BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!



SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama

Lisa
Pahang
py_ehoney@yahoo.co.uk

Camb atau Camt?

Apakah maksud camb dan camt dalam sukatan bahan2 pada resipi?
Camb adalah camca besar bersamaan 15 ml (mililiter).
Bukan camca yg sering kita gunakan di rumah tetapi jenis yg khas utk menyukat bahan. Sukatan camca makan adalah kira-kira 10 ml.
Camt pula adalah camca teh, sukatannya 5 ml dan 3 camt bersamaan 1 camb.


________________________________________

Nor Aini Yaacob
norainiy@lgm.gov.my

Beza Confectioner Sugar & Granulated Sugar


Apakah perbezaan ‘confectioner sugar’ & ‘granulated sugar’?
Confectioner sugar sama dengan gula aising (halus seperti tepung). Manakala granulated sugar adalah gula pasir (yg biasa kita gunakan untuk membancuh air di rumah). Gula pasir ada 2 jenis, coarse (kasar) dan fine (halus). Jenis yg halus nampak seperti gula kastor dan selalu digunakan untuk membuat kuih dll, boleh digunakan juga untuk membuat kek jikalau tiada gula kastor.


________________________________________

Fienaz
Subang Jaya
fienazs@yahoo.com

TEPUNG UNTUK BUAT PAU

Saya nak tahu tentang kuih pau. Kalau saya buat pau menggunakan tepung pau Blue Key dlm kuantiti yg banyak, bagaimana caranya utk saya simpan dingin beku (seperti yg ada dijual di Giant)? Adakah saya perlu mengukus dahulu?
Kukus hingga masak, biar sejuk kemudian letak dlm bekas plastik (elok ada kompartmen supaya ia tidak melekat bila dibiar lembut kembali). Tutup bekas kemas-kemas. Dinginbeku (freeze) sehingga waktu diperlukan, biar pada suhu bilik 20 min kemudian kukus sampai lembut semula.

Terima kasih kerana memberi cara memasak nasi sushi ini. Tapi saya ada soalan nak ditanya.
1- Beras Calrose tu beras sushi Jepun atau beras biasa?
Beras jenis Calrose yg ada dijual di pasar raya. Jika di Jaya Jusco, ada bahagian rak yg menjual barangan Jepun.

2- Sukatan beras yg diberi adalah 1 cwn. Saya nak tahu dlm berapa gram. Sebab saya takut saiz cwn besar mana?
Gunakan cawan metrik yg boleh menyukat 250 ml cecair.

3- Cuka yg digunakan adalah cuka biasa?
Cuka biasa di dalam botol. Di Jepun, mereka menggunakan sejenis arak (masam-manis). Itulah sebabnya perlu memasukkan gula di dalam nasi tersebut.

Terima kasih.

NASI SUSHI
1 cawan beras Calrose, dibersihkan & tos
450 ml air
1 camt gula
1/2 camt garam
1 camb cuka

Masak nasi di dalam periuk elektrik dengan air. Bila masak, letak di dalam mangkuk. Larutkan gula dan garam dengan cuka. Tuang ke atas nasi dan gaul dengan senduk kayu. Biar sejuk sebelum digulung di dalam kulit nori dengan bahan sushi yg la
in.


________________________________________

Marina Mohamed Ismail
ina800520@yahoo.com

RESIPI KEK SPAN COKLAT



Saya Ina, sekarang ni saya berada di Jepun kerana mengikut suami yg berkerja di sini. Saya ingin minta resipi kek span coklat yg mudah dan senang daripada puan. Saya berharap puan dapat membantu kerana di Jepun susah mencari brg utk buat kek.
Kek span tidak menggunakan serbuk penaik jadi untuk mendapatkan kek yg gebu, anda perlu memukul telur dan gula hingga betul-betul kembang.

SPAN COKLAT
5 biji telur
150 g gula kastor
140 g tepung gandum
10 g serbuk koko
secubit garam
75 g mentega cair

Ayak tepung, koko dan garam.
Pukul telur dan gula hingga kembang (8-10 min) dgn kelajuan maksima. Masukkan campuran tepung berselangseli dengan mentega cair (kelajuan minima). Bila sebati, ruangkan ke dalam tin pembakar 22 cm yg dialas kertas kalis minyak dan dilengser dengan sedikit marjerin. Bakar pada 180 C selama 12-15 min atau hingga masak.


________________________________________

Hani Azura Mat Saad
Dublin 15, Ireland.
haniazura@hotmail.com

Puding Beras

Saya teringin nak makan rice puding, dengar org cakap sedap. Saya nak cuba buat tapi takde resipi. Boleh bagi saya resipi tersebut?

PUDING BERAS
1.2 liter susu segar
120 g beras jenis pendek (short-grain) atau pudding rice
60 g gula kastor
Serbuk kayu manis

Jerang susu atas api sederhana hingga mendidih.
Masukkan beras, perlahankan api. Tutup dan renihkan selama 45-50 min atau hingga menjadi pekat (seperti bubur). Hendaklah dikacau sekali-sekala supaya ia tidak hangus.
Lengserkan mangkuk kaca yg lebar (tinggi anggaran 5-6 cm) dengan mentega. Letak dlm bekas/tin besar. Campurkan gula ke dalam bubur. Tuangkan ke dalam mangkuk kaca.
Tuangkan pula air mendidih ke dalam tin (paras 1/2 mangkuk).
Bakar pada 180 C selama 40-45 min atau hingga hujung pisau yg dicucuk ke dalam puding dan ditarik keluar, nampak bersih (tidak melekat dengan puding).
Taburkan sedikit serbuk kayu manis sebelum menghidangkannya.

Selain tu saya nak juga buat kuih buah roti, saya ada resipi tanpa ada
sukatan yg sesuai. Bahan-bahannya, tepung pulut, telur, gula dan lenga.

Sila nyatakan bagaimana sebenarnya kuih buah roti kerana saya kurang pasti. Mungkin ia juga dikenali dengan nama yg berbeza.

Apa kegunaan tepung semoline?
Tepung suji dikenali sebagai semolina dan digunakan untuk membuat puding, biskut dsbnya. Ia mudah kembang bila dicampur dengan cecair dan dipanaskan (untuk puding). Untuk biskut pula, ia membuat biskut lebih rangup.

_______________________________________________________

Faridah Abdul Rahman
Tampines, Singapura.
faridah.rahman@gmail.com

Minyak Jernih?

Baru2 ini saya telah mencuba resipi kulit epok epok dari lelaman Alaf 21. Hasilnya sungguh menggembirakan. Ramai yang memuji kesedapan kulit epok2 itu.
Anda juga pandai membuatnya dan itulah yg paling mustahak.

On a separate matter, saya ingin meminta bantuan puan di sini. Saya ada minyak seperiuk bekas buat gorengan ayam goreng bertepung. Bagaimana caranya untuk menjernihkan minyak itu?
Tapis minyak gorengan ke dalam bekas (kuali atau periuk) untuk mengasingkan bahagian yg mendap (crust gorengan). Kemudian panaskan dan goreng hirisan kentang hingga keemasan. Anda akan dapati minyak kembali jernih, insyaAllah. Sesetengah minyak yg 'stable' akan mudah menjadi jernih, jadi, bergantung kepada jenama apa minyak anda dan diperbuat daripada bahan apa (kelapa sawit, kacang, canola, jagung, soya atau bunga matahari).

________________________________________

Hanah Army
hanah_army@yahoo.com

Kek Tanpa Ovalette

Saya ingin mengetahui apakah bahan-bahan yang ada di dalam ovalette. Kadang-kadang saya agak was-was bila membeli ovellet di kedai-kedai bahan-bahan kek di sekitar JB tiada menyatakan ingredientnya dan tidak ada tanda halal pada paket ovalette tersebut. Ada tak bahan-bahan daripada 'animal-origin' selain daripada telur kuning di dalam ovalette ini?
Ovalette atau Quick 75 berasas dari soya dan bahan kimia. Untuk mendapat pengesahan, hubungi nama dan alamat pembekal yg tertera pada bekas berisi ovalette itu.

Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?
Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span). Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya. Anda boleh cuba cara ini: asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa). Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam (menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.

________________________________________

ismail bedin
ismail3557@yahoo.com

Jeruk Mempelam

Bagaimanakah memproses jeruk mempelam? Apakah bahan-bahannya.

JERUK MEMPELAM

2 liter air
200 g garam halus
1 camt asid benzoate (penahan agar jeruk tidak berbuih)
1/2 camt calcium chloride (menghalang bahan jeruk menjadi lembik)
Buah mempelam, dibelah 2 atau hiris nipis

Jerang air dengan garam atas api perlahan hingga mendidih dan garam larut. Masukkan asid benzoate dan calcium chloride, kacau hingga kedua-duanya larut. Ketepikan dari api, biar air garam suam. Masukkan mempelam. Bila air garam sejuk, tutup bekas jeruk dan simpan di tempat gelap dan kering selama 5-6 hari.

Nota:
Jumlah mempelam bergantung kepada saiznya. Jika terlalu besar, hendaklah dihiris nipis. Buah mesti terendam sepenuhnya di dalam air supaya ia menjadi jeruk dan tidak busuk. Cuba dulu dalam jumlah yg sedikit supaya rasanya dapat disesuaikan dengan selera anda.


________________________________________


Rozita binti Mohd Ali
Klang, Selangor.
rozitam@sirim.my

Sizzling Mee

Kak, saya inginkan resipi sizzling mee, ia favourite makanan saya.

SIZZLING MEE
150g mee telur ('yee foo mein')
Bahan Sos:
150g daging ayam (tanpa tulang)
3 keping cendawan hitam - direndam, jangan dipotong
25 g lobak merah, dihiris & dicelur
1 camb jus halia
1 camb sos masam manis
Bahan Perasa
1 camb sos tiram
1 camt kicap cair
3 camb minyak masak
1/2 camt minyak bijan
garam secukupnya
1/4 camt gula
secubit serbuk lada hitam
1 camt tepung jagung
1/2 camt serbuk pati
1 cawan air rebusan ayam/air

Cara membuatnya:
Celur mee di dalam air panas agar ia lembut. Sejatkan di dalam penapis dan kocak di bawah air paip. Isikan mee di dalam pinggan. Masukkan 1/2 camb minyak dan 1/2 camt minyak bijan, kacau rata dan biar sebentar.

Untuk kuah: Panaskan 2 camb minyak, masukkan jus halia, cendawan dan ayam. Kacau rata kemudian bubuh air rebusan. Bila mendidih, perlahankan api selama 5-8 minit. Masukkan lobak merah dan tepung jagung (larutkan dengan sedikit air).

Panaskan hot plate di atas api sederhana hingga betul-betul panas. Angkat dan letak di atas bekas kayu khas. Letak mee di atas hot plate dan tuangkan semua kuah. Hidangkan dengan hirisan cili merah dan cili padi.

Di mana saya boleh dapatkan mee sizzling?
Di mana-mana pasar raya besar dan dijual dlm bentuk kering (seperti mee siput). Ia dipanggil yee foo mein (mee telur).

Lagi satu, saya amat sukakan biskut coklat bersalut quaker oats. Boleh tak akak berikan resipi biskut tersebut.

Saya harap inilah resipi yg anda inginkan:

BISKUT COKLAT OAT
125 g mentega
90 g gula aising
1 biji kuning telur
1/2 camt vanila
130 g tepung gandum
20 g serbuk koko
50 g kelapa kering, dikisar
40 g serbuk gajus/badam
50 g tepung jagung

Hiasan
Kuning telur, utk sapu
Oat segera

Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan vanila, pukul rata. Satukan dengan semua bahan lain dan uli menjadi doh. Canai setebal 4 mm dan terap dengan acuan pilihan. Atur atas tin pembakar. Sapu kuning telur dan taburkan oat. Bakar pada 175 C selama 20-25 min atau hingga masak. Biar sejuk atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
________________________________________

Nurul Alia
Kuala Terengganu
nuriasya@yahoo.com

Talam Berlauk

Puan, saya inginkan resipi untuk kuih talam berlauk.

TALAM BERLAUK
250 g. keladi (diparut halus memanjang)
50 g. udang kering (digoreng kering, dikisar halus)
1 camb minyak
150 g. tepung beras
600 ml. santan (dari 1½ biji kelapa)
½ camt. garam
80 g. bawang merah (digoreng garing)
4 tangkai daun bawang }
4 tangkai daun sup } dicincang halus
2 biji cili merah }

Bahan Sos Cili
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
40-50 ml. air
½ camt. cuka
3 camb. sos cili
2 camb. sos tomato
3-4 camb. kacang tanah (digoreng & dikisar)

Bahan Sos
280ml air rebusan ayam/daging
½ camt garam
1 camt gula
1 camt kicap pekat
½ camt rempah lima (Chinese Five Spice powder) + 1 camb air
serbuk lada hitam/sulah secukupnya
½ camb tepung ubi + 2 camb air
1 camb putih telur
½ camt minyak

Cara membuatnya:
Letak keladi, separuh udang kering dan minyak dalam kuali. Kacau di atas api perlahan hingga berbau wangi. Angkat dan biar suam. Kacau tepung beras, santan dan garam. Masukkan campuran keladi dan separuh bawang goreng. Tuang ke dalam loyang 20 cm, kukus selama 25-30 min atau hingga masak. Taburkan baki bawang goreng, udang kering, daun bawang, daun sup dan cili ke atas kuih yang masak. Sejukkan sebelum dihiris. Untuk membuat sos, kisar enam bahan pertama. Isi ke dalam mangkuk kecil. Taburkan kacang tanah di atasnya. Untuk kicap, jerang semua bahan kecuali 3 yg terakhir sambil dikacau hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan 5 minit. Titiskan campuran tepung ubi sedikit demi sedikit ke dalam sos, sambil dikacau hingga sos pekat. Kacau sambil masukkan putih telur dan minyak untuk mengilatkannya.

Juga resipi untuk muffin yang paling sedap.
"Yg paling sedap" adalah subjektif. Apa yg sedap pada saya, mungkin tak sedap pada anda. Apa kata dapatkan buku Aneka Muffin kerana terdapat 44 muffin di dalamnya dan anda boleh buat pilihan muffin bagaimana yg anda sukai - samada yg coklat, ada buah-buahan, kekacang dll.

________________________________________

Muhamat Faizal
paizhot5357@yahoo.com.my

PUDING RAJA

Assalamualaikum... puan, saya sangat gemar memasak semua jenis masakan termasuklah puding. Boleh puan sertakan resipi ‘PUDING RAJA’ yang berasal dari negeri Pahang? Saya menggemarinya setelah makan di majlis perkahwinan sahabat saya. Boleh kongsi resipi tersebut? Terima kasih.

PUDING RAJA
1 paket serbuk agar-agar biasa (11 g)
600 ml air
2 helai daun pandan, disimpulkan
200 ml santan (1 kelapa)
90 g gula pasir (atau ikut suka manisnya)
3 camb tepung kastard
2 biji kuning telur
Sed pewarna kuning
1 camt vanila
Gajus bakar, ceri hijau, jala emas - utk hidangan

Cara membuatnya:
Larutkan tepung kastard dengan sedikit susu. Campurkan dengan kuning telur dan pukul sebentar hingga sebati. Tambah sedikit lagi susu, kacau rata dan tapiskan ke dalam periuk. Masukkan semua bahan lain. Kacau atas api perlahan tanpa henti hingga mendidih, ketepikan daun pandan. Bila mulai pekat, angkat dan tuangkan ke dalam acuan yg sudah dibasahkan dengan air (supaya puding mudah keluar bila keras). Hidangkan di atasnya dengan gajus, hirisan ceri dan jala emas (yg diwarnakan merah)


________________________________________

Idayu Md Nor
idayumn@tm.com.my

Kuah Tak Pekat?

Saya pernah mencuba masak kuetiau ladna menggunakan resipi drpd buku Alaf 21 tapi masih tak menjadi. Kuahnya jadi mcm kuah sup biasa walaupun saya gunakan tepung jagung. Di mana silapnya?
Anda boleh tambah penggunaan tepung jagung. Secara amnya, untuk 1 cawan kuah, anda perlu larutkan 2 camt tepung jagung dengan 1 camb air sebelum mencampurkannya ke dalam kuah semasa ia sedang mendidih.

Boleh puan berikan resipi utk:

a) ikan kering masak lemak nenas
IKAN KERING LEMAK NENAS
1 biji nenas, dihiris 1 cm & celur lembut
4-5 keping ikan masin /kering, direndam (kurangkan masin)
atau tulang / isi ikan talang
2-3 biji cili merah }
10-12 biji cili padi } dikisar
1 cm halia }
2 cm kunyit hidup }
700 ml santan (dari 1 biji)
1 helai daun kunyit (disimpulkan)
1 batang serai, dititik
1 keping asam gelugur
gula secukupnya

Cara membuatnya:
Jerang bahan kisar, santan dan ikan masin di atas api sederhana, kacau hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, daun kunyit, serai dan nenas. Kacau selalu di atas api sederhana hingga mendidih. Renehkan 2-3 minit kemudian angkat.

b) nasi goreng kerabu

NASI GORENG KERABU
3 camb minyak
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1 ulas bawang merah, dihiris halus
1 mangkuk sedang nasi sejuk
1 camt udang kering (direndam, tumbuk kasar)
1 batang serai, dihiris halus
3 tangkai daun kesum, dihiris halus
60 g taugeh, dibuang ekor
40 g kubis, dihiris halus
2-3 tangkai cili padi, jika suka
4 urat kacang panjang, dihiris halus
1 camt serbuk lada sulah
1 camt kicap cair
sedikit garam
keropok, sambal – utk hidangan

Cara membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga wangi. Masukkan semua sayur kecuali taugeh. Kacau 2-3 minit kemudian masukkan pula serbuk lada sulah, kicap cair dan garam. Kacau rata. Akhir sekali bubuh nasi, taugeh dan cili padi (jika suka). Gaul sebati selama 2-3 minit. Angkat dan sajikan dengan keropok dan sambal.

c) ayam goreng berempah

AYAM GORENG BEREMPAH
6 keping paha ayam, dikelar
1 biji telur, dipukul
serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Bahan rempah (disatukan)
2 camb tepung berempah
1 camb tepung jagung
1 camb tepung gandum
½ camb serbuk kari
½ camt serbuk cili
garam secukupnya

Perap ayam dengan garam selama 20 min. Salut dengan tepung berempah kemudian celup di dalam telur, diikuti serbuk roti. Goreng dlm minyak panas hingga keemasan dan masak.

d) kuih pau sambal

PAU SAMBAL UDANG
10 g yis segera (1 paket kecil 'Mauripan')
500 g tepung Hong Kong/tepung pau/tepung rendah protin
4 camt serbuk penaik double-action
1/2 camt garam
250 ml air suam kuku } bahan A
4 camb gula halus }
2 camb minyak jagung

Cara membuatnya:
Ayak tepung, serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan yis segera dan garam. Buatkan lubang di tengahnya dan tuangkan A serta minyak. Uli menjadi doh. Jika terlalu lembik, campur sedikit tepung. Jika terlalu keras, renjiskan air suam dan uli semula (kadar kelembapan tepung berbeza).

Uli hingga doh lembut dan kenyal. Tutup dan biar 1- 1 1/2 jam atau hingga naik dua kali ganda. Uli semula sebentar dan bahagikan sama saiz. Isikan inti dan tangkup kembali. Letak atas kertas kalis minyak yg digunting bulat. Biar 15-20 min atau hingga kembang sebelum dikukus hingga masak dan gebu.

SAMBAL TUMIS UDANG
400 g udang kecil (dikupas kulit kecuali ekornya)
60 ml minyak
2 camB sos tomato
3 camB sos cili
80 ml air
2 labu bawang besar (dihiris bulat)
garam & gula secukupnya
Bahan Kisar
3 camb pes cili
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara membuatnya:
Tumis bahan kisar di dalam minyak panas hingga wangi. Masukkan sos tomato, sos cili, air, garam dan gula. Gaul sampai terbit minyak. Akhir sekali bubuh udang, kacau sebati. Masak selama 7-8 minit kemudian angkat. Biar sejuk sebelum diisi ke dalam pau.

________________________________________

Lailatul Akmar
Taman Puchong Intan, Selangor.
acx_comm@tm.net.my

Kartun Atas Kek

Saya teringin sangat nak membuat sendiri kek hari jadi anak yg ada lukisan gambar watak kartun kesukaannya. Anak perempuan saya meminati 'barney' manakala anak lelaki pula meminati watak 'superman'. Puan ada tak resipi utk topping kek yang kita boleh lukis/corakkan apa saja gambar yang kita inginkan? Seperti 'secret recipe' kek harijadi kanak2 mereka buatkan gambar kartun yang dilukis, ada juga yg saya lihat gambar kartun agak berkilat seperti dibuat mengunakan adunan jelly. Harap puan dapat membantu. Terima kasih bebanyak.
Gambar kartun di atas kek (yg nampak seperti kertas), diperbuat dari gula dan perlu ditempah khas dari kilang. Ada juga kedai barangan bakeri yg menjualkannya (yg banyaknya Mickey Mouse, Doraemon dll) dan anda hanya perlu menanggalkan kertas pelapik kemudian terus meletakkan gambar itu di atas kek.

Gambar kartun yg berkilat itu perlukan bahan yg dipanggil "PIPING JELLY" yg boleh dibeli di dalam bekas (jernih). Anda perlu mencampurkan sedikit dengan pewarna mengikut karektor kartun yg anda sukai.

Caranya ialah melakar kartun itu dengan aising mentega (gunakan muncung aising kecil) dan membahagikan warna yg berbeza dengan garisan sempadan yg agak tinggi dari paras kek (supaya jelly itu tidak bercampur). Gunakan sudu kecil untuk meletakkan jelly tersebut dan akhirnya anda akan dapat gambar yg anda mahukan.

Selain itu, anda boleh 'melukis' dgn mewarnakan sedikit aising mentega / buttercream dgn pewarna mengikut karektor kartun yg anda inginkan. Gunakan muncung aising bentuk bintang atau biasa dan picitkan di atas corak yg anda mahukan itu.

________________________________________

Shukri
Pahang Darul Makmur
pumpkin_workshop@excite.com

Garlic Bread

Pertamanya... syabas kerana mengendalikan sebuah laman yang sangat berfaedah terutama bagi mereka yang berminat dan terlibat dalam bidang masak- memasak. Di sini saya ingin mengajukan soalan berkaitan resipi & teknik penyediaan makanan...

Saya ingin menceburkan diri di dalam perniagaan berasaskan soya di pasar2 malam. Melalui ruangan soal jawab ini saya dapat beberapa info mengenai pembuatan tau fu fah.Soalannya, adakah sek ko fun itu sama dengan tepung saiko. Mungkin ia adalah istilah berlainan mengikut daerah dan negeri. Selain itu adakah bahan alternatif lain selain sek ko fun kerana pada hemat saya mungkin sek ko fun ini boleh memudaratkan. Harap pihak puan dapat memperjelaskan.
Sek ko fun sama dengan tepung saiko dan juga dikenali sebagai Shi Gao Fen (ada di kedai sinseh). Ia boleh digantikan dengan serbuk GDL yg ada dijual dikedai barangan bakeri. Nama saintifiknya adalah calcium sulphate. Ia juga mungkin diperolehi dari gypsum powder (yg digunakan dlm aspek construction) tetapi ia hanya sebagai 'pengeras' dan tidak menjadi sebahagian dari taufufah itu. Selain sek ko fun, boleh juga digunakan bahan yg dikenali sebagai nagari (dari sumber rumpai laut) atau lactose. Untuk pengetahuan anda, serbuk ammonia yg digunakan di dalam pembuatan Cakoi juga memudaratkan jika dimakan terlalu banyak dlm jangkamasa yg panjang.

Adakah tau fu fah boleh dikeluarkan pada skala besar, maksud saya untuk tujuan komersil seperti mengedar ke seluruh Malaysia misalnya? Jika boleh apakah kaedah untuk membuatkan tau fu fah tahan lebih lama? Atau adakah sistem pengedarannya lebih sesuai seperti pengedaran roti iaitu meletakkannya di kaunter dan menukarnya selang 2 - 3 hari?

Ada kaedah mencampur bahan pengawet supaya makanan tahan lebih lama tetapi dalam konteks tau fu fah, saya belum pernah melihat ia di dalam bentuk tersebut. Walau apapun, saya nasihatkan anda hubungi pegawai MARDI, MARA atau FAMA untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Begitu juga teknik membungkus untuk kerepek ubi. Di manakah saya boleh mendapat khidmat nasihat untuk membuat pembungkusan yang menarik seperti makanan ringan lain menggunakan kerajang aluminium kedap udara?
Sila hubungi pejabat MARDI, MARA atau FAMA berdekatan kerana anda perlukan mesin khas dlm kerja pembungkusan seumpama itu.

Selain itu untuk pengetahuan puan, saya dan isteri saling berlawan2 dalam memikat selera anak2. Kadang2 anak2 menggemari masakan saya begitu juga dengan isteri. Apapun yang penting ialah kualiti masa dapat dimanfaatkan bersama anak2. Saya ingin mencuba beberapa resipi baru yang mudah terutamanya cara2 membuat Garlic Bread yang sungguh enak jika dimakan bersama Mushroom Soup. Jika dapat puan perturunkan di sini resipi membuatnya.

GARLIC BREAD
Bahan roti perancis
500 g tepung berprotein tinggi / tepung roti
20 g yis mampat (segar)
300 ml air suam
1/2 camt garam

Utk glis
125 ml air suam
1/2 camt garam

Ayak tepung + garam. Larutkan yis + sed air, masukkan ke dalam tepung. Campur baki air dan uli selama 15-20 min. Tutup mangkuk dan biar doh kembang 2 x ganda dari saiz asal. Bentukkan doh memanjang, letak atas tin pembakar bertabur tepung. Kelarkan roti menyerong dengan pisau tajam. Glis dengan air garam. Tutup dgn plastik dan biar roti kembang 2 x ganda (di tempat hangat).
Sapu dgn air bergaram sebelum dibakar pada 220 C selama 15 min. Turunkan suhu ke 180 C dan bakar 20 min lagi.

Mentega bawang putih
1 btg roti perancis
130 g mentega
1 camb parsli cincang (jika tiada, guna jenis kering dlm botol)
1/2 camb bawang putih cincang
sed garam

Kelar roti sedalam 3/4 (jgn putus). Pukul bahan lain hingga kembang. Sapu campuran mentega pada setiap kepingan roti, tangkupkan semula. Balut dengan kertas aluminium (foil). Bakar pada 190 C selama 15 min. Buka foil dan bakar lagi 5 min.

Segala bantuan ilmu pengetahuan puan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

________________________________________

Fatimah Johari
ftmh_johari@yahoo.com

Roti Tahan Lama



Saya suka membuat roti (bread/buns). Malangnya roti saya cepat berkulat. Tidak seperti roti yang dijual di kedai boleh bertahan lama. Harap mendapat penjelasan daripada puan.
Anda mesti masukkan bahan pengawet yg dikenali sebagai anti-mould (ada dijual di kedai barangan bakeri, contohnya - sodium benzoate atau potassium sorbate). Sukatan bergantung pada jenisnya tetapi sebagai panduan asas, gunakan 10 gram untuk sukatan berat seluruh adunan (tepung + lemak + air dll) sebanyak 1 kg.

Terima kasih.


________________________________________

Faridah Abdul Rahman
Tampines, Singapura.
faridah.rahman@gmail.com

Kuih Talam

Akak, puas saya mencari resipi kuih talam yang hampir seperti Bengawan Solo. Tekstur dia lembut dan tak kental. Kalau dimakan sejuk-sejuk, sedap sekali. Saya dah puas mencuba beberapa resipi kuih talam tapi semuanya menghampakan. Nak tanya, I saw resipi kuih talam from NONA punya website yang menggunakan tepung hoen kwe. Nak cuba tapi takut gagal lagi. Apa pandangan akak.

Sila dapatkan buku Aneka Talam & Kuih Kukus terbitan Alaf 21 kerana terdapat 44 jenis Kuih Talam pelbagai jenis yg sedap dan insyaALLAH, memang menjadi. Anda tidak akan hampa. Mungkin juga ada jenis yg anda cari tetapi dikenali dengan nama yg berbeza.

Ada beberapa jenis Kuih Talam menggunakan tepung hoen kwee tetapi saya perlu melihat keseluruhan resipi baru boleh memberikan panduan.

________________________________________

talib100@streamyx.com

Kuih Bahulu



Bolehkah saya membakar kuih bahulu dengan menggunakan microwave?
Bergantung kepada jenis acuan (ada browning effect) dan jenis microwave kerana sukar untuk mendapatkan warna "masak" seperti warna keemasan bahulu jika menggunakan microwave. Lagipun, anda tidak boleh menggunakan acuan besi yg khusus utk membuat Bahulu (di dalam microwave). Jika menggunakan acuan Bahulu jenis tahan microwave pula (jika ada), coraknya tidak akan jelas seperti membuat Bahulu menggunakan oven biasa.

________________________________________

B.Raja
bahromraja@optusnet.com.au

Belangkas



Hallo mika ingin mencari resipi cara memasak ikan belangkas?
BELANGKAS sebenarnya bukanlah sejenis ikan tetapi ia mempunyai cengkerang (shell). Biasanya, ia hanya direbus dengan serai dan lengkuas (dititik saja). Bahagian yg dimakan cuma TELURnya saja. Ada sesetengah pendapat orang-orang beragama Islam bahawa belangkas adalah MAKRUH (sebaik-baiknya tidak dimakan kerana ia mungkin memudaratkan). Jika anda bercadang memasaknya, anda boleh cuba merebusnya seperti membuat Asam Rebus iaitu mencampurkan sedikit pes cili (ikut pedas), belacan dan asam gelugur. Tambah air dan masak hingga mendidih.

Sekian, terima kasih.

________________________________________

Angie
nichoo@cyberway.com.sg

Otak-otak Bakar

Salam sejahtera... saya sekarang berada di luar Malaysia jadi saya teringin nak tahu bagaimana membuat otak-otak bakar yang enak. Terima kasih.

OTAK-OTAK BAKAR
300 g isi ikan tenggiri/Spanish mackerel
200 g isi udang
150 ml santan
1 biji telur
1 helai daun kunyit, dihiris halus
2 helai daun limau purut, dihiris halus
1 camb gula
1/2 camb garam
1 camt biji ketumbar, ditumbuk
40 keping daun pisang (boleh gunakan aluminium foil)

Bahan kisar
16 cili kering, dipotong & rendam air panas hingga lembut
120 g bawang merah
30 g belacan
35 g kunyit
35 g lengkuas
3 buah keras (candlenuts)

Proses isi ikan dan udang. Kacau dengan senduk kayu hingga menjadi elastic. Masukkan telur dan santan, kacau rata. Campur dengan bahan kisar, garam, gula dan ketumbar. Biar 20 min. Sudukan ke atas foil dan bungkus. Bakar atas bara api atau gril/panggang di bawah gril selama 5-6 minit kemudian terbalikkan. Letak jauh dari gril supaya ia tidak hangus.


________________________________________

Fienaz
Subang Jaya.
fienazs@yahoo.com

BISKUT ALMOND LONDON



Sudah banyak kali saya mencuba membuat biskut almond London tetapi masalahnya coklatnya tidak mahu membeku.walaupun saya simpan 1 ke 2 hari. Saya sgt sedih. Boleh tak tolong saya beri resipi dan cara-cara yg betul memasak coklat itu?
Pastikan coklat yg anda pilih itu adalah Cooking Chocolate iaitu coklat masakan (ada beberapa jenama seperti Van Houten dan Nur). Untuk setiap 200 g coklat masakan, cairkan bersama dengan 1 camt lemak sayuran (vegetable shortening). Letak hirisan coklat dan lemak tadi di dalam mangkuk tahan panas dan letak pula mangkuk atas periuk berisi air mendidih perlahan. Kacau hingga coklat cair kemudian sudukan ke atas biskut.

Saya sgt suka makan sushi tapi saya tak tahu bagaimana cara utk membuat nasi sushi. Dah puas saya mencari dlm internet tp tak pula jumpa. Tolonglah saya memberi resipi dan caranya. Terima kasih.

NASI SUSHI
1 cawan beras Calrose, dibersihkan & tos
450 ml air
1 camt gula
1/2 camt garam
1 camb cuka

Masak nasi di dalam periuk elektrik dengan air. Bila masak, letak di dalam mangkuk. Larutkan gula dan garam dengan cuka. Tuang ke atas nasi dan gaul dengan senduk kayu. Biar sejuk sebelum digulung di dalam kulit nori dengan bahan sushi yg lain.


Hana Ishak
Bandar Baru Bangi.
hana.ishak@gmail.com

Oven Kipas?

Saya ada oven yg berkipas, convection air. Tapi masalahnya kipas tu x boleh off. Saya dpt tahu daripada org di kedai beli bahan kek. Kalau oven berkipas tu sesuai utk bake biscuits. Kalau cake jadi very dry. So, apa yg boleh saya lakukan kalau saya nak bake cake dlm oven yg berkipas? Saya tak nak la cake jadi kering dan saya juga x nak beli oven lain sbb baru beli.

Tutup (longgar) bahagian atas tin/loyang dengan aluminium foil/kertas timah. Jika foil tidak stabil (kerana ada angin kipas), tindih satu penjuru di bahagian bawah tin. Lebihkurang 15 minit sebelum masa membakar tamat, buka foil dan bakar seperti biasa supaya bahagian atasnya masak sempurna. InsyaAllah cara ini membantu. .

________________________________________

Erin
Labuan.
erin_1311@yahoo.com

Apa Itu Antimould?

Saya telah mencuba pelbagai resipi Rabiah Amit yang ada dijual di kedai buku. Satu bahan yang tak ada di Kedai Kek Labuan adalah antimould. Apakah kegunaannya dan bagaimana rupanya? Di mana boleh saya beli antimould secara online dan menggunakan bayaran secara bank-in? Thank you.
Antimould adalah serbuk putih seperti baking soda/powder. Ia adalah bahan pengawet yg membuat kek tahan lama. Anda boleh beli jenama potassium sorbate atau sodium benzoate kerana kedua-duanya adalah antimould. Untuk mencari pembekal antimould secara on-line, taip jenisnya dan lihatlah senarainya tetapi kalau tak silap saya, pembekal di Australia/US dll tidak memberikan perkhidmatan untuk kawasan Asia Tenggara.

________________________________________

Noor Syahida Samsuddin
noor_syahida08@yahoo.com

Pai Tee

Saya nak tanya resipi Pai Tee termasuk kulitnya sekali.

PAI TEE
Bahan kulit

5 camb tepung beras
1 camb tepung kanji/ubi
sed garam
1 biji telur
minyak masak

Bahan isian
3 camb minyak
5 ulas bawang merah, dihiris
125 g isi ayam, dicincang halus
90 g isi udang, dicincang halus
300 g kubis, dihiris halus
350 g sengkuang, dihiris halus
120 ml air rebusan udang/ayam
90 g isi ketam (yg sudah direbus)

Bahan perasa
1 camt gula
1 camt garam
2 camb kicap cair
sed serbuk lada sulah

Satukan semua bahan kulit kecuali air. Tuangkan sedikit demi sedikit air, pukul hingga adunan tidak bergentel. Panaskan minyak, celup acuan pai tee dan biar panas. Angkat dan celup di dalam adunan kulit. Letak semula cepat-cepat di dalam minyak panas dan goyang supaya acuan tanggal. Goreng hingga keemasan. Bila sejuk simpan di dalam bekas kedap udara.

Untuk isian: Panaskan minyak. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan ayam, kacau hingga separuh masak kemudian masukkan udang. Goreng 2-3 min. Masukkan kubis dan sengkuang, kacau. Bubuh air rebusan dan bahan perisa. Masak hingga kering kemudian bubuh isi ketam. Bila sejuk, bolehlah dihidangkan di dalam kulitnya.

________________________________________

Aini Ibrahim
salinasyg@yahoo.com.sg

Cara Membuat Air Batu Cendol

Puan yg dihormati, bagaimana cara membuat air batu cendol yg sedap? Terima kasih.

Untuk Air Batu Cendol yg sedap, santan mesti pekat dan air gulanya diperbuat daripada gula merah atau gula melaka yg bermutu (bukan jenis pahit). Pastikan juga cendolnya diperbuat dengan daun pandan supaya wangi.

CENDOL
1 liter santan (dari 1½ biji kelapa)
sedikit garam

Bahan Cendol
20 helai daun pandan } dikisar
500ml air } & ditapis
sedikit pewarna hijau
1 camt. air kapur
150 g. tepung kacang hijau
1 camB. tepung beras
430 ml air
Bahan Air Gula
300 g. gula melaka (dicincang)
100 g. gula pasir
250 ml air
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara membuatnya:
1. Untuk membuat cendol. Campur air daun pandan, pewarna hijau, air kapur, tepung kacang hijau, tepung beras dan air hingga tidak bergentel.
2. 2.Kacau di atas api sederhana hingga kental dan berkilat.
3. Sediakan semangkuk besar air sejuk. Letak acuan/tapisan cendol di atas mangkuk.
4. Tuangkan bancuhan yang sudah masak tadi kemudian tekan dengan senduk untuk mendapatkan bentuk cendol. Biar 15 minit sebelum dituskan dan disimpan di dalam peti sejuk.
5. Untuk membuat air gula. Jerang semua bahan hingga gula larut. Biar sejuk.
6. Untuk menghidangnya, letak cendol di dalam gelas, tambah kiub ais. Tuangkan santan bercampur garam dan air gula.

________________________________________

Rozita binti Mohd Ali
rozitam@sirim.my

Kuih Tat Nenas

Kak, boleh tak saya dapatkan resipi kuih tat nenas yang lain daripada yang lain dan sedap. Ada yang kata campur dengan susu tepung. Setiap kali saya buat tat gulung, kenapa ia terlalu rapuh dan mudah pecah apabila sudah sejuk?
Tidaklah saya tahu Tat Nenas yang lain daripada yang lain sebab setahu saya, jika inginkan yg berbeza, kenalah cipta sendiri. Resipi yg saya pernah beri di dalam ruangan SJ rasanya sudah terbukti enak dan sedap sehingga seorang wanita telah mendapat pesanan membekalkan tat tersebut ke Australia!
Jika anda inginkan adunan dicampur susu tepung, kurangkan sukatan tepung sama banyak. Contohnya, kurangkan 50 g tepung dan ganti dengan 50 g susu tepung. Gunakan tepung superfine supaya tat lebih gebu.

Ia mungkin terlalu rapuh kerana terlalu tebal dan tidak mampat bila dicanai (jika jenis tat terbuka di atas) atau gulungan terlalu tebal (jika tat jenis bergulung).

Apabila saya simpan lebih seminggu, tat itu tidak berbau wangi malah ia berbau seperti kuih yang disimpan lebih 2 atau 3 bulan. Boleh tak saya dapatkan tip bagaimana tat nenas ini boleh disimpan lebih lama dan tidak berubah rasa?
Supaya tat berbau wangi, gunakan mentega tulin yg bermutu tinggi. Agar ia boleh disimpan lama dan tidak berubah rasa, bakarlah dengan suhu yg lebih rendah dari biasa dan lebih lama supaya ia masak sempurna. Pastikan setiap lapisan tat yg disimpan dialas dengan kertas kalis minyak, begitu juga bahagian bawah sekali dan atas sekali. Tat hendaklah betul-betul sejuk sebelum disimpan supaya tahan lebih lama. Jangan terdedah kepada persekitaran yg hangat. Bekas yg kedap udara juga menjamin tat sentiasa berbau wangi dan kekal rangup.

________________________________________

Unaisah Ismail
hmf@brunet.bn

Peking Duck



Thank you for answering all questions on my previous emails. Will definitely do all the stuff once I am free. Ada lagi yang saya terlupa nak tanya, berkenaan dgn chinese cooking jugak.

Kak Nor, do you have a recipe of Peking Duck with hoisin sauce (i think!). We eat it with thin slices of cucumber and daun bawang, then wrap with Chinese pancake or other choice is crepe.

PEKING DUCK
2 kg itik
1 camb gula atau madu
1 1/2 camb kicap
20 cm timun, dipotong 5-7 cm (lebar sedikit dari daun bawang)
5 tangkai daun bawang, dipotong 5-7 cm
pankek

Bahan sos
90 ml pes soya
45 ml sos plam
3 camb gula
2 camb minyak bijan

Tuang perlahan-lahan 1 liter air mendidih ke atas itik hingga kulitnya nampak keputihan. Lap dgn kitchen towel dan gantung di tempat berangin selama 4-5 jam atau semalaman.
Letak itik atas rak besi (letak rak atas roasting pan). Bakar itik pada 200 C selama 1 jam, jangan buka pintu oven.
Satukan madu, kicap dan 200 ml air. Keluarkan itik dari oven, sapu dengan campuran kicap. Bakar lagi 15 min.
Kacau semua bahan sos atas api perlahan kemudian tuang ke dalam mangkuk. Ambil isi itik (hiris memanjang) dan letak di atas pankek dengan sos dll. Gulung dan hidangkan.

Bagaimana nak buat chinese pancake tu ?

PANKEK
250 ml air mendidih
250 g tepung gandum
1 camb minyak bijan

Campur tepung dan air, ubah ke atas papan pencanai bertabur tepung dan uli hingga sebati. Tutup dengan tuala lembab dan biar 30 min.
Canai doh memanjang menjadi 2.5 cm lebar. Ambil sedikit (ukuran 2.5 cm) dan bentukkan bebola. Kemudian canai menjadi 6-7.5 cm lebar.
Sapu sebelah dengan minyak bijan dan tangkup dengan sekeping lagi pankek (yg bersapu minyak juga). Taburkan kedua-dua belah dengan tepung dan canai menjadi selebar 12 cm. Panaskan kuali leper, letakkan pankek dan bila nampak menggelembung (1.5 min), terbalikkan. Masak 1.5 min lagi atau hingga keemasan. sedikit (seperti roti nan). Angkat dan koyak 2 kemudian letak dalam pinggan. Sebelum disajikan, kukus pankek selama 5 min supaya lembut sedikit dan mudah digulung.

I ate that dish recently when celebrating a family member's birthday at a halal Chinese restaurant in town, it costs almost a hundred bucks, wherelse yang makan cuma myself and my husband. Mahalnya!


Satu lagi, how exactly to cook a duck? Kena kukus lama ke? Apa yg saya tahu, cooking a duck takes ages to cook. Thank you.
Boleh juga panggang itik dengan resipi ini. Ia tidak mengambil masa yg lama tapi kena ikut peraturan yg rumit.

ITIK PANGGANG
1 ekor itik
1 1/2 camt garam
1 camt serbuk rempah lima

Dicampur
120 ml cuka merah/perang
5 camb madu
250 ml air

Bahan sos
3 camb minyak kacang
4 camb taucu, ditumbuk halus
1 camb gula
1/2 camt minyak bijan

Bersihkan dan lap kering itik. Lumur bahagian dalam dengan garam dan serbuk rempah lima. Sematkan bahagian ekor ke atas dengan lidi (lekatkan di perut) supaya cecair tidak keluar (semasa dimasak).
Longgarkan kulit itik dengan cara mencubit dan menariknya ke atas.
Letak straw antara isi itik dan kulit pada leher. Tiup hingga seluruh kulit itik boleh 'terasing' dari isinya. Ikat bahagian leher itik dengan tali (yg selalu digunakan untuk roast chicken etc).
Tuang air mendidih beberapa kali ke atas itik.
Bilas dengan air sejuk dan keringkan.
Tuangkan campuran cuka ke seluruh itik beberapa kali supaya rata.
Gantung itik (dari bahagian leher) di tempat berangin dan tidak panas selama 10 jam supaya ia kering.
Bakar di dalam oven 175 C selama 1 jam. Balikkan setiap 15 min. Bila dicucuk, cecair yg keluar mestilah jernih, menandakan itik sudah masak.

Untuk sos:
Panaskan minyak, masukkan semua bahan dan kacau hingga sebati kemudian angkat.


Nafis
Seksyen 24, Shah Alam.
phatetic_87@yahoo.com

Tauhu Telur

Saya sangat berminat dengan perusahaan soya antaranya tauhu telur @ tauhu Jepun. Di sini saya ingin bertanya, bagaimana dan apakah alatan yang diperlukan untuk membuat tauhu telur @ tauhu Jepun? Harap puan dapat membantu.
Saya hanya mempunyai resipi Tauhu Biasa (putih). Jika inginkan Tauhu Jepun (lebih lembut), kurangkan penggunaan coagulant sebanyak 1/2 camt natural magnesium chloride.
Saya cadangkan anda hubungi pejabat MARA atau MARDI berdekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat yg lebih jelas sekiranya mahu menjadikan ia sebagai perusahaan. Ini adalah kerana mereka boleh merujuk anda ke kedai yg membekalkan peralatan khas seperti bekas tauhu, penyejat dsbnya. Anda juga perlukan mesin khas untuk membentuk tauhu untuk pasaran (seperti di dalam bekas silinder dll).

TAUHU PUTIH
Sediakan 6 liter susu soya (dari 320-400 g kacang soya). Tuangkan ke dalam periuk besar dan didihkan sekali. Perlahankan api dan renihkan selama 5-10 min. Biar suam hingga 170-180 F. Sediakan coagulant (larutkan 1 camt 'natural magnesium chloride' atau 2 camt 'natural calcium sulfate) di dalam 250 ml air suam.

Nota: Jika kurang coagulant digunakan, tauhu akan lebih lembut. Jika lebih, tauhu menjadi keras.
Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan ke dalam air soya sambil mengacaunya.
Berhenti mengacau bila ¾ campuran telah dimasukkan. Tunggu selama 2-3 min.
Kacau perlahan pepejal yg terbentuk dan renjiskan baki campuran ke bahagian yg masih cair. Bila tiada bahagian cair (semua bertukar pepejal), berhenti menuangkan campuran. Jika masih ada air soya cair dan campuran sudah habis, bancuh campuran lain.

Bila susu menjadi pepejal sepenuhnya, tuangkan ke dalam 'kotak tauhu' atau bekas sesuai (ada lubang di sekeliling bawah) yg dialas dengan kain nipis. Tutup dengan kain pada bahagian atas dan tekan dengan penutupnya sebelum meletakkan dengan pemberat 3-5 pound di atas penutup tersebut. Biar selama 20 min. (Boleh juga gunakan periuk berisi air sebagai pemberat/penekan). Letak tauhu yg keras tadi ke dalam bekas berisi air biasa dan biar selama 1 jam sebelum dipotong dan disimpan di dalam peti sejuk (airnya hendaklah diganti setiap hari).

________________________________________

zneed needa
zneeda@yahoo.com

Cara Membuat Kuih Talam Suji

Puan, saya berharap dapatlah pihak puan menunjukkan cara untuk membuat Kuih Talam Suji kerana saya pernah mencuba, tapi tidak menjadi. Terima kasih.

TALAM SUJI
Lapisan bawah
3 cawan santan cair
1 cawan tepung suji
½ cawan gula pasir
sed garam
sed pewarna kuning

Lapisan atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
½ cawan gula merah + 1/4 cawan air (masak hingga larut, tapis)
sed garam

Lapisan bawah: Satukan semua bahan, kacau atas api perlahan selama 8 -10 min. Kemudian tuangkan ke dalam loyang 25 cm yg sudah dilengser dengan minyak. Kukus selama 15 min atau hingga masak.
Lapisan atas: Satukan semua bahan, kacau atas api perlahan selama 8-10 min kemudian tuangkan di atas lapisan bawah. Kukus lagi selama 15 min atau hingga masak.
Nota: Bila mengacau adunan, jangan sampai ia pekat; memadai "naik wap" atau panas saja. Semasa mengukus, api jangan terlalu kuat kerana permukaan kuih tidak akan licin. Lap bahagian bawah penutup kukus setiap 7-8 min supaya wap air tidak jatuh ke atas kuih. Gunakan santan dari 1 1/2 biji kelapa (jika ingin lebih lemak, gunakan 2 biji tetapi ini bergantung kepada saiz kelapa).


________________________________________

Mochai WyriE
morkylolo@hotmail.com

Saya ingin sangat untuk mempelajari resipi kerepok/kerepek ubi kentang pedas. Dan apakah cara2 yang terbaik untuk membuat keropok ubi kentang?
Saya harap puan dpt menolong saya kerana saya suka sangat dengan kerepek ubi kentang pedas ni. Sekian, terima kasih.

KEREPEK UBI KENTANG
2 kg ubi kentang
Garam secukup rasa
Minyak utk menggoreng

Bahan sos
2-3 camb pes cili
2 cawan gula pasir
1 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 camb asam jawa + 1 cawan air
garam secukup rasa

Kupas kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. Goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyaknya. Jerang semua bahan sos hingga mendidih dan pekat serta hampir kering. Masukkan kerepek ubi dan kacau tanpa henti hingga bersalut elok. Biar sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Nota
Sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walau disimpan lama. Anda boleh kurangkan sedikit jika tidak mahu manis atau tambah cili.

________________________________________

Ivy Pang
ivymk.pang@jfam.com

Tips And Recipe For Making Kuih Ubi Kayu

I am from Hongkong and my name is Ivy Pang. I saw some of your fantastic recipes and tips for cooking. I have a problem making kuih ubi kayu, and after steaming my ubi kayu, I notice that the centre is not cooked. Is there a remedy for steaming ubi kayu? I always roughly estimated the portion of ubi kayu, sugar and coconut milk. Puan Norzailina, I hope you could teach me a remedy for making kuih ubi, just like the ones show in the magazine. I am looking forward for your reply and thank you so much.

First and foremost, I suggest you follow the recipe below and your Kuih Talam Ubi will not have the same problem as before. Remember to squeeze the finely grated ubi in a muslin cloth then allow the liquid to settle (for about 20 mins). Then discard the liquid and add the residue left at the bottom (starch to help set) to the kuih during mixing. Steam over slow medium fire and wipe the underside of the cover every 8-10 mins to avoid steam droplets to drop onto surface of kuih. A very thick kuih will also not cook easily, so, use tin suggested in recipe.

KUIH TALAM UBI
500 gm tapioca, finely grated & squeezed dry
125 gm palm sugar/gula Melaka, crushed
100 gm sugar
150 ml water
200 ml thick coconut milk (1 coconut)
40 gm plain flour
1 egg, lightly beaten
30 gm white grated coconut
Salt to taste

Stir palm sugar, sugar dan water over low heat till dissolved then strain. Leave to cool. Combine sugar syrup, tapioca pulp + starch and the remaining ingredients. Level mixture into oiled 20-cm tin. Steam for 30-35 mins or till firm and set.

________________________________________

Is Tie
tie2103@yahoo.com

Resipi Ikan Keli



Saya nak tanya, apa itu abalon? Di mana saya boleh dapatkannya?
Ia sejenis seafood yg boleh dibeli di dalam tin (RM25 setin kecil seperti tin susu pekat) sebab dalam bentuk frozen atau segar, jarang dijual kecuali dipesan restoran2 besar.

Bolehkah puan berikan beberapa variasi resipi bagi masakan ikan keli? Keluarga saya amat menggemari ikan keli tapi setakat ini saya hanya 'mahir' memasak ikan keli berlada saja, jadi masakan itulah yang saya sajikan setiap kali membeli ikan keli.
Dapatkan buku 'Aneka Ikan' dan anda boleh gantikan dengan ikan keli pada kebanyakan resipi. Contohnya, gulai lemak, asam pedas, percik dll.

Kuih bakar (warna hijau bentuk macam baulu) bolehkah dibakar di atas dapur gas?
Anda perlu gunakan periuk keluli yg ada lubang di bahagian tengahnya dan bertutup (tutupnya melengkung sedikit) juga ber'telinga' di kedua-dua belah. Ia ada dijual di kedai-kedai menjual peralatan dapur dsbnya. Ia juga ada pengalas kecil dibuat dari besi (dijual sekali).

________________________________________

Tunas ali
Taman Serai Indah, Kuala Lumpur
nenaslimau@yahoo.com.my

Gulungan Swiss Roll Cake Patah



Saya sekarang sedang 'seronok' membuat swiss roll cake. Masalah saya sekarang, apabila cuba menggulung adunan (yang telah masak), ia merekah atau terus 'patah' dan ia tidak menggulung dengan sempurna dan cantik. Ini selalu membuat saya 'frust'. Harap puan dapat membantu dan memberi panduan untuk menyelesaikan masalah adunan 'patah' semasa proses menggulung ini. Kerjasama puan didahului dgn ribuan terima kasih.

Bila membuat Swiss Roll, perhatikan:
1) adunan mestikan dipukul hingga gebu dan ringan
2) tin pembakar mesti mengikut ukuran tepat
3) jangan bakar terlalu lama (kek akan keras & patah bila digulung)
4) potong keliling yg keras supaya mudah menggulung

Ini ada resipi kek gulung yg saya pernah buat dan mudah digulung, anda boleh cuba kalau suka.Jika tidak mahu berwarna-warni, boleh dibiarkan begitu saja.

KEK GULUNG MENTARI
340 g gula kastor
15 biji kuning telur
8 biji putih telur
2 camt vanila
1½ camb Quick 75
165 g tepung gandum
15 g susu tepung
1½ camt serbuk penaik
210 g mentega, dicairkan
1 camt strawberi emulco
Sed pewarna merah
1 camb serbuk koko
1½ camt coklat emulco
peanut butter (halus) secukupnya

Cara membuatnya
1. Pukul 4 bahan pertama hingga kembang.
2. Masukkan Quick 75 dan pukul lagi selama 5 min.
3. Bubuh pula tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik. Kacau sebati. Tuangkan mentega cair dan gaul perlahan.
4. Ambil (300 g) adunan, masukkan strawberi emulco dan pewarna merah. Letak adunan merah dan (300 g) adunan biasa di dalam beg aising berasingan.
5. Ratakan adunan coklat ke dalam 2 tin berukuran 22.5 cm yang sudah dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin.
6. Picitkan jalur adunan merah berselangseli dengan jalur biasa di atas jalur coklat.
7. Bakar dengan api atas dan bawah selama 20-25 min pada 180 C atau hingga masak.
8. Bila kek masak, terbalikkan ke atas kertas minyak dan sapu peanut butter di atasnya kemudian gulung kemas. Bungkus dengan plastik nipis.


________________________________________

Santha Kumari
sankum02@yahoo.com

Coffee Oil?

I orang baru dlm ruangan ini. I ada satu resipi kek yang kena pakai coffee oil. I pergi ke kedai barang kek cari tetapi tak ada. Yang ada tu, coffee essence. Penjual tu kata coffee oil sama dengan coffee essence. Adakah betul?
Jika tiada coffee oil memang boleh menggunakan coffee essence.
Jika anda menggunakan coffee emulco, mungkin perlu kurangkan sedikit (kek mungkin pahit jika terlebih menggunakannya).

________________________________________

Unaisah
Brunei Darussalam
hmf@brunet.bn

Deep-fried Fish Fillet Batter



I have questions to ask regarding cooking.


I have seen Kylie Kwong's cooking programmes. In one of the episode, she cooked deep-fried fish fillet snapper. She used beer as one of the ingredient to make the batter. What is the function of the beer and what can we use to substitute it?
Penggunaan minuman yg banyak buih boleh meringankan batter untuk menggoreng. You can use ginger beer (if you feel "fine" with the word beer in that). Otherwise, I do not think there is a suitable substitute unless you want to try root beer? You can obtain the 'fluffy' effect in batter kalau you separate the yolk + white, lepas tu pukul putih telur sampai jadi meringue and fold into batter. This way, the batter becomes real soft inside and crisp on the outside.

What is frozen petite pois?
Small sweet green peas (very young peas when the season for them to appear just begins) or first harvest of green peas (then the pods taken out when shelled).

What is smoked haddock in Malay?
Ikan haddock salai (sold frozen) alongside lobster/plaice/African tilapia. No name for haddock in Malay but it’s a fish usually used to make Fish and Chips (in the UK).

What kind of fish can we use to make pie filling (fish pie) ?
I suggest, ikan sebelah/lemon sole or tenggiri/Spanish mackerel. Also any other firm-flesh fish like cod.

What is the difference between puy lentils and green lentils ?
Puy lentils is similar to French green lentils. Greenish in colour and holds its shape after cooking. They cook a bit slower than other types of lentils.

Thank you.

________________________________________

mama_min adi
mama_min_adi@yahoo.com

KELEMBAPAN KEK COKLAT TIDAK SEKATA



Saya penggemar kek coklat dan telah mencuba kek coklat daripada buku keluaran puan, dan menjadi. Tetapi nampak tidak sekata kelembapannya. Puan ada beritahu bahawa jika mahukan kelembapan pada kek dan kek nampak sedap perlu gantikan air suam kepada susu segar. Di sini saya ingin mengetahui, bolehkah saya gantikan susu segar yang saya bancuh (susu tepung + air suam) dengan susu sejat untuk membuat kek? Adakah ini akan menimbulkan masalah apabila kek siap dimasak? Terima kasih atas kesudian puan membalas.
Soal tidak sekata kelembapannya mungkin ada kena mengena dengan suhu oven ketika adunan kek mula-mula diletakkan ke dalam oven. Pastikan juga cecair dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Boleh gunakan mana-mana jenis tetapi saya cadangkan anda guna susu sejat/susu cair (mudah dan tiada masalah susu tepung tidak larut sepenuhnya di dalam air suam).


________________________________________

Jamaliah Mat Zain
matzain.jamaliah@ansaldo-signal.com.my

Cara Guna Oven

Saya ada automatic electric oven, jenama Chelstar. Gambarannya, oven tersebut ada tiga butang;
• butang atas untuk adjust masa
• butang tengah untuk adjust kepanasan
• butang last untuk adjust power (on/off)

Bagaimana cara penggunaan oven ini untuk masak/gril ayam yg telah diperap?
Pastikan oven itu ada elemen pemanas bahagian atas (besi berlingkar yg nampak kemerah-merahan bila oven sudah panas). Jika tiada, anda tidak boleh gunakan oven ini untuk memanggang/menggril ayam. Jika ada, anda perlu tetapkan suhu gril, selalunya 200-220 C tetapi jika kapasiti oven kecil (bahan utk memanggang terlalu hampir dengan elemen pemanas, anda perlu turunkan suhu gril). Ada oven yg sudah "set" kepanasan gril (automatic), iaitu tidak perlu ditetapkan suhunya. Bungkus ikan/ayam dengan foil utk digril, bila sudah masak di dalamnya, barulah dibuka supaya garing di sebelah atas pula.

Dan bagaimana pula penggunaannya untuk masak kek/biskut?
Pusing atau tekan butang hingga suhu 175-180 C (untuk biskut) atau 185-190 C (untuk kek). Biar 10 minit supaya oven panas ke suhu yg sudah ditetapkan itu. Masukkan adunan kek/biskut dan tengoklah sekali-sekala supaya tidak hangus. Jika permukaan kek nampak keperangan terlalu cepat, turunkan suhu ke 180 C.

Sekian, terima kasih.

________________________________________

Malarvilli Ayaroo
Cheras, Kuala Lumpur.
AMALAR@maxis.com.my

Choc Cake Without Eggs



I would like to get moist chocolate cake recipes without eggs (vegetarian cake). Hope you can share with me. Thank you.

Eggless Chocolate Moist Cake (1)
1 cup butter
1 x 14 oz condensed milk
2 3/8 cups self-raising flour
1 1/8 cups cocoa powder
2 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
1 x 12 oz cola-flavoured carbonated drink

Grease and flour a 25-cm ring-shaped pan.
Cream butter till fluffy. Beat in milk.
Combine remaining ingredients, mix into butter alternately with cola.
Bake at 175 C for 45 mins or till done.

Eggless Choc Moist Cake (2)
3 cups flour
2 cups caster sugar
6 tbsp cocoa powder
2 tsp soda bicarbonate
2 tsp baking powder
2/3 cup vegetable oil
2 cups water
2 tbsp white vinegar
2 tsp vanilla

Combine all dry ingredients in large bowl; the remaining in another bowl.
Mix in liquid ingredients, beat till smooth. Pour batter into greased 9x13 in tin. Bake at 175 C for 20-25 mins. Let cool in pan.


________________________________________


Rohani Mohd Jamil
Rohani.MohdJamil@sabah.gov.my

Kuih Tau Sar



Kuih Tausa Bing tersebut berkulit puff dan berinti tausa, saya dan anak lelaki saya amat gemar makan kuih tersebut. Walaupun waktu outstation, kalau terjumpa kuih tersebut pasti saya beli untuk dibawa pulang.

Saya harap dengan gambaran yang saya berikan, puan dapat tahu resipi kuih tersebut dan besarlah hati saya kiranya puan dapat berkongsi resipi tersebut.

Ada 2 jenis kuih yg menggunakan inti tau sar, satu bergoreng satu lagi dibakar. Mungkin anda ingin mencubanya. Saya masih belum jumpa kuih di mana kulitnya seperti puff. Sekiranya ada nanti, saya akan siarkan di ruangan SJ Masakan.

KUIH TAU SAR
Inti Tau Sar
250 g kacang merah, direndam semalaman
1 liter air
2 helai daun pandan
275 g gula kastor
125 ml minyak
Rebus kacang, air dan daun pandan hingga empuk. Sejatkan kacang dan kisar menjadi pes. Panaskan minyak dalam kuali, jerang pes kacang dan gula atas api sederhana tetapi hendaklah dikacau hingga gula larut.

Bahan doh (goreng)
Doh minyak
50 g lemak sayuran
85 g tepung gandum

Doh air
300 g tepung gandum
¼ camt garam
80 gm lemak sayuran
125 ml air

Untuk doh minyak: Ayak tepung ke dalam mangkuk, masukkan marjerin dan uli sebati. Bahagikan 2.
Untuk doh air: Satukan semua bahan hingga rata, uli menjadi lembut dan licin. Tutup dengan kain dan biar 30 minit.
Bahagikan doh air menjadi 2. Letak satu bahagian ke dalam satu bahagian doh minyak. Bentukkan bebola. Canai menjadi empatsegi bujur kemudian lipat menjadi 3 lapis (dari kedua-dua tepinya) dan canai semula. Ulangi sebanyak 2 kali. Isikan inti ke dalam doh dan bungkus kemas supaya inti tidak keluar. Goreng dalam minyak panas hingga keemasan dan rangup.

Bahan doh (bakar)
300 g tepung gandum
20 g tepung kastard
25 g tepung jagung
1 camb susu tepung
65 g sirap kencana
90 g gula aising
1 biji telur Gred C
60 g lemak sayuran
75 g marjerin
¼ camt air alkali/air kapur
1 biji telur, dipukul (utk sapu)

Satukan sirap kencana, gula, telur, lemak sayuran, marjerin dan air alkali dalam mangkuk hingga sebati. Masukkan bahan lain dan uli menjadi doh yg lembut. Ambil sedikit, isikan dengan inti tau sar. Bentukkan bebola dan susun atas tin pembakar berlengser marjerin. Sapu dengan telur dan bakar pada 180 C selama 30 min atau hingga keemasan.

Kulit Tau Sar ini gebu (seperti paf):

Doh Air

40 g marjerin
160 g tepung gandum
20 g gula kastor
40 ml air

Doh lemak
60 g marjerin
120 g tepung gandum

Inti
200 g pes kacang merah/tau sar
Kuning telur, utk sapu

Sediakan doh air dan doh lemak secara berasingan (lihat emel sebelum ini). Bahagikan 12. Balutkan doh lemak ke dalam doh air. Canai nipis setiap satu, gulung kemas (seperti membuat karipap pusing). Kemudian canai semula lebihkurang 1 cm tebal (memanjang). Gulung menjadi bentuk doh (bulat). Bentukkan setiap satu doh tadi seperti mangkuk, masukkan inti tau sar. Bentukkan bulat semula, susun atas tin pembakar berlengser marjerin. Sapu kuning telur dan bakar pada 200 C selama 12-15 minit atau hingga keemasan.

________________________________________

Whisi Roa
whishiroa@yahoo.com

APAM BALIK GARING

Assalamualaikum puan.Beberapa minggu lepas saya ada bertanya di mana boleh dapatkan acuan apam balik dan puan telah membalas e-mail tersebut dan saya telah berjaya membeli beberapa keping acuan saiz kecil di pasar Chow Kit sepertimana yang diberitahu. Saya ingin mengucapkan banyak2 terima pada puan. Satu lagi permintaan saya, saya harap puan tidak menghampakan saya. Saya ingin dapatkan resipi dan cara-cara membuat apam balik yang nipis dan garing seperti yang dijual di pasar2 malam. Saya amat berharap puan dapat membantu. Segala budi puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk membuat apam balik yg nipis, anda hanya perlu ceduk sedikit saja adunan dan ratakan dgn belakang senduk di atas acuannya. Pastikan acuan benar-benar panas supaya kuih tidak melekat.

APAM BALIK
250 g tepung gandum
30 g gula kastor
1/2 camt vanila
1/2 camt yis serbuk
1 camt serbuk penaik
1/2 camt soda bikarbonat
1 biji telur Gred A, dipukul
450-470 ml air
marjerin utk melengser acuan apam