|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
roshidah
hamit
roshidah910@yahoo.com
CRISPY
CORNFLAKE CHOCOLATE
280
g cornflakes
180 g madu
140 g mentega
100 g hirisan badam, dibakar
200 g coklat masakan } dicairkan atas 'double-boiler
1 sudu makan lemak sayuran}
Cairkan
mentega dan madu kemudian biar sejuk. Gaul dengan cornflakes
dan badam. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar pada
150 C selama 10 minit. Bila sejuk, titiskan coklat cair
di atasnya sebagai hiasan.
Adakah
cooking chocolate akan beku semula sekiranya kita cairkan
dia bersama madu dan butter or margerin?
Madu perlu dibakar supaya ia keras
(set). Bila membakar coklat, ia akan cair. Jadi, saya cadangkan
coklat (dicairkan dengan lemak sayuran) dititiskan di atas
biskut sebagai hiasan.
Hjh.
Maimun Hj. Mahmud
maimun.mahmud@shell.com
KEREPEK
BAWANG

Saya
ingin mencoba untuk membuat kerepek bawang, tetapi saya
tidak pasti
bawang besar jenis yang mana satu yang di gunakan, ada kah
bawang besar yang berwarna merah atau bawang besar yang
berwarna putih/ hijau.
Bawang
besar merah kerana ia lebih berperisa (more flavour). Jenis
putih/hijau sesuai bila memasak Western.
Untuk
membuat biskut Coklat Famous Amos kepingan coklat yang di
hiris ada di gunakan. Bagaimanakah rupa kepingan coklat
yang di maksudkan dan jenis apa dan di manakah bolih di
dapati.
Anda
boleh gunakan Cooking Chocolate yg biasa, sebaik-baiknya
jenis semi-sweet atau bitter-sweet kerana chocolate chips
memang sudah cukup manis. Jangan gunakan milk chocolate
biasa kerana ia mudah cair.
Rosminah
Jemadi
Putrajaya.
BISKUT
NESTUM

200
g tepung gandum }
50 g tepung kastad } ayak
1 camt serbuk penaik }
100 g Nestum
250 g menetga/marjerin
100 g gula kastor
1 camt vanila
1 biji telur
1 camb susu segar
Campur
bahan ayak dengan Nestum. Pukul mentega, gula dan vanila
hingga sebati. Masukkan telur dan susu, pukul rata. Adunkan
dengan campuran Nestum tadi, uli menjadi doh. Canai setebal
6 mm dan terap atau potong ikut suka. Atur atas tin pembakar.
Bakar pada 180 C selama 15-20 min atau hingga masak. Boleh
hiaskan dengan coklat cair, ceri atau lain-lain.
SYAZMIRA BINTI ABDUL KAHAR
CHERAS KL
miera_zm@yahoo.com
KUAH SATE

100 ml minyak
750 ml santan cair*
1-2 camb air asam jawa pekat
2 camb gula
garam secukupnya
180 ml santan pekat*
220g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
Bahan Rempah (dikisar halus)
10 biji bawang merah, dikisar halus
1 batang serai
1 camb serbuk cili
2 cili merah
2 cm lengkuas
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ camt serbuk kunyit
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camb serbuk ketumbar
*santan adalah dari 2 biji kelapa
Cara
membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga wangi dan terbit
minyak. Masukkan ¼ santan cair, kacau lagi hingga
naik minyak. Tambah ¼ santan, kacau lagi hingga terbit
bau. Tuangkan semua santan cair, santan pekat, air asam,
gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian
renihkan hingga terbit minyak. Akhir sekali, masukkan kacang
tumbuk. Bila mendidih, tutupkan api. Kuah hendaklah dikacau
sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi. Jika inginkan kuah
yg lebih pekat, renihkan kuahnya lebih lama.
alyyena
alyyena@tm.net.my
BISKUT
CORNFLAKES BERMADU

280
g cornflakes
180 g madu
140 g mentega
100 g hirisan badam, dibakar
Cairkan
mentega dan madu kemudian biar sejuk.
Gaul dengan cornflakes dan badam.
Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar pada 150 C selama
10 minit.
Apakah
bezanya gula ising, gula kastor, gula halus dan gula pasir?
Gula aising jenis gula yg halus seperti
tepung (icing sugar). Ia mengandungi
sedikit tepung jagung dan sesuai untuk masakan yg tidak
perlu dimasak (mudah
larut). Gula kastor (caster sugar) adalah sama dengan gula
halus (fine granulated sugar). Superfine sugar pula sesuai
dibuat meringue. Gula pasir yg selalu digunakan untuk membancuh
minuman (coarse granulated sugar).
Sekiranya
saya tiada gula ising, bolehkah saya menggantikannya dengan
gula pasir, gula kastor atau gula halus?
Bergantung kepada apa yg anda hendak
buat. Jika gula aising untuk membuat hiasan pada kek (aising
mentega, fondan dll), tidak boleh digantikan dengan sebarang
gula lain. Jika di dalam membuat biskut, kisar halus (dgn
coffee grinder) gula kastor atau gula halus bagi mendapatkan
gula aising.
Jika
boleh, bagaimanakah anggarannya? Contohnya: 50gm gula aising,
berapa banyakkah gula pasir yang harus gunakan untuk menggantikan
gula aising?
Bagi setiap 1 3/4 cawan gula aising,
sama banyak dengan 1 cawan
gula pasir.
Rohanna
Ramli
admin@residence.com.my

I
would appreciate if you could forward me your recipe for
the Kuih Gunting and
Sugee Cake, I have been away from this country for many
years and recently when I came down to Malaysia a friend
of mine brought me some savoury which is called Kuih Gunting,
Sugee cake and another savoury was spinach leaves deep fried
a flour batter which turned ou to be very crispy and tasty.
I would very much love to add this recipes to my collection
to serve some of these savouries back home in United States.
Please forward me as soon as possible,
KUIH
GUNTING
500
g plain flour
1 cup dried prawns - soaked & finely chopped
1 egg
2 tsp cummin powder
2 Tbsp curry powder
1/2 cup crisp-fried shallots - finly pounded
3 stalks curry leaves - finely sliced
3 tsp sugar
salt to taste
sufficient water for dough
125 g margarine - melted
oil for deep-frying
Combine
first 8 ingredients. Pour hot melted margarine and mix well.
Add enough water to make a soft and pliable dough. Divide
into several portions. Roll to a thickness of 2 cm. Cut
into thin slices. You may use a pair of scissors dipped
in flour to prevent dough from sticking. Or use a pasta
machine to roll and cut. Heat oil and fry till crisp.
SUGEE
CAKE
200
g caster sugar
250 g butter
4 eggs
2 tsp baking powder
200 g sugee
200 g ground almond
45 ml lemon or orange juice
Beat
sugar, lemon juice and butter till light and fluffy. Beat
in eggs one at a time. Combine baking powder, sugee and
almond. Add to butter mixture, mix well. Level into a round
greased and lined cake tin measuring 25 cm. Bake at 200
c for 40-45 mins.
CRISP
SPINACH
large
spinach leaves, cleaned & dried
80 g rice flour
20 g plain flour
20 g cornflour
salt to taste
pinch of turmeric powder
pinch of white pepper powder
1/4 tspcoriander powder
1/4 tsp fennel powder
200-220 ml water
oil for deep-frying
Combine
all dry ingredients in a large bowl. Add water a little
at a time till batter is smooth.
Heat
oil. Deep spinach leaf one at a time and drop into hot oil.
Do not overcrowd. When crisp and brown, remove and drain
on kitchen paper.
Nor
Hayati
Penang
vanieshalisa@yahoo.com
TAT
GULUNG KEJU

300
g tepung gandum
80 g gula aising
250 g mentega
175 g krim keju
120 g jem strawberi
60 g coklat urai
30 g badam urai
30 g gula halus
25 g mentega, dicairkan
Gaul
tepung, gula aising, mentega dan krim keju hingga menjadi
adunan. Bahagikan 3, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk
atau hingga adunan keras sedikit. Canai satu bahagian, sapu
dengan jem dan taburkan coklat urai. Gulung dan potong sebesar
tat gulung nanas. Satukan badam dan gula. Sapukan mentega
cair pada tat, taburkan badam dan gula. Bakar pada 185 C
selama 25-30 min.
Mohamad
Yusri
m_yusri@tmnet.com.my
RENDANG
DENDENG

minyak
utk menggoreng terendam
6 biji bawang merah }
2 labu bawang besar } dihiris nipis
4 ulas bawang putih }
15-20 tangkai cili kering, direndam & kisar
500 g daging batang pinang - hiris 1/2 cm
2 cm halia - ditumbuk + 2 camb air = air halia
1-2 camb kicap pekat
2 camb asam jawa + 500 ml air = air asam jawa
2 camb gula melaka
garam secukupnya
Goreng
bahan hiris dalam minyak hingga garing. Angkat dan tumbuk
atau kisar halus.
Panaskan
3 camb minyak, tumis pes cili hingga terbit minyak. Masukkan
daging, kacau 4-5 min. Bubuh air halia, kicap, air asam
jawa, gula dan garam. Kacau hingga mendidih. Renihkan atas
api perlahan hingga daging empuk. Masak hingga kuahnya pekat
seperti rendang.
Tip:
Boleh juga direbus daging, dihiris 1/2 cm dan ditumbuk nipis.
Masukkan ke dalam kuahnya selepas ia mendidih dan kacau
sekali-sekala hingga kuahnya pekat.
AIZAM
ABDUL AZIZ @ DRAHAMAN
Sungai Buloh, Selangor
aizam@ptptn.gov.my

Pertamanya
saya mengucapkan tahniah kerana mengadakan ruangan ini yang
mana bagi saya banyak membantu Dari segi masakan. Untuk
pengetahuan puan, saya telah mencuba resepi kek sarang lebah
yang puan berikan. Cuma saya hendak bertanya kepada puan
sekiranya saya mengurangkan sukatan gula dan susu adakah
kek saya tetap menjadi kerana saya kurang mengemari rasa
manis.
Untuk
kek jenis ini, sukar untuk dinyatakan kerana ia tidak mengikut
'formula' kek yg biasa iaitu mentega-gula-telur-tepung.
Anda boleh cuba tetapi jangan kurangkan lebih. Contohnya,
jika gula sebanyak 1 cawan, hanya kurangkan kepada 3/4 cawan,
jangan hingga 1/2 cawan. Ini mungkin menyebabkan adunan
terlebih cair dan kek tidak akan sempurna.
Lubang
pada kek saya naik memanjang hanya separuh kek dan selebihnya
berlubang-lubang atau bersarang sahaja. Apakah kelemahan
saya yang perlu saya atasi bagi mendapat lubang kek dari
atas ke bawah.
Lubang
memanjang (seperti sarang) pada kek ini memang tidak hingga
ke permukaannya tetapi hanya 4/5 bahagian (paling tinggi).
Lapisan atas memang berlubang kecil kerana inilah bahagian
yg telah "dinyahkan" dari lubang-lubang yg menegak
panjang ke atas itu. Bagi mendapatkan lubang yg lebih sedikit,
saya syorkan anda memukul adunan lebih lama sedikit supaya
ia lebih gebu dan ringan.
bv sz
sz_bv@yahoo.com.sg

BINGKA
SUJI
5 biji telur
180-200 g gula kastor
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa)
100 ml susu cair
6 helai daun pandan, dikisar dengan air untuk 100 ml jus
1/2 camt garam
600 ml air
140 g marjerin50 g tepung gandum1 camt vanila
Cara
membuatnya:
Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin.
Pukul gula dan telur
hingga sebati. Tuang ke dalam kuali, masukkan suji, susu
cair, santan, jus pandan, garam dan air. Kacau rata di atas
api sederhana hingga pekat. Ketepikan dari api, campurkan
marjerin, tepung dan vanila. Kacau sebati kemudian tuangkan
ke dalam loyang.
Bakar
selama 1 jam pada 200 C atau hingga keemasan. Gril sebentar
biar
permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah,
masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan).
Roshidah
Hamit
roshidah910@yahoo.com
CRISPY
CORNFLAKE CHOCOLATE

280
g cornflakes
180 g madu
140 g mentega
100 g hirisan badam, dibakar
200 g coklat masakan } dicairkan atas 'double-boiler
1 sudu makan lemak sayuran}
Cairkan
mentega dan madu kemudian biar sejuk. Gaul dengan cornflakes
dan badam. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar pada
150 C selama 10 minit. Bila sejuk, titiskan coklat cair
di atasnya sebagai hiasan.
Adakah
cooking chocolate akan beku semula sekiranya kita cairkan
dia
bersama madu dan butter or margerin?
Madu perlu dibakar supaya ia keras
(set). Bila membakar coklat, ia akan cair. Jadi, saya cadangkan
coklat (dicairkan dengan lemak sayuran) dititiskan di atas
biskut sebagai hiasan.
Zunita
Yaacob
eyta02@hotmail.com
BISKUT
SESUCI LEBARAN

Bahan-Bahannya:
250 gm mentega
100 gm gula ising
250 gm tepung kentang
100 gm tepung gandum
100 gm nestum
150 gm tepung jagung
Adakah
resepi ini betul?
Oleh kerana bahan kering adalah 600
g manakala kombinasi mentega+gula
adalah 350 g, insyaAllah resepi ini betul. Namun, adakah
caranya memukul mentega dengan gula dulu atau terus menggaulkannya?
Saya cadangkan anda perlu berhati-hati bila memasukkan tepung
kentang (tidak perlu digunakan habis/terlalu banyak) dan
uli hingga adunan menjadi doh. Jika adunan agak keras, tambah
1-2 camb mentega dan uli semula. Ambil sebahagian saja dan
uli, kerana sukatan di atas menghasilkan biskut yang banyak.
Mengikut
resepi yang puan beri, tepung naik sendiri digunakan dan
serbuk
penaik + soda digunakan juga. Bukankah dalam tepung naik
sendiri sudah ada baking powder. Bolehkah diganti dengan
tepung gandum?
Memang di dalam tepung naik sendiri
sudah ada baking powder. Jika hendak gunakan tepung gandum,
tambah 1 camt baking powder bagi setiap 200 g tepung gandum.
Bolehkah susu segar diganti dengan susu cair atau susu kotak
perisa coklat?
Boleh.
Mahmud,
Maimun B BSP-SEN/630
Brunei
Maimun.Mahmud@Shell.com
JENIS
BAWANG UNTUK KEREPEK

Saya
ingin mencoba untuk membuat kerepek bawang, tetapi saya
tidak pasti bawang besar jenis yang mana satu yang di gunakan,
adakah bawang besar yang berwarna merah atau bawang besar
yang berwarna putih/ hijau.
Bawang besar merah kerana ia lebih
berperisa (more flavour). Jenis putih/ hijau sesuai
bila memasak Western.
Untuk
membuat biskut Coklat Famous Amos kepingan coklat yang di
hiris ada di gunakan. Bagaimanakah rupa kepingan coklat
yang di maksudkan dan jenis apa dan di manakah boleh didapati.
Anda boleh gunakan Cooking Chocolate
yg biasa, sebaik-baiknya jenis semi-sweet atau bitter-sweet
kerana chocolate chips memang sudah cukup manis. Jangan
gunakan milk chocolate biasa kerana ia mudah cair.
Rosminah
Jemadi
Putrajaya
rosminah@kln.gov.my
BISKUT
NESTUM

200
g tepung gandum }
50 g tepung kastad } ayak
1 camt serbuk penaik }
100 g Nestum
250 g menetga/marjerin
100 g gula kastor
1 camt vanila
1 biji telur
1 camb susu segar
Campur
bahan ayak dengan Nestum. Pukul mentega, gula dan vanila
hingga sebati. Masukkan telur dan susu, pukul rata. Adunkan
dengan campuran Nestum tadi, uli menjadi doh. Canai setebal
6 mm dan terap atau potong ikut suka. Atur atas tin pembakar.
Bakar pada 180 C selama 15-20 min atau hingga masak. Boleh
hiaskan dengan coklat cair, ceri atau lain-lain.
Shazmira,
Cheras, K. Lumpur
ficlink@tm.net.my
KUAH
KACANG

100
ml minyak
750 ml santan cair*
1-2 camb air asam jawa pekat
2 camb gula
garam secukupnya
180 ml santan pekat*
220g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
Bahan Rempah (dikisar halus)
10 biji bawang merah, dikisar halus
1 batang serai
1 camb serbuk cili
2 cili merah
2 cm lengkuas
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ camt serbuk kunyit
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camb serbuk ketumbar
*santan adalah dari 2 biji kelapa
Cara
membuatnya:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga wangi dan terbit
minyak. Masukkan ¼ santan cair, kacau lagi hingga
naik minyak. Tambah ¼ santan, kacau lagi hingga terbit
bau. Tuangkan semua santan cair, santan pekat, air asam,
gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian
renihkan hingga terbit minyak. Akhir sekali, masukkan kacang
tumbuk. Bila mendidih, tutupkan api. Kuah hendaklah dikacau
sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi. Jika inginkan kuah
yg lebih pekat, renihkan kuahnya lebih lama.
Alyyena
alyyena@tm.net.my
BISKUT
CORNFLAKES BERMADU

280
g cornflakes
180 g madu
140 g mentega
100 g hirisan badam, dibakar
Cairkan
mentega dan madu kemudian biar sejuk. Gaul dengan cornflakes
dan badam. Masukkan ke dalam mangkuk kertas dan bakar pada
150 C selama 10 minit.
Apakah
bezanya gula ising, gula kastor, gula halus dan gula pasir?
Gula aising jenis gula yg halus seperti
tepung (icing sugar). Ia mengandungi
sedikit tepung jagung dan sesuai untuk masakan yg tidak
perlu dimasak (mudah larut). Gula kastor (caster sugar)
adalah sama dengan gula halus (fine granulated sugar). Superfine
sugar pula sesuai dibuat meringue. Gula pasir yg selalu
digunakan untuk membancuh minuman (coarse granulated sugar).
Sekiranya
saya tiada gula ising, bolehkah saya menggantikannya dengan
gula pasir, gula kastor atau gula halus?
Bergantung kepada apa yg anda hendak
buat. Jika gula aising untuk membuat hiasan pada kek (aising
mentega, fondan dll), tidak boleh digantikan dengan sebarang
gula lain. Jika di dalam membuat biskut, kisar halus (dgn
coffee grinder) gula kastor atau gula halus bagi mendapatkan
gula aising.
Jika
boleh, bagaimanakah anggarannya? Contohnya: 50gm gula aising,
berapa banyakkah gula pasir yang harus gunakan untuk menggantikan
gula aising?
Bagi setiap 1 3/4 cawan gula aising,
sama banyak dengan 1 cawan gula pasir.
Puan
Rohanna Ramli
admin@residence.com.my

I
would appreciate if you could forward me your recipe for
the Kuih Gunting and Sugee Cake, I have been away from this
country for many years and recently when I came down to
Malaysia a friend of mine brought me some savoury which
is called Kuih Gunting, Sugee cake and another savoury was
spinach leaves deep fried a flour batter which turned ou
to be very crispy and tasty. I would very much love to add
this recipes to my collection to serve some of these savouries
back home in United States. Please forward me as soon as
possible.
KUIH GUNTING
500
g plain flour
1 cup dried prawns - soaked & finely chopped
1 egg
2 tsp cummin powder
2 Tbsp curry powder
1/2 cup crisp-fried shallots - finly pounded
3 stalks curry leaves - finely sliced
3 tsp sugar
salt to taste
sufficient water for dough
125 g margarine - melted
oil for deep-frying
Combine
first 8 ingredients. Pour hot melted margarine and mix well.
Add enough water to make a soft and pliable dough. Divide
into several portions. Roll to a thickness of 2 cm. Cut
into thin slices. You may use a pair of scissors dipped
in flour to prevent dough from sticking. Or use a pasta
machine to roll and cut. Heat oil and fry till crisp.
SUGEE
CAKE
200
g caster sugar
250 g butter
4 eggs
2 tsp baking powder
200 g sugee
200 g ground almond
45 ml lemon or orange juice
Beat
sugar, lemon juice and butter till light and fluffy. Beat
in eggs one at a time. Combine baking powder, sugee and
almond. Add to butter mixture, mix well. Level into a round
greased and lined cake tin measuring 25 cm. Bake at 200
c for 40-45 mins.
Nor
Hayati
Penang
vanieshalisa@yahoo.com
TAT
GULUNG KEJU

300
g tepung gandum
80 g gula aising
250 g mentega
175 g krim keju
120 g jem strawberi
60 g coklat urai
30 g badam urai
30 g gula halus
25 g mentega, dicairkan
Gaul
tepung, gula aising, mentega dan krim keju hingga menjadi
adunan.
Bahagikan 3, bungkus dan simpan di dalam peti sejuk atau
hingga adunan keras sedikit.
Canai
satu bahagian, sapu dengan jem dan taburkan coklat urai.
Gulung dan potong sebesar tat gulung nanas. Satukan badam
dan gula. Sapukan mentega cair pada tat, taburkan badam
dan gula. Bakar pada 185 C selama 25-30 min.
Mohamad
Yusri
m_yusri@tmnet.com.my
RENDANG
DENDENG

minyak
utk menggoreng terendam
6 biji bawang merah }
2 labu bawang besar } dihiris nipis
4 ulas bawang putih }
15-20 tangkai cili kering, direndam & kisar
500 g daging batang pinang - hiris 1/2 cm
2 cm halia - ditumbuk + 2 camb air = air halia
1-2 camb kicap pekat
2 camb asam jawa + 500 ml air = air asam jawa
2 camb gula melaka
garam secukupnya
Goreng
bahan hiris dalam minyak hingga garing. Angkat dan tumbuk
atau kisar halus. Panaskan 3 camb minyak, tumis pes cili
hingga terbit minyak. Masukkan daging, kacau 4-5 min. Bubuh
air halia, kicap, air asam jawa, gula dan garam. Kacau hingga
mendidih. Renihkan atas api perlahan hingga daging empuk.
Masak hingga kuahnya pekat seperti rendang.
Tip:
Boleh juga direbus daging, dihiris 1/2 cm dan ditumbuk nipis.
Masukkan ke dalam kuahnya selepas ia mendidih dan kacau
sekali-sekala hingga kuahnya pekat.
AIZAM
ABDUL AZIZ
Sungai Buloh, Selangor
aizam@ptptn.gov.my
MASALAH
PADA KEK SARANG LEBAH

Saya
telah mencuba resepi kek sarang lebah yang puan berikan.
Syukur
alhamdulillah ini adalah kali pertama saya mendapat resepi
yang sebenar setelah bertanya dan mencuba beberapa kali
sebelum ini. Cuma saya hendak bertanya kepada puan sekiranya
saya mengurangkan sukatan gula dan susu adakah kek saya
tetap menjadi kerana saya kurang mengemari rasa manis.
Untuk
kek jenis ini, sukar untuk dinyatakan kerana ia tidak mengikut
'formula' kek yg biasa iaitu mentega-gula-telur-tepung.
Anda boleh cuba tetapi jangan kurangkan lebih. Contohnya,
jika gula sebanyak 1 cawan, hanya kurangkan kepada 3/4 cawan,
jangan hingga 1/2 cawan. Ini mungkin menyebabkan adunan
terlebih cair dan kek tidak akan sempurna.
Lubang
pada kek saya naik memanjang hanya separuh kek dan selebihnya
berlubang-lubang atau bersarang sahaja. Apakah kelemahan
saya yang perlu saya atasi bagi mendapat lubang kek dari
atas ke bawah.
Lubang
memanjang (seperti sarang) pada kek ini memang tidak hingga
ke permukaannya tetapi hanya 4/5 bahagian (paling tinggi).
Lapisan atas memang berlubang kecil kerana inilah bahagian
yg telah "dinyahkan" dari lubang-lubang yg menegak
panjang ke atas itu. Bagi mendapatkan lubang yg lebih sedikit,
saya syorkan anda memukul adunan lebih lama sedikit supaya
ia lebih gebu dan ringan.
Arizal
Yahya
Shah Alam, Selangor
arizal262@yahoo.com
BISKUT
BUAH KANA

90
g gula aising
150 g mentega/marjerin
1 biji kuning telur
1 camt vanila
170 g tepung gandum } diayak
100 g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}
jem secukupnya
Pukul
gula, mentega dan kuning telur hingga sebati. Masukkan vanila,
kacau rata. Bubuh bahan ayak. Uli perlahan menjadi doh.
Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan
buah kana yang sudah ditaburi sedikit tepung. Ketukkan acuan
dan atur biskut atas tin pembakar berlengser marjerin.
Bakar
pada 185 C selama 20-25 min atau hingga masak. Biar suam
atas redai kek sebelum disapu jem dan ditangkupkan 2 (pada
bahagian bawahnya). Bila sejuk, simpan di dalam bekas kedap
udara.
Bv
sz
sz_bv@yahoo.com.sg
BINGKA
SUJI

5
biji telur
180-200 g gula kastor
250 g tepung suji
300 ml santan (dari 1 biji kelapa)
100 ml susu cair
6 helai daun pandan, dikisar dengan air untuk 100 ml jus
1/2 camt garam
600 ml air
140 g marjerin
50 g tepung gandum1 camt vanila
Cara
membuatnya:
Alas loyang 25 cm dengan foil. Lengser sedikit marjerin.
Pukul gula dan telur hingga sebati. Tuang ke dalam kuali,
masukkan suji, susu cair, santan, jus pandan, garam dan
air. Kacau rata di atas api sederhana
hingga pekat. Ketepikan dari api, campurkan marjerin, tepung
dan vanila.
Kacau sebati kemudian tuangkan ke dalam loyang.
Bakar
selama 1 jam pada 200 C atau hingga keemasan. Gril sebentar
biar
permukaannya nampak garing (jika membakar api atas dan bawah,
masa memasak singkat dan atasnya akan keperangan).
Unaisah
Ismail
Kampong Jerudong, Brunei
hmf@brunet.bn
APA
ITU EVO?

Saya
ada surf website Nigella Lawson dari United Kingdom. Salah
satu resipi beliau ialah Persian Lamb Stew. Ada di antara
bahan di gunakan ialah evo. Apakah itu evo? Boleh kah kita
ganti evo dengan bahan lain atau tak payah bubuh evo?
EVO
adalah sejenis marjerin dan boleh digantikan dengan minyak
(atau campur kedua-duanya sekali). Jika inginkan lebih sedap,
guna campuran mentega dan minyak. Mentega sahaja tidak boleh
digunakan untuk menggaringkan daging kambing kerana mentega
mudah hangus. Dalam resepi itu, penggunaan evo penting jadi
anda mesti gunakan marjerin/ minyak sebagai ganti.
Watie,
Johor Bahru
KEK
LAPIS MASAM MANIS

sedikit
pewarna hijau
kepingan masam manis (Hee Haw Flakes)
Bahan A
250 g mentega
80 g susu pekat
1 camt rempah kek lapis
1/2 camt vanila
4 camb sirap kencana/golden syrup
Bahan
B
15 biji kuning telur
3 biji putih telur
120 g gula kastor
80 g tepung paling halus/superfine flour
1 camb ovalette (pemantap kek span)
20 ml air sejuk
Cara
membuatnya:
Pukul A dengan mesin pemukul pada tahap maksima hingga gebu.
Ketepikan. Pukul pula B pada tahap sederhana hingga kembang
dan ringan. Campurkan A dan B dan kacau sebati. Bahagikan
2, masukkan pewarna hijau pada satu bahagian.
Alas
tin 22 cm dengan kertas foil/timah. Mula membakar api atas
dan bawah 180 C, lapisan pertama. Bila keperangan, angkat.
Cucuk dengan lidi koktel dan tekan dengan penekan leper.
Ratakan sedikit adunan hijau, susun kepingan masam manis.
Gril pula hingga masak. Cucuk dan tekan sebelum melapis
adunan biasa. Hanya susun kepingan masam manis pada lapisan
hijau. Ulangi proses melapis hingga habis.
Nota:
Jika tiada penekan khas, boleh tekan dengan bahagian bawah
gelas yg tebal dan rata. Jika tiada tepung paling halus,
gunakan tepung gandum yg diayak 3 kali. Ovalette boleh diganti
dengan Quick 75
Zulkefli
Daud
zuldaud@hotmail.com
AGAR-AGAR
BERLAPIS

Bagaimanakah
caranya untuk menyediakan agar-agar yang berlapis-lapis
samada dalam bentuk warna pelangi ataupun marmar dan sebagainya
ataupun apa-apa saja bentuk asalkan ianya berlapis-lapis.Adakah
agar-agar tersebut dimasak sekali saja untuk kesemua lapisan
tersebut ataupun kena tunggu
lapisan yang di bawah mengeras dahulu baru dilapiskan lapisan
kedua.
Ada pelbagai cara untuk membuat agar-agar
berlapis. Jika lapisannya nipis,
agar-agar dimasak sekali kerana setiap lapisan tidak mengambil
masa yg lama
untuk 'set' atau keras. Jika tebal, baki agar-agar yang
hendak dilapis itu biasanya dibiar atas dapur (api paling
perlahan) sementara menunggu lapisan di dalam loyang keras.
Supaya agar-agar cepat keras, sejukkan loyang di dalam peti
sejuk terlebih dulu. Jika hendak membuat banyak (untuk khenduri,
jualan dll) mulakan dengan lapisan bawah, tuangkan ke dalam
loyang. Sementara menunggu lapisan keras, bolehlah dimasak
lapisan atas pula.
Asnija
Kuala Lumpur
TRIFLE

1
biji kek span (kecil)
sedikit jus anggur, oren atau buah lain
buah-buahan koktel (di dalam tin)
1 kotak jeli segera (sedia ikut paket)
1 kotak puding segera (sebarang perisa, sedia ikut paket)
1 tin aerosol whipping cream
parutan coklat (untuk hiasan)
Potong
kecil kek, susun dalam mangkuk besar. Renjiskan jus anggur
atau oren
(untuk melembabkan kek). Taburkan buah-buahan di atasnya.
Sediakan jeli, tuangkan ke dalam mangkuk dan biar 'set'.
Sediakan puding dan tuang ke atas jeli. Bila puding sudah
'set', picitkan krim di atasnya. Hias dengan parutan coklat,
ceri, buah-buahan dll.
Aerosol
adalah krim di dalam tin tinggi yang boleh dipicitkan terus
ke atas
puding, tidak perlu dipukul terlebih dulu. Seelok-eloknya,
pilih jeli berwarna merah dan puding kuning kerana warnanya
yang menarik (putih krim di atasnya).
M.A.Z.
fasb17@yahoo.co.uk
REMPEYEK

650
ml santan kelapa (dari 1 1/2 kelapa)
170 g tepung beras
1 camt garam
3 camb jintan putih } digoreng kering & ditumbuk halus
3 camb ketumbar }
minyak utk menggoreng terendam
300 g kacang tanah, dibersihkan & disejat
Cara
membuatnya
Satukan 5 bahan pertama hingga adunan tidak bergentel. Celupkan
acuan
rempeyek di dalam minyak panas. Angkat acuan dari minyak
panas tadi. Taburkan sedikit kacang tanah di dalam bancuhan,
gunakan senduk kecil utk menuangkan bancuhan ke dalam acuan.
Celupkan kembali acuan ke dalam minyak dan goyangkan sedikit
supaya kuih tertanggal. Terbalikkan dan biar kuih
masak. Api jangan terlalu kuat kerana kacangnya nanti sukar
untuk rangup. Bila keemasan, angkat dan sejatkan minyaknya
sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Jika tiada acuan, gunakan kuali leper dan kuali biasa. Panaskan
sedikit
minyak di dalam kuali leper. Ambil bancuhan berkacang, tuangkan
ke dalam kuali leper. Goreng atas api perlahan. Bila separuh
masak, angkat dan terbalikkan ke dalam kuali biasa (yg dipenuhi
minyak). Goreng hingga keemasan.
Zunita
Yaacob
eyta02@hotmail.com
NAK BELI OVEN JENIS APA EK?
Puan
menggunakan oven jenama apa? Bukan apa, saya ingin pendapat
puan mengenai oven yang elok apabila membakar biskut dan
kek. Saya suka mencuba resepi baru diperolehi tapi selalunya
jarang menjadi. Maklumlah baru belajar memasak. Saya menggunakan
oven mak saya di kampung berjenama singer berharga RM1,000
tuh.
Saya bercadang membeli oven elektrik untuk kegunaan saya
sendiri mengikut kemampuan saya. So, bolehkah puan cadangkan
jenis oven yang sesuai dan apa jua jenis masakan menjadi
agar berasa seronok untuk memasak.
Dari
pengalaman menggunakan oven Europa selama 14 tahun, saya
rasa ia adalah yg terbaik. Elemen gril pernah diganti 2
kali sahaja (RM200 sekali ganti). Selain gril, ia ada fungsi
membakar atas dan bawah, serta bawah saja dan atas saja.
Ada 2 pilihan, yg mempunyai kipas (built-in fan), harga
lebih RM1000 atau biasa, antara RM800-900. Jika anda mahu
membuat biskut menggunakan 3 atau 4 tingkat rak besi, beli
yg ada kipas. Untuk membakar 2 tingkat saja, beli yg biasa.
Baru-baru
ini, saya telah mencuba membuat kek coklat mazola yang saya
perolehi daripada internet. Berikut adalah resepi yang saya
cuba.
KEK COKLAT MUDAH
Bahan
A
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
2 cawan koko
1/2 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
sedikit garam
Bahan
B
1 cawan minyak mazola
1 cawan air panas
1/2 tin susu cair
2 biji telur (gred A)
Cara
membuatnya
Gaul bahan A hingga sebati dan masukkan kesemua bahan B.
Kacau hingga
sebati. Bakar selama 1 jam. Suhu 180-190.
Ulasan: Saya membuat 1/2 aduan untuk mencuba.
Hasilnya kek menjadi padat, mampat, tak lembap dan pahit
sbb koko banyak.
Jika
serbuk koko import, ia tidak sepahit serbuk koko dalam negara.
Ini adalah
kerana cocoa butter di dalam koko luar negara lebih banyak
dari koko Msia. Anda boleh tambah tepung menjadi 2 1/2 cawan
dan kurangkan koko menjadi 1/2 cawan saja. Tambah 1 camt
chocolate emulco untuk rasa yg lebih ketara.
Seterusnya saya cuba membuat kek seperti di bawah.
KEK COKLAT MUDAH
Bahan2:
1) 2 cawan tepung gandum ]
2) 1 cawan koko ]
3) 1 sudu kecil soda bikarbonat ] ayak bersama
4) 1 sudu kecil baking powder ]
5) 2 biji telur
6) 2 cawan gula
7) 1 cawan susu cair
8) 1 cawan minyak masak / minyak mazola, sedikit garam
Hiasan:
1) cooking chocolate (masak dgn minyak masak bg dia berkilat,
bukan dgn air)
2) chocolate rice
Cara
:
Campurkan bahan2 tadi semua dan kacau hingga sebati pastu
masuk dlm oven selama kira2 45 minit. Itu shj.tak payah
pakai pemukul ke, mesin ke apa ke...dah masak, letak cooking
chocolate tadi dan taburkan chocolate rice.
Saya membuat kek seperti begini:
1.
Pukul telur dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan minyak mazola.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, koko, selangselikan
dengan susu.
Buat sampai habis.
4. Masukkan dalam acuan kek yang telah dilengser dengan
marjerin.
5. Bakar dalam suhu 1800C selama 1 jam.
Hasilnya; kek berminyak krn saya menggunakan minyak mazola
dan sedap juga. Susu cair jenama Ideal.
Soalan
saya, adakah resepi di atas adalah betul dan resepi kedua
boleh diubahsuaikan dan benar untuk saya gunakan pada masa
akan datang.
Resepi
kedua boleh diubahsuai. Jika tidak memukul adunan, tekstur
kek menjadi
seperti brownie (agak mampat). Pastikan tin pembakar cukup
besar dan kek tidak terlalu tinggi. Jika kek tebal, ia sukar
untuk masak sempurna.
Bolehkah puan berikan saya resepi
kek coklat menggunakan minyak mazola. Ada yang kata
bahan kek ini mahal krn minyak mazolanya. Jika mahu kurangkan
penggunaan minyak mazola, gunakan separuh minyak dan separuh
mentega cair. Mahal juga, mungkin, bergantung pada jenama
mentega.
KEK
COKLAT MAZOLA
2 biji
telur
150 ml minyak mazola/bunga matahari
150 ml susu segar
2 camb sirap kencana
150 g gula kastor
190 g tepung naik sendiri
30 g serbuk koko, diayak
1 camt serbuk penaik
1 camt soda penaik
Pukul
semua bahan hingga sebati dan kembang. Bahagikan ke dalam
2 tin berukuran 20 cm yg sudah dialas dengan kertas kalis
minyak dan dilengser. Bakar pada suhu 170 C selama 30-35
minit atau hingga masak. Biar sejuk atas redai sebelum ditangkup
dengan aising coklat atau ganache.
Fadzillah
Dawood
Singapura
fadzillah.dawood@apic-care.com.sg
KEK
MARBLE

250
g mentega
130 g gula halus
3 camb susu pekat
1 camb ovalette
3 biji kuning telur Gred A
230 g tepung naik sendiri
1 camt vanila
1-2 camt chocolate emulco
3 biji putih telur Gred A
Pukul
mentega, gula dan susu hingga kembang dan ringan. Masukkan
ovalette,
pukul lagi kelajuan maksima selama 5 minit. Masukkan sebiji
demi sebiji kuning telur, putar rata. Akhir sekali, bubuh
tepung dan vanila. Kacau rata. Pukul putih telur hingga
kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tadi. Bahagikan 2,
masukkan emulco ke dalam satu bahagian. Sudukan secara berselangseli
ke dalam tin 20 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser
marjerin. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga
masak.
Sarah
Harun
Meadowside, Eltham, London
BANGKIT
ASLI BISCUIT

Can
you please, give me a good reciepe for Biscuit Bangkit Asli.
I have not been able to find any of this reciepe. Its my
favourite biscuitsoft and melt in the mouth. I do hope that
Puan will be able to email me soon with this reciepe so
that i can try it this Hari Raya.
300
g arrowroot flour
100 g tapioca flour
pandan leaves (optional)
175 g castor sugar
2 egg yolks (large)
150 ml thick coconut milk (from 1/2 coconut)
Dry-fry
flours over low heat for 10-15 mins. Sift and leave to dry
in the sun for a
whole day (not possible now the autumn is almost over, hmm?).
Anyways, cool flours. Beat yolks and sugar till sugar dissolves.
Add coconut milk. Mix flours in, knead to a dough. Roll
into 8 mm thickness on lightly floured board, cut into desired
shapes. Arrange on baking trays lightly floured with tapioca
flour. Bake at 170 C for 25-30 mins or till dry and lightly
brown on the underside. If you have the wooden/plastic moulds,
press small amount of dough into them then turn over and
knock them out.
Bv
Sz
sz_bv@yahoo.com.sg
TYPE
OF BUTTER FOR KUIH MAKMUR

I
saw one resipi for kuih makmur. The inti kacang should be
mixed with icing sugar & a bit of butter. I m not sure
why butter is used?? Any idea why ?? Could u assist me.
I guess if the filling is mixed
with butter, it will hold better. Meaning, it would
not be too "powdery". Once the kuih makmur is
heated, the butter melts and in so
doing, binds with the sugar and kacang. I suppose it would
tastes a bit buttery. Considering the dough to be ghee-y,
guess what the results will be? Very rich.
Alyyena
alyyena@tm.net.my
APA
BEZA MENTEGA, PLANTA DAN MAJERIN?

Mentega
adalah butter. Ada butter campuran dan butter tulen
(pure creamery butter) yg mudah berminyak jika dibiar
lama pada suhu bilik. PLANTA adalah jenama marjerin, sama
seperti DAISY.
Bolehkah
saya menggantikan antara satu sama lain untuk membuat biskut
/ kek
sekiranya salah satu tiada?
Boleh tetapi jika membuat biskut dengan
mentega, biskut memang akan menjadi lebih gebu, enak dan
wangi. Pilihlah mentega tulen (SCS, Fern), bukan mentega
campuran. Planta Soft dan sebarang marjerin di dalam 'tub'
atau bekas plastik (tempat freezer pasaraya) tidak sesuai
dibuat kek/biskut.
Adakah
akan menjejaskan kesihatan sekiranya saya menggantikan minyak
masak dengan mentega / marjerin untuk masakan harian?
Mentega mengandungi lemak tepu (tinggi
kolesterol) dan tidak sesuai untuk kebanyakan masakan. Marjerin
adalah lemak sayuran dan boleh menggantikan minyak terutama
bila membuat Nasi Minyak dll. Pilihlah minyak jagung, bunga
matahari atau canola kerana ia memang tiada kolesterol dan
baik untuk kesihatan.
Manakah
lebih sedap rasanya jika memasak menggunakan minyak / mentega
/ marjerin ?
Lebih sedap jika memasak nasi, contohnya,
menggunakan campuran marjerin dan mentega kerana mentega
boleh mengharumkan nasi itu. Untuk menumis, anda boleh campurkan
minyak dan marjerin kerana mentega lebih sesuai dalam penyediaan
masakan Barat seperti sos black pepper, sos cendawan dll.
Pilihan terbaik minyak adalah minyak zaitun tetapi harganya
agak mahal dan ada jenis yg tidak sesuai untuk menggoreng
tenggelam (deep-frying).
NORDALILAH
dalilah@tekun.gov.my
BOLEH
TAK MASAK BISKUT DALAM MICROWAVE?

Boleh
ke kita masak kek/biskut dalam microwave? Apakah pilihan
yang terbaik
untuk memasak kek/biskut, sama ada menggunakan oven atau
microwave?
Kita boleh masak kek/biskut dlm microwave
tetapi resepinya berbeza dari yg dimasak di dalam oven biasa.
Pilihan terbaik adalah oven kerana banyak resepi kek/biskut
menggunakan cara pembakaran begini. Namun, biskut/kek yg
dimasak di dalam microwave mengambil masa yg pantas. Lebih
mudah dengan oven kerana kita boleh set suhu yg sesuai berbanding
sesetengah microwave yg "tidak lengkap" dan boleh
di'set' pada FULL power atau sebaliknya. Jika anda benar-benar
berminat dengan membuat biskut/kek dengan microwave, ada
baiknya membeli buku masakan mengenainya.
Liana
liana@bppa.unimas.my
CHOCOLATE
CHEESE CAKE

Crust
225 g chocolate-flavoured Nestum
2 tbsp caster sugar
1/2 tsp cinnamon powder
50 g melted butter
Filling
650 g cream cheese
170 g caster sugar
3 eggs
225 g cooking chocolate (melted in 'double-boiler')
280 ml whipping cream
1 tbsp lemon juice
1 tsp vanilla
Mix
crust ingredients, level into 18 cm spring-form pan. Place
in refrigerator
for 30 mins. Beat cream cheese and sugar till fluffy. Add
eggs one at a time and
beat well. Add in melted chocolate, cream, lemon juice and
vanilla. Mix well.
Pour onto crust and bake at 180 C for 45 mins. Allow to
cool overnight
before serving.
ZA
Nana
Bukit Julutong
za_nana2811@yahoo.com
BEZA
SUPERWHITE DAN SUPERFINE FLOUR

Saya
nie baru belajar nak buat biskut. Boleh tak saya guna tepung
superwhite
and superfine flour (Blue key) untuk biskut saya ? Resipi
saya hanya tulis tepung sahaja dan suruh campur sikit baking
soda and baking powder. Boleh tak saya guna tepung tersebut
?
Selalunya superwhite untuk membuat
Pau (membuatkan ia lebih putih).Superfine juga sesuai dibuat
kek selain biskut. Pastikan anda mengayak tepung dengan
baking soda dan baking powder sebelum mencampurkannya ke
dalam adunan.
Jikalau
saya guna self raising flour saya tak perlu campur baking
soda and
baking powder untuk buat biskut?
Untuk membuat biskut, jarang ada resepi
yg menggunakan self-raising flour.
Self-raising flour adalah tepung gandum yg dicampur dengan
serbuk penaik (baking powder). Bila membuat kek pisang atau
buah-buahan, self-raising flour selalunya dicampur dengan
baking soda.
Asmanis
asmanis@tm.net.my
BISKUT
KOKO

225
g mentega
100 g gula perang
1 camt vanila
225 g tepung naik sendiri
50 g serbuk koko
Pukul
mentega, gula dan vanila hingga kembang. Ayak tepung dan
koko ke dalam bancuhan, uli menjadi doh. Gunakan sudu kecil
utk membahagi adunan menjadi 24 bahagian (jika kecil, lebih
banyak). Atur atas bekas pembakar microwave yg khas atau
kertas kalis minyak yg berlengser sedikit marjerin. Tekan
setiap satu dengan garfu. Masak FULL (100%) selama 1 3/4
hingga 2 1/4 minit, bergantung pada saiz biskut. Pusing
bekas atau kertas setelah setengah masa membakar berlalu.
Biar sejuk atas redai. Ulangi dengan baki adunan.
BISKUT
KELAPA
50
g marjerin lembut (dlm bekas/tub plastik seperi Dorina atau
Planta Soft)
65 g gula kastor
1 biji telur Gred C, dipukul
sed vanila
75 g tepung gandum
25 g kelapa kering
secubit garam
1 camb jem strawberi
Putar
marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan vanila,
kacau.
Bubuh tepung, kelapa dan garam, kacau menjadi doh. Bahagikan
16. Bentukkan bulat dan tekan dengan hujung senduk kayu
di tengahnya (lubang). Atur separuh biskut di sekeliling
bekas pembakar microwave atau pinggan beralas plastik nipis/cling
film microwave.
Bakar
pada FULL (100%) selama 3 1/2 hingga 4 1/2 minit, pusing
bekas 1/4
(quarter turn) setiap 1 minit atau hingga biskut masak.
Ubah ke atas redai
dan sudukan jem di tengah biskut. Biar sejuk sebelum dihidangkan.
Nota:
Jika ingin simpan, tidak perlu masukkan jem ke tengah biskut.
Is
Tie
tie2103@yahoo.com
AGAR-AGAR KERING
750 ml air
10 gm agar-agar*
120 gm gula batu
300 gm gula pasir
pewarna kuning, merah & hijau
Cara
membuat:
Rendam agar-agar selama 4 jam dan sejatkan.
Sukat agar-agar dengan mangkuk; jika agar-agar semangkuk,
pastikan airnya dua mangkuk.
Jerang agar-agar, air, gula batu dan gula pasir. Kacau sekali-sekala
hingga tinggal separuh.
Bahagikan 3 dan warnakan berasingan. Tuang ke dalam loyang
dan biar keras.
Potong agar-agar mengikut suka. Lapik dulang dengan kain
jarang dan susun potongan agar-agar di atasnya. Jemur di
bawah matahari.
Balik-balikkan agar-agar supaya rata keringnya dan tidak
melekat. Ia mungkin mengambil masa 8-10 hari.
Nota:
Jangan gunakan serbuk agar-agar tetapi gunalah agar-agar
jenis panjang.
Sarimah
Ali
Jurong, Singapura
Sarimah.Ali@telekurs.com
BISKUT
BANGKIT GULA MELAKA

80 g mentega
100 g marjerin
40 g gula kastor
100 g gula melaka (kisar halus)
1 camt vanila
280 g tepung kanji }
130 g tepung gandum } diayak
1½ camt serbuk penaik }
60 g bijan, digoreng keperangan
30-45 ml pati santan (dari ½ kelapa)
Cara membuatnya
Pukul mentega, marjerin dan kedua-dua jenis gula hingga
kembang.
Masukkan vanila, kacau sebati.
Bubuh bahan ayak, bijan dan pati santan secukupnya hingga
adunan
menjadi doh.
Canai doh setebal 5 mm. Terap dengan acuan bentuk bunga.
Atur atas tin pembakar yang dilengser marjerin.
Bakar pada 175 C selama 20-25 min atau hingga masak.
liana
liana@bppa.unimas.my
BISKUT
FAMOUS AMOS

2 cawan mentega
2 cawan gula pasir (fine granulated sugar)
2 cawan gula perang
4 biji telur
2 tsp vanila
4 cawan tepung
2 camt soda bikarbonat
2 camt serbuk penaik
5 cawan oatmeal
24 oz cip coklat
1 camt garam
18 oz kepingan coklat, dihiris
3 cawan kacang bakar (campur), dicincang
Cara
membuatnya:
Putar mentega dan kedua-dua jenis gula hingga ringan. Masukkan
telur dan vanila. Satukan dengan tepung, oatmeal, garam,
serbuk penaik dan soda bikarbonat. Bubuh cip coklat, kepingan
coklat dan kacang. Sudukan bentuk bebola dan atur atas tin
pembakar pada jarak 5 cm. Bakar selama 10-12 min pada suhu
190 C.
BISKUT
CHOCOLATE CHIP
1
cawan tepung gandum } diayak
1 camt serbuk penaik }
1 camt garam }
6 camb mentega/marjerin
1 cawan gula kaster
1/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 camt vanila
2/3 cawan chocolate chips
1/2 cawan badam bakar, dicincang
Cara
membuatnya:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Lengser tin pembakar.
Pukul mentega
dan kedua-dua jenis gula hingga gebu. Masukkan telur dan
vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak dan putar pada kelajuan
minima. Akhir sekali, masukkan coklat cip dan badam bakar.
Gunakan 2 sudu teh untuk mengambil dan membentuk biskut
di atas tin pembakar. Pastikan jaraknya 6 cm kerana biskut
akan kembang. Bakar selama 10-12 min atau hingga keemasan.
Biar sejuk
atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Rodziah
rozee
Jeram, Selangor
rozee_klg@yahoo.com
BISKUT
CHOCOLATE CHIP

1
cawan tepung gandum } diayak
1 camt serbuk penaik }
1 camt garam }
6 camb mentega/marjerin
1 cawan gula kaster
1/3 cawan gula perang
1 biji telur
1 camt vanila
2/3 cawan chocolate chips
1/2 cawan badam bakar, dicincang
Cara
membuatnya:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C. Lengser tin pembakar.
Pukul mentega
dan kedua-dua jenis gula hingga gebu. Masukkan telur dan
vanila, kacau rata. Bubuh bahan ayak dan putar pada kelajuan
minima. Akhir sekali, masukkan coklat cip dan badam bakar.
Gunakan 2 sudu teh untuk mengambil dan membentuk biskut
di atas tin pembakar. Pastikan jaraknya 6 cm kerana biskut
akan kembang. Bakar selama 10-12 min atau hingga keemasan.
Biar sejuk
atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Alyyena
alyyena@tm.net.my
ALMOND
LONDON

250 g mentega
|