BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!


 


SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama

 

Suzie
Ampang
suzie_yasin@yahoo.com

Resipi Murtabak

Bolehkah puan berikan saya resipi murtabak yang agak simple disediakan bagi beginner seperti saya.

MURTABAK

Bahan kulit
600 g tepung gandum
1 camt garam
Air secukupnya
80 g minyak sapi

Bahan inti
2 camb minyak
2 labu bawang besar, dicincang
400 g daging/ayam kisar
1 camb rempah kari
3-4 tangkai daun sup, dihiris halus
5-6 biji telur
Garam

Bahan sos
1 labu bawang besar, dihiris halus
4 camb cuka
Sedikit gula
Pewarna merah

Untuk inti:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar. Bila wangi, masukkan ayam dan rempah, kacau hingga masak.
2. Bubuh garam dan daun sup. Angkat dan biar sejuk. Gaulkan sedikit (untuk sebiji murtabak) dengan telur hingga lembap.

Untuk kulit:
1. Gaulkan tepung, garam dan minyak sapi. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli menjadi doh.
2. Uli selama 10 min atau hingga adunan agak lembut. Buat 6-7 bebola, salut dengan minyak sapi. Tutup dan perap 4 jam.
3. Leperkan bebola dengan tapak tangan, tarik kelilingnya hingga lebar. Angkat dan letak atas kuali leper.
4. Ratakan inti bertelur. Lipat empat segi. Bila bawahnya sudah masak, terbalikkan. Renjiskan minyak semasa memasak.

________________________________________

Annawaty Mail
Gadong, Brunei Darussalam
jojojiji_119@hotmail.com


Kek Marble

1. Mengapa setelah saya masak kek marble ia menjadi lembab dan di bahagian tengahnya tidak berapa masak?
Ada kaitan dengan suhu. Gunakan tin ukuran yang betul. Jika kek terlalu tebal, sukar untuk masak.

2. Apakah suhu dan berapa minitkah masa yang sesuai?
Anggaran 190-200 C. Masa memasak 45 min hingga 1 jam bergantung pada saiz kek.
________________________________________

Nadhilah Saffini
miz_eila@yahoo.co.uk

Cumin

Apa yang dimaksudkan dengan cumin seeds dan cardamon?
Cumin - jintan putih
Cardamom - buah pelaga


Bagaimana jika saya nak buat rempah sup sendiri?
Rempah sup
2 camb serbuk ketumbar
1/2 camb serbuk jintan manis
1/2 camb serbuk jintan putih
1 1/2 camb serbuk biji poppy

Dlm sup, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga.
Sukatan rempah di atas adalah untuk 2 kg daging/tulang.


________________________________________

Ruhana Mohamed
ruhana.mohamed@cimb.com

Bengkang Pisang

Puan, saya ingin mendapatkan resipi kuih bengkang pisang yang lembut dan padat dengan pisang.


BENGKANG PISANG
400 g pisang berangan/emas/rastali
50 g gula merah } dimasak & ditapis
100 ml air }
80 g gula pasir
100 ml santan – dari 1/4 biji kelapa
½ camt garam
110 g tepung gandum
1 biji telur
Cara membuatnya:
1. Lecek pisang hingga hancur. Campurkan dengan air gula merah, gula, santan, garam, tepung gandum dan telur.
2. Ratakan adunan ke dalam loyang 20 cm yang dilengser minyak.
3. Kukus selama 20-25 minit atau hingga masak.

________________________________________

Azlin Ahmad
Tmn Setiawangsa
azlin_7447@yahoo.com.my

Kek Coklat

Puan, boleh saya dapatkan resipi kek coklat yang menggunakan minyak dan dibakar? Bagi saya, rasanya tidak terlalu muak utk dimakan.

KEK COKLAT
2 cawan gula kaster
1 ¾ cawan tepung gandum
¾ cawan serbuk koko
1 ½ camt serbuk penaik
1 ½ camt soda penaik
1 camt garam
2 biji telur
1 cawan susu segar
½ cawan minyak jagung
2 camt vanila
1 cawan air mendidih
Satukan 5 bahan pertama dalam mangkuk besar.
Masukkan semua bahan lain.
Pukul sederhana selama 2 min.
Campurkan air mendidih.
Tuang ke dalam 2 tin berukuran 22 cm.
Bakar pada 175 C selama 30-35 min atau hingga masak.
Biar 10 min sebelum dikeluarkan dari tin dan letak atas redai.
Bila sejuk, sapu dengan aising.

Aising
½ cawan mentega
2/3 cawan serbuk koko
3 cawan gula aising
1/3 cawan susu segar
1 camt vanila

Cairkan mentega, masukkan koko.
Secara selang seli masukkan gula dan susu, kacau hingga sebati.
Jika terlalu pekat, tambah susu. Bubuh vanila.

Bolehkah puan berikan contoh jenama whipping cream dan fresh cream? Selalunya yang ada di pasar raya hanyalah whipping cream. Harap puan dapat membantu.
Fresh cream memang sukar diperolehi, hanya di sesetengah pasar raya yg ada. Jenama whipping cream: President atau Emborg. Jika tiada fresh cream, boleh gantikan dengan whipping cream (lebih lemak, perlu sukatan 3/4 whipping cream + 1/4 susu segar) .

________________________________________

Asmas
Tmn Impian Ehsan
asmaselyaza@yahoo.com

Bakso

Puan, saya teringin sekali untuk memasak sendiri bakso tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Bolehkah puan berikan resipinya? Bolehkah bebola daging ditukar kepada bebola ayam atau lain-lain bebola? Ini kerana saya mengidap darah tinggi.

BAKSO
250 gm isi ayam kisar
1 biji telur
2 biji telur, dipukul
1 batang daun bawang, dihiris
2 batang lobak merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 camb marjerin
1.5 liter air
Sedikit tepung jagung
Garam, gula, serbuk lada sulah
1 camb kicap masin

Cara membuatnya:
Goreng separuh bawang putih, angkat dan campur dengan ayam, garam, serbuk lada sulah, sedikit telur (dari 1 biji tadi) dan 2 camb tepung jagung.
Gaul rata, bentukkan bulat. Ketepikan.
Panaskan marjerin (atau minyak zaitun), tumis bawang putih. Tuangkan air. Bila mendidih, bubuh lobak merah dan kacau hingga empuk. Masukkan bebola ayam. Bila timbul, tambah garam, gula, lada sulah dan kicap. Sajikan dengan daun bawang.

*Tuangkan telur (2 biji) dan bahan pemekar (2 camb tepung jagung + sedikit air).
Kacau rata kemudian angkat. Jika tidak suka terlalu pekat, tak perlu langkah akhir ini.

________________________________________

Azirah Manaf
ziera7989@yahoo.com.my

Roti Canai

1. Mengapa roti canai yang saya buat tidak berapa lembut tetapi keras?

Masa menguli dan teknik yg tidak begitu tepat. Mesti menguli hingga adunan terasa kenyal (elastic).

2. Mengapa roti canainya tidak boleh ditarik besar atau lebar seperti yang biasa pencanai buat?
Biar selama 4-6 jam (perap) atau boleh juga semalaman tapi setiap bebola hendaklah dilumur dengan campuran minyak dan minyak sapi sebelum ditutup dengan tuala bersih. Biar pada suhu bilik.

3. Mengapa roti canai tersebut tidak berlapis-lapis halus seperti roti canai yang biasa dibeli? Ia macam lempeng.
Sebab tidak ditarik lebar dan nipis macam kertas.

4. Bolehkah puan memberi saya resipi roti canai yang lain supaya saya dapat mencubanya juga.

ROTI CANAI
600 g tepung gandum
1 camt garam
1 camt gula halus
2 biji telur, dipukul
125 ml susu segar
125-130 ml air
3-4 camb minyak
3-4 camb minyak sapi
minyak/minyak sapi utk menggoreng

Cara membuatnya:
Gaulkan 3 bahan pertama, masukkan telur, susu dan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Uli selama 10 min hingga licin dan lembut. Jika terlalu keras, basahkan tangan dengan air kemudian uli lagi. Bahagikan 7 atau 8 bebola. Letak dalam mangkuk. Lumur dengan minyak dan minyak sapi. Tutup dengan tuala lembap, biar 6-8 jam (semalaman). Ambil sebiji, leperkan senipis yg boleh (stail tersendiri). Angkat hujungnya dan biar memanjang seperti tali kemudian buatkan bulatan. Leperkan agar lapisannya bercantum semua. Jika cara ini sukar, memadai dengan melipat 4 kemudian goreng dalam sedikit campuran minyak/minyak sapi.


________________________________________

Shuhaila Shaari
Pdg Serai
shunani2003@yahoo.com

Mufin Pisang


1. Saya sudah beberapa kali membuat cup cake (muffin) tapi hasilnya kurang memuaskan. Saya ada buku resipi terbitan Alaf 21 untuk muffin tapi bila buat ia jadi keras. Bolehkah puan berikan saya resipi yang lain?

Mufin kadangkala keras kerana ia dikacau terlalu lama. Jika adunan sedikit berketul, tak apa (macam cekodok). Kacau satu hala saja dan sebaik-baiknya kacau dengan tangan (kecuali proses pertama memukul gula dengan mentega).

Mufin Pisang
150 ml minyak
150 ml susu segar
150 ml gula kastor
100 g telur
250 g tepung gandum
15 g serbuk penaik
80 g pisang ranum, dilecek

Campur 4 bahan pertama hingga sebati.
Masukkan tepung dan serbuk penaik yg telah diayak.
Bubuh pisang, kacau. Isikan ke dlm cawan kertas yg diletak dlm tin mufin. Bakar pada 190 C selama 20 min.

*Resepi Chef Anuar

2. Saya ingin membuat Mi Hailam. Bolehkah puan beri resipi untuk 2 kati mi?
Sepaket mi, 500 gm adalah utk 4 orang.
2 kati = 1.2 kg atau anggaran 2 ½ paket mi.
Hanya perlu gandakan sukatan 2 ½ kali untuk Mi Hailam (saya pernah berikan resipinya dulu dlm SJ Masakan).
Contohnya, 200 gm sotong utk 500 gm.
Jadi, 2 kati = 500 gm sotong.


________________________________________

norliza hussain
norliza_70@yahoo.com.my


Bagaimana cara untuk membuat ayam panggang madu dan sosnya sekali seperti dijual di pasar malam? Harap pihak Alaf sudi memberi resipi yang saya cari selama ini.

AYAM PANGGANG MADU
1 ekor ayam, dipotong 8 & dikelar
2 camb minyak
3 camb kicap cair
80 ml sos tomato
2 camb sos cili
1 camb madu
1 camb gula melaka, dicincang halus
1 camb cuka
2 camt parutan halia
3 camt bawang putih tumbuk
2 camb air

Perap ayam dgn semua bahan kecuali minyak selama semalaman (dlm bekas bertutup, letak dlm peti sejuk-bawah). Cucuk dgn lidi pemanggang. Tambah minyak pada baki bahan perap. Panggang ayam sambil renjiskan dgn campuran tadi hingga masak.

*Jgn renjiskan jika dekat2 hendak masak kerana bahan perap yg tidak cukup masak/panas akan mengakibatkan keracunan makanan.


________________________________________


Amy
Temerloh
amy@mni.hongleong.com.my]

Peneram

Puan, saya telah pun mencuba resipi kuih Peneram yang ada dalam laman
ni tapi kenapa keras adunannya walaupun telah diperap semalaman?

Saya pernah cuba resepi ini dan ia menjadi.

PENERAM
250 g gula merah
2 helai daun pandan, disimpulkan
250 g gula pasir
250 ml air
500 g tepung beras
Minyak masak

Masak 4 bahan pertama hingga mendidih. Kacau selalu.
Angkat dan tapis ke dalam mangkuk berisi tepung beras (panas-panas).
Kacau cepat-cepat dgn senduk kayu hingga menjadi doh.
Tutup dengan tuala. Perap selama 5 jam.
Bila sejuk, canai dan terap bentuk gelang dengan lubang di tengah. Guna acuan bulat yg besar dan kecil (untuk lubangnya).
Goreng dalam minyak panas hingga masak.

________________________________________

Azmi Makhtar
azmimakhtar@gmail.com

Sotong Kembang

Saya ingin mempelajari bagaimana kita nak jadikan sotong kering menjadi kembang. Apakah bahan yang digunakan?

Sotong kering hendaklah direndam di dalam air abu yg boleh dibeli di dalam botol di kebanyakan pasar raya. Air itu seperti air biasa (jernih) dan botolnya kecil (seperti botol air mawar untuk nasi beriani).

________________________________________

Minhalina Nasser
Taman Lembah Keramat
mama_min_adi@yahoo.com

Biskut Tiger

Saya ingin bertanya, apakah cara untuk membuat biskut yang seakan-akan dijual di pasaran seperti brand TIGER dan sebagainya?

Biskut ini sangat sedap dan rapuh, pasti digemari.
Ia seakan-akan Butter Cookies (dijual di pasar raya dlm tin biru bulat)


Biskut Shortbread

125 gm mentega
50 gm gula kastor
175 gm tepung gandum, diayak
Gula kastor, untuk tabur

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan tepung dan uli perlahan menjadi doh.
3. Lengser tin pembakar berukuran 25 - 26 cm dengan marjerin.
4. Ratakan adunan tadi biar sekata tebalnya, anggaran 5 mm.
5. Cucuk permukaannya dengan garfu.
6. Potong bentuk jejari tapi jangan sampai putus.
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 - 35 minit atau hingga keemasan.
8. Taburkan gula kastor rata-rata di atasnya.
9. Biar 5 minit sebelum memotongnya dan biar sejuk atas redai.


________________________________________

Hana Ishak
hana.ishak@gmail.com

Roti

Saya ada mencuba buat roti. Roti yang saya pernah cuba buat ialah mexican bun/roti boy dan cinnamon roll. Kedua-dua roti yang saya buat jadi ringan. Apakah yang menyebabkan roti jadi ringan atau berat? Adakah mungkin tak cukup uli?
Roti menjadi ringan (banyak rongga di dalamnya) kerana adunannya telah diuli dengan betul. Roti di kedai agak berat mungkin kerana jenis tepung yang mereka gunakan dan proses menguli dengan mesin berkuasa tinggi, masa 'proofing' atau membiarkan ia kembang dan masa membakar.

Untuk menjadikan roti lebih berat, saya syorkan anda kurangkan sukatan tepung sebanyak 1/4, ganti dengan tepung wholemeal (gandum tulen)sukatan yang sama.
Jika anda kurangkan yis, roti juga akan kurang kembang dan bertambah berat (isi padu).


________________________________________

Akurjaya
akurjaya@streamyx.com

Maltosa

Saya ada membaca buku puan dan ingin mengetahui apakah itu maltosa yang dimasukkan bersama cuka untuk membuat ayam bagi nasi ayam. Di manakah saya boleh mendapatkannya?

Boleh dibeli di mana-mana kedai barangan bakeri. Ia membuat masakan panggang/goreng jadi berkilat. Tekstur pekat dan berwarna coklat gelap. Sapu sudu dgn sedikit minyak sebelum mengambil maltosa kerana ia mudah melekat.

________________________________________

Maisarah Rashid
sarah_one21627@yahoo.com

Barangan Bakeri

Saya sedang menguruskan sebuah kedai Pembekal Barangan Bakeri di Shah Alam Seksyen 7 iaitu My Choice Trading. Kedai ini baru lagi dibuka. Saya pun baru lagi dalam bidang ni, saya nak bertanya serba sedikit tentang bahan2 ini:
a)Sodium Benzoite
b)Calcium Propionate
c)Potassium Sobarte

Apakah fungsi dan resipi yang menggunakan setiap bahan2 tersebut?
Sebaik-baiknya dapatkan tunjuk ajar terperinci daripada pembekal barangan tersebut. Ini adalah kerana ketiga-tiga adalah bahan pengawet dan penggunaan/sukatannya mesti betul.
Secara dasar, sodium benzoate lebih kepada pembuatan sos, jem dll. Calcium propionate untuk mengawet adunan roti (supaya roti tahan lama). Potassium sorbate untuk biskut dan kek.
Menurut sesetengah chef, gunakan bahan pengawet sebanyak 0.01% daripada berat sukatan semua bahan. Contohnya, 1 kg campuran mentega-gula-tepung-telur gunakan 1 g saja.

________________________________________

KB
kas_mdnoor@yahoo.com

Biskut Kelapa

Saya ada 1 kg kelapa kering pemberian dari kawan. Selain daripada buat kuih bangkit kelapa, apakah biskut/kueh/kek yg juga menggunakan kelapa?.

Biskut kelapa
2 cawan gula kastor
½ cawan koko
½ cawan susu segar
½ cawan marjerin
1 camt vanila
3 cawan rolled oats (bukan masak segera)
1 cawan kelapa kering
1 cawan kismis

Jerang gula, koko, susu, marjerin dan vanila di dalam periuk.
Kacau hingga mendidih. Biar mendidih deras selama 3 min.
Masukkan semua bahan lain. Sudukan ke atas kertas kalis minyak.
Letak dalam pendingin. Simpan di dalam bekas bertutup, di bahagian bawah rak peti sejuk.

Nota: Kismis boleh digantikan dengan badam/walnut bakar.

BISKUT EMPING JAGUNG dengan KELAPA
4 biji putih telur
1 ½ cawan gula kastor
1 camt vanila
½ cawan kacang cincang
½ cawan kelapa kering
90 g emping jagung, diramas kasar
½ cawan tepung gandum

Pukul putih telur separuh kembang, masukkan sedikit demi sedikit gula dan putar hingga kenyal. Masukkan semua bahan lain (2 kali masuk, jangan sekali gus) dan gaul sebati. Sudukan pada jarak 4 cm di atas tin pembakar berlengser mentega. Bakar pada 170 C selama 30 min atau hingga keperang-perangan dan rangup. Biar sejuk atas tin.
Kek Kelapa
3 cawan tepung gandum (ayak sebelum sukat)
2 camt serbuk penaik
¼ camt garam
1 cawan mentega
300 gm gula kastor
4 biji kuning telur
1 cawan susu segar
1 camt vanila
1 cawan kelapa kering
4 biji putih telur

Satukan 3 bahan pertama.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur, pukul sebati.
Bubuh susu dan vanila berselang seli dengan campuran tepung.
Masukkan kelapa kering.
Pukul putih telur hingga kembang, kaup balikkan ke dalam adunan.
Ratakan dalam 2 tin berukuran 23 cm.
Bakar pada 180 C selama 40-45 min atau hingga masak.

________________________________________

Sazliana
sazliana@pacneptune.com.my

Agar-agar Tembikai

Bolehkah puan berikan saya resipi agar2 berbentuk tembikai?
Agar-agar Tembikai
125 g serbuk gelatin
350 ml air
200 ml susu cair
1 camt vanila
8 biji putih telur
¼ camt garam
pewarna merah dan hijau

Bahan A
400 ml air
450 g gula kastor
1 camb serbuk agar-agar
3 helai daun pandan, disimpulkan

Cara membuatnya:
1. Tuangkan air dalam mangkuk, taburkan gelatin di atasnya. Biar 10 min.
2. Isikan air sejuk dan ais dalam bekas besar. Letak loyang di atasnya.
3. Putar putih telur dan garam hingga kental. Ketepikan.
4. Jerang A di atas api sederhana hingga mendidih. Bila gula larut, masukkan campuran gelatin. Kacau sebati kemudian padamkan api.
5. Tuangkan pula susu dan vanila. Kaup balikkan putih telur ke dalam adunan tadi.
6. Ambil kira-kira 3/4 cawan, warnakan hijau.
7. Tuangkan menyalut bahagian bawah mangkuk bulat. Letak di dalam peti pembeku selama 5-7 min atau hingga keras sedikit.
8. Tuangkan campuran putih yg nipis di atas hijau tadi.
9. Bila lapisan sedikit keras, tuangkan pula baki agar-agar (warnakan merah).
10. Biar mangkuk di dalam peti sejuk hingga ia keras.


________________________________________

Intan
intantsp@tm.net.my

Bunga Aising

Saya suka melihat kek yang telah dihias menggunakan aising. Jadi saya ingin bertanya pada puan, bagaimana caranya dan bahan-bahan hendak membuat bunga aising? Tetapi bukan bunga aising yang lembik tapi aisingnya keras macam doh roti canai yang boleh dibentuk-bentuk menjadi sekuntum bunga atau patung.

Aising keras itu dipanggil Fondan atau Gelatine Icing. Resipinya pernah disiarkan di dalam ruangan SJ Masakan, harap dapat semak semula. Anda juga boleh membeli 'Pastillage' di mana-mana kedai barangan bakeri. Ia seakan-akan seperti fondan. Biarkan pada suhu bilik kemudian ambil sedikit dan warnakan dengan pes pewarna (bukan jenis air) baru dibentuk seperti bunga, daun dll. Membuat pelbagai jenis bunga memerlukan ketelitian dan selalulah mencuba. Ada bermacam peralatan di kedai bakeri dan buku yg menunjukkan langkah demi langkah.

________________________________________

Norziana Ahmad Azizi
norziana.azizi@cimb.com

Butter Prawns/Chickens

Saya mencuba resipi butter prawns, rasa dah ada tapi untuk dapatkan serbuk yang berjurai2 dan rangup tak menjadi. Saya gunakan kuning telur yang dipukul dan dicampur dengan bahan2 yang lain juga. Apakah kaedah yang patut saya buat untuk dapatkan serbuk yang cantik lagi berjurai2?


Ada banyak faktor yg menyebabkan masakan ini kurang menjadi. Api jangan terlalu kuat dan hendaklah mengacau campuran telur ke satu arah saja (jangan ubah2). Cubalah, insya-ALLAH menjadi. Anda hendaklah sabar dan perhatikan setiap kali membuatnya kerana kepanasan kuali memainkan peranan besar.

BUTTERPRAWNS
500 g udang sedang, dibelah belakang
Minyak untuk menggoreng
4 biji kuning telur
1 camb susu cair
5 camb mentega atau marjerin
1 pelepah daun kari
½ camb cili padi cincang, jika suka
Gula, garam & sed serbuk pati ayam

Panaskan minyak banyak di dalam kuali, goreng udang (dah diperap 30 min dengan garam dan gula) hingga keemasan dan masak.
Angkat dan toskan.
Satukan kuning telur dan susu. Kacau sebati.
Panaskan kuali (sebaik2nya kuali tembaga), cairkan mentega dgn api perlahan.
Tuangkan campuran telur, kacau satu arah saja hingga campuran bertali halus.
Masukkan daun kari, cili padi, serbuk ayam dan garam. Kacau rata.
Campurkan dengan udang kemudian angkat dan sejatkan.

________________________________________

Cik Azuraiha Binti Ab. Kadir
azu_pearwhite@yahoo.com.my


Hilangkan Hanyir Saya nak tanya, bagaimanakah cara untuk mengelakkan hanyir pada kek ikan dan bebola ikan ketika dicelup seperti pisang goreng?
Pada pendapat saya, rendamkan 10 minit di dalam air bercampur sedikit tepung jagung kemudian basuh bersih. Gaul pula dengan air asam jawa kemudian basuh lagi baru ditos dan biar kering.


Zubaidah Abdullah
amadaida@yahoo.com.sg

Stok Ayam Sedap

Puan, dalam masakan Cina banyak menggunakan stok ayam. Bagaimana cara yang termudah menyediakannya? Ia boleh disimpan untuk berapa lama? Sekian terima kasih.
STOK AYAM 3 rangka ayam, diketuk sedikit tulangnya (jika suka)* 2 batang salderi (celery) 1 batang lobak merah 1 labu bawang besar 4 liter Potong kasar salderi, lobak dan bawang (anggaran 3 cm). Masukkan ke dalam periuk dengan rangka dan air. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 30 min atas api paling perlahan. Buangkan buih yg timbul di permukaan. Renihkan lagi selama 1 jam (tambah air jika stok terlalu pekat/semakin kering). Tapiskan ke dalam mangkuk. Biar sejuk. Simpan di dalam peti sejuk. Bila lemak di atasnya membeku, buangkan. Gunakan stok di bawahnya saja.

*Jika mahukan stok jernih, tak perlu ketuk tulangnya. Sum-sum ayam menyedapkan stok tetapi membuat warnanya agak gelap (keperangan). Untuk simpan lama Tuang ke dalam bekas2 kecil supaya dapat guna hanya satu bekas pada satu masa, contohnya 1 cawan. Lebih lama boleh didinginbekukan (freeze).


Nor Hazrina binti Awang
hazrina_1523@walla.com Pizza & Topping

Terima kasih atas panduan menanam lengkuas dan kunyit serta resipi puding yang enak. Kini saya tercari-cari pula bagaimana caranya membuat pizza dan intinya sedap seperti yang terdapat di Pizza Hut, saya telah cuba beberapa resipi daripada internet, tapi tak menjadi. Persoalan saya, bagaimana menghasilkan roti pizza?

PIZZA
Bahan Doh

80-100 g air ais
15 g mentega/marjerin
150 g tepung roti
6 g susu tepung
15 g gula kastor
1 1/2 camt garam
5 g yis segera

Inti
2 ekor sardin, dilecek
1/2 biji bawang besar, dicincang
garam, serbuk lada sulah
1/2 camt oregano kering

Sos (jika membuat kuantiti banyak, gunakan resipi sos untuk Spaghetti Bolognese, hanya jangan campurkan daging).
1 camb minyak zaitun
1 camb sos tomato
1 camb sos cili

Bahan Atas/Topping
1/2 labu bawang besar, dihiris bulat
1 biji tomato, dihiris bulat
1 biji cili Benggala, dihiris bulat
3 biji cendawan butang, dihiris nipis
25 g keju Cheddar, diparut (jika gunakan Mozarella, pastikan rennet yg digunakan utk membuat keju adalah dari sumber sayuran/kimia dan bukan Animal Product kerana ia tidak halal kecuali telah diluluskan oleh Badan Berkanun)

Cara membuatnya:
Setelah mencanai doh menjadi nipis dan bulat, sapu dengan minyak zaitun. Titiskan campuran sos cili dan sos tomato. Sapukan inti sardin (dicampur semua). Taburkan dengan bawang besar, tomato, cili Benggala, cendawan dan akhir sekali, taburkan keju parut juga sedikit oregano lagi, jika suka. Rehatkan doh 15 min sebelum dibakar pada 220 C selama 15-20 min atau hingga masak.

Bolehkah puan berikan beberapa resipi topping pizza?
Topping Ayam/Daging Gunakan isi ayam (cincang) dgn sayuran campur. Tumis bawang besar dengan sedikit minyak, masukkan isi ayam/daging dan kacau hingga masak. Bubuh cendawan dan sayuran campur, angkat. Tak perlu letak bawang besar dlm topping (ikut cara atas). Boleh tambah hirisan nanas (dlm tin) atau lain2 ikut suka.

Bagaimana cara menyimpan doh siap dicanai dan toppingnya secara berasingan dan berapa lamakah ia bertahan?
Jika simpan dlm freezer, tahan selama 3 bulan tapi hendaklah dibiar pada suhu bilik hingga lembut semula sebelum diletak topping dan dibakar. Topping yg sudah dimasak boleh disimpan di dalam freezer tetapi topping seperti tomato, cili Benggala dll eloklah digunakan yg segar.

Apakah perbezaan antara yis kering, yis basah, yis segera dan ragi? Bolehkah ia ditukar antara satu sama lain?
Yis kering = termasuklah yis segera Yis segera = mauripan (dlm paket) Yis basah dijual di dalam freezer, dipotong sebanyak mana yg hendak digunakan saja. Boleh ditukar tetapi hendaklah mengikut kaedah yg betul. Yis basah mesti dicampur air suam bergula dan dibiar berbuih (kembang) sebelum dicampur ke dalam tepung. Yis segera boleh dicampur terus ke dalam adunan.


Zulhazri Wan
putera_hazri1104@yahoo.com

Kek Kukus Prun Boleh tak saya nak minta resipi kek kukus prun?

KEK KUKUS PRUN
8 biji kuning telur
3 biji putih telur
50 ml susu cair
1 sudu besar Quick 75/ovalette
225 g gula kastor
100 ml susu pekat
220 gm tepung serbaguna
125 ml minyak jagung
200 gm prun, dihiris halus

Cara membuatnya:
1. Pukul kuning telur, putih telur, susu cair, vanila, Quick 75, gula kastor, garam, susu pekat dan tepung hingga gebu dan kembang.
2. Masukkan pula minyak dan prun, gaul rata-rata dengan senduk kayu. 3. Alas tin 20 sm dengan kertas kalis minyak, lengserkan.
4. Tuangkan adunan dan tutup (longgar dengan foil).
5. Kukus selama 1 jam atau hingga masak.
6. Biar kek sejuk atas redai sebelum dihiris.


Norzuliza Kuantan, Pahang.
norliza_70@yahoo.com.my

Apam Berkuah Saya sudah lama teringin untuk membuat apam berkuah. Boleh puan beri tunjuk ajar untuk membuat kuah apam?

APAM BERKUAH MELAKA
6 gm yis segera } ¼ sudu teh gula kastor} satukan, biar kembang 60 ml air suam } 625 ml air kelapa ½ biji kelapa parut sedikit pewarna biru Bahan A 300 gm tepung beras 25 gm tepung pulut ½ sudu makan tepung jagung sedikit garam

Bahan Kuah
200 ml santan (dari 1/2 biji kelapa) 20 gm tepung gandum 3 biji pisang raja – dihiris serong 20 gm gula merah 30 gm gula pasir

Cara membuatnya:
1. Ambil 300 ml air kelapa, perah dengan ½ biji kelapa. Ketepikan.
2. Satukan 40 g bahan A dengan baki air kelapa. Kacau atas api perlahan hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.
3. Campur baki A dengan santan kemudian gaul dengan adunan yang sudah dimasak tadi.
4. Masukkan campuran yis dan kacau sebati. Isikan ke dalam bekas bertutup. Biar selama 2-3 jam atau hingga kembang.
5. Asingkan 3-4 sudu makan adunan, bubuh pewarna biru.
6. Panaskan kuali leper yang melengkung, sapukan sedikit minyak dan biar panas.
7. Bubuh satu senduk kecil adunan ke dalam kuali. Bila mulai berbuih, sudukan sedikit adunan biru ke atasnya.
8. Tutup kuali sebentar. Bila apam masak, angkat.
9. Untuk kuah: Jerang semua bahan hingga mendidih kemudian angkat.


Nor Hazrina binti Awang
hazrina_1523@walla.com

Mixer & Breadmaker

Sekali lagi sbg peminat setia ruangan ini dari luar negara, saya ingin bertanya mengenai pemilihan peralatan memasak. Food mixer dan food processor, apakah ciri-ciri pilihan yang perlu ada dan antara contoh jenama terbaik peralatan tersebut?
Food mixer perlu ada banyak pilihan aksesori untuk memukul, mengembangkan dll serta kapasiti mangkuk KELULI yg mudah dibersihkan. Elak dari membeli bermangkuk PLASTIK kerana sukar dicuci. Food processor perlu ada aksesori membuat jus, mencincang, membuat chips (kentang), mengisar dll. Mangkuknya harus bertutup dan mempunyai kaedah menuang cecair dari atas.

Di UK, kebanyakan jenama menggabungkan ke dua-dua mesin ini tetapi selalunya apabila digabungkan, peralatan food mixer bersaiz kecil sahaja. Saya berminat dengan jenama Kenwood tetapi saiznya besar dan mahal bila dibeli berasingan. Jenama lain yang ada ialah Bellini, Russel Hoobs, Moulinex dan Breville.
Buka laman web mereka dan tengok (jika ada) komen pembeli. Boleh juga beli BBC Food Magazine dan tengok recommendations. Saya tiada pengalaman menggunakan jenama2 tersebut tetapi Moulinex adalah jenama yg sangat popular dan bertahan semenjak 40 tahun lalu (lebih kurang sama dengan Kenwood).

Adakah benar pendapat mengatakan stand mixer tidak baik kerana kurang pengudaraan semasa menguli?
Tidak benar. Jika kuasanya tinggi, ia boleh menguli dengan baik terutama doh roti dan kek. Membuat biskut tak perlukan pengudaraan banyak atau ulian lama.

Breadmaker bagaimanakah yang sesuai untuk suri rumah seperti saya yang turut bekerja?
Yg mempunyai TIMER kerana anda boleh masukkan semua bahan dan setkan masanya, ia akan menguli dan membakar sekali gus. Bila bangun bersarapan, roti yg panas sedia menanti. Pilih yg ada buku panduan khusus untuk jenama itu.


Pn Soundra
Jalan Klang Lama
msoundra@yahoo.com

Resipi Peneram

Hello puan. Saya dan keluarga suka makan kuih peneram dan selalunya
membeli di kedai. Kini, saya amat berminat untuk belajar cara membuatnya.
Saya harap puan dapat membantu. Terima kasih.

PENERAM
250 g gula merah
2 helai daun pandan, disimpulkan
250 g gula pasir
250 ml air
500 g tepung beras
Minyak masak

Masak 4 bahan pertama hingga mendidih. Kacau selalu.
Angkat dan tapis ke dalam mangkuk berisi tepung beras (panas-panas).
Kacau cepat-cepat menjadi doh.
Tutup dengan tuala. Perap selama 5 jam.
Bila sejuk, canai dan terap bentuk gelang dengan lubang di tengah*.
Goreng dalam minyak panas hingga masak.

*Kalau keras, tambah sedikit air suam dan uli hingga lembut.

________________________________________

Sabarina Abdullah
Bukit Katil, Melaka
Al_kalam@yahoo.com

Kek Kukus

Puan, saya berminat untuk membuat kek kukus. Bolehkah puan berikan resipi kek kukus tanpa menggunakan cream of tartar? Terima kasih.

KEK KUKUS
120 g tepung berprotin tinggi
90 g tepung gandum
1 camb tepung kastard
240 g gula kastor
120 g mentega cair
3 biji telur, pukul dgn 1 camt vanila
180 ml susu segar
3 camt serbuk penaik

Ayak 3 bahan pertama.
Masukkan 4 bahan berikutnya, pukul (satu arah saja) hingga kembang.
Bubuh serbuk penaik, kacau sebati.
Tuangkan ke dalam tin 22 cm yg dialas dan dilengser dgn marjerin.
Tutup longgar dengan foil (kertas aluminium).
Kukus api kuat selama 40 min atau hingga masak.
Bila sejuk, potong dan hidangkan.


________________________________________

Roslee
Sentul, KL
ngkape@tm.net.my

Kuih Bantal

Assalamualaikum. Pernahkah puan dengar kuih bantal? Bolehkah dapatkan resipinya dan kuahnya sekali?
Saya harap inilah resipi yg anda cari.

KUIH BANTAL RAJA
Bahan kulit
300 g tepung gandum
580-620 ml santan (dari 1 biji kelapa)
2 biji telur
Garam
Sed pewarna kuning
Minyak utk mendadar

Bahan lauk
2 labu bawang besar, dikiub kecil
300 g daging lembu, dikisar
2 kuntum cengkih } ditumbuk
1 pelaga (ambil biji) }
¼ camt serbuk pala
2 cm halia } dikisar
4 ulas bawang putih }
6 biji bawang merah }
5 tangkai daun sup, dihiris
5 tangkai daun bawang, dihiris
Garam, serbuk lada sulah
Minyak utk menumis

Bahan sadur
2 biji telur, dipukul dgn garam
Serbuk roti secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Satukan 8 bahan pertama lauk, biar 1 jam.
2. Panaskan minyak, goreng lauk tadi hingga daging empuk (tambah sedikit air jika perlu).
3. Bubuh daun sup, daun bawang, garam dan serbuk lada sulah. Angkat, biar sejuk.
4. Satukan semua bahan untuk kulit (adunan hendaklah seperti membuat dadar).
5. Buatkan kepingan dadar, isikan dengan lauk.
6. Bungkus seperti bantal. Celup dalam telur.
7. Salut dengan serbuk roti kemudian terus goreng dalam minyak panas hingga keemasan.
8. Hidangkan dengan sos cili (dalam botol) atau sebarang sos cili lain untuk popia (pernah saya berikan resipinya di dalam ruangan SJ).

________________________________________

agos salim mohamed nor
agossalim@gmail.com

Kuih Bangkit

Saya buat kuih bangkit tapi tak bangkit pun, keras mcm batu.

Cuba resipi ini, pastikan campuran tepung benar2 kering supaya kuih menjadi "ringan" dan bangkit semasa dibakar. Gula dan telur hendaklah dipukul hingga kembang.

KUIH BANGKIT
300 g tepung sagu
100 g tepung ubi
3 helai daun pandan, dipotong 3 cm
180 g gula kaster
2 kuning telur Gred A
150-160 ml santan (1/2 kelapa)

Kacau 3 bahan pertama atas api perlahan selama 13 minit.
Angkat, ayak ke dalam dulang. Jemur selama 6-8 jam di bawah terik matahari.
Pukul gula dan telur hingga gula hancur.
Masukkan santan, kacau rata. Ayak tepung ke dalamnya.
Gaul menjadi doh. Ambil sedikit, tekan di dalam acuan bangkit (tabur sedikit tepung dulu).
Potong bahagian yg berbaki. Ketuk supaya kuih keluar.
Susun atas tin pembakar yg ditabur tepung ubi.
Bakar pada 170 C selama 25 min atau hingga masak.

________________________________________

Hartini
hartini@tylon.com

Tip Kek Buah

Assalamualaikum. Terima kasih kerana bagi tip bagaimana untuk kukus kek buah sebanyak 2 tingkat. Memang menjadi.

Saya ada lagi soalan berkaitan kek kukus. Bagaimanakah utk mendapatkan kek kukus yg lembap? Kek kukus yg saya buat tidak berapa lembap.

Dalam buku Rahsia Dapur, puan ada bagi tip dengan mencampurkan gliserin atau merendamkan mix fruit dengan jus limau selama 4 jam. Manakala dlm buku Langkah2 Memasak terbitan Alaf 21, puan ada bagi tip dgn membalut acuan kek selepas masak dgn aluminium foil.

Soalan saya,

1. Berapa banyakkah gliserin yg diperlukan utk kek buah kukus yg menggunakan 250 g butter, 350 g mix fruit dan 300g tepung gandum?
60 ml atau 1/4 cawan

2. Selepas merendamkan mix fruit dengan jus limau, perlukah saya toskan dahulu mix fruit itu atau biarkan mix fruit itu terendam dgn jus utk digaul dgn tepung? Ini kerana biasanya mix fruit itu saya gaul dengan tepung dan soda bikarbonat.
Biarkan terendam, masukkan selang seli dgn campuran tepung dan soda ke dalam adunan mentega-gula. Mungkin perlu ditambah 2-3 camb tepung lagi jika agak lembik.

3. Untuk berapa lamakah loyang/acuan perlu dibalut dengan aluminium foil dan perlukah dibalut keseluruhan loyang atau bahagian atasnya sahaja? Biasanya bila mengukus, saya akan tutup dgn aluminum foil utk mengelakkan air masuk
Selepas masak, balut keseluruhan loyang hingga kek sejuk.


________________________________________

Sue Ryani
Jurong, Singapore.
sueiqinn_97@hotmail.com

Kuih Kaswi

Assalamualaikum. Saya gemar membuat kuih-muih Melayu. Salah satu daripadanya ialah kuih kaswi. Ramai yang memberikan saya pendapat pelbagai jenis tepung untuk membuatnya tetapi selalu hasilnya keras. Bolehkah saya dapatkan resipi kuih kaswi yang betul?

KUIH KASWI
120 g tepung beras
50 g tepung ubi
85 g tepung Hoen Kwee (putih)
½ camt air kapur
300 ml air
500 ml air
150 g gula melaka
120 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpulkan
Kelapa parut putih + garam (utk hidangan)

Satukan 5 bahan pertama dalam mangkuk besar.
Jerang 4 bahan seterusnya hingga gula hancur.
Tapiskan ke dalam tepung dan kacau dgn senduk kayu hingga sebati.
Lengser loyang 20 cm dgn minyak, kukus selama 5 min.
Kacau adunan atas api perlahan hingga hampir pekat.
Tuangkan ke dalam loyang dan kukus api kuat selama 40 min atau hingga masak.
Biar sejuk sebelum dipotong dan disajikan dgn kelapa parut.

*Utk kuih yg lebih gelap, tambah beberapa titik kicap hitam.

________________________________________

Hanis Maisarah Omar Zamri
hanismysarah@yahoo.com

Murtabak Singapura

Saya suka makan murtabak Singapura yang dagingnya berbiji dan ditabur di atas telur. Bagaimana menyediakan daging tersebut? Ia berbiji dan sedap sebelum ditabur? Boleh ke saya dapatkan keseluruhan resipi murtabaknya? Bagaimana membuatnya frozen?
Resipi tiada di dalam simpanan tetapi selalunya, daging "berbiji" kerana dimasak dgn rempah lama (jadi seperti serunding). Antara rempah yg selalu digunakan adalah campuran rempah kari dan serbuk jintan manis.
Ia perlu dibakar sebentar pada suhu 200 C selama 8-10 min atau sehingga "agak kering" barulah dibiar sejuk dan dibungkus dengan kertas kalis minyak atau plastik berlapik sebelum diletakkan di dalam freezer. Pastikan plastik kedap udara supaya kesegaran murtabak terjamin.

________________________________________

Mohamad Nazri Zakaria
nazrizak@bnm.gov.my

Sambal Nasi Lemak

Saya ingin meminta resipi untuk membuat sambal nasi lemak. Saya telah mencuba banyak kali tetapi semuanya tidak menjadi. Ini mungkin kerana saya tidak pandai mengagak sukatan gula, garam, asam dan sebagainya. Banyak buku resipi hanya menyatakan ‘gula dan garam secukup rasa’. Saya harap permintaan saya dapat dipenuhi. Terima kasih.

SAMBAL BILIS NASI LEMAK
250 g ikan bilis, dibersihkan
1 camb asam jawa + 250 ml air
4 camb gula merah/melaka
1 camt gula pasir
60 ml sos tomato }
60 ml sos cili } bahan A
150 ml air }
350 ml air
2 labu bawang besar, dihiris bulat
100ml minyak
1-2 camt garam

Kisar halus
20-25 cili kering*, digunting & rendam
2 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan air asam jawa, kacau tanpa henti atas api sederhana hingga mendidih. Bubuh 1 camt garam dan gula merah dan gula pasir.
3. Perlahankan api, renihkan selama 15-20 min atau hingga terbit minyak. Tuangkan 350 ml air dan masak lagi atas api sederhana perlahan hingga terbit minyak.
4. Campurkan A, kacau hingga naik minyak sekali lagi. Bubuh ikan bilis dan bawang, kacau sekali sekala. Bila elok pekatnya, rasa dan tambah garam jika perlu kemudian angkat.

*Ikut suka pedasnya (bergantung pada jenis cili kering). Jika guna pes cili atau cili boh, gunakan 3-4 camb. Oleh kerana sambal ini dimasak lama, ia tahan 2 hari dan tidak mudah basi.

________________________________________

Haizatul Akmar Harun
Bkt Indah, Ampang
haizatulakmar@gmail.com

Aiskrim Goreng

Assalamualaikum. Saya pernah sekali makan aiskrim goreng. Rasanya sedap. Anak-anak pun suka, tapi saya tak tahu macam mana nak membuatnya. Harap Kak Lina dapat berikan resipinya.

AISKRIM GORENG
2 liter aiskrim (perisa ikut suka)
minyak utk menggoreng terendam
lidi sate
serbuk/reja kek span
serbuk roti secukupnya

Bahan salut
125 g tepung gandum
125 ml susu segar
125 ml air
3 biji putih telur

Ambil aiskrim menggunakan ‘scoop’ aiskrim. Bungkus setiap bebola dengan kertas aluminium. Susun di dalam bekas besar dan tutup kemas bekas tersebut. Turunkan suhu peti pembeku (freezer) ke tahap paling minima (paling sejuk). Biar aiskrim di dalam peti pembeku selama 12 jam.
Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek span. Bungkus dengan kertas aluminium semula dan letak di dalam peti pembeku sekali lagi selama 12 jam.
Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tepung. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk (rak bawah) selama 45-60 min.
Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut. Golek di dalam serbuk roti. Bubuh semula di dalam peti pembeku selama 2-3 jam.
Panaskan minyak (jangan terlalu panas hingga berasap), kemudian goreng bebola (jangan terlalu banyak pada satu masa) hingga keemasan. Sajikan segera.


________________________________________

Peminat Alaf 21
haqim66@yahoo.com

Dodol

Puan, saya amat memerlukan resipi dodol tradisional Melaka. Terima kasih.

DODOL
1 kg gula merah
800 g gula melaka, dipotong kecil
750 ml air
3 helai daun pandan
900 g tepung pulut
150 g tepung beras
1 liter santan pekat } dari 6 biji kelapa
2 liter santan cair }

Jerang 4 bahan pertama hingga mendidih dan gula hancur. Angkat.
Larutkan tepung pulut dan tepung beras dengan santan cair.
Tuang ke dalam kuali besar.
Tapiskan air gula ke dalam campuran tepung. Kacau rata.
Masak dan kacau atas api perlahan hingga pekat.
Tuangkan santan pekat dan kacau hingga kental dan berkilat.

*Jika dodol tak melekat pada jari, bermakna ia sudah masak.
Ratakan dalam dulang yg dilapik daun pisang dan biar sejuk.


________________________________________

Liya
hijratunnisa_dini@yahoo.com

Kulit Popiah

Sekarang ini ada pelbagai jenis kulit popiah yang dijual di pasaran tetapi jenis manakah yang terbaik?
Semua hampir sama. Jenis campuran bertelur lebih lemak daripada yg biasa.

Adakah alternatif lain sekiranya kulit popiah sudah keras?
Digoreng seperti popadom dan disira dgn sambal atau gula halus dan dimakan seperti kudapan (snek) atau keropok.

Terima kasih.

________________________________________

Siew Jing
csiewjing@yahoo.com

Biskut Jepun?

Puan, abang saya amat suka makan sejenis biskut dengan rumpai laut hijau
(macam biskut Ginbis Jepun). Harap puan boleh membantu dengan resipinya.

BISKUT NORI
75 g tepung naik sendiri
75 g tepung gandum tulin (wholewheat flour)
25 g oatmeal
4 camb serbuk nori
125 g mentega/marjerin
40 g gula demerara
2-3 camb susu segar

Satukan 4 bahan pertama. Gaul dengan mentega hingga sebati (seperti serbuk roti). Masukkan gula dan sedikit demi sedikit susu hingga jadi doh.
Canaikan setebal 3 mm (nipis) dan potong empatsegi. Susun atas tin pembakar yg sudah dilengser marjerin. Bakar pada 190 C selama 15 min atau hingga keperangan (masak).

Puan, di mana boleh saya membeli rumpai laut hijau (seaweed powder atau Green Nori Flake or Ao Nori) kerana saya pernah mencarinya di Jusco tapi tak dapat. Harap puan boleh membantu. Terima kasih.
Sepatutnya ia ada dijual di Jaya Jusco terutama di Midvalley kerana section makanan Jepunnya sangat besar. Jika tiada, boleh mencarinya di Hock Chun, Jln Ampang (sebelah Victoria Station, berhadapan dengan Amp Walk-shopping complex). Jika anda beli Nori biasa dan digunting atau kisar halus dengan sedikit gula kaster, ia akan menjadi serbuk.

________________________________________

Rozeyani bt Mohd Amir
Pasir Gudang, Johor.
syahirah_91libragurlz@yahoo.com.my

Roti Tawar

Saya membuat pelbagai jenis roti dan ingin mempelbagaikan lagi roti saya. Oleh itu, saya ingin mengetahui resipi roti tawar (roti potong-potong).

ROTI PUTIH
500 g tepung roti
25 g gula kastor
10 g garam
7 g bread improver
10 g yis segera
25 g lemak sayuran
20 g mentega
260-270 ml air

1. Satukan 4 bahan pertama hingga sebati.
2. Masukkan yis, gaul. Campurkan mentega dan lemak sayuran, gaul lagi.
3. Tuang sedikit demi sedikit air, uli menjadi doh lembut. Uli atas papan pencanai hingga kenyal (elastic). Cara menguli akan menentukan samada roti lembut atau sebaliknya.
4. Bungkus dan biar 30-40 min atau hingga kembang (pada suhu bilik, jangan di tempat sejuk).
5. Uli semula ke saiz asal kemudian gulung ketat doh supaya tiada ruang udara di dalamnya.
6. Letak doh dalam acuan roti (bertutup, ukuran 18x12.5x11.5cm) yg dilengser dgn sedikit lemak sayuran. Biar 1 jam atau hingga memenuhi 3/4 acuan.
7. Bakar pada 200 C selama 35-40 min.

________________________________________

Nureen Syazwana
Klang, Selangor.
ns_jiha@yahoo.com.my

Kuah Rojak Singapura

Bagaimana caranya untuk membuat kuah ‘rojak Singapore’? Anak saya amat menggemarinya dan saya selalu membelinya di pasar malam Klang.

KUAH ROJAK SINGAPURA
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji cili merah
1 camb pes cili
4 camb minyak
150 g keledek, direbus dan lecek
2 camb gula melaka
100 ml air + 1 camb asam jawa (air asam)
450 ml air
130 g kacang tanah, digoreng & tumbuk
Garam secukupnya

Kisar 4 bahan pertama. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan semua bahan lain, kacau hingga mendidih.
Perlahankan api, kacau sekali-sekala hingga pekat.
*Jika terlalu pekat, tambah air mendidih.

Apa bancuhan yang perlu kita buat bagi menyalut / memastikan bebola yg ‘plain’ (spt ketam, udang, dsb) tidak kecut dan bertambah enak apabila digoreng??
Celup bebola dalam susu segar, salut dgn tepung jagung kemudian baru diikuti dengan adunan tepung gorengan (batter) dan goreng dlm minyak yg banyak hingga keemasan.

Bagaimana bancuhan untuk membuat salutan tempura?
TEMPURA
150 g tepung gandum
150 g tepung jagung
½ camb serbuk penaik
1 biji telur, dipukul
240-250 ml air air
250 ml air soda, dibiar sejuk

Satukan telur dan air ais. Masukkan tepung yg diayak.
Tuangkan air soda dan pukul dengan pemutar belon hingga sebati.


________________________________________

Siti Aminah
hanit2005@yahoo.com

Peanut Butter

Puan tahukah adunan tepung waffle untuk dibuat jualan?
Waffle
½ camt garam
1 camt soda penaik
3 biji telur
1 ¾ c tepung gandum
½ c mentega, dicairkan
1 ½ c susu segar + 1 camb jus limau (kacau, biar 10 min)
2 camt serbuk penaik
Acuan waffle

Pukul telur hingga sebati. Masukkan tepung, campuran susu, serbuk penaik, soda penaik, garam dan mentega. Kacau sebati. Tuang sedikit ke dalam acuan waffle kemudian tutup. Bila sudah masak, keluarkan.
*Jika acuan jenis melekat, hendaklah disapu terlebih dulu dgn marjerin cair.

Bolehkah puan berikan resipi ‘peanut butter’? Untuk membelinya selalu, terlalu mahal bagi saya.

PEANUT BUTTER
1 1/2 c kacang tanah, dibakar & kupas kulitnya
1 camb minyak kacang

Utk peanut butter halus:
Campur kacang dan minyak, proses/kisar hingga halus di dalam food processor. Simpan di dalam bekas kedap udara. Letak di dalam peti sejuk. Tahan selama 2 minggu.

Utk peanut butter kasar:
Asingkan ¼ cawan kacang tanah.Campurkan baki kacang dengan minyak, proses hingga halus.Masukkan ¼ cawan kacang tanah tadi, kisar selama beberapa saat lagi. Simpan seperti tadi.

Bagaimanakah cara yang mudah untuk membuat ‘topping’ menggunakan serbuk koko?

BUTTER CREAM KOKO
(Aising Mentega)
sukatan utk melapisi dan menutupi seluruh kek bulat berukuran 8 inci/20 cm

150 g mentega (lembut, pada suhu bilik)
250 g gula aising, diayak
30 gm serbuk koko, diayaj
1 camt vanila
1-2 camb susu segar

Cara membuatnya:
Putar mentega hingga halus. Masukkan sedikit demi sedikit gula dan serbuk koko, putar hingga putih dan agak gebu. Bubuh vanila dan sedikit susu supaya krim lebih ringan dan wangi. Bila kepekatannya sesuai, bolehlah disapu pada kek.

________________________________________

Zainal Hj Md Ripin
Bandar Bukit Puchong
zainal_izack@yahoo.com

Kebab

Bagaimana cara nak buat kebab ayam/daging yang lazat sekali untuk dibuat berniaga?
Perap Daging Kebab
750 g daging
1/4 labu bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
1 camb parutan halia
2 camb jus lemon
2 camt serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan putih
2 camt garam masala
1/3 cawan dadih
1 camt garam
sedikit gula

Daging boleh dipotong kiub lebar atau dihiris nipis dan susun mendatar pada besi pemanggang.
Satukan semua bahan, perap dalam bekas bertutup selama 3-4 jam. Cucuk pada besi atau lidi kemudian panggang atau gril dalam oven hingga masak.

________________________________________

Eima Sarif
Ampang, Selangor
hikmah@doe.gov.my

Pai Ayam

Saya harap dapatlah puan memberi saya resipi pai ayam iaitu cara membuat kulit dan intinya sekali. Saya harap bahan-bahannya senang untuk diperolehi di pasar raya. Terima kasih.

PAI AYAM
Bahan pastri
400 g tepung gandum
sedikit garam
100 g marjerin
100 g mentega
60-70 ml air ais
Kuning telur, utk sapu

Bahan Lauk
3 camca besar minyak
3 biji bawang merah } dicincang halus
2 ulas bawang putih }
300 gm dada ayam, dikiub
200 gm ubi kentang, dikiub dan rebus
200 gm cendawan dalam tin, dihiris
60 gm sayuran campur
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Sos putih
30 g mentega
30 g tepung gandum
100 ml susu segar
200 ml air

Cara membuatnya:
1. Untuk lauk: Panaskan minyak, tumis bawang hingga terbit bau. Masukkan ayam, kacau hingga masak.
2. Masukkan bahan lain, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga kering kemudian angkat.
3. Cairkan mentega, masukkan tepung dan kacau 1-2 minit. Masukkan susu dan air, kacau hingga pekat. Angkat dan campurkan dengan cendawan tadi. Biar sejuk.
4. Untuk pastri: Gaulramas tepung, garam, marjerin dan mentega. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli menjadi doh. Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
5. Canai pastri dan terap dengan acuan bulat. Alas tin-tin pai yang kecil. Isikan dengan lauk ayam. Basahkan kelilingnya dan tutup dengan sekeping pastri lagi.
6. Sapu kuning telur kemudian cucuk atasnya dengan hujung pisau. Bakar pada 200 C selama 35-40 minit atau hingga keperangan.

________________________________________

Hanis Maisarah Omar Zamri
hanismysarah@yahoo.com

Soto

Bagaimana untuk membuat pes soto yang boleh disimpan? Apakah mereka memakai pengawet dan di mana untuk membeli pengawet tersebut?
Rempah Soto
5 cm lengkuas
2 batang serai
1 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
¾ sudu teh serbuk pala
1 sudu teh serbuk lada hitam
gula & garam secukupnya

Cara:
Kisar semua bahan hingga halus. Simpan dlm bekas bertutup yg diletak di bahagian bawah rak peti sejuk. Sukatan utk 1 ekor ayam, anggaran 2.5 liter air.

Bahan Pengawet boleh dibeli di kedai barangan bakeri atau di kedai ubat Cina (sinseh). Dapatkan yg khusus untuk rempah ratus kerana ia berbeza dengan utk kuih-muih/kek dll. Lazimnya rempah yg dipek begitu mengandungi bahan pengawet kecuali jika disimpan di dalam peti sejuk (tahan lama tanpa pengawet).


________________________________________

Zai
nerium@streamyx.com

Kuih Goyang

Saya ingin mencari resipi kuih goyang. Terima kasih.

KUIH GOYANG
300 g gula halus
2 biji telur
750 ml santan (1 kelapa)
500 g tepung beras, diayak
1 camt esen ros/mawar
Garam secukupnya
Minyak utk menggoreng

Pukul gula dan telur hingga pekat.
Masukakn santan, tepung, garam dan esen ros.
Kacau rata. Panaskan acuan bentuk bunga di dalam minyak panas yg banyak.
Celup acuan ke dalam adunan sehingga hampir separas.
Masukkan ke dalam minyak panas dan goyang sehingga ia tanggal dari acuan.
Goreng hingga keemasan kemudian angkat.

*Pastikan acuan cukup panas, jika tidak kuih akan melekat dan susah tanggal.
Adunan yg pekat akan menghasilkan kuih yg tebal dan kurang rangup.
Minyak hendaklah panas sederhana. Bila dah panas, perlahankan api.


________________________________________

Hazrina Awang
London, UK.
hazrina_1523@walla.com

Pencuci Mulut

Saya salah seorang pengunjung laman web ini. Saya amat tertarik dengan bantuan dan penerangan masakan yang diberi. Kini, semenjak di luar negara, saya perlu mempelbagaikan lagi masakan keluarga. Maklumlah, halal food ready cooked mahal dan yang menepati selera sukar dijumpai.

Saya turut mempunyai masalah mendapatkan bahan masakan untuk membuat singgang ikan tongkol, iaitu lengkuas dan kunyit hidup. Bolehkah saya menggantikannya dengan bahan lain? Masakan ini amat digemari anak saya dan suami.

Kunyit hidup boleh digantikan dgn kunyit serbuk. Jika ada serai, boleh digantikan dgn lengkuas. Semasa di England dulu, saya biasa menanam serai, lengkuas dan kunyit di dalam pasu yg diletak di tepi tingkap (semasa musim dingin) dan dibawa keluar (halaman atau beranda semasa musim panas) - memang ia boleh hidup. Selain itu, bila berpeluang balik (atau minta dikirimkan): lengkuas/kunyit/serai dihiris, dijemur kering dan dimasukkan ke dalam beg plastik. Memang tahan lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Gunakan bila membuat singgang atau rendam dalam air panas hingga kembang (utk rendang dll).

Bolehkah saya memasak apam balik menggunakan non-stick pan?
Boleh, hanya bahagian tepinya tidak terbentuk sempurna (hanya macam pancake).

Bolehkah puan emelkan saya beberapa resipi puding atau pencuci mulut yang ringkas, lazat dan tidak menggunakan agar-agar? Terima kasih.

CREME BRULEE
4 biji kuning telur
1 camb gula kastor
600 ml krim (whipping)
sed esen vanila
1/2 c gula kastor (utk atasnya)

Pukul telur dan gula hingga sebati. Letak krim dalam periuk kecil, letak periuk dalam air mendidih perlahan (periuk besar). Kaedah ini dinamakan 'double boiler' supaya krim tidak hangus. Bila krim suam, masukkan campuran telur. Kacau tanpa henti hingga pekat (pastikan air di bawah periuk mendidih perlahan). Masukkan vanila.Tapiskan ke dalam 6 mangkuk kecil yg tahan panas. Letak mangkuk dlm tin pembakar berisi 2.5cm air. Bakar dlm oven 140 C selama 40 min. Biar sejuk sebelum diletak dlm peri sejuk semalaman. Taburkan gula kastor, grill hingga gula di atasnya menjadi keperangan. Biar sejuk kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan.

PUDING COKLAT
125 g coklat masakan, dihiris
2 1/2 c susu segar
2 biji telur
2 biji kuning telur
2 camb gula kastor

Letak coklat dgn susu dlm periuk. Didihkan perlahan selama 2 min, angkat. Pukul telur, kuning telur dan gula, tuangkan campuran coklat. Kacau rata kemudian tapiskan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil. Letak mangkuk dalam tin pembakar berisi air (paras air mencecah 2.5cm di luar mangkuk). Bakar selama 40 min dalam oven 180 C. Biar sejuk sebelum dihidangkan.

________________________________________

Puan Ruzinita
Kuala Lumpur.
anita1ms@yahoo.com

Ayam Masala

Puan, bolehkah saya dapatkan resipi Ayam Masala? Terima kasih.

AYAM MASALA
1 c dadih asli
1 camb jus lemon
2 camt serbuk jintan putih
1 camt serbuk kayu manis
2 camt serbuk lada hitam
1 camb halia tumbuk
Garam
3 keping dada ayam, dipotong
1 camb mentega
1 ulas bawang putih, dicincang halus
1 biji cili merah, dicincang
2 camt serbuk jintan putih
2 camt serbuk cili
Garam
8 oz tomato sos
1 c krim/santan (1 kelapa)

Satukan dadih, jus lemon, 2 camt jintan putih, kayu manis, serbuk lada hitam, halia dan garam. Gaul dgn ayam, tutup dan biar dalam peti sejuk selama 1 jam.
Gril atau bakar hingga ayam keperangan (setengah masak).
Cairkan mentega, tumis bawang putih dan cili selama 1 min.
Masukkan serbuk jintan, cili dan garam. Tuangkan sos tomato dan santan. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat. Masukkan ayam gril dan kacau sekali-sekala hingga masak sebelum diangkat.

*Utk mudah menggril (panggang), cucuk ayam pada lidi atau besi pemanggang.


________________________________________

Agos Salim Mohamed Nor
agossalim@gmail.com

Kuih Bakar

Bagaimana nak buat kuih bakar? Apakah bahan2 yg diperlukan?
KUIH BAKAR
6 biji telur
180 g gula kastor
320 g tepung gandum
Sedikit pewarna hijau
Garam

Ambil santan*
1 biji kelapa parut (600 gm)
10 helai daun pandan, dikisar
800 ml air

*Ramas semua sekali utk 800 ml santan.

Cara membuatnya
Pukul telur dan gula hingga sebati.
Masukkan tepung berselangseli dengan santan.
Bubuh pewarna dan garam, tapiskan.
Tuang ke dalam loyang 22 cm yg dilengser dgn marjerin.
Bakar api atas dan bawah pada suhu 180 C selama 45 minit atau hingga masak dan keperangan.


________________________________________

Nurul Huda Abdul Wahab
Jalan Jati 3/6, Shah Alam.
nurul5300@yahoo.com

Cupcakes & Icing

Saya amat berminat untuk membuat cupcakes dgn butter cream icing & telah beberapa kali mencuba membuatnya. Resipi icing yg saya gunakan adalah campuran vegetable shortening dan butter (equal parts), icing sugar. Masalahnya, icing jadi cepat lembut especially during transportation. Boleh tak puan beri petua bagaimana utk icing itu bertahan lama serta yg mana satu resipi icing yg paling sesuai utk cupcakes?
Resipi aising paling sesuai adalah menggunakan marvello atau krimwell dgn butter atau marjerin dan gula aising. Oleh kerana kandungan butter rendah, aising tahan walaupun dalam perjalanan yg jauh. Resipi pernah saya berikan dulu, harap semak semula di ruangan SJ Masakan.

Lagi satu, saya juga amat berterima kasih jika puan dpt memberikan resipi untuk glazed icing yang sesuai untuk cita rasa orang kita & tidak terlalu manis. Terima kasih sekali lagi.
Glazed icing memang sedia manis (campuran air/susu suam dengan gula aising) dan tiada cara mengurangkan kemanisannya. Mungkin boleh kurangkan kemanisan kek saja.

________________________________________

Lee Yock Chan
Bandar Sunway
yock_chan18lee@yahoo.com

Fatt Koh

Harap puan boleh menberitahu saya bagaimana membuat Fatt Koh cara orang Cina yang biasa dijual di pasar pagi atau malam. Saya juga perlukan resipi dan cara-cara membuatnya. Terima kasih.

FATT KOH BERSANTAN
2 biji telur
100 g gula perang
130 ml santan pekat (1/2 biji kelapa)
250 g tepung berprotin rendah
1 camb serbuk penaik berganda (double action baking powder)

Bahan A
130 ml air
150 g gula melaka
2 helai daun pandan, disimpulkan

Ayak tepung dan serbuk penaik. Jerang A hingga gula larut. Tapiskan air gula tadi, biarkan sejuk. Campurkan dengan santan pekat. Putar telur dan gula perang hingga kembang. Masukkan bahan ayak, gaul rata. Tuangkan campuran santan tadi. Kacau dengan senduk kayu hingga adunan tidak bergentel. Panaskan acuan kecil di dalam pengukus selama 3-4 min. Letak mangkuk kertas dalam acuan kecil. Tuangkan adunan (jangan terlalu penuh) dan kukus dengan api kuat selama 30-35 min.

FATT KOH BERTAPAI
Bahan Tapai

225 g nasi (dibiar semalaman)
1 keping teem chow paeng (sejenis ragi tapai)
2 camb air

Air Gula Melaka
250 g gula melaka
125 g gula pasir
garam secukupnya
400 ml air
2 helai daun pandan, disimpulkan

Adunan
600 g tepung beras
400 ml air
1 camb Eno (garam buah-buahan dlm paket)

Ratakan nasi di dalam bekas plastik. Letak ragi dalam pengayak kecil, hancurkan sambil ditabur di atas nasi. Bubuh air dan kacau rata. Tutup bekas kemas-kemas dan peram di tempat gelap pada suhu bilik selama 2 jam utk dijadikan tapai.
Jerang bahan air gula hingga mendidih. Bila gula larut, angkat dan tapiskan kemudian biar sejuk. Gaul tepung beras, air dan tapai hingga sebati. Masukkan air gula melaka dan kacau menjadi batter. Tutup dengan tuala lembab dan biar pada suhu bilik selama 2 jam atau lebih. Tapiskan ke dalam mangkuk bersih dan bubuh Eno. Kacau rata-rata. Panaskan acuan/mangkuk kecil di dalam pengukus. Isikan adunan dan kukus dengan api kuar selama 15-20 min atau hingga kuih merekah di atasnya.

________________________________________

Mochai WyriE
morkylolo@hotmail.com

Biskut Ala Famous Amos

Kakak saya ingin sgt untuk membuat biskut ala2 famous amos tu. Jadi, saya harap puan dapat memberi saya resipi seperti biskut famous amos tu...
BISKUT FAMOUS AMOS
1 cawan mentega
1 cawan lemak sayuran
2 cawan gula kastor
2 cawan gula perang
4 biji telur
2 tsp vanila
4 cawan tepung gandum
2 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk penaik
5 cawan oatmeal
24 oz cip coklat
1 camt garam
18 oz kepingan coklat, dihiris
3 cawan kacang bakar (campur), dicincang

Cara membuatnya:
Putar mentega/lemak sayuran dan kedua-dua jenis gula hingga ringan. Masukkan telur dan vanila. Satukan dengan tepung, oatmeal, garam, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Bubuh cip coklat, kepingan coklat dan kacang. Sudukan bentuk bebola dan atur atas tin pembakar pada jarak 5 cm. Bakar selama 12-15 min pada suhu 185 C.

________________________________________

Intanasyirah Ahmad Mokhtar
Sungai Petani, Kedah
syirah1979@yahoo.com

Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara membuat Laksa Sarawak? Saya ada mencari di internet tapi kebanyakan resipinya menggunakan perencah Laksa Sarawak yang hanya terdapat di Sarawak. Boleh puan dapatkan resipi Laksa Sarawak? Betulkah gunakan bihun sebagai laksanya?
Laksa Sarawak memang menggunakan bihun sebagai bahan utamanya.
Resipinya pernah saya berikan, sila semak semula.
Ini resipi PERENCAH atau REMPAHnya.

PERENCAH LAKSA SARAWAK
(dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 btg serai
1 1/2 cm kiub belacan
1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak

Nota: Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).

________________________________________

Rasidan Bin Hasan
rasidan@rtm.net.my

Beriyani Arab

Saya makan nasi ni di Jeddah masa buat umrah. Kami singgah makan di masjid terapung di Jeddah semasa dalam perjalanan ke Madinah dari Mekah. Ada katerer bawa makanan ke situ. Oleh kerana tempat agak gelap, saya tak pasti sangat kandungannya. Tapi nasinya warna kuning, mungkin guna safron sebab tak bau kunyit. Lauknya kambing atau ayam yg dipanggang. Nasinya agak lemak dan kambing/ayam menggunakan rempah. Itu je yang saya tahu. Biasanya nasi ni dimakan beramai-ramai dalam satu dulang. Dengarnya di Restoren Al Daifah ada, tapi tak pasti lagi.
Cuba resipi ni (mungkin serupa dgn yg anda cari, saya tak pasti).

BERIYANI ARAB dgn KAMBING PANGGANG
1 kg beras Basmathi, basuh & tos
150 gm minyak sapi
1.6 liter air rebusan daging
100 ml susu cair + 1 camb jus limau nipis (biar 15 min)
100 ml air panas + beberapa jurai saffron (rendam)
garam
1 camt serbuk lada hitam
1 camt allspice (sejenis rempah campuran)
1 camt serbuk pala
½ camt serbuk kayu manis
8-10 tangkai daun pudina (akhir)
bawang goreng, gajus atau badam, dibakar

Cara (utk beriani)
1. Goreng beras dalam minyak sapi hingga wangi.
2. Masukkan semua bahan lain, masak hingga kering airnya.
3. Taburkan pudina, tutup periuk dan perlahankan api.

Bahan Kambing Panggang
2 kg paha kambing*

Bahan perap
1 camt serbuk kunyit
1 camt serbuk lada hitam (kasar)
1 camt jus lemon
2 camt pes halia
2 camt pes bawang putih
1 camt serbuk jintan putih
4 camt garam masala
1 camt kicap
garam

Cara membuatnya:
1. Kelar bahagian lemak kambing tetapi jangan sampai ke bahagian dagingnya. Lumur dengan bahan perap. Perap selama 10-12 jam di dalam peti sejuk (rak bawah).
2. Letak kambing di atas rak yang diletak di dalam tin pembakar. Panggang pada suhu 200 C selama 20 minit.
3. Perlahankan suhu kepada 180 C. Panggang selama 20 minit untuk setiap 500 g (tahap masak sempurna). Jika 2 kg, panggang selama 1 jam 20 minit.
4. Keluarkan kambing dari ketuhar, balut dengan kertas aluminium. Biar 10 minit sebelum menghiris nipis dagingnya. Gaul dengan nasi dan hidangkan.

*Atau gunakan 1 kg daging (tanpa tulang & seelok-eloknya, dibiar sebuku besar dgn bahagian berlemak di luarnya - dari bahagian paha - supaya mudah membakar & menghiris)


________________________________________

Kamariah
noortje51@wanadoo.nl

Choc Mud Cake

Anak saya suka sangat choc mud cake yang sedap di Secret Recipe yang famous di KL. Di Holland jarang mereka jual kek chocolate macam tu, boleh tak puan berikan resipinya pada kami? Terima kasih.

CHOCOLATE MUD CAKE
3 camb serbuk koko
2 ¼ cawan tepung gandum
1 camt soda penaik
¼ camt garam
2 camb serbuk kopi segera
1 cawan air panas
5 oz coklat masakan, dicincang
1 cawan mentega tanpa garam
2 cawan gula kaster

Lengser tin gelang 25 cm dan tabur dgn koko.
Satukan 4 bahan pertama.
Jerang kopi dan air hingga mendidih, perlahankan api.
Masukkan coklat dan mentega, kacau hingga cair.
Ketepikan dari api, masukkan gula. Biar ke suhu bilik.
Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati setiap kali.
Bubuh ¼ campuran tepung, kacau. Ulangi hingga habis tepung tadi.
Tuangkan ke dalam tin dan bakar pada 160 C selama 60-70 min.

Glaze
8 oz coklat masakan semi-sweet
4 camb mentega
1 cawan krim putar

Jerang atas api perlahan hingga halus dan licin. Angkat, biar 15-20 min atau hingga pekat sedikit dan tuang ke atas kek.


________________________________________

Nur Dzulshakella Muhamad Azim
Bukit Pasir, Muar.
capricornes_cutez@yahoo.com


Assalamualaikum. Puan, boleh berikan saya resipi untuk membuat nasi kandar? Boleh beritahu saya apa itu nasi kandar?
Nasi Kandar asalnya dari P.Pinang adalah nasi yg diletak di dalam bekas buluh yg besar kemudian dikandar di atas bahu oleh penjualnya ke merata tempat. Ia ada campuran pelbagai lauk pauk seperti kari ikan/ayam pelbagai jenis seperti Malabar, masak hitam ayam/daging, sambal sotong, kurma, acar atau sayur dan selalunya dimakan dgn popadum. Jadi, ia bukanlah sejenis nasi berlauk seperti nasi ayam dan tiada resipi khusus. Jika hendak resipi daging/sotong masak hitam atau kurma, pernah disiarkan.


________________________________________

Eima
Pandan Indah, Ampang
hikmah@doe.gov.my

Serbuk Dadih

Terima kasih kerana puan sudi membalas resipi pai ayam yang saya minta dulu. Saya dah cuba membuatnya dan hasilnya cukup memuaskan hati saya tetapi cuma ada satu masalah iaitu semasa saya bakar pai dalam aluminium foil, saya dapati permukaan pai sangat sempurna masak tetapi bahagian bawah pai kelihatan seperti tidak berapa masak dan tak sekeras di permukaan, kenapa ya?
Mungkin bahagian bawah tidak rapat dgn foil jadi ia sukar "garing".
Sebaik-baiknya gunakan bekas keluli kerana tahap kepanasannya yg tinggi akan membuat bahagian bawah pai masak sempurna.

Boleh puan berikan saya cara nak buat PUDING DADIH, saya pernah dengar ada serbuk dadih yang pelbagai perisa di jual di kedai-kedai yang menjual bahan buat kek, boleh puan syorkan nama serbuk dadih tersebut? Terima kasih.
Saya belum pernah menggunakannya jadi saya kurang pasti jenamanya. Boleh tanya pada pekedai. Apa yg saya tahu, hanya perlu campur dengan air dan jerang hingga mendidih sebelum dituang ke dalam bekas.

________________________________________

Yuslina
Seberang Perai, Penang
yuslna_82@yahoo.com

Halwa

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, apa fungsi air kapur yang digunakan ketika membuat halwa sama ada halwa betik atau halwa kundur? Apa kesan air kapur tu pada buah tersebut? Buah jadi lembut ke keras?
Air kapur mengeraskan betik atau kundur. Jika tidak digunakan, buah akan hancur dan lembik.

________________________________________

Aliya Athiqah
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi
pooh91_aliya@yahoo.co.uk

Kek Merekah


Puan, terima kasih kerana memberi panduan tentang cara2 untuk memasak waffle. Saya suka memasak baked cheese cake tp kerap kali kek yang saya masak mempunyai rekahan di atasnya. Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan cheese cake yg cantik dan tidak merekah?
Pastikan suhu rendah (160 C) dan jangan buka penutup oven sehingga selesai masa membakar (1 jam). Kemudian renggangkan pintu oven dgn meletakkan sudu keluli di bahagian atasnya (renggang sedikit saja). Biar hingga kek sejuk baru dikeluarkan dari oven, ditutup dan disimpan di dalam peti sejuk 2-3 jam sebelum dimakan. Jangan lupa cara membakar 'baine-marie' atau dgn cara meletak loyang di dalam air panas (bekas lebih besar) tapi mesti pastikan loyang tiada tempat sambung (air akan meresap masuk).

________________________________________

Zaila A. Hamid
zailawati@petronas.com.my

Nasi Beriani

Saya ada terbaca satu resipi nasi (rempah kurma + rempah beriani/rempah kari) tetapi saya tak berapa pasti. Minta jasa baik puan menyiarkan resipi tersebut kerana saya ingin mencubanya.

NASI BERIANI
500 gm beras Basmathi (dibasuh & dituskan)
¾ cawan minyak sapi
3 helai daun pandan (disimpulkan)
3 camb rempah beriani
850 ml air
50 ml susu cair
2 kiub stok daging (jika suka)
garam secukupnya
10 tangkai daun pudina
3-4 camB. air mawar
pewarna merah, oren & kuning
60 g. kismis } bahan
80 g. gajus bakar } hiasan

Bahan Penumis
4 cm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan menumis, daun pandan dan bahan kisar. Kacau sampai wangi.
2. Masukkan rempah, gaul 2-3 minit.
3. Kemudian bubuh beras, kacau 3 minit lagi.
4. Masukkan pula air, susu, stok dan garam. Kacau sekali-sekala hingga hampir kering, bubuh pula daun ketumbar.
5. Tutup dan biar masak selama 10-15 minit.
6. Titiskan air mawar dan pewarna, tutup periuk semula.
7. Gaulkan kismis dan gajus sebelum dihidangkan.

Saya ingin sekali mencuba masak daging seperti di kenduri kahwin tapi
tak pasti apakah rahsia atau rempah yang digunakan. Rupanya macam rendang dan kadang-kadang di setengah tempat warnanya hitam. Adakah itu nama resipi itu daging masak bamiah?
Masakan Bamiah seakan-akan dalca dengan pelbagai jenis sayur seperti bendi. Jika rupanya kehitaman, mungkin ia Rendang Tok. Sila semak resipi pernah disiarkan.

________________________________________

May
Kem PGA, Cheras
smtp@streamyx.com

Kek Coklat

Saya May dari Cheras, mempunyai seorang anak yang berusia hampir satu tahun pada 18 Feb nanti. Saya teringin nak buat kek hari jadi anak saya sendiri yang seberat 5 kg. Boleh tak puan bagi saya resipi kek tersebut yang berperisa coklat dan berhias dengan kartun? Saya juga perlu resipi kek yang sama bagi sukatan 1 kg untuk saya mencuba. Harap puan dapat bantu. Terima kasih.
Anda boleh warnakan Aising Mentega dan hias mengikut karakter kartun yg disukai oleh anak anda. Untuk kek 5 kg, buatkan 4 kali ganda sukatan di bawah:
Contoh, 20 biji telur dan 1 kg mentega.
Anda mesti memasaknya sebanyak 4 kali kecuali oven anda besar. Anda perlukan alas kek yg besar yg boleh dibeli di kedai barangan bakeri.

KEK COKLAT
100 ml air panas
125 m susu cair
50 g serbuk koko
250 g mentega
250 g gula kastor
5 biji telur
330 g tepung naik sendiri
1 camt esen vanila

Cara membuatnya:
1. Masak air, susu dan koko hingga larut. Biar sejuk.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan sebiji demi sebiji telur, putar sebati.
3. Bubuh tepung diselang-seli dengan bancuhan koko.
4. Akhir sekali masukkan pula vanila. Tuang ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
5. Bakar pada suhu 190 C selama 1 jam. Biar sejuk sebelum dihias.


________________________________________

Aida
aidasuhaila@gmail.com

Cheese Cake

Puan, saya amat berharap puan dpt memberi resipi dan tip untuk membuat cheese cake yg paling simple utk dicuba buat pertama kali. Saya berminat untuk membuat cheese cake yg ada lapisan biskut hancur di bawahnya (mcm marble cheese cake).

CHEESECAKE
225 gm biskut marie, dikisar halus
80 gm gula kastor
75 gm mentega cair
350 gm krim keju (Philadelphia)
2 biji telur
100 gm gula kastor
1/2 camt vanila
2 camb serbuk koko

Satukan 3 bahan pertama, tekan ke dalam tin berukuran 18 cm yg boleh ditanggalkan kelilingnya. (Atau alas tin dengan kertas foil supaya kek mudah keluar).
Pukul 4 bahan berikutnya hingga kembang. Ambil anggaran 1/2 cawan, campurkan dengan koko. Tuangkan adunan biasa dan berkoko berselangseli ke dalam tin. Lorekkan dgn hujung pisau menjadi corak marble.
Bakar pada 180 C selama 45 min. Biar sejuk di dalam oven kemudian keluarkan dan simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum disajikan.

________________________________________

Sheila Yasin
ratnapura_406@yahoo.com

Marmar Carries

Saya telah membuat biskut marmar carries mengikut resipi dalam laman ni. Masalah saya, mengapa toppingnya tidak menjadi licin dan berkilat apabila masak? Sebaliknya terdapat lubang-lubang halus, lembik dan melekat. Diharap puan dapat membantu saya. Terima kasih.
Berlubang halus kerana anda terlebih pukul bahan topping itu. Lembik dan melekat mungkin kerana ia terlalu tebal di atas biskut dan tak masak sempurna. Jangan bubuh terlalu banyak gula aising. Kepekatan yg sempurna dan suhu yg tidak berapa tinggi (tidak seperti membakar biskut biasa) akan membuat topping putih dan licin. Hanya pukul bahan dengan garfu, tak perlu gunakan mesin.

________________________________________

Liya
hijratunnisa_dini@yahoo.com

Frozen Roti Boom

Bagaimana saya nak frozen roti boom?
Bakar sebentar di dalam oven hingga kembang (tak perlu hingga garing/perang benar). Biar sejuk atas redai kemudian baru difrozenkan. Setelah dikembalikan ke suhu bilik (letak di luar peti sejuk selama 1 jam), bolehlah dibakar semula hingga keperangan.

________________________________________

Yusriah Yusoff
Kemaman, Terengganu.
Yusriah.Yusoff@Halliburton.com

Ikan Bakar

Assalamualaikum puan. Apa khabar? Harap semua warga Alaf 21 sihat walafiat hendaknya. Selamat menyambut Hari Raya Korban dan tahun baru 2007 untuk semua.

Puan, boleh tak ajarkan saya resipi dan cara-cara untuk membuat rempah ikan bakar? Nasi beriani, lauk ayam dan acar atau rencah2 yang lain sekali ya. Nak makan hari raya nanti kalau jadi. Sekian, wassalam.
Resipi beriani, lauk ayam dan acar pernah disiarkan di dalam ruangan SJ Masakan, sila semak semula.

IKAN BAKAR
1 ekor ikan bawal
jus 1 biji limau nipis
3 camb minyak
1 kuntum bunga kantan }
50 gm daun kesum } dihiris halus
50 gm daun selom }
200 ml air + 1 camb asam jawa (air asam jawa)
garam, gula secukupnya

Dikisar:
2 camb pes cili
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm belacan

Cara membuatnya:
1. Kelar ikan, perap dengan jus limau dan garam.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak.
3. Masukkan air asam jawa, bunga kantan, daun kesum, daun selom, garam dan gula.
4. Kacau hingga pekat kemudian angkat.

________________________________________

Zanti Mohamed
zanti@azrb.com

Kuah Kacang

Saya ingin bertanya puan, kalau masak ayam sambal bukan ke resipinya cili kering, belacan dan bawang merah. Kesemuanya dikisar dan tak perlu bawang putih dan lengkuas kan? Tapi saya baca emel yg puan beri di halaman ini, bawang putih dan lengkuas juga dikisar sama. Bukankah rasanya akan berbeza puan? Satu lagi, saya nak resipi kuah kacang yang betul2 bukan yang segera. Terima kasih.
Lengkuas adalah untuk menghilangkan hanyir ayam (terutama ayam bandar). Sambal biasa memang ada bawang putih selain bawang merah, cili dan belacan. Saya tak pernah dengar sambal tiada bawang putih. Malah bawang besar juga dikisar supaya bumbu lebih pekat.

KUAH KACANG
100 ml minyak
2 batang serai, dititik
500 g kacang tanah (goreng & tumbuk)
600 ml air
250 ml santan (1 kelapa)
1 camt asam jawa + 100 ml air
2-3 camb gula
garam secukupnya

Bahan kisar:
20 cili kering, dibuang biji
2 ulas bawang putih
15 biji bawang merah
2 biji buah keras
2 cm lengkuas

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan kacang dan air, kacau sebati.
3. Bila mendidih, masukkan santan, air asam jawa, gula dan garam.
4. Kacau selalu atas api perlahan hingga naik minyak dan pekat.

________________________________________

Aniza Burhan
niezas_79@yahoo.com.my

Serbuk Roti

Saya ingin bertanya puan, apa itu Serbuk Roti atau Bread crumbs? Bagaimana dan di mana saya boleh mendapatkannya? Terima kasih.
Serbuk roti ada 2 jenis:
1) berwarna keperangan seperti untuk menyalut fishcake (dijual di kedai barangan bakeri)
2) serbuk roti 'segar' yg dibuat dengan membakar kepingan roti hingga kering dan dikisar halus. Cara lain adalah membiarkan ia selama 3-4 hari di dalam peti sejuk (atas rak, jangan dibungkus). Bila ia cukup keras, bolehlah dikisar halus. Jenis ini ada juga dijual di kedai barangan bakeri.


________________________________________

Elsie David
Penampang, Sabah.
Elsie.David@sabah.gov.my

Puding Kelapa

Baru-baru ini saya telah merasa keenakan puding kelapa. Bolehkah puan berikan resipinya? Saya ingin cuba membuatnya sendiri kerana harganya agak mahal kalau dibeli. Saya harap puan dapat memberikan resipi puding kelapa tersebut.

PUDING KELAPA MUDA
Bahan A

40 g tepung jagung
600 ml air kelapa muda
200 ml santan
1½ camb serbuk agar-agar
100 g gula pasir

Bahan B
1½ camb serbuk agar-agar
900 ml air
140 g gula pasir
2 helai daun pandan, disimpulkan

Cara membuatnya:
1. Untuk puding. Campurkan air kelapa muda dan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan tepung jagung, serbuk agar-agar dan gula. Jerang di atas api sederhana, sambil dikacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan ke dalam loyang 20 cm yang sudah dibilas dengan air. Bila keras, potong dan parut memanjang dan halus seperti isi kelapa muda. Ketepikan.
4. Untuk B: Jerang semua bahan hingga mendidih. Padamkan api, kacau sekali-sekala hingga suam.
5. Campurkan dengan agar-agar kelapa muda. Tuangkan ke dalam acuan 25-30 cm yg sudah dibilas dengan air. Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.

________________________________________

salinah bahrim
salinah75@hotmail.com

Kek Coklat

Boleh tak kak Norzailina berikan saya resipi kek coklat yang seperti dijual
di kedai contohnya keluaran Silver Bird tu? Rasanya sedap dan nampak moist sangat. Warna coklatnya juga nampak cantik saja tak sama dengan kek coklat yang biasa saya buat nampak gelap sangat.
Kegelapan kek bergantung pada jenis serbuk koko. Serbuk koko yg diimport dan mahal dari jenis tempatan menghasilkan kek yg tidak berapa gelap. Ada sejenis serbuk yg dikenali dengan serbuk coklat memang sedap bila dibuat kek. Rasanya lebih kecoklatan, bukan seperti koko. Koko tempatan kadangkala pahit bila digunakan dalam sukatan yg banyak.

KEK COKLAT
220 gm mentega/marjerin
230 gm gula kastor
6 biji telur
220 gm tepung gandum } diayak
50 gm serbuk coklat }
1 camt serbuk penaik }
1 camt vanila
150 ml susu cair

Cara membuatnya:
Putar mentega dan gula hingga kembang. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul rata.
Bubuh sedikit demi sedikit bahan ayak dan diselangseli dengan susu. Pukul 5 min atau hingga gebu. Akhir sekali campurkan vanila.
Ratakan dlm tin 22 cm yg dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin. Bakar pada 180 C selama 1 jam atau hingga masak.

Bagaimana kek coklat tersebut boleh tahan lama?
Pembuat memasukkan bahan pengawet supaya ia tahan lama.

________________________________________

Asiah Sulaiman
asiahs@tm.com.my

Di sini saya nak tanya tentang Roti Arab. Tempoh hari saya balik ke utara dan singgah makan di satu gerai yg ada menjual Roti Arab. Kami sekeluarga telah mencubanya dan memang sedap. Anak saya bukan main suka lagi sampai minta tambah. Daripada rasanya, andaian saya bahan yg digunakan ialah tepung, sedikit margerin/mentega, air dan yis yg diadun. Balik ke KL, saya try buat tapi tidaklah sesedap yg makan kat warung dulu. Jadi, nak minta puan berikan panduan dan resipi yg betul utk saya cuba lagi. Terima kasih.

ROTI ARAB
1/2 camb yis kering
1/2 camt gula kaster
1/2 cawan air suam
7 1/2 cawan tepung gandum
2 1/4 camb garam
1/2 cawan susu tepung tanpa lemak
2 1/2 cawan air suam
1 1/2 camb minyak jagung

Caranya:
Campurkan yis dengan gula dan 1 cawan air suam. Biar 5-10 minit atau hingga kembang.
Satukan 6 1/2 cawan tepung dengan garam dalam mangkuk besar (1 cawan adalah untuk menguli). Masukkan 2 ½ cawan air suam, minyak dan campuran yis. Kacau dengan senduk kayu atau tangan hingga adunan sebati. Ubah ke atas papan ditaburi tepung dan uli hingga rata selama 10-15 minit. Bila doh menganjal dan mengandungi gelembung bila dibentuk bebola, ia sudah sedia. Proses menguli dengan betul adalah penting supaya roti mudah mengembang.
Letak di dalam mangkuk berlengser minyak dan tutup dengan kain kering. Biar doh naik 2 kali ganda (2 jam) kemudian uli semula menjadi saiz asal. Sapu sedikit minyak pada tangan kemudian bentukkan menjada 28-30 bebola. Tutup dengan kain kering dan biar di tempat hangat selama 30 minit atau hingga kembang. Canai setiap bebola menjadi bulatan setebal 1 1/2-2 cm. Letak atas meja/dulang kemudian tutup sekali lagi dengan kain kering. Biar selama 1 jam. Panaskan ketuhar kepada 225 C. Letak roti tadi atas tin pembakar. Masa mengalih dari meja/dulang, terbalikkan supaya bahagian atas terletak di sebelah bawah. Bahagian bawah akan naik/kembang lebih mudah. Bakar atas rak tengah, selama 4-6 minit. Selepas 2-3 minit, roti akan kembang dan menggelembung. Bakar 2-3 minit lagi hingga bahagian bawahnya menjadi perang sedikit. Alihkan roti ke atas dulang dan semburkan dengan sedikit air. Tutup dengan kain lembab. Bila sejuk bolehlah ditindan. Tutup dengan tuala lembab selama 2-3 jam lagi.

________________________________________

Roslina Hamat
Lunas, Kedah.
sharlina@streamyx.com

Acar Buah

Assalamualaikum. Semasa bertandang ke kenduri2 saya sering makan acar buah yang pekat kemerahan. Saya cuba minta resipi daripada rakan-rakan tapi tak menjadi atau tak tahu cara membuatnya. Besarlah harapan saya sekiranya puan dapat memberi saya resipi tersebut. Terima kasih.
Cuba dulu resipi ini dengan sukatan sedikit kerana mungkin ia tidak seperti yg anda inginkan.

ACAR BUAH
1 cawan minyak
300 g bawang merah
50 g cili kering
1 camb jintan manis
100 g bawang putih } dihiris nipis
100 g halia }
200 g gula pasir
1 botol kecil cuka
50 g bijan

Bahan A:
100 g limau nipis jeruk
100 g buah mangga
200 g buah prun
100 g asam masin (manis)
300 g buah-buahan campuran
100 g jeruk cili padi

Cara membuatnya:
1. Bersihkan buah-buahan dan jangan dikenakan air langsung. Lap cili jeruk kering-kering.
2. Sangai cili kering dan jintan kemudian kisar halus.
3. Panaskan minyak yg banyak, goreng bawang merah sebiji-sebiji hingga kekuningan.
4. Panaskan minyak, tumis cili-jintan kisar. Bila wangi, masukkan bawang putih dan halia. Goreng hingga garing.
5. Bubuh cuka dan gula, kacau hingga terbit minyak dan pekat berkilat. Angkat dan biar sejuk sebelum dicampur dengan bahan A.
6. Taburkan bijan, gaul rata dan simpan di dalam botol atau bekas kedap udara.

________________________________________

Hartini
tinimyvi@yahoo.com

Apam Balik

Saya telah mencuba resipi Apam Balik tapi hasilnya kurang baik. Boleh ke puan berikan saya resipi Apam Balik yang mudah dan sedap?
Cuba resipi ini:

APAM BALIK
1 kg tepung gandum
1 camt yis segera
1 paket Eno
700-750 ml air
2 camt serbuk penaik
2 camt soda penaik
2 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Kacang goreng/gula/bijan/mentega/marjerin (inti)

Pukul semua bahan hingga sebati (jika pemutar kecil, bahagikan adunan menjadi 2). Biar selama 1 jam. Kemudian panaskan kuali leper dan ratakan sedikit adunan. Bila masak, taburkan inti dan lipat 2 kemudian angkat.

________________________________________

Aliya Athiqah
Bandar Baru Bangi
pooh91_aliya@yahoo.co.uk

Kawal Suhu Oven

Assalamualaikum. Saya mempunyai oven yang boleh mengawal punca api atas dan bawah. Masalahnya adalah sering kali kek atau biskut yang saya masak perlu dilihat setiap masa kerana saya tidak dapat menentukan masa yang sesuai. Apabila saya mengikut masa yg ditetapkan, kek atau biskut hangus. Bolehkah saya tahu cara untuk mengawal suhu oven?

Anda perlukan penyukat suhu oven yg ada dijual di kedai barangan bakeri (bentuknya seperti jam). Ikuti peraturan pada penyukat dan biarkan selama 10 min. Anda akan mudah mengawal suhunya. Saya pasti ia tentu ada punat pemutar khas, contohnya untuk kek, biskut dll.

________________________________________

Peter Soosai
peterslyvea@yahoo.com.sg

Biskut Cornflakes

Puan, bagaimanakah cara hendak buat biskut cornflakes? Terima Kasih.

Biskut Cornflakes
110 g mentega
110 g gula kaster
1 camt vanila
1 biji kuning telur
100 gm cornflakes, diramas kasar
100 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung

Cara membuatnya:
Putar mentega, gula dan vanila hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi. Bubuh kedua-dua jenis tepung (sudah diayak bersama) kemudian kacau rata. Bungkus adunan dengan kertas kalis minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Gunakan sudu kecil untuk mengambil sedikit adunan dan golekkan di dalam cornflakes. Bentukkan bebola dan atur atas tin pembakar yg sudah dilengser. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga keperangan


________________________________________

Roihiah Bee Abdul Hanif
roihiahbha@yahoo.com

Kuih Talam

Terima kasih banyak2, saya sudah pun beli buku yang puan syorkan. Di sini saya ada beberapa soalan.

1. Saiz loyang yang perlu saya gunakan untuk adunan kuih lapis dan kuih talam yang ada dalam resipi buku tersebut?
Saiz 8 inci, bulat.

2. Sesudah loyang dipanaskan dan lapisan bawah dituangkan untuk dikukus, air kukusan itu sepatutnya boiling ataupun medium heat sahaja? Dan juga sesudah lapisan atas dituangkan, how should the water be? Boiling? Or slow heat? In order for the top to be smooth and nice and not lumpy looking.
Sederhana mendidih, wap tak terlalu banyak (medium boil). Jika buat apam, mesti mendidih kuat. Jika terlalu kuat api, permukaan tidak licin.

3. Untuk kuih lapis pula, saya juga ingin tahu keadaan api yang diperlukan untuk mengukus setiap lapis.
Sama jawapan (2)

4. Bolehkah saya guna santan kotak? Untuk santan cair, berapa banyak air dan santan yang perlu dicampur untuk mendapat 3 cawan santan cair?
Lebih enak guna santan asli. Jika santan kotak selalunya 200 ml, santan pekat adalah 100 ml, santan cair adalah 100 ml (baki) tambah air hingga mendapat 3 cawan. Atau tambah 1/2 cawan susu segar supaya tak terlalu cair. Jika santan pekat 1 cawan, 100 ml + air secukupnya menjadi 1 cawan.


________________________________________

Family Members
zulmy2005@mac.com

Shortening

Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui, adakah bahan2 spt shortening
dan ovallette diperbuat daripada sumber yang halal?
Shortening adalah lemak sayuran selalunya dari sumber kelapa sawit atau kelapa.

Ovalette atau Quick 75 sumber soya dan bahan kimia yg dibenarkan, insyaAllah halal. Jika masih ragu-ragu dapatkan nama pengeluar/pengedar dari bungkusan dan boleh minta terus senarai bahan-bahan daripada mereka. Ia juga dikenali dengan Sponge Cake Emulsifier atau Cake Stabilizer.

________________________________________


Rahmah
Panaga, Brunei Darussalam.
Rahmah.Puteh@shell.com

Shepherd's Pie

Asalammualaikum. Bolehkah puan memberi saya resipi Shepherd Pie. Kalau boleh saya tidak suka yang pakai cheese...

SHEPHERD'S PIE
1 camb minyak
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 ulas bawang putih, dicincang halus
300 g daging, dicincang
150 g cendawan segar, dicincang
410 g tomato (dlm tin) jenis whole peeled, dihancurkan
1 camb sos Lea & Perrins
1 camt daun sup cincang (atau daun parsley)
2 camt campuran herba kering (mixed dried herbs)
1 kiub stok daging
1 cawan air

Bahan Atas/Topping
800 g kentang, dicincang
1/2 cawan susu cair
20 g mentega
garam, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging dan cendawan, kacau hingga daging keperangan. Masukkan tomato, herba dan semua bahan lain. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam, kacau sekali-sekala. Tuangkan campuran daging ke dalam mangkuk kaserol.
Untuk membuat bahan atas: Rebus atau kukus kentang hingga empuk. Lecek dengan susu dan mentega. Tambah garam dan sedikit serbuk lada sulah. Ratakan di atas daging tadi. Bakar pada 190 C selama 25-30 min atau hingga atasnya keemasan.

________________________________________

Nor Azah Othman
norazah@geowell.com.my

Nasi Tomato

Puan, majikan saya meminta saya masak Nasi Tomato untuk hidangan kepada staf2 di pejabat kami. Malangnya, saya memang tak pernah makan apa lagi memasak nasi ini. Saya ingin mencuba dan kalau boleh puan sertakan sekali dengan lauk pauk yang sesuai untuk nasi ini. Terima kasih atas budi baik Puan.

Ada pelbagai jenis lauk-pauk seperti Ayam Masak Merah, Daging Kuzi, Dalca dan Acar Jelatah. Semua resipi pernah saya berikan dalam ruangan SJ Masakan, harap dapat semak semula. Anda juga boleh dapatkan buku 'Belajar Memasak - Langkah Demi Langkah' untuk beberapa jenis lauk lagi. Sajikan juga pencuci mulut seperti puding dan hirisan buah-buahan.

NASI TOMATO
1 kg beras Basmathi, dibasuh & disejat
150 g minyak sapi/marjerin
2 bunga cengkih
1 bunga lawang
3 buah pelaga
5 cm kayu manis
1 labu bawang besar (dicincang)
150 ml. puri tomato
1.7 liter air (tambah 2-3 camb stok pekat ayam, jika suka)
garam secukup rasa
6 camb bawang goreng }
100 g hirisan badam bakar } untuk hiasan
80 g kismis/sultana }

Bahan dikisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1.5 cm. halia

Cara membuatnya:
Panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga dan kayu manis 1-2 minit. Bubuh bahan kisar, kacau hingga wangi.
Masukkan puri tomato, kacau 2 minit. Bubuh beras dan gaul.
Kemudian bubuh air dan garam. Masak hingga kering airnya. Perlahankan api, tutup periuk. Bila masak, taburkan bawang goreng, badam dan pis.

________________________________________

Marina Ismail
marina_i@celcom.com.my

Masalah Oven

Assalamualaikum puan. Saya telah membeli oven baru jenama Bompani. Oven tersebut juga mempunyai kipas automatik di dalamnya. Biasanya saya akan menggunakan api atas bawah untuk membakar kek. Terbaru, saya telah membakar kek span di dalam acuan 9”. Namun apa yang telah terjadi saya terpaksa mengambil masa 2 jam 30 minit dengan suhu 170 C supaya kek tersebut benar2 masak. Saya rasa ini tidak normal. Kipas oven itu pula tidak boleh dikawal kerana ianya automatik. Apakah yang menyebabkan kek tersebut mengambil masa yang terlalu lama untuk masak. Saya benar2 berharap puan dapat membantu. Terima kasih.
Berapa tebal kek anda? Kek yg tebal mengambil masa yg lebih untuk masak. Untuk kek span, guna suhu 195-200 C dan selalunya ia masak dalam masa kurang 1 jam. Gunakan api bawah saja. Jika api atas dan bawah, anda perlu selaraskan suhunya (rendahkan ke 185-190 C). Jika bahagian atas nampak terlalu perang, tutup (longgar) dgn foil.

________________________________________

Aznidar binti Maaris
Keramat Wangsa, K.Lumpur
zneeda@yahoo.com

Topping Kek

Puan, bagaimanakah caranya untuk membuat toping coklat untuk kek coklat moist, adakah coklat masak perlu ditambah butter agar topping tersebut cair sedikit? Saya harap puan dapat membantu saya. Apakah bahan2 yang dicampur untuk topping tersebut. Terima kasih dengan kerjasama puan.

Anda boleh pilih jenis yg anda sukai:

AISING GANACHE
175 g coklat masakan, dicincang halus
75 ml krim putar (whipping cream/double cream)
1 camb mentega tanpa garam (unsalted butter)

Cara membuatnya:
1. Letak coklat, krim dan mentega di dalam periuk non-stick.
2. Kacau di atas api perlahan hingga hampir mendidih.
3. tuangkan coklat ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati dan
tidak bergentel.
4. Bila suam, sejukkan di dalam peti ais. Jangan dikacau dan biar ia
betul-betul pekat dan boleh disapu atau dipaipkan ke atas kek.
Jika ingin ganache lebih ringan, pukul sebentar dengan pemukul
letrik selama 3-5 minit.

CHOCOLATE CREAM
350 ml whipping cream
225 g coklat masakan, dihiris
60 g mentega

Cara membuatnya:
Dalam periuk non-stick, satukan semua bahan. Kacau di atas api sederhana hingga campuran tidak bergentel. Tuangkan ke dalam mangkuk besar, biar sejuk pada suhu bilik. Gunakan pemutar letrik dan putar campuran coklat itu hingga gebu dan ringan. Sapukan pada kek sebagai hiasan.

AISING COKLAT SATIN
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur

Cara membuatnya:
Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.

CHOCOLATE GLAZE
310 krim putar/whipping cream
3 camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup/sirap jagung
1 camt vanila

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca, kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul. Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan aising tadi. Hias ikut suka.

________________________________________

Norhashima Mega
shimamega@yahoo.com

Tepung Pisang Goreng

Assalamualaikum. Setiap petang saya bersama ibu menjual makanan bergoreng seperti pisang goreng, keledek dan pelbagai jenis lagi. Setakat ini Alhamdulillah, cuma saya rasa tepung (batter) saya itu masih ada kekurangannya kerana kerak yang terhasil tidak halus seperti yang banyak kita lihat di tempat-tempat jualan lain.

Ini adalah campuran tepung saya:

4 kampit Tepung beras
250 gm tepung gandum
3 biji telur
Air kapur
Sedikit gula ,garam dan pewarna kuning
Air secukup bancuhan

Adunan ini jadi dan laku dijual tapi saya masih kurang berpuas hati kerana tidak terhasil seperti yang biasa kita lihat. Puan, tolonglah perbetulkan mana yang kurang kerana sudah puas saya mencuba namun hingga kini masih belum berjaya. Harap puan dapat membantu saya. Sekian, jutaan terima kasih untuk puan.

Pada pendapat saya, anda perlu campurkan 150 gm tepung kastard (lebih wangi dan kuning batter) ke dalam campuran di atas tapi lebih baik cuba dulu dalam jumlah/sukatan yg sedikit. Dari pengetahuan saya tentang batter, insya-ALLAH menjadi kerana tepung kastard atau tepung jagung akan memberi lebih kerangupan bila digoreng.

________________________________________

Zaleha Abdul Razak
zaleh427@salam.uitm.edu.my

Sos Steam Boat

Assalamualaikum puan. Saya berharap agar puan dapat memberikan saya
resipi sos steam boat. Semoga steam boat yang digemari oleh anak-anak saya bertambah enak kerana sos yang saya gunakan selama ini adalah sos cili yang ada dijual di pasaran saja.

Ada 2 jenis:

Sos cili (campurkan)
½ cawan sos cili bawang putih
¼ cawan sos cili Thai
2 camb jus limau nipis
Sedikit gula

Satukan semua bahan dalam mangkuk, sajikan.

Sos cili
10 biji cili merah, dibuang biji & kisar
1/4 cawan cuka
4 camb gula merah
1 camb sos tomato
1 camt kicap
2 camt tepung jagung + 4 camt air

Jerang cili, cuka, gula, sos tomato dan kicap hingga mendidih.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau hingga pekat. Angkat.


________________________________________

Enna Hj Majali
Behrang Stesen, Perak.
Enna.Majali@bbrail.com

Sandwich


Boleh saya dapatkan resipi Sandwich Sardin dan Sandwich telur?

Inti Sandwich Sardin
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar, didadu
1 camt pes cili
2 camb minyak
1 tin kecil sardin, dilecek dgn sedikit sosnya
gula, garam

Kisar bawang merah dan bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang kisar, bawang besar dan pes cili hingga wangi. Masukkan sardin, gula dan garam. Masak hingga kering. Biar sejuk sebelum digunakan.

Inti Sandwich Telur
4 biji telur, direbus keras
2-3 camb mayonis
1 camb sos Thousand Island
serbuk lada sulah/hitam, garam

Lecek telur, masukkan mayonis, thousand island, lada hitam dan garam. Kacau rata.

*Kedua-dua kepingan roti hendaklah disapu dengan marjerin atau mentega sebelum disapu dengan intinya.

Adakah sandwich ini tahan selama 2 hari?
Sandwich telur tidak tahan lebih dari 12 jam kerana telur mudah basi.

Bagaimana saya nak memastikan yang ia boleh tahan kalau saya buatkan ia sehari awal dari tarikh untuk dimakan?
Letak di dalam peti sejuk yg bercermin (seperti di kedai bakeri) dan ia tahan sehingga 4-5 hari.

________________________________________

Sarimah Ahmad
amiabil96@yahoo.com.my

Sambal Ikan & Kacang Tanah

Assalamulaikum puan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi Resipi Kuih Tiram kepada saya. Jika Puan tidak keberatan, bagaimana hendak membuat Sambal Ikan Bilis & Kacang Tanah yang dimasak kering, sedap dan rangup boleh disimpan lama? Ini adalah kerana apabila saya mencuba membuatnya, hasilnya kurang memuaskan. Ikan bilis yang saya masak tidak menjadi ranggup. Harap puan sudi memberikan resipinya kepada saya.
Pastikan ikan bilis jenis nipis dan ringan kerana ia akan rangup bila digoreng. Kacang tanah juga hendaklah digoreng keemasan dan dibiar sejuk.

SAMBAL BILIS KACANG
8 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
1/2 cawan minyak
3-4 camb pes cili (lebhkan utk lagi pedas)
1 cawan sos cili
2 camb cuka
1/4 cawan gula pasir
150 g ikan bilis
200 g kacang tanah

Kisar bawang putih, bawang besar. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan pes cili hingga terbit minyak. Masukkan 1/3 air, kacau hingga mendidih dan pekat. Ulangi dengan 1/3 air dan sos cili, masak lagi hingga pekat. Akhir sekali, masukkan baki air dan masak lagi hingga terbit minyak dan pekat.
Bubuh cuka dan gula. Kacau selalu hingga pekat dan hampir kering baru masukkan ikan bilis dan kacang.
Kacau rata dan angkat. Biar sejuk sebelum disimpan.

________________________________________

Rafidah Mohamad Idrus
rafidahi@sirim.my

Serbuk Penaik

Puan, saya ingin bertanya:

Apakah soda bikarbonat dan kegunaannya?
Menurunkan kadar asid di dalam kek yg menggunakan bahan seperti pisang, buah-buahan campuran, epal dll.

Apakah serbuk penaik dan kegunaannya?
Mengembangkan dan menggebukan kek.

Apakah baking powder dan kegunaannya?
Sama dengan serbuk penaik.

________________________________________

Roselinda Ahmad
Singapore
Roselinda.Ahmad@sg.standardchartered.com

Siew Mai

Assalamualaikum puan. Di sini saya ingin memberitahu puan bahawa saya sangatlah berpuas hati dengan ruangan puan iaitu Soal Jawab Masakan. Untuk pengetahuan puan, saya adalah pembaca tetap ruangan ini di laman web Alaf 21 kerana minat saya yang mendalam terhadap masakan2 terutamanya resipi2 baru selain masakan Melayu. Saya inginkan resipi untuk membuat makanan ala cina iaitu "Siew Mai-Ayam". Terima kasih.

SIEW MAI

30-32 keping kulit wantan (bulat)
2 tangkai daun bawang } dihiris
1 biji cili merah }

Bahan Lauk (dicincang halus)
250 g isi ayam kisar
4 keping cendawan kering, direndam lembut
125 g rebung segar
½ biji timun
½ biji lobak merah

Bahan perisa
1 biji telur, dipukul
½ camt minyak bijan
1½ camb tepung jagung
1 camt sos plam
Garam, gula, serbuk lada sulah secukupnya

Cara membuatnya:
1. Gaul bahan cincang dengan bahan perisa. Bahagikan 30.
2. Sudukan lauk ke tengah kulit wantan.
3. Bentukkan seperti cawan dan tekan supaya lauk mampat.
4. Atur atas loyang berlengser minyak dan kukus dengan api sederhana selama 8-10 minit.
5. Hias dengan daun bawang dan cili merah.

Nota: Tidak perlu habiskan 1 biji telur.

________________________________________

Norziana Ahmad Azizi
norziana.azizi@cimb.com

Kek Kukus Coklat

Minggu lepas saya dapat kek coklat pemberian daripada jiran. Sedap tapi saya rasa dia kukus kek tu sebab teksturnya lembut sangat. Dalam kek tak nampak pun ada mampat. Saya cuba gunakan resipi kek coklat dan saya kukuskan tapi ia tetap tak cantik seperti yang jiran saya buat. Mungkin juga saya menggunakan minyak sayur. Harap puan dapat membantu dan kalau boleh sertakan resipinya. Terima kasih.

KEK KUKUS COKLAT
220 gm tepung naik sendiri
1/2 camt soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula kastor
2 biji telur
1 camt vanila
200 ml susu cair
200 ml minyak jagung
200 mi air panas

Cara membuatnya:
1. Satukan 5 bahan pertama hingga sebati.
2. Pukul telur dan vanila hingga kembang, kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung.
3. Bubuh baki adunan, kacau perlahan hingga rata.
4. Alas tin 22 cm dgn kertas kalis minyak, lengserkan.
5. Ratakan adunan dan tutup (longgar) atasnya dgn foil. Kukus 1 jam atau hingga masak.

*Resipi ini diberi oleh Pn Liza yg menghasilkan buku 'Aneka Kuih Talam & Kukus' terbitan Alaf 21.


________________________________________

Jelikah Ahmad
Taman Johor Jaya, Johor Bahru.
jelikah.ahmad@zaidibrahim.com

Krim Paf

Untuk pengetahuan puan, saya sekeluarga sangat menggemari cream puff tetapi malang sekali setelah mencuba beberapa kali, puffnya terasa keras sedikit dan krimnya terlalu lembut/lembik. Oleh itu, saya ingin sekali meminta atau mencuba resipi cream puff daripada puan. Semoga puan tidak keberatan memberi resipi cream puff yang lembut dan gebu untuk hidangan kami sekeluarga. Terima kasih.

KRIM PAF
Choux Pastry merupakan asas bagi Krim Paf (berbentuk bulat) dan Eclairs (berbentuk jejari). Pastrinya hanya memerlukan empat bahan asas iaitu tepung, mentega, air dan telur. Membuatnya nampak mudah. Namun ada pelbagai teknik yang perlu difahami bagi menghasilkan krim paf yang rangup di luar dan gebu di dalam.

Untuk mendapatkan krim paf yang sedap, gunakan mentega bermutu tinggi. Mentega jenis ini selalunya lebih mahal daripada biasa. Biar pada suhu bilik hingga ia lembut tapi jangan dibiar terlalu lama kerana ia mudah cair dan berminyak. Jangan gunakan marjerin kerana hasilnya tidak memuaskan.

Langkah utama adalah mengambil sehelai kertas kalis minyak (greaseproof paper). Lipat dua dan ayak tepung gandum serta garam ke atasnya. Ini adalah untuk memudahkan anda menuangkan tepung sekaligus ke dalam campuran mentega dan air yang sedang mendidih. Pegang hujung kertas dan semua tepung tadi akan terus masuk.

Gunakan periuk kaca atau heavy-based dan kalis lekat (non-stick). Periuk jenis ini mampu menampung kehangatan walaupun apinya dimatikan. Kacau campuran tepung dengan air tadi sepantas mungkin. Gunakan senduk kayu. Bila campuran membentuk doh dan tidak melekat pada periuk, anda boleh berhenti mengacau. Letak di dalam mangkuk besar.

Pilih telur bersaiz sederhana atau yang paling besar. Telur mesti segar supaya adunan mudah kembang bila dibakar. Pukul sedikit dengan garfu di dalam mangkuk kecil terlebih dulu. Ini akan memastikan bahagian kuning dan putihnya bercampur.

Biar suam sebelum memasukkan sedikit demi sedikit telur. Cara untuk menentukan samada doh suam atau tidak adalah dengan memegang keliling mangkuk dengan tangan anda. Jika ia masih panas, tunggu sebentar lagi. Selepas setiap kali memasukkan telur, kacau ligat hingga sebati. Bila adunan nampak berkilat serta licin, anda bolehlah berhenti mengacaunya.
Sudukan adunan ke dalam beg aising bermuncung (nozzle) bentuk bintang. Pegang beg dengan cara menegak dan picitkan adunan ke atas tin pembakar. Pastikan jaraknya 4-5 cm kerana paf akan mengembang semasa dibakar.

Agar Krim Paf mudah tanggal dari tin pembakar, alas tin dengan kertas timah (aluminium foil). Kemudian lengser dengan sedikit marjerin. Anda juga boleh menggunakan tin pembakar kalis lekat (non-stick) atau mengalas tin dengan kertas silikon yang boleh digunakan berulang kali.

Satu lagi langkah penting setelah krim paf masak dan keperangan adalah mencucuknya dengan hujung pisau tajam. Lakukan dengan cepat. Anda tidak perlu mengangkatnya dari tin pembakar itu atau memastikan setiap ‘lubang’ sempurna. Bila semua paf sudah dicucuk, bakar semula selama 5 minit. Ini adalah untuk memastikan wap air di dalam krim paf keluar. Jika tidak dilakukan, krim paf akan mengecut setelah ia sejuk.

Ada dua jenis inti untuk krim paf. Anda boleh gunakan krim putar yang dicampur sedikit gula aising dan dipukul hingga kental. Jika tidak mahu krim, boleh digantikan dengan inti kastard. Selain daripada membuat inti jenis ini menggunakan susu dan tepung kastard, anda juga boleh menggunakan tepung kastard segera atau instant custard.

Caranya sangat mudah. Hanya pukul tepung kastard segera dengan campuran susu dan air. Anda tidak perlu memasaknya. Kastard jenis ini menjimatkan masa kerana anda tidak perlu menunggu hingga ia sejuk sebelum menggunakannya. Jika tidak mahu menggunakan beg aising, anda boleh gunakan sudu kecil. Namun pastikan paf digunting atau dihiris sedikit bagi memudahkan anda.

Krim Paf memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak dan intinya yang manis. Anda juga boleh menghias krim paf yang sudah dimasukkan inti dengan coklat cair (dipanggil Profiteroles) atau Glaze Icing (campuran gula aising, air panas dan pewarna).

Untuk memastikan krim paf sedap, isikan dengan inti sejurus sebelum dihidangkan. Jika inti dimasukkan terlalu awal, kulit krim paf akan menjadi lembik (soggy) dan berair. Ini merosakkan bentuk dan kerangupan bahagian kulit luarnya.

KRIM PAF
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit

Cara membuatnya:
1. Ayak tepung dan garam ke atas kertas kalis minyak. Ketepikan.
2. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Kuatkan api dan biar mendidih kuat selama 1 minit.
3. Padamkan api, masukkan semua tepung ke dalam periuk, kacau pantas.
4. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam.
5. Masukkan telur, kacau rata. Isikan ke dalam beg aising. Picit adunan ke atas tin pembakar beralas kertas timah.
6. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan.
7. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau. Bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

INTI KASTARD
450 ml susu segar/UHT
150 ml krim putar
70 gm gula kastor
50 gm tepung kastard

Cara membuatnya:
1. Jerang susu dan krim hingga panas tapi jangan sampai mendidih.
2. Campurkan gula dan tepung kastard ke dalam mangkuk.
3. Kacau adunan dengan pemutar belon (egg whisk) sambil menuangkan susu panas.
4. Jerang di atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Bila sejuk barulah digunakan.

________________________________________

Sheila Yasin
ratnapura_406@yahoo.com

Bakar Kek & Biskut

Saya baru sahaja membeli oven eletrik jenama Europa yang mempunyai jetcook. Masalahnya, jika saya ingin membakar biskut, saya perlu menggunakan api bawah sahaja atau api bawah dan atas? Begitu juga bagaimana sekiranya saya ingin membakar kek?
Bakar biskut guna api bawah saja, tanpa kipas.
Bakar kek pun sama, tanpa kipas. Pastikan kedudukan tin kek di tengah oven (rak tingkat 1/3 dari lantai oven).

Bolehkah saya membakar biskut 3 dulang atau 3 tingkat sekali gus? Bagaimanakah caranya?
Jika ingin membakar 3 tingkat, gunakan kipas sekali dan api bawah. Bila separuh masa membakar, ubah dulang paling atas ke bawah (terbalikkan dari belakang ke depan), dulang tengah di atas sekali, dulang bawah di tengah dan bakar lagi hingga masak.

________________________________________

Impian Kasih
impian_kasih2001@yahoo.com

Butter Cake

Assalamualaikum. Terima kasih atas kiriman resipi tempohari. Saya telah mencubanya dan amat berpuas hati dengan citarasanya. Boleh puan beri resipi kek yang mempunya 3 warna? Ianya enak dan tak muak apabila makan acap kali. Sekian, terima kasih.
Gunakan resipi untuk BUTTERCAKE yang pernah disiarkan.
Bahagikan 3, campurkan 2 bahagian dengan warna merah, hijau dll. Sudukan berselangseli ke dalam tin, pastikan setiap lapisan bawahnya lebih besar sedikit daripada lapisan atas/seterusnya. Goyang tin supaya adunan menjadi rata kemudian bakar seperti membuat kek biasa.

________________________________________

Nony
Lembah Keramat
mama_min_adi@yahoo.com

Mexican Bun


Saya berminat ingin mengetahui bagaimana cara membuat "MEXICAN BUN". Bolehkah puan memberi bahan-bahan dan cara membuatnya? Adakah cara menguli roti itu sama seperti membuat roti biasa? Terima kasih.
Cara menguli adalah sama dan teknik yg betul akan menghasilkan roti yg lembut (atau guna mesin berkuasa tinggi).

MEXICAN BUN
Bahan Inti:
200 g mentega tanpa garam, dibiar lembut
½ camt vanila
70 g gula perang

Cara membuatnya:
Putar mentega dengan kelajuan sederhana 3 min. Masukkan vanila dan gula, kacau rata. Letak di dalam mangkuk dan simpan di dalam peti sejuk. Bahagikan kepada 20 bebola dan atur (berjarak) atas tin kemudian simpan di dalam peti sejuk semula.

Bahagian Atas:
200 g mentega, dibiar lembut
160 g gula aising, diayak
3 biji telur Gred A, dipukul sedikit
1 camt coffee emulco (atau 2 camb kopi segera + 1 camb air)
secubit serbuk kayu manis, jika suka
200 g tepung rendah protin (high ratio), diayak

Cara membuatnya:
Putar mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana 5 min atau hingga adunan kembang dan gebu. Masukkan sedikit demi sedikit telur, putar perlahan hingga sebati. Campurkan kopi, kacau rata. Kemudian masukkan tepung dan pukul rata-rata dengan perlahan. Simpan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan.

Doh Manis
500 g tepung protin tinggi, diayak
5 g bread improver } diayak
5 g pelembut roti }
20 g susu tepung, diayak
75 g gula kaster
6 g garam
8 g yis segera
1 biji telur, dipukul sedikit
270 g air atau susu segar (jangan guna susu tepung jika gunakan susu segar)
60 g mentega, dilembutkan

Cara membuatnya:
Satukan tepung, gula kaster dan garam di dalam mangkuk. Kacau rata kemudian masukkan yis. Bubuh telur dan air atau susu. Gaul sebati. (Jika dengan food processor gunakan putaran perlahan selama 1 min kemudian putaran sederhana 8 min). Campurkan mentega. Pukul kelajuan sederhana hingga adunan menjadi lembut, halus dan menganjal (tidak melekit). Bentukkan adunan menjadi bulat. Bahagikan kepada 17 bahagian, setiap satu seberat 55 g. Bentukkan bebola, tutup dengan tuala dan biar 10 min.

Untuk membentuk ban:
Leperkan satu bahagian doh di atas tapak tangan, letak bebola inti di tengah. Tangkupkan dan picit atasnya kemas-kemas (jika tidak, inti akan keluar semasa membakar). Susun atas tin pembakar berlengser dengan jarak 7.5 cm antara satu sama lain. Biar kembang selama 45 min di tempat hangat. Picitkan bahan atas di permukaan ban dalam bentuk memusing, dimulakan dari tengahnya. Bakar pada 200 C selama 12-15 min atau hingga ban keperangan.

________________________________________

Ismail Bin Abdul Aziz
Keramat - Ulu Kelang
de_corps@yahoo.com

Cendol

Assalamualaikum. Puan, bagaimana ingin membuat cendol yang sedap, lembut dan warna yang menarik? Saya juga ingin tahu resipi membuat air cendol. Terima kasih

CENDOL
1 liter santan (dari 1½ biji kelapa)
Sedikit garam

Bahan Cendol
20 helai daun pandan } dikisar
500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau (Hoen Kwee)
1 camB. tepung beras
430 ml air

Bahan Air Gula
300 g. gula melaka (dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara membuatnya:
1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula.

________________________________________

Rohana Sulaiman
rohana@telecommit.com.my

Resipi Pau

Saya amat menggemari pau, terutamanya pau seperti pau yik mun yang putih dan gebu. Saya telah mencuba beberapa resipi tapi hasilnya kurang memberangsangkan. Saya berharap puan dapat berkongsi resipi yg dapat menghasilkan pau yg putih, gebu dan lembut walaupun telah sejuk.
Teknik menguli yg betul akan menghasilkan Pau lembut dan gebu. Jangan gunakan tepung gandum biasa kerana ia membuat warna Pau kekuningan. Pastikan adunan kembang betul (langkah akhir) sebelum dikukus. Api kukusan jangan terlalu kuat kerana wap yg banyak akan membuat Pau masak terlampau cepat sehingga bahagian dalamnya masih mentah. Ini membuatkan Pau kecut bila sejuk.

PAU
10 g yis segera (1 paket kecil 'Mauripan')
500 g tepung Hong Kong/tepung pau/tepung rendah protin
4 camt serbuk penaik double-action
1/2 camt garam
250 ml air suam kuku } bahan A
4 camb gula halus }
2 camb minyak jagung

Cara membuatnya:
Ayak tepung, serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan yis segera dan garam. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan A serta minyak. Uli menjadi doh. Jika terlalu lembik, campur sedikit tepung. Jika terlalu keras, renjiskan air suam dan uli semula (kadar kelembapan tepung berbeza).
Uli hingga doh lembut dan kenyal. Tutup dan biar 1- 1 1/2 jam atau hingga naik dua kali ganda. Uli semula sebentar dan bahagikan sama saiz. Isikan inti dan tangkup kembali. Letak atas kertas kalis minyak yg digunting bulat. Biar 15-20 min dan cara menguli yg betul (seperti membuat roti).

________________________________________

Noralizatul Akmar Rusli
Bandar Damansara Perdana
akmar@wwei.com.my

Makaroni Bakar

Puan, saya tertarik dgn laman web ini. Saya ingin mengetahui maksud istilah2 cream seperti:

1) double cream
Dikenali dengan whipping cream. Boleh diputar hingga kental dan dijadikan hiasan (fresh cream cakes).

2) heavy cream
Termasuk kategori double cream juga tetapi mungkin jenis yang tidak boleh dipukul menjadi kental tetapi hanya untuk dituang (dari bekas carton) ke atas sajian pencuci mulut.

Dari mana sy boleh daptkan cream2 ini dan apa sebenarnya fungsi2 cream ini.
Di sebarang pasar raya besar atau kedai barangan bakeri.

Boleh tak kalau sy dapatkan resipi baked pasta yg sedap?

MAKARONI BAKAR
100 g makaroni
1 camb mentega/marjerin
1 camb minyak
60 g daging/ayam, dicincang halus
1 cm halia, dicincang halus
4 ulas bawang merah
1 camb serbuk rempah kari + air (jadi pes)
1 tangkai daun sup, dicincang halus
100 g sayuran campur (dlm paket:frozen mixed vegetables)
3 biji telur Gred A
150 ml susu segar/UHT
50 g keju Cheddar, diparut
Garam, serbuk lada hitam secukupnya

Cara membuatnya:
Rebus makaroni hingga masak, tus dan gaul dengan mentega. Panaskan minyak, tumis bawang merah, halia dan pes rempah. Bila wangi masukkan daging dan kacau hingga masak (tambah sedikit air). Bubuh sayuran campur kemudian tambah garam secukupnya. Masukkan daun sup dan angkat.
Satukan telur, susu, garam dan serbuk lada hitam. Gaulkan dengan makaroni dan daging. Ratakan di dalam mangkuk tahan panas yg sudah dilengser mentega. Taburkan keju di atasnya. Bakar pada 180 C selama 40 minit atau hingga masak.

________________________________________

mustafah mansor
shaqimfi@yahoo.com.sg

Shortbreads

Puan, saya ingin tahu bagaimana caranya membuat chocolate, orange, strawberry dan honeydew shortbreads? Selanjutnya, bolehkah puan memberitahu kami cara untuk marinate daging kebab kerana anak-anak kami amat meminati biskut-biskut dan masakan itu. Sekian, terima kasih.

Honeydew shortbreads boleh dibuat jika ada glazed honeydew atau boleh digantikan dengan hirisan halwa kundur. Untuk chocolate, kurangkan tepung gandum sebanyak 20 gm, masukkan serbuk koko dan chocolate emulco. Untuk strawberry, tambah strawberry emulco dan pewarna merah. Untuk orange, masukkan parutan kulit oren dan esen oren.

PLAIN SHORTBREADS
125 gm mentega
50 gm gula kastor
175 gm tepung gandum, diayak
gula kastor, untuk tabur

Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan tepung dan gaul perlahan menjadi doh. Canai menjadi bulatan 20 cm. Cucuk dengan garfu dan potong (sedikit saja, jangan sampai putus) menjadi 8 bahagian. Boleh juga canai empatsegi dan bentuk menjadi jejari. Taburkan gula dan bakar pada 160 C selama 40-45 min atau hingga keemasan. Biar 5 min sebelum diubah ke redai.

Perap Daging Kebab
750 g daging
1/4 labu bawang besar, dikisar
2 ulas bawang putih, dikisar
1 camb parutan halia
2 camb jus lemon
2 camt serbuk ketumbar
2 camt serbuk jintan putih
2 camt garam masala
1/3 cawan dadih
1 camt garam
sedikit gula

Daging boleh dipotong kiub lebar.
Satukan semua bahan, perap dalam bekas bertutup selama 3-4 jam. Cucuk pada besi atau lidi kemudian panggang atau gril dalam oven hingga masak.

________________________________________

Rohani Bujang
Dacca
roslin@citech-bd.com

Kuah Kacang Segera

Saya ingin tahu bagaimana menyediakan kuah kacang segera? Kuah ini hanya perlu ditambahkan air dan selepas itu dimasak seketika dan terus boleh disediakan untuk dimakan dengan sate atau nasi himpit.

KUAH KACANG SEGERA
300 gm kacang tanah
4 biji bawang merah, dipotong
2 ulas bawang putih, dipotong
6-8 tangkai cili kering, dibuang biji
½ camt serbuk kunyit
2 biji buah keras }
½ camb ketumbar, disangai }
½ camt jintan manis, disangai } kisar/tumbuk halus
½ camt jintan putih, disangai }
1-2 camt asam jawa }
Air panas secukupnya } campur
Garam, gula secukupnya

Goreng kacang tanah, buang kulit dan kisar halus.
Panaskan minyak, goreng bawang merah, bawang putih, cili kering hingga wangi. Biar sejuk kemudian kisar halus.
Campurkan semua bahan, letak di dalam bekas bertutup.
Simpan di dalam peti sejuk.
Jerang dengan dengan air asam jawa sehingga pekat kemudian sajikan.

________________________________________

Norziana Ahmad Azizi
norziana.azizi@cimb.com

Pai Tee


Saya nak minta jasa baik puan untuk resipi butter cake yang lembut dan senang.
Sila semak semula ruangan SJ Masakan, banyak resipi Buttercake. Supaya lembut, pastikan mentega dan gula kastor dipukul hingga gebu dan ringan sebelum memasukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi hingga kembang.

Saya ada buat pai tee tapi kenapa kulitnya menggerutu? Adunan saya 1 cawan tpg gandum, 1 cawan tpg jagung, 1 cawan tpg ubi, sebiji telur dan air. Kenapa kulitnya tak macam kat kedai? Kalau di kedai teksturnya halus dan licin. Harap puan dapat menolong.
Mungkin minyak menggoreng terlalu panas semasa anda memasukkan acuan pai tee.

PAI TEE
10 camb tepung beras
2 camb tepung kanji/ubi
sed garam
1 biji telur, dipukul
2-2 1/2 cawan air
minyak utk menggoreng

Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar.
Masukkan sedikit demi sedikit air dan kacau menggunakan pemutar belon hingga sebati.
Pastikan acuan dipanaskan terlebih dulu sebelum dicelup ke dalam adunan.

Kalau boleh minta puan sertakan resipi Kek Lobak juga untuk saya. Terima kasih.

Kek Lobak Merah
180 gm mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
240 gm tepung naik sendiri
150 gm lobak merah, dikisar
30 gm walnut, dikisar
Parutan kulit 1 biji oren
60 ml jus oren
3 camca besar susu segar

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan sebiji demi sebiji telur, kacau rata.
3. Bubuh tepung naik sendiri diselangseli dengan jus oren dan susu.
4. Akhir sekali masukkan lobak merah, walnut dan parutan oren.
5. Ratakan di dalam tin 20 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin.
6. Bakar pada 190 C selama 1 jam atau hingga masak.

________________________________________

Angie
nichoo@cyberway.com.sg

Fish Ball

Puan, saya cuba buat fish ball banyak kali tetapi tidak berjaya.
Harap Puan dapat membantu saya. Terima kasih.
Inilah resipi yg saya gunakan dan ia menjadi. Jangan gunakan ikan jenis lain. Keluarkan isi ikan dengan cara memotong dengan kulit (memanjang) atau fillet kemudian ambil sudu dan asingkan isi daripada kulit.

FISHBALL
400 gm isi ikan tenggiri
80-100 gm tepung ubi/kanji
150 ml air } campur
1 camt garam }
air untuk merebus

Cara membuatnya:
1. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Boleh juga dikisar dalam food processor.
2. Campurkan tepung ubi dan 25-30 ml air bergaram kemudian gaul rata.
3. Basahkan tangan dengan baki air garam, ambil sedikit campuran isi ikan.
4. Bentukkan campuran tadi menjadi bebola.
5. Jerang air hingga mendidih dan masukkan bebola tadi.
6. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat dan disajikan dengan sos.


________________________________________

Aliya Athiqah Azman
Bandar Baru Bangi
pooh91_aliya@yahoo.co.uk

Waffle

Puan, saya amat meminati waffle. Bolehkah saya mendapat resipi drpd puan? Saya harap agar puan dpt membantu. Terima kasih.
Anda perlukan acuan elektrik pembuat waffle.

WAFFLE
375 g tepung gandum
400 ml susu segar suam
2 camt gula kastor
4 biji telur
100 g mentega cair
sed garam

Campuran yis
25 g compressed yeast (jenis frozen, biar pada suhu bilik)
2 camb air suam
1 camt gula kastor

Pecahkan yis, campur dengan 1 camt gula dan 2 camb air suam.
Ayak tepung dan garam. Buatkan 'lubang' di tengah mangkuk.
Tuangkan campuran yis ke dalam tepung (jangan gaul).
Tutup dan biar yis kembang selama 20 min.
Masukkan susu, lebihan gula, telur, marjerin cair. Kacau sebati.
Tutup dan biar kembang selama 25 min.
Panaskan acuan waffle, lengser dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan, tutup dan masak. Bila nampak keemasan, angkat.

________________________________________

Azial
azilaziz@gmail.com

Tepung Hoen Kwee

Assalamualaikum. Puan, saya ada terbeli tepung hoen kwee dalam 500g. Mulanya ingatkan tepung tu sama je dgn tepung hong kong. Rupa2nya lain.
Jadi, nak mintak pertolongan puan agar dapat berikan beberapa jenis
masakan yg menggunakan tepung hoen kwee ni. Terima kasih atas kesudian puan.
Boleh buat Cendol, resipi pernah saya berikan dulu. Jika anda ke pasar raya, perhatikan resipi pada bungkusan Hoen Kwee (kecil, panjang dan beraneka warna). Salin dan ikuti resipi yg mudah itu (tambah gula & santan saja ~ saya tak pasti dgn tepat tapi sukatan memang ada pada paket) dan anda boleh campurkan pisang masak sebagai tambahan (di dalam loyang sebelum dituang adunan Hoen Kwee).

KUIH LOMPANG
700 ml air
250 g gula pasir
2-3 helai daun pandan
250 g tepung beras
45 g tepung ubi
15 g tepung Hoen Kwee
½ camt air kapur
Pewarna merah/hijau
Kelapa parut putih + garam

Masak air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Biar sejuk.
Campurkan air gula dengan semua jenis tepung dan air kapur.
Kacau atas api perlahan hingga naik wap (jangan sampai pekat).
Bahagikan 3, bubuh pewarna. Tuangkan ke dalam acuan kecil yg dilengser minyak. Kukus hingga masak.

KUIH TAKO
60 g tepung Hoen Kwee
150 g gula kastor
600 ml air
Sed sengkuang Cina, dikiub kecil

Lapisan atas
30 g tepung beras
20 g gula
360 ml santan (1 kelapa)
Sed garam

Letak sengkuang di dalan acuan pandan.
Jerang 3 bahan pertama hingga pekat, tuangkan ke dalam acuan pandan separuh penuh.
Jerang semua bahan lapisan atas, penuhkan acuan pandan dan biar sejuk.

________________________________________

Fadlini Zainal
Bkt Idaman, Batu Caves
fadlini@m-factor.com.my

Choc Chip Cookies

Saya telah dua kali mencuba utk membuat choc chip cookies tetapi semua cubaan saya gagal kerana biskut saya menjadi dlm keadaan leper, rata & tidak menarik setelah dibakar. Apakah bahan yg boleh membuatkan biskut saya lebih menarik? Adakah sebab terlebih butter, terlebih masa mengacau dgn mixer ataupun kurang tepung? Adakah kerana saya tidak memasukkan baking powder? Boleh puan bg saya resipi lengkap dgn cara memasak dan sukatan yg betul? Terima kasih.
Biskut jenis ini selalunya mengandungi butter dan lemak sayuran (vegetable shortening). Lemak inilah yg membuat biskut lebih rangup. Anda juga perlu masukkan baking powder dan soda penaik (soda bikarbonat). Memukulnya lebih sedikit dari masa memukul biskut biasa tetapi jangan sampai terlalu kembang seperti membuat kek. Suhunya pun lebih tinggi daripada biskut biasa. Biskut ini lembut bila panas tetapi menjadi keras dan rangup bila sejuk.

BISKUT CHOCOLATE CHIP
1 cawan tepung gandum } diayak
1 camt serbuk penaik }
1 camt garam }
6 camb mentega/marjerin
1 cawan gula kaster
1/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 camt vanila
2/3 cawan chocolate chips
1/2 cawan badam bakar, dicincang

Cara membuatnya:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Lengser tin pembakar. Pukul mentega dan kedua-dua jenis gula hingga gebu. Masukkan telur dan vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak dan putar pada kelajuan minima. Akhir sekali, masukkan coklat cip dan badam bakar. Gunakan 2 sudu teh untuk mengambil dan membentuk biskut di atas tin pembakar. Biar ia tinggi sedikit kerana ia rata sedikit bila sedang dibakar. Pastikan jaraknya 5 cm kerana biskut akan kembang. Bakar pada 200 C selama 10-12 min atau hingga keemasan. Biar sejuk atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

________________________________________

Haizatul Akmar Harun
Bkt Indah, Ampang
haizatulakmar@gmail.com

Kek Lapis Horlick

Bolehkah puan beri beberapa tip macam mana nak elakkan lapisan kek lapis drpd tanggal?
Cucuk setiap lapisan dengan lidi koktel (10-12 kali) kemudian tekan dengan penekan khas. Ia memang tidak pernah tanggal jika langkah ini diambil. Seperkara lagi, buat lapisan kek lapis hingga habis, jangan biarkan lapisan sejuk baru diratakan lapisan lain. Jika lapisan masih panas, ia tentu akan melekat. Setelah membakar semua lapisan, akhiri dengan membakar seluruh kek pada 180 C selama 5-7 minit supaya masak sempurna.

Seperkara lagi saya harap puan dapat sertakan resipi Kek Lapis Horlick.

KEK LAPIS HORLICK
400 gm mentega
50 gm susu pekat
16 biji kuning telur
6 biji telur
260 gm gula kastor
1 camca besar ovalette
260 gm tepung gandum
50 gm Horlicks
60 ml susu cair
1 camca teh rempah kek lapis
2 camca teh strawberry emulco + pewarna merah
2 camca teh pes coklat + 1 camca besar serbuk coklat

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan susu pekat hingga gebu. Ketepikan.
2. Putar kuning telur, telur, gula dan ovalette hingga kembang.
3. Campur dengan adunan mentega, putar sebati.
4. Bubuh tepung, Horlicks, susu cair dan rempah kek.
5. Bahagikan 3, warnakan 2 bahagian berlainan. Satu bahagian biasa.
6. Gunakan tin 22 cm yang dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
7. Bakar api atas bawah, lapisan pertama biasa, diikuti merah (guna gril). Ulangi hingga habis.
8. Ulangi dengan lapisan coklat dan biasa hingga habis.
9. Akhir sekali, bakar (seperti kek biasa) pada 180 C selama 5-7 minit. Keluarkan kek dari tin dan biar sejuk atas redai.


________________________________________

Rusni Mohamed Idris
abdzubir@yahoo.com

Membuat Coklat

Puan, saya menggunakan coklat selbourne. Setelah dicairkan dalam double boiler, coklat dituang dalam mould dan disimpan dalam peti sejuk sehingga keras. Selepas dikeluarkan dan diletakkan di dalam paper cup, kenapa coklat itu menjadi lembut dan tidak keras?
Selalunya, cairkan 200gm hirisan coklat masakan dengan 1 sudu besar lemak sayuran (vegetable shortening). Biar di dalam mould hingga sejuk dan keras baru disimpan di dalam peti sejuk. Biar 3 jam baru dikeluarkan dari mould dan diletak dalam paper cup. Hendaklah sentiasa disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk (lapiskan plastik antara satu lapisan dengan yg lain).


Siti Nuraiani binti Abdul Hamid
Ampang, Selangor.
Siti_Nuraini_Bt_Abdul_Hamid@aseam.com.my

Rasa Isi Ikan

Puan, saya ingin bertanyakan beberapa soalan. Bagaimanakah caranya utk memberi rasa meresap pd isi ikan siakap yg dimasak sweet sour (ikan masak tiga rasa) kerana pd kebiasaannya rasa sweet sour itu hanya pd kuahnya sahaja tetapi ia tidak meresap pd isi ikan tersebut.
Gaul ikan dengan garam, serbuk lada sulah. Biar 20 minit.
Lumur dengan putih telur, salut dengan tepung jagung dan goreng hingga masak. Supaya ia lebih meresap, potong isi ikan menyerong dan nipis.

Dalam pembuatan kek coklat kukus, apakah fungsi penggunaan susu pekat dlm resipi tersebut?
Memberi rasa lemak dan manis selain membuat tekstur lebih halus (tidak mencairkan).

________________________________________

Nurain
Kota Kinabalu, Sabah.
ain_rafique@yahoo.com

Ikan Pekasam

Assalamualaikum. Saya baru pertama kali belajar membuat ikan pekasam. Saya mendapat resipi tersebut dari internet. Tapi bila saya mencubanya, ikan pekasam saya sangat masin. Boleh tak akak bagi saya resipi ikan pekasam yang betul.

PEKASAM IKAN
7 ekor ikan sepat atau ikan lampam
1-2 sudu makan jus limau nipis
100 gm garam kasar
20 keping asam gelugur
50 gm asam jawa
120 gm beras
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara membuatnya:
1. Perap ikan bersama jus limau dan 1 sudu besar garam selama 2 jam.
2. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
3. Satukan ikan dengan baki garam dan serbuk kunyit.
4. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
5. Campurkan asam jawa dengan sedikit air untuk mendapatkan air asam jawa pekat. Lumurkan pada ikan seluruhnya.
6. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2 malam.
7. Goreng beras tanpa minyak hingga keemasan kemudian tumbuk atau kisar halus.

________________________________________

Azlin Ahmad
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
azlin_7447@yahoo.com.my

Dadih

Puan, saya ada resipi dadih tapi saya tak pasti segenggam agar-agar tu banyak mana. Bolehkah puan beri resipi yang betul? Di sini saya sertakan resipi dadih yang saya dapat dari seorang kawan.

8 cawan air
Segenggam agar-agar
1 tin susu cair/susu kotak (ml?)
Perisa (ikut suka)
1 cawan gula
Sedikit kastard

Jika saya letak kastard pasti dadih saya berwarna kuning. Saya inginkan dadih yg putih.

Jika ingin dadih putih, ganti tepung kastard dengan tepung jagung. Cuba resipi ini:

1600 ml air (ukuran 1 cawan = 250ml)
400 ml susu segar (kotak)
40 gm tepung jagung
2 1/4 camb serbuk agar-agar (1 camb = 15 ml)
1-2 cawan gula
Perisa

Larutkan tepung jagung dengan sedikit air, tapiskan ke dalam periuk. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga mendidih. Campurkan perisa, kacau dan tuang ke dalam bekas-bekas kecil.

________________________________________

Rohaya Hariri
Gombak, Kuala Lumpur.
along_roha@yahoo.com

Mee Kuning

Assalamualaikum. Saya nak bertanyakan tentang cara2 membuat mee kuning. Memandangkan mee kuning masih diragui untuk dimakan, jadi apa salahnya kita membuat sendiri utk kesihatan yg terjamin dan halal.

MEE KUNING
350 gm tepung roti (protin tinggi)
2 biji putih telur masin
½ camb air alkali (boleh dibeli di kedai sinseh) atau ganti air kapur*
100 ml air
Sedikit pewarna kuning

Ayak tepung, gaul dengan semua bahan hingga menjadi doh.
Uli atas papan pencanai yg ditabur tepung hingga doh licin dan bertekstur halus.
Canai dan potong menjadi 4 bahagian.
Taburkan tepung ubi supaya tidak melekat.
Tutup dgn tuala bersih.
Set mesin nombor paling besar, canai sekeping doh.
Kemudian kurangkan hingga nipis sedikit dan set pemotong untuk membentuk mee. Sebelum memasukkan doh (peringkat akhir), sapu dgn sedikit minyak.
Celur dalam air mendidih, angkat, sejatkan dan gaul dengan minyak supaya tidak melekat.

*1/4 camt kapur + ½ camb air

________________________________________

Nur Sabrina Mohd Saufi
Klang, Selangor.
ns_jiha@yahoo.com.my

Halwa

Saya banyak mendapat informasi daripada laman web puan. Terima kasih & syabas diucapkan. Di sini saya ada soalan. Diharap puan dapat kongsi cara untuk membuat halwa betik. Dan selain betik, buah apa lagi yang boleh dibuat halwa?
Selain betik, boleh gunakan kundur atau buah pala.

HALWA BETIK
1 biji betik separuh masak/mengkal
1 camca besar garam
1 camca teh kapur
400 ml air
160 gm gula batu, dihancurkan
200 gm gula pasir

Cara membuatnya:
1. Potong dan ukir betik berbentuk bunga. Bersih dan sejatkan.
2. Rendam di dalam air garam selama 30 minit. Sejatkan.
3. Rendam pula di dalam air kapur selama 10 jam. Sejatkan.
4. Jerang air hingga mendidih, perlahankan api dan celur betik selama 10 minit. Sejatkan.
5. Jerang pula 400 ml air, gula batu dan gula hingga larut. Biar sejuk.
6. Rendam betik selama 10 jam. Sejatkan dan jemur selama 8 jam.
7. Panaskan air gula dan biar sejuk.
8. Ulangi langkah 6 dan 7 selama beberapa hari hingga betik bersakar (disaluti gula).

Nota: Jika ingin mewarnakan halwa, masukkan pewarna pada hari ketiga semasa memanaskan air gula.

Bagaimana untuk membuat cili yang telah dikisar tahan lama? Cili yang saya kisar biasanya tidak sampai seminggu ia akan mempunyai lapisan (spt lendir berwarna putih) walaupun disimpan di dalam bekas kedap udara. Harap puan dapat membantu. Terima kasih.
Kisar cili dengan garam halus. Selepas diletak dalam bekas kedap udara, simpan dalam peti sejuk. Cili yg dijual di kedai diletak bahan pengawet supaya tahan lama.

________________________________________

Khairin Elisza Salleh
Kajang, Selangor.
ronan_kokai@yahoo.com

Rempah Lima

Saya baru berkahwin dan baru belajar memasak yong taufu. Susah untuk mendapat resipi yong taufu yg sedap.

Apa itu 'rempah lima'?
Dikenali sebagai 'Five Spice Powder'.

Di mana boleh saya mendapatkan sos kacang hitam, sos
ikan, dan taucu hitam? Puas saya mencari di pasar raya
dan kedai runcit tapi tiada.
Di pasar raya seperti Giant, Jaya Jusco atau Carrefour.
Sos kacang hitam adalah Black Bean Sauce.
Sos ikan atau kicap ikan boleh diganti dengan kicap sotong.
Taucu hitam jika tiada gantikan dengan taucu biasa tapi masukkan sedikit kicap hitam di dalam sos supaya warnanya lebih gelap.

________________________________________

Tengku Jamali
tengkujamali@hotmail.com

Jeruk Mangga

Saya cuba membuat jeruk mangga. Malangnya selepas dua atau tiga hari airnya mula berbuih dan menjadi keputihan (berkulat). Di mana silap saya atau ada teknik lain membuat jeruk buah-buahan?
Jika anda telah menggunakan bahan pengawet yang saya syorkan, Insya-ALLAH tiada masalah. Mangga tidak boleh dibasuh atau terkena air, memadai dilap dengan kain lembab diikuti kain kering. Pastikan botol tempat menyimpan juga bersih dengan cara membilas dengan air mendidih dan biar kering (jemur).

________________________________________

Zubaidah Ismail
zbi@np.edu.sg

Mutton Chop

Boleh saya dapatkan resipi mutton chop yang sedap? Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih. Wassalam.
Hidangkan dengan sos perang. Membuatnya memang rumit tetapi ada versi mudah (pernah disiarkan dalam ruangan SJ Masakan)

MUTTON/LAMB CHOP
4 keping daging kambing (khas untuk digril/panggang)
1 camb sos cili
2 camb sos Hoisin/sos tiram/sos Worcestershire atau Lea & Perrins
1 camb mentega cair
Garam, serbuk lada sulah

Perap selama 4 jam dalam bekas bertutup. Panggang hingga masak.

STOK PERANG
1 kg tulang lembu
2 liter air
250 g sayuran mirepoix (hirisan bawang besar,lobak merah, batang salderi, batang daun bawang besar @ leek)
bouquet garni (herba thyme,daun bay,batang parsli)
6 biji lada putih

* Potong tulang kecil-kecil dan perangkan dengan membakarnya di dalam ketuhar atau menggoreng dengan sedikit minyak di atas kuali leper.
* Buangkan minyak, masukkan ke dalam periuk besar. Campur air, biar mendidih kemudian buangkan lapisan minyak di permukaan (dgn sudu).
* Goreng campuran mirepoix dengan sedikit minyak hingga perang, tapis & masukkan ke dalam stok tulang.
* Masukkan bouquet garni dan lada putih. Renihkan 1-2 jam. Buang buih di permukaan dan tapiskan stok sebelum digunakan.

SOS PERANG (Brown Sauce/Sos Espagnole)
50 g marjerin
60 g tepung gandum
25 g tomato puri
1 liter stok perang (lihat atas)
100 g lobak merah
100 g bawang besar
50 g batang salderi
1. Cairkan marjerin, masukkan tepung & kacau hingga perang.
2. Sejukkan 'roux' ini, kemudian masukkan tomato puri. Perlahankan api, masukkan stok perang panas. Biar mendidih.
3. Goreng lobak, bawang dan salderi dengan sedikit minyak. Tapiskan dan masukkan sayuran ke dalam sos tadi. Renihkan dengan api sangat perlahan selama 1-2 jam. Buangkan kotoran yg timbul di permukaan. Tapiskan sebelum digunakan.
*Tambah kicap hitam untuk mendapatkan warna lebih gelap.

________________________________________

Safarina Ibrahim
Kuching, Sarawak.
syafa82@gmail.com

Bingka Bombay

Assalamualaikum. Puan, boleh tolong berikan resipi Bingka Bombay? Terima kasih.

BINGKA BOMBAY
6 biji telur
400 ml susu cair/santan (1 kelapa)
800 ml air pandan (ambil dari 15 helai pandan)
4 cawan tepung gandum
1¾ -2 cawan gula pasir
Ceri merah, kacang tumbuk kasar dll

Pukul telur dan gula hingga sebati.
Masukkan semua bahan lain.
Tuangkan ke dalam acuan yg sudah dipanaskan kemudian dilengser.
Bakar api atas bawah pada 170 C hingga bahagian tepi kelilingnya masak.
Taburkan ceri dan kacang, ubah membakar api bawah saja selama 35-40 min atau hingga masak.

________________________________________

Zainab Meerdeen
zainab@ti.com

Kek Menurun

Saya telah membuat kek mengikut peraturannya dengan teliti. Malangnya selepas 5 minit kek dikeluarkan dari oven ia menurun menjadi saiz asalnya sebelum masak. Keknya bantat. Adunannya telah saya bagi 2 kerana kek ni nampaknya besar.

Saya telah membuatnya dua kali, tak tahulah di mana salah saya. Saya rasa tidak ada masalah pada resipi sebab kawan saya telah membuat resipi yang sama dan kek naik cantik. Harap dapat membantu. Terima kasih.

SUPERSOFT BUTTER CAKE

Bahan A

10 biji telor sejuk
50 gm air
30 gm ovalette (lebih-kurang 1 1/2 sudu makan)
1 1/2 sudu tea baking powder
350 gm castor sugar
400 gm tepong gandum
1 sudu tea vanilla essence

Bahan B
350 gm butter
2 sudu makan penuh susu pekat

1. Pukul telur hingga putih.
2. Masukkan ovalette, gula, baking powder dan air serta vanila esen.
3. Pukul lagi hingga pekat, kemudian masukkan tepung.
4. Pukul lagi hingga sebati dan pekat.
5. Pukul mentega hingga putih, masukkan susu.
6. Campurkan kedua-dua bahan pukul lagi hingga rata.
7. Tuangkan dalam acuan kecil-kecil atau loyang 8 x 8 dan bakar hingga masak.

Adakah suhu oven sama seperti kawan anda? Jika suhu terlalu tinggi, kek terlalu cepat masak dan kembang segera, sedangkan bahagian dalamnya tidak sempat menjadi gebu. Saya syorkan suhu 185-190 C untuk kek ini.
Berapa ukuran tin yg anda gunakan? Saiz tin juga mempengaruhi ketebalan kek. Pastikan anda telah lengser dan alas dengan kertas kalis minyak.
Langkah 2, jangan masukkan baking powder dengan air tapi ayakkan 2 kali dengan tepung.
Sila lihat langkah 6, tak perlu pukul, memadai dikacau sebati kerana ruang udara yg terperangkap di dalam adunan akan keluar. Inilah penyebab kek turun.

________________________________________

Shaaban
shaaban29@yahoo.com

Chocolate Biscuit

Hi. Can I have the recipe for chocolate biscuit? The one where you have to melt the chocolate and pour over the ball of flour (inside got almond). Thanks :)

LONDON ALMOND COOKIES
180 g butter
1/2 c aising sugar
1 tsp vanila
1 1/2 c flour
1 1/2 Tbsp rice flour
100-120 g roasted almonds
200 g cooking chocolate, finely chopped
1 Tbsp vegetable shortening
Almond nibs (to sprinkle)

Beat 3 first ingredients till well mixed (need not be fluffy).
Add both flours, mix into a dough. Shape into oval balls and place almond into each (shape should be small). Place on greased baking tin and bake at 175 C for 20-25 mins or till crisp.
Cool on wire rack. Place into small cake paper cups.
Melt chocolate and shortening in a bowl placed over lightly boiling water (double-boil method). Stir till melted. Don't allow even a drop of water into bowl (this will harden chocolate).
Spoon onto cookies then sprinkle almond nibs. Allow to set before storing in airtight containers.

________________________________________

Sarimah Ahmad
Ipoh, Perak.
amiabil96@yahoo.com.my

Resipi Kuih Tiram

Harap puan dapat memberikan Resipi Kuih Tiram kepada saya kerana saya ingin cuba membuatnya. Terima kasih.

KUIH TIRAM
400 gm tepung gandum
garam
140-150 ml air
4 camb tepung ubi
3-4 camb minyak
Minyak masak untuk menggoreng
200 gm gula halus

Satukan tepung dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit air, uli menjadi doh yg lembut. Tutup dengan tuala basah dan biar selama 3 jam. Campurkan tepung ubi dengan minyak hingga menjadi pes.
Canai 1/4 doh menjadi nipis (10x40cm). Ratakan 1/4 campuran tepung ubi. Gulung kemas dari hujung kemudian potong setebal 1 cm. Canai nipis setiap satu.Goreng dalam minyak panas hingga keemasan. Angkat dan toskan minyaknya. Gaul dengan gula sebelum disimpan atau dihidangkan.

________________________________________

Nor
Woodlands, Singapura
norimah@sgx.com

Pastri Bakul

Saya ingin sekali mencuba untuk membuat bakul daripada roti atau tepung seperti yg sering dibuat sebagai gubahan hantaran. Kalau puan dapat memberitahu saya akan resipi dan caranya, saya sangat2 berterima kasih. Wassalam.
Pastri ini masin supaya ia tahan lama. Jika anda ingin memakannya, kurangkan garam.

PASTRI BAKUL
400 gm tepung gandum
2 camb garam
90 gm marjerin
Air secukupnya
1 biji kuning telur, utk disapu (+sed pewarna kuning, jika suka)

Satukan tepung dan garam. Gaulkan dengan marjerin.
Masukkan air dan uli menjadi doh (biar keras sedikit, jangan terlalu lembut).

Canai atau bentukkan memanjang seperti tali (3-4mm) kemudian jalinkan di belakang mangkuk tahan panas/periuk (yg dibungkus dengan foil supaya mudah tanggal bila masak). Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190 C hingga keemasan.

________________________________________

Rose Malik
Singapura
asyraf262001@yahoo.com.sg

Creamwell

Apa itu creamwell? Kalau takde creamwell, boleh tak ditukar gantikan dengan bahan lain? Di mana boleh beli creamwell?
Creamwell menghasilkan aising mentega yg lebih halus dan gebu. Teksturnya seperti mentega tetapi warnanya seperti lemak sayuran.
Lazimnya, 500 gm creamwell dipukul dengan 200 gm mentega dan 100-150 gm gula aising. Pukul hingga kembang. Nama lain untuknya adalah marvello. Creamwell boleh dibeli di kedai barangan bakeri.

Terima kasih.

________________________________________

Azmi Bin Abdul Gany
azminda12@yahoo.com

Kek Coklat Bakar

Saya minta budi baik penulis untuk mendapatkan resipi kek coklat bakar yang menggunakan bahan yang mudah digunakan dan dicari di pasaran.

KEK COKLAT MUDAH
1/4 cawan serbuk koko
1/4 cawan susu (kotak)
250 gm mentega
250 gm gula kastor
1 camt vanila
5 biji telur
250 gm tepung gandum } ayak
1 camt serbuk penaik }

Panaskan susu, campurkan dengan serbuk koko. Kacau sebati.
Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan vanila, kacau rata.
Bubuh sebiji telur, pukul lagi. Ulangi hingga telur habis digunakan.
Masukkan bahan ayak diselangseli dengan campuran susu.
Tuangkan ke dalam tin 22 cm yg dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
Bakar pada 170 C selama 50 min atau 1 jam atau hingga masak.

________________________________________

Soraya Ahmad Nasir
soraya@tm.com.my

Kek Kerap Pecah

Saya mengalami masalah dimana kek yang saya buat selalunya kembung ditengah-tengah dan kerap kali pecah. bagaimanakah caranya untuk mendapatkan kek yang masak dengan cantik. Boleh puan bantu?
Kek kembung di tengah dan pecah kerana:
• terlebih penggunaan baking powder (untuk mengelak, gunakan tepung naik sendiri)
• terlebih tepung. Jika adunan nampak keras, tambah 2-3 camb susu supaya ia lembut dan rata naiknya.
• oven terlalu panas, turunkan suhu ke 180 C jika selama ini anda membakar dengan suhu 200 C. Masa memasak lama sedikit tetapi kek akan masak sempurna.
• pastikan tolak adunan di tengah (sebelum membakar) supaya bahagian tepi keliling lebih tinggi. Bila kek masak, ia akan sama rata

________________________________________


Khir Mokhtar
khir_mokhtar@yahoo.com

Tauhu Pok

Assalamualaikum Puan Norzailina Nordin. Saya sangat berharap puan dapat memberikan tunjuk ajar kepada saya bagaimana membuat tahu pok atau tauhu pok atau tofu puff. Apakah bahan-bahan dan kaedah membuat tofu puff ini?
Jika membuat tauhu biasa menggunakan gypsum, untuk tauhu pok, anda perlu masukkan saline. Kacau sebati dan biarkan susu soya seketika. Masukkan ke dalam bekas yang berlubang di bawah (seperti acuan membuat tauhu tetapi lebih nipis) kemudian potong kecil berbentuk empatsegi.
Rendam di dalam air biasa selama 4-5 jam kemudian goreng di dalam minyak yang banyak. Ia akan kembang menjadi tauhu pok. Menggorengnya adalah sebanyak 2 kali. Kali pertama dengan suhu 110-120 C. Kali kedua suhu 180-200 C.

*Saline adalah campuran air bergaram tetapi saya tidak mempunyai maklumat tentang sukatan tepatnya.

**Harap dapat hubungi pegawai MARDI/MARA atau Usahawan Bumiputera kerana mereka menawarkan kursus membuat bahan makanan seperti ini.

________________________________________

Nurisza
barizah@kym.edu.my

Vinegar & Maltos

Assalamualaikum puan. Adakah bahan lain yang boleh menggantikan apple cider vineger dan juga maltos? Adakah rasa dan hasilnya akan sama? Terima kasih.
Apple cider vinegar boleh diganti dengan cuka biasa (putih) tetapi kurangkan (ikut selera) kerana ia lebih masam. Bergantung kepada jenis masakan, boleh juga diganti dengan jus limau nipis.

Maltos memberi kemanisan dan mengilatkan masakan yg dibakar. Jika anda menggantikan dengan madu, makanan akan cepat hangus pula. Mungkin boleh cuba campurkan golden syrup (sirap kencana) dengan sedikit gula perang (supaya menjadi seakan-akan maltos).

________________________________________

Ina
ina@shinano-co.com

Tepung optima

Saya ingin bertanya tentang sejenis tepung iaitu tepung Optima. Apakah nama tepung itu dalam bahasa Inggeris dan jenama apakah yang terkenal di pasaraya?
Tepung Optima adalah campuran tepung untuk kek span yg sudah mengandungi gula. Tentang jenama saya tidak pasti tetapi ia dikenali dengan nama 'SPONGE CAKE MIX'. Boleh dibeli di dalam kotak.

Saya amat berterima kasih atas kesudian puan menjawab soalan saya ini.

________________________________________

Aisah
a_tiana3@yahoo.com

Krim Tartar

Saya nak tahu apa itu krim tartar (yg saya tahu sos tartar utk makan dgn fish & chip)? Kalau bukan, bagaimana rupanya?
Krim tartar adalah serbuk putih seperti baking powder. Ia djual di dalam bekas/botol kecil. Sos untuk Fish & Chips adalah tartare sauce.

Saya ada beli gula tarik di Johor dan rasanya macam ada campuran gula Melaka & kacang tanah kalau tak silap saya.
Mungkin ia menggantikan sebahagian gula putih biasa. Kacang tanah diletak sebelum mengangkatnya dari periuk/kuali.

Thank you very much.

________________________________________

Aida
regedu@singnet.com.sg

Kek Kukus Berderai?

Sudah berapa kali saya mencuba membuat kek kukus. Setiap kali saya membuatnya, kek kukus saya selalu kering dan berderai bila dipotong. Saya tidak tahu apa silap saya dan berapa lamakah untuk mengukus? Terima kasih.
Tutup bahagian atas acuan dengan kertas timah/foil. Masa mengukus bergantung kepada jenis kek. Terlebih kukus akan membuat kek berderai.
Biasanya mengambil masa 45 min hingga 1 jam. Api sederhana perlahan, jangan terlalu kuat kerana kek tidak akan masak sempurna (disebabkan wap terlalu banyak).

________________________________________

Aida
aidasuhaila@gmail.com

Kacang Panggang

Assalamualaikum puan. Bolehkah puan bagi tip mcm mana utk mmbuat kacang panggang (gajus) yang rangup, berkilat dan tidak terlalu masin?
Panaskan oven suhu 200 C api atas dan bawah.
Alas tin pembakar dgn foil. Ratakan gajus (jangan ada yg bertindan).
Bakar dalam oven tapi hendaklah dikacau setiap 3 min.
Bila gajus nampak keperangan, angkat dan gaul dengan sedikit marjerin (untuk 200 gm, 1 camt saja). Jika tak mau masin, jgn bubuh garam.

Terima kasih.

________________________________________

Sumathi
Klang, Selangor
sumathi.karuppiah@stamford.edu.my

Mee Goreng

Dah banyak kali I buat kuetiau dan mee goreng, tapi rasanya tak berapa sedap. Boleh akak bantu saya?
Saya pernah beberapa kali berikan resipi kuetiau, sila semak semula ruangan SJ Masakan. Ini resipi mee goreng:

MEE GORENG
60 ml minyak
4 ulas bawang merah } ditumbuk
3 ulas bawang putih }
1 sudu besar pes cili
300 gm udang sedang - buang kulit
200 gm sawi – dipotong 3 cm
1 paket bebola ikan – dibelah 2
500 gm mee kuning
150 gm taugeh - dibuang ekor
Daun bawang, cili merah (hiasan)
Gula secukupnya

Bahan A (campur):
2 sudu kecil kicap manis
1½ sudu besar sos tomato
2½ sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili

Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan pes cili hingga terbit bau.
2. Bubuh bahan A, gula dan udang, kacau rata.
3. Masukkan batang sawi dan bebola ikan, kacau hingga udang separuh masak.
4. Campurkan daun sawi, gaul hingga separuh layu.
5. Akhir sekali, masukkan mee dan taugeh.
6. Bila taugeh hampir layu, angkat. Taburkan daun bawang dan cili merah.


________________________________________

Shadzrah
Kuantan
shadzrah@streamyx.com

Kek Lapis Sarawak

Saya ingin mencuba membuat kek lapis Sarawak yang sedap tu tetapi saya tiada resipinya. Harap puan dapat memberi resipi dan panduan. Terima kasih.
Anda perlu ada penekan kek lapis dan lidi (untuk mencucuk setiap lapisan). Beli buku Belajar Memasak terbitan Alaf 21 untuk mendapatkan cara/langkah demi langkah. Lapisan bawah sekali hendaklah dibakar dengan api atas dan bawah. Manakala setiap lapisan setelah itu, digril dengan api atas saja. Supaya kek tahan lama, bakar pada 180 C (seperti kek biasa) selama 10-12 minit supaya setiap lapisan kek masak sempurna.

KEK LAPIS TRIO

10 biji telur
16 biji kuning telur
380 gm gula kastor
1 camca besar ovalette/Quick 75
2 camca teh vanila
470 gm mentega
310 gm tepung paling halus }
50 gm susu tepung } ayak
1 camca teh rempah kek lapis }
1 camca teh serbuk penaik }
Pandan emulco + pewarna hijau
Strawberry emulco + Pewarna merah

Cara membuatnya:
1. Putar 5 bahan pertama hingga gebu. Ketepikan.
2. Pukul mentega hingga kembang.
3. Masukkan mentega berselangseli dengan campuran tepung ke dalam telur.
4. Bahagikan 3 (setiap satu 700 gm). Warna 2 bahagian hijau dan merah.
5. Alas tin 25 cm dgn kertas kalis minyak. Ratakan sedikit adunan biasa (lapisan pertama) di dalam tin. Bakar dengan api atas dan bawah. Cucuk dgn lidi dan tekan dengan penekan khas.
6. Buat lapisan merah, gril hingga keperangan. Cucuk dan tekan.
7. Ratakan lapisan hijau, gril. Ulangi mencucuk dan menekan.
8. Buat hingga habis semua adunan.
9. Akhir sekali, bakar pada 180 C selama 10-12 minit.

________________________________________

Norizah Binti Mohamad Nordin
adaku81@gmail.com

Nasi Himpit

Terdapat pelbagai cara membuat nasi himpit. Bolehkah puan memberi tip untuk membuat nasi himpit cara yang paling mudah?
Cara paling mudah adalah mencucuk plastik tahan panas dengan benda tajam (buat lubang rata-rata di seluruh plastik). Isikan 1/4 penuh dengan beras. Lekatkan hujungnya dgn stapler. Kemudian rebus dalam air banyak hingga kembang.

Selain itu, rebus beras dgn air banyak hingga kembang (macam buat bubur). Padatkan dgn cara menumbuknya dengan lesung batu (dalam bekas plastik, ketika masih panas). Kemudian padatkan di dalam loyang empatsegi. Tindih dgn benda berat (alas periuk yg diletakkan tin sardin/susu dll di atasnya).


________________________________________

Rohani Bujang
Dacca.
roslin@citech-bd.com

Cookies Flour

Saya berada di luar negara dan susah untuk mendapatkan tepung untuk membuat biskut (Rose Flour). Untuk 1 kg tepung gandum berapa banyak bahagian emplex, tepung jagung dan tepung kastard perlu dicampurkan untuk membuat biskut yang rangup dan tidak keras?
Bergantung kepada resipi iaitu sukatan mentega/marjerin/lemak sayuran dan telur. Jika adunan dimasukkan serbuk kacang, biskut akan rangup semula jadi. Secara kasar, 1 kg tepung + 1 1/2 sudu besar emplex + 400 gm tepung jagung atau tepung kastard. Boleh gunakan 250 gm tepung jagung + 150 gm tepung kastard. Tepung kastard sama dgn tepung jagung kecuali ia lebih harum dan memberikan warna kekuningan pada biskut.

________________________________________

Othman Hj. Mohdzar
Kuching, Sarawak.
othmanmohdzar@msn.com

Kek Lapis Prun

Sewaktu saya kecil dahulu, makcik saya selalu membuat Kek Lapis Prun
yang dikukus. Kek tersebut berlapis dengan warna hijau dan hitam (dari prun yang halus dikisar). Rasanya masam manis. Diharap dapat memberi resipi tersebut.

KEK LAPIS PRUN
400 gm mentega
50 gm susu pekat
16 biji kuning telur
6 biji telur
260 gm gula kastor
1 camca besar ovalette
260 gm tepung gandum
50 gm Horlicks
60 ml susu cair
1 camca teh rempah kek lapis
Sedikit pewarna hijau + pes pandan (jika suka)
150 gm prun, dicincang halus

Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan susu pekat hingga gebu. Ketepikan.
2. Putar kuning telur, telur, gula dan ovalette hingga kembang.
3. Campur dengan adunan mentega, putar sebati.
4. Bubuh tepung, Horlicks, susu cair dan rempah kek.
5. Ambil 1/2, warnakan hijau. Masukkan prun ke dalam separuh bahagian lagi.
6. Gunakan tin 22 cm yang dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
7. Bakar api atas bawah, lapisan pertama hijau (cucuk dan tekan dgn penekan khas), diikuti adunan berprun (guna gril). Cucuk dan tekan sekali lagi. Ulangi hingga habis.
8. Bila habis semua adunan, bakar kek pada 180 C selama 8-10 minit.

*Setiap lapisan hendaklah dicucuk dgn lidi koktek dan ditekan dgn penekan khas supaya rata dan tiada gelembung udara. Suhu gril 250 C.Pastikan setiap lapisan tidak hangus. Sesetengah oven yg tiada suhu gril, loyangnya perlu diletak di atas lantai oven (kerana terlalu panas). Jika atas rak, lapisan cepat hangus dan tidak masak sempurna.

________________________________________

Asni Omar
asni_omar@audit.gov.my

Tekstur Biskut

Assalamualaikum. Saya amat meminati ruangan soal jawab masakan ini yang banyak memberikan panduan dan resipi yang dicari. Di sini saya ada satu masalah yang perlukan bantuan daripada puan.

Saya kerap membuat biskut terutamanya pada hari-hari perayaan. Masalah
saya, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan biskut yang bertekstur
halus? Walaupun biskut yang saya buat rangup tetapi saya tidak begitu
berpuas hati kerana teksturnya agak kasar. Ada ketikanya aturan membuat
biskut menghendaki gula dan mentega hanya dikacau sebati sahaja.
Sebahagiannya pula menghendaki ia dipukul dengan kembang.

Adakah penggunaan gula halus atau aising dan cara mengadun gula dan
mentega boleh mempengaruhi tekstur biskut yang dibuat? Harap dapat
penjelasan. Terima kasih di atas perhatian puan.

Memang cara mengadun mempengaruhi tekstur. Jika adunan menggunakan gula kaster dan mentega dan tidak dipukul hingga gula hancur, tekstur biskut akan menjadi kasar. Jika adunan menggunakan gula aising, tak perlu dipukul hingga kembang kerana bentuk biskut akan menjadi terlalu leper/kembang (tidak sempurna bentuknya).

Sementara biskut seperti Chocolate Chips yg menggunakan gula perang juga perlu dipukul hingga kembang (seperti membuat kek) kerana gula perang sukar hancur. Adunan yg memerlukan anda memukul dgn kembang selalunya menggunakan gula kastor. Untuk memudahkan dan memendekkan masa memukul, boleh juga dikisar gula kastor hingga halus.
Namun kebanyakan jenis biskut moden kini menggunakan gula aising kerana ia juga memberikan kerangupan kepada biskut.

________________________________________

Kamal
Johor Bahru
wihsm@yahoo.com

Air Katira

Saya suka minum air Katira tetapi bukan yang lazimnya terdapat di pasar malam yang berwarna hijau terang itu. Air Katira yang saya maksudkan ialah yang berwarna hijau pucat (hijau kesusuan) yang turut mengandungi buah kurma. Ia biasanya dijual sepanjang bulan puasa di bazar Ramadhan. Adakah puan mempunyai resipi air tersebut yang boleh dikongsi sama?

RESIPI AIR KATIRA
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Sagu 3 warna, cendol, cincau
Kacang tanah goreng, buang kulit
sedikit asam boi
hirisan Kurma
Air secukupnya.

Bahan sirap hijau
Gula ikut suka manisnya
sedikit pewarna hijau
daun pandan

Gula dibuat sirap warna hijau (masak air + gula pasir, masukkan warna hijau & daun pandan).
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

________________________________________

Nordin Dahan
amalmelaka@yahoo.com.sg

Bebola Ikan

Puan, bagaimana cara membuat fish ball dan fish cake yang mudah dan suci? Bebola yang dijual di kedai tu kita tak tahu dibuat dengan cara yang suci atau sebaliknya. Terima kasih.

BEBOLA IKAN
400 gm isi ikan tenggiri atau jenis ikan isi putih
80 gm tepung ubi/kanji
150 ml air } campur
1 camt garam }

Cara membuatnya:
1. Tumbuk isi ikan hingga lumat. Boleh juga dikisar dalam food processor.
2. Campurkan tepung ubi dan 25-30 ml air bergaram kemudian gaul rata.
3. Basahkan tangan dengan baki air garam, ambil sedikit campuran isi ikan.
4. Bentukkan campuran tadi menjadi bebola.
5. Jerang air hingga mendidih dan masukkan bebola ikan tadi.
6. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat dan direndam di dalam air ais sehingga hendak digunakan.

FISH CAKE

Ratakan adunan untuk fish ball di dalam loyang (nipis saja) kemudian mampatkan dengan cara menekan dengan benda berat (letak papan dan atasnya letak lesung batu atau lain-lain). Biar selama 2 jam. Ketepikan pemberat dan alasnya. Kemudian kukus sebentar. Bila sejuk, potong bentuk fish cake. Salut dengan tepung gandum dan goreng seketika sebelum digunakan.

________________________________________

Shuhaila Shaari
Kg Sentosa Padang Serai, Kedah
shunani2003@yahoo.com

Nasi Daging

Puan, saya ingin mendapatkan resipi NASI DAGING bersama lauknya (untuk 20 orang).
Anda boleh pilih di antara lauk yang ada ini:

NASI DAGING
1 ½ kg daging batang pinang, dipotong
1 cawan minyak
100 g rempah beriani
1 liter santan (1 1/2 biji kelapa) tambah jika perlu (utk empukkan daging)
½ cawan puri tomato
Gula, garam secukupnya

Bahan dikisar halus:
2 labu bawang besar
12 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
5 cm halia
6 biji buah keras
3 btg serai

Bahan Beriani:
2 kg beras Basmathi, direndam 30 minit
3.8 liter air
1 cawan minyak sapi
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih
20tangkai daun pudina
120 g kismis

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan rempah beriani hingga terbit minyak. Ambil ½ cawan bahan tumisan, ketepikan.
2. Masukkan daging, kacau hingga kering airnya. Tuangkan santan, gula dan garam. Kacau sekali sekala. Bila mendidih, masukkan puri tomato. Kacau dan masak hingga daging empuk dan kuahnya pekat. Angkat.
3. Jerang beras, air, minyak sapi, bahan tumisan, garam, kulit kayu manis, pelaga, lawang dan cengkih.
4. Bila kering airnya, masukkan daun pudina dan kismis. Ratakan daging di atas nasi.Tutup periuk dan perlahankan api.
5. Gaul rata kemudian hidangkan.

IKAN KERING LEMAK NENAS
3 biji nenas, dihiris 1 cm & celur lembut
12-15 keping ikan masin /kering, direndam (kurangkan masin)
atau tulang / isi ikan talang
6-8 biji cili merah }
20-25 biji cili padi } dikisar
3 cm halia }
6 cm kunyit hidup }
2 liter santan (dari 3 biji)
3 helai daun kunyit (disimpulkan)
4 batang serai, dititik
3 keping asam gelugur
gula secukupnya

Cara membuatnya:
Jerang bahan kisar, santan dan ikan masin di atas api sederhana, kacau hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, daun kunyit, serai dan nenas. Kacau selalu di atas api sederhana hingga mendidih. Renehkan 2-3 minit kemudian angkat.

KURMA AYAM
2 ekor ayam, dipotong 10
1/2 cawan minyak
5 camb rempah kurma
2 l santan (3 biji kelapa)
2 keping asam gelugur
600 g ubi kentang }
5 biji tomato } dibelah 4
4 labu bawang besar }
6 biji cili merah} dibelah 2, jangan putus
6 biji cili hijau }

Bahan Penumis:
10 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga

Bahan Kisar:
12 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
6 biji buah keras

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh
pula ayam dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak
dan ayam separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai ayam empuk.
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.

KARI DAL
300 g dal kuning - direndam semalaman
3 sudu besar rempah kari ikan
1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
800 ml santan cair (1 1/2 kelapa)
6 biji cili hijau – dibelah 4 tidak putus
garam secukup rasa

Bahan dikiub 2 cm:
1 kg labu kundur
3 biji ubi kentang
3 batang lobak merah
3 biji terung bulat
3 biji tomato

Bahan tumisan:
5 biji bawang merah - dihiris nipis
1 pelepah daun kari
60 ml minyak masak

Cara membuatnya:
1. Rebus dal bersama air hingga lembut dan hancur.
2. Masukkan rempah kari, serbuk kunyit, ubi kentang, labu kundur dan lobak merah.
3. Kemudian masukkan terung, tomato, santan dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih dan pekat.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang, cili hijau dan daun kari hingga kekuningan. Tuangkan kesemua bahan tumisan tadi berserta minyak ke dalam kuah tadi. Tutup dan biar 10 min sebelum dihidangkan.


________________________________________

Yana
yana038@prk.uitm.edu.my

Putu Mayam

Assalamualaikum puan. Saya nak tanya bagaimana hendak membuat putu mayam?

PUTU MAYAM
500 ml air
300 g tepung beras
1 camt garam

Kacau tepung beras atas api perlahan hingga ringan.
Ayak ke dalam mangkuk. Masukkan garam.
Tuangkan air dan kacau sebati. Tambah sedikit lagi air jika terlalu pekat.
Kacau atas api kuat hingga adunan pekat. Kacau pantas hingga adunan tidak melekat pada periuk.
Biar sejuk sedikit. Masukkan ke dalam acuan putu mayam. Tekan ke atas penapis rotan yg diterbalikkan ke atas periuk air mendidih kuat.
Pastikan setiap bulatan mutu mayam tidak bertindih (ia akan melekat). Kukus selama 8-10 min atau hingga masak.
Sajikan dengan kelapa parut bercampur garam dan gula merah atau kari.

________________________________________

ruqayyah nuruliman
mashimaro_lemon90@yahoo.com

Stew Ayam

Assalamualaikum puan. Bolehkah puan memberikan resipi puding telur karamel & stew ayam berserta cara-caranya?

PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
20 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air

Cara membuatnya:
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.

STEW AYAM
500 gm ayam dgn tulang, dipotong
Air untuk merebus (anggaran 550-600ml)
3 camca besar minyak
2 cm halia, dihiris halus
1 labu bawang besar, dikiub
1 batang serai, dititik
2 camca besar puri tomato
1 camca besar serbuk jintan putih
200 gm ubi kentang, dikiub 2 cm
1 biji tomato, dikiub 2 cm
Garam, gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam, puri tomato dan serbuk jintan. Kacau 1 minit.
3. Bubuh ubi kentang, air, garam dan gula.
4. Kacau sekali-sekala hingga ubi empuk. Lecek separuh ubi di dalam kuahnya supaya kuah pekat.
5. Akhir sekali, masukkan tomato kemudian angkat.

________________________________________

Atieca Shah
atieca85@yahoo.com

Kek Tidak Bantat?

Kalau ingin membakar kek dan biskut seharusnya gunakan api bawah sahaja, atas sahaja ataupun atas dan bawah?
Bakar kek dan biskut dengan api bawah saja. Biskut boleh gunakan 2 rak sekaligus manakala kek pastikan tinnya berada di tengah-tengah oven.

Macam mana nak pastikan kek yang dibuat menjadi, cantik naiknya dan tidak bantat?
Pukul gula dan mentega hingga gebu dan kembang. Pukul telur dulu kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran gula. Pastikan tepung naik sendiri yg digunakan diayak 2 kali. Masa memasukkan tepung, kacau dengan senduk kayu dan tak boleh dipukul lagi.
Ratakan dlm tin beralas kertas kalis minyak dan lengser kertas dengan marjerin. Bakar pada 190 C selama 1 jam (bergantung pada ketebalan kek). Jangan buka penutup oven sehingga berlalu 3/4 masa memasak yg dicatatkan di dalam resipi.
________________________________________

Cik Mimie
hamimi_05@yahoo.com

Biskut Coklat

Assalamualaikum. Saya pernah makan sejenis biskut 10 tahun lalu tetapi saya tidak tahu nama dan cara membuatnya. Biskut tersebut berbentuk empat segi berwarna coklat kehitaman dan disadur dengan susu tepung. Rasa biskut ini tidak terlalu manis dan apabila mengunyahnya spt ada sesuatu (tak pasti tapi spt oat atau kelapa parut). Harap puan boleh membantu saya memandangkan saya telah cuba mencari maklumat tentang pelbagai biskut tapi masih tidak menjumpai biskut ini.

Saya telah mencarinya tetapi tiada. Anda boleh cuba resipi yg tidak begitu manis ini:

BISKUT COKLAT SUSU
250 gm mentega
80 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 camca teh vanila
130 gm tepung jagung }
230 gm tepung gandum } ayak
1 camca teh serbuk penaik }
40 gm serbuk koko
30 gm serbuk badam
30 gm susu tepung
30 gm kelapa kering, dikisar halus
susu tepung (salut)

Pukul 4 bahan pertama hingga sebati.
Masukkan bahan ayak, badam, susu dan kelapa.
Gaul menjadi doh. Canai dan potong empatsegi.
Atur atas tin pembakar berlengser.
Bakar pada 175 C hingga masak.
Angkat dan salut dengan susu tepung.
Bila sejuk bolehlah disimpan.

*Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung gandum.
Jika terkeras, tambah sedikit mentega dan uli bersama (ambil sedikit pada suatu masa, jangan uli sekaligus)

________________________________________

Azamani bt Zahari
Tanah Merah, Kelantan
azaridzuan@yahoo.com.my

Herba

Assalamualaikum. Puan, saya ingin bertanya di manakah saya boleh dapat serbuk paprika dan serbuk herba pilihan seperti thyme atau parsley. Boleh tak puan bagi alamat tempat yang menjual barang itu?
Herba kering itu dijual di dalam botol di pasar raya seperti Giant, Jaya Jusco atau Carrefour. Cuba cari di pasar raya besar di Kota Bharu, Insya-ALLAH ada. Jika ingin memesan banyak, dapatkan alamat pengedar pada botol tersebut kerana alamat pengedar yg menghantar herba tersebut ke daerah Pantai Timur mungkin berbeza dengan di Pantai Barat.

________________________________________

Zurina Zakaria
zuriinazack@yahoo.com.my

Kuih Talam

Assalamualaikum. Saya amat menggemari masakan berasaskan santan terutama kuih talam. Sehingga kini saya masih belum mampu membuat kuih talam yang betul-betul menjadi. Boleh tak kirimkan resipi mudah untuk saya? Terima kasih.

TALAM PANDAN
Lapisan Bawah
2 c tepung beras
2 s/b tepung jagung
4 c air biasa
1 c jus pandan
1 cawan gula
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api (naik wap, jangan sampai pekat)
2. Masukkan dalam loyang yg telah disapukan minyak dan kukus sehingga masak [25 minit]

Lapisan Atas
3/4 c tepung beras
2 s/b tepung jagung
3 cawan santan
sed garam

Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan dan tapiskan. Panaskan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
2. Tuangkan perlahan2 ke atas lapisan bawah.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].
4. Sejukkan dahulu baru dipotong.

*Resipi ini adalah dari buku Aneka Kuih Kukus terbitan Alaf 21. Sila dapatkan di pasaran, terdapat 44 jenis kuih talam dsbnya.

________________________________________

Rafida Raslan
Birmingham, UK
rafida76@yahoo.com

Tepung Cendol

Chef, tepung hoen kwee tu tepung kacang hijau ke? Saya nak try buat cendol ni. Maklumlah di UK ni memang tak jumpa langsung cendol.
Hoen Kwee (ada pelbagai warna bergantung kepada paket juga dari sejenis kacang hijau) berbeza dengan tepung kacang hijau (dari mung beans, berwarna kuning pucat). Anda boleh browse di www.askjeeves.uk.com untuk mendapatkan senarai kedai yg menjual tepung hoen kwee itu. Tepung kacang hijau (mung beans) digunakan untuk membuat Kuih Kole Kacang.

________________________________________

Daud Mahamed Ali
madpisces2000@yahoo.com

Asam Pedas

Puan, bagaimana membuat asam pedas seperti yang dijual di kedai-kedai di mana warna kuahnya merah gelap?
Selalunya mereka gunakan cili kering berwarna merah dan dicampur sedikit puri tomato di samping air asam jawa. Puri memberikan warna merah pada asam pedas. Belacan juga dibakar agar harum sebelum dikisar.

Bolehkah puan memberi resipi asam pedas yang sedap?
Ada pelbagai jenis asam pedas terutama jenis Johor dan Melaka. Ini salah satu resipinya, harap kena dgn selera anda.

ASAM PEDAS MELAKA
600 gm ikan parang
1 batang serai
½ sudu makan asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
1 sudu besar puri tomato
300 gm kacang bendi – dihiris pangkal
100 ml minyak
1 sudu makan gula
sedikit garam

Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam lembut
3 sudu makan kelapa parut – digoreng keemasan
1 sudu teh jintan manis} disangai & tumbuk
1 sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Jika kuah tidak sama paras dengan ikan, tambah sedikit air.
3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4. Bubuh puri tomato, kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
5. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.

________________________________________

Maslinda Mohd
St Lucia, QLD, Australia.
lin5111976@yahoo.com

Apam Tapai

Assalamualaikum. Boleh tak akak bagi saya resipi buat kuih apam guna nasi? Saya ada dengar, apam boleh dibuat gunakan nasi yang tak habis dimakan. Betul ke?
Nasi yang tidak habis dicampur dengan ragi (bukan yeast tapi ragi khas utk fermentation berbentuk syiling 50 sen) dan diperam menjadi tapai baru digunakan sebagai salah satu bahan membuat tapai. Mungkin ragi jenis itu sukar didapati di tempat anda. Cuba cari di kedai runcit Chinese.

APAM TAPAI
3 ½ cawan tepung beras
1 ¼ cawan tapai nasi*
1 ¾ cawan gula pasir
2-2 ½ cawan air kelapa
Kelapa parut & garam (utk hidangan)

Cara membuatnya:
Gaul tapai dan gula hingga hancur.
Masukkan tepung beras, air kelapa dan air secukupnya hingga adunan pekat.
Tutup dan biar 5-6 jam hingga kembang.
Bubuh sedikit garam, kacau rata dan masukkan ke dalam acuan yang dilengser minyak.
Kukus selama 25-30 min atau hingga masak.

*Peram ¾ cawan nasi sejuk dengan 1 keping ragi.
Renjiskan dengan sedikit air, tutup kemas dan letak bekas di tempat gelap dan dingin selama 10 jam (semalaman).


________________________________________

Yusri
yusri_latib@yahoo.com

Beza Ikan Asam Pedas

Puan, saya berminat untuk mencuba masakan asam pedas ikan merah, ikan siakap, ikan jenak atau sebagainya. Adakah terdapat sebarang perbezaan di dalam cara membuat asam pedas bagi ikan-ikan yang berbeza?
Jika ikan jenis air tawar mesti dibersihkan, rendam dengan air asam jawa pekat selama 30 min sebelum dibersihkan sekali lagi dan ditoskan.

Apa pula yang dikatakan rahsia seseorang tukang masak asam pedas tu? Adakah sekadar pengalaman atau ada bahan rahsia dimasukkan yang tidak mahu dikongsi bersama orang lain?
Setahu saya, tiada rahsia. Hanya kebijaksanaan/pengalaman mengimbangi rasa masa, pedas dan manis. Gunakan cili kering jenis baik dan kemerahan supaya warna asam pedas cantik. Juga, pilih belacan yang harum dan bakar sedikit. Ini akan membuat asam pedas lebih enak. Sesetengah asam pedas ada campuran jintan dan kelapa goreng yang ditumbuk (bukan sampai jadi macam kerisik).

Sekian, terima kasih.

________________________________________

Anida hashim
rieda_zuria@yahoo.com.my

Minyak Meletup

Assalamulaikum. Saya dan suami begitu menggemari ikan keli goreng berlada, tetapi setiap kali saya menggoreng ikan keli pasti minyak akan terpercik dan meletup membuatkan saya bimbang untuk menggorengnya lagi. Saya pernah mencuba petua letak asam keping dalam kuali untuk mengelakkan minyak terpercik tetapi tidak berhasil. Apakah yang perlu saya lakukan?
Pastikan anda membersihkan ikan keli betul-betul dan buangkan semua lemak di dalam perutnya. Gaulkan dengan air asam jawa pekat, biar 30 min. Bersihkan lagi. Keringkan/toskan hingga kering sedikit atau lap dengan kitchen towel. Perap dengan serbuk kunyit dan garam selama 1 jam.
Gunakan minyak yg banyak (supaya seluruh badan keli terendam) semasa menggoreng dan pastikan minyak panas betul. Seelok-eloknya gunakan kuali yang bertutup kerana kadang-kala ada juga keli yang 'meletup'.

________________________________________

Nor Hanita Kamarudin
Kota Damansara
nhanita05@yahoo.com

Laksa Sarawak

Assalamulaikum. Ini pertama kali saya nampak website ini. Banyaknya resipi. Tapi saya nak tau macam mana nak masak laksa Sarawak. Saya tak pernah makan tapi orang kata sedap laksa ni. Harap kak Norzailina boleh bantu saya.

LAKSA SARAWAK
3 camb minyak
2 liter air rebusan ayam & udang
3 camb pes rempah Laksa Sarawak (ada jual di pasar)
1 camb stok/pati kiub ayam
400 ml santan (1 kelapa)
Garam, gula secukupnya

Bahan sampingan
½ ekor ayam, direbus & disiat
400 g udang, dicelur & kupas kulitnya
400 g kerang, dicelur & kupas3
100 g taugeh, dicelur
1 biji timun, dihiris memanjang
6-7 biji limau kasturi, dibelah 2
1 pokok daun ketumbar, dihiris 1 cm
5 biji telur, digoreng dadar & dihiris
1 paket bihun, dicelur
Sambal udang kering – spt sambal biasa tetapi udang kering direndam & ditumbuk halus

Bahan kisar
40 g bawang putih
20 g lengkuas
20 g halia
2 batang serai
1 biji bawang besar

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan air rebusan, pes rempah, stok, santan dan garam serta gula.
Kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga terbit minyak.
Sajikan dengan bahan sampingan.

________________________________________

Anda Dayan
Jakarta, Indonesia
the_shaman2king@yahoo.com

Dorayaki

Begini, saya mau menanyakan mengenai resipi kuih dorayaki yang berasal dari Jepun (kuih kesukaan Doraemon). Bisakah memberitahu mengenai resipi kuih itu? Makasih banget deh...

DORAYAKI
2 c tepung naik sendiri
1 biji telur, dipukul
60 g gula kaster
1 sudu kecil vanila
1 c air*
minyak untuk sapu
serikaya/pes kacang merah (inti)

Dalam mangkuk, gaul tepung dan gula.
Campurkan telur dan air, kacau kuat hingga sebati.
Masukkan vanila dan gaul rata-rata.
Sapu kuali leper dengan minyak. Bila panas, tuangkan 3-4 sudu besar
adunan. Masak atas api perlahan. Terbalikkan bila sudah masak bahagian bawahnya. Angkat. Sapukan inti atas satu keping, letak sekeping lagi di atasnya.

* Jika terlalu pekat boleh tambah 2-3 sudu besar air lagi.

________________________________________

Jamaliah Mat Zain
matzain.jamaliah@ansaldo-signal.com.my

Minyak Kelapa

Saya Jamie amat berminat utk membuat minyak kelapa sendiri, malangnya setelah beberapa kali mencubanya saya gagal. Saya telah memerah santan pekat sebanyak 10 biji kelapa dan dapatkan santan pekat. Lepas tu, saya tanak dan kacau atas api kecil. Kemudian, ia cuma jadi tahi minyak tetapi santan hanya dapat 2-3 sudu sahaja. Mengapa terjadi begini?
Caranya adalah dengan memerah santan macam biasa (tak perlu terlalu pekat). Biar dalam bekas besar selama 8-10 jam (atau semalaman). Bahagian cair santan akan membentuk lapisan bawah. Ambil bahagian atas yang terapung (gunakan senduk dan berhati-hati melakukannya), isikan ke dalam kuali.

Masak dalam kuali (seelok-eloknya tembaga) atas api perlahan dan kacau tanpa henti hingga menjadi minyak. Tapiskan dengan penapis berlubang halus. Anda juga boleh perah tahi minyak dlm kain nipis untuk mendapatkan lagi minyaknya.

________________________________________

eLLieZ de`Heart
deheart@gmail.com

Kek Naik Tak Sekata

Assalamualaikum puan. Saya ingin bertanyakan tentang kek. Mengapa setiap kali saya membakar apa sahaja jenis kek menggunakan oven gas, kek tersebut naik tak sekata? Kek jadi tinggi sebelah. Antara kek yang pernah saya buat ialah kek coklat, kek kopi, kek butter dan kek pisang. Pada kebiasaannya, saya membakar kek pada suhu 180 C dan tidak buka penutup oven sebelum 30 minit pertama kerana saya tahu jika dibuka kek akan terbantut. Harap puan dapat membantu. Terima Kasih.

Jika kek naik tidak sekata, bererti kepanasan tidak sama. Bersihkan bahagian yang mengeluarkan api (panjang dan banyak lubang) kerana mungkin ada yang tersumbat. Ambil lidi dan cucuk setiap lubang supaya nyalaan sempurna.

Kek perlu dibakar pada suhu 190 atau 200 C. Selepas 30 minit, pusingkan tin (bahagian belakang ke depan, dan sebaliknya). Jadi, ia akan naik rata kerana kepanasan sekata.

Jika nyalaan sempurna dan kek masih tidak rata, saya cadangkan:
Sebelum memasukkan tin ke dalam oven, gunakan senduk kayu untuk membuat 'lubang' yg sedalam 2 cm di tengah-tengah (hampir 2/3 permukaan kek). Biarkan bahagian keliling adunan (1/3) lebih tinggai dari bahagian tengah itu. Bila ia masak, bahagian tengah akan naik lebih tinggi dan menjadi sama dengan bahagian tepi.

________________________________________

Anne Tatiana Perras
a_tiana3@yahoo.com

Gula Tarik

Puan, sebenarnya saya telah keruangan SJ banyak kali dari 1-15 tetapi tidak terlihat resipi gula tarik. Mungkin mata saya tersilap. Saya minta simpati puan tolong berikan resipi gula tarik utk saya. Terima kasih.

GULA TARIK
454 g air
1816 g gula pasir
3 g krim tartar
Pewarna (ikut suka)

Campur air dan krim tartar di dalam periuk. Masukkan gula. Kacau dengan sudu dan gunakan berus supaya tiada gula yang melekat pada sekeliling periuk.

Jerang atas api sederhana dan kacau perlahan. Ini akan mengelak gula menjadi kristal. Buangkan buih di atasnya sebelum sirap mendidih.
Berus lagi sekeliling bahagian dalam periuk. Ketepikan sudu dan letak jangkasuhu khas untuk menyukat suhu sirap (candy thermometer).
Kuatkan api dan didihkan hingga 155 C / 310 F. Bubuh pewarna pada suhu 140 C / 284 F atau perisa untuk gula-gula.

Tuangkan ke atas papan beralas silicon dan lipat bahagian keliling ke tengah beberapa kali hingga adunan boleh dipegang dengan tangan (tidak panas). Tarik gula dan potong dengan gunting. Bentukkan ikut suka. Jika ia mengeras, letak sebentar di dalam microwave.

________________________________________

Amal Ahmad Nasarudin
Kuala Kangsar, Perak.
myst_joy@yahoo.com

Coklat

Assalamualaikum,

Puan, saya ada beberapa kemusykilan yang ingin diajukan. Baru-baru ini saya ada membaca majalah RASA dan antara yng diutarakan dalamnya adalah mengenai coklat masakan seperti coklat shaving, coklat garnash, dan coklat praline/pralinosa. Bolehkah puan terangkan kepada saya mengenai coklat-coklat tersebut?
Chocolate shaving - parutan coklat
Chocolate garnash (ganache) - hiasan atau aising coklat
Chocolate praline - coklat yg ada campuran serbuk badam atau hirisan badam

Apakah Pralinosa paste?
Pes mengandungi badam dan gula.

Mengenai kek lapis yang dihasilkan daripada tepung hong kong, bolehkah kita gantikan dengan tepung pau? Adakah ia akan mengubah tekstur atau rasa kek?
Tepung pau mempunyai kandungan protin rendah manakala tepung hong kong bertekstur lembut seperti superfine flour (tepung paling halus). Tekstur kek yg dibuat dgn tepung pau berbeza tetapi rasanya mungkin sama.

Mengenai tepung kacang hijau, puan ada utarakan bahawa terdapat dua jenis tepung kacang hijau. Adakah kedua-duanya dihasilkan daripada jenis kacang yang sama?
Tepung kacang hijau utk membuat koleh kacang (dijual dalam paket plastik lutsinar) dibuat dengan kacang hijau (yg boleh dibuat bubur), juga dikenali sebagai mung bean.
Sejenis lagi adalah untuk membuat kuih lapis/cendol dll, dibuat dengan kacang hijau berlainan jenis dari mung dan dikenali dengan nama tepung hoen kwee.

Bolehkah puan terangkan mengenai black treacle dan liquid caramel dan browning sugar daripada segi fungsi dan bahan penggantinya?
Black treacle mampu menggelapkan warna kek atau biskut.
Liquid karamel adalah untuk mewarnakan kek atau biskut dan digunakan di dalam pembuatan aising.
Browning sugar dimasukkan ke dalam doh atau biskut (bagi menggantikan gula biasa) supaya warnanya lebih kecoklatan (tanpa membubuh serbuk koko)
Penggantinya - tiada

Kesudian puan menjawab soalan saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

________________________________________

norlia saili
alieya_ucu.22386@yahoo.com.my

Puan, saya sebenarnya lama dah nak belajar buat kek. Saya minat sangat dalam bidang masakan ni. Saya selalu cuba resipi yang kat ada kat majalah.
Tapi sekarang ni saya takde masa untuk semua itu. Saya tengah study kat UM sekarang ni. Kampung pulak jauh nun di Sarawak. Saya tengah mencari-cari dan dok fikir macam mana saya boleh belajar buat kek. Saya dah lama bercita-cita nak bukak kedai kek sendiri. Lepas habis pengajian nanti, ye lah sekarang ni pelajar u berlambak... saya nanti tak tahu macam mana. So, saya nak persiapkan diri dengan sebanyak mana kemahiran yang boleh. Dari sekolah lagi saya bercita-cita nak bukak bisnes sendiri. Saya tak nak mengharapkan sangat kerja kat luar tu. Saya tahu persaingan sengit sangat. Saya nak mintak pendapat puan macam mana saya boleh selesaikan masalah ni dan capai impian saya selama ni...
Selepas tamat pengajian, ikuti kursus jangka pendek yg dianjurkan oleh badan2 tertentu seperti MARDI, MARA atau FAMA. Kursus begini selalunya diiklankan di dalam suratkhabar atau Laman Web mereka. Dengan bantuan Badan Keusahawanan, anda juga boleh mendapatkan pinjaman (modal) membeli mesin pembancuh kek yg besar, oven sesuai untuk kegunaan memasak kek yg banyak sekaligus dll. Jika ada pameran berkaitan Industri Pemakanan, cuba kunjungi. Di sana ada banyak info seperti tempat belajar membuat kek (persendirian atau anjuran persatuan2 tertentu) serta lain-lain hal berkaitan.

________________________________________

Valli
valli@i-maginationsoftware.com

Acuan Tat

Apakah kegunaan cream of tartar dan Emplex?
Cream of tartar memudahkan putih telur menjadi kental bila dipukul (terutama untuk Chiffon Cake).
Emplex untuk merangupkan biskut.


Berapakah sukatan yg perlu dicampurkan ke dalam adunan?
Bergantung pada jenis kek/biskut. Selalunya, 1/4 camt tartar utk 6 biji putih telur (Kek Chiffon). Manakala 1 camt emplex untuk sukatan bahan kering 500 gm (tepung dll).

Apakah acuan yg paling berkesan utk buat biskut tart gulung nanas? Saya telah gunakan acuan roller gulung tapi ketebalan biskut tak sekata. Dan di manakah saya boleh dapati acuan tersebut? Resipi yg puan berikan utk tat nanas gulung tu amat sedap dan menjadi.
Acuan untuk membuat Semperit. Ia drpd plastik dan mempunyai 2 bahagian, corong panjang dgn hujung bergerigi (zigzag) dan lurus. Satu bahagian lagi, penolak doh. Pastikan bahagian zigzag di sebelah bawah semasa anda memicit doh ke atas papan pencanai. Letak inti kemudian gulung dan potong.

Sekian, terima kasih.

________________________________________

Mama Min
Keramat, Kuala lumpur.
mama_min_adi@yahoo.com

Coklat Celup

Saya ingin mengetahui cara bagaimana hendak mencelup buah kurma dalam coklat? Bagaimana cara membuat coklat cair itu? Adakah dengan cara"boiler" sama seperti membuat biskut almond london? Harap puan sudi memberi tunjuk ajar. Terima kasih.
Sama saja mencairkan coklat tapi pastikan air mendidih perlahan dan tiada wap air yg jatuh ke dalam coklat. Juga dasar mangkuk kek jangan menyentuh permukaan air mendidih tadi. Supaya coklat set lebih berkilat, tambah 1 sudubesar lemak sayuran dengan hirisan kecil coklat sebelum dicairkan.

mama_min

________________________________________

Rohani Bujang
Dacca
roslin@citech-bd.com

Nip Almond & Ground Almond.

Bagaimana untuk menghasilkan nip almond dan ground almond? Perlukah almond nut itu direbus dahulu kemudian dijemur semula?
Jika almond ada kulit, rebus dalam air mendidih kemudian rendam dalam air biasa. Buang kulitnya dan biar kering sebelum dipotong kecil-kecil (nib). Boleh dijemur supaya tahan lama.

Untuk membuat serbuknya, belah 2 (jika almond whole) dan bakar sekejap sampai kekuningan (bukan garing). Jika tak mau dibakar, boleh dijemur di bawah panas terik hingga nampak kering. Angkat, biar sejuk dan kisar dalam blender/food processor.

________________________________________

Munaliz bt Musa
munaliz@oum.edu.my

Biskut Ulat Bulu

Puan, saya dan keluarga pernah merasa biskut raya yang sedap. Rupanya seperti catterpillar dan berwarna kuning cerah. Apabila saya tanya mereka kata biskut susu. Bolehkah puan memberi saya resipi tersebut untuk saya cuba pada hari raya ini?

BISKUT ULAT BULU
140 gm mentega
20 gm lemak sayuran
80 gm gula aising
1 biji kuning telur
2 camca besar susu pekat
1 camca teh vanila
160 gm tepung gandum }
90 gm tepung kastard } ayak
½ camca teh serbuk penaik }
20 gm susu tepung }
50 gm serbuk badam
hiasan (manek dll, jika suka)
Pukul 6 bahan pertama hingga sebati.
Masukkan bahan ayak dan serbuk badam.
Uli menjadi doh dan biar 20-25 minit supaya ia "mesra".
Ambil sedikit, picitkan bentuk memanjang dan potong. (Gunakan nozzle bentuk bunga untuk dapatkan bentuk "ulat bulu"). Taburkan hiasan (jika suka)
Bakar pada 175 C selama 15-20 min atau hingga masak.

________________________________________

Nur
Brunei
N.Maidin@shell.com

Biskut Cornflakes

Assalamualaikum. Sempena kedatangan bulan Syawal yang akan tiba ini, saya ingin membuat biskut cornflakes untuk hidangan di hari raya. Saya dapati terlalu banyak cara untuk membuat biskut ini. Dapatkah puan memberikan saya tunjuk ajar bagaimana mahu membuat biskut ini dengan cara yang paling mudah sekali? Sekian, terima kasih dan selamat berpuasa!

BISKUT CORNFLAKES
125 g mentega
60 g gula kastor
1 biji telur
120 g tepung gandum
50 g tepung jagung
50 g cornflakes, diramas halus

Pukul 3 bahan pertama hingga sebati.
Masukkan bahan ayak, kacau.
Akhir sekali bubuh cornflakes.
Bentukkan bebola, atur atas tin pembakar berlengser.
Bakar pada 180 C selama 15-20 min atau hingga masak.

________________________________________

Impian Kasih
impian_kasih2001@yahoo.com

Biskut Nanas

Saya ingin dapatkan resipi biskut yang menggunakan acuan bentuk nanas yang mana adunan biskut itu perlu disumbat ke dalam acuan tersebut dan adunan tersebut perlu diketuk agar bentuk nanas itu terhasil. Saya tak pasti apa nama biskut tersebut. Boleh puan bagi resipi tersebut?

BISKUT NANAS
180 g mentega
70 g marjerin
100 g gula aising
1 camt esen nanas
1 biji telur
350 g tepung gandum } bahan ayak
70 gm g tepung jagung }
30 gm serbuk badam

Pukul 3 bahan pertama hingga sebati (jangan kembang).
Masukkan esen dan telur, pukul rata-rata.
Campurkan bahan ayak dan serbuk badam, uli menjadi doh.
Letak sedikit adunan ke dalam acuan nanas hingga padat.
Ketuk untuk keluarkan dan susun atas tin pembakar berlengser marjerin.
Bakar pada 180 C selama 15-20 min atau hingga masak.

*Jika adunan lembik, tambah sedikit lagi tepung.
Jika adunan sukar utk keluar dari acuan, tabur sedikit tepung ke dalam acuan sebelum dipadatkan adunan itu.


________________________________________

Ina
ina@shinano-co.com

Tepung Optima

Saya ingin bertanya tentang sejenis tepung iaitu tepung Optima. Apakah nama tepung itu dalam bahasa Inggeris dan jenama apakah yang terkenal di pasar raya?
Tepung optima adalah sponge cake mix iaitu tepung yg sudah ada campuran gula di dalamnya. Ada pelbagai perisa atau flavour seperti vanila, chocolate dll. Saya tak pasti jenama di pasar raya sebab tak pernah membelinya. Saya beli tepung ini di kedai barangan bakeri.

Terima kasih.

________________________________________

Azlin Ahmad
azlin_7447@yahoo.com.my

Biskut Peanut Butter

Assalamuaikum. Puan, saya ingin bertanya kenapa bila saya membuat biskut ini adunannya berderai dan peanutnya tak terasa sangat? Sekiranya saya ingin lebihkan peanut butter perlukah saya mengurangkan sukatan marjerin?
Kurangkan tepung gandum menjadi 3 cawan, tepung jagung 1 cawan (tambah jika adunan terlalu lembik). Adunan ini memang tidak seperti adunan biskut biasa yg lembut seperti doh kerana ia perlu dimampatkan ke dalam acuan (bila dikepal, ia bercantum). Jika dikurangkan tepung seperti yg saya cadangkan, Insya-ALLAH jadi.

________________________________________

Rohana Anis
rohana_anis@yahoo.com

Biskut Rangup

Saya ingin bertanya adakah butter/marjerin boleh digantikan dengan lemak sayuran?
Tidak boleh.

Bagaimanakah hendak merangupkan sesuatu jenis resipi biskut?
Untuk merangupkan biskut:
1. tambah 1 camt emplex utk 1 adunan.
2. campurkan adunan dgn serbuk badam.
3. bubuh tepung kastard atau tepung jagung (kurangkan 1/4 sukatan tepung biasa, tambah sama banyak tepung kastard/jagung).
4. pastikan ia masak betul2 sempurna.

Terima kasih puan.

________________________________________

Nurul Hidayati Bt Abu Nain
Pontian, Johor.
nurruly@yahoo.com

Biskut Tak Rangup

Saya nak tanya sikit, baru2 ni saya ada buat biskut cornflakes buah2an. Masa mula tu agak rangup. Selepas 2-3 hari tu dah tak rangup. Macam mana saya nak merangupkannya? Adakah dengan membakarnya kembali?
Saya letak dalam tupperware kedap udara, tak mungkin masuk angin. Saya harap puan dapat membantu saya.
Boleh dibakar semula untuk merangupkan, pastikan ia sejuk betul sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara, alas setiap lapis dengan kertas kalis minyak dan tabur sedikit gula selepas meletakkan biskut supaya ia kekal rangup selepas itu.

________________________________________

Aida bt Hashim
Kota Bharu, Kelantan.
muftikn@tm.net.my

Candy Kelapa

Saya ingin mendapatkan resipi Candy Kelapa.

KANDI KELAPA
250 gm gula kastor
70 ml susu cair
1 camca besar susu pekat
Beberapa titik pewarna hijau
2 helai daun pandan, disimpulkan
300 gm parutan putih kelapa
Sedikit garam
1 camca teh vanila
30 gm mentega

Cara membuatnya
1. Kacau gula, susu cair, susu pekat, pewarna hijau dan daun pandan atas api perlahan hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa, garam dan vanila, kacau tanpa henti.
3. Bila campuran kental dan tidak melekat pada kuali, angkat.
4. Ketepikan daun pandan. Bubuh mentega dan kacau rata.
5. Ratakan ke dalam tin 18 cm yang dialas dengan kertas aluminium.
6. Biar hingga keras. Potong bentuk empat segi.

________________________________________

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama