, harap bersabar. Sebaik saja mendapatnya, insyaAllah, saya akan sertakan di sini.



SOALAN
Assalamualaikum

saya jun nak tanya macamana nak buat kulit popiah sebab saya dah cuba buat dengan mengadunkan tepung gandum, air dan  cuka tapi tak membawa apa2 hasil.tolong beri panduan bagaimana nak membuat kulit popiah. terima kasih.

honey teddy
HONEY_LEANNA@YAHOO.COM

JAWAPAN
Campur 2 cawan tepung gandum yang diayak 2 kali dengan 1 cawan air dan secubit garam. Bancuh dan kacau betul-betul agak lama hingga adunan sebati. Tutup kemas dengan tuala lembab dan biar selama 4-5 jam. Panaskan kuali leper jenis berat di atas api sederhana. Lengser dengan tuala yang dibubuh minyak. Ambil segumpal adunan dan layangkan di atas kuali tadi menjadi lapisan nipis. Dalam beberapa saat saja, lapisan kulit itu boleh ditanggalkan dari kuali. Angkat dan gunakan. Jika tidak, tutup semua lapisan kulit popiah dengan tuala lembab sehingga digunakan. Membuatnya agak sukar dan memerlukan kemahiran, jadi, perlu mencuba beberapa kali.


SOALAN1. BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MEMBUAT KULIT POPIAH , KERANA SEBELUM INI SAYA PERNAH MENCUBANYA TAPI MALANG KURANG MENJADI DIDAPATI ADUNAN YANG SAYA IKUTI ITU TIDAK SAMA DENGAN YANG BOLEH KITA DAPATI DI PASARAYA.

2. BAGAIMANAKAH PETUA UNTUK MELEMBUT KAN DAGING AYAM TUA.

JUNN

JAWAPAN
1. Sila rujuk resepi sebelumnya.

2. Untuk melembutkan ayam tua, letak sebilah sudu stainless steel (yg biasa) di dalam gulai. Boleh juga masukkan 2 helai daun nangka di dalam masakan (untuk 1 ekor ayam sedang).



SOALAN

Could u kindly share with me a resipi for kuih pau goreng & inti manis/pedas.
thank u.

Faridah beevi

JAWAPAN
I am sure I have given the recipe for Pau in my previous mails. There are 2 types of Pau Goreng. You may use the same recipe as pau kukus, let it rise then deep-fry in hot oil until golden. Dapatkan buku masakan 'Langkah Demi Langkah' keluaran Alaf21 bagi resepi Pedas (seperti inti karipaf). Resepi inti manis (kelapa) - 

Kelapa parut putih 120 g
Gula 60 g
Gula pasir 40 g
Garam 1/2 sudu teh
Daun pandan 1 helai, disiat dan disimpulkan
Air 120 ml

Untuk inti. Jerang kelapa parut, gula merah, gula pasir, garam, daun pandan dan air di dalam kuali. Kacau di atas api sederhana hingga agak kering. Ketepikan daun pandan dan biar inti sejuk. Bentukkan menjadi 20 bebola kecil.


SOALAN
Asslamualaikum,

Disini saya ingin bertanya mengapakah setiap kali saya membuat kek mable, kuning dan choklatnya bercampur tidak menjadi seperti kek mable yang cantik tetapi rasa-nya sedap.Apakah yang membuat kek itu jadi begitu ? Terima Kasih.

Lila Salleh.
Blk 137,#02-323,Teck Whye Lane.
Singapore (680137)Ę

JAWAPAN
Pastikan adunan koko dan biasa dimasukkan 1/2 senduk sekali ke dalam tin. Mulakan dengan 1/2 senduk adunan biasa dibiarkan membulat di tengah tin diikuti adunan koko (sama banyak). Curahkan di tengah-tengah adunan yg sebelumnya, jangan dikacau. Selepas habis semuanya, goyangkan tin dari kanan ke kiri agar adunan rata. Jangan sekali-kali mengacaunya di dalam tin itu.



SOALAN

Salam sejahtera,

Apakah yang dimaksudkan dengan 'jadikan merique' ( putih telur & gula kastor) sepertimana yang tercatit dalam buku resepi HIDANGAN KEK untuk membuat Kek Keju?

Terima kasih.

JAWAPAN
Untuk membuat 'meringue', pastikan pemutar letrik & mangkuk bebas dari minyak (bilas dengan air panas & lap dengan kain bersih). Pukul putih telur (pastikan tiada langsung sedikit kuningnya yg masuk sekali) pada kelajuan sederhana sambil dimasukkan sedikit demi sedikit gula (1 camb sekali masuk). Bila semuaĘgula habis dimasukkan, barulah diputar pada kelajuan maksimum hingga adunan putih telur kental. (Bila terbalikkan mangkuk, tidak tumpah). Kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan kek keju supaya kek nanti ringan.

sshamsiah@bppa.unimas.my
 



SOALAN

Thank u so much for your recipes & advise. But one question why is
putih telur used for kuih makmur & not kuning telur ??

how does it differ the texture of the biskut. & sorry there's another question. i have a kuih koswee resipi which needs 1 cup of plain flour & 1/4 cup tapioca flour, air gula melaka. It is soft but , when i cut it, it tends to be sticky. could u pls advise me what should i do to get a soft & chewy but non sticky koswee. thank u so much for your time taken.

faridah
S
ingapore

JAWAPAN
Hi, Faridah......
There are many versions of Kuih Makmur. It so happens, the one that I gave you have egg whites in them. Kuih Makmur menggunakan putih telur tidak begitu gebu & agak crunchy. Memang agak berbeza dengan Kuih Makmur yg biasa. Ia juga lebih putih kerana tidak menggunakan kuning telur. Kalau you ingin cuba menggunakan putih & kuning telur, you may do so. Masukkan sedikit demi sedikit 1 biji telur dengan 2 biji putih telur. The combination is entirely up to you. Sebenarnya, cooking is an experiment, an adventure yg you should be happy to do. Cooking is an experience yg, I believe, penuh dengan enjoyment. Do not despair kalau tak begitu menjadi. The best thing is to try with a smaller amount. Be careful especially when adding liquids to make the dough. Be patient. Kesabaran paling penting untuk menghasilkan masakan yg memuaskan. Suatu lagi ingatan, jangan terlebih uli sebab jari-jemari kita yg panas akan mencairkan lemak di dalam biskut dan bila kita menambah tepung, biskut akan menjadi keras.

Untuk pertanyaan kuih koswee, cuba masukkan 1 sudu teh air kapur (slaked lime water). Jangan terlalu pekat kerana nanti kuih akan pahit. Hanya campurkan secubit kapur dengan 1 sudu teh air. Happy Cooking. Kalau koswee masih tak menjadi, please write in for a complete recipe....


SOALAN
Assalamualaikum,

Anak-anak saya amat makan kuih pau. Boleh tak saya dapatkan cara-cara untuk mendapatkan kuih pau yang lembut dan gebu. Lagi satu ma

salah saya ialah saya teringin untuk membuat kek yang menggunakan bahan seperti rempah kek, dan Quick 75 tetapi saya tidak tahu rupa dan bentuk bahan-bahan tersebut. Diharap puan dapat memberi sedikit maklumat tentang bahan-bahan tersebut. Harapan saya agar puan dapat menyelesaikan masalah saya.

Sekian, ribuan terima kasih.

Lynn
No.1202,Jln SJ 9/3

Taman S'ban Jaya
70450 Seremban


JAWAPAN
Waalaikumussalam, Norzieka.

Rempah kek (mixed spices) ada dijual di dalam botol kecil di pasaraya yg besar. Ada juga rempah kek lapis (khas untuk membuat kek lapis) & rempah lima    (five-spice powder) yg banyak digunakan di dalam masakan Cina. Jika sukar untuk diperolehi, anda boleh campurkan 1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis dan 1/4 sudu teh serbuk pala (bagi 1/2 sudu teh rempah kek). Walaupun tidak serupa rempah kek yg 'original', baunya boleh dikatakan 'memadai'. Jika suka, boleh tambah secubit serbuk bunga cengkih dan serbuk halia (agak sukar didapati, sebenarnya).

Quick 75 juga dikenali sebagai ovalette berwarna kuning cerah atau lutsinar (tidak mempunyai warna). Ia kental seperti dodol yg masih panas namun boleh menggunakan sudu untuk menyukatnya. Ia memberi kelembutan pada kek span. Ia boleh didapati di dalam bekas plastik kecil.

PAU

10 g yis segera (1 paket kecil 'Mauripan')
500 g tepung Hong Kong/tepung pau/tepung rendah protin
4 camt serbuk penaik double-action
1/2 camt garam
250 ml air suam kuku} bahan A
4 camb gula halus  }
2 camb minyak jagung

Ayak tepung, serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan yis segera & garam. Buatkan lubang di tengahnyaĘ& tuangkan A serta minyak. Uli menjadi doh. Jika terlalu lembik, campur sedikit tepung. Jika terlalu keras, renjiskan air suam dan uli semula (kadar kelembapan tepung berbeza). Uli hingga doh lembut dan kenyal. Tutup & biar 1- 1 1/2 jam atau hingga naik dua kali ganda. Uli semula sebentar dan bahagikan sama saiz. Isikan inti dan tangkup kembali. Letak atas kertas kalis minyak yg digunting bulat. Biar 15-20 minit atau hingga kembang. Kukus selama 12-15 minit atau hingga masak. Pastikan tepung 'baru' & cara menguli yg betul (seperti membuat roti). 

From: norzieka [mailto:norzieka@tm.net.my]


Soalan
Thank u so much for your resipi & advise. Actually I don't quite have a problem in reading malay but only worry of any mistake when writing so i had to type in english .anyway ,U have been a great help to me. i also need your advise about making kuih raya.
i have tried eating kuih in some houses. & their kuih is soft but crispy. but i when i do using plain & corn flour my biscuit is crispy but slightly hard . what is the secret behind a perfect biscuit making. is ther any resipi for kuih makmur with a crispy peanut inti & also for kuih tart. & also for which biskut resipi can i use bread flour, hongkwee flour, or sago flour. thank u so much .

Jawapan
Sazali/Faridah,
Thanks for the support from orang Singapore. Really appreciate it and I will certainly help you whenever I can.

About kuih/biskut raya, ada orang menggunakan sejenis bahan yg dikenali sebagai 'emplex' untuk mendapatkan biskut yg crispy & soft. Cuba dapatkan buku biskut oleh Betty Saw 'Cookies Galore' keluaran Times Publishing atau Biskut-biskut Terpilih terbitan Pustaka Zaman/Preston (both available in Singapore as their books are distributed there & here). Pihak Alaf 21 juga bakal menerbitkan Buku Biskut yg baru, jadi, nantikan kemunculannya. Biskut yg berbeza mempunyai teknik atau cara membuatnya yg berbeza jadi saya tidak dapat menerangkan dengan terperinci satu-persatu. Ada juga tukang masak mencampurkan sedikit serbuk badam untuk mendapatkan biskut yg lebih rangup dan enak.

Jika hendak inti Kuih Makmur yg crispy/rangup, pastikan kacang tanah yg digoreng betul-betul masak. Jika suka, campurkan dengan gajus bakar. Gunakan kacang tanah yg fresh & jangan biarkan ia masuk angin selepas digoreng & dikisar (simpan di dalam bekas kedap udara tetapi pastikan kacang benar-benar sejuk sebelum ditutup rapat). Sangat jarang biskut menggunakan tepung roti atau hongkwee tetapi Kuih Bangkit Sagu menggunakan tepung sagu. Kuih Bangkit memerlukan acuan seperti membuat Putu Kacang/Pulut (tekan doh dalam acuan dan terbalikkan sebelum diketuk kuat untuk mengeluarkan biskut itu). 

tat nenas
150 g. mentega
100 g. marjerin
60 g. gula ising
2 biji kuning telur

1 camt esen vanila
50 g. tepung jagung  } diayak

350 g. tepung gandum }

bahan jem nenas: Jerang 450 g nenas yg diparut halus dengan 200 g gula kaster, 3 kuntum bunga cengkih dan 3 cm kulit kayu manis. Bila mendidih, perlahankan api dan biar merenih (simmer) sambil dikacau selalu hingga hampir kering dan pekat (masih lembab sedikit). Biar sejuk sebelum digunakan.

Pukul lima bahan pertama hingga sebati (jangan terlalu lama). Masukkan bahan ayak dan uli perlahan menjadi doh. Canai doh antara 2 keping plastik. Terap dengan acuan tat. Atur atas tin yg dilengser sedikit marjerin. Bakar pada 180 C selama 20-25 mins atau hingga masak.

KUIH MAKMUR

Bahan-bahannya
Kacang goreng (& badam/gajus bakar) 150 g
Gula pasir  40 g
Tepung gandum 500 g  
Minyak sapi  200 g

Marjerin  60 g
Putih telur 4 biji
Gula aising 150-200 g

Cara membuatnya Kisar kacang hingga halus. Gaulkan dengan gula pasir, ketepikan.

Pukul minyak sapi, marjerin dan telur. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung gandum (mungkin tak perlu habiskan semua tepung).

Uli menjadi doh yang lembut. Letak doh di dalam bekas kedap udara dan ambil sedikit saja pada satu masa. Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan di atas daun pisang.

Masukkan 1 camca teh inti kacang di atasnya dan bentukkan bujur. Atur atas tin berlengser majerin. Bakar pada 190 C selama 20-25 minit.

Bila sejuk, salut dengan gula aising.  



Soalan
Assalamualaikum

Di sini saya ingin bertanya beberapa soalan; 1. Bagaimana ingin membuat kek buah / kek kukus yang mana buahnya tersusun cantik dan tidak mendap ke bawah. Telah banyak cara saya lakukan seperti mengeraskan adunan tepung dan memotong kecil buah tetapi buahnya tetap turun ke bawah. Adakah cara lain yang boleh dilakukan bagi mendapatkan kek yang cantik.

2. Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat karipap pusing/pusar dan bagaimanakah caranya untuk mendapatkan lapisan yang banyak/cantik dan garing (tidak liat)?

Sekian, terima kasih
Harisah Abdullah
79, Jalan Rozario, Brickfields,
50470 Kuala Lumpur

Jawapan
Waalaikumusalam.

Sila rujuk di dalam buku Belajar Memasak terbitan Alaf 21. Ada resepi Kek Buah & Karipaf Putar/Pusing. Agar buah di dalam kek tidak mendap, gaulkan buah dengan sedikit tepung gandum agar bersalut sedikit baru dicampur pada adunan kek. Pastikan cara mencanai (langkah akhir) untuk karipaf itu betul agar lapisannya ketara. Terbalikkan dan isi inti karipaf. Minyak jangan terlalu panas kelak kulit karipaf akan menggerutu. Selamat mencuba!


Soalan
A
saalamualaikum saya ingin tahu cara cara membuat roti yang senang dan sedap.

Jawapan
Waalaikumusalam, Sdr Ibrahim.

Membuat roti adalah satu seni. Setiap jurusan seni memerlukan penghayatan yg agak mendalam agar apa yg dihasilkan itu memuaskan. Setiap bahan yg digunakan mesti disukat dengan betul. Yg penting, gunakan tepung berprotin tinggi atau tepung roti. Jika anda membeli sekotak tepung roti (keluaran Blue Key), ada disertakan beberapa resepi untuk dicuba. Pastikan tepung roti di dalam kotak itu baru dan belum luput tarikh. K

adangkala roti tidak menjadi elok kerana tekniknya tidak betul. Yis mesti yg baru dan terbaik manakala jumlah pelembut roti yg digunakan juga mesti tepat.ĘKaedah yg betul semasa membancuh, menguli dan seterusnya hendaklah diteliti. Rajin-rajinlah mencuba hingga mendapat hasil yg memuaskan kerana sebenarnya, membuat roti tidaklah sesukar mana. Sila rujuk buku Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan (Berita Publishing, RM49.90) atau Membuat Roti (tak pasti tajuk sebenar) oleh Chef Don (Times Publishing, RM39.90). Boleh didapati di kedai buku yg besar seperti MPH (Midvalley Megamall) atau Times (KLCC).


SOALAN

Asalammualaikum
Saya pernah memasak nasi tomato menggunakan rice cooker tetapi nasi saya tidak tanak, malah suis rice cooker telah ternaik sewaktu sedang mendidih. Apakah kita tidak boleh memasak nasi yang menggunakan susu mdengan rice cooker? jika boleh apakah caranyer agar nasi kita masak dengan sempurna.

Seperkara lagi, boleh kah saya dapatkan cara memasak nasi jagung? Ini kerana saya berhajat untuk memasaknya ketika Aidil Adha nanti.

Sekian, segala jasa baik memberikan penjelasan amatlah saya hargai.

Wassalam

Zetty Amira
1535 Jalan Senai Utama 1/5
Taman Senai Utama, Senai
Johor.


JAWAPAN
Zetty Amira,

Jika suis periuk letrik ternaik sewaktu mendidih, puan hendaklah mengacau semula (sebaik-baiknya dengan senduk kayu) kemudian tekan agar ia memasak (cook). Salah satu faktor kenapa ini terjadi adalah kerana jumlah susu yg digunakan itu terlalu banyak. Cuba kurangkan sedikit dan tambah stok ayam atau air sebagai ganti. Di sini ada resepi Nasi Jagung harap berpuas hati.

NASI JAGUNG

Bahan-bahannya:
50 g mentega
3 camb minyak
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

1Ú2 labu bawang besar
500 g beras Basmathi
780 ml air
70 ml susu cair

2 helai daun pandan, disimpulkan
3 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 cm kulit kayu manis
5 camb pati rebusan ayam (chicken stock pekat)
120 g jagung dinginbeku (frozen corns)
garam secukupnya

Cara membuatnya:

1. Kisar semua jenis bawang. Panaskan mentega dan minyak.
2. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan beras, kacau 2 minit di atas api perlahan.
3. Bubuh air, susu cair, daun pandan, bunga lawang, kulit kayu manis, pati rebusan ayam dan garam.
4. Kacau sekali-sekala hingga mendidih. Bila airnya kering, perlahankan api. Buat 'lubang' di bahagian tengah dan masukkan jagung.
5. Tutup periuk dan biar selama 5 minit. Gaul rata kemudian tutup periuk semula. Biar nasi masak sempurna sebelum dihidangkan.


SOALAN
Assalamu alaikum.

i need your advise. i always do butter cake. but after the cake is cool, the top of the cake tends to be sticky. why is that so.?? i always use 5eggs, 1 (milk tin) of sugar & flour, 250g butter. i always beat butter & sugar. then add eggs one at a time & fold in the flour. pls advise. another thing is that i always try epok epok at shops the epok2 is crispy & tastier especially the folded ends. i use margerine/ghee. to have a perfect epok2 how should i do. & ialso need the resipi inti using kledek a bit pedas will do. i really need these resipes . i hope u would help me.

(pls forgive me i m not good in written malay. so i had to write in english.)

JAWAPAN
Assalamualaikum,

Faridah, The top of a cake becomes sticky because too much sugar was used. If liquid is used (as in Carrot or Orange Cakes) the top of the cake may also become sticky. I suggest you purchase a small kitchen scale and try the Butter Cake recipe that I have here. If you do not understand the written Malay language, do inform me as I will translate it for you.

KEK MENTEGA

Bahan-bahannya:

250 g mentega/butter
100 g gula kaster/castor sugar
2 biji kuning telur/yolks
3 biji telur/whole eggs
1 camt vanila
150 g tepung naik sendiri, diayak/self-raising flour(sifted)
2 biji putih telur/egg whites
25 g gula kaster  

Cara membuatnya:  

1. Pukul mentega dan 100 g gula hingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur diikuti oleh telur, putar sebati.
3. Campurkan vanila dan kacau.
4. Bubuh tepung ke dalam adunan dan gaul rata-rata. Ketepikan.
5. Putar putih telur dan 25 g gula hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan kek perlahan-lahan.
6. Masukkan ke dalam tin 20 cm yg dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan sedikit mentega.

7. Bakar pada suhu 180 C selama 1 jam atau hingga masak.

Tip:

1. Pastikan mentega tidak terlalu keras atau terlalu lembik.

2. Ratakan sekeliling adunan kek (sebelum dibakar) dan pastikan bahagian tengahnya 'berlubang' supaya ia rata bila masak nanti.

EPOK-EPOK/KARIPAF
Bahan Inti:

2 camb minyak
1 labu bawang besar - dicincang

200 g daging - dikisar
1 tangkai daun kari
3 camb rempah kari daging
1-2 camt serbuk cili (lebihkan jika suka pedas)
150-200 ml air
300 g keledek/kentang - dikupas, didadu
6 tangkai daun sup - dihiris halus

gula & garam secukupnya
Bahan Kulit:
500 g tepung gandum
1/4 camt garam
130 g marjerin
40 g lemak sayuran
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1.  Untuk inti: Tumis bawang besar dalam minyak panas hingga wangi.
2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warnanya.
3. Bubuh daun kari, rempah kari, air dan keledek. Anggaran air adalah sama paras dengan daging dan keledek tadi.
4. Kacau di atas api sederhana hingga agak kering. Masukkan daun sup, gula dan garam. Bila cukup kering, angkat dan biar sejuk.
5. Untuk kulit: Ayak tepung gandum dan garam. Gaul dengan marjerin dan lemak sayuran.
6. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh. Canai setebal 4 mm dan terap dengan acuan bulat 7 cm. Letakkan inti keledek dan kelimkan tepinya.

7.  Goreng dalam minyak panas hingga keperangan.

"sazali/faridah"



SOALAN:
Salam Sejahtera,
Saya telah memesan buku masakan "Belajar Memasak" dan kandungan buku tersebut sungguh menarik. Saya baharu saja mencuba resipi kuih 'Seri Muka'. Sukatan resipi itu saya ikuti 100 % tetapi apa yang mengecewakan saya ialah lapisan kuih atas tidak melekat pada nasi. Dan lapisan atas itu agak keras dan liat.Bila di potong, nasi dan lapisan atas berjatuhan. Sudah 2 kali saya mencubanya tetapi masih tidak berhasil dan memuaskan hati saya. Sebab bila saya ke pasar dan sengaja membeli kuih seri muka, ia cantik dan padat. Soalan saya, bagaimanakah cara untuk mendapatkan adunan yang baik bagi lapisan atas tersebut dan bagaimanakah cara supaya lapisan atas itu boleh melekat pada nasi. Tolong emailkan kepada saya. Terima kasih!

Daripada:
Winie Hormon
P.O. Box A-277
89357 Inanam
Sabah

JAWAPAN:
KUIH SERI MUKA

BAHAN LAPISAN BAWAH
420 g. beras pulut (direndam semalaman)
air secukupnya
375 ml. santan (dari ˝ biji kelapa)
˝ camt. garam

BAHAN LAPISAN ATAS
2 biji kuning telur
100 g. gula pasir
15 helai daun pandan } dikisar &
200 ml. air } ditapis
90 g. tepung gandum
1 camB. tepung jagung
300 ml. santan (dari 1 biji kelapa)
Ľ camt. garam

*Bancuhan tepung jagung: Campur 1 camb tepung jagung dengan 3 camb air hingga larut.

1 Rendam pulut semalaman dengan air.
2 Tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang 22 cm.
3 Campurkan santan dengan garam. Tuangkan ke atas pulut.
4 Kukus hingga masak. Gaul pulut dengan *bancuhan tepung jagung kemudian tekan permukaan pulut dengan daun pisang supaya padat.
5 Untuk membuat lapisan atas. Pukul kuning telur dan gula sampai hancur.
6 Masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan dan garam. Gaul sebati.
7 Tapiskan ke atas pulut kemudian kukus semula selama 20-25 minit atau hingga masak. Bila sejuk baru dipotong ikut suka.

Gunakan bancuhan tepung jagung sebagai 'pelekat' antara lapisan nasi dengan lapisan atas. Pastikan kuih tidak dikukus terlalu lama dengan api terlalu kuat kerana santan mungkin 'naik minyak' hingga menyebabkan ia 'berpisah' dengan lapisan bawah itu.



SOALAN:

Saya Farah drpd pahang. Di sini saya ingin bertanya kepada puan
mengenai masalah yang saya hadapi. Saya telah membuat kek coklat fudge yang saya ambil resepinya dari buku hidangan kek keluaran alaf 21. Tetapi kek yang saya buat tidak menjadi, ia kelihatan basah dan berair. Disini saya ingi bertanya samaada resepi itu ada ralat ataupun saya ada membuat kesilapan.

Semasa saya membeli buku ini terdapat kertas mengenai ralat resepi dalam buku ini tetapi kertas itu telah hilang. Saya resepi ini juga menggunakan 750 ml susu segar, adakah ini betul? Saya harap puan dapat melihat resepi kek di dalam buku itu dan dapat memberi saya jawapannya. Tolonglah saya kerana saya amat kecewa melihat hasilnya. Saya harap mendapat jawapan secepat mungkin kerana saya ingin membuatnya sebagai hidangan hari raya. Terima kasih.

farah aziz57
km 6,jln. kl
28700 bentong
pahang d.m.

JAWAPAN:
Cuba gunakan resepi ini: masak 300 g coklat masakan di atas 'double boiler' hingga cair. biar suam kemudian baru tuangkan sedikit demi sedikit susu cair dan kacau dengan kuat hingga adunan sebati.

Tuangkan ke atas kek yg sudah sejuk dan ratakan dengan pisau palette. jika krim agak cair (resepi yg berbeza), simpan di dalam peti sejuk seketika dan kacau setiap 5 minit hingga krim tersebut boleh disapu pada kek. resepi ini didapati dari buku 'belajar memasak' keluardan Alaf 21. selamat mencuba!
 



SOALAN:

Assalamualaikum.......

Sebelum ini saya ada menghantar email mengenai bagaimana caranya untuk membuat biskut supaya ianya tidak menjadi keras selepas dibakar. Biskut yang saya maksudkan ini ialah almond london dari buku Resipi Biskut Moden keluaran alaf 21. Apabila saya mengikut 100% resipi dari buku ini, adunan menjadi terlalu lembik seperti adunan kek. Tapi bila saya menambah sedikit tepung, ianya menjadi keras selepas dibakar. Boleh Puan memberitahu saya cara mengatasi masalah saya ini. Sekian terima kasih. 

Norita Amat @ Muhammad

JAWAPAN:
Waalaikumussalam, Norita. 

Saya cadangkan anda menambah tepung jagung dan bukan tepung gandum/serbaguna. Namun jika tepung yg perlu ditambah adalah lebih dari 1 cawan, gunakan 1/2 bahagian tepung jagung dan 1/2 bahagian tepung gandum. InsyaAllah, biskut anda akan rangup.

Perlu diingat semasa memukul mentega dan gula (proses pertama) janganlah terlalu lama kerana mentega akan terlebih 'cair' mengakibatkan adunan itu lembik. Jika telur yg digunakan itu besar, adunan pun mungkin terlembik sedikit.

Pukul hingga sebati saja dan tidak perlulah hingga gula hancur sepenuhnya. Proses ini perlu diikuti untuk kebanyakan jenis biskut kecuali Biskut Coklat Cip (memukul gula perang dan mentega). Semoga berjaya! 


s
SOALAN:

ASSALAMMUALAIKUM...

Saya amat meminati ruangan masakan ini, dan disini saya ingin mengutarakan beberapa soalan...

1. Bagaimana kah caranya untuk membuat kek (sebarang jenis kek) supaya ianya kelihatan lebih menarik ???

2. saya suka membeli majalah yang merupakan majalah masakan... Tapi saya amat kecewa, apabila saya mengikuti cara dan bahan yang disediakan.. dengan kata lain bahan yang diajar dalam buku resepi tersebut.. tidak menjadi... ????? soalan saya.. apakah resepi tersebut... tidak betul atau adakah salah satu dari bahan tersebut tidak dinyatakan?????

Terima kasih.

Bantulah saya
Afizah
Lot 48 Jalan 3/141 Kg Malaysia Tambahan
57100 Kuala Lumpur.

JAWAPAN:
Soalannya adalah untuk membuat kek yg menarik. Saya kira 'menarik' di sini bermaksud 'cantik dipandang' atau 'sedap dimakan'? Jika hendak membuat kek yg cantik dipandang, hiaslah dengan aising. Ada pelbagai jenis aising seperti Aising Mentega, Royal Aising, Aising Krim Putar dll. Ada juga yg mudah seperti Glaze Icing di mana gula aising dan sedikit air panas dicampur hingga kepekatannya sesuai untuk diratakan pada kek. 

Hiaslah dengan manek berwarna-warni, coklat rice, parutan coklat dll. Jika hendak membuat kek yang sempurna, ikuti peraturan membuatnya dengan betul dan jangan berputus asa untuk mencuba.

Ada pelbagai sebab kenapa resepi kek tidak menjadi. Mungkin ada kesilapan semasa menaip resepi itu atau kaedah sebenar tidak diceritakan secara terperinci. Umpamanya, tidak semua resepi untuk Kek Sifon mencatatkan bahawa putih telur hendaklah dikaupbalikkan ke dalam adunan dan bukan di kacau begitu saja. Teknik adalah sesuatu yg perlu untuk mendapatkan hasil memuaskan setiap kali membuat kek. 

Jangan malas bertanya dan membaca buku-buku yg ada kaitan dengan cara membuat kek. Suhu ketuhar juga memainkan peranan sebab ketuhar berbeza mungkin mencatatkan kepanasan yg berbeza. Maksudnya, ada orang membakar biskut pada suhu 170 C di ketuharnya manakala orang lain pada 185 di ketuharnya. Usia ketuhar juga harus diambil kira. Juga sekiranya ia mempunyai kipas/fan yang dibina sekaligus.
s



SOALAN:

Saya seperti nama di atas disini saya ingin meminta jasa baik pihak sj untuk memberi saya resepi masakan laksa cina, dengan ini saya rasa berbanga sekiranya pihak sj mengirimkannya.

Sekian terima kasih.
fida binti abdul karim

lot 1058 jalan denai 4,
kempas baru ,
81200 tampoi,
johor bahru,
johor darul takzim

JAWAPAN:
Saya harap inilah resepi yg diminta:  

MI LAKSA LEMAK NYONYA

Hidangan untuk 5-6 orang
500 g mi kuning (dicelur)
200 g udang (direbus & disimpan stoknya)
100 g kerang (direbus & dikupas)
2 keping tauhu goreng (dihiris kecil)
200 g bebola ikan
150 g tauge
1 pokok daun kesum
2 biji timun (dihiris)

BAHAN KUAH

200 ml santan pekat (dari 1 biji kelapa)
300 ml air
2 kiub stok ikan
10 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih }
3 batang serai }
4 cm lengkuas } dikisar
3 camB pes cili }
5 biji buah keras }
2 camB serbuk belacan
3 camB serbuk rempah kari ikan (dicampur 4 camB air jadi pes)
1 pokok daun kesum
1 pokok daun pudina (diambil daun & dicuci)

1 Campurkan santan dengan air, jerang di atas api perlahan hingga menggelegak.

2 Masukkan bahan kisar, kiub ikan, serbuk belacan dan pes rempah kari ke dalam sup. Biar mendidih 15 minit, bubuh daun kesum. Kemudian biar mereneh selama 30 minit lagi.

3 Campurkan pula bebola ikan, kerang rebus, udang dan tauhu. Masak selama 10 minit.

4 Isikan mi ke dalam mangkuk, sendukkan sup panas ke atas mi.

5 Akhir sekali, aturkan udang rebus, kerang, tauge, timun, bebola ikan serta tauhu di atas mi.

6 Hiaskan dengan daun pudina dan hidangkan segera.
K


SOALAN:
Assalamualaikum...

Saya ingin menghidangkan nasi beriyani kepada suami dan anak-anak saya sempena hari raya ini. Bolehkah anda membantu saya menyediakannya dengan cara yang mudah dan senang serta sedap dan lazat?

Saya juga bermasalah dalam menyediakan nasi minyak. Setiap kali saya menyediakannya, ia tidak pernah menjadi. Begitu juga dengan lauknya... tak sedap.

Bantulah saya.
Zurilawati Salleh
44 Taman Anjaria
23000 Dungun Terengganu

JAWAPAN:

NASI MINYAK

1 kg. beras Basmathi (dibasuh & disejat)
250 g minyak sapi
2 helai daun pandan (disimpul)
1.55 l air
150 ml susu cair
garam secukupnya
80 g. gajus }
50 g. bawang goreng } bahan hiasan
100 g pis hijau }

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 buah pelaga

Bahan dikisar:

8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
2.5 cm halia

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan penumis dan bahan
    kisar. Kacau hingga terbit bau.
2. Masukkan beras, gaul 2-3 minit.
3. Bubuh pula daun pandan, air, garam dan susu. Kacau
    sekali-sekala hingga menggelegak.
4. Bila airnya kering, perlahan api dan tutup periuk. Biar ia masak. 5. Taburkan bahan hiasan semasa menghidangnya.

AYAM MASAK MERAH

1 ekor ayam (1.5 kg, dipotong 8)
Garam, serbuk lada hitam secukupnya
1 camb rempah kari }  bahan perap  
1 camt serbuk kunyit }
340 g tomato sos
2 labu bawang besar (dibelah 2 & dihiris)
Minyak untuk menggoreng terendam
Garam, gula secukupnya

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

Bahan dikisar:

6 biji cili merah
4 biji cili hijau
20 biji bawang merah
10 ulas bawang putih
4 cm halia muda
2 camt ketumbar }
1 camt jintan putih } disangai
cam t jintan manis }

1. Perap ayam, garam, lada hitam dan bahan perap selama 30 minit. 2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan.
3. Keluarkan kecuali 3 camb minyak, bubuh bawang besar dan
    bahan penumis, kacau 1-2 minit.
4. Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
5. Bubuh pula sos tomato. Setelah sebati, masukkan ayam. Tutup
    sebentar agar ayam masak. Bila kuah elok pekatnya, angkat dan
    hidangkan.

DAGING KURMA

600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3 camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }

Bahan Penumis:

5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Bahan Kisar:

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras

1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh
    pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak
    dan daging separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut. 
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

NASI BERIANI HUJAN PANAS

1 kg. beras Basmathi (dibasuh & dituskan)
100 g. minyak sapi
4 cm kulit kayu manis }
4 biji buah pelaga } bahan menumis
3 kuntum bunga lawang }
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 labu bawang besar }
4 ulas bawang merah } bahan dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
50 g. rempah beriani
1.2 l. air
300 ml. susu cair
2 kiub stok daging (jika suka)
garam secukupnya
10 tangkai daun pudina
3-4 camB. air mawar
pewarna merah, oren & kuning
60 g. kismis } bahan
80 g. gajus bakar } hiasan

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan menumis, daun pandan
   dan bahan kisar. Kacau sampai wangi.

2. Masukkan rempah, gaul 2-3 minit.
3. Kemudian bubuh beras, kacau 3 minit lagi.
4. Masukkan pula air, susu, stok dan garam. Kacau sekali-sekala
    hingga hampir kering, bubuh pula daun ketumbar.

5.
Tutup dan biar masak selama 10-15 minit.
6. Titiskan air mawar dan pewarna, tutup periuk semula.
7. Gaulkan kismis dan gajus sebelum dihidangkan.  


SOALAN:
Assalamualaikum,

saya ada beberapa kemusykilan tentang masakan.

1. Saya ingin mencuba beberapa resepi stik yang terkandung dalam buku masakan barat terbitan alaf. tapi dimana saya ingin mendapatkan daging stik tersebut. daging seperti itu tidak terdapat di mana-mana pasaraya yang berhampiran dengan rumah saya. ada alternatif lain tak?

2. apa itu "mustard"? apa kegunaanya?

sekian. terima kasih atas kesudian menjawab soalan saya.
noraini abdul hamid

JAWAPAN:
1. Daging stik boleh digantikan dengan daging batang pinang dan dihiris tebal seperti stik. Perap mengikut resepi dan bakarlah (jangan terlalu lama nanti menjadi keras) hingga masak. Jika diperap pada suhu bilik, jangan melebihi 4 jam kerana dikhuatiri ia akan berbau. Semasa memasak stik, jangan cucuk ia dengan hujung pisau atau garfu kerana jus daging yang keluar akan membuat stik tersebut kering.

2. Mustard atau pes biji sawi berasa masam. Ia digunakan semasa membuat sos salad atau vinaigrette. Mustard berwarna kuning dan mesti disimpan di dalam peti sejuk sebaik saja ia dibuka. Jika tidak ada mustard, boleh digantikan dengan sedikit air asam jawa (namun ini juga bergantung kepada resepi apa yg hendak dimasak).


SOALAN:
Assalamualaikum...

Anak-anak saya suka makan kek, selalunya saya buatkan kek coklat yang menggunakan sukatan cawan sahaja. Tapi sekarang diaorang dah jemu sebab asyik kek itu aje. Jadi saya nak belajar pula buat kek sarang semut. Boleh tolong ajar saya menggunakan sukatan cawan. Dan kalau nak buat topping dengan cara yang mudah bagaimana pula? Terima kasih

Norzaiton Shamsudin
B1-T8-U6
Precint 16
Putrajaya

JAWAPAN:
Minta maaf kerana tiada resepi sukatan cawan di dalam simpanan saya. Saya cadangkan, puan dapatkan penimbang gram. Lagipun, agak sukar untuk mengubah dari gram ke cawan kerana ia akan merupakan anggaran saja. Cawan yg puan gunakan juga harus cawan metrik (boleh menampung 250 ml cecair). Oleh kerana kebanyakan resepi menggunakan gram, mempunyai penimbang adalah satu aset yg berfaedah.

Di sini ada resepi Kek Sarang Semut dan 2 resepi coklat topping:

KEK SARANG SEMUT

Bahan gula Hangus:

300 g gula
100 ml air

Bahan Lain:

300 g susu pekat
250 g tepung gandum
250 g mentega
6 biji telur
5 gm soda bikarbonat

Cara membuatnya:

1. Untuk gula hangus: Masak gula di dalam kuali non-stick hingga bertukar warna keemasan. Tuangkan air dan kacau hingga larut. Ketepikan dari api.
2. Pukul mentega dan telur hingga kembang.
3. Masukkan gula hangus tadi, susu pekat, soda dan tepung.
4. Kacau hingga sebati kemudian tuangkan ke dalam acuan bulat 25 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser dengan sedikit mentega.
5. Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau hingga masak.

Coklat Topping(1)

300 g coklat masakan, dicincang halus
150 ml susu cair

1. Masak coklat masakan di dalam mangkuk yg diletakkan di atas periuk air mendidih.
2. Kacau hingga cair kemudian angkat dan biar suam.
3. Tuangkan susu sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan sos coklat di atas kek yg sudah sejuk.

Coklat Ganache(2)

175 g coklat masakan, dicincang halus
75 ml krim putar (whipping cream/double cream)
1 camb mentega tanpa garam (unsalted butter)

1. Letak coklat, krim dan mentega di dalam periuk non-stick.
2. Kacau di atas api perlahan hingga hampir mendidih.
3. tuangkan coklat ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan
    tidak bergentel.
4. Bila suam, sejukkan di dalam peti ais. Jangan dikacau dan biar ia
    betul-betul pekat dan boleh disapu atau dipaipkan ke atas kek.
    Jika ingin ganache lebih ringan, pukul sebentar dengan pemukul
    letrik selama 3-5 minit.      


SOALAN:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada alaf kerana menyediakan ruangan seperti ini.

Biarlah saya kenalkan diri saya sebagai ROS, sudahpun berumahtangga. Tetapi dalam hal masak-memasak ni memang tak begitu pandai, sekadar untuk makan berkeluarga sajalah tetapi tidak banyak resepi yang saya tahu, hinggakan saya naik bosan dan malu kepada suami saya yang asyik makan resepi yang sama tiap-tiap minggu.

Saya ingin bertanya kepada pakar masakan bagaimana untuk menyediakan masakan KELADI dan NASI AYAM bersama sosnya. Lagi satu boleh bagi cara untuk membuat KUIH KASUWI, sebab sudah beberapa saya buat tapi tidak begitu menjadi, kadang-kadang liat dan keras.

Sekian, terima kasih.
Rusnah Mohd Shariff

JAWAPAN:
Saya sebenarnya tidak pasti masakan keladi bagaimanakah yang diperlukan oleh pembaca ini. Kalau boleh, tuliskan nama resepi menggunakan keladi yg beliau hendak tahu.

KELADI MASAK ASAM

200 g. ubi keladi (dikupas & dikiub)
400 g. batang keladi (dikupas & dihiris 2.5 cm)
600-700 ml. air
1 cam B. asam jawa } diperah
100 ml. air } & ditapis
3 cam B. kicap ikan
gula & garam secukupnya

BAHAN KISAR
40 g. udang kering  } direndam

15-20 tangkai cili kering  } lembut
1.5 cm kunyit
2 ulas bawang putih
1 cm kiub belacan

1. Jerang bahan kisar, air dan ubi keladi hingga separuh empuk.
2. Masukkan batang keladi, renihkan 10-15 minit atau hingga lembut.

3. Bubuh air asam jawa dan kicap ikan, biar menggelegak.
4. Tambah gula dan garam kemudian renihkan lagi selama 5 minit.

KUIH KASUWI atau KOSUI

500 ml air
80 g gula melaka
80 g gula merah
80 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpulkan
120 g tepung beras
60 g tepung ubi
60 g tepung Hoen Kwee
250 ml air
2 cam t air kapur (tidak pekat)
200 g kelapa parut (putih)
sedikit garam

1. Jerang 500 ml air, semua jenis gula dan daun pandan sampai gula
    larut.
2. Angkat air gula, biar sejuk kemudian ketepikan daun pandan.
3. Gaul air gula bersama tepung beras, tepung ubi dan tepung Hoen
    kwee, air dan air kapur sampai tidak bergentel Lenserkan acuan
    kecil dengan minyak. 
4. Tuangkan bancuhan ke paras 4/5. Kukus hingga masak dan
    berlubang di tengahnya. 
5. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan dengan
    kelapa parut yang dicampur garam.

NASI AYAM HAILAM

1 ekor ayam
2 cam halia, dititik
2 cam t garam
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya (untuk mendidih dan mencelur)
1 labu bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
440 g beras wangi, dibersih & dituskan
1 helai daun pandan
2 cam b minyak

Sos untuk ayam (dicampur)
1 cam t gula
1 cam t minyak bijan
2 cam b kicap cair
200 ml air rebusan ayam

Sos untuk hidangan (dicampur)
100 g halia, dicincang
50 g bawang putih, dicincang
50 g bawang merah, dicincang
200 g lada merah, dicincang
5 biji limau kasturi, diperah airnya
sedikit gula dan garam
sedikit sos tomato

Cara membuatnya

1. Jerang air hingga dapat menutupi ayam. Bubuh halia dan garam.
    Renehkan 10 minit.

2. Perlahankan api dan masukkan ayam. Masak selama 45 minit.
3. Angkat dan celupkan ayam ke dalam air sejuk selama 20 minit.
    Angkat dan tuskan. Saoukan minyak bijan ke seluruh ayam.
    Ketepikan. Jika suka, boleh dilumur sedikit kicap dan digoreng
    hingga keemasan (ayam nasi hailam tak perlu digoreng).

4. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga
    kuning. Masukkan beras dan kacau rata. Isikan ke dalam periuk
    letrik, tambah air rebusan dan daun pandan. Biar hingga nasi
    masak.

5. Potong ayam kepada beberapa ketulan. Tuangkan sos ke atas
    ayam. Hidangan bersama nasi dan sos.


SOALAN:
Asalamualaikum...
Saya faezah ingin bertanyakan resipi biskut
'shortbread cookies'...pernah dengar nama biskut nie..kalau ada tolong hantar pada saya... dah lama saya mencarinya...

JAWAPAN:
Biskut Shortbread

240 g mentega
100 g gula kastor
550 g tepung gandum } diayak
Secubit garam }
47 g tepung beras
Gula kastor, untuk menabur

1. Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang. 
2. Masukkan bahan ayak dan tepung beras.
3. Uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.
4. Alas tin pembakar dengan foil.
5. Padatkan di dalam tin tadi hingga setebal 1 cm. Cucuk 
    permukaan doh menggunakan garfu untuk mencorakkannya.
6. Buat garisan (potongan) dengan pisau tetapi jangan asingkan
    biskut itu.
7. Bakar pada suhu 150 C selama 35-40 minit. Biar sejuk selama 
    15 minit.
8. Tabur gula kastor dan potong pada garisan tadi dengan pisau
    tajam. Asingkan dan biar sejuk di atas redai sebelum disimpan 
    di dalam bekas kedap udara.


SOALAN:
Assalamualaikum.........

Baru-baru ini saya ada mencuba membuat kuih dgn mengikut buku resipi alaf. Tepung yg diperlukan hanya 300 g, tetapi adunan terlalu lembik seperti ingin membuat kek, lalu saya menambah tepung supaya senang di uli. Tetapi, kuih saya menjadi keras selepas dibakar. Jadi saya ingin mengetahui macamana kah caranya untuk mebuat adunan supaya boleh diuli tetapi tidak menjadi keras?

Norita Amat @ Muhammad" 

JAWAPAN:
Saya ingin tahu apakah resepinya. Jika resepi biskut dan tidak mahu ia keras bila ditambah tepung, bubuh sedikit mentega atau marjerin. Bolehkah nyatakan resepi apa dan dari buku mana supaya saya boleh menerangkan dengan terperinci bagaimana hendak mengelak dari kuih menjadi keras selepas dibakar.


SOALAN:
ASSALAMUALAIKUM...

Saya baru sahaja bergelar suri rumahtangga sepenuh masa lima bulan yang lepas. Jadi, banyak lagi masakan yang perlu saya belajar.

Satu kemuskilan saya, apabila saya memasak gulai lemak tak kiralah saya gunakan putik jagung ke, kubis ke atau kacang panjang mesti kureng menjadi. Pecah minyaklah, berkeladaklah macam-macam lagilah.

Boleh ajarkan saya teknik memasak yang betul kerana masakan itu adalah kegemaran suami saya.

Sekian Terima Kasih.

JAWAPAN:

Kepada Nor Azura.

Menyediakan gulai lemak putih atau lemak cili kering atau masak lemak cili padi bukanlah sukar. Di sini saya cadangkan cara memasaknya yang mudah.

Masak Lemak Kobis
Bahan-bahan:

300 gm kobis atau sayuran lain
1/2 biji kelapa- perah santannya
Sedikit ikan bilis atau udang kering
Sedikit udang basah jika suka
Sedikit suhun - direndam & dipotong
2 ulas bawang merah
1 batang serai- diketuk
1 biji cili merah- dihiris
Sedikit serbuk lada hitam atau lada sulah
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1. Tumbuk ikan bilis dan bawang merah hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama serai.
2. Tuangkan santan dan dikacau rata. Jerangkan dengan api perlahan.
3. Apabila mendidih, masukkan kobis, cili merah, udang basah, suhun dan garam.
4. Setelah kobis lembut, taburkan serbuk lada sulah, kacau rata dan tutupkan api.

# Perhatian:

Setiap kali memasak gulai yang menggunakan santan seperti ini, anda perlu sentiasa mengacau kuahnya supaya tidak pecah minyak. Api pula hendaklah kecil sahaja.

Ketika gulai masih panas jangan ditutup periuknya. kerana wap panas tidak dapat keluar.                                     

Selamat Mencuba!


SOALAN:
Assalamualaikum...

Saya Sa'difatimah bt. Abdullah ingin mengetahui bagaimana buat Yong Taufu.

1) Sos
2) Cili Sumbat dengan apa

Sekian, terima kasih.
Wasallam...

JAWAPAN:
Assalammualaikun Sa'adifatimah!

Bersama ini disertakan sos yong tau fo. Resipi ini dipetik dari buku Resipi Keluarga Ajinomoto.

Sos Yong Tau Foo

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil renjisan minyak bijan

Satukan semua bahan sos dalam periuk. Kacau hingga pekat. Sukatan sos ini ditambah mengikut kuantiti makanan yang diperlukan.

Inti Cili Sumbat

2 ekor ikan kembung atau tenggiri
Sedikit tepung sagu
Garam secukup rasa

Cara membuat:

1. Ikan dibersihkan dan direbus bersama garam hingga masak.
2. Buang tulang ikan dan kisar isinya hingga lembut.
3. Satukan isi ikan ini dengan tepung sagu. Bancuhkan dengan air rebusan tadi. Tapi adunan ini jangan sampai cair. Seeloknya boleh digentel.
4. Masukkan isi ikan ini ke dalam cili hijau. Simpan di daam peti sejuk.Apabila hendak dimakan, barulah dicelur dalam air mendidih.

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama