|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
lynda
waslie
lynda3ann@yahoo.com.my
PETUA
BAN TAHAN LAMA
Bagaimana buat bun yang lembut dan bun yang tahan
lama tidak buruk?
Untuk ban lembut, cara menguli adunan mesti betul. Gunakan
bread improver
supaya roti naik cepat, bread softener supaya ia gebu dan
lembut. Pastikan ia dibiar kembang sebanyak 2 kali dan ditutup
dgn plastik semasa mengembang supaya tidak 'berkulit' atau
masuk angin. Sebagai pengawet, masukkan 0.3 gram CSP60 atau
calcium proporiate ke dalam 1 kg (semua bahan ditimbang,
seperti tepung, lemak sayuran,
susu dll yg akan digunakan).
Choi
Leng Bürgi
choileng@gmx.ch
APAKAH
ITU PANG SA? APAKAH ITU GAN SUI?
Bolehkah
Puan jelaskan kedua-dua bahan ini tentang kegunaannya dan
nama sebenarnya?
Pang
Sa dan Gan Sui (dalam bahasa cina). Pang Sar sejenis bahan
pengawet yg dimasukkan ke dalam Kuih Lapis atau Yam Cake
supaya ia tidak melekit. Bahan ini dilarang penggunaannya
dan tidak boleh dibeli di Malaysia.
Gan Sui adalah alkaline water atau air alkali untuk membuat
pelbagai jenis kuih
nyonya. Cirinya seperti air kapur iaitu menjadikan adunan
kuih yg menggunakan tepung beras, kental.
Saadiah
Abd Manaf
sadiahm@tm.com.my
INGIN
BERNIAGA KEK & BISKUT
Saya
dalam peringkat permulaan untuk berniaga kecil kecilan biskut
dan kek, insya-ALLAH. Pada kebiasaanya, jika ada pesanan,
saya tidak mengguna-kan atau campuran bahan pengawet yang
mana kek tersebut tidak bertahan lama. Jadi pertanyaan saya:
Jika
saya mahu menggunakan bahan tersebut, apakah jenis atau
jenama yang bersesuaian ?
Untuk kek/biskut, PS2 atau Potassium Sorbate
Berapa
sukatan/gm yang sesuai di gunakan supaya tidak menjejaskan
rasa dan juga kesan kepada yang pelanggan?
Timbang semua bahan untuk kek itu, jika 1 kg, gunakan 0.3
gram saja PS2.
Jika
bahan tersebut tidak terdapat di kedai kedai jualan bahan
kuih ( jika ianya bahan kawalan), di mana saya boleh dapatkan?
Memang ada di mana-mana kedai barangan bakeri atau anda
boleh pesan pada mereka kerana mereka akan tahu pembekalnya.
Kalau
untuk jenis muffin, bagaimana pula sukatannya?
Sama seperti kek atau biskut.
sheila
samsudin
sheila_shl34@yahoo.com
DI
MANA NAK CARI TEPUNG SOYA?
Saya
ingin bertanya kepada Puan apakah Tepung Soya dan dimanakah
saya boleh mendapatkannya.Buat pengetahuan Puan saya kini
sedang mengamalkan "High Protein Diet.Selain dari Tepung
soya dapatkah Puan memberi cadangan bagi menggantikan Tepung
gandum biasa.
Bahagian 'Health Food' pasaraya besar seperti Jaya Jusco,
Giant atau Carrefour ada dijual tepung soya. Untuk cadangan
menggantikan tepung gandum, lebih baik tanyakan pada pakar
pemakanan. Setahu saya, tepung kacang hijau dan tepung kacang
dal juga tinggi protin.
Anita
Mat Saod
anita1ms@yahoo.com
CARA
PEMANASAN KEK & BISKUT
Saya
mempunyai oven jenis elba yang mempunyai pemanasan atas
dan bawah. Apakah pemanasan yang patut saya laraskan untuk
mendapat hasil biskut atau kek yang elok. Apakah betul biskut
paling sesuai memasang pemanas bawah sahaja. Apakah kek
dan biskut akan lebih elok sekiranya oven dipasang kipas?
Biskut mesti dibakar pemanas bawah saja, jika gunakan yg
atas, mesti gunakan kipas dan suhu 180 C turunkan jadi 160
C. Untuk kek, bila gunakan api atas dan bawah, elok pasang
kipas supaya mudah masak serata (tak perlu ubah dsbnya).
Suhu juga mesti diturunkan (rendahkan 20 C).
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
|