BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


 


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama


ainul mastura hashim
ainulmasturahashim@yahoo.com.my

KEGUNAAN GULA PERANG

Brown sugar lebih sesuai digunakan dalam masakan dan brown diperbuat daripada bahan apa?
Brown sugar atau gula perang sesuai digunakan untuk biskut seperti Chocolate Chip Cookies kerana ia memberikan rasa "karamel" setelah dimasak. Untuk kek pula, gula perang memberikan warna keperangan (golden brown) dan sesuai untuk kek buah-buahan. Brown sugar diperbuat daripada tebu atau beet. Ia adalah gula putih belum dinyahwarna (dalam warna asli kerana gula putih/gula pasir/gula kaster telah "dibuang" warna aslinya melalui campuran bahan kimia). Ia juga mungkin gula putih yang dicampur dengan molasses.


Sara Abdullah
saracbn@yahoo.com

ROTI TAK NAIK, TAPI KERAS KEJUNG

Telah 4 kali saya cuba buat roti, hasilnya mengecewakan sungguh, roti saya tak naik dan keras kejung. Berapa lama patut uli adunan tu?
Uli hingga adunan menganjal atau terasa "bergetah" dan licin teksturnya. Jika teknik menguli betul dan menggunakan tepung berprotin tinggi, masa yg diambil kira-kira 9-10 minit. Teknik yg betul adalah menguli di atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan ditolak doh dgn tapak tangan sebelum "digulung" dan ditekan semula dgn tolakan tapak tangan. Sukar untuk memberitahu dengan jelas. Sebaik-baiknya ikuti kelas membuat roti sekali dan anda akan manfaatkan ilmu tersebut sepanjang hayat. Teknik sama untuk semua jenis roti. Jika mampu, dapatkan breadmaker atau mesin pengadun roti di mana anda boleh masukkan semua bahan, tekan punat dan 2 jam kemudian, roti sudah masak.

Berapa suhu dan tempoh untuk bakar?
Bergantung pada saiz dan jenis roti. Suhu 190 C hingga 210 C dalam masa 20-25 min. Jika bentuk roti besar, lebih lama daripada roti kecil atau bun.

Boleh tak saya gunakan api bawah sahaja untuk bakar roti?
Boleh.


mohd fadzli
Tg. Malim, Perak
jiraiya_simpang@yahoo.com

TEKNIK MEREBUS

Saya ingin mengetahui teknik-teknik merebus,
Teknik merebus:
(1) dalam air
(2) dalam stok atau air rebusan
Makanan apa yang boleh direbus?

Semua jenis makanan berbentuk pepejal (solid).
Antara contoh:
(1) daging, ayam
(2) telur (semua jenis)
(3) sayur-sayuran jenis daun (bayam, pucuk ubi)
(4) sayur-sayuran jenis buah (petola, labu air)
(5) ubi (kentang, keledek, keladi)
(6) kekacang (dal, kacang hijau)
(7) bijirin (barli)

Alatan yang perlu digunakan dan apa sahaja tentang merebus.. terima kasih...
Periuk atau kuali digunakan untuk merebus. Mesti ada penutup yang boleh menutup dengan kemas supaya wap air tidak keluar. Wap akan mempercepatkan makanan masak.

Merebus adalah proses menjerang cecair (air/stok) dengan bahan makanan sehingga lembut atau empuk. Tidak boleh masukkan garam ke dalam air untuk merebus daging kerana daging sukar empuk. Untuk memastikan sayur masih hijau selepas direbus, masukkan sedikit minyak ke dalam air rebusan. Angkat sayur, sejatkan dalam penapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air berais.


Rozni Harun
Nibung Besar, P. Pinang
rozni.harun@my.pwc.com

MENGENAI KARI IKAN

Saya nak bertanya tentang kari ikan. Adakah perbezaan untuk nak buat kari ikan untuk jenis ikan yang berlainan. Contohnya macam ikan pari, ikan jenahar, ikan keli. Kalau ada, boleh Puan tolong bagi petua. Untuk pengetahuan Puan, untuk ikan pari saya selalu tambah daun cenohom. Bukan apa, suami selalu merungut kerana kari saya selalu sama saja rasanya, tak kiralah ikan apa pun beliau beli. Pening juga ni.

Cadangan saya:
1. Masukkan bendi untuk kari ikan tenggiri, terung untuk kari ikan kembung, terung telunjuk (kecil) untuk kari ikan bawal, jeruk rebung untuk kari ikan merah (jenis besar)
2. Gunakan rempah kari ikan Baba atau Adabi atau Alagappa setiap hari yg berbeza kerana rempah tidak sama. Atau gunakan rempah kombinasi: 1 camb rempah Baba dgn 1 camb rempah Alagappa. Tambah sedikit pes cili atau cili kisar atau serbuk cili supaya kari lebih pedas dan berwarna merah.
3. Beli pes (basah) rempah kari ikan dari peruncit India di pasar basah di mana mereka akan mencampurkan pelbagai rempah bila anda meminta - katakan untuk berapa ekor ikan atau sekilo ikan dll.
4. Gantikan air asam jawa dengan asam gelugur. Atau jus limau nipis (masukkan pada saat akhir sebelum mengangkat kari dari api). Atau dadih perisa asli (juga saat akhir setelah ikan masak). Atau hirisan buah pauh/mempelam semasa memasukkan air/santan.
5. Gunakan daun kari atau daun limau purut campur sedikit kerisik supaya rasa kari berbeza. Mungkin kari keli dengan daun selasih. Atau kari jenahak dengan bunga kantan.
6. Gunakan susu cair bagi menggantikan santan atau buat kuahnya tanpa santan tapi campurkan 3-4 biji buah keras (kisar dgn bawang dll) supaya ia pekat. Susu hendaklah dimasukkan setelah ikan empuk dan kuah mendidih. Tak perlu guna banyak.


rosniza ibrahim
rosniza_70@yahoo.com.my

PERBEZAAN EMPLEX DAN SHORTENING

Apakah perbezaan emplex dengan shortening?
Emplex utk merangupkan adunan biskut di samping membuatnya tahan lama. Ia dalam bentuk serbuk berwarna putih. Shortening adalah lemak sayuran, seperti mentega tetapi berwarna keputih-putihan. Ia adalah untuk merangupkan biskut juga tetapi tidak boleh digunakan terlalu banyak kerana biskut akan menjadi terlalu rapuh dan mudah pecah. Dicampur ke dalam coklat masakan bila mencairkannya supaya mudah keras.

Adakah boleh menggunakan kedua-dua jenis untuk membuat kuih?
Boleh, bergantung pada resepi dan apakah kuih tersebut. Selalu kedua-duanya digunakan di dalam adunan biskut.


LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama