BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


 


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama


Rohanna Ramli
admin@residence.com.my


I would appreciate if you could forward me your recipe for the Kuih Gunting and Sugee Cake, I have been away from this country for many years and recently when I came down to Malaysia a friend of mine brought me some savoury which is called Kuih Gunting, Sugee cake and another savoury was spinach leaves deep fried a flour batter which turned ou to be very crispy and tasty. I would very much love to add this recipes to my collection to serve some of these savouries back home in United States. Please forward me as soon as possible.

KUIH GUNTING

500 g plain flour
1 cup dried prawns - soaked & finely chopped
1 egg
2 tsp cummin powder
2 Tbsp curry powder
1/2 cup crisp-fried shallots - finly pounded
3 stalks curry leaves - finely sliced
3 tsp sugar
salt to taste
sufficient water for dough
125 g margarine - melted
oil for deep-frying

Combine first 8 ingredients. Pour hot melted margarine and mix well. Add enough water to make a soft and pliable dough. Divide into several portions. Roll to a thickness of 2 cm. Cut into thin slices. You may use a pair of scissors dipped in flour to prevent dough from sticking. Or use a pasta machine to roll and cut. Heat oil and fry till crisp.

SUGEE CAKE

200 g caster sugar
250 g butter
4 eggs
2 tsp baking powder
200 g sugee
200 g ground almond
45 ml lemon or orange juice

Beat sugar, lemon juice and butter till light and fluffy. Beat in eggs one at a time. Combine baking powder, sugee and almond. Add to butter mixture, mix well. Level into a round greased and lined cake tin measuring 25 cm. Bake at 200 c for 40-45 mins.

CRISP SPINACH

large spinach leaves, cleaned & dried
80 g rice flour
20 g plain flour
20 g cornflour
salt to taste
pinch of turmeric powder
pinch of white pepper powder
1/4 tspcoriander powder
1/4 tsp fennel powder
200-220 ml water
oil for deep-frying

Combine all dry ingredients in a large bowl. Add water a little at a time till batter is smooth.

Heat oil. Deep spinach leaf one at a time and drop into hot oil. Do not overcrowd. When crisp and brown, remove and drain on kitchen paper.



Nor Hayati
Penang
vanieshalisa@yahoo.com

TAT GULUNG KEJU

300 g tepung gandum
80 g gula aising
250 g mentega
175 g krim keju
120 g jem strawberi
60 g coklat urai
30 g badam urai
30 g gula halus
25 g mentega, dicairkan

Gaul tepung, gula aising, mentega dan krim keju hingga menjadi adunan. Bahagikan 3, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk atau hingga adunan keras sedikit.

Canai satu bahagian, sapu dengan jem dan taburkan coklat urai. Gulung dan potong sebesar tat gulung nanas. Satukan badam dan gula. Sapukan mentega cair pada tat, taburkan badam dan gula. Bakar pada 185 C selama 25-30 min.


Mohamad Yusri
m_yusri@tmnet.com.my


RENDANG DENDENG

minyak utk menggoreng terendam
6 biji bawang merah }
2 labu bawang besar } dihiris nipis
4 ulas bawang putih }
15-20 tangkai cili kering, direndam & kisar
500 g daging batang pinang - hiris 1/2 cm
2 cm halia - ditumbuk + 2 camb air = air halia
1-2 camb kicap pekat
2 camb asam jawa + 500 ml air = air asam jawa
2 camb gula melaka
garam secukupnya

Goreng bahan hiris dalam minyak hingga garing. Angkat dan tumbuk atau kisar halus. Panaskan 3 camb minyak, tumis pes cili hingga terbit minyak. Masukkan daging, kacau 4-5 min. Bubuh air halia, kicap, air asam jawa, gula dan garam. Kacau hingga mendidih. Renihkan atas api perlahan hingga daging empuk. Masak hingga kuahnya pekat seperti rendang.

Tip: Boleh juga direbus daging, dihiris 1/2 cm dan ditumbuk nipis. Masukkan ke dalam kuahnya selepas ia mendidih dan kacau sekali-sekala hingga kuahnya pekat.



AIZAM ABDUL AZIZ @ DRAHAMAN
Sungai Buloh, Selangor
aizam@ptptn.gov.my


Pertamanya saya mengucapkan tahniah kerana mengadakan ruangan ini yang mana bagi saya banyak membantu dari segi masakan. Untuk pengetahuan puan, saya telah mencuba resepi kek sarang lebah yang puan berikan. Cuma saya hendak bertanya kepada puan sekiranya saya mengurangkan sukatan gula dan susu adakah kek saya tetap menjadi kerana saya kurang mengemari rasa manis.

Untuk kek jenis ini, sukar untuk dinyatakan kerana ia tidak mengikut 'formula' kek yg biasa iaitu mentega-gula-telur-tepung. Anda boleh cuba tetapi jangan kurangkan lebih. Contohnya, jika gula sebanyak 1 cawan, hanya kurangkan kepada 3/4 cawan, jangan hingga 1/2 cawan. Ini mungkin menyebabkan adunan terlebih cair dan kek tidak akan sempurna.

Lubang pada kek saya naik memanjang hanya separuh kek dan selebihnya berlubang-lubang atau bersarang sahaja. Apakah kelemahan saya yang perlu saya atasi bagi mendapat lubang kek dari atas ke bawah.

Lubang memanjang (seperti sarang) pada kek ini memang tidak hingga ke permukaannya tetapi hanya 4/5 bahagian (paling tinggi). Lapisan atas memang berlubang kecil kerana inilah bahagian yg telah "dinyahkan" dari lubang-lubang yg menegak panjang ke atas itu. Bagi mendapatkan lubang yg lebih sedikit, saya syorkan anda memukul adunan lebih lama sedikit supaya ia lebih gebu dan ringan.



ARIZAL YAHYA
Shah Alam, Selangor
arizal262@yahoo.com


BISKUT BUAH KANA

90 g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya

Pukul gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.

Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung. Ketukkan acuan dan atur biskut atas tin pembakar berlengser marjerin.

Bakar pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak. Biar suam atas redai kek sebelum disapu jem dan ditangkupkan 2 (pada bahagian bawahnya). Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.



bv sz
sz_bv@yahoo.com.sg


BINGKA SUJI

5 biji telur
180-200 g gula kastor
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa)
100 ml susu cair
6 helai daun pandan, dikisar dengan air untuk 100 ml jus
1/2 camt garam
600 ml air
140 g marjerin
50 g tepung gandum1 camt vanila

Cara membuatnya:
Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin. Pukul gula dan telur hingga sebati. Tuang ke dalam kuali, masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan air. Kacau rata di atas api sederhana hingga pekat. Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung dan vanila. Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang.

Bakar selama 1 jam pada 200 C atau hingga keemasan. Gril sebentar biar permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah, masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan).



LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama