BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


 


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama


Sharah Mohammad
gbtfjd@yahoo.com

REMPAH RATUS MASAKAN INDIA

Saya ingin tahu what is the basic indian spices that is a must have in the kitchen that are used in most of the indian dishes? Saya tak nak the trouble of having to go to supermarket often to get spices. I’m confused between the name of spices in English n Malay as in Malaysia the label will be in Malay. i hope to hear from u soon. Thank you. Good day.

cinnamon stick = kulit kayu manis
cardamom = buah pelaga
star anise = bunga lawang
cloves = bunga cengkih
cumin = jintan putih
fennel seeds = jintan manis
coriander = ketumbar
chilli powder = serbuk cili
turmeric powder = serbuk kunyit
masala salt = garam masala
white pepper = serbuk lada sulah/lada putih
black pepper = serbuk lada hitam
fenugreek = halba
mustard seeds = biji sawi
candlenuts = buah keras
nutmeg = buah pala


Nor Aida Abdullah
aida@hrdnet.com.my

Saya ingin belajar cara-cara membuat dadih seperti yang selalu didapati di pasar malam yang mempunyai perlabagai perasa seperti coklat, jagung, straw-beri dan sebagainya. 1 cup RM1. Anak-anak saya gemarkan dadih ini dan teringin menjadikan menu ini salah satu menu yang saya boleh masak.

Kunjungi http://www.hanieliza.fotopages.com


leo girl
leo_girl51@yahoo.com


MASALAH DOH

Saya telah mencuba resepi untuk membuat fondan kek yang pernah puan berikan... dan saya berjaya menjadikan ia doh. Masalahnya di sini kenapa apabila saya ingin melipat doh tersebut seperti kipas, ia pecah?

Doh terlalu keras kerana terlebih gula aising. Jika doh lembut dan anda canai nipis, bentuk kipas takkan pecah. Selalu masukkan doh ke dalam beg plastik supaya ia kekal lembut dan permukaannya tidak 'masuk angin' atau menjadi keras. Saya pernah membuat bentuk kipas dan seperti tirai/langsir, bentuknya kekal. Kadangkala gula aising yg dibeli tidak begitu bermutu. Ini juga menyukarkan untuk membentuk fondan.


Norzaidah Roslan
Kajang, Selangor
norzaidahr@tnb.com.my

ACUAN MUFFIN

Acuan khas (microwave)untuk muffin dan tart yang puan maksudkan tin yang berwarna hitam ke? yang tidak melekat? Mohon puan jelaskan secara teperinci sebab saya memang tidak tahu dan kurang mahir. Adakah di kedai bahan-bahan bakery boleh didapati acuan khas ini?

Bukan tin berwarna hitam. Semua jenis tin keluli/tahan lekat tak boleh digunakan. Anda boleh ke bahagian tin/loyang/acuan di pasaraya seperti Carrefour, Jaya Jusco atau Giant dan cari bekas-bekas/acuan seakan-akan plastik (warna kekuningan) yang bertulis FOR MICROWAVE USE pada bungkusannya. Perhatikan - BUKAN untuk memanaskan saja (bekas plastik bertutup yang jenis 'pakaibuang').

Tupperware juga ada mengeluarkan bekas untuk membakar dalam microwave. Mungkin di sesetengah kedai bahan bakeri yg besar-besar ada dijual, bergantung pada tuanpunya.

Acuan kertas untuk biskut atau muffin boleh digunakan dalam microwave tak?

Boleh. Pastikan jenis yg agak "keras" yg tak perlu diletakkan di dalam bekas lain (supaya bentuknya kekal). Contohnya, acuan kertas untuk cupcakes yg mempunyai lilitan kertas


ainul mastura hashim
ainulmasturahashim@yahoo.com.my

KEGUNAAN TEPUNG KASTARD

Tepung kastard mempunyai tekstur halus dan selalu digunakan di dalam masakan barat. Ia diperbuat daripada tepung jagung, garam, perasa dan pewarna annatto (kuning keemasan). Tepung jagung pula berasal dari kernel jagung.

Tepung kastard digunakan dengan banyaknya dalam resepi puding kerana ia mampu memekatkannya. Di samping itu, memberikan warna kuning keemasan yang cantik. Ia mesti dimasak hingga berkilat, menandakan rasa tepungnya sudah tiada.
Ia juga dimasak dengan sedikit gula dan susu cair atau susu segar di atas api perlahan hingga pekat dan boleh menjadi sos untuk dimakan dengan Apple Pie atau lain-lain.
Selain itu, menjadi bahan penting dalam pembuatan biskut kerana ia juga mampu merangupkan biskut tersebut.

Tepung kastard yang dimasak dengan sedikit susu dan gula juga menjadi inti di dalam Cream Puff atau Fruit Pies. Di dalam Fruit Pie, kastard yang telah dimasak itu diratakan di dalam kulit pai/pastri kemudian pelbagai buah-buahan disusun di atasnya.


LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama