|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
Fatin
Insyirah
Singapura
fadz_75@yahoo.com.sg
Kek
Lobak & Marble
Assalamualaikum. Bagaimanakah cara membuat kek lobak merah?
Adakah benar kek marble yang menggunakan susu pekat, lebih
sedap dan lemak? Harap puan dapat sertakan resipi kek lobak
merah dan kek marble ovalette susu pekat.
KEK
LOBAK MERAH
180 gm gula kaster
3 biji telur Gred A
200 gm tepung naik sendiri } ayak
1/4 camt soda penaik }
1 camt vanila
50 gm badam/walnat cincang
250 gm parutan lobak merah
100 gm mentega cair
Pukul telur dan gula hingga gebu. Masukkan bahan ayak, kacau
rata (tak perlu pukul). Bubuh vanila, walnat dan lobak merah.
Kacau sebati kemudian masukkan mentega cair. Gaul sebati.
Ratakan di dalam tin 22 cm yang dilengser dan dialas dengan
kertas kalis minyak. Bakar pada 180 C selama 40-45 min atau
hingga masak.
KEK MARBLE SUSU
250 gm mentega
230 gm gula kaster
2 camt ovalette
4 biji telur
270 gm tepung superfine } ayak
1 cat serbuk penaik }
60 gm susu pekat
2 camb serbuk koko
2 camb susu segar/cair
1 camt pes coklat/emulco
Pukul 3 bahan pertama hingga gebu dan kembang. Masukkan
sebiji demi sebiji telur, pukul hingga naik. Masukkan bahan
ayak, kacau rata. Bubuh susu, gaul sebati. Bahagikan 2.
Masukkan serbuk koko, susu segar dan pes coklat ke dalam
satu bahagian. Bubuh 1/2 senduk adunan biasa ke dalam tin
22 cm yang dilengser dan dialas dengan kertas kalis minyak.
Ratakan pula 1/2 senduk adunan berkoko. Ulangi hingga habis.
Goyangkan tin supaya adunan menjadi rata. Bakar pada 180
C selama 40-45 min atau hingga masak.
________________________________________
Noorshadila
Izani Zaaba
Batu Caves, Selangor
chevroletaveo@hotmail.com
Biskut
Rangup
Saya
nak tanya sedikit ttg petua mendapatkan biskut Almond London
yg tahan rangup & enak hingga hujung raya.
Selain guna emplex utk merangupkannya, ada juga terdapat
versi lain yg biasa saya dengar seperti menggunakan serbuk
badam dan nestum. Jika benar, bolehkah guna bersama dgn
emplex?
Boleh.
Perlukah serbuk badam atau nestum dibakar/goreng terlebih
dahulu utk merangupkannya?
Tak perlu.
Boleh tak saya ganti coklat masakan kpd coklat makan spt
cadbury & vochelle? Saya lebih suka rasa coklat makan
yg manis dan bertenusu itu.
Coklat masakan mudah untuk menjadi
keras (set) setelah dicairkan dengan sedikit shortening.
Coklat makan pula sangat mudah cair bila suasana panas sedikit.
Anda boleh guna 100 gm coklat makan dengan 300 gm coklat
masakan supaya rasanya lebih lemak (iaitu 1/3 sukatan coklat).
Untuk rasa coklat yg sedap, beli coklat jenis couvetuer
(import).
________________________________________
Shamsiah
Abdullah
Bangsar, Kuala Lumpur.
sham_ibu@yahoo.com
Gelatin
Assalamualaikum. Bolehkah puan senaraikan jenama produk
gelatin yang halal dalam pasaran?
InsyaAllah, keluaran Nur. Jenama Davies
tidak halal.
Adakah 'instant brown sauce' dalam pasaran?
Stok perang ada dijual di kedai barangan
bakeri. Jika adapun di pasar raya, perhatikan bahan kerana
ia seringkali mempunyai 'stok lembu' yang tidak halal (terutama
yg diimport). Jika keluaran Nestle/Maggi atau Knorr, disahkan
halal.
________________________________________
Impian
Kasih
impian_kasih2001@yahoo.com
Kek
Coklat
Assalamualaikum.
Puan, saya ingin dapatkan resipi kek coklat moist yang enak
rasanya dan tidak jemu untuk dimakan.
MOIST
CHOCOLATE CAKE
½ cawan koko
1 cawan air panas
230g mentega
280g gula kastor
2 camt vanila
3 biji telur Gred A
235g tepung gandum
1 camb serbuk penaik
Larutkan koko dan air panas, biar sejuk. Pukul mentega dan
gula hingga gebu. Masukkan vanila, pukul lagi. Bubuh sebiji
demi sebiji telur, putar rata. Ayak tepung dan serbuk penaik,
masukkan selangseli bersama larutan koko tadi ke dalam bancuhan
kek. Kacau rata. Isikan ke dalam tin 20cm yg telah dialas
kertas minyak dan dilengser dengan marjerin. Bakar pada
180 C selama 1 jam atau hingga masak.
________________________________________
Aini
Kamal
Flat Kg Kerinci
aina_mardhiah69@yahoo.com
Laksa
Assalamualaikum. Saya baru saja menemui ruangan ini. Saya
amat tertarik dengan resipi-resipi yang ada dalam ruangan
ini. Di sini saya ingin bertanyakan cara-cara membuat laksa
Penang atau Kedah bersama ulam-ulamnya. Saya berharap mendapat
maklum balas dari pihak puan secepat mungkin.
LAKSA KEDAH
500 gm laksa basah
500 gm ikan kembung - direbus, diambil isi & ditumbuk
1.5 liter air
7-10 tangkai cili kering (direndam) }
4 biji bawang merah } dikisar jadi pes
2 cm kiub belacan }
4 keping asam gelugur
5 tangkai daun kesum
sedikit garam, gula
Bahan Sampingan
4 biji cili merah }
2 labu bawang besar } dihiris halus
2 biji timun }
1 pokok daun salad }
2 biji limau nipis - dibelah 2
Cara membuat:
1 Rebus ikan dengan air dan sedikit garam hingga masak.
2 Tapis air rebusan ikan ke dalam periuk.
3 Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum, garam,
gula dan isi ikan.
4 Jerang atas api sederhana dan kacau sekali-sekala hingga
mendidih.
5 Letak laksa di dalam mangkuk, taburkan cili merah, bawang
besar, timun dan salad di atasnya.
6 Curahkan kuah panas. Jika gemar lebih masam, perah air
limau nipis sebelum makan.
LAKSA PENANG
1 kg laksa basah
500 gm ikan kembung
3 sudu makan petis udang } campur
3 sudu makan air }
1.8 liter air
4 keping asam gelugur
15 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan - dihiris halus
3 sudu makan gula
sedikit garam
Bahan dikisar halus
1 ulas bawang putih
2 cm kiub belacan
15-18 tangkai cili kering - direndam lembut
1 cm kunyit
4 batang serai
150 gm bawang merah
Bahan Sampingan (dihiris)
½ biji nanas
1 biji timun
40 gm daun pudina
120 gm bawang besar - dihiris nipis
6 biji cili merah - dihiris serong
3-4 biji limau nipis - dibelah 4
Cara membuat:
1. Rebus ikan dengan air dan asam gelugur hingga masak.
2. Ambil isinya, tumbuk halus kemudian masukkan semula ke
dalam air rebusan tadi.
3. Bubuh campuran petis, rempah kisar, daun kesum, bunga
kantan, gula dan garam. Kacau kuah sekali-sekala.
4. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga agak
pekat.
5. Letak laksa dalam mangkuk, isikan bahan sampingan kemudian
tuangkan kuah panas.
Terima kasih.
________________________________________
Yatie
Ngah
nyatie02@yahoo.com
Tat
Gulung
Assalamualaikum.
Puan, saya mempunyai kemuskilan mengenai Kuih Tat Nenas
Gulung.
Bagi memastikan tat tersebut benar-benar masak berapakah
suhu oven yang perlu dipasang dan berapa lama masa untuk
memasaknya?
Suhu 175-180 C, dimasak selama 20-25
minit atau hingga nampak keemasan kuning telurnya.
Ini adalah resipi tat nenas yang saya buat. Adakah resipi
ini betul?
4 cawan tepung gandum
1 buku butter cup
1 sudu baking powder
1/2 cawan margerin.
Jem Nenas
Sekiranya tidak tepat, bolehkah puan memberi kan saya resipi
yang paling tepat untuk tat nenas?
Ada pelbagai versi resipi dan resipi anda ini lebih merupakan
pastri daripada adunan biskut yg rapuh (kerana tidak menggunakan
telur).
TAT
NENAS GULUNG
150 g mentega
100 g marjerin
70 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camca teh vanila
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
jem nanas secukupnya, dibentuk bujur
2 biji kuning telur, untuk sapu
Cara
membuatnya:
1. Pukul mentega, marjerin, vanila dan gula hingga sebati.
2. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata.
3. Campur kedua-dua jenis tepung, gaul menjadi doh.
4. Ambil sedikit, letak di dalam acuan dan tekan menjadi
jalur.
5. Letak jem pada hujungnya dan gulungkan kemas. Potong.
6. Atur atas tin pembakar yang sudah dilengser dengan marjerin.
Sapu dengan kuning telur.
7. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga keemasan.
________________________________________
Mohamed
Nor
smarzz@gmlink.biz
Kacang
Mete?
Saya ada terbaca resipi kuih raya yang menggunakan Kacang
Mete. Bagaimanakah rupa kacang itu?
Kacang Mete (Bahasa Indonesia) adalah
gajus.
________________________________________
Faridah
Hanim Abdul Aziz
Kajang, Selangor.
faridah_72@hotmail.com
Inovasi
Roti Arab
Assalamualaikum.
Saya suri rumah sepenuh masa ada menjalankan bisnes Roti
Arab tetapi malangnya roti saya belum mendapat sambutan
di sini. Oleh itu, saya meminta jasa baik puan agar dapat
mencipta beberapa resipi baru yang menggunakan bahan Roti
Arab bukan sekadar makan bercecah sahaja spt roti bersumbat
dan sebagainya. Terdahulu saya mengucapkan ribuan terima
kasih.
Salah satu cara untuk menyediakan
bahan sumbat bagi Roti Arab adalah seperti membuat lauk
Roti Pitta, Popia, Roti John atau Pie Tie. Kesemua resipi
tersebut sudah pernah disiarkan di dalam ruangan SJ sebelum
ini. Terpulang pada anda untuk mengubah suai mengikut bajet
kerana saya percaya anda tidak ingin menjualnya terlalu
mahal sehingga tiada pelanggan mahu membelinya, bukan? Hanya
tip utama yg dapat saya berikan:
Tambah mayonis, cili sos Thai, tomato sos dan sos Thousand
Island supaya lauk-pauk/sayur di dalam Roti Arab itu lebih
lembab dan berperisa.
Atau potong 2, letak tengahnya dgn lauk/sayur dan tutup
dengan baki Roti Arab (seperti sandwich).
________________________________________
Ummu
Kittun
ummu_kittun@yahoo.com
Biskut
Kapucino
Saya mencari resipi kuih raya kapucino @ kopi mereng tapi
sampai sekarang masih belum jumpa. Puan ada koleksi resipi
kuih itu? Terima kasih.
BISKUT
KAPUCINO
140 gm mentega
20 gm lemak sayuran
80 gm gula aising
1 biji kuning telur
2 camca besar susu pekat
1 camca besar kopi kapucino } dilarutkan, biar sejuk
1 camca besar air panas }
1 camca teh vanila
190 gm tepung gandum }
90 gm tepung jagung } ayak
½ camca teh serbuk penaik }
40 gm serbuk badam
coklat rice secukupnya
Pukul 8 bahan hingga sebati (jangan pukul hingga kembang).
Masukkan bahan ayak, gaul rata. Campurkan serbuk badam dan
uli perlahan menjadi doh. Isikan ke dalam acuan bunga dan
picitkan ke atas dulang berlengser marjerin. Bakar pada
175 C selama 20-25 min atau hingga masak.
________________________________________
Mastura
bt. Jamaluddin
Bandar Baru Bangi
masj@pkrisc.cc.ukm.my
Biskut
Aiskrim
Puan,
saya masih ingat semasa saya berumur 10 tahun saya pernah
makan sejenis biskut yang rasanya seperti aiskrim berperisa
strawberi dan tekstur biskutnya juga agak halus. Sampai
kini saya masih lagi belum jumpa biskut seperti itu. Saya
ingin tahu, apakah bahan yg digunakan sehingga rasanya seperti
aiskrim yg sebenar dan sekiranya puan boleh memberi saya
resipi biskut aiskrim tersebut?
Rasanya seperti aiskrim sebenar kerana
ia menggunakan SERBUK AISKRIM (tepung aiskrim). Teksturnya
halus kerana ia menggunakan tepung superfine (tepung paling
halus) serta mentega berkrim.
BISKUT
AISKRIM
125 gm mentega
110 gm gula aising
1 biji kuning telur
1 camt strawberry emulco
sedikit pewarna merah
110 gm tepung gandum }
110 gm tepung naik sendiri } ayak
50 gm tepung kastard }
40 gm serbuk aiskrim
Pukul
5 bahan pertama hingga sebati.
Masukkan sedikit demi sedikit bahan ayak dan serbuk aiskrim.
Gaul menjadi doh. Terap dengan acuan pilihan.
Hias atasnya dengan kuning telur.
Bakar pada 175 C selama 20-25 min atau hingga masak.
________________________________________
Zainab
Meerdeen
zainab@ti.com
Biskut
Suji
Assalamualaikum.
Sudikah puan berkongsi resipi untuk biskut suji? Biskut
ini menggunakan minyak sapi.
Biskut
Suji
2 cawan tepung gandum, diayak
½ cawan tepung suji
½ cawan mentega
½ cawan minyak sapi
½ cawan gula aising
1 biji telur Gred A
Satukan tepung dan suji.
Putar mentega selama 2 minit. Masukkan gula, pukul 1 minit.
Campurkan telur, pukul lagi hingga sebati. Masukkan campuran
tepung.
Gaul dan bungkus dgn plastik. Simpan sebentar di dalam peti
sejuk supaya ia keras sedikit dan boleh dicanai. Taburkan
tepung atas papan, canai doh dan potong empatsegi.
Susun atas tin pembakar berlengser marjerin.
Bakar pada 175 C selama 15 minit atau hingga keemasan kelilingnya,
Biar tin pembakar atas redai selama 5 minit kemudian ubah
biskut ke atas
Redai dan biar sejuk sebelum disimpan.
________________________________________
Budakjurus
raz2021@streamyx.com
Biskut
Almond London
Assalamualaikum. Puan, saya ingin bertanya bagaimana ingin
membuat biskut Almond London dan bagaimana caranya supaya
almond di dalam biskut itu tetap rangup dan tidak lemau?
Supaya almond tetap rangup, pastikan ia dibakar agak lama
pada suhu 180 C api atas dan bawah hingga betul2 masak/garing.
Biar sejuk (ratakan dalam dulang) baru disimpan di dalam
bekas kedap udara (tak masuk angin).
ALMOND LONDON
180 g mentega
1/2 cawan gula aising
1 camt vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camb tepung beras
badam bakar secukupnya
200 g coklat masakan, dihiris kecil
1 camb lemak sayuran
Badam urai (tabur)
Pukul 3 bahan pertama hingga sebati (tak perlu kembang).
Masukkan kedua-dua jenis tepung, gaul menjadi doh.
Bentukkan bujur, masukkan badam. Atur atas tin pembakar
berlengser marjerin. Bakar pada 175 C selama 20-25 min atau
hingga masak.
Biar sejuk sebelum diletak di dalam mangkuk kertas.
Cairkan coklat dan lemak sayuran di atas "double boiler".
Sudukan ke atas biskut. Taburkan badam urai.
________________________________________
Azamani
Zahari
Tanah Merah, Kelantan
azaridzuan@yahoo.com.my
Kerepek
BBQ
Assalamualaikum. Puan, saya teringin untuk membuat perasa
BBQ bagi kerepek ubi kayu/kentang. Apakah bahan-bahan yang
perlu dicampur? Kalau boleh saya ingin mendapat resipinya
di samping teknik2 membuatnya dengan betul. Terima kasih.
Campuran di dalam perasa BBQ terdiri
dari serbuk paprika (sejenis serbuk cili), serbuk bawang
putih, sedikit serbuk halia, serbuk bawang besar dan serbuk
herba pilihan seperti thyme atau parsley. Sukatannya terpulang
pada individu. Jika suka pedas, boleh lebihkan paprika.
Tambah serbuk perasa dan garam ikut suka.
Untuk
membuat kerepek, hiris senipis yg boleh dan terus goreng
di dalam minyak panas yg banyak (pastikan tenggelam sepenuhnya).
Bila garing, angkat dan sejatkan minyaknya. Kemudian gaul
dengan campuran serbuk BBQ. Bila sejuk baru disimpan dalam
bekas kedap udara.
________________________________________
Shikin
Bangor,Wales
MiorD514@aol.com
Cakoi
Salam sejahtera Puan Norzailina. Tahniah saya ucapkan kepada
puan untuk tunjuk ajar yang diberi. Ini adalah kali pertama
saya melayari website ini, dan terus mendapati ia amat berguna
untuk saya yang jauh di perantauan. Dan kalau boleh, saya
inginkan bantuan puan untuk resipi kuih cakoi.
Bahan utk cakoi ini mungkin sukar
didapati di luar negara tetapi anda boleh cuba cari di chemist
atau kedai perubatan Cina (kalau ada).
CAKOI
600 g tepung protin tinggi/tepung roti
1 1/2 camt alum (hancurkan jika bukan dlm bentuk serbuk)
400 ml air
150 g pes yis*
2 camt serbuk amonia
1 1/2 camt soda bikarbonat
2 camt garam
2 camb minyak
Larutkan alum dgn 200 ml air. Satukan dengan pes yis.
Campur baki air dgn serbuk amonia, soda bikarbonat dan garam.
Satukan kedua-dua campuran. Gaulkan dengan minyak.
Masukkan tepung dan uli menjadi doh. Biar 30 min.
Uli lagi doh kemudian sapukan dgn minyak di permukaannya.
Tutup kemas dan biar 2 jam. Taburkan tepung atas papan,
canai bentuk empatsegi bujur. Potong anggaran 10 inci panjang
dan 4 inci lebar. Sapukan air pada separuh bahagian yg dicanai.
Letak adunan tanpa air di atasnya. Potong 2 cm lebar. Kemudian
tekan dgn lidi secara memanjang. Tarik doh sedikit sambil
meletakkan ke dalam kuali. Goreng atas api sederhana hingga
keemasan.
Pes yis
200 g tepung gandum
300 ml air suam
1 camb yis segera (granules)
Campurkan yis dgn tepung. Masukkan air suam dan kacau menjadi
pes. Tutup dgn tuala lembap dan biar 1-2 jam.
________________________________________
Yanie
Razali
Oakland Heights, Seremban
aqilah_anis2005@yahoo.com
Popia
Sambal
Puan,
saya mencari resipi popia goreng yang bersalut sambal di
luarnya. Pernah sekali mencuba tetapi hasilnya tidak begitu
memuaskan.
Mengapa setelah disalut dengan sambal popia yang mulanya
garing menjadi lemau. Di harap puan dapat berkongsi resipi
kerana juadah ini menjadi kegemaran kami sekeluarga di bulan
Ramadhan.
Jangan masukkan air ke dalam sambal.
Gantikan air asam jawa dengan cuka. Lebihkan gula kerana
ini akan membuat ia kekal rangup.
SAMBAL
100 ml minyak
2 labu bawang besar }
5 ulas bawang merah }
4 ulas bawang putih } dikisar halus
3 biji cili merah }
2 camb pes cili }
60 ml sos cili
3 camb sos tomato
2 camb sos plam merah
1 camb cuka
garam & gula secukupnya
Cara
membuatnya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan kacau rata. Bila
terbit minyak dan wangi, bubuh pula semua sos dan gula.
Masak atas api perlahan sampai mengggelegak. Kemudian perlahankan
api dan renehkan. Bila kuahnya agak pekat, tambah garam
dan cuka. Kacau rata dan angkat.
.
________________________________________
Nurrul
Yatie
Pontian, Johor
nurruly@yahoo.com
Marjerin
vs Mentega
Saya
baru nak belajar buat kuih raya. Biasanya mak yg buat. Apa
beza mentega dan marjerin? Adakah kedua2nya sama?
Mentega adalah butter di dalam bentuk
beku. Antara jenama yg terkenal adalah SCS, Fernleaf, Fatura
dll. Mentega yg kurang berkrim dan kurang lemak pula adalah
jenis Butterlite, Buttercup dan Farmcows. Harganya murah
sedikit daripada mentega penuh krim.
Marjerin
pula seperti Daisy atau Planta. Sesuai juga dicampur dengan
mentega untuk dibuat biskut.
Saya pernah cuba buat biskut cornflakes, tapi kenapa tak
rangup?
Banyak resipi cornflakes di belakang kotak (jenis Nestle).
Elok beli dan cuba, Insya-ALLAH rangup.
________________________________________
Dakwah
Nisa
bintunurhaizan79@yahoo.com
Chee
Cheong Fun
Assalamualaikum puan. Saya ingin bertanya resipi masakan
cina sebutannya lebih kurang camni, ‘cing cong fan’. Rupanya
mcm kuetiau dan kuahnya ada isi ikan. Kalau ada resipinya,
boleh puan berikan? Terima kasih.
CHEE
CHEONG FUN
Cara membuat ‘kuetiau’nya
580-590 ml air
Garam
1 camb minyak
110 g tepung beras
15 g tepung jagung
1½ camb tang mee fun atau tepung kanji gandum
Ayak semua jenis tepung ke dalam mangkuk. Masukkan air perlahan-lahan
dan kacau menjadi adunan yg tidak bergentel. Campurkan garam
dan minyak, biar 1 jam kemudian tapiskan. Sendukkan adunan
ke dalam tin yg dilengser minyak. Kukus lapisan chee cheong
fun selama 5 min atau hingga masak. Gulung sebaik saja diangkat.
Potong nipis dan celur di dalam air mendidih yg diletak
di dalam mangkuk. Ketepikan selama 5 min. Tapiskan dan masukkan
ke dalam mangkuk besar. Campurkan bahan sos dan gaul rata.
Hidangkan dengan bahan sampingan.
Bahan sos
2 camb sos barbeku
2 camb kicap cair
1 camt minyak bijan
2 camt sos cili
2 camb bijan goreng
2 biji cili hijau, dihiris
Bahan sampingan
3 biji cili merah, dihiris
4 bebola ikan, dicelur & hiris
4 keping tauhu goreng, dibelah 4
6-8 batang kangkung, dicelur
4 biji telur, dibuat dadar & hiris
4 keping kek ikan, goreng & potong
Sedikit bawang goreng
________________________________________
Roslina
Mohd Radzi
Wangsa Melawati, KL.
roslina@bursamalaysia.com
Ayam
Goreng Mamak
Assalamualaikum.
Puan, boleh nasihatkan saya bagaimana caranya untuk membuat
ayam goreng mamak? Apakah rempah-rempah dan herba yang perlu
digunakan?
AYAM
GORENG MAMAK
1.5 kg ayam, dipotong
1½ camt jintan putih, disangai & ditumbuk
1 camt pes bawang putih
2 camt pes halia
½ camt serbuk kunyit
1 camb serbuk ketumbar
¼ camt serbuk lada hitam
1½ camb serbuk cili
2 camb puri tomato
2 camb tepung beras
Sed pewarna merah & oren, jika suka
Garam secukupnya
3 pelepah daun kari
Minyak untuk menggoreng
Perap ayam dengan semua rempah dan garam selama 2 jam. Balik-balikkan
supaya rata rempahnya. Panaskan minyak, goreng ayam dengan
beberapa helai daun kari hingga masak. Angkat.
Mazlina
Sadiman
Bandar Sri Damansara
mazlina@brinfo.com.my
Mee
Sizzling

Puan Norzailina, saya gemar makan yee mee sizzling. Saya
juga teringin untuk mencuba masak makaroni goreng (yang
pedas sedikit) tetapi belum berjumpa resipi yang sedap.
Saya amat berbesar hati sekiranya puan dapat memberikan
kedua-dua resipi dan panduan cara-cara memasak. Terima kasih.
MEE
SIZZLING
150 gm mi telur (yee mee), dicelur lembut
1 kuali "sizzling"
1 camb air halia
150 gm daging ayam, dikiub
2 kpg cendawan kering, direndam
1 camt tepung jagung + sed air (pemekat)
40 gm lobak merah, dicelur
Bahan A
1 camb sos tiram
1 camt kicap cair
sed garam, gula, serbuk lada sulah
250 ml air rebusan ayam/air
Campurkan mi dengan 1/2 camb minyak. Panaskan 2 camb minyak,
bubuh air halia, cendawan dan ayam. Masukkan bahan A. Kacau
hingga mendidih dan perlahankan api, renihkan 5-8 min. Bubuh
lobak merah dan bahan pemekat. Panaskan kuali "sizzling",
letak atas papannya. Letak mi dan tuangkan kuah panas. HIdangkan
dgn hirisan cili.
MAKARONI GORENG
60 ml minyak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
300 gm udang sedang - dibuang kulit kecuali ekor
100 gm bebola ikan, dibelah 2
1½ sudu makan pes cili
500 gm makaroni (yg sudah direbus)
150 gm taugeh - dibuang ekor
4 tangkai daun sup, dihiris 2 cm
3-4 sudu makan bawang goreng
sedikit garam
Bahan A (campur):
3 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan air
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali . Gorengkan bawang putih
dan udang hingga kekuningan.
2. Masukkan pes cili dan bebola ikan. Kacau.
3. Bubuh makaroni dan A, gaul sebati.
5. Akhir sekali, masukkan taugeh dan daun sup. Bila bahan
sudah rata, angkat dan taburkan dengan bawang goreng.
________________________________________
Amirul
Faris Mohd Abdul Salam
amiruldaigander@yahoo.com.my
Micro
Atau Grill?

Puan, mengapakah kek yang selalu saya buat tidak masak di
dalam? Saya memasak kek menggunakan microwave. Microwave
yang saya gunakan tidak mempunyai sukatan suhu sebaliknya
hanya mempunyai indikator seperti "micro" dan
"grill". Bolehkah ketuhar seperti ini digunakan?
Jika boleh, kategori yang mana patut saya gunakan?
Kek yang hendak dimasak dgn microwave
berbeza resipinya dengan kek yang dibakar di dalam oven.
Microwave perlu ada fungsi "convection" barulah
ia boleh membakar kek yang biasa. Anda boleh cuba resipi
khas untuk kek menggunakan microwave biasa (tanpa suhu tetap).
Kek Nenas
30 gm mentega
35 gm gula perang
7 keping nenas dalam jus (tin), disejat
7 biji ceri merah
Bahan kek
100 gm tepung gandum, diayak
150 gm gula kastor
1¼ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh vanila
65 gm mentega
2 eggs
60 ml susu segar
Parutan kulit 1 biji oren
Cara membuatnya
1. Microwave [High 100%] mentega (tutup) dalam bekas 20
cm selama 1½ minit.
2. Taburkan gula perang di atas mentega.
3. Atur nenas dan letak ceri di tengahnya.
4. Microwave [High 100%] selama 3 minit.
5. Pukul tepung, gula, serbuk penaik, vanila, mentega, telur,
susu dan kulit oren hingga sebati. Ratakan di atas nenas.
6. Microwave [Medium 50%] selama 6 min. Pusing ¼
selepas 3 min (atau biar berpusing sendiri)
7. Tinggikan ke High dan microwave selama 4 min.
________________________________________
K
B
kas_mdnoor@yahoo.com
Biskut
Susu

Puan,
saya kerap melungsur lelaman puan. Terima kasih kerana banyak
juga resipi2 yg telah saya masak dgn sekali percubaan saja,
ia berjaya. Memang sedap.
Puan, saya ingin bantuan puan kerana saya ada menyimpan
susu tepung yg berlebihan, biskut atau kek apakah yg sesuai
menggunakan susu tepung ini?
Jika resipi kek ada SUSU SEJAT atau SUSU CAIR atau SUSU
SEGAR, anda boleh gantikan dengan Susu Tepung yang dibancuh
dengan air suam (ikut kepekatan yang dicadangkan pada tin/paket).
Jarang kek biasa menggunakan susu tepung kecuali Kek Lapis
(sila semak semula SJ Masakan untuk resipinya).
BISKUT SUSU
250 gm mentega
140 gm gula aising
1 camca teh vanila
1 biji kuning telur
250 gm tepung gandum }
120 gm tepung jagung } diayak
1 camca teh serbuk penaik }
60 gm susu tepung
Cara membuat:
1. Pukul mentega, gula, vanila dan telur hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak dan susu. Gaul menjadi doh.
3. Gunakan acuan semperit untuk memicit biskut bentuk memanjang.
Ulangi supaya menjadi 2 lapis.
4. Potong 3 cm dan atur atas tin pembakar yang sudah dilengser
sedikit marjerin.
5. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga masak.
Nota: Jika adunan agak keras, tambah sedikit mentega.
Jika terlembik, tambah sedikit tepung gandum.
Sekian. Terima kasih.
________________________________________
susyady
susyady1504@yahoo.com.my
Tat
Nenas

Puan, saya ingin bertanya bagaimana hendak membuat biskut
tart nenas & biskut almond london?
BISKUT
NASTAR/TAT NENAS GULUNG
150 g mentega
100 g marjerin
70 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camt vanila
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
jem nanas secukupnya
2 biji kuning telur, untuk sapu
Cara membuatnya:
Pukul mentega, marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan
sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata. Bubuh vanila
dan pukul 1-2 min lagi. Gaulkan kedua-dua jenis tepung hingga
menjadi doh. Ambil sedikit, letak di dalam acuan (picit
seperti semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran sepanjang
6 cm.
Letak jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan
gulungkan kemas. Atur atas tin pembakar yg sudah dilengser
dan sapu tat/biskut dengan kuning telur. Bakar pada 180
C selama 20-25 min atau hingga keemasan.
ALMOND LONDON COOKIES
250 g. mentega
125 g. marjerin
80 g. gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 camt. esen vanila
500-525 g. tepung gandum, diayak
200 g. badam (dibakar rangup)
mangkuk kertas secukupnya
Bahan
Salut/Hiasan
200 g. coklat masakan (dihiris kecil)
1 camb. lemak sayuran
150 g. badam urai
Cara
membuatnya:
1. Pukul enam bahan pertama hingga sebati (jangan kembang).
2. Masukkan bahan ayak, uli menjadi doh lembut. Pastikan
tepung tidak dimasukkan sekaligus bimbang doh menjadi keras.
Jika ini terjadi, gaulkan dengan 1-2 camb mentega supaya
ia kembali lembut.
3. Bulatkan sedikit adunan, isikan sebiji badam di dalamnya.
4. Bakar pada suhu 190 C hingga masak. Biar sejuk.
5. Cairkan coklat dan lemak sayuran di dalam mangkuk yang
diletakkan atas periuk air mendidih perlahan.
6. Letak biskut dalam mangkuk kertas. Sudukan coklat cair
dan taburkan badam.
7. Biar coklat keras sebelum disimpan di dalam bekas.
________________________________________
Nur
Izzana
mallowcandy@yahoo.com
Beza
Krim
Assalamualaikum.
Saya masih ada beberapa soalan yang ingin ditanya. Terima
kasih saya ucapkan terlebih dahulu.
1)
FRESH CREAM
Apakah
ia? Adakah ia campuran krim putar dan castor sugar?
Fresh cream adalah krim segar. Ia
bukan campuran krim putar dan gula. Ia tidak boleh diputar
seperti whipping cream. Sesuai dimakan dengan puding, menggantikan
sos kastard.
Di
mana boleh saya dapatkannya dan apakah jenama yang halal?
Beli di pasaraya atau kedai barangan
bakeri.
Jenama halal: tidak pasti.
Bagaimanakah cara pembuatannya?
Fresh cream di dalam bentuk asli atau
natural, dari susu yang diproses, meninggalkan 'pati lemaknya'.
2)
MOCK CREAM
Apakah
ia?
Sejenis campuran yang merupai cream sebenar.
Apakah
perbezaannya dengan fresh cream?
Ia dihasilkan dari bahan kimia atau
sumber lemak lain seperti kacang soya atau kelapa sawit.
Antara
fresh dan mock cream,yang mana satukah lebih berkhasiat?
Fresh cream.
Apakah
ia sama dengan butter cream?
Tidak sama, Butter Cream atau Butter
Icing digunakan untuk menghias kek.
3)
MASCARPONE CHEESE
Di
mana boleh saya dapatkannya?
Pasaraya besar.
Apakah
jenama yang halal?
Tidak pasti.
4)
GELATIN
Apakah
ia?
Ekstrak tulang binatang (tidak halal)
atau bahan tumbuhan (halal).
Bahan 'set' puding atau mousse (seperti agar-agar).
Apakah kegunaannya dalam membuat kek?
Penting untuk kek keju (tanpa bakar),
untuk 'mengeraskan' krim keju dan bahan lain.
Jenama
yang halal?
Tidak pasti.
Di
mana boleh didapati?
Pasaraya besar dan kedai barangan
bakeri.
Akhir
sekali, dalam membuat cheese cake, apakah maknanya 'jadikan
meringue' ?
Meringue adalah bila putih telur dan
gula atau putih telur dan krim tartar dipukul hingga menjadi
kental (tidak mengalir) iaitu bila 'diangkat' dengan sudu,
berpuncak tegak (stiff peaks).
________________________________________
Latifah
Ab. Ghani
Pantai Dalam, KL
kar_winter2@yahoo.com
Acuan
Tat Nenas
Saya
berminat untuk membuat tat nenas. Di manakah boleh saya
dapatkan acuan tat nenas?
Ada 2 bentuk Tat Nenas. Jenis gulung
menggunakan acuan panjang seperti membuat semperit. Manakala
jenis terbuka di atas, berbentuk bulat dgn bahagian tengah
(ditekan bersama membentuk 'lubang' utk mengisi jem nenas).
Kedua-dua jenis boleh dibeli di kedai barangan bakeri. Yg
paling hampir dgn tempat tinggal anda mungkin Bake With
Yen di Lrg Haji Taib Satu (tak jauh dari Chow Kit, berdekatan
Jln Raja Laut).
Terima kasih.
________________________________________
Nur
Shakila
Seremban, Negeri Sembilan
sha_medik@yahoo.com.my
Kek
Coklat Amerika

Saya ingin meminta kek coklat amerika. Kerana sebelum ini
saya ada menjumpai resipi itu dalam arkib namun setelah
saya ingin mencarinya semula untuk kali kedua, resipi itu
tidak kelihatan. Harap puan dapat memberi resipi tersebut.
American
Chocolate Cake
4 oz coklat masakan
8 oz mentega
2 camt Vanilla
2 cawan tepung kek
2 cawan gula kaster
1 1/2 camt serbuk penaik
1 camt soda penaik
1 camt garam
1 cawan susu cair
4 biji telur
Cairkan
coklat dan mentega dalam periuk tak lekat, kacau atas api
perlahan hingga cair. Ketepikan dari api, masukkan vanila.
Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula, serbuk penaik,
soda penaik dan garam. Masukkan campuran coklat, susu dan
telur, pukul hingga kembang.
Tuangkan
ke dalam 2 tin berukuran 9 inci yg disapu marjerin dan ditaburkan
dgn tepung. Bakar pada 175 C selama 30-35 min atau hingga
masak. Biar dalam tin selama 5 minit sebelum dikeluarkan.
________________________________________
Noraliza
Husin
Ukay Perdana, Kuala Lumpur
kristal_n83@yahoo.com
Ayam
Percik

Assalamualaikum
puan. Bolehkah puan memberi resipi ayam percik dan cara
membuatnya?
AYAM PERCIK
1 ekor ayam - dipotong 4 & dikelar
500 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
1 batang serai - dititik
sedikit garam & gula
Bahan Kisar:
10 biji bawang merah
4 biji cili merah
1 camb pes cili
1 batang serai
1 cm kunyit
Rempah (disangai & tumbuk/kisar)
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
Cara membuat:
1. Di dalam periuk besar atau kuali, satukan ayam, bahan
kisar, santan, gula, asam gelugur dan garam.
2. Jerang di atas api sederhana dan kacau hingga ayam separuh
masak.
3. Angkat ayam dan letak pada tempat pemanggang.
4. Bakar di atas bara api atau panggang di bawah gril.
5. Semasa memasak, percikkan kuah santan yg pekat ke atas
ayam dengan serai.
________________________________________
Jaya
Jess Saclov
Nibong tebal, Penang.
jesssaclov@yahoo.co.uk
Hi Kak, baru2 ini saya buat biskut cashewnut tetapi ia menjadi
keras. Saya merujuk resipi tersebut dari sebuah majalah.
Saya perlukan nasihat, bagaimana untuk membuat biskut yang
hasilnya rangup tapi lembut. Apa itu emplex dan sukatan
yg patut diguna?
Emplex berbentuk serbuk warna putih
adalah bahan merangupkan adunan biskut. Penggunaan atau
sukatan emplex bergantung kepada resipi kerana sesetengah
resipi ada campuran tepung kastard dan/atau tepung jagung,
jadi, tak perlu masukkan atau sukatan emplex perlu dikurangkan.
Sila berikan resipi yg anda musykilkan supaya saya dapat
berikan panduan terperinci.
________________________________________
Hajariyah
Daud
Sungai petani, Kedah.
seri_malam76@yahoo.com
Serunding
Ayam

Assalamualaikum.
Saya berminat untuk membuat chicken floss bun. Tapi saya
tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan chiken floss di pasaran
atau membuat sendiri. Saya amat berbesar hati jika puan
dapat memberi resipi chicken floss.
Resipi sama seperti serunding ayam
yg biasa. Cuma ayamnya hendaklah diceraikan halus-halus
(setelah direbus dan dibiar sejuk) dan tidak dipotong.
Apa perbezaan antara Super fine flour dengan high protien
flour.
Superfine adalah tepung paling halus.
High protein atau tepung roti adalah tepung untuk membuat
roti.
Bolehkah superfine flour dibuat roti?
Tidak sesuai.
Bolehkah kita buat perasa atau essence sendiri?
Mungkin tidak. Hanya daun pandan untuk
pewangi (itupun hanya kegunaan biasa/waktu itu juga, atau
disimpan di dalam peti sejuk).
Bagaimana untuk mendapatkan inti bun yang tahan lama seperti
sardine bun Gardenia?
Dimasukkan bahan pengawet makanan
yg dibenarkan.
Sekian,
terima kasih.
________________________________________
Siti
Masitah Abd Moksin
Kajang, Selangor
adanajhan@yahoo.com.my
Kek
Coklat
Assalamualaikum. Puan, boleh tak kongsikan resipi kek coklat
basah (lembap) dan padat? Selama ni saya buat hanya basah/lembap
tetapi tidak padat dgn rasa coklat. Minta bantuan resipi
dan cara membuatnya.
CHOCOLATE
CAKE
½ cawan koko
1 cawan air panas
230g mentega
280g gula kastor
2 camt vanila
3 biji telur Gred A
235g tepung gandum
1 camb serbuk penaik
Larutkan koko dan air panas, biar sejuk. Pukul mentega dan
gula hingga gebu. Masukkan vanila, pukul lagi. Bubuh sebiji
demi sebiji telur, putar rata. Ayak tepung dan serbuk penaik,
masukkan selangseli bersama larutan koko tadi ke dalam bancuhan
kek. Kacau rata. Isikan ke dalam tin 20cm yg telah dialas
kertas minyak dan dilengser dengan marjerin. Bakar pada
180 C selama 1 jam atau hingga masak.
Terima kasih.
________________________________________
Aisah
Binti Mohamad
Kuantan, Pahang
esa_angah1232@yahoo.com.my
Fondan
Saya ingin bertanya tentang resipi membuat lapisan atas
kek yang cantik
iaitu fondant cake. Saya betul-betul suka tengok rupa kek
fondan yang dah siap. Ia begitu comel dan banyak jenis bentuknya.
Saya berminat mengetahui cara-cara membuatnya. Harap puan
dapat memberi resipinya.
Membuat fondant memerlukan kemahiran
dan kerajinan. Sebaik-baiknya, ikuti kelas menghias kek
dll yg dianjurkan oleh kedai bakeri atau majalah tempatan.
FONDAN
800 gm gula aising - diayak 4 kali
60 gm lemak sayuran
2 camb jus limau nipis
40 ml air
Jerang 300 gm gula aising, lemak sayuran, jus limau dan
air di dalam periuk. Kacau atas api sederhana perlahan hingga
mendidih. Angkat. Tuangkan sedikit demi sedikit gula aising,
kacau hingga sebati (dan sukar mengacaunya dgn senduk).
Uli atas papan pencanai batu marmar (tabur gula aising lagi)
hingga menjadi lembut, halus dan tidak melekat.
________________________________________
Rose
Malik
asyraf262001@yahoo.com.sg
Kek
Berderai
Apa
perbezaan antara shortening dengan butter ?
Shortening adalah lemak sayuran.
Butter adalah mentega. Untuk lebih sedap, gunakan Pure Creamery
Butter kerana sesetengah "mentega" mempunyai campuran
majerin (tidak lemak).
Apa perbezaan antara margarine dengan butter ?
Majerin sumbernya minyak sayuran seperti
soya, sawit dll.
Butter berasal dari susu (lembu) berlemak.
Mengapa ada resipi menggunakan campuran shortening dan butter,
ada cuma shortening dan ada yang gunakan butter aje?
Bergantung kepada pilihan individu.
Hendak lemak, bubuh butter. Untuk biskut lebih rangup, campur
sedikit shortening. Untuk jimat dan kurang berlemak, guna
majerin (walau rasanya kurang sedap terutama dlm biskut
atau kek).
Mengapa bila saya nak potong kek yang telah saya bakar dan
sejukkan, kek itu berderai? Resipinya begini:
1 cup
margarine
1/2 cup shortening
3 cups white sugar
5 eggs
2 1/2 cups all-purpose flour
1/2 cup self-rising flour
1 cup evaporated milk
1 tablespoon lemon extract
1/2 teaspoon vanilla extract
Don't
preheat oven. Grease and flour a 10 inch tube or Bundt pan.
Sift together the all purpose flour and self-rising flour;
set aside.
In a large bowl, cream together the margarine, shortening
and sugar until light and fluffy. Beat in the eggs one at
a time. Alternately beat in the flour mixture and the milk,
mixing just until incorporated. Finally, stir in the lemon
extract and vanilla.
Pour batter into a 10 inch tube or Bundt pan. Place cake
in cool oven and set oven to 350 degrees F (175 degrees
C). Bake for 1 hour and 15 minutes, or until toothpick inserted
in center comes out clean
Saya
cuma tukarkan margarine ke butter dan evaporated milk ke
fresh milk. Saya dapat resipi ini dari Allrecipes.
Oleh kerana resipi juga menggunakan
lemak sayuran, mungkin tak kena gandingannya dgn butter
yg anda gantikan itu. Jarang kek menggunakan lemak sayuran.
Susu
cair (evaporated) lebih berlemak dibandingkan dgn susu segar
(fresh milk) tapi menggantikannya selalunya tidak mendatangkan
masalah.
Kek selalunya dimasukkan ke dalam oven yg sudah dipanaskan
dulu. Adakah anda menggunakan tin seperti yg disarankan
iaitu bentuk gelang? Jika guna tin biasa bulat atau empatsegi,
mungkin itulah sebabnya ia berderai.
Saya cadangkan tambah 1/2 cawan susu lagi.
________________________________________
Zamzarina
Mat Isa
zamzariena@gmail.com
Candy
Kacang
Tempohari saya telah cuba membuat candy kacang menggunakan
resipi ini tapi hasilnya agak mengecewakan. Ia cair dan
tidak mahu mengeras walau telah disejukkan. Saya telah memasak
menggunakan api yang kecil dan agak lama untuk menunggu
dia pekat. Apakah masalahnya?
Gunakan SUSU PEKAT dan bukan susu
cair.
Sukatan gula sama dgn susu tadi. Pastikan campuran pekat
betul sebelum dimasukkan kacang/kismis.
1
tin susu cair ideal
1 tin gula(gunakan tin susu ideal)
2 sudu isin vanilla
2 sudu mentega
1 senduk koko
1 cawan kacang(semua jenis kacang atau kismis pun boleh
boleh)
Caranya: Masukkan susu, gula, isin vanilla, mentega dan
koko ke dalam kuali dan kacau di atas dapur hingga hampir
pekat. Kemudian masukkan kacang tadi, kacau sekejap. Akhir
sekali tuangkan kedalam acuan. Biarkan hingga sejuk. Bila
dah sejuk, boleh dihidangkan.
________________________________________
Siti
Hawa
seripagi67@yahoo.com

Puan,
mohon pertolongan puan untuk mendapatkan resipi kuih lapis
merah (tepung beras) yang kukus tu.
KUIH
LAPIS
450 ml santan (1 kelapa putih)
sedikit garam
180 g tepung beras } diayak
125 g tepung kanji/ubi/sagu }
sedikit pewarna merah
Bahan
Sirap
250 g gula pasir
230 ml air
4 helai daun pandan, disimpulkan
Satukan
santan, garam dan bahan ayak hingga sebati. Ketepikan. Jerang
bahan sirap hingga mendidih dan gula larut. Tuangkan sirap
yg panas ke dalam adunan santan, kacau rata. Bahagikan 2,
warnakan satu bahagian dengan merah. Lengser tin 18 cm deng
minyak, kukus selapis warna putih dan ukus 5-6 min, diikuti
warna merah. Buat hingga habis. Biar betul-betul sejuk sebelum
dihiris.
Macam mana cara nak membuat nasi paprik? Untuk makluman
puan saya berada di luar negara tambahan pula sekarang ni
dah nak masuk bulan Ramadhan, jika teringin nak makan kuih
Melayu kenalah buat sendiri.
Saya pernah mencuba resipi kuih Seri Muka dari Alaf 21.
Memang sedap.
SOTONG
PAPRIK (boleh ganti udang; hidangkan dgn nasi putih)
3 camb minyak
3 ekor sotong , dihiris bulat
1 biji bawang besar, hiris baji
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
½ batang lobak merah, dihiris memanjang
2 batang kacang panjang, hiris 2 cm
100-120 ml air
1 camt gula
sed garam
Bahan sos
2 camb sos tomato
3 camb sos cili
1 camb sos tiram
1 camt kicap pekat
Cara membuatnya
1. Panaskan 1 camb minyak, masukkan sotong dan kacau hingga
kering airnya. Angkat.
2. Panaskan baki minyak, tumis bawang besar, serai dan daun
limau hingga wangi.
3. Masukkan bahan sos dan kacau hingga pekat.
4. Bubuh lobak merah, kacang panjang, gula dan garam serta
sedikit air.
5. Bila sayur empuk, masukkan sotong dan kacau rata.
6. Masak selama 2 min kemudian angkat.
________________________________________
Mok
Jee Mei
Jln Tengkera, Melaka
cmsian@yahoo.com
Apam
Balik

Puan,
saya baru belajar membuat kuih APAM BALIK. Saya tak faham
maksud
1/2 camt soda bikarbonat. Betulkah "camt" bermaksud
"sudu"? Apakah bahan soda bikarbonat dan gula
kastor? Di mana saya boleh membelinya?
Camt bermaksud camca teh atau sudu
teh. Gunakan sudu penyukat khas, 1 camca teh sama juga dengan
5 ml. Soda bikarbonate atau sodium bicarbonate boleh dibeli
di pasaraya, di dalam botol plastik yang kecil. Ia serbuk
putih.
Gula
kastor (caster sugar) adalah gula yang lebih halus dari
gula pasir. Ia juga boleh dibeli di mana-mana pasaraya,
selalunya berdekatan gula icing dan gula pasir (granulated
sugar).
________________________________________
Zulkhaleeda
Zulkafli
Amazing Height, Klang, Selangor
lili_suriani@sg.nykline.com
Kek
Puan,
kenapa kek yang saya buat berderai dan kenapa semasa kek
sedang masak akan naik gebunya tetapi bila sudah sejuk dia
jadi turun ke bawah?
Kek yg turun adalah kerana tidak cukup
serbuk penaik. Berderai pula kerana tidak cukup cecair (air/susu)
atau anda tidak memukul telur secukupnya (semasa memasukkan
ke dalam adunan). Ini juga mungkin kerana mentega dan gula
tidak diputar hingga kembang dan ringan. Harap dapat emelkan
resipinya supaya saya dapat beri komen dengan lebih terperinci.
________________________________________
Salinah
Bahrim
salinah75@hotmail.com
Ganache
Assalamualaikum
kak Norzailina. Saya nak tanya apa perbezaan di antara biskut
yang dicampur dengan telur dan tidak dicampur dengan telur?
Boleh tak kalau tidak dicampurkan telur di dalam biskut
Almond London?
Biskut yg dicampur telur lebih lemak
dan gebu dibandingkan dengan biskut tanpa telur. Hanya sesetengah
adunan biskut yg boleh dibuat tanpa menggunakan telur. Jika
resipi asli/original ada telur, anda mesti masukkan ia.
Jika resipi original biskut itu yg tiada telur, anda boleh
juga gunakan untuk adunan biskut Almond London.
Boleh tak akak bagi resipi choc cake ganache?
Anda boleh gunakan sebarang resipi
kek coklat yg biasa atau American Chocolate Cake.
Apa yang dimaksudkan dengan ganache tu?
Ganache adalah aising coklat untuk
kek itu.
GANACHE
(utk salut dan lapiskan di tengah - 3 lapisan - kek berukuran
23 cm)
50 gm sirap kencana
500 gm krim putar
500 gm coklat masakan
50 gm mentega
Satukan semua bahan dalam mangkuk tahan panas. Letak mangkuk
atas periuk berisi air mendidih perlahan. Kacau hingga cair
sepenuhnya. Angkat dan biar pada suhu bilik semalaman atau
letak dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihias pada
kek.
________________________________________
Nana
Brunei Darussalam
ssyanana@yahoo.com
Kek
Menurun
Assalamualikum.
Saya dapati di tengah kek buah yang saya simpan di dalam
peti sejuk semalamam menurun. Apakah yang menjadikan kek
seperti demikian kerana saya memasukkan ke dalam peti sejuk
setelah beberapa jam keluar dari oven.
Mungkin bahagian tengahnya agak lembab
dan 'kecut' bila suhu turun. Sebaik-baiknya bungkus dengan
2 lapisan kertas kalis minyak kemudian letak di dalam bekas
kedap udara sebelum menyimpan kek di dalam peti sejuk. Kadangkala
walaupun dikeluarkan beberapa jam, kek belum sejuk sempurna.
Adalah lebih baik biarkan kek di luar selama 10 jam sebelum
disimpan di dalam peti sejuk untuk suatu jangkamasa yg lama.
Sekian, terima kasih.
________________________________________
Yusriah
Yusoff
Yusriah.Yusoff@Halliburton.com
Kek
Keladi
Kak Lina, boleh tak dapatkan saya resipi Kek Keladi dan
Kek Cornflakes? Nak gunakan ubi keladi yang isinya putih
ke ungu?
Resipi Kek Keladi ini tidak menggunakan
isi keladi di dalamnya.
KEK KELADI
4 biji putih telur
80 gm gula kastor
1/4 camt garam
80 ml minyak jagung
4 biji kuning telur
100 ml air
1 camt esen keladi
150 gm tepung gandum
12 gm susu tepung
1 camt serbuk penaik
100 gm gula kastor
Putar 3 bahan pertama hingga kental. Ketepikan.
Dalam mangkuk besar, pukul perlahan semua bahan lain.
Kaupbalikkan putih telur hingga rata. Letak di dalam acuan
23 cm yg sudah dilengser majerin. Bakar pada 180 C selama
35-40 minit atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong
2 dan dilapiskan dengan aising. Hias seluruh kek dengan
baki aising.
Bahan aising
300 gm puri keladi (sudah direbus & dilecek/kisar halus)
800 gm krim putar
sedikit pewarna ungu
Pukul semua bahan hingga kembang dan boleh disapu pada kek.
KEK CORNFLAKES
180 g mentega
180 g keju krim
2 camt kulit limau kering, dicincang halus
300 g gula kastor
3 biji telur
250 g tepung naik sendiri
1 camt vanila
60 ml susu segar/cair
20 g cornflakes, dikisar kasar
Pukul mentega, krim keju, kulit limau dan gula hingga kembang
dan ringan.
Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul hingga sebati.
Bubuh tepung, vanila, susu dan cornflakes, kacau rata.
Ratakan di dalam tin 22 cm yg dialas kertas kalis minyak
dan dilengser dengan majerin.
Bakar pada 180 C selama 40-45 minit atau hingga masak.
________________________________________
hasni
arshad
nani@pkrisc.cc.ukm.my
Sos
Tahu Bakar
Saya
ingin bertanya bahan untuk buat sos tahu bakar yang menggunakan
petis udang.
Saya tidak mempunyai resipi utk Sos Tauhu Bakar tetapi saya
agak, rasanya tidak jauh beza dgn kuah rojak (jenis masak).
SAMBAL ROJAK
40 g cili kering, direndam air panas
40 g belacan
75 g asam jawa } perah & tapis
150 ml air }
750 g gula merah (atau ikut suka manisnya)
500 ml air
125 g gula pasir
75 g petis
garam secukup rasa
65 g karamel (ada dijual di kedai barangan bakeri)
2-3 camb tepung ubi + sedikit air (bahan pemekat)
25 g serbuk perasa (jika suka)
125 g kacang tanah, digoreng & kisar/bijan (tak perlu
kisar, hanya goreng kering)
Cara membuatnya
1. Kisar cili kering dengan belacan dan sedikit air.
2. Jerang cili kisar, air asam, gula merah, air, gula pasir,
petis, garam dan karamel.
3. Kacau selalu hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan
tepung pemekat dan serbuk perasa.
4. Bila sos mendidih semula, bubuh kacang kisar. Kacau lagi
hingga mendidih sekali lagi barulah diangkat dan biar sejuk
________________________________________
Mama
Nona
pito_puente182@hotmail.com
Kek
Kering & Keras
Boleh
tak puan beri saya resipi kek lapis lembab kerana saya banyak
mencuba resipi kek tersebut dari bermacam-macam buku resipi
kek tetapi
tidak menjadi. Antaranya kek lapis yang saya cuba buat menjadi
kering dan
keras. Adakah ini disebabkan oleh telur sejuk ataupun kurangnya
penggunaan ovallete. Terima Kasih.
Jika anda ikuti resipi yg betul dan
tidak kurangkan ovalette, kek lapis pasti tidak kering.
Supaya ia lebih lembab, sapukan mentega cair pada setiap
lapisan. Setelah lapisan paling atas masak, bakar selama
180 C (api bawah, biasa) selama 5 minit supaya kek tahan
lama. Jangan gunakan telur sejuk ~ ia disejukkan supaya
mudah mengasingkan kuning dan putihnya.
________________________________________
Ahmad
Sukeri Bin Ahmad
Puchong, Selangor.
sukeri@nct.net.my
Kuih
Peneram

Saya
suka makan kuih peneram. Boleh saya tahu macam mana nak
masak dan cara buat resipi kuih ini?
Saya belum pernah cuba resipi ini
tetapi insyaAllah, menjadi. Cuba dengan 1/3 adunan dulu
iaitu bahagikan semua bahan dengan 3. Contohnya, 83 gm tepung
gandum dan 83 gm tepung beras.
KUIH PENERAM
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula melaka/gula kabung
2 cawan air
250 g tepung beras
250 g tepung gandum
minyak utk menggoreng
Cara
membuatnya:
Jerang gula, gula melaka dan air hingga mendidih dan gula
hancur.
Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan air gula pans-panas,
gaul dengan senduk. Jika air gula tidak cukup, tambah dengan
sedikit air panas.
Bila sebati dan menjadi doh, tutup adunan dan biar selama
4 jam.
Canai dan terap dengan acuan kemudian goreng hingga masak.
Angkat dan sejatkan.
________________________________________
Amirul
Faris Bin Mohd Abdul Salam
Masai, Johor
amiruldaigander@yahoo.com.my
Steak

Puan,
bagaimanakah cara untuk membuat steak dan sosnya?
BLACK
PEPPER STEAK
4 keping sirloin steak (daging terbaik), anggaran 150g,
tebal 2cm
2 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
1 camb lada hitam (kisar/tumbuk kasar)
1 camb lada putih (kisar/tumbuk kasar)
50g mentega
1 camb minyak
Bahan
Sos
2 camb sos Worchestershire (Lea & Perrins)
1 camb kicap cair
½ camt garam
1 camt gula
½ camt serbuk pati daging (beef stock granules)
125ml air rebusan daging (atau air panas)
‘Ratakan’ steak dengan cara memukulnya dengan ‘meat mallet’
(pengetuk khas). Sapukan bawang putih diikuti lada hitam
dan lada putih. Letak di dalam bekas plastik bertutup, biar
30 minit.
Panaskan mentega dan minyak di dalam kuali ‘heavy-based’
yg leper. Goreng steak dengan api kuat selama 2 minit (untuk
sebelah) agar jusnya tidak terbit (hanya terbalikkan sekali
saja, jangan ‘diusik’ kerana ia tidak akan garing elok).
Terbalikkan dengan sudu, jangan garfu atau pisau.
Untuk steak yg ‘rare’/merah di dalam, goreng 3 minit (untuk
sebelah), tambah 2-3 minit untuk steak yg ‘medium’/hampir
masak, manakala untuk ‘well-done’/masak sepenuhnya, goreng
4-5 minit (untuk sebelah). Angkat dan biar panas atau sajikan
segera.
Untuk sos, satukan semua bahan dan masukkan ke dalam kuali
menggoreng tadi. Renihkan di atas api perlahan hingga pekat.
Sajikan dengan jagung rebus (jika suka), kentang goreng
dan tomato. Jika suka, tambah sos tomato dan Dijon mustard
(sos biji sawi di dalam botol).
Sos (jenis lain, jika suka)
(menghasilkan 700 ml, sesuai untuk 12-13 orang jika seorang
mendapat 60ml sos = 4 camb seorang)
3 camb mentega
6 camb tepung gandum
450ml air panas
225ml susu segar
1½ kiub pati rebusan daging (atau 2 camb serbuk)
2-3 camb kicap pekat/hitam
2 camt puri tomato
2 camt serbuk lada hitam (kisar kasar)
Panaskan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau di atas
api perlahan selama 2 minit. Tuangkan semua bahan lain (dicampur
bersama terlebih dulu) dan kacau di atas api sederhana hingga
pekat dan berkilat.
Bolehkah puan terangkan beza maksud ukuran ‘camb’ dan ‘camt’?
CAMB adalah camca atau sudu besar (15 ml) bukan sudu makan
(yang kita biasa guna di rumah). CAMT adalah camca teh (5
ml). Beli di kedai atau pasaraya (bahagian barangan dapur).
Juga dapatkan cawan ukuran metrik (1 cawan = 250 ml, 1/2
cawan = 125 ml dsbnya).
Di manakah boleh saya temui kedai menjual barang masakan
Jepun di Johor?
Anda boleh lihat di dalam buku panduan telefon "Yellow
Pages" bahagian Selatan.
________________________________________
Norazwani
Md Taib
azwa21@yahoo.com
Asam
Pedas

Assalamualaikum Puan Norzailina Nordin. Saya nak belajar
masak Ikan Asam Pedas dan Kuey Tiaw Goreng.
ASAM PEDAS
600 gm ikan bawal/kembung dll
1 batang serai
1½ sudu makan asam jawa } campur utk
400 ml air } air asam
300 gm kacang bendi – dihiris pangkal
100 ml minyak
1 sudu makan gula
sedikit garam
Bahan Kisar:
15-20 tangkai cili kering – direndam lembut
3 sudu makan kelapa parut – digoreng keemasan
1 sudu teh jintan manis} disangai & tumbuk
1 sudu teh jintan putih }
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan terbit
minyak.
2. Masukkan air asam jawa dan ikan. Jika kuah tidak sama
paras dengan ikan, tambah sedikit air.
3. Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
4. Bubuh kacang bendi, garam dan gula. Kacau sekali-sekala.
5. Bila bendi lembut dan ikan masak, angkat dan hidangkan.
KUEY TIAW GORENG
135 ml minyak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
300 gm udang sedang - dibuang kulit kecuali ekor
1 keping kek ikan - dihiris nipis
1½ sudu makan pes cili
500 gm kuey teow
200 gm kerang - direbus & kupas
150 gm taugeh - dibuang ekor
3 biji telur
4 tangkai daun sup } dihiris 2 cm
4 tangkai daun kucai }
3-4 sudu makan bawang goreng
sedikit garam
Bahan A (campur):
3 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan air
Cara membuat:
1. Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali. Gorengkan
bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan pes cili, udang dan kek ikan. Kacau dan ketepikan
di dalam kuali.
3. Bubuh kuey teow dan kacau cepat-cepat. Masukkan bahan
A dan gaul sebati.
4. Kaup bahan gorengan ke tepi kuali, pecahkan telur di
tengahnya. Biar 1 minit sebelum menggaul semuanya sekali.
5. Akhir sekali, masukkan kerang, taugeh, daun kucai dan
daun sup. Bila bahan sudah rata, angkat dan taburkan dengan
bawang goreng.
Nota:
Hendaklah dibahagi 3 dan digoreng 3 kali kerana rasanya
akan menjadi lebih istimewa.
________________________________________
Norizan
Binti Lah
Taman Koperasi Polis Fasa 1, Kuala Lumpur.
ezzuel@yahoo.com
Masalah
Coklat

Puan,
setiap kali saya mencuba membuat biskut Almond London, coklat
yang diletakkan di atas biskut tidak mengeras/lembik. Bagaimana
caranya untuk mendapatkan coklat yang mengeras dan berkilat
serta tidak melekat bila disusun?
Cairkan 200 gm coklat masakan yg dihiris
dengan 1 sudu besar (rata) lemak sayuran (vegetable shortening).
Pastikan biskut betul-betul sejuk sebelum disudukan coklat
cair ke atasnya. Alas setiap lapisan biskut yg disusun dalam
bekas dengan kertas kalis minyak (potong ikut saiz bekas).
Sekian.
Terima kasih.
________________________________________
Rohana
Anis
rohana_anis@yahoo.com
Suhu
Bakar Biskut

Assalamualaikum. Saya ingin tahu apakah suhu kepanasan yang
paling tepat bagi membakar biskut dan kek? Sebelum ini saya
membakar biskut dengan kepanasan 180'c dan mengambil masa
lebih kurang 35 minit untuk masak. Adakah ini suhu yang
betul??
Untuk membakar kek, suhu 190 C atau
200 C. Untuk biskut pula, suhu 175 C atau 180 C tetapi masa
membakar lazimnya tidak sampai 35 minit. Biskut hanya mengambil
masa, paling lama 20 minit saja. Mungkin juga biskut anda
agak tebal.
Bolehkah semua jenis biskut dicampurkan 'crisco' bagi merangupkannya?
Biskut yg mempunyai sukatan tepung jagung dan/atau tepung
kastard atau sebarang serbuk kacang tidak boleh dicampurkan
crisco kerana jika terlalu rangup, biskut mudah pecah. Jika
resepi biasa, gantikan separuh mentega dengan separuh crisco.
________________________________________
Aida
aidasuhaila@gmail.com
White
Chocolate

Assalamualaikum puan, bolehkah white chocolate dicampurkan
dgn fresh milk semasa mencairkannya?
Campurkan dengan lemak sayuran (vegetable
shortening). Gunakan 1 sudu besar (rata) utk sukatan 200
gm white chocolate tetapi pastikan ia dicairkan atas double-boiler
dengan api paling perlahan. Jika tiada lemak sayuran, boleh
gantikan dengan minyak jagung atau bunga matahari. White
chocolate sgt sensitif pada kepanasan, tidak seperti cooking
chocolate.
Bolehkah
sekiranya saya menggunakan cookies flour selain self raising
flour bagi resipi b |