|

SOAL JAWAB MASAKAN
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
Rina
(Brunei Muara)
MENGAPA
CREAM PUFF KEMBANG DI TENGAH?

Saya
juga ingin tahu apa yang menyebabkan puff cream kembang
di tengahnya. Adakah disebabkan tepung yang dimasak terlebih
dahulu?
Jikalau tepungnya tidak dimasak bersama bahan-bahan yang
lain adakah puff cream berkenaan akan mengembang ditengah-tengah?
Cream
puff diperbuat dari choux pastry dan adalah menjadi asas
pastry jenis ini, tepung perlu "dimasak". Kemudian
dibiar suam (hingga tangan boleh memegang bahagian luar
periuk/mangkuk). Pukul telur dan masukkan sedikit demi sedikit
ke dalam adunan tepung tadi, pastikan ia dikacau hingga
berkilat barulah dimasukkan ke dalam beg aising dan dipicitkan
ke atas tin pembakar (saya lebih suka mengalas tin dengan
foil su-paya ia tidak melekat). Semasa membakar, telur akan
mengembangkan adunan tadi hingga ia keemasan. Anda perlu
mencucuk setiap puff dengan hujung pisau tajam (tanpa mengalihkan
puff), kemudian bakar semula selama 5 minit untuk memasti-
kan steam keluar dari puff tersebut.Jadi, bila diangkat,
ia akan kekal kembang,
gebu dan tidak akan turun jadi leper.
Rose
mizan
Seri Manjung, Perak
KENAPA
ALMOND LONDON SAYA LEMAU?

Pastikan badam
dibakar dengan api atas dan bawah pada 200 C selama 3-4
minit atau hingga benar-benar masak. Jika menggril, pastikan
ia digaul setiap 1/2 min supaya seluruh badam masak. Jika
ia kurang masak (tidak betul-betul rangup), ia mudah menjadi
lemau. Bila hendak membiar ia sejuk, ratakan (jangan tindih)
badam dalam dulang. Pastikan terus disimpan di dalam bekas
kedap udara atau gunakan serta merta. Jika badam masuk angin
sebelum diletak ke dalam biskut, ia juga akan menjadi lemau.
Pastikan juga biskut sejuk sebelum dihias dengan coklat
cair dan badam.
BAGAIMANA
NAK KILATKAN COKLAT?
Cairkan
200 g hirisan coklat dengan 1 camb lemak sayuran/vegetable
shortening di atas 'double boiler'. Setitis air/wap tidak
boleh masuk ke dalam coklat itu (pastikan sudu pengacau
kering) kerana air yg sedikit pun akan mengeraskannya. Pastikan
air yg mendidih di bawah mangkuk tahan panas itu hanya mendidih
perlahan.
Shazila
abdul samat
zila1827@yahoo.com
CARA
MEMBUAT SUGARPASTE

Saya
gemar membuat kek. tetapi saya tidak tahu cara untuk membuat
aising untuk menghias kek. Boleh puan tunjukkan resepi untuk
membuat
aising dan sugarpaste?
Untuk menggunakan sugarpaste/fondant
memerlukan sedikit kemahiran kerana
ia agak 'rumit' juga. Jika anda nyatakan tempat tinggal,
bolehlah saya berikan tempat di mana anda boleh belajar
cara menghias kek dengan lebih terperinci.
AISING
MENTEGA (1)
230 g gula aising, diayak
45 g mentega tanpa garam
2 camb krim putar
Cara
membuatnya:
Cairkan mentega dengan api perlahan. Campurkan krim dan
masak 2 minit
(jangan biar mendidih). Campurkan dengan semua gula asing
kemudian ketepikan dari api dan putar dengan kelajuan maksimum
hingga gebu.
AISING
MENTEGA (2)
300 g marvello/krimwell (boleh dibeli di kedai barangan
bakeri)
580-600 g gula aising, diayak
100 g putih telur
200 g krim putar
Cara
membuatnya:
Putar krimwell hingga gebu. Masukkan gula aising dan putih
telur, putar 2-3
minit. Akhir sekali, masukkan krim putar dan pukul lagi
hingga rata. (Jika suka, boleh gunakan 150 g krimwell dengan
75 g mentega tanpa garam sahaja, dicampur gula aising ikut
suka manisnya).
AISING
COKLAT SATIN
150 g coklat masakan (dicairkan)
200 g mentega
125 ml susu pekat
2 camb susu segar
4 biji kuning telur
Cara
membuatnya:
Mentega dipukul hingga kembang kemudian masukkan kuning
telur, susu pekat dan susu segar. Pukul lagi hingga rata
kemudian tuangkan coklat cair (pastikan ia sejuk tapi masih
cair) dan kacau hingga rata. Simpan di dalam peti sejuk
sebentar tetapi hendaklah dikacau setiap 2-3 minit supaya
ia tidak membeku. Bila cukup pekat, sapukan pada kek.
CHOCOLATE
GLAZE
310 krim putar
3 camb mentega sejuk
220 g coklat masakan, dihiris halus
1 camb corn syrup/sirap jagung
1 camt vanila
Cara
membuatnya:
Satukan semua bahan di dalam periuk heavy-based atau kaca,
kacau di atas api perlahan hingga cair dan tidak berketul.
Angkat dan biar sejuk selama 20-30 minit atau hingga sejuk
dan pekat. Tuangkan di atas kek dan salut kelilingnya dengan
aising tadi. Hias ikut suka.
Aising
Mentega (3)
sukatan utk melapisi dan menutupi seluruh kek bulat berukuran
8 inci/20 cm
150 g mentega
275 g gula aising, diayak
1 camt vanila
1-2 camb susu segar
Cara
membuatnya:
Putar mentega hingga halus. Masukkan sedikit demi sedikit
gula dan putar
hingga putih dan agak gebu. Bubuh vanila dan sedikit susu
supaya krim lebih
ringan dan wangi. Bila konsistensinya sesuai, bolehlah disapu
pada kek.
SUGARPASTE
(1)
800 g gula aising, diayak 3x
60 g lemak sayuran
2 camb jus limau nipis
2 1/2 camb air sejuk
Satukan
lemak sayuran, jus limau, 300 g gula dan air di dalam periuk.
Kacau
atas api sederhana hingga mendidih. Angkat. Tuangkan baki
gula perlahan-lahan, sedikit demi sedikit dan kacau hingga
sebati. Bila ia menjadi doh, uli atas papan pencanai/marble
top dan tambah gula hingga doh menjadi lembut, licin dan
tidak melekat pada jari.
SUGARPASTE
(2)
1 camb serbuk gelatin (pastikan HALAL)
63 ml air panas
125 ml cecair glukosa/luquid glucose
2 camb lemak sayuran
800-900 g gula aising (diayak 3x)
1 camb gliserin/glycerine
Satukan
gelatin dengan air panas dalam periuk kalis lekat atau periuk
kaca.
Kacau atas api perlahan hingga gelatin larut. Masukkan glukosa,
gliserin dan
lemak sayuran. Kacau tanpa henti dan padamkan api sebelum
semua lemak sayuran cair. Biarkan suam sebelum memasukkan
sedikit demi sedikit gula aising dan kacau rata. Bila adunan
menjadi kental (masih lembut tetapi sukar dikacau dengan
senduk kayu), ubah ke atas papan pencanai (tabur gula aising)
dan uli, sambil menambah gula lagi hingga adunan menjadi
halus, licin dan tidak melekat pada jari.
Nota:
Bagi orang yg tangan/jarinya agak "panas" (semulajadi),
sukar untuk membuat dengan tangan kerana aising mudah cair
dan tidak akan nampak halus.
Kini
sudah ada sugarpaste yg siap dijual dengan harga RM34 untuk
1 kilo, ia
diimport dari Switzerland dan amat mudah menggunakannya.
Sukatan ini mencukupi untuk menghias kek 22 cm/anggaran
1.2 kg dengan hiasan ropol/frills di kelilingnya sebanyak
3 tingkat.
Aziyaton
Yaakob
aziyaton@celcom.com.my
APA
DIA PELEMBUT ROTI?

Saya
ada membeli buku masakan Alaf21. Saya ingin mencuba resepi
kuih pau kaya, tapi dalam resepi tu ada masukkan satu bahan
yang bernama pelembut roti. Boleh tak puan beritahu saya
apakah itu pelembut roti dan dimana saya bolih membelinya.
Pelembut roti adalah Bread Softener
yg boleh dibeli di pasaraya besar seperti
Jaya Jusco, Giant dll atau kedai menjual barangan bakeri.
Warnanya putih dan teksturnya seperti lemak sayuran/marjerin.
Jangan lupa gunakan tepung pau/rendah protin kerana pau
anda akan lebih putih dan gebu. Tepung pau boleh dibeli
di dalam kotak jenama MFM atau Blue Key.
Sotong
Kering
kandalee@hotmail.com
MANA
NAK CARI MESIN BUAT ROTI CANAI?

You
punya ruangan memang hebat benar. So I nak tanya one thing:
pernah
tak dengar tentang mesin membuat roti canai secara kuantiti
yang besar. If you terdengar or tahu tentang ini I appreciate
kalau you dapat beritahu I anything yang relevant mengenainya.
Tidak
sehebat mana tetapi insya'Allah saya sering berusaha untuk
memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sebenarnya, "hebat"
adalah
sesuatu yg subjektif. Belek di dalam Yellow Pages kerana
mesin besar utk
kegunaan komersial/kilang banyak diiklankan oleh syarikat
yg berkenaan.
Jika anda tinggal di sekitar KL, cuba ke Jalan Kepong kerana
sepanjang
jalan memang banyak kedai yg menjual peralatan/barangan
seperti yg
anda cari.
S
alina ahmad
Sg. Petani, Kedah
salina692002@yahoo.com
NASI
GORENG KPG ala CINA

500 g nasi sejuk
4 camb minyak
90 g ikan bilis, dibersihkan
2 camb kicap manis
1 camb minyak bijan
2 biji telur, dibuat dadar
6 ulas bawang merah, dibuat bawang goreng
garam & gula secukupnya
minyak (utk menggoreng ikan bilis)
Bahan
kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 camb udang kering, direndam lembut
1 cm belacan
Bahan
hiris
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
200 g kacang panjang
4-5 biji cili padi
Panaskan
minyak yg banyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat
dan ketepikan. Panaskan 4 camb minyak, tumis bahan kisar
hingga wangi. Masukkan gula dan garam, semua bahan hiris
dan kicap. Kacau 2-3 minit. Akhir sekali, bubuh nasi, ikan
bilis, cili padi dan minyak bijan. Gaul sebati. Angkat kemudian
hias dengan telur dadar dan bawang goreng.
Ruzila
Yahya
ruzila.y@felda.net.my
DI
MANA NAK BELAJAR MEMASAK?

Saya
berminat nak mengikuti kelas memasak, saya tinggal di Jalan
Ipoh,
Kuala Lumpur. Sampai skg saya tak tahu di mana saya perlu
mengikuti kelas memasak.
Pernahkah
anda mengunjungi kedai Bake with Yen di Lrg Haji Taib Satu?
Mereka memang ada jadual untuk kelas memasak dan anda boleh
pilih yg mana anda suka. Anda juga boleh tanyakan pelanggan
yg kebetulan ada di situ jika mereka tahu di mana ada kelas
masakan.
Jika
anda sanggup ke Taman Melawati, Hulu Kelang, kedai BAGUS
juga mengadakan kelas masakan (hari Khamis & Jumaat
harga amat rendah). BAGUS terletak di deretan kedai di belakang
Maybank.
Soraya
Rouse
soraya.rouse@unomedical.com
KEK
KEJU (BAKAR)

Lapisan
Bawah
230 g serbuk biskut Digestive/marie
30 g gula kastor
75 g mentega (cair)
Lapisan
Atas
250 g krim keju
125 ml krim putar
1 camb jus lemon
70 g gula kaster
3 biji kuning telur
1 camt vanila
2 camb tepung kastad
3 biji putih telur
Cara
membuatnya:
Campurkan semua lapisan bawah, ratakan di dalam tin spring
form 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
Putar krim keju hingga lembut, masukkan krim putar dan jus
lemon. Kacau rata dan masukkan sedikit demi sedikit gula,
diikuti kuning telur dan vanila. Akhir sekali, masukkan
tepung kastard.
Putar
putih telur hingga separuh kental, kaupbalikkan ke dalam
adunan. Tuangkan ke atas lapisan biskut. Letak tin di atas
tin pembakar (agar minyaknya tidak menitis ke atas lantai
ketuhar). Bakar pada 175 C selama 1 jam. (Sila lihat bawah)
Supaya
kek tidak merekah, jangan buka oven semasa membakar kek.
Bila kek sudah masak, renggangkan pintu oven dengan meletakkan
sebatang sudu keluli antara pintu dan badan oven. Pastikan
kek keju sejuk baru dikeluarkan. Simpan dlm peti sejuk selama
2-3 jam. Hias dengan buah-buahan segar. Bungkus bahagian
bawah tin springform dengan foil untuk mengelakkan 'minyak'
dari kek menitis ke dalam oven dan menjadi hangit.
ZAKI
aqwa@tm.net.my
BLACK
PEPPER STEAK

4 keping sirloin
steak (daging terbaik), anggaran 150g, tebal 2cm
2 ulas bawang
putih, ditumbuk lumat
1 camb lada hitam (kisar/tumbuk kasar)
1 camb lada putih (kisar/tumbuk kasar)
50g mentega
1 camb minyak
Bahan
Sos
2 camb sos Worchestershire
1 camb kicap cair
½ camt garam
1 camt gula
½ camt serbuk pati daging (beef stock granules)
125ml air rebusan daging (atau air panas)
‘Ratakan’ steak
dengan cara memukulnya dengan ‘meat mallet’ (pengetuk khas).
Sapukan bawang putih diikuti lada hitam dan lada putih.
Letak di dalam bekas plastik bertutup, biar 30 minit.
Panaskan mentega
dan minyak di dalam kuali ‘heavy-based’ yg leper. Goreng
steak dengan api kuat selama 2 minit (untuk sebelah) agar
jusnya tidak terbit (hanya terbalikkan sekali saja, jangan
‘diusik’ kerana ia tidak akan garing elok). Terbalikkan
dengan sudu, jangan garfu atau pisau.
Untuk steak yg
‘rare’/merah di dalam, goreng 3 minit (untuk sebelah), tambah
2-3 minit untuk steak yg ‘medium’/hampir masak, manakala
untuk ‘well-done’/masak sepenuhnya, goreng 4-5 minit (untuk
sebelah). Angkat dan biar panas atau sajikan segera.
Untuk sos, satukan
semua bahan dan masukkan ke dalam kuali menggoreng tadi.
Renihkan di atas api perlahan hingga pekat.
Sajikan dengan
jagung rebus (jika suka), kentang goreng dan tomato. Jika
suka, tambah sos tomato dan Dijon mustard (sos biji sawi
di dalam botol).
Sos (jenis lain,
jika suka)
(menghasilkan
700 ml, sesuai untuk 12-13 orang jika seorang mendapat 60ml
sos = 4 camb seorang)
3 camb mentega
6 camb tepung gandum
450ml air panas
225ml susu segar
1½ kiub pati rebusan daging (atau 2 camb serbuk)
2-3 camb kicap pekat/hitam
2 camt puri tomato
2 camt serbuk lada hitam (kisar kasar)
Panaskan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau di atas
api perlahan selama 2 minit. Tuangkan semua bahan lain (dicampur
bersama terlebih dulu) dan kacau di atas api sederhana hingga
pekat dan berkilat.
CHICKEN
CHOP
4 keping pangkal & paha ayam, dibuang tulang
garam, serbuk lada hitam
40 g kelapa parut, digoreng keemasan
100 g tepung tempura (jual dlm kotak)
160-180 ml air
serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng
Bahan
sos
2 camb minyak
100 g bawang besar
100 g salderi
2 camb mentega
2 camb tepun gandum
550-600 ml air rebusan ayam
1 camb herba Italy
serbuk lada hitam
2-3 camb kicap hitam
1 tin cendawan butang /segar
Perap
ayam dengan garam dan serbuk lada hitam selama 20 minit.
Satukan kelapa, tepung tempura dan air untuk menjadi adunan.
Celup ayam di dalam adunan dan salut dengan serbuk roti.
Goreng dalam minyak banyak hingga keemasan. Angkat dan sejatkan.
Untuk
sos: Panaskan minyak, goreng bawang besar dan salderi
hingga keemasan. Angkat dan kisar dengan sedikit air hingga
halus.
Panaskan mentega, masukkan tepung dan kacau atas api perlahan
hingga keemasan. Masukakn semua bahan lain, kacau cepat
hingga kuah pekat.
Chui
Ying Shin
London, UK
sharon_clr@hotmail.com
KUIH
SERIMUKA

I
have been trying to make kuih Serimuka for few times. However,
the top
layer of the kuih always come out undesirable and not smooth.
Can you teach
me how to make sure the top layer turns out nicely. I have
been using the
whole egg, ie the egg white and egg yolk, to ma the kuih.Will
it make any
difference? As I can see from your recipe that you use only
egg yolk.
Egg
yolk will enrich the Serimuka and sets the top layer better.
To get a smooth top layer, make sure no water/steam droplets
fall onto the kuih while steaming it. Also, do not steam
at high heat (vigorously boiling water). Make sure the fire
is quite slow for a thin steam only. Wipe under the steamer's
cover every 6-8 mins to ensure no water drops onto the kuih.
Make sure there is no water on the pulut/glutinous rice
layer before
Sivabalan
Taman Sri Andalas, Klang, S’gor
sivabalan@radicare.com.my
APAKAH
ITU YIS DAN EJEN PENAIK?

Bolehkah
saya tahu apakah itu yis dan agen penaik dalam makanan,
jenis-jenisnya, contoh serta gambar jika ada.
Yis
atau yeast ada 2 jenis:
Fresh yeast/compressed yeast - perlu dicampur
dengan air suam dan sedikit
gula kemudian dibiarkan kembang
Dry/yeast granules - terus dicampur ke
dalam tepung dan diadun menjadi doh tetapi jangan sekali-kali
biar ia masuk sekali dengan garam kerana garam akan memuat
yis "mati" atau tidak aktif.
Agen
Penaik
Baking powder/serbuk penaik - digunakan
dengan meluas dalm membuat kek, biskut, apam dll.
Baking soda/soda bikarbonate - dicampur
ke dalam kek yang mempunyai acidity tinggi seperti kek buah-buahan
dan kek pisang Cream of tartar - digunakan terutama bila
memukul putih telur hingga kental
Rahimah
imafiq@yahoo.com.sg
TIGA
KUIH, TIGA MASALAH

Saya
telah beberapa kali memcuba membuat kek lapis, kek gulung
dan
krimpuff. Masalahnya ialah:
1)Kek
lapis saya kering dan garing di sekeliling. Untuk mendapatkan
kek
yang lembab, patutkah saya sapu mentega di setap lapisan?
Apakah suhu
kepanasan sesuai untuk grill bagi oven biasa selain baby
belling?
Menyapu mentega di atas setiap lapisan
akan membuat kek lembab. Pastikan anda tidak terlalu lama
menggrilnya kerana ini akan membuat tekstur kek kering.
Selalunya, bahagian grill pada ketuhar sudah disetkan pada
suhunya (jenis Europa) tetapi anda boleh gunakan grill biasa,
suhu 250 C dan selama 3 minit sahaja setiap lapisan. Pastikan
kedu-dukan rak yg bersesuaian dan untuk lapisan ke 3,4,5
& seterusnya, saya selalu mele-takkan tin kek di atas
lantai ketuhar (tak perlu guna rak). Jika resepi memang
menggunakan kuning telur yg banyak, kek pasti lembab.
2)Semasa
menggulung, kek saya mudah pecah. Saya sejukkan sebentar
sebelum menggulung kek.
Swiss roll mesti dibakar dgn api atas
dan bawah supaya ia cepat masak dan masih lembut supaya
mudah digulung. Buangkan sedikit bahagian sekelilingnya
sebelum menggulung. Supaya tidak melekat, bungkus kek di
dalam plastik nipis atau kertas butter paper. Jika hendak
meletakkan inti butter icing, pastikan kek digulung dengan
kertas butter paper sekali, biar sejuk. Kemudian buka gulungan
dan sapu dengan butter icing (jika kek panas, ia akan cair).
3)Selepas
keluar dari oven, krim puff saya terus menurun dan leper.
Bila cream puff masak (keemasan kulitnya),
cucuk setiap satu dengan hujung pisau (biar atas tin pembakar),
kemudian bakar lagi selama 5 minit. INi akan mengeringkan
atau mengeluarkan wap dari cream puff dan hasilnya, ia tetap
gebu dan kembang bila dikeluarkan dari oven. Letak atas
redai supaya sejuk.
Ramlah
Hj Ahmad
Ramlah@ktkm.gov.my
CARA
MEMBAKAR GUNAKAN OVEN DWI BAHAN BAKAR

Saya
ingin mengetahui mengenai dengan oven untuk membakar kek
& biskut. Adakah oven yang bersekali dengan stove untuk
memasak ini bersesuaian untuk digunakan membakar kek. Saya
mempunyai oven seperti tersebut dan jika ingin menggunakan
api di sebelah atas, saya kena menggunakan elektrik dan
jika di sebelah bawah dengan gas.
Saya
tak pernah menggunakan api di sebelah atas kerana dikuatiri
berbahaya menggunakan kedua-dua sekali, iaitu elektrik dan
gas. Ingin mendapat penjelasan daripada puan.
Memang
tidak selamat menggunakan gas + elektrik. Jika anda hendak
membakar kek, gunakan gas sebelah bawah. Bakar/panggang
ikan (jika dengan grill), gunakan elektrik (kepanasan di
atas). Contoh, jika ingin mendapatkan keperangan di atas
kuih bila membuat Kuih Bingka, contohnya, masak dulu dengan
gas (bawah) kemudian baru gunakan api sebelah atas.
Saya
juga ingin mengetahui di mana kah kita boleh membeli cake
mixer yang pemukulnya besar. Seperti yang kebanyakan kedai
elektrik yang saya terjumpa semua mixer yang pemukulnya
kecil sahaja. Saya ingin mencari mixer yang besar seperti
kenwood seperti yang terdapat di tempat-tempat mengajar
buat kek.
Cuba kunjungi Bake with Yen di Lrg
Hj Taib Satu kerana anda boleh membeli dari mereka dengan
harga RM2200. Selain itu, BAGUS di Taman Melewati (4106
0488) atau Shah Alam (5511 0688). Ada keluaran Taiwan harga
RM1800 yg tidak kurang eloknya.
*Ada
satu lagi Bake With Yen di Taman Megah, sebaris dengan restoran
Cina,
Fatty Crab. REstoran Fatty Crab amat popular di situ. Tanyalah
mana-mana kedai, mereka pasti tahu di manakah Fatty Crab.
Dan anda boleh menyusur dan temui Bake With Yen.
Qadaruddin,
Tganu
INGIN
MENCARI RAKANIAGA

Saya
mempunyai sebuah sykt yang terlibat dlm penjualan produk
makanan, terutamanya sosej ayam sejak 4 thn lalu. Pada masa
ini saya berasakan alangkah bagusnya jika saya mampu utk
produce my own sosej. Masalahnya ialah saya tak dapat cari
'the chef' utk membuat kerja2 processing dari daging ke
sosej siap. Saya mampu utk membuka small scale kilang. Tp
di mana dan bagaimana ttg resepi utk commercial? Sya bersedia
utk usahasama.
Cuba
hubungi:
Ultra Sepadu Sdn Bhd
2781, Jln Permata 6, Taman Permata, 53300 K.L.
Tel.no: 03 4105 1800 /4105 4800
emel: ultrasep@streamyx.com
kerana mereka pengeluar IWANNI Halal Frozen Food yg sedang
mencari rakan usahasama dll.
Hanom
abdul hamid
Batu Caves
tenghasnahanom@yahoo.com
DI
MANA NAK DAPATKAN SOS IKAN

Cara-cara
untuk membuat atau mendapatkan sos ikan yang banyak digunakan
dalam masakan Thailand. Apakah ada sos ikan halal dan kegunaan-kegunaan
lain selain dalam masakan Thailand.
SOS
IKAN banyak dijual di dalam botol di pasaraya besar. Ia
perlu melalui proses pemeraman seperti kaedah membuat kicap,
taucu dll. InsyaALLAH, sos ikan yang dijual adalah halal
tetapi pastikan anda membaca senarai bahannya. Ia selalunya
hanya ada campuran asid untuk mengekalkan rasa dan warnanya.
yem
rose
Port Klang, Selangor
kus_spiritgirl@yahoo.com
INGIN
MENGENALI BAHAN RAMUAN ICE CREAM

Saya
ingin utk cuba membuat Homemade Ice Cream, tetapi saya kurang
pasti
dgn bahan2 spt yg terdpt dlm resipi2 di bawah yg saya peroleh
dr beberapa website luar negara.
Antaranya,
apa itu:
a) Light Cream
Jenis krim yg tidak boleh diputar
menjadi keras. Ia juga dikenali sebagai
"Reduced Cream" atau "Single Cream".
Jangan keliru dengan Double/Whipping Cream.
b)
Half & Half
Campuran setengah bahagian susu segar
dengan setengah bahagian krim.
Jika 100ml 'half & half', sama dengan 50ml susu + 50
ml krim.
c)
Gelatin
Dlm bentuk serbuk atau kepingan/sheets,
pastikan anda guna jenis HALAL kerana ia diperbuat dari
tulang, cartilage dll dari sumber binatang.
d)
Liquid Splenda
Pemanis tiruan yg rasanya, tidak dijual
di Msia.
e)
Heavy Cream
Whipping atau Double Cream yg boleh
diputar untuk dibuat hiasan
pada kek, puding dll.
f)
Jack daniels whiskey
Sejenis arak jenama 'Jack Daniels'.
g)
xanthan gum
Bahan untuk "set" atau "mengeraskan".
Sukar didapati.
h)
Flour jenis apa dan dimana saya blh dapatkan bahan2 ini?
Tepung serbaguna/tepung gandum yg biasa.
Bahan boleh didapati di pasaraya besar
(krim dll), 'half-n-half' mungkin
di pasaraya Cold Storage, gelatin di kedai menjual barangan
bakery. Cuba telefon BAGUS, Seksyen 13 Shah Alam (55110688):
saya kira paling hampir dengan Klang?
mui
chico
chicomui307@yahoo.co.uk
DARK
MOIST FRUIT CAKE

Saya
nak minta recipe "Dark Moist Fruit cake" yang
sedap dan moist. I nak yang bila potong kek itu tidak pecah2
dan fruits itu tidak jatuh. I selalu buat fruit kek, bila
potong fruit nya jatuh dan keknya tidak one piece. Saya
harap puan dapat tolong saya, terima kasih.
DARK
MOIST FRUIT CAKE
450 g kismis kecil (currants)
175 g sultanas
175 g kismis
50 g ceri, dibersihkan, lap & cincang halus
50 g kulit limau campuran/mixed peel
3 camb jus epal
225 g tepung gandum
1/2 camt garam
1/4 camt serbuk pala
1/2 camb rempah kek
50 g badam, dicincang halus
225 g gula perang lembut/soft brown sugar
1 camca makan black treacle (dlm tin/botol)
225 g mentega
4 biji telur, dipukul sedikit
parutan 1 biji lemon
parutan 1 biji oren
Campur
semua buah dengan jus epal dalam mangkuk. Tutup dengan tuala
dan biar selama 12 jam. Pukul mentega dan gula hingga gebu
dan ringan. Masukkan 1 camb telur dan pukul sebati. Ulangi
memasukkan 1 camb setiap kali. Jika adunan nampak tidak
halus, masukkan sedikit tepung.
Bila
semua telur sudah dimasukkan, kaupbalikkan tepung dan rempah
lain (jangan pukul). Kemudian bubuh semua bahan lain, kacau
rata. Ratakan ke dalam tin 20 cm bulat atau 18 cm empatsegi
yg sudah dialas dengan kertas kalis minyak dan dilengser
dengan marjerin.
Balut
keliling kek dengan 2 kepingan kertas brown paper/kertas
minyak, ikat kemas. Tutup bahagian atas kek dengan 2 lapisan
kertas kalis minyak tetapi hendaklah buatkan lubang bulat
sebesar 2.5 cm di tengahnya.
Bakar kek pada rak bawah oven pada 140 C selama 4 1/2 -
4 3/4 jam dan jangan buka oven sehingga 4 jam sudah berlalu.
Nurain
Abd Karim
nurain@gasmalaysia.com
KUAH
ROJAK YANG SEDAP

Kuah
ini adalah jenis yg dimasak dan tahan lama. Utk yg biasa,
hanya digunakan petis, cili padi, belacan bakar, air asam
jawa, kacang tanah tumbuk, gula dan garam. Taburkan bijan
goreng semasa menghidangkannya.
KUAH
ROJAK
40 g cili kering, direndam air panas
40 g belacan
75 g asam jawa } perah & tapis
150 ml air }
750 g gula merah
500 ml air
125 g gula pasir
75 g petis
75 g garam
65 g karamel (boleh dibeli)
50 g tepung pemekat/tepung sos
25 g serbuk perasa
12 g sodium benzoate*
125 g kacang tanah, digoreng & kisar
Cara membuatnya
1. Kisar cili kering dengan belacan dan sedikit air.
2. Jerang cili kisar, air asam, gula merah, air, gula pasir,
petis, garam dan
karamel.
3. Kacau selalu hingga mendidih kemudian masukkan bancuhan
tepung
pemekat, serbuk perasa dan sodium benzoate.
4. Bila sos mendidih semula, bubuh kacang kisar. Kacau lagi
hingga mendidih
sekali lagi barulah diangkat dan biar sejuk.
*sejenis bahan pengawet
Jamaliah
Mat Zain
matzain.jamaliah@ansaldo-signal.com.my
SALAH
GUNA MENGUNDANG PADAH

SAYA
NAK TANYA SOALAN YG AMAT PENTING SEBAB KALU TAK BETUL PENGGUNAANNYA.
SAYA ADA MICROWAVE OVEN. SETAU SAYA IA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAIMANA
SEMUA ORG MAKLUM.
BOLEHKAH IA DIGUNAKAN UNTUK BUAT KEK/BISKUT?
Anda perlu dapatkan resepi kek/biskut
yg khas untuk microwave kerana
sukatannya memang berbeza dari resepi untuk oven biasa.
Contohnya, adunan kek untuk microwave lebih "cair"
dari kek untuk oven. Tidak rugi membeli sebuah buku resepi
khusus untuk microwave. Saya pernah memberikan beberapa
resepi sebelum ini, sila semak semula, ok?
SAYA
ADA BELI ELEKTRIK OVEN CAP PANASONIC TAPI TAK TAHU
CARA 2 MENGGUNAKANNYA.
PANGGANG
AYAM BAGAIMANA? ADAKAH MULA2 PETIK SUIS,
PASS TU PUSING OVEN HAT TULIS 200C, PASS TU BARU PUSING
MINIT DIA ATAU LAGU MANA TAKUT TAK BETUL... PADAH JADINYA.
ATAU
PUAN ADA CARA 2 SETIAP LANGKAH DEMI LANGKAH
MENGGUNAKAN OVEN ELEKTRIK. SEBAB SAYA BARU NAK BLAJAR
GUNAKAN IA ,,ORANG KAMPUNGLAH KATAKAN......
Penjual sepatutnya menerangkan dgn
terperinci dan memberikan sebuah
buku panduan yg mempunyai beberapa resepi untuk dicuba.
Jika tiada, begini panduannya:
Pastikan
anda memanaskan oven 10 minit sebelum digunakan.
(1) Petik suis letrik.
(2) Pastikan anda meletak rak di tempat yg betul. Tin berisi
kek mesti di tengah oven, jadi, raknya 1/3 dari paras bawah/lantai
oven
(3) Pusing penanda suhu (200 C utk kek/ayam panggang, 180C
utk biskut).
(4) Pusing penanda masa (campur 10 minit waktu memanaskannya).
(5) Setelah 10 minit, anda boleh masukkan bahan yg hendak
dibakar.
(6) Bila kek/ayam sudah masak, keluarkan dan kembalikan
punat ke 0 C dan masa (mungkin telah kembali ke '0'), baru
padamkan suis.
Tip:
Jika ada tumpahan pada lantai oven, lap segera dgn kain
lembab semasa oven masih panas (mudah tanggal).
Jika bahagian depan oven ada kaca, jangan tumpahkan cecair
ketika ia masih panas kerana ia mudah pecah.
Suhaily
Ramli
suhaily.ramli@tricubes.com
INGIN
AYAM YANG BERKILAT

Apakah
rahsia untuk membuat ayam untuk nasi ayam kelihatan berkilat
apabila kita menggorengnya.
Selepas menumis bahan kisar dengan
mentega dan minyak, goreng pula
beras untuk Nasi Ayam di dalamnya hingga bersalut elok dengan
campuran minyak tadi. Kemudian baru tuangkan air rebusan
ayam (panas) dan tanak seperti biasa.
INGIN
KERIA YANG TAK MELEKAT
Bagaimanakah hendak menyira kuih keria agak gulanya cantik
melekat
dengan kuih.
Pastikan
air gulanya menjadi bertali atau berbuih halus-halus (selepas
berbuih kasar) dan menjadi jernih sedikit, baru dimasukkan
kuih keria. Kacau cepat-cepat hingga gula bersaka pada kuih
tadi. Sukatan yg lazim saya gunakan adalah 115 gm gula pasir
dimasak dengan 250 ml air.
Haryani
razali
aqilah_anis@hotmail.com
MARMITE

Adakan
Marmite Halal? Bagaimanakah caranya untuk mempelbagaikan
kegunaan marmite dalam makanan bayi.
Marmite adalah dari sumber sayur-sayuran
dan mengandungi banyak zat dan garam galian. Campurkan sedikit
di dalam bubur atau sup yang sudah dimasak, tidak perlu
ditambah garam. Ia boleh juga dicampurkan di dalam bijirin
segera (Nestum, Cerelac), selepas anda melarutkan Marmite
di dalam sedikit air panas. Jangan gunakan terlalu banyak
(pada kali pertama memberi bayi) kerana bayi seringkali
mengambil masa untuk menyukai sesuatu makanan yang 'baru'.
NORMAYA
HAWAI
WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
normayahawai@yahoo.com
INGIN
BELAJAR BUAT KUIH TRADISIONAL

Adakah
kelas-kelas masakan kuih muih tradisional dijalankan di
mana-mana tempat di Kuala Lumpur? Saya amat berminat untuk
memperbaiki cara pembuatan/ masakan saya kerana saya masih
lagi lemah dan perlu untuk mempelajarinya.
Buat masa ini, saya belum ada maklumat
untuk kelas masakan kuih muih.
Jika anda pernah mengunjungi mana-mana kedai barangan bakeri
yg mengen-dalikan kelas masakan kek dll, anda boleh minta
mereka carikan seseorang yg dapat mengajar kuih muih tradisional.
Ada orang perseorangan yg seringkali dijemput oleh mereka,
bergantung pada permintaan pelanggan. Cuba
kunjungi Kolej Komuniti berhampiran Sek Men Teknik, Sg Pusu,
Gombak kerana mereka juga ada kelas-kelas khusus utk sesiapa
saja yg berminat.
Rohaida
Jasman
Petaling Jaya, Selangor.
CARA
MEMBUAT KULIT KARIPAP

Kulit
karipap yang saya buat akan saya campurkan minyak panas
untuk membuat doh dan ia lembik setelah sejuk. Bagaimana
untuk membuat doh bagi kulit karipap yang rangup walaupun
dah sejuk?
DOH
KULIT KARIPAF
250 g tepung gandum
sedikit garam
100 g majerin
75-80 ml air sejuk
Gaul
tepung, garam dan majerin hingga rata. Masukkan sedikit
demi sedikit air sejuk, uli menjadi doh. Tutup mangkuk berisi
doh dengan tuala lembap dan biar 30 minit. Canai nipis dan
terap dengan acuan bulat.
lyla
lat
lyla_bunny84@yahoo.com
CARA
MEMBUAT KULIT WANTAN & INTINYA

KULIT WANTAN
1
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan air
Ayak
tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur
dan air, uli menjadi doh. Ubah ke atas papan pencanai, uli
menjadi halus teksturnya. Belah 2 dan bungkus dengan plastik,
biar 15-30 min. Canai satu bahagian atas papan yg ditabur
tepung jagung. Canai senipis yg boleh kemudian potong bentuk
empatsegi yg sama besar. Jika mahu wantan bulat, gunakan
acuan bulat yg sesuai saiznya.
Anna
Fendi
fendi_anna@yahoo.co.uk
PUTU
MAYAM

20 helai daun pandan
500 ml air
300 g tepung beras
1 camt garam
sedikit pewarna hijau
500 g gula perang
100 g kelapa parut putih + sed garam
acuan putu mayam
Kisar
daun pandan dan air hingga halus. Letak di dalam kain maslin
dan
perahkan jusnya. Sangai tepung beras atas api perlahan hingga
panas. Angkat
dan ayak ke dalam mangkuk. Bubuh garam dan buatkan 'lubang'
di tengahnya. Masukkan jus pandan dan gaul menjadi adunan
yang tidak bergentel. Masukkan pewarna. Tuang ke dalam periuk
dan kacau atas api sederhana hingga menjadi
doh dan tidak melekat di periuk. Padamkan api dan biar doh
suam.
Jerang
air untuk mengukus. Letak sedikit doh dalam acuan putu mayam
dan tekan bentuk membulat atas bakul rotan (bulat) yg diterbalikkan
di atas
air mendidih tadi. Kukus selama 8-10 min atau hingga masak.
Angkat dan
sajikan dengan kelapa dan gula.
Nota:
Pastikan bila membentuk putu mayam, jangan ada bahagian
yang
bertindih kerana ia akan lekat.
Norhazizah
Mohd.Radzi
Johor Bahru
norhazizah@winstonengineering.com.my
TOSE

600
g beras, dibersihkan
150 g dal putih
1 camb halba
1 camb nasi sejuk
air
minyak atau minyak sapi
Rendam
beras dan dal berasingan selama 6 jam. Kisar semua bahan
kecuali
minyak hingga halus kemudian biarkan selama 8 jam atau semalaman.
Sebelum mula memasak, tambah air supaya ia pekat seperti
adunan kek sponge. Panaskan kuali leper, lengserkan dengan
minyak. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan ratakan dengan
belakang senduk. Masak selama 2-3 min kemudian angkat dan
sajikan.
Haryani
razali
aqilah_anis@hotmail.com
MULA-MULA NAIK, KEMUDIAN MENDAP!

Saya
telah mencuba resepi apam beras yang menggunakan gula merah
& gula melaka yang terdapat dalam koleksi soal jawab
masakan Alaf 21. Setelah mengikut langkah-langkah yang diberikan,
adunan tersebut naik dua kali ganda sebelum saya mengukusnya.
Selepas dikukus apam tersebut mendap daripada 5" kepada
3". Di mana silapnya ye? Adakah dengan membiarkannya
Terlalu lama menyebabkan adunan tersebut mendap selepas
dikukus?
Adunan apam seharusnya tidak terlalu
kembang sebelum dikukus kerana ia akan mengembang lagi di
dalam kepanasan wap kukusan. Perhatikan juga air kukusan
hendaklah cukup panas tetapi tidak terlalu panas hingga
apam masak 'mengejut'. Anda tidak nyatakan berapa lama anda
telah membiarkan apam tersebut (untuk kembang) kerana suhu
di dapur juga akan menentukan samada proses ini mengambil
masa sekejap atau lama.
NORMAYA
HAWAI
WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR
normayahawai@yahoo.com
MENGAPA KARIPAP SAYA MELEKAT?

Saya
berminat untuk mengusahakan karipap segera di rumah. Masalahnya
ialah
sudah banyak kali karipap saya tidak menjadi seperti karipap
segera yang dijual di kedai dan pasaraya. Apabila saya letakkan
ke dalam freezer karipap saya akan melekat antara satu sama
lain/melekat pada bekas plastik. Adakah karipap segera memerlukan
bahan untuk mengelakkan ia melekat/memerlukan packing yang
betul?
Karipap yg sudah siap hendaklah didinginbekukan
'selapis' di dalam dulang.
Bila ia cukup beku, barulah diatur di dalam bekas plastik
bertutup, pastikan satu lapisan karipap diasingkan dengan
lapisan atasnya dengan sekeping plastik
nipis. Jika anda susun terus dalam bekas plastik, ia akan
melekat bila didinginbekukan. Jika ia sudah beku, ia tidak
akan melekat lagi.
Elizabeth
lau
Sydney, Australia
elau55@yahoo.com
SOTONG
SAYA MACAM GETAH!

Saya
orang Utara yang sedang berkuliah kat Australia. Saya amat
meminati ruangan petua masakan Kak kerana rindu sajian enak
Malaysia, terutamanya 'hawker food.' Minggu lalu saya guna
resipi Kak untuk buat sotong kangkung. Tapi sedihnya sotong
rendam tu tak jadi. Saya rendam dalam air 1 liter campur
sikit (setengah camca teh) air kapur selama 30 minit tapi
sotong tak kembang dan tak lembut. Macam getah je!
(Saya
takut bubuh terlebih air kapur pasal dengar orang cakap
ia membisakan.) Kak boleh beri petua tak macam mana nak
guna air kapur?
Lagi, apa bezanya air kapur dengan air abu?
Air kapur adalah 'Slaked Lime Water'
atau 'Alkali Water' manakala air
abu ada campuran bahan kimia (sodium bicarbonate) yg khusus
untuk melem-butkan sotong kering dll bahan makanan yg sudah
dikeringkan. Jika anda masih tidak berjaya dengan cara itu,
hanya rendamkan sotong kering dengan air biasa selama 8
jam kemudian rebus dalam air mendidih hingga ia kembang.
Kaedah
ini mengambil masa yg agak lama tetapi memuaskan. Satu cara
lagi adalah mencampurkan 2 liter air dengan 2 camb soda
bikarbonat dan rendam sotong di dalam air ini hingga kembang.
Seorang
rakan dari Indonesia cakap setahunya kena pakai "air
kapur sirih bening." Apa bendanya? Bahasa Inggeris
ada nama ke?
Saya sendiri tidak pasti. Mungkin maksudnya, kapur yg selalu
dimakan dengan sirih. "Bening" bermaksud "jernih".
Laisla
Bonita
pu3xena@yahoo.com
APAKAH
ITU REMPAH LIMA?

Ia dikenali sebagai 'Five Spice Powder' dan boleh dibeli
dalam botol di kebanyakan pasaraya. Baunya agak wangi dan
warnanya kecoklatan
Bijan baker tu bijan apa?
Saya sendiri tidak pernah mendengar
jenis bijan begini. Saya kira, mungkin
ada kesilapan menaip kerana saya hanya pernah dengar 'Bijan
Bakels' iaitu sejenis bijan yg dikeluarkan oleh syarikat
Bakels. Anda boleh gantikan dengan bijan biasa atau tahini
paste (pes bijan) yg dijual di dalam botol. Tahini paste
lebih halus dan tidak perlu ditumbuk lagi.
Kamal
kamal@fpam.org.my
KURSUS
MENGHIAS KEK

Adakah puan mengendalikan kelas atau kursus menghias kek
(royal icing etc...)? Jika ya, sila beri jadual dan yuran
yang dikenakan, kerana saya berminat untuk belajar - sepenuh
masa atau secara sambilan.
Buat masa ini, saya masih "bercuti"
dari mengendalikan kelas menghias kek.
Jika anda tinggal di sekitar Lembah Kelang, anda boleh kunjungi
mana-mana kedai barangan bakeri kerana mereka juga ada menjemput
tenaga pengajar dalam hiasan kek dll. Untuk keterangan lanjut,
sila nyatakan di mana anda tinggal.
Zailan
Jaafar
zailan.jaafar@konnas.com.my
RESIPI
MEE KUNING

350g
tepung berprotin tinggi, diayak
2 biji putih telur masin
sedikit pewarna kuning
½ camb air alkali (boleh didapati di farmasi - alkaline
water)
100ml air
tepung ubi/sagu secukupnya
air untuk merebus
minyak masak secukupnya
Cara
membuatnya:
Campurkan air alkali dan air. Pukul putih telur masin dan
pewarna kuning menggunakan garfu. Gaulkan tepung dengan
campuran air dan telur tadi hingga adunan menjadi doh. Uli
di atas papan pencanai bertepung hingga doh licin (smooth).
Canaikan setebal 1 cm dan potong menjadi 4 bahagian. Taburkan
tepung ubi rata-rata (supaya ia tidak melekat) kemudian
tutup dengan sehelai tuala dapur yg bersih. Mulakan menggelek
doh dengan ketebalan maksima pada mesin mee. Selepas itu,
gelek dengan ketebalan yg sesuai untuk mee.
Kemudian,
gelek pada pemotong halus dan taburkan tepung ubi pada mee
agar ia tidak melekat. Sediakan dulang besar di bawah pemotong
agar mee itu terus ‘terbentuk’ di situ (tidak perlu memegangnya
dengan tangan). Sediakan periuk besar dengan air mendidih.
Masukkan 1 camb minyak. Bubuh mee tadi kemudian masak selama
2 minit. Angkat dan tuskan sebelum digaul dengan 1-2 camb
minyak. Biar sejuk sebelum digunakan di dalam mee goreng
atau mee rebus.
mui
chico
chicomui307@yahoo.co.uk
TAT NENAS JEM LIKAT

Saya
nak minta recipe biskut nenas yang inti nya dibalut dalam.
I nak the one that melts in your mouth punya, harap puan
dapat tolong saya. Selalu yang saya dapat itu recipe keras
dan tak rangup.
Untuk
Tat Nanas yg gebu, gunakan mentega paling mahal atau mengandungi
paling banyak krim (pure creamery butter). Jangan terlebih
masa membakar kerana ia mudah hangus dan keras.
TAT
NANAS
250 g mentega
90 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camt vanila
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
jem nanas secukupnya
2 biji kuning telur, untuk sapu
Cara
membuatnya:
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan sebiji demi
sebiji kuning telur, putar rata. Bubuh vanila dan pukul
1-2 min lagi. Gaulkan kedua-dua jenis tepung hingga menjadi
doh. Ambil sedikit, letak di dalam acuan (picit seperti
semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran sepanjang
6 cm.
Letak
jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulungkan
kemas. Atur atas tin pembakar yg sudah dilengser dan sapu
tat/biskut dengan kuning telur. Bakar pada 180 C selama
20-25 min atau hingga keemasan.
Sarah
Ibrahim
yazid67@singnet.com.sg
KENAPA
KEREPEK CEPAT LEMAU?

Saya
ingin bertanya bagaimana membuat kerepek ubi pedas sebab
kerepek
saya digoreng garing tapi cepat lemau.
Campurkan cuka semasa menumis bahan
kisar (bawang besar, bawang
merah & bawang putih serta cili kisar), kemudian bila
sambal hampir kering, masukkan gula pasir (biar lebih sedikit),
kacau sebati dan biar sambal hampir bersaka (seperti menyira
Kuih Gelang) baru dimasukkan kerepek dan dikacau cepat.
Sambal bergula yg melekat pada kerepek akan membuat ia sentiasa
rangup. Kacau hingga betul-betul kering, angkat dan biar
sejuk baru disimpan dlm bekas kedap udara.
Jamaliah
jm_7368@hotmail.com
APA
ITU GLISERIN?

Gliserin sejenis cecair jernih (seperti
air) yg digunakan di dalam kek mentega utk memberikan kelembapan.
Ia juga digunakan bila membuat Aising Fondant dan Royal
Icing.
Di
mana boleh saya mendapatnya?
Di mana-mana kedai/pasaraya yg menjual
peralatan membuat biskut/kek/roti atau Bakery Supply Shops.
Julia,
Subang Jaya , Selangor.
jauhanlah@yahoo.com
DADING
SATE PUNYALAH LIAT!

Saya
memang tahu masak sate dengan kuah kacang tapi masalahnya
sikit ajer. Masalah yang saya hadapi adalah daging sate
saya tu punya liat mengalahkan kayu balak sampai sakit gigi
mak mertua saya makan! Tolonglah puan bagi tips supaya masalah
saya selesai.
Ada
beberapa tips yg penting bila menyediakan sate:
(1)
Pastikan daging ayam dipotong nipis memanjang dan bertentang
dengan uratnya (across the grain) supaya ia mudah empuk.
(Jangan hiris mengikut atau selari dengan jalur
pada daging ayam itu).
(2) Alas mangkuk/bekas memerap dengan daun betik. Dan juga
bahagian atasnya harus ditutup dengan daun betik kerana
daun betik akan membuat sate lembut.
(3) Cara mencucuk juga penting kerana ia mesti dicucuk dengan
bahagian lebar di bawah sekali, cucuk daging ayam tadi seperti
membuat 'jelujur' pada kain dan tarik semuanya biar mampat
tetapi leper supaya mudah masak.
(4) Bahagian berlemak/kulit mesti dicucuk di bahagian tengah
lidi kerana ia akan melembabkan dan memberi rasa "berminyak"
pada sate yg sudah masak. Bahagian ini boleh dibuang ketika
memakan.
Syamsinar
Kajang, Selangor
symsyam@yahoo.com
ROJAK
MAMAK
Bahan
Cucur (Rangup):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Cara
membuatnya:
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya
hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul
dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar.
Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan
agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan.
Hiris sebelum digunakan.
Bahan
Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris
Bahan
Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Cara
membuatnya:
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan
sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah
telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan
kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan
dan kuah.
Bahan
Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka
Cara
membuatnya:
Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam
jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak,
tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar
bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan
air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian
masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi
hingga terbit minyak.
Bahan
Cucur Rangup:
5 camb tepung gandum
3 camb tepung jagung
1 camt tepung beras
1/2 camt serbuk kari
1/2 camt serbuk ketumbar
1/4 camt serbuk kunyit
1/4 camt soda bikarbonat
1 biji telur (kecil)- dipukul
1/4 tsp garam
1 camb minyak
120-130 ml air
Cara
membuat:
1. Satukan semua bahan hingga sebati.
2. Biar selama 15 minit sebelum digoreng di dalam minyak
panas (tapi jangan terlalu panas) hingga keperangan.
3. Pastikan adunan agak cair kerana tepung yg digoreng nanti
akan bertambah nipis.
Bahan
Kuah
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
3 camb minyak
2 biji bawang merah - dicincang halus
2 biji cili merah - ditumbuk/kisar
2 camt serbuk cili
3 camb gula
1/2 camb asam jawa + 2 camb air - ditapis
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus
Beberapa titik kicap hitam
Cara
membuat:
1. Kisar keledek dengan air hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, cili merah dan serbuk
cili hingga wangi.
3. Masukkan keledek kisar dan dikacau.
4. Bila mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
5. Renihkan 2-3 minit kemudian bubuh kacang kisar dan kicap
hitam. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan hingga
agak pekat.
hariyati.latiff
hariyati.latiff@perkeso.gov.my
SPAGETI CARBONARA
450
g spageti
2 camb minyak jagung
1 labu bawang besar
200 g udang sedang, dibuang kepala & kulit
115 g keju Cheddar
3 biji telur
3 camb susu segar @ 4 camb krim putar
garam, serbuk lada hitam secukupnya
3 camb hirisan daun parsli
Jerang
air yg banyak, bila mendidih, masukkan 1 camb minyak, garam
dan
spageti. Cincang bawang, panaskan minyak dan goreng bawang
hingga layu dan keemasan. Masukkan udang dan kacau hingga
udang masak. Parutkan keju.
Pukul telur dengan garfu.
Bila
udang masak, masukkan susu atau krim dan bubuh garam serta
serbuk
lada hitam. Tuskan spageti kemudian letak semula di dalam
periuk. Masukkan telur dan keju, kacau cepat. Campur dengan
bahan gorengan kemudian sajikan. Hias dengan daun parsli.
Kalthom
Suaib
kalthom62@hotmail.com
MASAKAN
PUTIH TELUR

Saya
kerap menjadikan laman ini sebagai panduan dalam mencari
tips masakan dan resepi untuk dicuba dan hasilnya tidak
mengecewakan. Puan, bolehkah puan berikan resepi yang menggunakan
putih telur sahaja supaya putih telur yang tidak digunakan
dalam sesuatu masakan boleh digunakan untuk masakan yang
lain. Sebelum ini saya gunakan putih telur ini sebagai tambahan
kepada inti murtabak.
Ramai
bertanyakan ttg kegunaan putih telur, mungkin satu hari
nanti saya akan hasilkan buku masakan menggunakan putih
telur saja....heheheh. Sejenis lagi kuih adalah Kuih Tahi
Itik, dapatkan resepinya di dalam buku Sajian Pantai Timur
yg akan diterbitkan oleh Alaf 21 tidak lama lagi. Cuba kek
& biskut di bawah:
KEK
ANGEL
25 g tepung gandum
25 g tepung jagung
150 g gula kastor
5 biji putih telur Gred A
1 camt vanila
gula aising utk ayak (hiasan)
Ayak
tepung sebanyak 3-4 kali. Putar putih telur hingga kental.
Masukkan
1 camb gula pada satu masa, putar hingga gula hancur dan
adunan menjadi pekat. Kaupbalikkan tepung dan vanila kemudian
tuangkan ke dalam tin kek angel 20 cm (berlubang di tengah
dan menurun seperti bukit di kelilingnya). Ratakan atasnya
dan bakar pada 180 C selama 35-40 min atau hingga masak.
Terbalikkan atas redai kek, biar kek sejuk dan ia akan jatuh
sendiri ke atas redai. Ayak gula aising dan sajikan.
BISKUT
RAPUH
100 g mentega
100 g gula kastor
4 biji putih telur
100 g tepung gandum, diayak
1 camt vanila
Putar
mentega dan gula hingga gebu dan ringan. Pukul putih telur
sebentar
hingga sebati, tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan
gula dan putar rata. Kaupbalikkan tepung dan vanila.
Isikan
adunan ke dalam beg aising dengan lubang bulat 1 cm dan
picit bentuk memanjang kira-kira 4-5 cm di atas tin pembakar
berlengser marjerin dan ditaburi tepung. (jarakkan kerana
ia akan mengembang & leper). Bakar pada 200 C selama
10 min. Biskut kelihatan pucat keemasan tetapi keperangan
di sekelilingnya. Ubah ke atas redai dan biar sejuk.
Ain
Aina
Kuala Terengganu
aina_chan81@yahoo.com
APAKAH
KRIM PUTAR?

Boleh
puan terangkan apakah krim putar yg selalu digunakan untuk
membuat cheese cake? Adakah ia boleh dibuat sendiri atau
kita boleh dapatkan
di pasar raya? Kalau ia boleh didapati di pasar raya apakah
jenama yg selalu digunakan untuk membuat cheese cake?
Krim putar (whipping atau double cream)
jenama ANCHOR atau PRESIDENT (dlm kotak seperti susu UHT).
Jika tiada, boleh digantikan dengan Reduced Cream NESTLE
(dlm tin). Ia boleh dibeli di pasaraya, di tempat dingin
(bersama dadih, keju dll). Anda boleh gantikan krim putar
dengan susu cair tetapi tambah 1 camca besar tepung jagung
ke dalam adunan (lazimnya untuk 2 buku atau 500 gm krim
keju).
Aida
aidaabdullah@crbc.com.my
TOPPING
KEK

Boleh
tak puan beritahu saya mcmana nak buat topping kek berperisa
mocha? Ibu saya amat gemar dgn kek yg berperisa mocha ni
especially mocha
kek yg terdapat di kedai kek king's confectionary....
"Mocha" adalah campuran
coklat dengan kopi. Jadi, hanya campurkan coffee emulco
dengan chocolate emulco di dalam adunan kek. Selain itu,
boleh gantikan dengan 1 camt serbuk kopi segera + 1 camb
air, dicampur dengan adunan yg sudah ditambah serbuk koko
(ayak dengan tepung).
Saya harap inilah resepi TOPPING" yg anda cari:
MOCHA
TOPPING
6 oz coklat kurang manis (unsweetened/bittersweet)
2/3 cawan krim putar
1/2 camt serbuk kopi segera
Hiris
halus coklat (pastikan tidak terkena air). Letak semua bahan
di dalam periuk kalis lekat (non-stick) dan kacau atas api
PERLAHAN hingga sebati dan adunan licin. Ketepikan dari
api, tuangkan ke atas kek dan biar meleleh ke bahagian tepi
keliling. Ratakan aising dengan pisau sebelum ia menjadi
keras sepenuhnya.
Manimalar
Naicker
Puchong Jaya, Selangor
the_ratnams@yahoo.com
WHERE TO GET PECTIN?

Where
can I buy pectin from? Most of the baking supplies stores
I have visited don't seem to have it.
I think you can buy PECTIN from any
chemist. Or if you happen to go to a shop selling baking
products, ask for an ingredient used for setting jams (I
presume you need it for this?). It may have some other commercially-popular
names...
Adrajasmin
Ali
Stafford, UK
adrajasmin@hotmail.com
IKAN
APA SESUAI UNTUK FISH CAKE?

Kalau
nak buat fish cake, adakah resipi dan ingredient dia berbeza?
Ikan apa yg sesuai di sini utk digunakan?
Mungkin jenis "white meat"
kerana teksturnya lebih halus dari ikan "red meat"
(jenis OILY) atau kemerah-merahan seperti mackerel. Saya
yakin pilihan terbaik
ialah TROUT, KIPPER atau HADDOCK. Maksud anda, berbeza dengan
apa?
Nor
Ashikin Ahmad
Miri Sarawak
shikin_ahmad2@yahoo.com
KENAPA
KEK SAYA TENGGELAM?

Saya
ada membuat kek mengikut resepi yang puan berikan dan langkah-langkahnya
tetapi kek saya biasanya naik dan kemudian tenggelam di
tengah, mengapa?
Mungkin
disebabkan:
(1) suhu ketuhar terlalu tinggi
(2) gula dan mentega tidak cukup gebu
(3) kek belum cukup masak/masa membakar terlalu pendek
(4) kedudukan rak iaitu sebaik-baiknya, tin kek di bahagian
tengah ketuhar
(5) terlebih penggunaan serbuk penaik
Norjuliana
Mat Arap
norjuliana@moh.gov.my
KULIT KAYU MANIS

Saya
ingin mendapatkan kulit kayu manis yg masih elok (dlm bentuk
batang).
Di manakah boleh saya dapatkan/beli kulit kayu manis tersebut?
Bolehkah puan cadangkan kedai terdekat dengan kawasan Sentul?
Pasar basah Sentul tentu saja ada
menjual kulit kayu manis dan carilah
di kedai menjual rempah ratus, di bahagian 'belakang' sedikit
dari tempat
menjual daging dll. Di pasaraya juga banyak, dan dijual
di dalam paket plastik. Jika anda pernah ke pasar Chow Kit,
anda punya lebih banyak pilihan.
Raeisah
Mustapha
raeisah@yahoo.com
MASAKAN
CINA UNTUK ORANG LEPAS BERSALIN

AYAM
KACANGMA
200 g paha ayam, dibuang tulang
30 g daun kacangma
4 ulas bawang putih }
2 batang serai } dikisar halus
1 labu bawang besar }
3 g kunyit hidup }
garam secukupnya
Goreng
kacangma dengan api perlahan hingga kekuningan. Angkat dan
perap dengan ayam dan bahan kisar serta garam selama 3 jam.
Panggang ayam di dalam ketuhar hingga masak.
Nota:
Daun kacang ma adalah sejenis herba dari Sarawak.
Fazila
Zainal
Bukit Sri Senawang, N.S
fazz234@myjaring.net
CARA
MEMBUAT KRIM PUTAR?

Bagaimanakah
cara untuk membuat krim putar?
Krim putar tidak boleh dibuat kerana
ia dalam bentuk asli (dari 'pati' susu lembu) atau bahan
kimia lainnya (bukan hasil tenusu = non-dairy whipping cream).
Ia tidak seperti dadih (yoghurt), susu masam/tairu atau
krim masam (sour cream).
Siti
Sepang, Selangor
siti@malaysiaairports.com.my
MAKANAN
UNTUK KANAK-KANAK

Anak
saya berumur 8 bulan dan 4 tahun. Boleh tak puan cadangkan
makanan yang sesuai untuk anak-anak saya
Apa kata anda berlanggan majalah Pa&Ma
kerana anda tidak akan ketandusan
idea menghidangkan makanan untuk anak-anak? Juga tidak rugi
jika saya katakan, anda wajar membeli buku-buku resepi khusus
untuk kanak-kanak. Saya kira, ada dijual di kedai-kedai
buku. Jika tiada, ada baiknya Puan mengusulkan kepada pihak
Alaf 21 untuk menerbitkan buku Aneka Makanan Bayi/Kanak-kanak
untuk memudahkan ibubapa.
Nasihat
saya, anak 4 tahun harus diberi makanan berat seperti kentang,
mee,
bihun dan makaroni. Pastikan makanan penuh warna warni dan
menarik hatinya.
Beri lebih puri buah (buat puding lembut) atau jus buah-buahan
supaya dia kurang makan gula-gula, coklat atau biskut yg
terlalu manis. Jika anda ada masa, buatkan biskut dengan
oat atau nestum kerana ia lebih tinggi serat dari biskut
berinti coklat atau yg terlalu manis.
Manakala
anak 8 bulan lebih kepada bubur nasi dengan sayur, ayam
dan daging
selain dari bijirin yang biasa di dalam tin. Kisar (jadikan
puri) tetapi jangan terlalu hancur. Beri makanan berbeza
setiap hari kerana mereka mudah jemu dengan rasa yg sama.
Jangan bubuh garam kerana ia tidak begitu digalakkan oleh
pediatrik.
Haslia
Hassan,
Jepun
liya51@yahoo.com
KEK
MEREKAH

Kemudian
saya nak tanya, kenapa kek cokelat yang saya buat selalu
merekah dah keras dan kadang2 hangus di bahagian atas? Suhu
yang saya letak 180 C selama lebih kurang sejam.
Mungkin oven anda ada elemen pemanas
di sebelah atas, itulah sebabnya ia mudah hangus. Sudah
berapa lama anda gunakan oven itu? Mungkin suhunya tidak
begitu tepat lagi. Cuba kurangkan ke 170 C dan lihat hasilnya.
Untuk mengelak bahagian atas hangus, tutup longgar dengan
foil setelah 20 min kek dimasukkan ke dalam oven. (Letak
foil atas tin, tak perlu mengemaskan bahagian tepinya).
Izatulsalwana
Sapari
Negri Sembilan
izatul.s@felda.net.my
KEK
SERING HANGUS

Apabila
saya membakar kek menggunakan microwave convection oven
(Panasonic), seringkali kek saya hangus di bahagian tepi
manakala bahagian tengahnya belum masak lagi. Sementara
menunggu bahagian tengahnya masak, kek tersebut telah merekah
di bahagian tengahnya dan mengambil masa yang
lama untuk masak. Adakah kerana acuan yang tidak cukup besar
(kek
melimpah) ataupun suhu yang terlalu tinggi.
Adakah anda menggunakan bekas empatsegi
atau bulat? Jika dalam bekas
empatsegi, anda perlu 'membungkus' keempat-empat penjuru
bekas dengan kepingan kecil aluminium foil (bungkus kemas,
bahagian berkilat di sebelah dalam). Ini akan menghalang
penjuru kek dari hangus. Seelok-eloknya, gunakan acuan yg
besar supaya kek cepat masak dan kek itu seharusnya setebal
kira-kira 5-6 cm sahaja. Cuba
dengan suhu 170 C, okey?
Halimah
Jaya,
Bangka,Indonesia.
VANGKAMEN1@aol.com
APAKAH
CRISCO ITU HALAL?

Puan saya mau tanya,apakah Crico itu bahannya halal?
Crisco adalah lemak sayuran dan sumbernya
adalah dari jagung, soya dll.
Ia adalah jenama (brand) yg sangat terkenal di Amerika.
InsyaAllah, ia halal.
Untuk pastikan, anda mesti membaca label yg tertulis pada
tinnya.
Normala
Helmi
normala_helmi@yahoo.com
TIGA
TAHUN BERMASALAH DENGAN OVEN

Saya
ada kemusykilan tentang penggunaan oven. Saya mempunyai
oven
yang perlu dilaraskan iaitu atas, tengah dan bawah. Masalahnya
ialah saya
tidak pandai menggunakan oven tersebut walaupun telah 3
tahun menggunakan-nya. Lebih-lebih lagi membuat kek. Saya
suka membuat kek coklat, tetapi terasa amat susah bila menggunakan
oven yang begini. Adalah perlu saya menukar yang lain atau
puan ada cara yang mudah untuk menggunakannya?
Selalunya, untuk membuat kek kita
hanya gunakan elemen panas dari bawah.
Jika mahu menggunakan atas dan bawah pun boleh tetapi perlu
ada "kipas" yg dapat mengimbangi suhu di dalam
oven. Untuk kek gulung pula, atas dan bawah. Juga untuk
bahulu, akok dll. Manakala biskut hanya di sebelah bawah.
Anda perlu rajin mencuba dan perhatikan sendiri untuk memastikan
apa yg terbaik. Pengeluar oven mungkin boleh membantu.
Berapakah
suhu yang sesuai untuk membakar kek dan bagaimana pula
dengan biskut? Bakar yang bahagian mana terlebih dahulu?
Suhu untuk kek adalah 190 C-200 C;
biskut pula 175 C-185 C. Pastikan kedudukan rak untuk kek
1/3 dari bawah (tin di tengah) manakala biskut boleh dimasak
di atas 2 rak sekaligus, sama jaraknya dengan bahagian bawah
dan atas oven.
Nur
Aini
Ampang, Selangor
siti_orkid@yahoo.com
KUIH QASIDAH

Saya
dapat tahu bahawa untuk membuat kuih qasidah, kita memerlukan
minyak sapi. Adakah ada pilihan lain untuk menggantikan
minyak sapi?
Anda boleh gantikan dengan marjerin.
Adakah
pilihan itu akan memberi saya rasa yang jauh beza daripada
menggunakan minyak sapi. Jika ada apakah yang perlu saya
tambah agar rasanya seakan-akan menggunakan minyak sapi.
Mungkin baunya akan berbeza kerana minyak sapi mempunyai
bau yg agak harum (pendapat sesetengah orang). Pada saya,
tiada banyak beza samada anda gunakan minyak sapi atau tidak.
Ramlah
Hj Ahmad
Ramlah@ktkm.gov.m
TEKNIK
MENGGULUNG SWISS ROLL

Harap
puan dapat memberikan saya cara menggulung swiss roll dengan
kemas.
Swiss roll mesti dibakar dgn api atas
dan bawah supaya ia cepat masak dan masih lembut supaya
mudah digulung. Buangkan sedikit bahagian sekelilingnya
sebelum menggulung. Supaya tidak melekat, bungkus kek di
dalam plastik nipis atau kertas butter paper.
Anie
Ali
anie93@yahoo.com
APA
GANTI TAWAS?

Saya
amat tertarik dgn ruangan Alaf 21. Di sini saya ada beberapa
permintaan jika puan tidak keberatan. Puan pernah memberikan
resepi Kuih Chai-Koi, bolehkah bahan lain digunakan untuk
menggantikan tawas memandang saya bimbang penggunaannya
akan menimbulkan kesan sampingan.
Apakah sebenarnya fungsi tawas dan di manakah saya boleh
dapatkan tepung
Ammonia (Kalau ada jenama sila sertakan)
Anda boleh cuba gantikan dengan soda
bikarbonat. Serbuk amonia boleh dibeli di kedai menjual
barangan bakeri. Ia dipek di dalam bungkusan kecil dan tiada
jenama khusus.
KAMZIDA
ROZILA
Hulu Langat, Selangor
kamziainman@yahoo.com
BOLEHKAH
KETUHAR BAKAR ROTI MEMBAKAR BISKUT?

Bolehkah
ketuhar yang digunakan untuk membakar roti digunakan untuk
membakar kek dan biskut? Kerana pada ketuhar tersebut hanya
terdapat masa sahaja tetapi tidak dicatatkan suhu.
Pastikan dulu suhunya dengan membeli
suhu khas untuk oven. Letak
atas rak dan panaskan oven selama 10 minit. Suhu yg tercatat
adalah
suhu yg sebenar. Lazimnya, suhu oven untuk membakar roti
boleh mencapai 280 C-300 C terutama yg khas untuk penggunaan
komersial. Untuk biskut, suhunya adalah 175 C-180 C saja.
Manakala untuk kek, 185 C-200 C.
Ain
Aina
bintanghati_ain@yahoo.com
APA
BEZA KRIM PUTAR DAN KRIM KEJU?

Ape
beza krim putar ngn krim keju? Biasanya lebih dari satu
keju untuk buat kek keju. Boleh puan terangkan skit jenis
keju yg digunakan. Kalau bole sekali dengan brand-brand
keju tersebut.
Krim putar atau whipping cream boleh
diputar hingga kental dan disapu pada kek. Ianya sangat
putih dan selalunya tidak tahan lama dan kek yg dihias mesti
disimpan di dalam peti sejuk. Contohnya, Black Forest Gateau.
Manakala
jenama krim keju atau cream cheese paling popular adalah
Philadelphia. Bentuknya blok seperti mentega (butter)
dan diletak di tempat
dingin di pasaraya. Pilihlah yg halal (jenama yg disebut
tadi, insyaAllah).
Krim
keju mesti dibiar pada suhu bilik selama 1-2 jam atau hingga
lembut
barulah dipotong kecil dan diputar hingga halus sebelum
dimasukkan gula kastor dan diputar lagi hingga gebu. Krim
putar dalam kek keju akan memberikan rasa lemak pada kek
tersebut. Jika tiada, boleh diganti dengan susu cair.
Jenis
yg dipanggil 'cheese spread' (dalam botol) tidak
boleh digunakan untuk menggantikan krim keju.
Maziah
Abu Hasan
maziahah@kkr.gov.my
RESIPI
SAYURAN

Boleh
berkongsi resipi memasak sayuran, mix vege dll.
Ada
pelbagai jenis resepi sayuran dan saya kira, tidak cukup
ruang di sini. Jadi, saya cadangkan anda dapatkan buku-buku
terbitan Alaf 21 seperti Aneka Kerabu & Sambal atau
Aneka Masakan Kampung. Anda boleh ubahsuai mengikut kesesuaian
selera anda kerana menyediakan sayur-sayuran tidaklah begitu
sukar. Contohnya, masak lemak putih boleh dibuat dengan
Keledek & Sayur Asin/Cekur Manis, kubis, petola, kacang
panjang. Mixed veg selalunya dicampur ke dalam telur dadar
atau daging kisar untuk membuat Telur Bungkus. Lazimnya,
dicelur dan disajikan dengan daging panggang atau ayam goreng.
Seandainya anda menghadapi masalah, saya akan bantu nanti.
Lailiza
Roshid Ullah
LAILIZA@mrcb.com.my
TOPPING
COKLAT

Topping
apa yg sesuai utk membaluti kek coklat lembap? Selalunya
saya
gunakan topping coklat masakan yg dicairkan bersama sedikit
minyak secara
double boiling. Jikalau saya ingin mengunakan topping sept
kek ising yg mengandungi creamwelm, butter dan gula, adakah
ianya sesuai?
Saya kira, ia sesuai juga tetapi mungkin
terlalu manis dan agak "memuakkan" kerana butter
sudah sedia berlemak. Selalunya, kek coklat lembab dihias
dengan chocolate topping atau ganache (cairkan coklat masakan
dengan krim putar/double cream)
Apakah
perbezaannya di antara bread softener dan dough softerner?
Keliru saya.
Sama saja. Hanya bread improver yg
berbeza kerana ia memendekkan masa menunggu doh naik/kembang
dua kali ganda.
Kalau
kita hendak ising kita berwarna, adakah kita gunakan pewarna
biasa atau emulco?
Dan bagaimana cara pengunaannya?
Bergantung pada jenis aising. Jika
butter icing atau fresh cream, boleh gunakan pewarna biasa
(cair) tetapi adalah lebih sesuai menggunakan pewarna pes
(dijual di dalam tiub seperti ubat gigi atau cat air). Jika
fondant icing, jangan gunakan pewarna cecair kerana ia akan
membuat fondant menjadi lembab dan susah dibentuk.
Andy
lin
andy_lin@streamyx.com
BAKING
POWDER DAN EMPLEX

Saya
nak tahu apa kah kegunaan Emplex and apa perbezaan Double
Action
baking powder dengan baking powder yg biasa.
Emplex merangupkan biskut dan selalunya
digunakan dengan tepung jagung. Baking powder adalah serbuk
penaik biasa untuk adunan kek, biskut (digunakan sedikit
saja) dll manakala Double Action Baking powder seringkali
dicampurkan ke dalam doh untuk membuat Kuih Pau kerana kekuatannya
dua kali ganda dari serbuk penaik biasa. Ia mengambil masa
yg pendek untuk bertindak ke atas doh jadi anda tidak perlu
menunggu lama.
Norini
Abas
Nottingham, UK
aexna@nottingham.ac.uk
BOM
PISANG

Puas
saya mencuba buat kuih bom pisang beberapa kali tetapi hampa
kerana
selalunyer kuih bom pisang saya tidak gelembung bulat malah
menjadi seperti kuih kodok pisang. Selalunyer adunan kuih
bom saya yg tak menjadi itu akan berakhir di dlm oven dan
dimasak sebagai kek pisang. Sungguh menghampakan. Saya harap
puan dapat memberikan resepi kuih bom pisang supaya saya
tidak kempunan lagi.
KUIH BOM PISANG
600 g pisang ranum
1 biji telur
120 ml susu segar/santan
60-70 g gula pasir
210-230 g tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
sed garam
minyak utk menggoreng
Lecek
pisang kemudian masukkan telur, susu dan gula. Ayak tepung,
soda dan garam ke dalam adunan. Kacau rata. Adunan hendaklah
agak keras; jika lembik, bentuknya tidak akan bulat. Biar
adunan selama 2 jam kemudian barulah dibentukkan bulat dan
digoreng di dalam minyak yg panas hingga keemasan. Tuskan
minyaknya.
Nota:
Sukatan tepung bergantung pada kelembapan pisang kerana
pisang yg terlalu ranum memerlukan tepung yg lebih.
Nana
ta
hasn_19@yahoo.com
SERI
MUKA TAK BERSERI MUKANYA!

Saya
suka membuat kuih lapis dan seri muka tetapi apabila masak
lapisan atas tidak rata. Terdapat bonjolan-bonjolan dan
luak-luak disebabkan semasa mengukus.Bagaimanakah cara mengukus
yang betul supaya lapisan atas tidak berbonjol?
Penyebab permukaan
'Kuih Lapis' menjadi tidak rata selepas dikukus adalah
api dapur yg terlalu kuat. Kuih yg dikukus begini (termasuk
Kuih Talam), mesti dikukus dengan api sederhana. Dengan
cara itu saja, air tidak mendidih terlalu deras dan menghasilkan
wap yg terlalu banyak. Pastikan anda membuka penutupnya
dan mengelap bahagian bawah pengukus setiap 8-10 min atau
bila anda hendak melapiskan adunan yg berwarna/putih (utk
'Kuih Lapis').
Air
di bawah penutup yg menitik ke atas permukaan kuih juga
menyebabkan ia tidak rata. Seperkara lagi yg mesti diingat
adalah, menambah air kukusan dengan air panas, BUKAN air
biasa. Namun begitu, jika anda mengukus seloyang 'Kuih Serimuka'
saja, air kukusan selalunya ditambah lagi selepas anda mengukus
lapisan pulut iaitu sebelum mengukus lapisan kedua (bahagian
'kepalanya').
Masbanu
Laili
auditor9704@yahoo.com
KOLEH
KACANG

Appreciate
it if you could give me the recipe of koleh kacang together
with tahi minyak. Tq.
Here is the recipe
especially for you and if you want some more recipes on
Malay Kuihs, do look out for 'Minuman Petang' by Alaf 21.
KOLEH
KACANG
380 g gula merah (dark brown sugar / palm sugar)
200 g granulated sugar
200 ml water
300 g tepung kacang hijau (mung bean flour)
salt to taste
1700 ml coconut milk (from 2 coconuts)
2 Tbsp oil from making 'tahi minyak'
oil for greasing pan/tin
For
'Tahi Minyak'
500 ml thick coconut milk (from 1 1/2 coconuts)
Bring to the boil the first 3 ingredients till all the sugars
have dissolved. Strain and allow to cool. In a wok, combine
the cooled syrup, tepung kacang hijau, salt and coconut
milk. Stir over low heat till mixture is thick, about 30
mins. Stir in reserved oil from 'tahi minyak' and mix well.
Then pour mixture into a greased 22 cm tin. Leave to cool
before slicing with a plastic spatula for a very smooth
cut. You may also level surface with the spatula.
For 'tahi minyak',
stick thick coconut milk over low heat (preferably in non-stick
wok or heavy-based pan) for about 1 hour or till it turns
to oil. The brownish residue that is formed is called 'tahi
minyak'.
Suzana
Abd Aziz
ms_family2003@yahoo.com
BAKING
DENGAN OVEN MICROWAVE

Sebenarnya,
saya adalah seorang yang suka memasak dan mencuba
resepi-resepi baru yang diperolehi samada dari rakan, majalah
ataupun internet. Saya sangat berbangga apabila suami dan
anak-anak memuji masakan saya walaupun pertama kali saya
mencubanya. Suami saya juga mengatakan masakan saya lebih
sedap daripada masakan ibunya sendiri dan berasa lebih
selesa kalau saya yang memasak walaupun sedang bercuti di
kampung (rumah ibunya). Di sini saya ada satu pertanyaan.
Saya mempunyai sebuah microwave tanpa fungsi "bake"
atau "oven". Bolehkah saya menggunakan microwave
tersebut untuk membakar biskut ataupun kek? Bagaimanakah
caranya?
Tahniah
kerana berjaya menambat hati keluarga dengan masakan anda
yg enak. Tidak dapat disangkal lagi bahawa masakan yg disediakan
dengan penuh kasih sayang dari air tangan seorang ibu akan
membentuk sebuah keluarga yg bahagia.
Di sini
saya sertakan satu resepi biskut yg mungkin boleh anda ubahsuai
utk rasa yg berbeza, dan juga resepi kek yg dapat dimasak
di dalam microwave.
Ada beberapa perkara yg perlu diingati jika mahu membakar
biskut di dalam microwave:
(1) Sebaik-baiknya,
bungkus doh dan simpan di dalam peti sejuk selama
1 jam sebelum dimasak. Ini akan menjamin biskut tidak terlalu
kembang.
(2) Atur biskut membentuk bulatan di atas kertas kalis minyak
kerana ini
akan menjamin penggunaan tenaga microwave yg maksima.
(3) Ubah kedudukan kertas (pusing 1/4) setiap 30 saat.
(4) Perhatikan biskut semasa memasak kerana microwave yg
berlainan
model mempunyai 'kuasa' yg berbeza.
(5) Keluarkan biskut dari microwave sebaik saja permukaannya
kelihatan kering.
(6) Pastikan biskut dibiar atas kertasnya agar ia menjadi
rangup. Jangan ubah
ke atas redai semasa biskut masih lembut.
(7) Ubah biskut ke atas redai sebaik saja masa yg ditetapkan
kerana
bahagian bawahnya akan berminyak jika dibiar terlalu lama
di atas kertas itu.
BISKUT
PEANUT BUTTER
75 g marjerin, dibiar lembut
225 g peanut butter
225 g gula perang
2 biji telur
1/2 camt soda bikarbonat
secubit garam
1/2 camt vanila
250 g tepung gandum, diayak
Gaul
semua bahan kecuali tepung hingga sebati. Kaupbalikkan tepung
hingga
rata. Bentukkan doh menjadi bebola 2 cm. Atur 6-8 bebola
atas kertas kalis minyak yg diletakkan di bawah (lantai)
microwave. Microwave pada 50% (Medium) selama 3-4 1/2 min.
Hendaklah memusingkan kertasnya setiap 30 saat. Ketepikan
kertas bersama biskut, biar 3 min sebelum diubah ke atas
redai dengan menggunakan pisau nipis (atau sudip khas).
KEK
COKLAT MUDAH
75 g mentega atau marjerin
50 g tepung naik sendiri, diayak
4 camb serbuk koko, diayak
75 g gula kastor
2 biji telur
1 camb sirap kencana (golden syrup)
Pukul semua bahan
selama 1 min dengan pemutar letrik atau hingga adunan
menjadi ringan dan gebu. Ratakan di dalam bekas kaserol
(kaca atau mangkuk khas) bulat berukuran 20 cm (utk memudahkan
bila kek mahu dikeluarkan nanti, alas dasarnya dengan plastik
nipis atau cling film).
Letak
bekas kek atas mangkuk yg diterbalikkan (dalam microwave).
Microwave
100% (High) selama 2 1/2-3 min atau hingga keliling kek
kelihatan masak. Ubah kedudukan mangkuk (pusing 1/4) dan
masak lagi selama 1 1/2 - 2 min atau hingga permukaan kek
menganjal bila disentuh (tidak lembik lagi).
Rosin
rosnba@tm.net.my
RESIPI
KAYA BALL

Saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan
laman web ini. Ruangan ini banyak membantu saya di dalam
memahirkan pengetahuan dan kemahiran memasak yang saya minati.
Saya amat meminati kuih kaya ball. puas saya cari di laman
web namun gagal. Oleh itu, saya amat berharap agar pihak
puan dapat membantu saya mengenai resipi kaya ball
Membuat 'Kuih Kaya Ball' memerlukan
acuan yg khas tetapi anda boleh cuba
menggunakan acuan 'Kuih Cara'. Utk menjimatkan masa, boleh
gunakan serikaya yg dijual di dalam tin. Serikaya yg dibuat
sendiri kadangkala tidak begitu licin seperti serikaya yg
dibeli kerana cara membuatnya di rumah memerlukan anda mengacaunya
di atas api perlahan tanpa henti hingga ia pekat dan berkilat.
SERIKAYA
10 biji kuning telur
1 camb tepung gandum
1 liter santan pekat (dari 2 biji kelapa)
250 g gula pasir
2 helai daun pandan
Pukul telur, tepung gandum dan tepung beras hingga sebati
kemudian tapiskan. Masak santan dan gula atas api perlahan
sehingga mendidih. Masukkan campuran telur dan daun pandan,
kacau perlahan-lahan atas api perlahan sehingga pekat. Sejukkan
sebelum digunakan.
Nota:
Bagi yg gemar serikaya gula merah, masak 150 g gula merah
+ 100 g gula pasir + 100 ml air hingga gula hancur. Anda
mesti kurangkan santan menjadi 900 ml saja. Prosedur lain
seperti di atas.
BATTER
250 g tepung gandum
1 camt serbuk penaik
secubit garam
125 g mentega
75 g gula kastor
4 biji telur
200 ml susu segar
1/2 camt vanila
Ayak
tepung, serbuk penaik dan garam. Putar mentega, gula dan
telur
hingga kembang. Masukkan 1/4 susu, putar sebati kemudian
masukkan 1/4 campuran tepung. Ulangi proses secara berselangseli.
Akhir sekali, masukkan vanila. Panaskan acuan, lengser dengan
sedikit minyak kemudian isikan separuh dengan adunan. Letak
sedikit serikaya dan tutup dengan adunan hingga penuh. Tutup
acuan dan masak hingga keperangan.
Manzumah
Mohamud
maizue_m@yahoo.com
BAGAI
MANA MENGIRA BERAT SESEBUAH KEK?

Kek
mempunyai berbagai-bagai bentuk daripada kecil hinggalah
yang paling besar pun ada. Bagaimanakah untuk membuat pengiraan
berat/size kek. Setahu saya untuk membuat pengiraan kita
mesti dapatkan dulu berat tepung barulah kita dapat berat
untuk bahan-bahan yang lain. Saya berharap puan dapat membantu
saya memberikan formula tersebut.
Secara asasnya, hanya perlu menimbangkan
semua bahan yg digunakan
utk membuat kek tersebut dan anda akan mendapat berat kek
yg sudah dibakar (anggaran paling hampir). Utk itu, purata
berat telur yg sering diambil adalah
60 g.
Walaupun
begitu, utk mendapatkan berat paling tepat, anda harus menimbang
kek yg sudah dimasak kerana terdapat pelbagai jenis kek
yg menggunakan beraneka bahan. Umpamanya, kek buah dan kek
yg mempunyai banyak cecair (seperti Kek Coklat Lembab) adalah
lebih berat dari Kek Mentega atau Sponge Cake walaupun saiznya
sama.
Utk
mengetahui saiz tin kek, saya berikan 2 contoh di bawah:
Tin
empatsegi 15 cm atau bulat 18 cm:
Tepung gandum-225g, serbuk penaik-1 camt,
gula kastor-175g, marjerin/mentega-175g,
telur-3 biji, susu segar 30ml.
Tin
empatsegi 20 cm atau bulat 23 cm:
Tepung gandum-450g, serbuk penaik-2camt,
gula kastor-400g, marjerin/mentega-400g,
telur- 7 biji, susu segar 55ml.
Hapizah
A.Majid
Selayang Pandang, Selangor.
hapizah@agri.moa.my
RESIPI
COLESLAW

Hris halus kobis dan campurkan dengan lobak, mayonis, thousand
island (lihat nota), garam, gula, serbuk lada sulah dan
sedikit jus lemon. Jangan digaul terlalu awal sebelum disajikan
kerana salad akan 'kehilangan' rasa rangupnya.
COLESLAW
250 g kobis, dihiris halus
750 ml air } campur, utk air garam
1 camt garam }
3 camb cuka
3 camb gula pasir
sedikit garam
200 g lobak merah, diparut
125 ml mayonis
¼ - ½ camt gula secukupnya
½ - 1 camt serbuk lada sulah/ground white pepper
1 camt jus lemon
Rendam kobis di dalam air garam selama 1 jam di dalam peti
sejuk kemudian sejatkan. Campurkan kobis dengan cuka, gula
dan garam. Biar selama 30 min. Ambil kobis saja (air diasingkan),
satukan kobis dengan parutan lobak merah, masukkan mayonis.
Gaul rata, bubuh garam (jika perlu), gula dan serbuk lada
sulah. Biar coleslaw dalam bekas bertutup di dalam peti
sejuk sebelum disajikan.
nota: Ada yg menambah sedikit Thousand Island Dressing (2-3
camb) ke dalam campuran ini untuk rasa yg berbeza.
Halimah
Anang
Tampines, Singapura.
lawha@nus.edu.sg
FRUIT CAKE SELALU MENDAP

Saya
suka membuat fruit kek dan juga coklat walnut cake, tetapi
sering
menghadapi masalah ketika membuat fruit cake semua buahnya
selalu mendap
ke bawah dan begitu juga ketika saya membuat coklat walnut
cake (saya menggunakan coklat masak yang diparut). Saya
telah cuba menggaulkan buah-buahannya dengan sedikit tepung
untuk meringankannya tetapi tetap juga menghadapi masalah
yang sama.
Ikuti
resepi Kek Buah di dalam Buku Belajar Memasak - Langkah
Demi Langkah terbitan Alaf 21 kerana terjamin buahnya akan
elok bertaburan. Selain petua menggaul tepung, anda harus
pastikan adunan agak kental (berbanding kek mentega) iaitu
sukatan tepung agak banyak. Ini akan menghalang buah dari
mendap.
Cuba
campurkan 2-3 camb tepung naik sendiri ke dalam adunan Kek
Coklat Walnat, insyaAllah coklatnya akan tersebar rata.
Anda juga boleh cuba menggantikan coklat parut dengan coklat
urai (chocolate rice). Selain itu, pastikan coklat anda
jenis yg kurang berkrim atau rendah kandungan cocoa butternya.
Jika anda gunakan coklat bittersweet atau semi-sweet (import),
coklatnya akan sempurna di seluruh kek.
Norma
norma@jurtech.com
KEREPEK
UBI JADI LEMBIK

Saya
pernah mencuba resepi kerepek ubi pedas tapi bila disira
dgn lada jd lemau dan lembik. so kalau bole bglah tahu cara
yg betul utk menyira kerepek menggunakan lada. Saya jg ingin
jasa baik Puan Norzailina utk memberikan beberapa resepi
kerepek @ makanan ringan yg menggunakan ubi,kentang, kulit
popia @ apa2 sajelah.
Pastikan sambal anda benar-benar kering
sebelum mencampurkan dengan
kerepek yg sudah digoreng rangup. Jika ia masih "basah",
airnya akan menyerap
ke dalam ubi itu dan membuatkannya "lembik" atau
lemau. Masukkan juga sedikit cuka (ganti air asam jawa)
dan lebihkan gulanya kerana ini akan menjamin kerepek bersira
sambal itu kekal rangup. Anda boleh mendapatkan resepi pelbagai
jenis kerepek/snek/makanan ringan/rangup di dalam buku Aneka
Snek terbitan Alaf 21.
Siti
Atika Sabran
Kota Kinabalu, Sabah
SitiAtika.Sabran@sabah.gov.my
MENGAPA
KEK LEMBAB DI TENGAH?

Apabila
saya membuat kek suatu ketika dulu kek tu masak tapi dia
lembap di tengah ada kesan minyak semacam tidak cukup masak,
tolong beritau apakah sebabnya?
Mungkin suhu oven tidak mencukupi
dan masa memasak terlalu pendek.
Kek yg lembab di tengah menunjukkan sukatan mentega terlampau
banyak atau anda telah membiarkan mentega terlalu lama di
luar (ia menjadi cair sedikit).
Tambah
3-4 camb tepung naik sendiri, insyaAllah kek akan kembang
elok.
Jika permukaan kek menjadi keperangan terlalu cepat, tutup
longgar dengan kertas timah (aluminium foil) sehingga kek
masak. Pastikan guna api atas dan bawah hanya jika anda
memasang "kipas" pada dinding belakang oven. Jika
tiada kipas, memadai menggunakan api bawah saja, suhu 190
C.
Gurl
Girls
e_ogurl08@yahoo.com
KENAPA
KEK PISANG SAYA PECAH?

Boleh
puan berikan resepi untuk mebuat kek pisang. Sebelum ni
sye pernah
membuatnye menggunakan pisang putar tp keknya turun semula
dan pecah-pecah.
Kemungkinan pisang yg anda gunakan
"terlalu" ranum. Pisang sebegini
kandungan asidnya tinggi dan anda perlu menambah 2-3 camb
tepung naik
sendiri supaya adunan menjadi keras sedikit. Permukaan kek
tidak rata kerana suhu oven terlalu tinggi. Pastikan tin
kek berada di rak tengah dan gunakan pemanas dari bawah
saja. Jika anda menggunakan oven jenis bulat, turunkan suhunya
sedikit kerana sesetengah jenis oven memang terlalu panas
(tidak
tepat 190 C atau 200 C).
Sudan
Ajang
Miri, Sarawak.
sudana@utusansarawak.com.my
KECIWA
KUIH TAK MENJADI

Saya
keciwa kerana rempeyek saya tebal dan lembut seperti cucur
badak manakala buah rotan saya pula melompat dari kuali
semasa dimasak
(meletup-letup) seperti pop corn. Buat pengetahuan puan,
saya mengikut sukatan selain menggunakan peralatan memasak
yang sesuai. Mungkin puan ada lagi resepi/petua yang lain
selain di dalam buku berkenaan, kerana saya
merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Rempeyek - adakah
anda gunakan acuan yg bulat dan leper? Untuk
mendapatkan rempeyek yg nipis dan rangup, saya sering menggunakan
2 kuali, satu jenis leper dan rata dasarnya (sedikit minyak
saja), manakala satu lagi dengan kuali melengkung dengan
minyak yg banyak. Bubuh bancuhan berkacang di dalam kuali
leper (ia akan menjadi nipis bila kuali digoyangkan sedikit)
dan setelah "set" atau warna bancuhan berubah,
alih ke dalam minyak panas dan goreng hingga keemasan.
Buah
rotan - kemungkinan anda membiarkan doh terlalu
lama sebelum menggorengnya. Pastikan minyak tidak terlalu
panas kerana kuih ini akan
masak "terkejut" dan itulah antara sebab ia "meletup".
Mulakan menggoreng dengan minyak sederhana panas baru dikuatkan
api dan goreng. Pastikan juga minyaknya banyak dan kuih
tenggelam sepenuhnya.
Hany
Yusof
iffendi81@yahoo.com
TAU
FOO FAH PECAH-PECAH

Saya
sudah mencuba membuat tau fu fah. Cuma masalahnya sekarang
tau fu fah itu tidak sekata padatnya. Ianya berpecah-pecah
& kalau boleh bagaimana hendak menjadikan tau fu fah
itu cantik seperti yg selalu dibeli di gerai. Satu lagi
soalan, adakah kita perlukan kacang soya yg berkualiti apabila
hendak membuatnya?
Kacang soya yg baik mutunya tentu
akan menghasilkan susu yg lebih lemak dan sedap serta wangi.
Ini akan menentukan hasil Taufufah anda. Untuk menjadikan
ia lebih lembut, berkilat dan lebih enak, gantikan siako
(serbuk batu benang sila/gypsum powder) dengan serbuk GHL
(Glucono-delta-lactose) yg boleh dibeli di kedai barangan
bakeri.
Adrajasmin
Ali
Stafford, UK
adrajasmin@hotmail.com
OLE-OLE
DARI ENGLAND

Tak
lama lagi saya nak balik bercuti dan saya ingin dapatkan
pandangan
dari puan, rempah atau apa2 bahan makanan yg elok utk saya
bawa pulang utk keluarga dan bakal mertua saya? Saya diberitahu
rempah kebab shan's agak bagus utk dibawa balik. Bagaimana
pulak dgn vinegar, olive atau jem atau rempah2 lain utk
beriani etc... Puan ada cadangan?
Belilah sesuatu yg sukar didapati
di sini. Contohnya, jem strawberi dari
buah-buahan asli (fresh). Olive oil jarang digunakan kecuali
anda suka makan
salad (untuk dressing). Chocolate juga murah tapi pastikan
lecithin dari
sumber kimia (halal).
Ilah
deliburger84@yahoo.com
BEZA
BAHULU BAKAR DAN KUKUS

Biasanya
bahulu dibakar. Tetapi bolehkah kali ini bahulu dikukus?
Saya agak, boleh. Resepi puding kukus sama juga dengan resepi
bahulu yg menggunakan telur, gula dan tepung. Apakah perbezaannya
antara bahulu baker dan bahulu kukus?
Jenis bakar lebih garing dan berwarna
keperangan manakala jika dibakar,
hanya kekuningan (warna asal). Kelembutannya juga berbeza
kerana jenis
kukus tentulah lebih lembut.
Apakah perbezaan antara kaedah pembakaran
dan pengkukusan?
Kaedah membakar pada suhu yg ditentukan
sendiri, contohnya 200 C.
Manakala mengukus (biasa) tiada suhu tetap. Jadi, sukar
juga untuk menda-
patkan bahulu yg elok kembangnya kerana sekiranya pengukus
tidak cukup
panas wapnya, bahulu tidak dapat kembang dengan sempurna.
Nor
norhazizah@winstonengineering.com.my
KENAPA
ROTI SAYA LEMBUT SEKEJAP AJE?

Bagaimana
caranya untuk membuat roti manis yg lembut dan gebu dan
bila saya membuatnya, roti ini hanya lembut sekejap sahaja.
Adakah anda menggunakan Bread Improver
dan Bread Softener? Membuat roti memerlukan sedikit "pengetahuan"
dan "kemahiran". Malah anda juga disarankan menggunakan
garam import jenama CEREBOS supaya roti mudah kembang dan
gebu. Selain itu, jika adunan diuli dengan mesin planetary
(paling bagus membuat roti dengan cara ini), air yang digunakan
mestilah air dari peti sejuk (bukan air ais).
Aida
aidaabdullah@crbc.com.my
SOALJAWAB
TENTANG GULA
Brown sugar &
gula biasa utk membuat kuih manakah yg lebih manis?
Brown sugar tidak diproses untuk menjadikan
ia putih spt gula biasa, jadi ia adalah lebih menyihatkan,
terutama Demerara Sugar.
Saya mempunyai
resipi choc chip cookies... tapi menggunakan castor sugar
sepenuhnya. Boleh ke saya gantikan dgn brown sugar mengikut
sukatan yg sama?
Boleh. Selalunya, choc chip cookies
menggunakan brown sugar utk memberikan warna yg lebih "gelap"
setelah ia masak.
Dan sekiranya
ada resipi yg menggunakan kedua2 gula ini, boleh ke saya
gantikan dgn brown sugar sepenuhnya?
Bergantung kepada resepi juga tetapi
saya rasa, tekstur biskut yg menggunakan brown sugar tidak
sehalus menggunakan caster sugar. Kini kebanyakan biskut
menggunakan icing sugar yg dpt merangupkannya.
Saya
rasa guna brown sugar choc. chip cookies rasanye lebih enak.
Memang benar dan spt yg saya katakan
tadi, jarang choc chip cookies yg tidak
menggunakan brown sugar.
Shuhaila
shaari
Padang Serai, Kedah
shunani2003@yahoo.com

Bolehkah
Puan beri resepi Bihun Goreng Singapore yang bewarna putih
dan digoreng bersama lada.
BIHUN
SINGAPURA
300
g bihun
400 udang sedang, dikupas & dicincang halus
3 camb minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
250 g dada ayam, dihiris memanjang
5-6 batang sawi, dihiris
2 camb kicap cair
1 camb sos tiram
gula, garam secukupnya
1 camt serbuk lada sulah
150 g taugeh, dibuang ekor
6 tangkai daun bawang, dihiris 3 cm
Cara
membuatnya
1. Celur bihun di dalam air mendidih selama 5 min atau hingga
lembut sebelum disejat.
2. Panaskan minyak, masukkan isi udang, bawang putih dan
ayam. Kacau selama 2 min atau hingga masak.
3. Masukkan sawi, kicap, sos tiram, gula dan garam.
4. Renjiskan air dan kacau 2 min. Bubuh pula bihun. Kacau
rata.
5. Kemudian masukkan taugeh dan serbuk lada sulah. Kacau
sebati sebelum diangkat dan ditaburkan dengan daun bawang.
Nur
aini
siti_orkid@yahoo.com

KENTANG
PUTAR ALA-ALA KFC
Saya
telah mencuba untuk membuat mashed potato tetapi kenapa
rasanya
jauh berbeza daripada yang saya makan di KFC? Rasanya sedikit
masam. Saya cuba mengenalpasti di manakah silapnya dan saya
dapati rupanya brown source yang dijual di dalam botol yang
saya beli di pasaran itu yang memberikan rasa masam. Jadi
bagaimana puan harus saya lakukan?
Untuk pengetahuan puan cairan brown source itu saya pekatkan
diatas api
dengan mencampurkan sedikit lada hitam, garam, gula dan
air. Apabila ia pekat saya tuangkan keatas ubi kentang rebus
yang telah di lenyek. Jika cara saya ini salah harap puan
dapat perbetulkan. Terima kasih.
SOS
KENTANG PUTAR
600ml air rebusan ayam/daging
1 batang salderi, dicincang halus
1 labu bawang besar Spanish (putih), dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 camb tomato sos
1 camb sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk 'mewarna' sos)
garam & serbuk lada hitam secukupnya
Jerang
air rebusan dengan salderi, bawang hingga mendidih. Perlahankan
api
dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk. Cairkan mentega
di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan
hingga tidak melekat pada tepi periuk. Masukkan air rebusan
tadi dan kacau hingga tidak bergentel. Masukkan tomato sos
dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian
renihkan hingga pekat. Tambah kicap pekat agar sos kecoklatan.
Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Nota:
Jika kuah terlalu pekat, tambah sedikit air mendidih
dan kacau.
Roslina
Adenan
rosourina@yahoo.com

KULIT
POPIA BUATAN SENDIRI
SAYA
DAN KELUARGA AMAT MEMINATI KUIH POPIA BASAH. TETAPI SAYA
TIDAK TAHU CARA -CARA BAGAIMANA CARA HENDAK MEMBUAT KULIT
POPIA ITU.DIHARAP PUAN DAPAT MEMBANTU SAYA.
Ada beberapa cara dan resepi membuat
kulit popia basah.
Antara
yg paling mudah:
Gaulkan tepung gandum dengan air hingga menjadi doh yang
halus dan licin serta
menganjal (bila diangkat ia seperti 'bergetah'). Panaskan
kuali, 'angkat' doh dan layangkan di atas kuali. Pastikan
ia dilakukan pantas dan nipis. Bila sekelilingnya nampak
kering, bolehlah diangkat. Tekniknya sangat sukar jika tidak
biasa dan jari mungkin melepuh. Oleh itu, berhati-hatilah.
Cara lain ada dalam SJ tetapi caranya mendadar seperti membuat
dadar biasa.
Shaz
Azza
Simpang Rengam Johor
azza2617@yahoo.com

REMPAH LIMA
Saya
nak tanya mengenai sos kuah yong tau foo. Saya ingin tahu
apakah yg dimaksudkan dgn rempah lima tersebut.
Rempah lima terdiri dari campuran
lada sulah, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
dan bunga cengkih. Ia boleh dibeli di dalam paket, di pasaraya
besar. Hanya gunakan sedikit sahaja untuk aromanya.
lyla
lat
Kg. Baru
lyla_bunny84@yahoo.com

KELAJUAN
MEMUKUL TELUR
Sebenarnya kurang
pasti apakah kelajuaan yang sebenarnya untuk memukul telur,
mentega, gula dan sebagainya untuk membuat biskut dan kek.Yang
saya tahu tepung tidak boleh dipukul laju. Walaupun kek
saya menjadi tetapi ia tidak naik sepenuh nya. Harap puan
boleh membantu saya.
Untuk membuat biskut, memadai dengan
memukul perlahan hingga sebati. Tidak perlu menggunakan
mesin kecuali ingin menyediakan dalam kuantiti yg banyak.
Manakala
untuk kek pula, pasti ia dipukul perlahan hingga sebati
kemudian dipukul tahap sederhana selama 3-4 min sebelum
diputar maksima selama 6-7 min atau hingga adunan kelihatan
gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak mengambil
masa terlalu lama.
Jika
jenis hand mixer, anda perlu memastikan gula hancur dan
tidak nampak berbiji baru dimasukkan sebiji demi sebiji
telur. Pastikan adunan dipukul rata setelah memasukan telur
setiap kali. Bila masukkan tepung, memadai perlahan saja,
bubuh berselangseli dengan cecair (susu, jus dll).
ct
paying
Kuching, Sarawak
ismahani74@hotmail.com

AYAM
GORENG ALA-ALA KFC
12
keping kepak ayam
bahan salut/batter (gunakan 'tempura mix' di dlm kotak,
hanya bancuh dengan air)
serbuk roti (jenis putih atau kuning, dibeli di pasaraya)
minyak gorengan (deep-fryer, lebih elok jenis eletrik kerana
suhu kepanasan yg setara, tidak seperti kuali biasa dengan
dapur gas)
Perap
sedikit garam
1/2 camt gula halus
1/2 camt serbuk lada sulah
1 camt kicap cair
3 ulas bawang merah - dikisar halus
2 ulas bawang putih - "
2 cm halia - "
Perap
ayam dengan bahan pemerap selama 1 jam. Celup dengan tepung
salut kemudian golek di dalam serbuk roti. Goreng hingga
keemasan.
Siti
Fazilah Ishak
Thamesmead, London
fauzisiti@yahoo.co.uk

LIDAH
MASAK MERAH
Terima
kasih Kak Zai diatas usaha yg banyak memberi manafaat kpd
masyarakat M'sia. Baru-baru ni saya memesan banyak buku
keluaran Alaf 21 ke sini. Sementara menanti buku-buku tu
sampai, saya ingin bertanya tentang resepi/cara memasak
LIDAH MASAK MERAH. Terima kasih.
Saya
kira, LIDAH yg anda beli itu sudah diproses oleh butcher
kerana agak sukar juga hendak menyediakan ia utk dimasak.
Ia perlu dikikis supaya tidak kesat, membuang lapisan atasnya
dan direbus hingga empuk sebelum dihiris.
LIDAH MASAK MERAH
500 g lidah (sedia dimasak)
100 ml minyak
2 ulas bawang putih, dicincang halus
6 tangkai daun bawang, dihiris 3 cm
2 labu bawang besar, dihiris bulat
2 biji tomato, dibelah 6
2 biji cili merah, dihiris serong
4-5 biji cili padi, dititik jika suka pedas
Bahan
Sos
200 ml air
1 camt serbuk belacan
4 biji cili merah, dikisar halus
2 camb sos ikan
80 ml sos tomato
100 ml sos cili
gula, garam secukupnya
Bahan
Pemekat
1 camb tepung jagung
3 camb air
Panaskan
minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bahan
sos, kacau rata-rata. Bila mendidih dan terbit bau, tuangkan
bahan pemekat dan kacau 1 min. Bubuh pula lidah, bawang
besar, daun bawang dan semua bahan lain. Kacau hingga lidah
bersalut elok dengan kuahnya.
NoorulBaiyinah,
Brunei
baiyinah@brunet.bn

MENGGANTI
BEER DALAM MASAKAN
Saya
ingin sangat mencuba resipi fish & chips yang menggunakan
"beer batter". Apakah yang boleh saya
gantikan dengan "beer" dalam resipi tersebut?
Anda boleh gantikan dengan Ice-cream
Soda atau Apple Juice. Saya tidak pasti tentang Ginger Beer
(ada orang kata, boleh minum...? atau yg dijual di Restoran
A&W) atau sejenis lagi minuman berkarbonat yg dibuat
dari malt (sejenis bijirin).
Hazlynn,
andy_lin@streamyx.com

KEGUNAAN
EMPLEX & BAKING POWDER
Saya
nak tahu apa kah kegunaan Emplex and apa perbezaan Double
Action baking powder dengan baking powder yg biasa.
Emplex merangupkan biskut dan selalunya
digunakan dengan tepung jagung. Baking powder adalah serbuk
penaik biasa untuk adunan kek, biskut (digunakan sedikit
saja) dll manakala Double Action Baking powder seringkali
dicampurkan ke dalam doh untuk membuat Kuih Pau kerana kekuatannya
dua kali ganda dari serbuk penaik biasa. Ia mengambil masa
yg pendek untuk bertindak ke atas doh jadi anda tidak perlu
menunggu lama.
Shiew
Peng Teh
steh@nalco.com

APA
ITU DADIH?
Refer to your
buku Masakan India, pls confirm what is Dadih and Krim Pekat?
Dadih
is YOGHURT (use plain flavoured). You can also use Soured
Cream sold in tubs or Krim Masam. Krim pekat is THICK CREAM.
You may use REDUCED NESTLE CREAM sold in small tins or Whipping
Cream sold in cartons along with cheese (open freezer compartment)
etc.
Zaleha
Yahaya
Bukit Keramat, KL
zalehayh@simenet.com

APA ITU THICKENED CREAM?
Saya
ada membeli buku resepi cheese cake. Didalam buku resepi
itu bahan yang diperlukan adalah thickened cream untuk membuat
cheesecake dingin dan dan whipped cream untuk membuat cheesecake
bakar. Apakah thickened cream itu? Apa bezanya dengan whipped
cream.
Thickened
cream boleh digantikan
dengan Reduced Cream yg dijual di dalam tin kecil
(keluaran Nestle). Ia tidak boleh diputar menjadi keras.
Selalunya dihidangkan dengan buah-buahan atau aiskrim.
Whipped
cream atau dikenali sebagai Double Cream adalah jenis krim
yg boleh diputar untuk menghias kek (Fresh Cream Cakes).
Jika tiada Thickened Cream, boleh diganti dengan Whipped
Cream (untuk dimasukkan ke dalam adunan, bukan untuk diputar
sebagai hiasan).
Nur
aini
Ampang, Selangor
siti_orkid@yahoo.com

SOTONG
GORENG TAK RANGUP
Terima
kasih banyak-banyak Pn. kerana telah mengirim resepi yang
telah saya
minta dahulu. Saya sangat berbesar hati kerana, sebelum
ini saya sudah beberapa kali mengemelkan soalan saya kepada
pakar masakan yang lain tetapi belum ada maklumbalas. Jika
tidak keberatan bolehle Pn. menjadi pakar rujuk dalam masakan
saya ini ye! Saya ada beberapa soalan:
Apakah
bahan yang diperlukan untuk membuat sotong goreng rangup?
Saya pernah mencuba resepi yang ditontonkan di TV. Ramuannya
dan cara hendak menggoreng semua saya ikut tetapi kenapa
apabila sudah digoreng tepung itu tidak kembang (tidak seperti
tepung yang menyaluti pisang goreng), tidak rangup, tepungnya
lembik dan makan minyak. Tepungnya juga berderai ketika
digoreng. Peliknya semasa ia ditontonkan ia kelihatan menjadi,
tetapi apabila saya mencuba ia tidak menjadi.
Saya
rasa, masalahnya adalah minyak yang tidak cukup panas. Minyak
juga mesti banyak supaya sotong terendam ketika digoreng.
Ini akan mengurangkan ia 'meletup'. Selain itu, pastikan
ia cukup kering sebelum disalut dengan 'batter'/adunan tepung.
Jika anda ikuti betul-betul resepi dari tv, saya rasa ia
tetap akan jadi.
Sewaktu
hendak menggoreng, adakah saya harus memasukkan satu demi
satu potongan atau ia boleh dimasukkan dalam kautiti yang
banyak?
Cuma pastikan sotong boleh tenggelam semuanya. Sebaik-baiknya
goreng di dalam periuk berdasar tebal supaya kepanasan sekata
dan sotong hendaklah terapung-apung, bukan melekat pada
dasarnya yang akan membuat ia tertanggal dari salutnya.
Saya
pernah makan suatu hidangan daripada masakan Cina iaitu
masakan
ketam. Masakan itu tidak berkuah kelihatan ianya digoreng
dan terasa pedas
lada hitam. Jika Pn tahu resipi yang saya maksudkan boleh
Pn. Sertakan?.
Saya kurang pasti tetapi apa kata
jika anda dapatkan buku resepi Aneka Masakan Cina terbitan
Alaf 21? InsyaAllah, ada resepi yg anda cari itu. Dan ada
44 jenis lain yg dapat anda pelajari dan praktikkan di rumah.
Tania
Pawanteh
Kuala Lumpur
tpawanteh@hotmail.com

BUKU
RESIPI ALAF 21 DIHARGAI
I
came across your site this morning while 'googling' for
info on tau fu fa.
As it turns out, I found a goldmine of recipes and useful
info in the form of your webpage. I have bookmarked it and
hopefully it will become a good reference point for me,
particularly for traditional Malay kuih.
Before coming across your website, I had bought several
recipe books
published by Alaf 21, particularly those concerning traditional
Malay cooking (especially kuih). I am a keen cook, and although
I can cook almost anything, I am still a learner when it
comes to kuih muih. I believe that you can play around with
ingredients for 'savoury' recipes to a certain extent, but
for traditional kuih, having the right recipe from a reliable
source is important to the outcome. Of course trial and
error is part of the learning process. So far, I have found
that your kuih recipes are quite accurate and produce satisfactory,
or rather, excellent results.
I am also happy to have found somebody who can give me answers
to some questions I have. Where can I buy chocolate decorations
for cakes like the ones
used by hotels and bakeries (like spirals, chocolate flowers
etc made from both white and dark)? I was sure they were
sold by baking supply shops, but I have
been to one in Ulu Kelang and one in Alor Star (the one
in Alor Star has a
bakery which has cakes decorated with them) but I didn't
come across
them. I am pretty sure they don't make them themselves!
(I might be
wrong). Thanks in advance. Keep up the good work.
Oh yes, they do make it themselves
or have other people make it for them.
I have not come across the ones (flowers etc) that you mentioned
in Lembah Kelang although I've been to several shops. Chocolates
(plain or white) are quite easy to handle if you know the
method. You may even deep wafer roses in melted white or
dark chocolate and leave them to set (to get chocolate roses).
The melted chocolate can also be piped into rosettes (similar
to piping petals for butter icing). You can even make marbled
effect chocolate with plain and white chocolate on a marble
slab and once set, use a cookie cutter to cut out different
shapes.
Thanks for your support.....
Haslinah
haslinah@hcme.com.my
Pn
Zailina, saya ingin belajar membuat pastry dan kek, saya
ingin belajar ditempat yang pembelajarannya adalah berasaskan
praktikal sahaja bukannya di kolej2 atau UiTM.
Anda
boleh hubungi pejabat MARA atau MARDI yg berdekatan dengan
tempat tinggal kerana mereka ada menyediakan kursus yg anda
hajati. Atau anda boleh kunjungi mana-mana kedai peralatan
bakery kerana mereka juga mengadakan kelas-kelas membuat
pastry/kek. Jika anda nyatakan tempat tinggal, saya boleh
berikan nombor telefon kedai yg berhampiran dengan tempat
anda.
Eyta
Kay
putri8282@yahoo.com
PULUT
DAKAP
280 g pulut,
direndam semalaman
125 ml pati santan (1/2 kelapa)
2 camb gula
sedikit garam
6 biji pisang abu/awak ranum, dibelah 2 memanjang
12 helai daun pisang berukuran 20x15 cm.
tali hemp untuk mengikat
Cara
membuat:
1. Kukus pulut hingga ¾ masak. Letak di dalam mangkuk.
2. Campurkan santan, gula dan garam, gaul dengan pulut rata-rata.
3. Kukus lagi selama 20 minit. Angkat dan sudukan sedikit
secara
memanjang ke atas daun pisang.
4. Letak sekeping pisang di atas pulut. Bungkus kemas seperti
lepat.
5. Tangkup dua bungkusan (bahagian bawah bertemu) dan ikat
dengan tali
pada 2 bahagian.
6. Kukus selama 15 minit kemudian sajikan.
Norhayati
Shaari
yati@akira.com.my
APA
ITU MARVELLO?

Bolehkah
puan terangkan apa itu 'marvello' yang digunakan dalam membuat
aising untuk menghias kek?
Marvello adalah sejenis bahan yg ada
campuran membuat krim yg lengkap.
Anda hanya perlu mencampurkan sukatan separuh mentega dan
gula aising secukup manis, kemudian putar hingga krim menjadi
ringan dan gebu serta lebih putih. Namun begitu, eloklah
dapatkan panduan khusus dari pekedai kerana ada pelbagai
jenama marvello di pasaran. Pembekal akan memberikan resepinya
sekali. Ada sejenis lagi "krim" yg dinamakan KRIMWELL
dan fungsinya sama juga dengan marvello.
Dr
Khaulah Sulaiman
Univ. Malaya, KL
khaulah@um.edu.my
MENCARI
GELATIN HALAL

Di
mana saya boleh beli (dalam kuantiti kecil) gelatin halal
untuk kegunaan dalam masakan kek dan membuat ais-krim. Saya
dapati Halagel Sdn. Bhd. jual gelatin halal ini seberat
25 kilogram/pek.
Sila
kunjungi mana-mana kedai membekal bahan bakeri. Paling dekat
dgn Univ Malaya mungkin Bake with Yen di Lrg Hj Taib Satu.
Ada pek 50 gm 100 gm.
Jika mahu lebih, mungkin pekedai akan pek bungkusan berasingan.
Selain itu,
ada kedai Bagus di Tmn Melewati (blok belakang Maybank).
Zaleha
Yahaya
Bukit Keramat, KL
zalehayh@simenet.com
JENIS
GLAZE UNTUK KEK

Apakah
jenis glaze yang disapu diatas kek supaya nampak berkilat
dan basah?
Boleh tak Puan berikan resepi glaze ini?
Glaze yg digunakan adalah Apricot
Glaze yg dijual di dalam bekas plastik
di kedai membekal peralatan bakeri. Panaskan sebentar dengan
sedikit air hingga
larut dan sapu di atas kek atau hiasan menggunakan buah-buahan.
Bake with Yen
di Lrg Haji Taib Satu ada menjualnya.
Salbiah
sal154@streamyx.com
MENCARI
OVALETTE HALAL

A,kum
puan, saya ingin tahu mengenai bahan cake emulsifier spt.
“ovalette” dan
quick 75. Ada setengah pekedai kek cina mengatakan bahawa
ianya tidak boleh dimakan kerana ianya di buat drpd bahan
atau lemak binatang yang tidak halal dimakan. Saya ingin
tahu adakah ovalette itu sejenis lemak atau di buat dari
bahan kimia yang di gunakan utk. menjadikan kek gebu?saya
berharap pihak puan dapat menjelaskan kepada saya.
Setahu saya, ovalette atau emulsifier
kek adalah diperbuat dari bahan soya
dan juga campuran bahan kimia. InsyaAllah, ia halal dimakan.
Namun begitu,
mungkin ada bahan ini dihasilkan oleh syarikat tertentu
(atau negara) yg berjenama berbeza dan perkara ini hanya
boleh disahkan oleh pekedai tersebut. Minta mereka tunjukkan
tin atau paket dan anda boleh membaca senarai bahan yg tertera
di situ. Jika bahan-bahan yg mempunyai tanda 'E' seperti
E203 dll, ia adalah bahan kimia.
Hairizah
Khairuddin
Hairizah_Khairuddin@Fosroc.com
SOS
CHICKEN CHOP

Saya
selalu masuk laman web alaf tapi tak pernah masuk kolum
memasak ni. Tapi kawan saya selalu cakap cuba dulu resepi
yg ada dalam kolum puan pasti menyeronokkan. Saya cuba dan
menjadi. Tapi saya masih belum jumpa resepi sos untuk "chicken
chop". Boleh tak puan beri kan resepi yang mudah dan
sedap untuk set "Chicken Chop?"
SOS
CHICKEN CHOP
3 camb minyak
100 g bawang besar
100 g batang saderi (celery)
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
550-600 ml air
1 camb herba campuran (mixed herbs)
1 camt serbuk lada hitam
1 kiub stok ayam
2-3 camb kicap pekat/hitam (utk warna)
1/2 tin cendawan butang (dihiris halus)
Panaskan
minyak, goreng bawang dan saderi hingga layu. Angkat dan
kisar dlm
food processor hingga halus. Cairkan mentega dan masukkan
tepung. Kacau atas api perlahan selama 2 min. Bubuh bawang
kisar dan semua bahan lain. Kacau hingga mendidih dan sosnya
pekat.
Abd.
Rahman Salim
Pelabuhan Klang, Selangor
Ramonsalem@bluehyppo.com
SAMBAL
LAKSA SARAWAK

Saya
ingin mendapatkan pertolongan dari Puan bagaimana untuk
membuat
sambal/paste laksa Sarawak ? Mengikut pengalaman saya kuah
laksa Sarawak
ada sedikit bau bauan seperti Makjun.
REMPAH
LAKSA SARAWAK
(dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering, dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 btg serai
1 1/2 cm kiub belacan
1/2 cawan kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1/2 cawan bijan, digoreng tanpa minyak
Nota:
Bahan kering seperti kacang tanah dan bijan hendaklah
dikisar dengan pengisar serbuk (coffee grinder).
Saya kurang pasti apakah bahan yg seperti MAKJUN tetapi
pes di atas kurang sedikit baunya dan mungkin dapat "diterima"
oleh citarasa kebanyakan orang.
Musripun
Nangim
Kg. Baru, KL
musripun@yahoo.com
KELAS
MEMASAK

Saya
mempunyai seorang anak perempuan yang baru sahaja mendapat
keputusan SPM yang kurang memuaskan dan hanya ada 2 kredit,
Sains dan Pendidikan Seni. Dia berminat untuk mengikuti
kelas memasak untuk masa depannya. Bagaimanakah cara atau
kemanakah dia boleh mendapatkan
teknik cara memasak atau belajar memasak untuk mendapat
sijil.
Diiklankan kursus-kursus yg ditawarkan
oleh IKBN (Institut Kemahiran Belia
Nasional) yg banyak terdapat di negara kita. Ada kursus
memasak, menjahit dll. Anda juga boleh menghubungi KEMAS
atau Pejabat MARA (Bgn.MARA Jln Raja Laut) untuk mendapatkan
maklumat tentang kursus yg berkaitan. Semoga anak puan berjaya
mencapai cita-citanya
Emariati
Kota Samarahan, Sarawak
emariati@hep.unimas.my
KUAH
ROJAK SAYA TAK LIKAT

Saya
ada masalah kerana petis rojak buah saya tidak likat seperti
rojak buah
yang kita beli dekat kedai. Resepinya adalah seperti berikut:-
1.
Sebotol kicap pekat Tong Nam
2. Sebotol Sos Tomato
3. RM1 cili giling
4. 1 kilo gula pasir
5. 1 kilo gula merah
6. Sedikit belacan
Kesemua
bahan-bahan tadi dicampur dalam satu periuk dan dimasak
di atas api sederhana.. Adakah kita perlu memasukkan sejenis
tepung untuk melikatkannya.
Cuba larutkan 1/2 cawan tepung jagung
dengan air secukupnya dan masukkan ke dalam kuah ini selepas
semua gula larut. Kemudian kacau tanpa henti hingga pekat.
Jika anda dapati kuah terlalu pekat, tambah sedikit air
mendidih dan kacau deras hingga sebati.
Adrajasmin
ali
Strafford, U.K
adrajasmin@hotmail.com
AYAM
PERCIK ala AYAMAS

Bagaimana pula nak buat ayam percik seperti ada kat ayamas
tue?
Apakah rempah2 yg diperlukan itu?
AYAM
PERCIK
1
ekor ayam - dipotong 2 atau 4
500-600 ml santan (dari 1 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
1 batang serai - dititik
sedikit garam & gula
Bahan
Kisar:
6 biji cili merah
2 batang serai
2 cm kunyit (atau serbuknya, 1 camt)
3 cm halia (atau serbuknya, 1 camb)
1-2 camb pes cili
1 labu bawang besar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Rempah (disangai & tumbuk/kisar)
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan jintan manis
Cara
membuat:
1. Di dalam periuk besar atau kuali, satukan ayam, bahan
kisar, santan, gula, asam gelugur dan garam.
2. Jerang di atas api sederhana dan kacau hingga ayam separuh
masak.
3. Angkat ayam dan letak pada tempat pemanggang.
4. Bakar di atas bara api atau panggang di bawah gril.
5. Semasa memasak, percikkan kuah santan ke atas ayam dengan
serai Kuahnya hendaklah dibiar atas api kecil supaya pekat.Ketika
menghidang, curahkan kuah ke atas ayam.
Saad
SitiZabedah
Saad.SitiZabedah@marconi.com
KEK
SAYA RANAP!

Saya
tak faham kenapa sejak akhir-akhir ini setiap kali saya
membakar kek, kek akan ranap dan bahagian dalamnya tak masak,
sedangkan sebelum ini kek yg saya bakar masak elok dan tak
ada masalah. Adakah ni disebabkan oleh oven? Saya harap
puan dapat membantu saya.
Saya
pasti oven memang puncanya terutama jika anda sudah lama
menggunakannya dan ia perlu diservis. Kek tidak masak mungkin
kerana suhu oven tidak cukup panas. Untuk kek, 190 C-200
C. Jika anda mempunyai jangkasuhu khas untuk oven, letak
di atas rak dan panaskan oven. Biar selama 10 min. Jangkasuhu
akan menunjukkan suhu yg betul di dalam oven.
Saya
rasa, walaupun penanda suhu pada oven anda menunjukkan 200
C, sebenarnya ia mungkin hanya 170-180 C, itulah sebabnya
kek anda tidak masak. Jika anda berada di altitud yg tinggi,
contohnya Cameron Highlands, anda juga perlu mengubahsuai
suhu oven supaya kek masak sempurna.
Ketty
Chung Sin
Tawau, Sabah
chung_sin@hotmail.com
BANANA
BALLS

Hi..I
live in Sabah. I don't know how to make ' fried banana balls'
(pisang goreng). I mean, mashed the bananas into small balls
then fried it. What's recipe for it? My hubby love to eat
it at the Hotel. So,he asked me to make this one like the
Hotel. But I don't know how to make it..Pls help me..send
me this recipe as fast as possible ...thanks!
JEMPUT-JEMPUT PISANG
600
g ripe bananas
60-70 g sugar
250-280 g plain flour
1/2 tsp salt or to taste
oil for deep-frying
Mash bananas, add sugar, salt and flour. Mix well. Heat
oil. Take one spoonful of banana mixture and drop into medium
hot oil one by one. Fry till golden brown. Remove from heat
and place on kitchen towel.
Note:
Amount of flour needed depends on bananas. If too ripe,
may need more flour. Batter should not be too hard like
dough but soft to drop when you tilt the spoon.
Yahya
Wati
Alor Gajah, Melaka
nzy_mt@yahoo.com

Untuk pengetahuan puan, saya berniaga secara kecil-kecilan
pada waktu petang.
Saya ingin cuba membuat Chew Kue Teow (tak tahu ejaan) yang
di goreng panas.
Saya juga ada perasan ada orang menjualnya dengan mencampur
sejenis sos. Dan saya mendapat tahu sos tersebut adalah
campuran pelbagai jenis bahan masakan.
Dirumah
saya cuba membuat andaian dengan mencampur bahan saya sendiri
dan mengikut sukatan sendiri, tapi tak menjadi. Sekiranya
puan tahu....
sudilah kiranya berkongsi dengan saya.
SOS PERENCAH
(untuk menggoreng Char Kuey Teow, anggaran 500 g kuay teow:
1 bungkus)
1 camb kicap cair
1 camb pes cili
1 camt kicap pekat
1 camb sos cili
2 camb sos tiram
2 camb kicap manis
100 ml air
S
halawati bohari bohari
Kuching, Sarawak
putriattyrah@yahoo.com

BISKUT
KELAPA
100 g mentega
100 g gula kaster
2 biji kuning telur
1 camt vanila
200 g tepung gandum
50 g kelapa parut kering (desiccated coconut), dikisar halus
1 biji putih telur, dipukul sedikit
kelapa parut kering (untuk tabur)
Pukul
mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur, vanila
dan susu. Gaul rata. Bubuh tepung dan kelapa parut, adun
menjadi doh. Canai setebal 4 mm, terap dengan acuan bentuk
bunga atau lain-lain. Susun atas tin pembakar berlengser
majerin. Sapu putih telur atas biskut kemudian taburkan
sedikit kelapa parut di atasnya. Bakar pada 175 C selama
20-25 minit atau hingga masak.
N
orishah ahmad
norishdarwisy@yahoo.com
KUIH
TALAM KELADI

Lapisan
Bawah
300 gm keladi
375 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung ubi
1/2 camt garam
225 gm gula
Lapisan
Atas
1 1/2 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 camt pewarna ungu
1 camt garam
1.
Lapisan bawah: Bersihkan keladi dan rebus sehingga lembut.
2. Keladi dipotong dadu.
3. Campurkan dgn semua bahan.
4. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap.
5. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
6. Kukuskan selama 20 minit.
7. Campurkan adunan lapisan atas dan tapis.
8. Jerang hingga naik wap dan tuangkan atas permukaan keladi
yg telah digores dengan garfu.
9. Kukuskan selama 20 minit.
10 Sejukkan betul2 sebelum dipotong dan hidangkan.
S
hikin Ahmad
Miri, Sarawak
shikin_ahmad2@yahoo.com
RESIPI
DARI PUTIH TELUR

Saya
seringkali membuat kek lapis yang banyak menggunakan telur
kuning mengakibatkan saya banyak manyimpan telur putih.
Disamping digoreng, rencah
sayuran saya tidak tahu utk apa digunakan. Minta cadangan
puan sekiranya ada resepi yang menggunakan putih telur.
Ada
sejenis kuih iaitu 'Kuih Tahi Itik' yg menggunakan putih
telur. Juga sejenis 'biskut' yg dinamakan 'meringue'.
BISKUT
KELAPA PUTIH TELUR
4 biji putih telur
1 1/2 cawan gula kaster
1 camt vanila
1/2 cawan kekacang tumbuk
1/2 cawan kelapa kering
90 g cornflakes, dikisar kasar
1/2 cawan tepung gandum
Putar
putih telur hingga separuh kembang, masukkan sedikit demi
sedikit gula, pastika pukul sebati setiap kali. Isikan adunan
ke dalam mangkuk besar, bubuh semua bahan lain dan kacau
rata. Sudukan ke atas tin pembakar berlengser majerin dengan
jarak 4 cm. Bakar selama 30-35 min pada suhu 170 C atau
hingga keemasan dan rangup. Biar sejuk atas tin pembakar.
Mira Ah
khamira_adam@yahoo.com
AGAR-AGAR TEMBIKAI
Saya
suka makan agar-agar tembikai. rupanya macam tembikai asli
yang siap dipotong dan ia boleh dipicit seperti span serta
amat lembut .saya mohon pertolongan puan utk memberi saya
resepi kerana saya hanya dapat beli agar2 tu bulan puasa
sahaja. bulan lain susah saya nak cari. saya amat menghargai
segala jasa baik.
nota:
saya rasa buih2 halus pada agar2 tu mungkin telur yang dipukul.
AGAR-AGAR
TEMBIKAI
10
g serbuk agar-agar
160 g gula pasir
800 ml air
1 camt esen ros, jika suka
4 biji putih telur
120 g gula kaster
pewarna merah & hijau
Cara
membuatnya
Jerang agar-agar, gula pasir serta air hingga mendidih dan
gula larut. Masukkan esen dan perlahankan api ke tahap paling
rendah. Putar putih telur dan gula kaster hingga separuh
kental. Basahkan mangkuk bulat (boleh memuatkan 2 liter).
Ambil 1/8 agar-agar panas, warnakan hijau.
Campurkan
dengan 1/8 putih telur. Kacau hingga sebati kemudian tuang
ke dalam loyang. Bentukkan mengikut mangkuk (sebagai kulit
tembikai). Biar keras sedikit. Ambil 1/8 agar-agar panas
lagi, campurkan dengan 1/8 putih telur dan kacau. Tuang
ke dalam loyang. Bentukkan seperti bahagian putih pada tembikai
(antara kulit dan isi). Campurkan warna merah pada baki
agar-agar, campurkan dengan baki putih telur. Ratakan di
dalam mangkuk (sebagai isi tembikai). Biar keras sebelum
disimpan di dalam peti sejuk.
Sharifah
aishah
eisya_79@yahoo.com

AIR
SOYA
1 kg
kacang soya
8-10 liter air
beberapa helai daun pandan
hirisan halia, jika suka
Bersihkan
dan rendam kacang soya selama semalaman. Buangkan kulitnya
dan
toskan. Kisar menggunakan air tadi, sedikit demi sedikit.
Tapiskan hampas kacang dengan kain maslin. Bubuh ke dalam
periuk yg cukup besar, masukkan daun pandan dan halia. Kacau
selalu hingga mendidih. Jangan dibiarkan kerana ia mudah
hangit. Campurkan dengan air gula sebelum disajikan samada
sejuk atau panas.
Untuk
tahan lama:
1. Masak hingga betul-betul mendidih. Api jangan terlalu
kuat.
2. Sejukkan susu pada suhu bilik tanpa sebarang perasa dan
simpan di dalam peti sejuk.
3. Pastikan susu tidak disentuh dengan tangan atau benda
asing sebelum disimpan.
Hanita
Alang Ismail
Ipoh, Perak
hanita@perak.gov.my
KEK
TAK LEMBAB

Saya
telah mencuba resepi kek buah-buahan kukus yang telah dipamerkan
dalam
ruangan soal jawab masakan ini. Ia memang menjadi jika kita
mengikuti langkah-langkah yang disarankan dengan betul.
Tetapi masalah yang saya hadapi ialah, kek saya itu menjadi
kering, maksud saya ia tidak moist seperti kek-kek buah-buahan
kukus yang dibeli di kedai-kedai kek. Apa yang perlu saya
buat?
Rendam buah-buahan kering di dalam
jus oren selama 4 jam sebelum
dicampurkan ke dalam adunan. Anda juga boleh cuba memasukkan
2 camb
gliserin (glycerine - cecair likat & jernih) ke dalam
adunan kek sebelum
meratakan ia di dalam tin.
Noorhalieza
Ali
UTM, Skudai, Johor
halieza@fkkksa.utm.my
CARA
NAK TUKAR RESIPI YANG GUNA BRANDY

Saya
sering terjumpa resipi kek yang mengguna brandy/liquor sebagai
satu dari bahannya. Persoalannya, bagaimana saya boleh ubah
resipi tersebut agar ianya tidak mengguna brandy/liqueur
tanpa merubah citarasanya?
Gantikan dengan jus oren atau epal
jika sukatannya tidak banyak dan tidak dapat mengubah rasanya.
Jika tidak, anda boleh masukkan susu segar tetapi ini terpulang
pada resepi itu sendiri. Seringkali brandy dimasukkan supaya
kek tahan lebih lama.
Untuk
maklumat lanjut, anda boleh berikan saya resepinya supaya
dapat saya
memberi komen/ulasan yg sewajarnya.
Norlaili
Redzuan
Inchon Korea
ikida_group@hotmail.com
BURGER

10
g mentega
1 labu bawang besar, dicincang halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
300 g daging cincang
90 g serbuk roti
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camb herba campuran (ikut suka)
2 camb minyak
garam, serbuk lada sulah secukupnya
Cairkan
mentega, goreng bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Angkat dan biar sejuk kemudian campurkan dengan semua bahan
lain kecuali minyak. Bentukkan menjadi 6 burger, letak atas
dulang dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Panaskan
minyak dalam kuali leper, goreng burger di kedua-dua belah
hingga keperangan dan masak.
Nota:
Pastikan minyak cukup panas (guna kuali non-stick sebaik-baiknya),
kemudian perlahankan api sedikit dan letak daging burger.
Biar ia cukup keperangan sebelum diterbalikkan, jangan kerap
diubah kedudukannya di dalam kuali atau membalikkan sebelum
ia cukup perang kerana ini boleh menyebabkan ia pecah.
Misalnya,
bolehkah saya menambah tepong gandum atau jagung di dalam
adunan agar adunan tidak terlalu lembik dan senang untuk
dibentuk?
Agar adunan burger mudah dibentuk, campurkan dengan serbuk
roti dan sedikit
saja tepung gandum atau tepung jagung. Jika mahukan burger
tahan lama, open-freeze (dinginbekukan setiap sekeping atas
kepingan kecil kertas kalis minyak yg diatur atas dulang),
kemudian lapiskan setiap sekeping (tanpa membuang kertas
tadi). Bungkus dan simpan di dalam freezer. Bila hendak
digunakan, contohnya esok, malam ini keluarkan dari freezer
dan letak di atas rak peti sejuk yg biasa.
Juraiza
Abdul Aziz
juraiza_abdul_aziz@hotmail.com
CARA
ELAK JEM BERKULAT

Saya
pernah membuat jem nenas untuk tart nenas dalam kuantiti
yang
banyak. Bagaimanapun saya menghadapi masalah jem nenas yang
dibuat
berkulat. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Adakah
di pasaran bahan
untuk menahan dari kulat ini membiak?
Anda boleh gunakan bahan yg dinamakan
ANTI MOULD kerana ia dapat
menghalang kulat terjadi.
Satu
lagi apakah itu pectin – saya jumpa di dalam resepi pembuatan
jem di internet. Terima kasih daun keladi.
PECTIN adalah bahan yg meng"set"kan
jem dan lebih sesuai digunakan untuk jem strawberi dll (soft
fruits). Jika anda membuat jem nenas utk TAT NENAS, ia kurang
sesuai.
Salah satu cara untuk mengelak dari jem nenas berkulat adalah
menyimpannya di dalam peti sejuk (dalam pek 250 g, contohnya)
dan mengeluarkan bahagian yg anda ingin gunakan saja.
Farah
Naqiah Mohd Muzamil
naqiah@uemworld.com
GRAVY
SAYA CAIR

Bagaimana
cara untuk membuat gravy mash potato atau whipped potato.
Dah banyak kali saya mencuba melalui buku masakan barat
alaf 21 tapi masih tak
menjadi. Gravy cair dan tidak bertukar menjadi warna coklat
seperti yg ditulis didalam buku resepi itu.
KENTANG
PUTAR
300 g kentang (Russet/berkulit merah)
1 camb mentega
garam & serbuk lada sulah atau hitam (ikut suka)
2-3 camb susu segar
Rebus
kentang di dalam air (tambah sedikit garam). Bila menggelegak,
tutup periuk dan perlahankan api. Biar merenih selama 20-25
minit hingga empuk. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga
halus. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga
campuran lembut dan licin. Tambah garam dan serbuk lada
sulah.
KUAH
KENTANG LECEK
2 camb mentega
1 ½ camb tepung gandum
50 g batang salderi (celery), dicincang
50 g bawang besar (jenis putih), dicincang
1 helai daun bay (dijual kering atau segar di Cold Storage),
jika suka
1 camt campuran herba thyme dan basil atau mixed herbs (kering)
sedikit serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam
beberapa titik kicap pekat (utk warna lebih gelap)
1 ½ cawan air
½ cawan susu segar/UHT
1-2 camb stok pekat ayam/kiub stok, jika suka
Cara
membuatnya:
Panaskan minyak, goreng salderi dan bawang atas api perlahan
hingga layu dan wangi. Angkat dan biar suam sebelum dikisar
dengan air yg mencukupi (dari sukatan air di atas). Cairkan
mentega atas api perlahan, masukkan tepung dan kacau rata.
Tuangkan baki air dan susu perlahan-lahan dan kacau hingga
campuran sebati. Campurkan semua bahan lain termasuk salderi-bawang
kisar. Masak hingga mendidih kemudian angkat dan sajikan.
Untuk warna lebih gelap, tambah kicap pekat/hitam.
Jamaliah
Mat Zain
matzain.jamaliah@ansaldo-signal.com.my

BAGAIMANA
MENGHASILKAN KUAH KARI YG UMMPH..
Pastikan
bahan tumisan seperti bawang dll digoreng hingga garing
dan wangi. Masukkan pes rempah (saya suka campurkan Adabi
dan Baba) kemudian kacau hingga naik minyak. Tambah santan
cair, kacau lagi hingga naik minyak sekali lagi. Kemudian
barulah dimasukkan ayam (biar ayamnya kering dulu sebelum
menambah santan cair). Jika ikan, biar santan mendidih baru
dimasukkan ikan.
MANA NAK DAPAT BATU GILING? (BUKAN LESUNG BATU)
Kalau anda di KL, carilah di sekitar
Jln Raja Alang-berdekatan Chow Kit, ada sederet kedai yg
menjual peralatan dapur, plastik, gelas, periuk besar, kawah
dll. Salah sebuah kedai, tertulis Sykt.Menang.
MANA
NAK BELI PERIUK TANAH.....ANY INFO TEMPATNYA?
Periuk tanah pun ada di mana-mana
kedai yg saya sebutkan tadi.
MACAM
MANA NAK BUAT SAMBAL BELACAN YG SODAPPPP…
Campurkan cili merah, cili padi (ikut
suka pedasnya, petua kata bilang biar
nombornya ganjil: gunakan 5,7,9,11 batang...emm, dari segi
saintifik susah nak
buktikan). Bakar atau goreng BELACAN baru dimasukkan ke
dalam cili tadi.
Gula dan garam boleh dimasukkan sekali.
Ada 3 pilihan asam:
(1) Asam jawa - pastikan ia diperah dengan air masak, biar
pekat.
(2) Hirisan tomato/mempelam masam - tumbuk kasar dengan
cili.
(3) Jus limau nipis/limau kasturi dll.
Sambal
belacan sedap sangat relatif sebab kita semua mempunyai
"Tahap Ketahanan Pedas" yg berbeza. Ada org yg
lidahnya sangat peka, sedikit cili sudah cukup pedas dan
ada yg sebaliknya. Jadi, sambal yg sedap adalah dari pengalaman
diri sendiri yg menyediakannya. Yg penting, imbangi manis,
masin dan masam.
Diana
balqis
Payneham, Australia
dianabalqismb@yahoo.com

WHERE
TO FIND DAUN PALAS?
One
of my taiwanese australian friend likes to eat sticky rice,
so I thought i'd introduce her to our 'ketupat pulut.’ But
the thing is i can't find 'daun palas " here to wrap
around it. Can u please help me resolve this prob?
If
there is an Oriental Store near your place, then you might
find dried bamboo or water-lily leaves which you can soak
and boil till softened before wrapping the pulut (just like
Kuih Chang, Chinese-style).
You can also use aluminiun foil, wrap the cooked pulut and
gril for a few moments (it will turn out like lemang).
You
may also wrap the pulut into a lemang-shape and steam for
15-20 mins (it will turn out like Kuih Lopes). Just make
sure the pulut is extra soft and compact it further prior
to grilling or baking to ensure it doesn't break up when
you slice it.
Nurul
Zidotty,
Balakong, Selangor
razman@tir.com.my
3
RESIPI SOS CILI

SOS
CILI (1)
20 biji cili merah, dihiris & buang biji
2 camb belacan
2 biji tomato, dicincang
2 biji bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, diketuk
2 camb minyak
1 camb gula
1 camb garam
1-2 camb jus limau nipis
Panaskan
minyak di atas api sederhana dan tumis 5 bahan pertama selama
2-3 min. Angkat dan kisar dengan semua bahan lain hingga
halus. Simpan di dalam bekas kedap udara. Tahan lebih 1
minggu jika diletak di dalam peti sejuk.
SOS
CILI (2)
10 biji cili merah, dibuang biji & dihiris
1 camt belacan
3 ulas bawang putih, dihiris
6 biji bawang merah, dihiris
1 camt garam
2 camt gula merah
2 camb minyak
4 camb air asam jawa pekat
Kisar
7 bahan pertama hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan
kisar hingga wangi. Masukkan air asam jawa dan renihkan
selama 1 min. Angkat dan biar sejuk. Tahan lebih dari 1
minggu jika disimpan di dalam bekas kedap udara yg diletak
di dalam peti sejuk.
SOS
CILI (3)
4 camb minyak jagung
1 labu bawang besar, dicincang halus
2 ulas bawang putih, dicincang
200 g tomato tanpa kulit (dlm tin), dikisar
450 g cili merah, dibuang biji & dihiris
2 camb puri tomato
½ cawan gula pasir
½ cawan cuka
2 cawan air
sedikit garam
Panaskan
minyak, tumis bawang hingga wangi. Masukkan bawang putih,
kacau 2-3 min. Angkat dan kisar halus dengan sedikit air.
Masukkan kembali ke dalam periuk bersama semua bahan lain.
Bila mendidih, perlahankan api dan biarm merenih hingga
pekat dan terbit minyak. Buangkan minyaknya dan biar sejuk
sebelum disimpan di dalam botol.
Hartini
Tawau, Sabah

APA
ITU SERBUK REMPAH LIMA?
Apakah yang dimaksudkan dengan serbuk rempah lima?? Bolehkah
saya membuatnya sendiri atau rempah ini ada dijual di kedai??
Adakah rempah ini menambahkan perisa atau sekadar mengharumkan
masakan?? Perlukah rempah ini dimasukkan untuk membuat kuah
Yong Taufu.
Rempah ini dapat mengeluarkan rasa
dari masakan Cina (yg berwarna kemerah-merahan) terutama
yg mengandungi daging. Ia memang harum tetapi hanya perlu
menggunakan sedikit saja. Jika tidak dimasukkan ke dalam
kuah Yong Taufu, saya kira ia tidak memberikan kesan yg
ketara kerana hanya sedikit saja yg diperlukan. Hanya bau
dan rasanya yg mungkin tidak seperti kuah yg "asli".
Anda boleh membelinya di sebarang pasaraya tetapi jika ingin
membuatnya sendiri, ikuti resepi di bawah:
SERBUK
REMPAH LIMA
2 camb lada hitam (terbaik: jenis Szechuan)
8 kuntum bunga lawang
½ camt serbuk bunga cengkih
1 camb serbuk kayu manis
1 camb serbuk jintan manis
Goreng
tanpa minyak lada hitam atas api sederhana hingga wangi
(kira-kira 3 min). Campurkan dengan bunga lawang dan kisar
hingga betul-betul halus. Ayak dan campurkan dengan bahan
lain. Kisar sekali lagi kemudian simpan di dalam bekas kedap
udara atau botol.
Norini.A
Nottingham, U.K.
norini_abas@hotmail.com

KUIH
BOM PISANG
Saya
telah lama mencari resepi untuk membuat kuih bom yg menggunakan
pisang dan bukan tepung pulut. Pisang jenis apakah yg sesuai
digunakan?
Saya tidak pernah pula terjumpa resepi Kuih Bom menggunakan
pisang. Apakah intinya? Ataukah, saya kira, ia seperti adunan
Cucur Pisang/Cekodok tetapi keras sedikit (campur tepung
yg banyak) hingga boleh menjadi doh. Pernahkah anda melecek
keledek kemudian memasukkan tepung gandum serta garam dan
dibentukkan menjadi gelang (Kuih Keria), atau dibubuh inti
gula pasir (Kuih Cek Mek Molek), atau diisi inti pedas udang-kelapa
(Kuih Badak)?
Kuih
Melayu agak simple dan tidak menggunakan banyak bahan. Jadi,
saya kira
anda hanya perlu melecek pisang, memasukkan tepung dan garam
kemudian uli menjadi doh. Isikan inti kelapa atau kacang
hijau di dalamnya dan goreng dlm
minyak panas hingga keemasan.
Apa
jenis pisang sesuai tetapi jangan terlalu masak/ranum kerana
ia terlalu lembik
dan memerlukan banyak tepung sehinggakan hilang rasa "asli"
pisang tersebut.
Zamzuriana
Shah Alam, Selangor
cik11@yahoo.com

KELAS
MEMBUAT KEK
Saya
amat berminat untuk mengikuti kelas membuat kek tapi tak
tahu dimana dan dengan bayaran yang berpatutan (tidak terlalu
mahal). Boleh tak pihak puan memberikan alamat dan contect
nombor untuk saya hubungi. Kalau boleh di sekitar Shah Alam.
Anda sangat bernasib baik kerana Chef
Anuar tinggal di Shah Alam dan beliau seringkali mengadakan
kelas masakan kek/pastri/biskut. Fon: 012 309 1745. Tentang
bayaran, bergantung kepada jenisnya.
Farah
Naqiah Mohd Muzamil
naqiah@rsegar.com
AISKRIM
GORENG

Saya
tersangatlah menggemari Aiskrim Goreng. Selalunya bila saya
bercuti di Kuala Terengganu, saya takkan lupa singgah di
Pantai Batu Buruk untulk menikmati dessert ni. Saya sungguh
kagum, aiskrim yg dibalut dengan ???? dan dibentuk menjadi
bebola seterusnya digoreng di dalam minyak hingga menjadi
kekuningan. Saya ingin meminta jasa baik puan agar dapat
berkongsi resepi aiskrim goreng.
AISKRIM
GORENG
2 liter aiskrim (perisa ikut suka)
minyak utk menggoreng terendam
lidi sate (jangan terlalu panjang)
serbuk/reja kek span
serbuk roti secukupnya (jenis putih/buat sendiri dgn mengisar
kepingan roti yg
sudah dibiarkan di atas rak di dalam peti sejuk selama 3-4
hari. Kepingan roti itu
tidak perlu dibungkus.)
Bahan
salut
125 g tepung gandum
¼ cawan susu segar
¼ cawan air
3 biji putih telur
Ambil
aiskrim menggunakan ‘scoop’ aiskrim. Bungkus setiap bebola
dengan kertas aluminium. Susun di dalam bekas besar dan
tutup kemas bekas tersebut. Turunkan suhu peti pembeku (freezer)
ke tahap paling minima (paling sejuk). Biar aiskrim di dalam
peti pembeku selama 12 jam.
Buka
bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek span. Bungkus dengan
kertas
aluminium semula dan letak di dalam peti pembeku sekali
lagi selama 12 jam.
Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih
telur hingga kental, kaup-balikkan ke dalam adunan tepung.
Biar adunan tepung di dalam peti sejuk (rak bawah) selama
45-60 min. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula.
Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung
salut. Golek di dalam serbuk roti. Bubuh semula di dalam
peti pembeku selama 2-3 jam.
Panaskan
minyak (jangan terlalu panas hingga berasap), kemudian goreng
bebola (jangan terlalu banyak pada satu masa) hingga keemasan.
Sajikan segera.
FAZLEEN
MOHAMED
bungamelor_75@yahoo.com

BOLEHKAH
OVEN BAKAR KEK, BAKAR BISKUT?
Saya
mempunyai oven yang mengunakan gas sepenuhnya, dibeli di
Indonesia
khusus untuk membuat kek lapis. Tetapi masalah saya bolehkah
ianya membakar
biskut & kek lain?
Jika ia mempunyai elemen pemanas yg
biasa (ertinya, anda boleh tutup fungsi
GRIL ketika hendak membakar biskut/kek), bermakna ia boleh
digunakan utk tujuan itu. Pastikan juga ia ada penunjuk
suhu kerana membakar biskut memerlukan suhu 185-190 C manakala
kek pula 200 C (biasanya).
LIHAT
ARKIB
kembali
ke menu utama
|