BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


 


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama



rosnida sadin
Seremban, N. Sembilan
ppspp_jpns@sukns.gov.my

CARA MEMBUAT MI KUNING

350g tepung berprotin tinggi, diayak
2 biji putih telur masin
sedikit pewarna kuning
½ camb air alkali (boleh didapati di sinseh atau pasaraya - alkaline water)
100ml air
tepung ubi/sagu secukupnya
air untuk merebus
minyak masak secukupnya

Cara membuatnya:
Campurkan air alkali dan air. Pukul putih telur masin dan pewarna kuning menggunakan garfu. Gaulkan tepung dengan campuran air dan telur tadi hingga adunan menjadi doh. Uli di atas papan pencanai bertepung hingga doh licin (smooth). Canaikan setebal 1 cm dan potong menjadi 4 bahagian.

Taburkan tepung ubi rata-rata (supaya ia tidak melekat) kemudian tutup dengan sehelai tuala dapur yg bersih. Mulakan menggelek doh dengan ketebalan maksima pada mesin mee. Selepas itu, gelek dengan ketebalan yg sesuai untuk mee.

Kemudian, gelek pada pemotong halus dan taburkan tepung ubi pada mee agar ia tidak melekat. Sediakan dulang besar di bawah pemotong agar mee itu terus ‘terbentuk’ di situ (tidak perlu memegangnya dengan tangan).

Sediakan periuk besar dengan air mendidih. Masukkan 1 camb minyak. Bubuh mee tadi kemudian masak selama 2 minit. Angkat dan tuskan sebelum digaul dengan 1-2 camb minyak. Biar sejuk sebelum digunakan di dalam mee goreng atau mee rebus.


ramzee kula
Miri, Sarawak
pencakar_maut@yahoo.com

MENYEDIAKAN TAUHU KERING UNTUK ROJAK

Boleh tak bagitau cara-cara untuk menyediakan tauhu kering dari tauhu basah sehinggalah selesai proces medapatkan ia menjadi tauhu kering.

Boleh terangkan apa maksud TAUHU KERING - adakah yg bergoreng dgn rongga di dalam atau fucuk? Setahu saya, tauhu kering untuk rojak adalah jenis berongga, dikenali sebagai taufupok.


Norzaidah Roslan
Kajang, Selangor
norzaidahr@tnb.com.my

YIS MAURIPAN UNTUK BUAT DONUT

Kalau membuat donut, saya guna yis mauripan sesuai tak? Mak saya pernah mem,buat donat guna yis mauripan serta ikut resepi belakang paket yis tersebut tapi donut tak berapa lembut.
Mauripan sesuai buat donut. Tak berapa lembut mungkin kerana teknik ulian tidak betul dan doh tidak kembang sempurna (2 kali ganda saiz). Gunakan tepung roti (tinggi gluten) dicampur sama banyak dgn tepung superfine/paling halus. Masukkan sedikit bread improver (sebanyak 5 gm utk tepung 500 gm).

Membuat roti perlu guna yis kering atau basah?
Kedua-dua jenis boleh guna, bergantung pada teknik.Yis basah perlu dibiarkan kembang/berbuih setelah dicampur air suam bergula. Yis kering boleh terus masuk ke dalam adunan tapi jangan menyentuh garam kerana ia jadi tidak aktif.

Saya nak bertanya kalau nak buat muffin atau tart tapi bakar menggunakan microwave convection nak guna acauan apa? Sebab setahu saya kalau bakar guna microwave tak boleh guna acuan tin. Harap puan dapat membantu sebab saya memang teringin untuk buat muffin atau tart.
Acuan khas utk microwave seperti yg dijual di pasaraya. Boleh puan tolong terangkan apa perbezaan dari segi kegunaan bahan-bahan di bawah:

ovallete
Membuat kek lebih lembut dan gebu terutama kek span dan kek yg menggunakan banyak cecair. Juga dikenali sebagai Quick 75.

shortening
Lemak sayuran, digunakan dlm adunan biskut supaya lebih rangup. Juga ke dalam pastri. Dicampur dengan coklat masakan bila mencairkannya supaya mudah keras.

bread softener
Melembutkan roti terutama jika digunakan bersama bread improver.

soft improver
Bread improver, memudahkan adunan roti kembang di samping menggebukannya.

quick 75
Sama seperti ovalette, sejenis pengemulsi kek.

 


rasidah shamsuddin
rasidahs@gmail.com

KENAPA KEK SELALU PECAH?

Kenapa permukaan kek pecah semasa dibakar atau selepas dikeluarkan dari oven?
Oven terlalu panas masa masukkan kek. Atau sukatan tepung terlalu banyak.

Kenapa kek naik tinggi di bahagian tengah (kek naik tak sama rata)?
Untuk mengelakkan ini, sebelum memasukkan kek ke dalam oven, buatkan 'lubang' yang lebar dan cetek di bahagian tengah adunan (macam kawah gunung berapi). Biar bahagian itu lebih rendah daripada bahagian kelilingnya. Dgn cara ini, bila kek kembang, bahagian permukaan menjadi sama rata.

 


ej.latupeirissa
Netherlands
ej.latupeirissa@home.nl

APA ITU TEPUNG AISKRIM?
Dengan ini saya ingin mau tahu bahwa tepung aiskrim itu apa? Saya berdiam di negeri Belanda dan belum pernah dengar tepung aiskrim itu.

Tepung aiskrim adalah ICECREAM POWDER.
Ia dijual di pasaraya atau health stores dan dicampurkan dengan susu atau cream bila membuat aiskrim.

 




LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama