BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


K


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama

Resepi ini tidak diminta oleh sesiapa tetapi boleh dicuba bagi sesiapa yang teringin memakan Mee/Bihun/Kway Teow Bersup Tulang Lembu.

MEE/ BIHUN/ KWAY TEOW SUP TULANG
(hidangan 4 -5 org)

1.5 kg tulang lembu
2.5 liter air
3 camB. minyak
5 cm lengkuas (ditumbuk kasar)
2 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang (2 kelopak ditumbuk)
6 kuntum bunga cengkih
15 ulas bawang merah} dihiris & digoreng berasingan
5 ulas bawang putih } sampai perang
1 camt. serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya

BAHAN SAMPINGAN

4 keping mee telur (dicelur lembut)/mm/bihun/kway teow
500 g perut lembu (direbus & dihiris)
300 g. tauge (dibuang ekor & dicelur)
6 tangkai daun bawang} dihiris
6 tangkai daun sup }
2 biji telur (direbus)

BAHAN SOS CILI PADI

8-10 biji cili padi } dikisar
2 biji cili hijau }
3 camB. kicap manis
garam & gula secukupnya

1. Jerang tulang dengan air hingga hampir mendidih.
2. Panaskan minyak, tumis lengkuas, serai, bunga lawang dan bunga cengkih selama 1 minit.
3. Masukkan ke dalam air tadi. Bubuh pula garam dan gula. Biar hingga menggelegak dan renihkan hingga tinggal 1.5 liter.
4. Bubuh 1/3 bawang merah goreng dan serbuk lada hitam ke dalam sup. Biar merenih selama 5 minit lagi. Tambah garam jika perlu.
5. Untuk membuat sos cili padi, campurkan cili kisar dengan kicap, sedikit garam dan gula.
6. Untuk menghidangkannya, bubuh mee ke dalam mangkuk. Letak perut, taugeh, daun bawang, daun sup dan telur.
7. Curahkan sup kemudian taburkan bawang merah dan bawang putih goreng.


Soalan
Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari merdeka. Namun disini saya ada beberapa kemusykilan tentang bab masakan.

Saya harap segala soalan saya akan menjadi perhatian dari pihak tuan.

Soalan pertama

Saya amat meminati cheese cake. Namun beberapa kali saya cuba untuk membuat sendiri kuih tersebut namun ianya sentiasa tidak menjadi. Adakalanya apabila sudah masak ia menjadi keras & keadaan kek pulak menjadi tidak naik. Bolehkah pihak anda berikan resepi yang betul kepada saya .

Soalan kedua

Saya juga amat menyukai cappuccino cake. Oleh itu saya berusaha untuk mendapatkan resepinya. Apabila sudah dapat saya terus mencuba namun hasilnya amat menghampakan saya. Kek tersebut tidak menjadi & aisingnya menjadi cair. Bolehkah pihak tuan mengajar saya bagaimana cara yang sesuai untuk saya membuat kek ini & kalau boleh sertakan juga dengan resepi & cara yang betul.

Soalan Ketiga

Suami saya amat meggemari nasi beriani. Beberapa kali saya mencuba untuk membuat namun ia masih juga menjadi bubur. Sampaikan kawan saya juga ada mangajar saya supaya menggoreng tanpa minyak beras tersebut. Apabila dicuba tapi masalah yang sama masih juga berlaku. Saya menjadi susah hati kerana suami saya selalu medesak saya untuk memasak nasi beriani. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya untuk menyelesaikan masalah saya ini.

Soalan Keempat

Bagaimana cara untuk membuat NASI KERABU ( KELANTAN ) ? Boleh kah anda mengajar saya cara masakan nasi tersebut. Kerana saya ingin makan nasi kerabu ini

Terima Kasih

Herryati Binti Abdullah
Taiyo Yuden (Sarawak) SDN BHD
Lot 977, Blok 12, Samajaya Free Industrial Zone
93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.

Jawapan

NASI BERIANI

1 kg. beras Basmathi (dibasuh & dituskan)
100 g. minyak sapi
4 cm kulit kayu manis }
4 biji buah pelaga } bahan menumis
3 kuntum bunga lawang}
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 labu bawang besar }
4 ulas bawang merah } bahan dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
50 g. rempah beriani
1.2 l. air
300 ml. susu cair
2 kiub stok daging (jika suka)
garam secukupnya
10 tangkai daun pudina
3-4 camB. air mawar
pewarna merah, oren & kuning
60 g. kismis } bahan
80 g. gajus bakar } hiasan

1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan menumis, daun pandan dan bahan kisar. Kacau sampai wangi.
2. Masukkan rempah, gaul 2-3 minit.
3. Kemudian bubuh beras, kacau 3 minit lagi.
4. Masukkan pula air, susu, stok dan garam. Kacau sekali-sekala hingga hampir kering, bubuh pula daun ketumbar.
5. Tutup dan biar masak selama 10-15 minit.
6. Titiskan air mawar dan pewarna, tutup periuk semula.
7. Gaulkan kismis dan gajus sebelum dihidangkan.

NASI KERABU

300 g. beras (dibasuh & dituskan)
675 ml. air
10-15 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya)
sedikit pewarna biru
budu, keropok goreng, telur asin rebus & limau nipis secukupnya

BAHAN 'SERUNDING'

1/2 biji kelapa parut
1 ekor ikan kembung besar (dibakar)
5 ulas bawang merah } ditumbuk @
1/2 camt. lada hitam } dikisar halus
garam & gula secukupnya

BAHAN ULAM

100 g. tauge (dibuang ekor)
3 helai daun kunyit }
1 batang serai } dihiris
1/2 biji timun } halus
50 g. daun selom }
2 tangkai daun kesum }

BAHAN SAMBAL

10 tangkai cili kering  } (dihiris & direndam air panas 10 minit)}
1 labu bawang besar } dikisar
4 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }
1/2 camt asam jawa } dicampur &
100 ml. air} ditapis
gula secukupnya

1. Jerangkan beras, air dan air bunga talang atau pewarna biru hingga masak. Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan masak.
2. Untuk sambal kelapa, kelapa digoreng tanpa minyak hingga kekuningan. Campur dengan isi ikan dan tumbuk hancur. Gaul pula dengan bahan lain.
3. Gaul semua bahan ulam hingga rata.
4. Untuk sambal, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan air asam jawa, sos cili, gula dan garam secukupnya. Kacau hingga terbit minyak kemudian angkat.
5. Hidangkan nasi dengan budu, keropok, telur asin, limau nipis, ulam dan sambal.

Membuat kek keju memerlukan ketelitian. Adalah lebih bagus jika anda dapat belajar di kelas memasak di tempat anda. Jika anda tidak berhati-hati ketika membuat cheese cake, ia tidak nampak cantik dan akan merekah (suhu ketuhar amat penting diperhatikan). Jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar semasa memasak kek keju. Selamat mencuba & jangan sekali-kali berputus asa!

CHOCOLATE CHEESECAKE

Lapisan Biskut
2 cawan serbuk biskut 'Digestive'
1/4 cawan mentega, dicairkan

Lapisan Atas
250 g krim keju (Philadelphia)
125 ml krim putar
75g gula kastor
2 biji kuning telur
1/2 camtvanila
2 camb tepung gandum
150g coklat masakan, dicairkan atas 'double boiler'
2 biji putih telur} dipukul kental
25 g gula kastor}

Cara membuatnya:

1. Satukan serbuk biskut dan mentega cair, ratakan pada dasar tin dan tepi keliling tin 'springform' 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
2. Pukul krim keju hingga halus. Masukkan gula dan putar hingga gebu. Tuangkan krim putar dan pukul lagi.
3. Bubuh pula kuning telur dan vanila, kacau rata-rata. Campurkan pula tepung gandum dan coklat masakan.
4. Kaupbalikkan putih telur ke dalam adunan krim keju dan kacau sebati. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah. Bakar pada 180 C selama 35-40 minit (letak tin atas dulang pembakar).
5. Biar sejuk di dalam ketuhar (pintu hendaklah direnggangkan sedikit menggunakan sudu).

KEK CAPUCCINO

1 keping kek span berukuran 20 cm
250 ml air kopi (air panas + 3 camb serbuk kopi segera)
2 camt serbuk gelatin halal
250 ml susu pekat

Alas dasar tin 20 cm dengan kek span.Larutkan gelatin di dalam air kopi panas, campurkan dengan susu pekat. Kacau rata. Tuangkan ke atas kek span dan biarkan ia meresapsepenuhnya. Simpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam atau hingga keras. Hias dengankrim putar dan hirisan coklat.


Soalan
Assalamualaikum wbrt
,

Bolehkah saya mendapatkan resipi kuih talam sarawak, yg seakan-akan kuih seri muka?

Terima kasih.

Nama : Azian Yasin
Alamat : N0 44 Jln Impian Ria 14, Taman Impian Jaya, 81200 Johor Bahru.

Jawapan
Bolehkah puan nyatakan dengan lebih lanjut 'Kuih Talam Sarawak' kerana ia tiada di dalam simpanan saya. Walaubagaimanapun, di sini saya sertakan resepi 'Kuih Seri Muka'.

KUIH SERI MUKA

BAHAN LAPISAN BAWAH
420 g. beras pulut (direndam semalaman)
air secukupnya
375-400 ml. santan (dari 1/2 biji kelapa)
1/2 camt. garam
1 camb tepung jagung} dicampur 3 camb air }

BAHAN LAPISAN ATAS
2 biji kuning telur
100 g. gula pasir
15 helai daun pandan } dikisar & 200 ml. air } ditapis
90 g. tepung gandum
1 camB. tepung jagung
2 camb tepung beras
300 ml. santan (dari 1 biji kelapa)
1/4 camt. garam
sedikit pewarna hijau, jika suka


1. Rendam pulut semalaman dengan air.
2. Tuskan pulut kemudian ratakan ke dalam loyang 22 cm.
3. Campurkan santan dengan garam. Tuangkan ke atas pulut.
4. Kukus hingga masak. Tuangkan campuran tepung jagung kemudian ratakan permukaan pulut dengan daun pisang supaya padat.
5. Untuk membuat lapisan atas. Pukul kuning telur dan gula sampai hancur.
6. Masukkan air pandan, tepung gandum, tepung jagung, santan dan garam (dan pewarna hijau, jika suka).Gaul sebati.
7. Tapiskan ke atas pulut kemudian kukus semula selama 20-25 minit atau hingga masak. (Pastikan bahagian bawah penutup kukus dilap setiap 6-7 minit) Bila sejuk baru dipotong ikut suka.


Soalan
Saya pernah mencuba membuat kaya, malangnya kaya yang saya buat berketul-ketul. Bolehkah saya mendapatkan resepi untuk membuat kaya mengikut sukatan.

Bagaimanakah mendapatkan kaya yang berkilat.

Norazlina Yaakop
94-12-01 Flat Putra Ria
Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur

Jawapan

SERIKAYA

300 g gula pasir
125 ml air panas
3 biji telur
300 ml santan (1 kelapa)
2 helai daun pandan
1 camb marjerin (untuk mengilatkan)

Sediakan gula hangus: Ambil 70 g gula, hanguskan di dalam kuali non-stick, masukkan air panas dan masak hingga pekat (pastikan tidak kehitaman kerana ia akan menjadi pahit). Kacau baki gula dan telur, masukkan santan. Tapiskan. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur. Bubuh daun pandan. Kacau di atas api perlahan hingga pekat. Masukkan marjerin dan kacau rata. Pastikan kaya benar-benar masak barulah ia akan berkilat.


Soalan
Assalamualaikumkum

1. Mengapa setiap kali saya membuat kuih bahulu tidak menjadi lembut dan gebu. Bolehkah saya mendapat resipi kuih bahulu yang sebenarnya..

2. Bagaimana cara  membakar kuih ini?. Adakah menggunakan api atas bawah? Untuk pengetahuan saudari, saya mengguna oven jenis Europa.

3. Boleh beritahu saya bagaimana apa untuk membakar biskut dan kek. Adakah menggunakan api atas dan bawah?

Terima kasih banyak

Noor

Jawapan
1. Ketelitian perlu untuk mendapatkan Kuih Bahulu yang lembut dan gebu.Pertama, telurnya mesti segar dan memukulnya mesti hingga benar-benar kembang dan pucat. Agak sukar untuk mendapatkan Kuih Bahulu begini jika menggunakan ketuhar biasa tetapi saya pernah mencubanya dengan ketuhar Europa juga (jenis tiada kipas). 

2.Untuk membakar bahulu, perlukan api atas dan bawah, acuannya juga mesti dipanaskan di dalam ketuhar itu. Jika mahu bahulu yang keemasan warnanya, gril mesti dipasang sebentar. Jadi, memasak Kuih Bahulu dengan ketuhar tidaklah begitu mudah.

3. Bila membakar biskut atau kek, gunakan api bawah sahaja. Jika kek sudah masak tetapi ingin atasnya keperangan, gunakan api atas dan bawah kira-kira 10 minit sebelum masa membakar tamat.Kuih Bahulu

Kuih Bahulu

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum (goreng dengan api perlahan selama 6-8 minit, biar sejuk)
10 biji telur
600 gm gula pasir (dikisar halus)
Minyak untuk melengser

Cara membuat:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan putih. 

2.Sukat separuh tepung dan kacau dengan separuh adunan telur. Kacau sebati. 

3. Panaskan acuan gunakan api atas dan bawah pada suhu 225 C. Tuagkan  bancuhan dan bakar selama 8-10 minit. 

4. Bila sekelilingnya sudah keperangan, tukar ketuhar ke gril dan gril selama 2-3 minit atau hingga keperangan.


Soalan
Assalamualaikum, saya ingin mencuba masakan seperti roti canai dan mi kolok tetapi saya tidak tahu resipi untuk membuatnya

Sekian terima kasih.

LYSLYNIS

Jawapan
Saya cadangkan anda dapatkan Buku Masakan Aneka keluaran Alaf 21 (Aneka Roti). Di sana ada pelbagai jenis roti termasuk Roti Canai.Bolehkah anda berikan sedikit deskripsi tentang Mi Kolok sebab saya tidak pernah lagi berjumpa resipinya. Mungkinkah ia dikenali dengan nama lain di tempat anda? Seperti Mi Calung yg terkenal di daerah Beserah- Sg Karang- Sg Ular (dekat Kuantan) tetapi di tempat lain, tiada. Saya tunggu, okey? Teringin jugak saya tahu tentang Mi Kolok ni....


Soalan
Saya kini berada di luar Malaysia, dan saya berharap pihak Puan dapat menyediakan resipi untuk membuat roti nan dan juga capati.

Sekian Terima Kasih
Lina Yusuf

Jawapan

ROTI NAAN
Bahan-bahan:

250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
1 camb yis segera
1/2 camt garam
1 camt gula kastor
1 camb tairu/dadih
1/2 biji telur - dipukul
2 camt minyak sapi - dicairkan
120-130 ml air suam

Cara membuat:

1.Ayak tepung, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan yis dan gula, kacau rata. Campurkan tairu, telur, minyak sapi serta sedikit demi sedikit air hingga adunan menjadi doh. 

2.Tutup doh dengan kain lembab dan biar di tempat suam selama 2-3 jam atau hingga kembang. 

3.Bahagikan doh kepada 4 bahagian, canai seperti bentuk naan kemudian sapukan minyak sapi. Bakar di dalam ketuhar 220 C hingga keperangan. Seelok-eloknya dengan pemanas atas dan bawah (upper and lower heating element).

 

ROTI CAPATI

Bahan-bahan:
250g tepung atta/wholemeal
1/2 camt garam
1 camb minyak sapi/marjerin/minyak
170-180 ml air suam

Cara membuat;

1.Satukan tepung dengan garam, gaul dengan air hingga menjadi doh. Uli selama 10 minit. Jika masa menguli lebih lama, capati menjadi lebih ringan. Bentukkan menjadi bebola besar dan letak di dalam beg plastik.Biar selama 2-3 jam (jika dibiar semalaman, capati menjadi lebih ringan dan lembut).

2. Bahagikan 12.Bentukkan bebola, golek dalam sedikit tepung atta. Canai menjadi nipis.Lengser kuali leper dengan minyak sapi (gunakan tuala bersih untuk melengser minyak sapi tadi). 

3. Letak capati di atas kuali, masak 1 minit kemudian tekan kelilingnya dengan tuala tadi. Gelembung akan timbul di permukaan dan bila masak, ia akan menjadi keperangan. Terbalikkan untuk masak


Soalan
Assalamualaikum,
How to covert oven setting, say 180 deg C, to microwave setting. It is uncommon to have recipes using microwave oven despite its wide uses.

Regards,
Zul

Teraskom

Jawapan
W'salam.Firstly, allow me to point out to you that baking, if done in a microwave oven, does not yield the same results as in a conventional oven (unless the microwave has a dual function - which is of course, more expensive but space-saving as you need only one gadget). Nevertheless, you may achieve the 'crispy-look' (in microwaves) for samosas, for e.g, by using the browning dish.But there are basting sauces which can be brushed onto chicken/turkey skin to give that 'roasting' effect. Cake recipes also differ as cakes baked in the microwave tends to be drier than the ones in conventional (ordinary) ovens.

The consistencytends to be more thinner than cake batters for ovens. Add an extra 15 ml/1 tablespoon water if using a cake packet mix for a lighter result. And you need to make 1/4 turns every 5 minutes. If using ovens, a cake bakes in 30-35 mins but using microwaves, they take only 15-20 mins (at 50% power/medium).To answer yourquestion - For180 deg.C, set to Roast (10 mins if cooking in oven takes 50-60 mins - depending on recipe) or 8 1/2 - 9 mins on Full Power, allow to stand for a few mins before turning out. Be sure to make 1/4 turns as suggested (unless you have the rotating dish) or remove the dish and stand your cakecontainer on a smallupturned dish. Some complications may arise when baking cakes in a microwave oven but, to tell you the truth, you need to adjust (from yo


Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya.

1. Bagaimana caranya/resipi yang betul untuk membuat kek vanila/oren/mentega dengan menghasilkan kek yang halus apabila dipotong seperti kek-kek yang dijual di kedai. 

2. Ada yang memberitahu supaya telur kunig dan telur putih diasingkan. Telur putih hendaklah dipukul kembang sehingga bila telur tersebut tidak jatuh/mengalir bila diterbalikkan. Sejauh manakah kebenarannya, saya sendiri tidak pasti kerana saya sendiri telah mencubanya tapi tidak pula berhasil.

HALIM BIN HJ DIN 

Jawapan
1. Kek yg dibeli di kedai halus kerana beberapa faktor. Antaranya, penggunaan sejenis gula (bukan seperti gula kastor yang sering kita gunakan di rumah) dan bahan lainnya yg mungkin sukar didapati di pasaraya. Kita juga dapati kek di kedai tahan lebih lama dari yg kita buat di rumah. Walau apapun, salah satu cara mendapatkan kek yang gebu adalah dengan memutar putih telur hingga kental dan mengaup-balikkan ke dalam adunan kek. Cara ini sangat penting (lakukan dengan perlahan dan mulakan dengan 1/4 putih telur dulu) untuk memastikan udara terperangkap di dalam adunan tersebut. Ada juga yg menyarankan agar dimasukkan 2 camb air/jus/susu segar di dalam adunan (untuk resepi 250 g mentega) setelah dimasukkan tepung (sebelum putih telur). Tidak perlu


Soalan
Assalammualaikum,

Bagaimanakah cara untuk menjadikan kek coklat menjadi lembap. Saya selalu mendapat order untuk kek coklat (American Chocolate) dan boleh dikatakan pembeli-pembeli saya berpuas hati dengan kek saya ini. Tetapi bagi saya, saya rasa masih terdapat kekurangannya kerana kek saya ini tidak begitu lembap dan tidak hitam warnanya. Resipi yang tertera di bawah adalah resipi "American Chocolate Cake" yang saya dapat dari sebuah majalah di kelas membuat kek. Tetapi mengapa kek tersebut tidaklah sesedap seperti yang dijual di kedai kek. 250ml air telah digantikan oleh saya dengan susu cair kerana bagi saya kek tidak akan begitu naik jika menggunakan air.

Berikut adalah resipi yg selalu digunakan oleh saya:

190gm mentega/margarine
300gm gula kastor
3 biji telur (A)
250ml susu cair
50gm serbuk koko
225gm tepung naik sendiri
Esen vanilla

Dan bolehkah saya mendapatkan resipi yang sebenarnya untuk toppingnya. Topping yang digunakan oleh saya seperti di buku tersebut adalah hanya menggunakan chocolate masak dan whipped cream.

Amy
Petaling Jaya

Jawapan
W'salam.

Puan tidak mencatatkan bagaimana puan membuat kek coklat lembab itu tetapi saya agak, puan memanaskan susu dan mencampurkan dengan serbuk koko, bukan? Bila ia sejuk, baru dimasukkan ke dalam adunan kek secara berselangseli dengan tepung naik sendiri? Jika demikian cara puan membuatnya, saya rasa teksturnya akan cukup 'lembab'. Harus diingatkan, kek coklat lembab hanya akan terasa kelembapannya setelah disimpan selama semalaman. Ada pelbagai resepi untuk aising coklat tetapi saya akan berikan dua di sini:

AISING COKLAT SATIN
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur

Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.

CHOCOLATE GLAZE
310 krim putar
3'camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup
1 camt vanila

Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca, kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul. Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan aising tadi. Hias ikut suka.


Soalan
Saya mempunyai anak yang berumur 1 1/5 tahun. Saya mempunyai masalah untuk menyediakan masakan untuknya memandangkan dia cepat jemu terhadap masakan yang saya masak (yang sesuai untuk kanak-kanak). Saya harap pakar-pakar masakan di Alaf dapat membantu saya menyediakan resepi yang sesuai untuk kanak-kanak yang mana akan menimbulkan minat mereka untuk makan. Mungkin ianya berbeza dari segi rasa dan dekorasi.

Terima kasih.

Rozilawati Zakaria
Bandar Tasik Puteri, Kundang

Jawapan
W'salam.Selain dari bubur nasi yang biasa, saya cadangkan anda sediakan kentang lecek, kentang goreng (fries) atau makaroni, mee dan bihun atau kuay teow. Sup makaroni amat sesuai untuk kanak-kanak dan pastikan anda memasukkan lobak merah (kiub kecil). Kebanyakan kanak-kanak pada usia itu tidak gemarkan sayur jadi buatkan sup (sila rujuk resepi soalan yg terdahulu). Hanya puan yg tahu apa kesukaan anak puan sendiri tetapi jangan lupa memberinya makanan seimbang termasuk buah-buahan (untuk serat tinggi). Sediakan biskut berserat (gunakan tepung wholemeal, bijirin seperti cornflakes, buah-buahan seperti aprikot kering yg mengandungi banyak vitamin). Kanak-kanak pada usia itu gemar memakan jajan dsbnya dan ini mesti dielakkan kerana jika mereka sudah kenyang, mereka tidak berselera lagi untuk mengambil makanan lain. Salah satu cara lagi untuk menambah khasiat di dalam minuman kanak-kanak adalah mengisar buah-buahan segar dengan susu dan aiskrim (shake) serta sedikit madu.Jika ramai ibubapa yg berminat untuk mendapatkan resepi sajian kanak-kanak, mungkin suatu hari nanti pihak


Soalan
Assalamualaikum Puan,

Saya sangat berminat dengan pasembur dan mee rebus mamak tapi sehingga kini tak pernah jumpa apa apa resepi di dalam web. Di harap puan dapat membantu.

Rgds,

Maran V

Jawapan
ROJAK INDIA

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng  

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.  

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris  

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka  

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

MI REBUS PENANG

Bahan-bahannya:
600 gm. mi kuning, dicelur
200 gm. taugeh, dibuang ekor & dicelur

Bahan kuahnya:
1 1/2 liter air rebusan udang
10 tangkai cili kering - direndam dan dimesin halus
20 ulas bawang merah- dimesin halus
200 gm. ubi keledek merah- dibuang kulit, direbus dan dimesin
garam secukup rasa
3 sudu besar sos tomato
Air asam jawa (ikut masam)  

Bahan cucur udang:
100 gm. tepung gandum
1/2 sudu teh bicarbonate
Air kepala udang yang telah dimesin
Garam & minyak secukup rasa  

Cara membuat cucurnya:
Gaul semua bahan. Bancuhan harus sederhana cair. Goreng di dalam minyak yang panas. Angkat dan toskan. Potong bentuk dadu besar.

Bahan hiasan:
3-4 biji telur rebus - dipotong berbaji
2 biji ubi kentang - direbus, dikuliti dan dipotong dadu besar
4 keping tauhu - digoreng dan dipotong dadu besar
4 ekor sotong kering - direndam, direbus dan dihiris
4 biji lada merah - dihiris
2 pokok daun bawang - dipotong 1/4 inci panjang
1 pokok daun salad - dihiris
3-4 biji limau kasturi - di belah dua

Sedikit kacang tumbuk
Bawang goreng  

Cara membuatnya:
1. Sediakan bahan hiasan sebelum memasak mi dan kuahnya
2. Masukkan air rebusan udang ,ubi keledek, sos tomato, cili mesin , air asam jawa dan garam secukup rasa. Biarkan kuah mendidih perlahan-lahan sehingga agak pekat.
3. Jerangkan air dalam periuk dan celur diikuti dengan taugeh. Tos danketepikan
4. Untuk menghidang, letakkan sedikit mi dan taugeh ke dalam pinggan. Bubuh
bahan


Soalan
Assalamualaikum wb. Terima kasih atas jawapan tempoh hari. Saya telah pun mencuba pelbagai resepi dalam buku Masakan Gerai. Alhamdulillah ahli keluarga saya semuanya berpuas hati. Di sini saya ingin mengetahui apakah bahan yang digunakan dan cara memasak TELUR BUNGKUS. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

ROHANIS

Jawapan

TELUR BUNGKUS

4 camb. minyak
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dihiris dadu)
1 camt. serbuk belacan }
2 camt. pes cili} dicampur
1/2 camt. gula  }
50 ml. air
2 camt. kicap ikan  }
2 camB. sos cili  } bahan sos
3 camB. sos tomato  }
2 camB. sos tiram  }
200 g. daging (dicincang)
100 g. sayuran campur
4 tangkai daunsup  } dihiris halus
3 tangkai daun bawang}
4 biji telur (dipukul dengan sedikit garam)
gula & garam secukupnya

1. Panaskan separuh minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.

2. Masukkan campuran cili, gaul 1 minit.

3. Bubuh pula air dan bahan sos, kacau 2 minit.

4. Masukkan daging, kacau sekali-sekala hingga daging empuk (tambah air jika perlu).

5. Gaulkan sayuran campur, daun ketumbar dan daun bawang ke dalam daging.

6. Tambah garam dan gula secukupnya kemudian angkat. Kuahnya hendaklah kering   sedikit.

7.  Panaskan baki minyak, goreng telur menjadi kepingan besar.

8.  kemudian lipat telur dadar menjadi bungkusan empat segi. Angkat dan sajikan.


Soalan
Assalamualaikum

Saya ada banyak soalan...

1. Baru baru ini saya telah mencuba resipi kuih jala, malangnya adunan yang disediakan tak menjadi, ia melekat pada kuali, tidak lembut dan sudah tentu tidak rasa lemaknya seperti yang pernah saya makan. Apa yang tidak kena? Padahal saya ikut resipi dari buku. Begitu juga dengan kuih cara, keras dan melekat pada bekasnya. Boleh berikan saya adunan yang betul untuk kuih-kuih ini termasuk kuah untuk dicicah dengan roti jala (especially kuah kuzi)?

2. Macam mana nak masak tomyam yang sedap, yang rasa betul-betul seperti masakan Thai?

3. Saya ingin membuat pulut kuning yang lemak, cantik warnanya, nampak berkilat dan tak mahu terlalu melekat (seolah nampak berketul-ketul). Bagaimana cara menyediakannya dengan betul?

4. Boleh beritahu saya apa itu gula apong? Macammana nak dapatkannya? Kuih peneram (kalau tak silap) guna bahan ini. Saya pernah tengok orang jual di pasar malam, adunannya nipis tapi bila digoreng ia seperti berketul ketul di dalamnya tapi lembut. Boleh ajar saya cara membuatnya kerana ia kesukaan anak saya? Di utara banyak terdapat kuih ini tapi saya cuma bekerja di sini dan rasanya nak belajar.

Cukup dulu buat masa ini, saya ada banyak soalan lagi...

Terima kasih.

Yusnina Che Rahim
Taman Sri Idaman, Perlis

Jawapan

PULUT KUNING

560 gram beras pulut
Sekeping asam gelugur
2 cam teh serbuk kunyit
Air secukupnya
2 helai daun pandan (disimpulkan)
250 ml santan pekat (dari sebiji kelapa)
1 1/2 camt. garam

1. Cuci pulut kemudian rendam 4 jam atau semalaman di dalam air dengan asam gelugur dan serbuk kunyit.

2. Ketepikan asam, kukus pulut dengan daun pandan kira-kira 30 minit atau hingga tiga suku masak.

3. Angkat pulut, letak di dalam mangkuk besar.

4. Gaul santan dan garam, kacau bersama pulut tadi.

5. Kukus semula selama 15 minit atau hingga masak.

Sukar untuk mendapatkan rasa Tom Yam yang original seperti di Siam mungkin kerana mereka menggunakan pes tom yam yang khas & boleh dibeli di sana saja. Cubalah resepi di bawah ini, jika suka masam boleh tambahkan lebih air limau nipis. Jika mahu lebih pedas, ketuk cili padi dan masukkan sekali 2-3 minit sebelum menghidangnya.

TOM YAM CAMPUR

200 g. sotong (dihiris)
200 g. udang sederhana (dibuang urat)
3 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 batang serai (dihiris 5 cm. & dititik)
2.5 cm. lengkuas (dihiris nipis)
850-1 liter air
2 camB. kicap ikan
1 kiub stok/kiub tom yam
5 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi (dititik)
1 camt. pes cili
3 camB. jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar } dihiris halus
4 tangkai daun bawang }
garam & gula secukupnya

1. Jerang bawang merah, serai, lengkuas dan air hingga mendidih.

2. Masukkan pes cili, sotong,udang, kicap ikan, kiub tom yam dan daun limau purut. Masak lagi sampai mendidih. Tambah garam dan gula. Bubuh cili padi dan air limau.

3. Sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang.

TOM YAM CAMPUR

200 g. sotong }
100 g. isi ikan  } dihiris keping
200 g. siput lala }
200 g. udang sederhana (dibuang urat)
3 ulas bawang merah (dicincang halus)
2 batang serai (dihiris 5 cm. & dititik)
2.5 cm. lengkuas (dihiris nipis)
750 ml air
2 camB. kicap ikan
5 helai daun limau purut
4-5 biji cili padi (dititik)
1 camt. pes cili
3 camB. jus limau nipis
4 tangkai daun ketumbar } dihiris halus
4 tangkai daun bawang }
garam & gula secukupnya

1. Jerang bawang merah, serai, lengkuas dan air hingga mendidih.

2. Masukkan sotong, ikan, siput lala, udang, kicap ikan dan daun limau purut. Masak lagi sampai mendidih. Tambah garam dan gula.

3 Padamkan api, bubuh cili padi, pes cili dan air limau.

4 Sajikan dengan daun ketumbar dan daun bawang.

Resepi Kuzi pernah disiarkan tidak lama dulu. Cubalah resepi keema di bawah ini kerana ia juga enak dicicah dengan Roti Jala.

KEEMA KAMBING

225 g. daging kambing (dicincang halus)
3 camB. rempah kari daging
garam secukupnya
5 camB. minyak
2 biji bawang besar (dihiris kiub)
4 biji buah pelaga (diketuk)
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
1 cm halia } ditumbuk
2 ulas bawang putih }
500 ml santan cair (dari 1/2 biji kelapa)
2 biji ubi kentang } dikiub 2 cm
2 biji tomato }
60 g. kacang pis
2 tangkai daun ketumbar (dihiris halus)
sedikit gula

1. Gaul daging kambing dengan rempah kari dan garam, biar 10 minit.

2. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga wangi.

3. Masukkan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, halia, bawang putih dan kambing. Kacau sampai agak kering.

4. Tuangkan 125 mililiter santan kemudian renehkan 5 minit.

5. Bubuh kentang dan baki santan. Kacau sampai kentang empuk, bubuh tomato dan pis.

6. Tambah gula dan garam jika perlu. Sajikan dengan taburan daun ketumbar.

KUIH CARA BERLAUK

Bahan Lauk:

Minyak masak 2 sudu besar
Bawang merah 3 ulas, dikupas dan dikisar
Bawang putih 2 ulas, dikupas dan dikisar
Halia 1/2 cm, dikisar
Rempah kari daging 1 sudu besar
Daging kisar 200 g
Isi udang 100 g, dicincang halus-halus
Daun bawang  4 tangkai, dihiris 0.5 cm
Cili merah 2 biji, dihiris 0.5 cm
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk melengser

Bahan Cara:

Tepung gandum serbaguna 500 g
Santan 300 ml daripada sebiji kelapa
Telur 2 biji
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya:

Untuk lauk: Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daging. Kacau hingga kering airnya. Campur udang dan gaul rata-rata hingga udang masak. Tambah garam secukup rasa, angkat dan biar sejuk.

Untuk cara: Gaul tepung gandum dan garam di dalam mangkuk. Tuang santan, telur dan pewarna kuning ke dalam mangkuk. Kacau rata-rata hingga adunan tidak bergentel (tapis jika perlu). Panaskan acuan cara di atas api perlahan. Lengser dengan sedikit minyak masak. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga memenuhi empat-perlima bahagian. Sudukan daging di tengah-tengahnya. Tabur dengan daun bawang dan cili merah. Tutup acuan dan biar masak di atas api perlahan selama 5-6 minit.

BAHAN ROTI JALA

250 g. tepung gandum
1/2 camt. garam
2 biji telur
550-600 ml. air
sedikit pewarna kuning
3-4 camB. minyak

 Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan telur dan air, kacau hingga menjadi bancuhan yang tidak bergentel.Tapiskan jika perlu. Masukkan sedikit pewarna kuning. Biar selama 20 minit. Panaskan minyak di dalam kuali leper. Bubuh sedikit bancuhan di dalam acuan roti jala kemudianpusingkan di atas kuali leper. Pastikan kuali panas, perlahankan api sebelum menebar kuih jala. Seelok-eloknya, gunakan kuali leper seperti yang digunakan untuk membuat capati/tose/roti canai.

Masak dengan api sederhana di kedua-dua belah. Lipat atau gulung ikut suka. Harap bersabar, saya tidak begitu pasti dengan 'Gula Apong'. 'Kuih Peneram' yang tidak menggunakan gula apong di dalam resepinya. Nanti akan saya usahakan untuk mendapatkan resepinya.


Soalan
Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya telah mencuba resepi membuat kek biasa. Apabila dibakar adunan itu naik dan merekah di bahagian permukaannya. Jadi kek itu nampak tak berapa cantik. Apakah sebabnya kek itu merekah? Adakah adunan saya tidak betul?

Sekian,

Zainon, Cheras

Jawapan
Ada beberapa perkara yang menyebabkan kek merekah:

1. Suhu ketuhar mungkin terlalu tinggi (terlebih panas). Ini bergantung pada jenis ketuhar dan berapa lama anda telah menggunakannya. Jika anda selalu membakar kek atau biskut, mungkin anda dapat menjangkakan suhu yang sepatutnya berbeza dari yang tercatat di dalam resipi.

2. Mungkin serbuk penaik terlalu banyak digunakan. Jika 1 sudu makan bererti ia rata iaitu separas sudu sahaja gunakan sudu khas penyukat. Di samping itu, pastikan serbuk penaik ini masih baru dan diayak terlebih dahulu.

3.Terdapat kemungkinan, anda menggunakan tepung terlalu banyak. Ini juga boleh menyebabkan kek agak keras dan teksturnya tidak gebu.

Di sini saya sertakan resipi kek yang mudah untuk anda cuba .

Bahan-bahan:

250 gm mentega (pastikan tidak terlalu lembik atau terlalu keras)
250 gm gula kastor
5 biji telur (saiz B)
250 gm tepung naik sendiri
1 camt esen vanila

Cara membuat:

1. Putar mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul hingga rata.
3. Kemudian masukkan tepung dan gaul sebati diikuti dengan esen vanila.
4. Lengser dan alas tin bulat berukuran 22 cm dengan kertas kalis minyak.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.

* Jangan buka ketuhar terutama 30 minit pertama.


Soalan
Assalamualaikum,

Bagaimana caranya untuk memasak kari ikan yang sedap?

Terima kasih

ARWANI BINTI AB.HALIM
KOTA KINABALU, SABAH

Jawapan
Kari ikan yang sedap bergantung terutama pada rempah karinya. Ada dua rempah komersial di pasaran. Contohnya, jenama Adabi dan Baba's. Cuba gandingkan kedua-dua jenis rempah untuk mendapatkan rasa kari yg enak. Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dan serbuk cili agar kari lebih pedas sedikit. Jika memasak kari ikan, bahan penumisnya adalah halba, daun kari dan biji sawi (bawang merah, putih dimayang halus). Manakala bawang untuk kari ayam/daging hendaklah ditumbuk atau dikisar. 

Bahan penumisnya pula ialah daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Hendaklah menumis hingga naik bau bawang dan warnanya keemasan. Kemudian baru dimasukkan pes rempah kari, kacau dan masukkan sedikit air. Bila terbit minyak, barulah dimasukkan santan cair (untuk kari ikan). Pastikan juga sedikit garam dimasukkan semasa menumis rempah. Biar rempah benar-benar garing (naik minyak). Pastikan apinya sederhana dan kari dikacau selalu supaya tidak pecah santan.

Jika memasak kari daging, pastikan daging empuk sebelum memasukkan santan pekat (selalunya kira-kira 5-6 minit & mendidih sekali sebelum selesai memasak). Jika memasak gulai yang menggunakan santan, jangan masak di atas api yg terlalu kuat. Pastikan ia dikacau selalu. Ramai menggunakan air asam jawa untuk kari ikan manakala asam gelugur untuk kari ayam/daging.


Soalan
Assalammualaikum puan,

1. Boleh tak puan berikan saya resipi untuk membuat kuah yong tauhu? Saya pernah merasa sejenis kuih yang dibuat daripada roti sandwich dinamakan sebagai puding roti. Saya amat meminatinya tetapi tak tahu nak macam mana nak buat. Boleh tak puan berikan resepi?

Terima kasih.

Jawapan
Kuah Yong Taufu (hitam)
560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:

1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untuk mengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili

7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan baker- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goring - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:

Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan. Saya tidak pasti sama ada Puding Roti yang dimaksudkan mempunyai buah-buahan kering atau sebaliknya. Jika tidak sukakan puding yang berbuah,tidak perlulah memasukkannya.

Puding Roti
Bahan-bahan:

12 keping roti putih - dibuang kulit tepi
125 gm mentega
175 gm buah-buahan campuran kering
125 gm gula perang/kastor
300 ml susu segar
300 ml susu cair
2 biji telur
1 camt vanilla

Cara membuat:

1. Sapu mentega pada roti kemudian hiris bentuk tiga segi atau empatsegi.
2. Atur selapis di dalam mangkuk/tin (lengser dengan sedikit mentega) yang boleh memuatkan 1.7 liter cecair.
3. Taburkan separuh buah-buahan dan separuh gula. Lapiskan lagi dengan roti. Taburkan baki buah-buahan dan gula di atas sekali.
4. Pukul susu segar, susu cair, telur dan vanila. Tapiskan ke atas roti. Biar selama 1 jam supaya roti kembang.
5. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga puding keperangan.


Soalan
Soalan saya ialah;

1. Bagaimana cara melikatkan coklat kek agar nampak berkilat.
2. Bagaimana saya mahu membeli bahan pastri dengan harga yang murah (selain pasaraya) Adakah terdapat kedai yang spesifik yang menjual bahan kek ini secara murah seperti koperasi pastri yang tertentu ?

Hasnul Zahili b. Abdul Halim
Ipoh , Perak

Jawapan
1) Resipi 'Aising Coklat' yang mudah dan berkilat.

Bahan-bahan:

250 gm coklat masakan, dihiris keci
1 camb minyak jagung
1 camb krim putar

Cara membuat:

1. Bubuh coklat di dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk di atas periuk air mendidih perlahan. Kacau sekali-sekali hingga coklat cair. Pastikan tiada setitik air pun jatuh ke dalam coklat semasa mencairkannya.
2. Ketepikan mangkuk dari air panas, masukkan minyak dan krim, kacau sebati. Biar selama 12-15 minit, kacau sekali-sekali, hingga campuran pekat sedikit.
3. Curahkan campuran coklat cair ke atas kek (pastikan kek diletak di atas redai kerana coklat akan menitis turun). Biar keras sebelum dihias dengan krim mentega.

2) Memang ada kedai yg menjual peralatan membuat pastri/kek dengan murah. Jika di sekitar Ipoh , saya cadangkan anda ke kedai 'Wah Sing' berhadapan dengan Ayamas berdekatan dengan bangunan Super Kinta. Anda boleh juga bertanyakan pada mereka atau pelanggan yg ditemui di situ, tentang kedai-kedai lain yg membekalkan peralatan yang anda cari. Jika di sekitar Kuala Lumpur , anda boleh rujuk jawapan saya yang lalu.


Soalan
Saya ingin tahu cara membuat cucur dalam pasembor [makanan dari utara] yang rapuh dan rangup serta kuahnya yang enak.

Best regards,
Esesmyna

Jawapan
Pasembor di utara semenanjung juga dikenali sebagai 'rojak' di tempat-tempat lain. Jika di Perlis/Kedah, kuah pasembor lebih hitam, tiada keledek dan kurang kacangnya jika dibandingkan dengan tempat lain. Jadi, saya harap anda akan berpuas hati dengan resipi yg diberikan di bawah ini.

Kuih Rangup Rojak
Bahan-bahan:

5 camb tepung gandum
3 camb tepung jagung
1 camt tepung beras
1/2 camt serbuk kari
1/2 camt serbuk ketumbar
1/4 camt serbuk kunyit
1/4 camt soda bikarbonat
1 biji telur (kecil)- dipukul
1/4 tsp garam
1 camb minyak
120-130 ml air

Cara membuat:

1. Satukan semua bahan hingga sebati.
2. Biar selama 15 minit sebelum digoreng di dalam minyak panas (tapi jangan terlalu panas)hingga keperangan.
3. Pastikan adunan agak cair kerana tepung yg digoreng nanti akan bertambah nipis.

Kuah Rojak
Bahan-bahan:

450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
3 camb minyak
2 biji bawang merah - dicincang halus
2 biji cili merah - ditumbuk/kisar
2 camt serbuk cili
3 camb gula
1/2 camb asam jawa + 2 camb air - ditapis
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus
Beberapa titik kicap hitam

Cara membuat:
1. Kisar keledek dengan air hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, cili merah dan serbuk cili hingga wangi.
3. Masukkan keledek kisar dan dikacau.
4. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
5. Renihkan 2-3 minit kemudian bubuh kacang kisar dan kicap hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak pekat.


Soalan
Assalamualaikum..

1. Kenapa setiap kali saya buat tart gulung, adunannya tak gebu? Adakah cara membuat tart gulung dan tart yg diterap berlainan?
2. Bolehkah saya mendapat resipi tart nanas gulung yg sedap dan gebu.

Terima kasih

Jawapan
Waalaikum salam.
Anda boleh mencuba resipi ini.

Bahan-bahannya:

250 gm mentega (bukan marjerin, okey?)
2 biji kuning telur
80 gm gula serbuk/gula aising
400 gm tepung superfine (boleh dapat di kedai menjual barangan kek)
1 sudu kecil esen vanila

Cara membuat:

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
2. Masukkan telur dan esen. Pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan tepung dan uli rata. Canai dan gulung.

Selamat mencuba.


Soalan
Kadang -kadang saya suka makan yong tau fu. Tapi saya beli di gerai. Itu pun jauh.Boleh puan beritahu saya bagaiman membuat sos atau kuah yong tau fu yang warna coklat. Saya ingin sekali nak masak sendiri.

Sekian terima kasih.

Noor,
Kuala Lumpur .

Jawapan
Helo Noor,

Untuk membuat sosnya seperti yang saya cuba ialah dengan mencampurkan sos hitam dan sos cili. Kemudian masukkan sedikit minyak bijan dan bijan yang digoreng sedikit. Didihkan sekejap campuran ini.


Soalan
Assalamualaikum…

Saya adalah peminat aneka kuih talam dan kuih-kuih tradisional. Di sini saya ingin mengetahui bagaimana sukatan dan cara membuat Kuih Dangai, Talam Nona Manis dan kuih cakoi yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Harap puan sudi membantu saya.

Rohanis.

Jawapan
Resipi Kuih Cakoi pernah diberikan dulu. Sila terangkan bagaimana rupanya/rasanya Talam Nona Manis kerana mungkin namanya berbeza dengan kuih-kuih talam yang ada di dalam simpanan saya. Harap berhubung kembali, okey? Saya harap resipi Kuih Dangai inilah yang anda cari. Selamat Mencuba!

Kuih Dangai
Bahan-bahan:

2 cawan kelapa parut
1 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung suji
1 1/2 sudu kecil garam
Gula @ kuah kari, untuk hidangan

1. Gaulkan semua bahan kecuali gula hingga adunan berderai(seperti serbuk roti).
2. Isikan ke dalam acuan buluh dan tekan perlahan supaya kejap sedikit.
3. Kukus selama 10-15 minit atau hingga masak.
4. Biar sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan.
5. Sajikan dengan gula atau kari.


Soalan
Assalamu 'Alaikum.I would like to ask what is ammonia powder used for? Can this be added to flour when we make kuih raya? Please advise.And also I would like to request a recipie for custard tart. I tend to get a hardcrust after bake . Please assist.Thank you so much.

Faridah

Jawapan
We have answered similar question before. Please refer to the page, and also I would like to request a recipie for custard tart. I tend to get a hard crust after bake. Please assist. Please provide your recipe. Most tarts with egg fillings do not need very long to bake.

Salam. 
Thank you so much.


Soalan
Assalamualaikum...

Saya ada pertanyaan tentang bahan untuk membuat cheese cake kerana saya tidak tahu bagaimana mendapatkan tepung optima tersebut. Kalau puan ada cara lain untuk menggantikan tepung optima tersebut. Satu lagi bahan yang tidak saya ketahui dan faham iaitu JILK. Sekian terima kasih...

Shalai Adrisah
Brunei

Jawapan