BULETIN ISNIN ALAF 21


 

 TERBIT SETIAP ISNIN - Informasi terkini ALIFIN


KOLUM RESIPI DENGAN RUANGAN
SOAL JAWAB MASAKAN

BERSAMA PUAN NORZAILINA NORDIN Anda pasti mempunyai masalah,
kemusykilan keliru atau tak tahu langsung tentang teknik atau cara masak memasak.

Contohnya mengapa kek yang anda masak tidak naik atau bantat? Mengapa asam pedas anda tidak sesedap asam pedas mentua anda? Atau teh tarik yang anda buat tidak seperti teh tarik mamak?

Ah, jangan risau! Kita akan membawa seorang pakar masak ALAF 21 iaitu Puan Norzailina Nordin untuk menjawab sebarang pertanyaan anda.

Sila e-melkan soalan-soalan anda ke alaf@Alaf 21.com.my dan tuliskan ALAFSJ MASAKAN sebagai tajuk emel anda.

Jangan lupa tuliskan nama penuh dan alamat!




SOAL JAWAB MASAKAN

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama

Daripada:
Siti Nor Ain Azaman,
Nagoya, Japan.
catwoman195@yahoo.com

100 GRAM SEBENARNYA BERAPA CAWAN?

SUKATAN Saya ingin bertanya jika 100gram sesuatu bahan masakan bersamaan dgn berapa cawan penyukat? Contohnya jika bahan2 seperti tepung, mentega dan bahan membuat kek yang lain.
Menyukat bahan dengan cawan penyukat akan merupakan anggaran semata-mata kerana kini banyak resepi menggunakan gram. Lagipun, cawan penyukat yg digunakan di dalam buku-buku resepi keluaran Australia, contohnya, berbeza dengan yg diterbitkan di USA atau UK.

Saya cadangkan anda gunakan timbangan untuk mendapatkan sukatan yg tepat. Lagipun, terlalu banyak bahan-bahan membuat kek yg perlu disenaraikan dan kemungkinan besar keadaan ini hanya akan menimbulkan kekeliruan.


Daripada:
Eda eda
belitung03@yahoo.com

RESIPI TAT NENAS

Saya mengemari tart nenas, tetapi tart nenas yang saya buat tidak seperti yang pernah saya makan tidak rasa lemak. Adakah yang saya makan itu tart nenas atau biskut nastar. Boleh tak puan memberi resepi tart nanas @biskut nastar itu?
Tat Gulung juga dikenali sebagai Biskut Nastar dan resepinya ada disiarkan (juga ditanya oleh pembaca lain). Rasa lemaknya bergantung pada kualiti mentega yg digunakan. Ada sesetengah orang menggunakan mentega jenis mahal dan berkualiti baik (kandungan lemak tinggi) tetapi saya lebih suka mencampurkan dengan marjerin supaya ia tidak terlalu 'gebu'.

Saya ingin mencuba kek lapis dan span yang resepi ringkas. Boleh tak puan berikannya.
Sila rujuk buku 'Belajar Memasak' terbitan Alaf 21 untuk mendapatkan kedua-dua resepi. Resepi di situ adalah 'Kek Span Oren.’ Untuk membuat kek span biasa, jangan gunakan parutan oren dan gantikan jus oren dengan susu segar.


Daripada:
Farah Valensiyah Ingrid

ingrid@kautsaraulime.com

CARA MENGHILANGKAN BAU HAMIS KAMBING

Assalamualaikum wr.wb.
Saya ingin menanyakan, bagaimana cara untuk mengurangi bau masakan kambing/domba?

Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum.

Or, if you're residing overseas (especially Europe, Australia or NZ) I believe the mutton doesn't even have a smell (unlike locally-bred).


Daripada:
Nonie along
nonie_nokb@yahoo.com

RESIPI NASI KERABU

Bagaimana dan ape bahan untuk buat nasi kerabu..yg paling sedap.dan cara buat ye?

NASI KERABU
300 g. beras (dibasuh & dituskan)
675 ml. air
10-15 kuntum bunga talang (ditumbuk & diperah airnya) atau
sedikit pewarna biru
budu, keropok goreng, telur asin rebus & limau nipis secukupnya

BAHAN ‘SERUNDING’
½ biji kelapa parut
1 ekor ikan kembung besar (dibakar)
5 ulas bawang merah } ditumbuk @
½ camt. lada hitam } dikisar halus
garam & gula secukupnya

BAHAN ULAM
100 g. tauge (dibuang ekor)
3 helai daun kunyit }
1 batang serai } dihiris
½ biji timun } halus
50 g. daun selom }
2 tangkai daun kesum }

BAHAN SAMBAL
10 tangkai cili kering }
(dihiris & direndam air panas 10 minit)}
1 labu bawang besar } dikisar
4 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }
½ camt asam jawa } dicampur &
100 ml. air } ditapis
gula secukupnya

Jerangkan beras, air dan air bunga talang atau pewarna biru hingga masak. Perlahankan api, tutup periuk dan biarkan masak. Untuk sambal kelapa, kelapa digoreng tanpa minyak hingga kekuningan. Campur dengan isi ikan dan tumbuk.

Gaul pula dengan bahan lain. Gaul semua bahan ulam hingga rata. Untuk sambal, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan air asam jawa, sos cili, gula dan garam secukupnya. Kacau hingga terbit minyak kemudian angkat. Hidangkan nasi dengan budu, keropok, telur asin, limau nipis, ulam dan sambal.


Daripada:
Sarimah Othman
144 Arncliffe Terrace
Bradford BD7 3AG
West Yorkshire UK
sarimah20022002@yahoo.com

BOLEHKAH KERINGKAN KEROPOK LEKOR DENGANMICROWAVE?

Assalamualaikum puan,
Anak-anak terlalu gemar makan keropok keping dari ikan yang dibeli di Kelantan/Terengganu. Saya kurang pengetahuan dalam masakan seperti ini. Keropok seperti ini tidak dijual di sini dan saya tak berdaya untuk meminta sanak saudara mengeposnya kerana belanja pos yang mahal. Saya amat menghargai jasa baik puan jika dapat sertakan resepi.

Resepi 'Keropok Lekor' pernah disiarkan baru-baru ini. Harap dapat puan semak. Jika ingin menggoreng keropok keping, keropok lekor yg sudah sejuk itu mesti dihiris nipis-nipis kemudian dijemur hingga kering. Nampak gayanya, puan mesti tunggu musim panas untuk membuatnya memandangkan di sana musim dingin sekarang. Bila keropok yg berkeping-keping itu sudah benar-benar kering, barulah digoreng dengan minyak panas. Jika rajin ke kedai/pasaraya menjual makanan Asia, saya yakin puan akan temui keropok kering itu di sana.

Bolehkah saya mengeringkan kepingan keropok lekor tersebut di dalam microwave oven. Sekiranya boleh, saya ingin minta panduan terperinci dari puan untuk berbuat demikian.
Kepingan keropok lekor tidak boleh dikeringkan di dalam microwave oven kerana kepanasannya yg tidak sekata. Namun begitu, puan boleh mengeringkannya di dalam ketuhar biasa (conventional oven).

Pastikan keropok itu dihiris nipis (semuanya sama nipis). Atur atas redai kek dalam jarak 2sm antara satu sama lain. Letak kertas foil di lantai oven (puan tidak perlu mem-bersihkan oven jika ada cecair menitik dari keropok). Ketuhar hanya 100 C atau Gas Mark 1.

Letak redai kek atas redai oven dan biar selama 6-10 jam. Pintu oven hendaklah direnggangkan sedikit dengan meletakkan sudu kayu antara pintu & body oven. Puan mesti terbalikkan kepingan selepas 3 jam. Saya tidak begitu pasti dengan jangkamasa yg diambil untuk mengeringkan kepingan keropok ini (kerana tidak pernah membuatnya dengan cara ini), jadi, terpulanglah pada 'rasa' puan sendiri.

Ini bermakna, puan ambil sekeping dan lihat samada ia sudah cukup kering atau sebaliknya. Biar sejuk atas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara. Saya harap dengan cara ini, puan berjaya mendapatkan keropok keping yg lazat dan asli rasanya!

Saya difahamkan kuih seri muka dan kuih pau di masak di dalam periuk kukus. Selain mengukus di atas api dapur, bolehkah di kukus di dalam microwave oven?
Terdapat jenis microwave yg mempunyai ciri-ciri Steaming Power. Jadi, tiada masalah untuk mengukus apa saja. Anda juga boleh membeli pengukus khas untuk kegunaan di dalam microwave biasa. Letakkan kuih pau di dalamnya kemudian microwave 'High' selama 1 min 25-30 saat (jangan melebihi 2 min kerana pau akan menjadi keras).

Untuk menyediakan Kuih Serimuka, masaklah pulut seperti memasak nasi biasa, kemudian mampatkan dengan belakang sudu, isikan dengan cam-puran bahan atas, tutup dengan cling film (secara longgar) kemudian microwave 'High' selama 6 min. Jika atasnya masih kelihatan berair, biarkan 2-3 min standing time barulah ia betul-betul masak.

Pastikan dengan mencucuk hujung pisau, jika pisau yg ditarik keluar itu bersih, bermakna bahagian itu sudah masak. Oleh kerana mengukus pau di dalam microwave, pada pendapat saya, sedikit tricky. Ada baiknya puan mengukus seperti biasa. Namun, tidak salah mencuba tetapi jangan
sesekali melebihi masa yg ditentukan!


Daripada:
Salina sabtu
r_salina@hotmail.com

APA ITU TEPUNG HONGKONG?

Assalamualaikum
Apa maknanya Hong Kong flour?

Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour sejenis tepung yg
sangat putih, digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek/biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (berkutu/berkulat). Oleh kerana faktor inilah juga maka ia tidak dijual di pasaraya. Jika anda ingin membuat kuih pau, boleh gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lainnya) walaupun hasilnya mungkin tidak sama tetapi rasanya tetap serupa.

Apa maknanya untuk glutinous rice?
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.


Daripada:
Ina,
ina@anm.gov.my

KENAPA KEK COKLAT TAK LEMBAP?

Saya suka membuat kek coklat..masalahnye kek coklat saya jarang dan tidak lembap. saya pernah mendengar ada yang membuat kek coklat tidak menggunakan butter sebaliknya menggantikannya dengan minyak mazola. Saya mendapat tempahan untuk membuat kek coklat tetapi kawan saya nakkan kek coklat lembap. Berikut adalah cara saya membuat kek. Saya mendapat resepi di bawah tetapi takut untuk mencuba kerana saya tidak pernah membuat kek menggunakan minyak mazola. Minta pendapat sama
ada cara yg saya lakukan ini berjaya mendapat kek yang lembap atau tidak.

BAHAN-BAHAN

250ml susu segardutch lady,
50 gm serbuk koko
300 g coklat masakan
1 cawan minyak mazola
1/12 cwn gula
2 cawan tepng naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cwn air panas

Susu segar dipanaskan dengan serbuk koko dan coklat masakan, kemudian disejukkan.Tepung diayak (bolehke saya blend untuk mendapat tepung yg lebih halus sebab saya takut tepung tak cukup kering).

Pukul telur sehingga kembang kemudian masukkan minyak mazzola, gula, soda bikarbonat, coklat yg telah disejukan tadi dan tepung sedikit demi sedikit. akhir sekali masukkan air panas sedikit demi sedikit.

Bakar kek 30 -45 minit..

Fungsi minyak di dalam resepi ini adalah menggantikan mentega cair (yg lebih lazim digunakan). Saya sendiri tidak pernah melihat resepi ini tetapi dari pengalaman saya, saya berpendapat ia 'boleh dipakai.’ Satu perkara yg harus diingat adalah kualiti coklat masakan yg digunakan mestilah elok.

Puan juga dinasihati agar membiarkan kek di atas redai kek selama 10 min sebelum mengeluarkan kek tersebut dari tinnya. Kek yg menggunakan coklat masakan tidak naik tinggi dan seelok-eloknya, gunakan dua tin bersaiz sama untuk membakarnya sekaligus kerana ia akan mudah masak.

Setelah masak dan sejuk, bolehlah ditangkupkan semula dengan Chocolate Ganache atau krim putar. Jika risau tepung tidak cukup kering, kacau sebentar di dalam kuali di atas api perlahan hingga suam kemudian biar sejuk dan ayak sebanyak 3 kali. Apa yg tidak jelas di sini ialah, susu dicatat sebanyak 250ml padahal air sebanyak 1 cawan sedangkan ia juga bererti 250ml.

Kelazimannya, susu dimasak dengan air dan hirisan coklat kemudian dibiar sejuk. Saya nampak, sukatan gula juga kurang jelas (1/12) ataukah 1 1/2 cawan?

Jika sebanyak itu, puan mesti gunakan coklat masakan jenis semi-sweet.


Daripada:
Nordilla Teter
Box 179, 2052 Koenigs Dr.
Garden Plain, KANSAS 67050
USA
Dilla1@cox.net

Assalamualaikum,
Terimakasih for introducing ruangan soal jawap. Saya menetap di USA dan tidak mempunyai keluarga menetap di sini. So saya selalu craving to eat makanan Malaysia tapi tak tahu nak membuatnya. Saya sangat menghargai ruangan ini. Raya next week so I was trying to fix some of biskut dari Malaysia and really need your help.

RESIPI KARIPAP

Do you happen to have resipi karipap biasa dan resipi biskut cornflakes. The cornflakes resipi yang I cuba from the internet dia tak rapuh chewy dan it doesn't taste like what it supposed to be. Kalau you boleh bagi the following resipi, I really appreciate it. Hopefully I will get your respond before hari raya but if its later that is no problem too. As long as I got respond for you, I'm still a happy camper. Thanks a bunch.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!
P/s I wish I can be in Malaysia : (

1) Resipi Karipap Biasa
Bahan Kulit:
500 g tepung gandum serbaguna
200 g marjerin
160 ml air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti:
2 camb minyak
1 labu bawang besar (dicincang)
200 g daging/isi ayam (dicincang)
1 tangkai daun kari
3 camb rempah kari
100-120 ml air (untuk mengempuk daging)
250 g kentang (didadu & direbus)
1 pokok daun sup
gula, garam secukupnya

1. Untuk inti, panaskan minyak, goreng bawang besar sampai wangi. Masukkan daging dan kacau hingga masak.
2. Bubuh daun kari, rempah kari dan air. Bila daging empuk, masukkan kentang dan daun sup kemudian angkat. Biar sejuk.
3. Untuk kulitnya, ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk. Gaul dengan marjerin. Masukkan sedikit demi sedikit air dan uli menjadi doh. Tutup dan biar 30 min.
4. Canaikan dan terap bentuk bulat. Isikan dengan inti kemudian tangkup dan kelimkan tepi kelilingnya.
5. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga masak.

2) Do you happen to have any resipi which only fried the crust? (I'm so sorry I tak ingat nama. The crust was fried and coated with sugar)

PENGANAN BERSIRA
600 g tepung gandum serbaguna
3 biji telur
280-300 ml santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1/2 sudu teh garam
150 g gula pasir
250 ml air
Minyak masak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
• Letak tepung gandum dan garam di dalam mangkuk.
• Campurkan telur, santan dan garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Uli hingga menjadi doh.
• Canai setebal 4 mm. Potong sepanjang 4 cm dan selebar 2 cm atau terap bentuk daun. Buat garisan di tengahnya dengan hujung pisau. Masukkan satu hujung potongan ke dalam lubang. Buat hingga habis. (Atau, potong ikut suka)
• Panaskan minyak masak, goreng kuih tadi hingga keemasan. Angkat dan sejatkan.
• Masak gula pasir dan air hingga mendidih. Kacau selalu hingga pekat dan berbuih. Gaulkan kuih di dalam air gula hingga bersalut. Angkat dan sajikan.

3) I need to get the right recipe for biskut cornflakes (I have 2 boxes of cornflakes and was thinking to use for the biscuits)

Biskut Cornflakes
110 g mentega
110 g gula kaster
1 camt vanila
1 biji kuning telur
100 g cornflakes, diramas kasar
125g tepung naik sendiri
1 camb tepung jagung

Putar mentega, gula dan vanila hingga kembang. Masukkan telur, pukul lagi. Bubuh kedua-dua jenis tepung (sudah diayak bersama) kemudian kacau rata. Bungkus adunan dengan kertas kalis minyak dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 min. Gunakan sudu kecil untuk mengambil sedikit adunan dan golekkan di dalam cornflakes. Bentukkan bebola dan atur atas tin pembakar yg sudah dilengser. Bakar pada 170 C selama 20-25 min atau hingga keperangan.


Daripada:
mahiran din
mahirandin@hotmail.com

BISKUT FAMOUS AMOS

Puan,
1. Saya ingin mencuba untuk membuat biskut famous amos cookies tetapi saya rasa was-was dengan resipi yang saya dapati dari Internet. Bolehkah resipi ini diikuti. Bersama-sama ini saya sertakan resipi tersebut.

2 cups butter
4 cups flour
2 tsp baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal
24 oz chocolate chips
1 tsp salt
18 oz cadbury bar
4 eggs
2 tsp baking powder
3 cups chopped nuts
2 tsp vanila

Cream butter and both the sugars. Add eggs and vanila. Mix together flour, oatmeal, salt, baking powder and soda. Add chips, cadbury bar and nuts. Roll into balls and place 2 inches apart. Bake for 10 minutes at 375 oC. Makes 112 cookies.

Pandangan saya:
Sukatan 'brown sugar' juga tidak dinyatakan samada 'loosely packed' atau 'firmly packed'. Pada pendapat saya, ia selalunya 'firmly packed' (ditekan supaya mampat di dalam cawan sukatan). Kemungkinan besar cookies dibakar menggunakan ketuhar yg mempunyai 'top & bottom heating element'. Jika saya ingin mencuba resepi ini, saya akan buat sukatan 1/4 saja dulu (gunakan 1 biji telur, 1/4 cawan mentega, 1 cawan tepung dll...)

Apakah yang dimaksudkan dengan granulated sugar.
Granulated sugar adalah gula pasir. Saya cadangkan, guna gula pasir yg bertekstur halus. Resepi itu nampak 'boleh menjadi' tetapi saya ragu-ragu tentang 'baking time' yg terlalu pendek pada suhu tersebut.


Norhaida Abu Hassan
188 Batu 51/4 Jln Kuala Perlis
02000 Kuala Perlis. Perlis
jija_sweetie@yahoo.com

RESIPI TAT GULUNG NANAS

Asm...
Puan, saya teringin untuk membuat tat gulung nenas untuk syawal ni tapi seperti tahun2 sudah saya tidak tahu cara membuatnye dengan betul. Kalau bole saya ingin mendapat resipinya dari puan di samping teknik2 membuatnya dengan betul. Terima kasih

BISKUT NASTAR/TAT NANAS GULUNG

150 g mentega
100 g marjerin
70 g gula aising, diayak
2 biji kuning telur
1 camt vanila
350 g tepung gandum
50 g tepung jagung
jem nanas secukupnya
2 biji kuning telur, untuk sapu

Pukul mentega, marjerin dan gula hingga sebati. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata. Bubuh vanila dan pukul 1-2 min lagi. Gaulkan kedua-dua jenis tepung hingga menjadi doh. Ambil sedikit, letak di dalam acuan (picit seperti semperit) dan tekan untuk mendapatkan jaluran sepanjang 6 cm. Letak jem (yg sudah dibentukkan bujur) pada hujungnya dan gulungkan kemas. Atur atas tin pembakar yg sudah dilengser dan sapu tat/biskut dengan kuning telur. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga keemasan.


Daripada:
Norhamida
Kg. Ketapang Tengah
26600 Pekan Pahang
miedamdyusof@yahoo.com

CARA MEMBUAT MARMAR CARRIES

Puan,
Tolong berikan saya resipi marmar carries. Resipi yang saya ada tak pernah menjadi apabila saya buat. Terima kasih.

BISKUT MARMAR CARRIES
100g mentega
80g marjerin
50g gula aising
1 biji kuning telur
1/2 camt vanila
250g tepung gandum }
40g susu tepung } diayak
80g tepung jagung }
1/2 camt serbuk penaik}

Bahan Hiasan:
1 biji putih telur
180-200g gula aising
sedikit pewarna coklat

Pukul sebentar mentega, marjerin, gula, telur dan vanila. Masukkan semua bahan ayak, uli perlahan menjadi doh. Tambah sedikit tepung gandum jika perlu. Canai doh setebal 4mm dan terap dengan acuan pilihan. Atur atas tin pembakar.

Untuk hiasan, putar putih telur dengan garfu sambil memasukkan sedikit demi sedikit gula hingga pekat. Jangan pukul dengan pemutar letrik kerana ia akan 'terlebih' berbuih (kecuali anda membuatnya banyak). Asingkan 2-3 camb hiasan, campur dengan pewarna coklat. Sapukan sedikit hiasan putih di atas biskut. Kemudian celup hujung lidi koktel ke dalam hiasan coklat dan lorekkan beberapa garisan di atas hiasan putih tadi. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20 min. Biar sejuk atas redai.


Daripada:
Mohammad Isa.
Nusa Damai, Pasir Gudang,
Johor.
mohdisa9022@hotmail.com

CARA MEMBUAT LONDON ALMOND COOKIES

Boleh tak tunjukkan cara membuat biskut London Alamond dan apakah bahan2nya... emmm nak cuba2 kan… nak raya ni...

LONDON ALMOND COOKIES

250 g. mentega
125 g. marjerin
80 g. gula aising
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 camt. esen vanila
525 g. tepung gandum } diayak
1½ camt. serbuk penaik }
200 g. badam (dibakar rangup)
mangkuk kertas secukupnya

Bahan Salut/Hiasan
200 g. coklat masakan (dihiris kecil)
1 camB. lemak sayuran
150 g. badam urai

1. Pukul enam bahan pertama hingga sebati.
2. Masukkan bahan ayak, uli menjadi doh lembut. Pastikan tepung tidak dimasukkan sekaligus bimbang doh menjadi keras. Jika ini terjadi, gaulkan dengan 1-2 camb mentega supaya ia kembali lembut.
3. Bulatkan sedikit adunan, isikan sebiji badam di dalamnya.
4. Bakar pada suhu 190 C hingga masak. Biar sejuk.
5. Cairkan coklat dan lemak sayuran di dalam mangkuk yang diletakkan atas periuk air mendidih perlahan.
6. Letak biskut dalam mangkuk kertas. Sudukan coklat cair dan taburkan badam.
7. Biar coklat keras sebelum disimpan di dalam bekas.


Daripada:
Rahidah
Toronto,Canada
rahidah@sympatico.ca

UCAPAN PENGHARGAAN

Terima Kasih banyak atas usaha mendapat resepi biskut semperit baru-baru ini untuk saya. Memang these cookies are so nostalgic to me... dulu arwah mak ada, selalu buat setiap lebaran… tapi buku resepinya dah antik... cuba look thru the pages dah takda… ni sekarang tengah cuba keep all the old recipes in my pc. Anyway I'll try the recipe that you gave me.

FYI, ni nak kongsi sikit cerita... my late mom was great at baking… segala jenis kuih muih, cookies, cakes. Kek untuk hantaran/gubahan, kek berkat & berbagai jenis kek2 roll & lapis beliau pandai buat. Koleksi resepi2nya masih dalam simpanan saya. Every raya I tak pernah buat kuih... tak minat. Bila beliau dah takda barulah kelam kabut. So first time bake kek marble..turn out well. Lepas tu datang minat... always bake, try this & that. Alhamdulillah, sampai hari ini dah expertlah sikit… hmmmm! Now, my 12 yrs old girl is very interested in cooking & baking!

Cuma terkilan sikit... bila cuba dapatkan resepi from certain people ada yg tak nak bagi, lokek, hee... heee! Sedihlah juga..nasib ada Alaf 21. Sebab bila fikir semula...my mom's gone... she left everything behind... lots of recipes... tak bawa pun bersamanya! It's mewho have to continue the joy in baking. Anybody who ask me any recipe from her collection is never dissapointed... I'm always happy to pass it around. Well, glad that you really make an effort to reply & get me some recipes.

Nice to have people that's always sharing ....in knowlegde & esp in terms of recipes. Thanks again for your kindness. I appreciate your support. You too, have a wonderful day ahead.

W'salam.
You're very lucky, indeed. Ramai di luar sana yg terkilan kerana their beloved moms tak tinggalkan her personal collection for them to try out. I'm so glad to hear that you're willing to share her recipes with anyone interested. Perhaps someday we can work toge-ther to assemble a cookbook in honour of her fine cookery skills. In my decade long experience as a Home Economist, I have had a few misfortunes of meeting people who don't want to share their recipes, too. It is really pathetic.

Apa salahnya berkongsi kerana kita percaya, rezeki adalah dari ILAHI. It doesn't mean that if someone has your recipes, dia akan kaya dengan membuka perniagaan etc. I believe it all boils down to the fact that if that someone works hard enough, he or she will succeed. Entah-entahkan, dengan berkongsi resepi dengan lebih ramai orang, rezeki orang yg memberi itu sendiri akan bertambah, insyaALLAH. Yg penting, kita ikhlas.

A lot of people tak suka nak beri resepi sebab sudah dilarang oleh 'Guru'. Ini mungkin juga kerana 'Guru' tersebut membuka kelas (not cheap, you know! mungkin sampai ribu ringgit pun ada) and he/she tak mahu kehilangan potential students. Ini hanya pendapat peribadi saya. Semua orang ada pegangan masing-masing, kan? We just try to do what we believe is right. After all, no one is perfect.

Kebanyakan resepi tak menjadi kerana teknik tertentu tidak ditulis di dalam resepi. I mean, kalau nak tuliskan satu-persatu, akan mengambil ruang yg lebih (boleh jadi novel, gitu!). Teknik tertentu hanya boleh didapati dengan mencuba berkali-kali atau mempelajari dari teman-teman/ibu/ibu mertua atau jurumasak. Jika rajin menonton rancangan masakan di tv, sesiapa jua boleh menjadi pandai (tentu sekali dengan
banyak 'latihan').

We at Alaf 21 will definitely, insyaALLAH, try our best to satisfy everyone. Sesetengah resepi akan mengambil masa yg agak lama untuk dijawab kerana saya tidak begitu yakin dengan resepi yg ada di dalam simpanan saya. Jadi, saya perlu mencuba dulu sebelum memberikannya.

Last but not least, thanks for the support.
Semoga mendapat keberkatan di bulan Ramadhan ini.


Daripada:
zaini yunus
mahirandin@hotmail.com

BISKUT JUTA-JUTA CHIPS

Assalamualaikum...
Puan, Saya ingin mencuba membuat Biskut Chocolate Chip Cookies. Bersama-sama ini saya sertakan resepi biskut tersebut yang dapati daripada internet.

Baha-bahan A

150gm Tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil baking powder
80gm Unsalted butter
70gm gula
1 biji telur
Esen Vanila
70gm Choc. Chip

Cara-cara
1. Pukul butter sampai naik, campur gula sedikit sampai putih
2. Masukkan telur sedikit-sedikit, vanila, masukkan bahan A beberapa kali. Campurkan Choc. Chip.

Yang menjadi persoalan saya ialah:
i. Apakah resepi ini boleh diikuti atau adakah resepi yang lain.
Ada pelbagai resepi Biskut Chocolate Chips, insyaAllah, resepi ini akan menjadi tetapi anda boleh memukul butter dan gula hingga kembang dan tidak perlu memukul butter hingga naik terlebih dulu.
ii. Tidakkah biskut ini menjadi kembang bila dimasak apabila kita menggunakan tepung naik sendiri
Biskut jenis ini memang akan menjadi kembang bila dimasak jadi semasa meletakkan ia (gunakan 2 sudu kecil untuk mengambil adunan), mestilah di dalam jarak 3 cm. Pastikan bentuknya agak kecil dan tidak terlalu besar.
iii. Bolehkah kita masukkan badam cincang ke dalam resepi ini Tentu sekali boleh.
Saya cadangkan, bubuh 40 g badam yg sudah dibakar & dicincang kasar. Selain badam, gajus atau kacang hazel juga enak.


Daripada:
Siti Haidah
Sembawang Drive Singapore
yunosida@starhub.net.sg

KENAPA KEK SAYA BERLUBANG DI TENGAH?

Assalamualaikum,
Saya telah mencuba untuk membuat kek kukus buah-buahan, tapi tiap kali selesai kek nya akan termasuk menjadi seperti lobang dibahagian tengah.Bolehkah beritahu di mana silapnya dan kalau boleh berikan saya resepi yang betul.

Kek kukus puan 'berlubang' di tengahnya mungkin kerana tepungnya tidak mencukupi. Pastikan juga puan menambah air kukusan dengan air panas. Jika air sejuk, perubahan suhu akan menyebabkan kek itu tidak naik dengan elok. Kek jenis ini selalunya lebih 'keras' sedikit adunannya daripada kek biasa yg dibakar di dalam ketuhar. Saya ada memberikan resepi 'Kek Kukus Buah' baru-baru ini dan harap puan dapat menyemaknya.


Daripada:
lim N
lim0404300@yahoo.com

KEK MOUSSE

Saya berminat untuk mencuba mousse cake, apa yang saya dapati bahan utamanya untuk membuat muse ialah krim kastard & krim segar. Soalan saya ialah:-

1. Adakah krim kastard & krim segar yang di maksudkan itu yang instant atau yang mudah di dapati di pasaran secara segera?
Krim kastard mesti dimasak kemudian dibiar sejuk. Ada juga jenis instant yg dicampur dengan air dan menjadi kastard (boleh dibeli di kedai menjual peralatan kek/pastri). Krim segar atau fresh cream boleh dibeli di dalam 'carton' dan krim jenis ini tidak boleh dipukul menjadi kental (seperti double cream). Nota: kebanyakan resepi mousse yg saya temui menggunakan 'double cream' jadi, saya tidak begitu 'yakin' dengan resepi anda itu.

2. Dalam buku resepi saya tidak di beritahu samada perlu di sejukkan atau hanya di campurkan kedua2 krim tadi hias & siap untuk dihidang.
Seringkali kedua-dua jenis hendaklah disejukkan sebelum dicampur. Mousse cake juga seringkali mempunyai campuran gelatin larut dan ini juga mesti suam sebelum dimasukkan ke dalam krim tadi.

3. Cara penyampuran kedua2 krim tadi pun tidak di nyatakan secara terperinci samada perlu di pukul menggunakan mesin atau hanya campurkan secara manual sahaja.
Jika anda mahu menggunakan mesin, putar kelajuan sederhana saja. Boleh juga dicampur secara menggaul dengan tangan tetapi caranya mesti pantas untuk memastikan larutan gelatin sebati dengan kedua-dua jenis krim. Jika anda masih ragu-ragu, apa kata anda tuliskan resepi mousse itu di ruangan ini dan saya akan cuba menjelaskan secara terperinci.


Daripada:
khairunisaq safri
nisaq@eng.upm.edu.my

RESIPI BISKUT SARANG SEMUT

A'kum...
boleh saya tahu resepi biskut sarang semut kerana saya berminat utk mencubanya.

Sila cuba resepi di bawah. Jika adunan agak lembik, tambah 2-3 camb tepung gandum. Jika adunan agak keras (selepas disimpan lama kerana uan akan mengambil masa 'membentuk' dohnya), gaul dengan 1-2 camb mentega/marjerin.

BISKUT SARANG SEMUT

210g mentega
350g tepung kastard
2 biji telur
125g gula kaster
1 camt vanila
80-100g tepung gandum
sedikit manek berwarna/coklat rice
cawan kertas

Cara membuatnya
1. Pukul mentega hingga lembut, masukkan separuh tepung kastard dan pukul rata. Bubuh telur dan kacau sebati.
2. Campurkan sedikit demi sedikit gula, kacau rata. Masukkan pula vanila, diikuti baki tepung kastard dan tepung gandum.
3. Atur cawan kertas di dalam tin patty (berlubang 12 atau 16). Picitkan melalui tapis yg sederhana lubangnya supaya keluar pendek-pendek ke dalam cawan kertas tadi.
4. Taburkan manek kemudian bakar pada suhu 185 C selama 20 min atau hingga masak.

Kenapa tidak diletakkan panili, serbuk kelapa dan tepung sagu Untuk pengetahuan puan, inilah resepi 'Biskut Sarang Semut' yg ada di dalam simpanan saya.
Panili itu adalah untuk mewangikan adunan (boleh diganti dengan vanila). Saya percaya, mungkin resepi yg ada pada puan itu juga resepi biskut tersebut tetapi dari 'punca' yg lain. Tepung sagu akan membuat adunan lebih kenyal manakala, pada pendapat saya, serbuk kelapa akan memberikan rasa lemak. Jika hendak menukar coklat rice (bahan tabur) dengan serbuk kelapa/desiccated coconut, saya rasa tiada masalah.


Daripada:
Rahidah
Toronto,Canada
rahidah@sympatico.ca



RESIPI KEK KUKUS BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum,
Boleh tak Puan berikan resipi Kek Kukus buah-buahan yang moist

KEK BUAH KUKUS
Bahan Karamel
100g gula kaster
70ml air

BAHAN KEK
225g mentega
100g gula kaster
4 biji telur
1 camt esen vanila
380 g tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
300 g buah-buahan campuran

Alas tin bulat 22cm dgn kertas kalis minyak. Letak gula di dalam periuk heavy-based dan cairkan di atas api perlahan hingga gula menjadi keperangan. Ketepikan periuk dari api, masukkan air perlahan-lahan. Kacau hingga karamel larut menjadi cecair yg perang keemasan. Biar sejuk. Putar mentega dan gula hingga gebu dan ringan, masukkan sebiji demi sebiji telur. Campur dengan vanila dan kacau rata. Ayak tepung dan soda bikarbonat ke atas buah-buahan, gaul untuk menyalutkan buah dengan tepung. Bubuh ke dalam adunan kek. Tuangkan karamel tadi dan kacau rata. Isikan ke dalam tin, tutup dengan kertas foil/timah. Kukus sekana 2 ½ hingga 2 ½ - 3 jam.

Nota: Tambah air panas ke dalam pengukus bila airnya semakin sedikit. Petua utk mengetahui air kukus semakin sedikit – letak sekeping duit syiling ke dalam air itu, bila syiling berbunyi, bermakna air kukus sudah kurang.


Daripada:
Haslinda Jamaluddin
Chiba, Ichikawa city,
Ohnocho, Japan.
linda_jsr@yahoo.com

BOLEH TAK MASAK KUIH DENGAN ‘SLOW COOKER’?

Assalammualaikum,
Kawan saya menghadiahkan slow cooker kepada saya, wbg resepi yang saya perolehi kebanyakan adalah masakan barat... apakah kegunaan periuk ini, adakah resepi masakan Malaysia yang saya boleh gunakan dengan periuk ini.

Kebanyakan masakan yg boleh dimasak di atas dapur juga boleh dimasak di dalam slow cooker. Namun begitu, bahan seperti santan, susu, susu masam dan keju boleh 'terasing' jika dimasak dengan kaedah ini. Jadi, lebih baik memasukkan bahan tersebut pada akhir masa memasak.

Garingkan daging atau ayam di dalam minyak panas (di dalam kuali atas dapur biasa) sebelum memasukkan ke dalam slow cooker untuk masak bersama kentang (contohnya, membuat ayam masak merah tetapi pastikan kentang diletak di bahagian dasar dan dilapiskan dengan ayam secara berselangseli).

Secara umumnya, jika masa memasak yg biasa adalah 30 minit, masak di dalam slow cooker LOW untuk 6 - 8 jam atau pada HIGH selama 3 - 4 jam. Jika masa memasak 35-60 min, masak di dalam slow cooker LOW selama 8-10 jam atau HIGH selama 5-6 jam. Untuk membuat kari/kurma, tumis seperti biasa di atas dapur kemudian masukkan ke dalam slowcooker, tambah air. Masak seperti yg disarankan (contoh: ikuti
jangkamasa masakan casserole) dan 20 min sebelum
menghidangkannya, masukkan santan.

Pada asasnya, slow cooker adalah cara memasak yg perlahan dengan suhu yg tidak begitu tinggi, jadi, daging dan ayam lebih empuk. Anda juga akan menikmatinya pada waktu yg telah ditetapkan - malam atau tengahari (jika anda perlu keluar ke mana-mana atau bekerja).

CARA MENGGUNAKAN ‘RICE PAPER’

Soalan kedua..saya cuba membeli 'rice paper' segera. Bagaimanakah menggunanya? Bolehkah diguna untuk membuat popiah... tolong berikan saya resepinya.

Ada 2 jenis rice paper. Sejenis diperbuat dari hemp (seperti jut), bulu, batang padi dan malberi. Ia digunakan di dalam seni menulis kaligrafi, medium lukisan, tanglong, layang-layang, membuat origami atau melapisi cermin tingkap. Jelaslah, ia bukan untuk dimakan.

Jenis kedua adalah rice paper wrappers yg nipis, mudah pecah, tidak begitu lutsinar dan kelihatan seperti kertas. Ia diperbuat dari doh tepung beras dan air.

Berikut resepi yg anda minta:
POPIA (dengan Rice Paper Wrapper)
1 pokok daun salad jenis butter lettuce, asingkan daunnya
sos cili, kicap dll (untuk hidangan)

Bahan Inti:
1 batang lobak merah, dihiris halus memanjang
1 batang timun, dibuang empulur & dihiris halus memanjang
2 camb hirisan cendawan shiitake
garam secukupnya
1 labu bawang besar, dicincang halus
4 biji bawang merah, dicincang halus
4 ulas bawang putih, dicincang halus
1 cawan taugeh, dibuang ekor
3 camb sos tiram
1 camt kicap manis
garam, serbuk lada sulah, gula ikut rasa
200 g daging ayam/daging (yg sudah dimasak), dicincang
36 keping rice paper bulat, berukuran 6 1/2 in lebar
minyak utk menggoreng


Lembabkan beberapa helai kitchen towel dengan air. Isikan sebuah bekas pai dengan air biasa. Masukkan 2 camb gula dan kacau hingga larut. Letak sehelai kitchen towel lembab di atas papan pencanai. Celup rice paper ke dalam air, kemudian letak di atas kitchen towel, buat selapis demi selapis (berselangseli antara kitchen towel & rice paper).

Bila rice paper cukup lembut, isikan dengan inti dan gulung seperti membuat popia biasa. Susun atas tin pembakar (bahagian hujung di sebelah bawah) dan tutup dengan plastik semasa menggulung yg lain. Goreng beberapa gulungan saja pada satu masa, di dalam minyak panas selama 4-5 min atau hingga keemasan. Hidangkan dengan sos cili, jika suka.

Untuk inti: Taburkan garam pada lobak, biar 10 min kemudian perah dengan kain maslin. Campurkan dengan bahan lain.



Daripada:
She Sheila,
dorashe70@yahoo.com

RESIPI KUIH TAKO

Kalau boleh saya ingin minta resepi kuih tako yg agak popular di bulan ramadan ini. terima kasih sekali lagi.

KUIH TAKO
Lapisan Bawah
30g tepung Hoen Kwee
90g gula halus
300ml air
6-8 biji sengkuang Cina, dikupas & dikiub kecil


Lapisan Atas
20g tepung beras
20g gula halus
270 ml santan kelapa (1 biji kelapa)
secubit garam
daun pandan untuk membuat acuan 'tako'


Untuk lapisan bawah: Kacau tepung, gula dan air di atas api perlahan hingga adunan pekat. Masukkan sengkuang, gaul rata dan sudukan ke dalam acuan 'tako'. Ketepikan. Kacau pula semua bahan atas dengan api perlahan hingga pekat. Sudukan ke dalam acuan tadi. Biar sejuk sebelum dihidangkan.


Daripada:
Fazeilah Md. Jonit
Bandar Tun Razak, KL.
fazie_mj@um.edu.my

MENCARI KEDAI MEMBUAT KEK DI LEMBAH KELANG

Assalamualaikum...
Dalam buletin sebelum ini, ada dimaklumkan kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek. Tapi saya tidak dapat mencari senarai kedai tersebut dalam ruangan puan itu. Boleh tak Puan sertakan kedai tersebut di sekitar KL dan Lembah Kelang.

W'salam.

Kedai-kedai peralatan membuat kek di sekitar Kuala Lumpur: Chang Thung, Phoon Huat, Bake with Yen (Lrg Haji Taib berdekatan Chow Kit), Pastry Pro, 8 P Concept, Best 23 Baking Essentials, Blue Sea (Setapak), Chun Yip (Jln Sultan) dll. Ada sebuah lagi terletak di bangunan Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail, saya kurang pasti namanya.


 

Daripada:
Nujaimi Binti Haji Abdul Ghani
Folio Apparel Sdn Bhd
Taman Shamelin Perkasa, KL
amy@fasb.ws

Soalan: RESIPI KEREPEK BAWANG

Assalamualaikum
Saya amat menggemari kerepek bawang. Kebanyakan kerepek bawang yang dijual di kedai kurang enak dan rasanya tidak asli. Bolehkah Puan berikan resepi kerepek bawang kepada saya.

Jawapan: KEREPEK BAWANG

Doh Biasa
250g tepung gandum
garam secukupnya
85g marjerin
45-55ml air

Doh Bawang
225g tepung gandum (+ 2-3 sudu besar, jika perlu)
garam secukupnya
30g marjerin
2 labu bawang besar (100g satu), diparut halus
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar telur (yg sudah dipukul, anggaran ½ biji)
minyak utk menggoreng

Doh biasa: Gaul semua bahan dengan air hingga menjadi doh yg lembut. Tutup mangkuk berisi doh dengan tuala dan biar 30 minit.

Doh bawang: Gaul semua bahan hingga sebati (air dari bawang mencukupi). Jika adunan lembik, tambah sedikit tepung lagi. Bahagikan kedua-dua doh menjadi 4 bahagian setiap satu. Canai setiap bahagian setebal 3mm, 25x40cm. Letak lapisan doh bawang di atas doh biasa. Gulung kemas. Bungkus dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau hingga keras. Jika terlalu keras, biar pada suhu bilik hingga lembut. Hiris nipis kemudian goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Angkat, sejatkan dan biar sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Daripada
Siti Nor Barizah Bt Towil
Bukit Rambai, Melaka
barizah@kym.edu.my

Soalan: RESIPI NASI AYAM DAN SUP PALING SEDAP

Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya beberapa soalan :
1. Boleh tak puan bagi saya resepi nasi ayam dan kuah sup yg paling sedap. W'salam.

Jawapan: Saya harap puan akan berpuas hati dengan semua resepi yg saya berikan ini. Untuk mendapatkan nasi ayam atau nasi lemak yg sedap, saya cadangkan puan gunakan separuh bahagian beras wangi dan separuh lagi beras biasa. Banyak teknik masakan yg akan menyerlahkan lagi masakan puan, contohnya, 'menggoreng' beras di dalam minyak (utk nasi ayam) hingga bersalut sepenuhnya atau bila menumis, pastikan bahan tumisan (bawang, halia dll) benar-benar terbit bau/harum dan pastikan api perlahan saja.

Jika bahan tumisan terlalu garing, masakan tidak begitu enak. Saya rasa, cara puan memasak nasi lemak dengan halba dan halia memang 'kena' tetapi mungkin kerana tidak cukup garam, maka nasi lemak itu kurang 'menyengat'? Adakah puan terlupa meletakkan daun pandan, satu kewajipan di dalam sebarang resepi nasi lemak/nasi minyak dll? Yg paling penting, sambalnya mestilah cukup masam, manis barulah 'terangkat'... (saya tidak menyertakan resepi sambal kerana pada pandangan saya, puan hanya musykil tentang cara memasak nasinya saja).

NASI AYAM
1 ekor ayam
1 camt minyak }
1 camt kicap cair } campuran A
½ camt kicap manis }
3 cawan beras panjang
4 cm halia, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
1 camt garam
¼ camt serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng ayam

Sup:
500ml air rebusan ayam
1 bungkus Sup Bunjut
1 camb stok pekat ayam
bawang goreng
hirisan halus daun sup dan daun bawang

Sos cili (kisar hingga halus):
10 biji cili merah, dibuang biji
2 ulas bawang putih
5cm halia
1 camb minyak
½-1 camb jus limau nipis
1 camt gula halus
1 camb minyak rebusan ayam
garam secukupnya

Kicap:
3 camb sos tiram
1 camb kicap manis
½ camt serbuk lada sulah
½ camt gula halus
3 camb air rebusan ayam

Bahan sampingan:
hirisan daun bawang dan daun sup
hirisan tomato dan timun
daun salad

Jerang ayam dengan air (sama paras). Masak selama 15 minit kemudian ketepikan dari api. Biar ayam terendam selama 10 minit kemudian keluarkan, masukkan ke dalam bekas air biasa. Gantung ayam supaya agak kering. Lumurkan dengan bahan A. Ambil 400ml air rebusan, isikan ke dalam periuk kecil (untuk sup).

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga keemasan. Masukkan beras, kacau 1-2 minit. Ubah beras ke dalam periuk nasi letrik. Masukkan baki air rebusan ayam (tambah air jika perlu), garam dan serbuk lada sulah. Masak seperti biasa.

Untuk membuat sup, jerang air rebusan dan sup bunjut hingga mendidih. Perlahankan api, renihkan selama 5 minit. Ketepikan sup bunjut. Masukkan stok pekat ayam, bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang. Angkat dan isikan ke dalam mangkuk.

Ayam dipotong 4. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keemasan. Hidangkan dengan nasi, sup, cili dan kicap serta bahan sampingan lain.

SUP & SAMBAL YONG TAU FOO

2. Saya juga penggemar Yong Tau Fu. Sekali saya beli sampai sepuluh ringgit ke atas. Bangkrap oiii.....saya ingin mencuba untuk membuatnya sendiri. Di Melaka nie kuahnya sup tetapi di selangor kuahnya sambal. boleh tak saya dapatkan kedua dua resepi kuah tersebut?

SOS UTK YONG TAU FOO
560ml air
1 kiub stok bilis
1 camb kicap pekat/hitam
2 camb sos kacang hitam
1 camb sos hoisin
2 camb gula pasir
1/8 camt serbuk rempah lima
garam secukupnya
3 camb air, dicampur 1½ camt tepung jagung

Jerang air, stok bilis, kicap pekat, sos kacang hitam, sos hoisin, gula pasir dan serbuk rempah lima di atas api perlahan. Kacau hingga mendidih, masukkan campuran tepung masak. Kacau tanpa henti selama 2-3 minit lagi atau hingga pekat.

SUP UTK YONG TAU FOO
3 liter air
1 kiub pati ikan bilis
2 camb stok pekat ayam
2 cm halia, diketuk
5 ulas bawang putih, diketuk
garam secukupnya
1 camt gula pasir
Jerang semua bahan di dalam periuk. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan selama 1 jam. Tapis air rebusan dan gunakan sebagai sup.

SOS CILI UTK YONG TAU FU
8 biji cili merah, dibuang biji
2 camt bijan goreng/bakar
100ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
garam secukupnya

Kisar cili dan bijan hingga halus. Jerang cuka di atas api perlahan. Masukkan bahan kisar dan semua bahan lain, ketepikan dari api, biar sejuk.

Soalan: Saya buat nasi lemak selalunya akan letak sedikit halba selain santan. halia dan garam. Suami saya hanya bagi 3 bintang sahaja untuk nasi lemak saya . Boleh tak puan berikan resepi nasi lemak yang 5 bintang punya....

Jawapan: NASI LEMAK
300g beras (seelok-eloknya jenis panjang atau seperti yg saya syorkan di atas), dibasuh & ditoskan
1 cm halia, dihiris nipis
2 ulas bawang merah, dicincang halus
1 camt garam
675ml santan (dari 1/2 biji kelapa), asingkan 3 camb patinya
1/8 camt halba
2 helai daun pandan, disimpulkan

Jerang beras, halia, bawang merah, garam, santan, halba dan pandan di dalam periuk nasi letrik. Masak hingga kering airnya kemudian titiskan pati santan dan kacau rata. Tutup dan biar 10-12 minit atau hingga betul-betul masak.


Daripada:
Rosnah Hussien
Kg Melayu Majidee, Johor Bahru.
ktrecsb@tm.net.my

Soalan: RESIPI SOTONG KANGKUNG

Apakah resipi untuk membuat sotong kangkung. Sotong yang digunakan adalah sotong kering yang telah direndam. Diharap dapat juga memberi resipi sosnya sekali.

Jawapan: Kombinasi bahan mentah adalah mengikut citarasa masing-masing. Ada yang suka menggantikan nanas dengan sengkuang dsbnya, terpulanglah pada individu.

SOTONG KANGKUNG

300 g kangkung, dicelur
1 ekor sotong kembang (besar), dihiris
1 biji timun, dipotong
½ biji nanas, dipotong
4-5 keping tauhu bergoreng, dihiris
1 sudu besar bijan, dibakar
1-2 sudu besar kacang tanah goreng, ditumbuk

Bahan Sos:
1 sm kiub belacan, dibakar
3 sudu besar petis udang
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
10-12 biji cili padi, ditumbuk/dihiris halus
1 sudu besar pes cili, atau ikut suka pedasnya
7-8 sudu besar gula halus
garam secukupnya
80-100ml air suam

Satukan semua bahan sos. Gaul dengan kangkung, timun, tauhu bergoreng dan sotong kembang. Letak dalam pinggan. Taburkan bijan dan kacang tanah.


Daripada:
Zainal bin Zain
Kpg. Alor Setol,
Alor Setar, Kedah
nalcc98@tm.net.my



Soalan: CARA MEMBUAT DADIH ASLI

Assalamualaikum,
Saya berminat mengikuti ruangan ini kerana ia memaparkan pelbagai perkara mengenai masakan. Saya ingin tahu bagaimanakah caranya untuk membuat dadih asli yang dibuat oleh orang dulu-dulu. Kalau tak silap saya dadih berkenaan di buat dengan susu kambing, lembu atau kerbau. W'salam.

Jawapan: Sebenarnya, saya sendiri kurang pasti bagaimana orang dulu-dulu membuat dadih. Saya hanya mempunyai resepi membuat dadih menggunakan dadih yg sedia ada di pasaran sebagai 'culture starter'. Jika ada pembaca yg mempunyai 'cara tradisional' membuat dadih, silalah berkongsi di ruangan ini....

DADIH
250ml susu segar rendah lemak
1 sudu besar dadih asli (dibeli di pasaraya, sebarang jenama)

Jerang susu (di dalam periuk kecil) di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Ketepikan dari api, tuang ke dalam jag tahan panas yang bersih. Biar suam. Jika ada lapisan berkilat di atasnya, ambil dengan sudu dan buangkan. Campurkan dadih dengan susu, kacau perlahan kemudian tutup jag. Biar selama 8-10 jam atau hingga menjadi pekat seperti dadih. Jika tidak menjadi, bererti susu terlalu panas. Letak dadih di dalam peti sejuk. Ia tahan selama 6-7 hari. Hidangkan dengan buah-buahan atau dicampur ke dalam minuman sebagai lassi.


Daripada:
ross musa
Brunei
shalai80@hotmail.com



Soalan: APA DIA REMPAH KEK LAPIS & REMPAH KUIH?

Assalamualaikum,
Saya ini baru pertama kali mencuba membuat kek dan biskut. jadi ada beberapa bahan yang saya ingin tanyakan. Saya ingin mengetahui apa dia rempah kek lapis dan rempah kuih? Saya juga ingin mengetahui apa dia panili, Hoen Kuey, Sour Cream, glyserine, masala superfine, amplet, spry, wheat germ, coffee oil angelika dan pati badam?

Jawapan:
Rempah Kek Lapis - ia adalah campuran serbuk pala, kulit kayu manis dll yg dijual di pasaraya di dalam bekas plastik yg kecil (seperti menjual manek dll).
Rempah Kuih - dikenali sebagai 'cake spices' dan ada dijual di pasaraya atau kedai tertentu yg menjual peralatan membuat kek dll. Ia juga untuk mewangikan kek buah-buahan dll. Serbuk rempah lima tidak sama dengan rempah ini kerana serbuk rempah lima banyak digunakan di dalam masakan Cina.
panili - juga dikenali sebagai vanili dan selalu digunakan untuk menggantikan esen vanila di dalam kek, biskut atau roti.
Hoen Kuey - tepung kacang hijau yg dijual di dalam bungkusan kertas putih(seperti bentuk silinder).
Sour Cream - krim masam, boleh dibeli di bahagian dingin pasaraya di mana anda boleh membeli dadih atau keju.
glyserine - digunakan untuk membuat aising fondant, berbentuk cecair jernih dan dijual di dalam botol plastik.
masala - rempah garam masala banyak digunakan di dalam masakan India.
superfine - tepung paling halus boleh dibeli di dalam kotak di pasaraya besar.
amplet - mungkin yg dimaksudkan di sini adalah 'emplex', sejenis bahan untuk merangupkan biskut.
spry - lemak sayuran yg didapati di dalam tin (vegetable shortening) bagi merangupkan biskut & seperti marjerin tetapi berwarna putih kekuningan.
wheatgerm - bahan asli yg penuh khasiat dari dalam biji benih gandum. Ia berwarna keperangan dan dijual sebagai makanan sampingan bersama oat, cornflakes dll.
coffee oil - minyak kopi atau sejenis esen kopi yg mempunyai rasa kopi tulen.
angelika - berwarna hijau muda dan sepanjang 3-4 cm (digunakan untuk menghias kek, seperti daun) tapi mempunyai tekstur seperti agar-agar keras.
pati badam - esen badam, yg boleh dibeli di dalam botol sama seperti esen vanila dll. Jangan gunakan banyak kerana ia pahit.

Soalan saya lagi 900ml putih telur bersamaan dengan berapa biji?
Sebanyak 900ml putih telur bersamaan dengan 20 biji telur. Ini
berdasarkan 1 biji telur (yg dipukul) sama dengan 60ml (4 sudu besar).


Soalan: APA BEZA TEPUNG KEK & TEPUNG BISKUT?

Daripada
Nor Kamilah Saat
taman sri serdang,
seri kembangan, selangor
miss_ila24th@yahoo.com

Assalamualaikum,
Saya ingin tahu apa dia sebenarnya tepung kek dan tepung biskut?
Adakah ianya saya macam tepung gandum? Dia mana boleh mendapatkan kedua-dua tepung ini?
Jawapan: Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali. Tepung biskut atau biscuit flour selalunya sudah dicampur dengan sedikit tepung jagung dan bahan yg akan merangupkan biskut. Jika tiada kedua-dua jenis tepung (sukar didapati), tidak mengapa jika menggunakan tepung gandum biasa. Hasilnya tentulah tidak sama tetapi saya berpendapat, tidak banyak resepi yg meminta anda menggunakan 'tepung kek' atau 'tepung biskut' kerana kedua-dua bahan hanya mudah didapati di pasaraya besar atau kedai-kedai yg menjual bahan/peralatan kek. Resepi biskut yg mempunyai campuran tepung kastard atau tepung jagung atau emplex atau serbuk kacang/badam dll akan menghasilkan biskut yg rangup.

Untuk membakar kek dan biskut menggunakan oven elektik, bahagian api mana yang perlu digunakan?
Jawapan: Dari pengalaman saya, jika membakar kek atau biskut dengan ketuhar elektrik, gunakan pemanas bahagian bawah saja. Sesetengah ketuhar tidak mempunyai 'gadget' ini tetapi mempunyai 'kipas' di bahagian belakangnya. Jika ketuhar anda begini, gunakan pemanas atas dan bawah tetapi pastikan suhunya disesuaikan kerana biskut mudah hangus. Ia juga tidak mengambil masa yg lama untuk masak. Permukaan kek juga akan mudah hangus jadi tutupkan (longgar) dengan kertas timah untuk mengelakkan kek terlalu keperangan. Jika anda masih sangsi, dapatkan khidmat nasihat dari pembekal/pekedai kerana saya percaya, mereka lebih arif tentang ketuhar keluaran jenama tertentu itu.


Soalan: MANA NAK DAPATKAN SOS IKAN?

Daripada
iena11@yahoo.com

Assalamualaikum,
Saya amat gemar makan kerabu especially kerabu cara masakan Thailand. Kebanyakan kerabu Thailand menggunakan sos ikan. Di mana saya boleh dapatkan sos ikan tersebut. Selain itu boleh tak beri saya beberapa resepi kerabu dari Thailand.

Jawapan: Sos ikan boleh dibeli di pasaraya, di dalam botol (besar, malangnya tiada saiz kecil). Ia selalunya berada pada rak yg sama dengan sos tiram, kicap dll.

Untuk mendapatkan resepi kerabu yg pelbagai, saya usulkan anda mendapatkan buku masakan Alaf 21 bertajuk "Aneka Kerabu" berharga RM5.50 (di pasaran) atau pesan pada mereka terus. Ada 44 resepi di situ dan saya percaya, anda akan dapati semuanya enak, lazat, berkhasiat dan mudah diikuti. Jika terdapat sebarang masalah, sila tanyakan.


Soalan: SIAPA NAK CUBA BUAT TOMYAM?

Daripada
zeal via
zealvia@yahoo.com

Banyak kali saya cuba utk masak tomyam. Pelbagai kiub saya cuba tapi rasanya pahit. Tak tau apa yang tak kena.Selalunya bila saya masak pasti kuahnya kemerahan tapi saya lebih suka kuahnya jernih macam dijual di gerai-gerai Thai.

Jika anda berasa "serik" menggunakan kiub pati tom yam, cuba pula pes tom yam yg dijual di dalam botol kecil. Ia mungkin berasa pahit kerana (1) daun limau purut direbus terlalu lama di dalam kuah itu atau (2) menggunakan terlalu banyak kiub di dalam kuah. Walauapapun, jika anda suka kuah yg jernih, ikuti respi di bawah:

Jawapan:

TOM YAM (jernih)
1.5 liter air
700 g udang besar/sotong/ayam
4 btg serai, diketuk
4-5 camb jus limau nipis (atau ikut suka masamnya)
4 camb sos ikan
8 helai daun limau purut
10-12 biji cili padi, diketuk
40 g daun ketumbar
garam & gula secukupnya

Jerang air hingga mendidih, masukkan serai (dan ayam atau daging). Renihkan hingga ayam/daging empuk. Masukkan jus limau dan sos ikan. Masak 5 minit lagi. Bubuh daun limau purut, cili padi, udang, sotong, cili padi, daun ketumbar, garam dan gula. Kacau sekali-sekala hingga masak. Sesetengah gerai masakan Thai memasukkan lengkuas yg diketuk dan sedikit daun pudina. Campur 1-2 camb stok pekat ayam (lebih enak dari kiub) jika anda suka atau sedikit kiub ikan bilis (kerana ia mengandungi sedikit monosodium glutamate=serbuk perasa) yg digunakan "secara meluas" dalam masakan gerai-gerai.


Soalan: ADA CARA BUAT PUDING YANG CANTIK?

Daripada
she sheila
ipoh, perak
dorashe70@yahoo.com

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan puding gula hangus yg cantik dan licin dan tidak mengelembung bila di kukus.terima kasih

Jawapan: Semasa mengukus, pastikan apinya tidak terlalu kuat. Lap bahagian bawah penutup kukus setiap 5-6 minit supaya wap tidak menitis ke atas puding. Lebih elok jika "menutup" atas puding (jangan ketat) dengan kertas timah (buat seperti "bumbung"). Tapis adunan sebelum menuang ke dalam loyang berisi gula hangus/caramel kerana telur mempunyai bahagian yg tidak larut walaupun dipukul. Jika masih tidak yakin, kukus puding di dalam mangkuk-mangkuk kecil (kaca, tahan panas) kerana ia lebih mudah masak dan hanya mengambil masa yg singkat. Saya juga menambah 2 camb tepung kastard untuk adunan 6 biji telur agar puding lebih kuning keemasan.


Soalan: KENAPA KERIM PAF TERLALU CAIR?

Daripada
manzumah mohamud
maizue_m@yahoo.com

Assalamualaikum

Saya ingin bertanyakan beberapa soalan.
a) Saya telah mencuba membuat cream puff beberapa kali masalah yang saya hadapi ialah adunan cream puff tersebut menjadi terlalu cair dan keras apabila masak. Saya berharap puan dapat memberikan komen dan menyertakan sekali resepinya.

Jawapan: Cuba resepi di bawah, insyaAllah akan berjaya kerana ia tidak pernah memberikan masalah pada saya. Anda harus ingat, jangan sekali-kali membuka ketuhar semasa membakar krim paf. Kaedah "mengeluarkan stim" sebaik saja paf masak amatlah penting agar paf benar-benar ringan. Resepi ini menghasilkan 30 biji paf. Gunakan telur bersaiz besar.

KRIM PAF
65 g tepung gandum
secubit garam
50 g mentega
150 ml air
2 biji telur, dipukul sedikit

Ambil sehelai kertas kalis minyak, lipat dua. Ayak tepung dan garam ke atas kertas. Ketepikan. Jerang mentega dan air sambil dikacau hingga mentega cair. Gunakan periuk kaca atau heavy-based utk mendapatkan hasil yg memuaskan. Kuatkan api dan biar air tadi menggelegak selama 1 minit. Padamkan api, masukkan tepung tadi (sekaligus dgn memegang kertas kalis minyak di sebelah kiri) ke dalam periuk, sambil tangan kanan mengacaunya dengan kuat/laju. Bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan selama beberapa minit atau hingga anda boleh memegang keliling periuk dengan tangan anda (suam). Masukkan sedikit demi sedikit telur dan kacau hingga sebati dan adunan menjadi berkilat serta licin. Isikan ke dalam beg aising dan picit adunan (biar berjarak) di atas tin pembakar beralas kertas timah. Bakar pada 220 C selama 20-25 minit atau hingga kembang dan keperangan. Buka ketuhar, cucuk setiap paf dengan hujung pisau kemudian bakar semula selama 5 minit. Angkat dan biar sejuk atas redai.

Soalan:

b) Bolehkah puan berikan resepi 'Black Forest Cake'

Jawapan:

KEK BLACK FOREST
SPAN COKLAT

200 g tepung gandum
secubit garam
50 g koko
1 camt serbuk penaik
100 g air
8 biji telur
250 g gula kastor
25 g Quick 75
125 g mentega cair
Ayak tepung, koko, garam dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan air, telur, gula kastor dan Quick 75. Putar selama 8 minit hingga gebu. Masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati. Tuang ke dalam tiga(3) tin 25 cm yg dialas kertas kalis minyak dan dilengser dengan marjerin. Bakar selama 8-10 minit pada 190 C. Biar sejuk atas redai.

BAHAN HIASAN
500 ml krim putar, diputar kental
1 cawan coklat urai
8 biji ceri merah (hiasan atas)
1/2 tin ceri hitam (black pitted cherries), disejatkan
100 g coklat masakan, diparut
Lembapkan setiap kek dengan jus ceri hitam. Letak sekeping kek atas papan/pinggan. Sapu 1/4 krim dan atur separuh ceri hitam. Letak lapisan kedua, sapu 1/4 krim lagi dan baki ceri. Letak baki kek di atasnya dan ratakan seluruh kek dengan baki krim. Hias tepinya dengan coklat urai, tengahnya dengan parutan coklat dan ceri merah di sekelilingnya. Sejukkan sebelum dipotong.


Soalan: CARA MEMBUAT KENTANG PUTAR

Daripada
natashah farah
natkacang@yahoo.com

Assalammualaikum...
Boleh tak saya dapatkan resipi kentang putar berserta kuahnya?

Jawapan:

KENTANG PUTAR
300 g kentang (Russet/berkulit merah)
1 camb mentega
garam & serbuk lada sulah atau hitam (ikut suka)
2-3 camb susu segar

Rebus kentang di dalam air (tambah sedikit garam). Bila menggelegak, tutup periuk dan perlahankan api. Biar merenih selama 20-25 minit hingga empuk. Angkat, kupas kulit dan lecek hingga halus. Masukkan mentega dan susu sedikit demi sedikit hingga campuran lembut dan licin. Tambah garam dan serbuk lada sulah.


SOS KENTANG PUTAR
600ml air rebusan ayam/daging
1 batang salderi, dicincang halus
1 labu bawang besar Spanish (putih), dicincang halus
40 g mentega
40 g tepung gandum
1 camb tomato sos
1 camb sos tiram
beberapa titik kicap hitam (untuk 'mewarna' sos)
garam & serbuk lada hitam secukupnya
Jerang air rebusan dengan salderi, bawang hingga mendidih. Perlahankan api dan renihkan 15 minit. Tapis ke dalam mangkuk. Cairkan mentega di dalam periuk, masukkan tepung dan kacau di atas api perlahan hingga tidak melekat pada tepi periuk. Masukkan air rebusan tadi dan kacau hingga tidak bergentel. Masukkan tomato sos dan sos tiram. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga pekat. Tambah kicap pekat agar sos kecoklatan. Bubuh garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.


Soalan: RESIPI KUIH PENERAM

Norhamida Md Yusof,
Kg Ketapang Tengah,
Pekan, Pahang.
miedamdyusof@yahoo.com

Puan,
boleh tak berikan saya resipi kuih penderam atau dipanggil kuih ‘telinga keling’?
Terima kasih.

Jawapan:

KUIH PENERAM
250 g tepung beras
250 g tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan gula apong
2 cawan air
minyak utk menggoreng

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan gula pasir, gaul rata. Campur gula apong dan air, gaulkan ke dalam tepung tadi. Biarkan 15 minit. Panaskan minyak kemudian perlahan api. Ambil sedikit adunan, bentukkan bulat dan bentuk empat lubang dengan hujung jari. Goreng kuih hingga timbul dan balik-balikkan agar masak rata.



Soalan

Assalamualaikum

Apakah perbezaaan ragi dan yeast. Terima kasih.

Sayang Widuri
baiduri84@yahoo.com

Jawapan


Ragi dan yeast (atau yis) pada dasarnya adalah sama TETAPI ragi digunakan untuk membuat tapai (ia berbentuk bulat warna putih sebesar syiling 50 sen) & dihancurkan atau diayak (dgn penapis minuman) ke atas pulut (utk tapai pulut) atau ubi kayu (Utk tapai ubi).Yeast juga dikenali sebagai ibu roti dan ada 2 jenis yis iaitu basah (frozen/dinginbeku) dalam bentuk pejal (solid) putih kekuningan dan yis kering (instant dried yeast) dalam bentuk granules (serbuk) dan contoh paling ternama ialah 'Mauripan'. Yis basah mesti dibiar pada suhu bilik, dicampur dengan air suam & gula kemudian dibiarkan naik (proof) hingga berbuih baru digaul dengan tepung. Sementara yis segera boleh dicampur terus ke dalam adunan dan diuli.


Soalan & Jawapan


Assalamualaikum...,

1. Apakah yang dikatakan susu segar seperti yang terdapat dalam kebanyakan resepi roti Alaf 21? Ada apa-apa bahan lain yang boleh menggantikannya...

Susu segar (fresh milk) maksudnya, susu UHT atau yang biasa didapati di dalam kotak atau botol plastik. Jika mahu, anda boleh mencampurkan 3/4 sukatan susu cair dengan 1/4 sukatan air untuk menggantikan susu segar kerana susu cair lebih lemak.

2. Mentega tanpa garam...? Mentega lembut...? Apakah beza/kesan penggunaanya berbanding dengan mentega biasa...buttercup, farmcow?

Mentega tanpa garam (unsalted butter) dan mentega biasa (jenama seperti yang disebutkan) tidak banyak bezanya. Hanya 'mentega tanpa garam agak sesuai digunakan di dalam kek manakala mentega biasa di dalam pastri dsbnya. Anda boleh menggantikan 'mentega tanpa garam' dengan mentega biasa tanpa mengubah hasil resepi anda. Ada 2 jenis 'mentega lembut'. Ini bergantung pada resepi. Jenis pertama, ia mungkin mentega yang boleh dibeli di dalam 'tub' atau bekas plastik bertutup (jenama Meadow Lea dll). Ia jarang digunakan di dalam masakan (kek, pastri atau biskut). Satu makna 'mentega lembut' pula adalah mentega/butter yang dibiar pada suhu bilik selama 2 jam atau lebih sehingga ia cukup lembut untuk digunakan. Jadi, perhatikan resepi betul-betul.

3. Dadih asli...?

Dadih asli (yoghurt) bolehdibeli di pasaraya dalam bekas kecil 150gm dan ia jenis yang tidak berperisa (tanpa buah-buahan). Dadih asli BUKAN tairu kerana tairu adalah susu masam (campurkan 250ml susu cair dengan2 camb air limau nipis, biar seketika hingga susu menjadi agak pejal).

4. Cara membuat tapai nasi (untuk membuat apam tepung beras).

Resepi 'Tapai Nasi' akan diberikan di ruangan akan datang, insya'Allah.

5. Gula biasa & gula kastor. Apakah beza/kesan dalam masakan...kek, roti, kuih... dsb??.

Gula biasa yang dimaksudkan di sini, mungkin gula pasir & ia tidak sesuai untuk membuat kek, roti atau biskut kerana ia tidak mudah 'hancur' bila dibakar. Kek yang dibuat dengan gula pasir tidak akan naik cantikdan menjadi berat. Utk mendapatkan biskut yang rangup, ada juga yang menggunakan gula aising kerana ia lebih halus dan mengandungi sedikit campuran tepung jagung. Ada juga yang mengisar sendiri gula pasir, dijadikan serbuk untuk digunakan di dalam kek atau biskut. Saya dapati gula yang dikisar sendiri ini lebih manis dari gula kastor (caster sugar). Utk membuat kek yang gebu dan naik, gula kastor mesti dipukul dengan mentega hingga ianya hancur dan adunan ringan. Jadi, gula jenis ini sajalah yang sesuai untuk membuat kek. Utk membuat kuih (Melayu seperti Kuih Bakar, Inti, Pengat dsbnya) eloklah gunakan gula pasir yang halus.


Sekian, terima kasih.
Salidza, Padang Balang.


Soalan
Assalamualaikum,

Terima kasih kerana menjawab soalan saya mengenai k.lekor dulu. Saya berminat dgan kuih jepun dorayaki yang puan berikan pada farida beevi. Bolehkah puan menggunakan bahasa malaysia saya tak berapa paham b.inggeris tu.

Asmirah Sahrir
P/s 235,
89908, Tenom sabah.

Jawapan


DORAYAKI (LEMPENG JEPUN) 3 biji telur 175 g. gula kastor 1/2 camt serbuk penaik 3-5 camb air 120 g. tepung gandum, diayak inti yang disukai (kacang merah, kacang hijau atau serikaya) Putar telur dan gula hingga berkrim. Larutkan serbuk penaik dengan air. Campurkan pada bancuhan telur tadi. Kaupbalikkan tepung dan gaul rata. Panaskan kuali leper (jenis berat) dan lengserkan dengan sedikit minyak. Ambil anggaran satu senduk kecil adunan dan leperkan di atas kuali (lebihkurang sebesar 4 inci atau 10cm). Masak di atas api perlahan hingga bahagian bawahnya keperangan. Ia akan nampak berbuih & masak bahagian atasnya (spt apam balik). Sudukan inti dan lipat dua kemudian angkat.


 

1. Saya tidak faham bagaimana cara untuk membalik kaup kek.

1. Cara 'kaup-balik' kek lazimnya menggunakan senduk kayu. Pegang senduk dengan kemas dan pada satu arah saja kerana ia tidak boleh dipusing-pusingkan ketika melakukan proses ini. Jika hendak 'kaup-balik' putih telur ke dalam adunan kek, masukkan 1/4 bahagian terlebih dulu. Buatkan bentuk angka '8' yang 'agak leper' sambil menyatukan putih telur (atau tepung) ke dalam adunan. Jangan gangkat senduk terlalu tinggi atau memutar adunan (bentuk bulat). Sebaik-baiknya, perhatikan cara seorang chef elakukannya kerana ia amat mudah jika dilihat sendiri (secara praktikal dan/atau di TV).

2. Apa akan terjadi pada kek sekiranya kita mengantikan mentega dengan marjerin?

2. Bezanya, kek yang menggunakan mentega (terutama yang kandungan krim susunya tinggi - lebih mahal), lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingati, jika mentega dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak. Kek anyang menggunakan marjerin tidak begitu wangi seperti kek mentega. Ia juga tidak 'selemak' kek mentega. Jika anda memilih marjerin (timbang kilo) atau 'kureng berjenama', rasa kek juga tidak enak. Kebanyakan marjerin begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya, adunan tidak kembang elok.

3. Kerap kali terjadi apabila saya membakar kek coklat, pada awal pembakaran kek naik tinggi tetapi apabila sudah masak kek akan turun menjunam dan permukaan atasnya akan kelihatan hodoh.kenapa?

3. Banyak faktor yang menyebabkan kek 'jatuh'. Contohnya, kekurangan tepung, terlebih gula atau suhu ketuhar terlalu tinggi. Suhu tinggi juga membuat permukaan kek tidak rata. Jika kandungan serbuk penaik agak berlebihan, kek memang akan kembang semasa panas tetapi mengecut bila mulai sejuk. Saya tidak pasti sama ada kek coklat yang puan buat, gunakan air/susu kerana melalui pengalaman saya, permukaan kek jenis ini selalunya memang tidak rata. Ia ada kena mengena dengan kelembapan kandungan kek tersebut. Jika permukaannya tidak cantik dan puan hendak menghiasnya, potong bahagian yang tidak cantik itu (ratakan permukaan) dan terbalikkan kek. Lazimnya, ia akan dihias di bahagian bawahnya yang lebih rata. Saya cadangkan agar puan cuba resepi beberapa jenis Kek Coklat yang lain sehingga menemui yang terbaik. Dapatkan buku 'Langkah Demi Langkah' keluaran Alaf 21 berharga RM19.90.

Fiza,johor
bontotgajah@hotmail.com


Soalan
Assalamualaikum...
Boleh tak saya dapatkan resipi untuk Sri Kaya?

Daripada:
Rashid Baharuddin
2-9 Blok H, Tmn Chi Liung
Pandamaran, 42000 Port Klang, Selangor
rashidb@proton-edar.com.my

Jawapan
Resepi Seri Kaya pernah disiarkan di ruangan ini tidak lama dulu. Sila semak.

 


Soalan
Saya hendak membuat bahulu gulung yang gebu seperti yang terdapat di kedai-kedai. Bolehkah Puan memberi resipi bahulu gulung?

Daripada:

Mieda Md Yusof 
Kg Ketapang Tengah, Pekan Pahang
miedamdyusof@yahoo.com

Jawapan
BAHULU GULUNG

Perlu diingat bahawa adunan ini perlu 'ringan' kerana ia akan menjamin bahulu gulung anda gebu. Berhati-hati semasa memukul putih telur kerana pemutar dan mangkuk perlu dibilas dengan air panas & dilap bersih. Jika terdapat sebarang kesan minyak, putih telur tidak akan menjadi kental. Cara mengaupbalikkan adunan juga perlu perlahan agar gelembung udara tidak 'hilang'. Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
4 biji putih telur
6 bji kuning telur
100 g gula kastor
75 g tepung gandum
25 g tepung jagung
Jem (ikut suka jenisnya)

Alas tin pembakar swiss roll dengan kertas kalis minyak (lengser dengan sedikit marjerin). Pukul kuning telur dengan separuh gula hingga kembang, Dalam mangkuk & pemutar bersih, putar putih telur dan baki gula hingga kental. Kaupbalikkan putih telur ke dalam kuning telur, diselangseli dengan bahan ayak (tepung gandum & tepung jagung). Tuangkan ke dalam tin. Bakar selama 8-12 minit pada 220 C. Keluarkan, tutup dgn kain lembab. Biar sejuk kemudian terbalikkan kek dari tin, tanggalkan kertas. Ratakan jem kemudian gulang kemas.


Soalan
Assalamualaikum,
Saya suka makan Yong Taufu. Boleh tak puan terangkan
cara-cara membuat Yong Taufu dan kuahnya.

Daripada:
sayang widuri
baiduri84@yahoo.com

Jawapan
Sila rujuk resepi 'Fish Ball' yang pernah diberikan di ruangan yang lalu. Ambil secukupnya dan sumbatkan ke dalam tauhu putih, hirisan terung, peria, cili hijau dll. Untuk lebih sedap, masukkan 2 camb stok pekat ayam dan 1 kiub pati ikan bilis ke dalam 2 liter air (didihkan) & masukkan bahan-bahan utk Yong Taufu. Angkat dan hidangkan dengan kuahnya (pernah diberikan pada ruangan yang lalu - sila rujuk kembali). Jika anda tidak jumpa, sila kemukakan soalan ini sekali lagi.


Soalan
Assalamualaikum,
Boleh tak beri saya resepi kek keju buah-buahan.

Daripada:

Ezan
tooliv@hotmail.com

Jawapan
Ada 2 jenis kek keju iaitu kek keju jenis bakar dan dingin. Kek keju dingin dibuat menggunakan serbuk gelatin yang dicairkan (harus berhati-hati memilih gelatin kerana ada jenis yang tidak halal). Apa yang dimaksudkan oleh anda iaitu kek keju buah-buahan, pada pendapat saya, mungkin kedua-dua jenis kek di atas dan buah-buahannya hanyalah sebagai hiasan di atasnya atau dibuat sos (mangga dll).

KEK KEJU (BAKAR)
Campur 230 g serbuk biskut Digestive/marie, 30 g gula kastor dan 75 g mentega (cair), ratakan di dalam tin spring form 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit. Putar 250 g krim keju (cream cheese contohnya, jenis Philadelphia) dengan 125 ml krim putar dan 1 camb jus lemon. Masukkan sedikit demi sedikit 70 g gula kastor, diikuti 3 biji kuning telur dan 1 camt vanila. Akhir sekali, masukkan 2 camb tepung kastard. Putar 3 biji putih telur hingga separuh kental, kaupbalikkan ke dalam adunan. Tuangkan ke atas lapisan biskut. Letak tin di atas tin pembakar (agar minyaknya tidak menitis ke atas lantai ketuhar). Bakar pada 175 C selama 30-35 minit. Jangan dibuka ketuhar semasa memasak. Bila kek keju masak, renggangkan pintunya dengan sebatang sudu. Bila kek sejuk, baru disimpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. Hias dengan buah-buahan pilihan.  


Soalan
Assalamualaikum puan,
Saya ingin bertanya apakah bahan dan bagaimanakah caranya untuk membuat
TART TELUR yang sedap memandangkan kami sekeluarga amat menggemarinya.
Terima kasih


Jawapan
TART TELUR

Bahan Pastri/kulit:
300 g tepung gandum
1/4 camt garam
80 g mentega
50 g lemak sayuran
60-80 ml susu segar sejuk

Bahan Inti:
3 biji telur Gred A
80-100 g gula (atau ikut suka manisnya)
250 ml susu segar
1 camb tepung kastard
1 camt vanila
secubit garam

Cara membuatnya:
Gaul tepung, garam, mentega dan lemak sayuran hingga menyerupai serbuk roti. Masukkan sedikit demi sedikit susu, uli menjadi doh lembut (jangan uli lama). Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk 15 minit. Canai setebal 4 mm dan alas tin tart yang kecil. Atur tin tart atas tin pembakar. Untuk inti, pukul telur dan gula hingga gula hampir hancur, masukkan susu segar, tepung kastard, vanila dan garam. Pukul hingga sebati. Tuangkan ke dalam kulit tat dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 200 C.

Daripada :
Arwani binti Ab.Halim,
d/a Mazuki Izani Ismail,
UiTM Cawangan Sabah,
Beg Berkunci 71,
88997 Kota Kinabalu, Sabah

Email: fazarni78@yahoo.com.sg


Soalan
Assalammualaikum,   

Saya azmi dari sabah. Di sabah fishball diusahakan orang bukan islam so kami was-was memakannya.

Soalan saya:  Bagaimana buat fishball yang kenyal tu???  Kami sudah cuba buat tapi tak pandai nak jadikannya kenyal harap pihak tuan dapat membantu..  

Azmi bin idris 
D/a hayati idris 
w.d. t 12  pejabat kemas daerah 
89607 papar.sabah

Jawapan
BEBOLA IKAN

Bahan-bahan:
*600g isi ikan tenggiri
*180ml air bergaram (campur 1 1/4 camb garam dengan 180ml air)

Ambil isi ikan (gunakan sudu untuk memisahkan isi dari kulit tetapi jangan terlalu hampir dengan kulit kerana bahagian ini berurat dan agak keras). Cincang isi ikan dengan pisau besar, sambil menambah sedikit demi sedikit air bergaram. Cincang hingga isi ikan menjadi keputih-putihan dan tidak melekat pada pisau lagi. Letak isi ikan di dalam mangkuk ceramic (kaca tebal) yang besar. Kaup dan lempar isi ikan pada tepi mangkuk berkali-kali. Ini akan menjadikan isi ikan itu kenyal. Celup jari di dalam air bergaram dan ambil isi ikan tadi. Picit isi ikan keluar antara tapak tangan dan ibu jari sambil memegang sudu kecil dan bentukkan bebolah yang dipicit tadi. Letak bebola di dalam mangkuk air bergaram. Jerang air hingga mendidih, masukkan bebola. Bila ia timbul, angkat dan gunakan seperti yang anda gemari.


Soalan
Assalamualaikum,

Terima kasih atas resepi Seri Kaya yang puan beri. Sekali lagi saya harap puan dapat membantu saya. Saya begitu menyukai kuih makmur dan saya pernah makan kuih makmur yang enak dan ranggup intinya. Saya pernah mencuba resepi di bawah ini tetapi intinya agak liat. Boleh tak puan bantu saya mendapatkan resepinya kerana resepi yang saya perolehi dalam internet ini tiada sukatan.

Tepung gandum
Minyak sapi - dicairkan
Sedikit garam
Gula ising
Inti
Kacang tanah - digoreng dan di tumbuk
Susu pekat
Gula
Sedikt air

Cara2nya

1. uli tepung + minyak sapi + garam sampai ia lembut dan dohnya tidak melekat pada jari
2. Intinya : campurkan semua inti dan masak sehingga pekat dan likat. > >Dah masak bulat2kan kecil2
3. ambil adunan sedikit dan letakkan intinya ditengah dan bulatkan @  bujur terserah
4. Bakar dlm ketuhar selama lebih kurang 25 minit 180 celcius.
5. dah masak gaulkan biskut tu dengan gula icing. sejukkan dan simpan > >dlm bekas kedap udara.

iena11@yahoo.com

Jawapan
KUIH MAKMUR

Bahan-bahan
Daun pisang 1, dipotong empatsegi 15 x 15 cm
Marjerin untuk melengser
Gula aising 150-200 g
Inti
Kacang tanah 200 g, digoreng tanpa minyak
Gula kaster 40 g

Doh
Tepung gandum serbaguna 500 g
Minyak sapi 220 g
Marjerin 40 g
Putih telur 4 biji

Cara membuatnya

Untuk inti. 
Buang kulit kacang dan kisar hingga halus. Letak di dalam mangkuk kecil dan campurkan dengan gula kaster. Ketepikan.

Untuk doh. 
Ayak tepung gandum ke dalam mangkuk besar. 

Di dalam mangkuk kecil, pukul minyak sapi, marjerin dan putih telur. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung gandum. Gaulkan menjadi doh yang lembut.

Ambil sebesar ibu jari, leperkan sedikit di atas daun pisang. Letak 1 sudu teh inti kacang di tengah-tengahnya dan tangkupkan doh semula. Bentukkan menjadi bujur.

Lengser tin pembakar dengan sedikit marjerin. Susun biskut di atas tin.

Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan terlebih dulu pada 190 C selama 20-25 minit atau hingga bahagian bawah biskut keperangan. Biar sejuk atas redai kemudian salut dengan gula aising. Simpan di dalam bekas kedap udara.


Soalan
Mana saya boleh dapatkan dadih?

Mohd Fairuzz Mohd Ali
mailto:fairuzz@bfit.com.my 

Jawapan
Dadih seringkali dijual oleh peniaga India yang menjual susu kambing, susu lembu (segar) dll. Jika tiada dadih, boleh digantikan dengan yoghurt perisa asli (dijual di pasaraya di bahagian dinginbeku). Ada banyak jenama yang boleh dipilih.


Soalan
Assalamualaikum.

1. Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek?
2. Berapa lama masa yang sesuai untuk memukul butter+gula, elur  seterusnya tepung?
3. Berapakah sukatan tepung gandum dan baking powder yang tepat untuk menggantikan  tepung naik sendiri.
4. Apakah perbezaan telur gred A dan gred B?
5. Apakah perbezaan kesan penggunaan telur ayam kampung dalam adunan kek?

Sekian, terima kasih.
Salidza, Padang Balang.

Jawapan
1. Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair). Antara jenama lain yang biasa bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain). 

 2. Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur sedikit. INi bergantung pada kelajuan mesin pemutar letrik yang anda gunakan. Selalunya, mula memukul pada tahan perlahan. Berhenti dan pastikan bahan-bahan di tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula. Kemudian putar kelajuan maksimum selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi 3 minit. Ulang sekali lagi dan putar lagi. Bila adunan nampak ringan (pucat sedikit warnanya), baru dimasukkan sebiji telur, pukul 2 minit, tambah telur sebiji lagi, pukul dan buat hingga habis. Gunakan senduk kayu untuk memasukkan tepung (bahagikan kpd 4 bahagian dan masukkan satu bahagian pada satu masa.) 

3.Untuk menggantikan tepung naik sendiri, tambah 1 sudu teh (gunakan sudu khas) dengan 250 g tepung gandum.  

4.Telur Gred A lebih besar dari Gred B. Sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit saja atau ketika menggunakan kuningnya saja.  

5.Telur kuning di dalam telur ayam kampung lebih terang warnanya. Telur ayam kampung selalunya agak kecil dibandingkan dengan telur Gred A, jadi, mungkin anda mesti menambah bilangan telur bila membuat kek dll. Secara amnya, sebiji telur Gred B, selepas dipukul, anggaran 60 ml (1/4 cawan = 63 ml) atau 4 camca besar (1 camb = 15 ml).


Soalan
Anak saya terlalu suka makan pizza. Boleh tidak puan berikan resipi pizza yang sedap.

Hapizah A. Majid
Selayang Pandang,  Selangor.

Jawapan
Cuba dapatkan buku masak Chef Wan terbitan Berita Publishing (03 76208111) yang bertajuk 'Langkah Demi Langkah Bersama Chef Wan'. Banyak tips diberikan untuk menghasilkan kulit pizza yang rangup dan enak. Seperti membuat 'roti' yang lain, cara menguli sangat penting agar kulit pizza itu lembut. Atau dapatkan Buku Masakan Aneka Roti terbitan Alaf 21 (03 51013837). Selain pizza, ada pelbagai resepi yang menarik di situ. Satu perkara yang mesti diingati bila membeli mozarella (yang memberikan 'tarikan-bergetah' pada pizza yang sudah siap dimasak), adalah jenisnya. Pastikan rennet yang digunakan untuk membuat mozarella tersebut halal (non-animal rennet). Jika sangsi, parutlah keju Cheddar keluaran Kraft di atas bagi menggantikan mozarella kerana insyaAllah, ia dijamin halal.


Soalan
Assalamualaikum.....

Saya berasal dari negeri Sabah... saya dan keluarga sangat suka makan keropok lekor,   tetapi ditempat saya susah nak didapati.Saya dah cuba buat tetapi tak sama dengan rasa keropok lekor kat semenanjung.Rasanya agak keras dan  tak sedap... saya uli dengan tepung gandum,bwg serta tepung kanji  .tolonglah berikan resepi dan cara membuatnya dengan betul...

Sekian Terima Kasih,
Asmirah Sahrir.
D/a Fadily Mazuki.
Ibu Pjbt Polis Tenom, P/s 263 ,
89908, Tenom Sabah .

Jawapan
Keropok lekor menggunakan isi ikan yang ditumbuk hingga hancur. Kemudian diuli dengan tepung kanji/ubi dan sedikit air bercampur garam hingga bersatu (menjadi doh yang mampat & boleh dibentuk). Bentukkan membulat panjang seperti sosej yang besar kemudian masukkan ke dalam air mendidih yang banyak (periuk besar) . Rebus hingga timbul dan isinya berubah warna (tidak kemerah-merahan lagi). Angkat, toskan dan biar betul-betul kering sebelum dihiris memanjang/menyerong dan digoreng di dalam minyak panas. Sukatan tepung dan air (selalunya 3-4 camb saja) bergantung pada sukatan isi ikan. Ikan yang selalu digunakan ialah tamban walaupun jenis lain seperti kembung, selar atau campuran beberapa jenis ikan (ikut musim). Pastikan semua kulit dan tulang dibuang sebelum ditumbuk menjadi pes (halus). Selamat mencuba!


Soalan
Assalamualaikun.

1. Bagaimana untuk mengelakkan kek daripada melekat pada bekaspembakar?
2. Boleh tak saya dapatkan resipi untuk membuat kuih badak berendam?

Shahida Harun
18 Jln AU5D/9
Lembah Keramat
54200 KL

Jawapan
1. Untuk mengelak kek dari melekat pada bekas pembakar, alas bawah/ dasar tin & tepi kelilingnya dengan kertas kalis minyak. Tin hendaklah dilengser dengan sedikit marjerin supaya kertas mudah lekat. Setelah melekatkan kertas, lengser pula kertas itu rata-rata dengan marjerin. Ada sesetengah orang hanya mengalas bawahnya dan melengser keliling tin dengan marjerin. Ada yang menggunakan tin non-stick yang memang tidak melekat tetapi saya selalu melengsernya sedikit dengan marjerin kemudian menaburkan tepung (utk kek biasa), serbuk koko (utk kek coklat). Agar kek lebih cantik & mudah keluar dari tin, gunakan spring-form pan tetapi pastikan ia dialas kemas dengan kertas kalis minyak & dilengser kerana adunan kek boleh meresap melalui rekahan pada tin & akibatnya, menitik pada dasar ketuhar & mengakibatkan bau hangit. Selain mengalas dengan kertas, letak tin tadi di atas loyang supaya minyak yang terbit tidak menitik ke dalam ketuhar. 

2.KUIH BADAK BERENDAM

Doh 
250 g tepung pulut
2 camb tepung gandum
secubit kapur sirih, dicampur 1 sudu teh air 
garam secukupnya 
95-100 ml air 

Inti 
120 g kelapa parut putih
60 g gula merah
40 g gula pasir
1/2 sudu teh garam 
1 helai daun pandan, disiat dan disimpulkan 
120 ml Air 

Bahan Kuah 
25 g tepung beras 
10 g tepung gandum 
300 - 320 ml santan kelapa daripada (1/2) kelapa parut
secubit garam

Jerang semua bahan untuk inti di dalam kuali. Kacau hingga pekat dan kering kemudian angkat dan biar sejuk. Satukan semua bahan doh, uli menjadi lembut. Isikan sedikit inti kelapa kemudian bentukkan seperti buah melaka. Susun di dalam kelongsong daun pisang (temalong) yang dibuat 2 lapis supaya kuahnya tidak mudah keluar. Isikan 4 atau 5 bebola tepung pulut berinti ke dalam setiap bekas. Letak bekas di dalam loyang. Campurkan semua bahan kuah dan tuang ke dalam kelongsong tadi. Kukus selama 25-30 minit atau hingga masak.


Soalan
Saya pernah cuba membuat aising untuk atas kek, tetapi aising yang saya buat tidak menjadi. Aising yang saya buat tidak halus macam yang dijual di kedai kek. Bagaimanakah caranya membuat aising yang halus seperti di kedai kek?

Terima kasih

Sopiah

Jawapan
Saya pernah menjelaskan bahawa Aising Mentega di kedai tidak menggunakan gula aising seperti yang kita buat di rumah. Mereka menggunakan sejenis bahan seperti gula aising tetapi sangat halus dan malangnya, tidak dapat dibeli di pasaraya biasa. Satu lagi cara untuk mendapatkan aising yang gebu dan lembut ialah dengan memutarkan dengan kelajuan "luar biasa". Maksudnya, di kedai-kedai kek, sukatan aising yang dibuat adalah banyak dan mesin pemutarnya agak "power". Puan boleh juga menambah 3-4 camb susu segar/cair ke dalam mentega ketika memutarnya dengan gula aising. Ayak gula aising sebanyak 3-4 kali agar ia menjadi 'lebih ringan'....cuba resepi di bawah, harap dapat menepati citarasa puan. Pastikan mentega yang digunakan tidak terlalu lembut atau keras (biar pada suhu bilik terlebih dahulu tetapi jangan dibiarkan terlalu lama).

AISING MENTEGA (1)
230 g gula aising, diayak
45 g mentega tanpa garam
2 camb krim putar

Cairkan mentega dengan api perlahan. Campurkan krim dan masak 2 minit (jangan biar mendidih). Campurkan dengan semua gula asing kemudian ketepikan dari api dan putar dengan kelajuan maksimum hingga gebu.

AISING MENTEGA (2)
300 g marvello/krimwell
580-600 g gula aising, diayak
100 g putih telur
200 g krim putar

Putar krim well hingga gebu. Masukkan gula aising dan putih telur, putar 2-3 minit. Akhir sekali, masukkan krim putar dan pukul lagi hingga rata. (Jika suka, boleh gunakan 150 g krim well dengan 150 g mentega tanpa garam).


Soalan
Hello,

Saya sudah cuba berbagai resipe untuk membuat kuih apam balik. Masaalah saya ialah, apam balik saya keras, tak garing dan batternya tak cukuk masak walaupun ia keras di luar. Saya mengguna frypan yang tebal dan berat jadi tak bolehlah saya salahkah frypan saya. Lagipun boleh tak saya kurangkan gula sebab saya berpenyakit "Diabetes". Saya sudah ketagih sampai nak cabut rambut.

Terima Kasih
andymb1@iprimus.com.au

Jawapan
Maaf kerana terlewat membalas. (Harap tidak tercabut rambut sampai botak...!). Mula-mula saya ingin nyatakan bahawa anda boleh menggunakan sejenis gula yang khas utk pesakit diabetes. Mungkin anda boleh bertanya atau melayari laman web & search "diabetic sugars". Ia selalunya dijual di health shops tetapi saya kurang pasti jika kedai seumpama ini wujud di KL (mungkin di Singapura ada...). Saya tidak tahu betapa seriusnya penyakit diabetis anda tetapi saya nasihatkan anda agar kurangkan gula. Apam balik andamungkin tidak sesedap mana tetapi bayangkan keperitan yang anda akan alami jika terus mengambil gula (yang akan menyebabkan diabetis sukar dikawal dengan insulin dll). Walauapa pun, you make the choice. And do make a right one! Kepala botak kerana mencabut rambut tidak apa, jangan jadi "kehilangan" lain yang sukar diganti...

Kalau anda benar-benar crazy dengan Apam Balik,cuba anda ke gerai yang menyediakan apam balik itudan suruh dia masak apam balik, tanpa membubuh gula/kacang/bijan. Or, I have a better idea. Anda sediakan campuran kacang/bijan dan hirisan buah-buahan dalam tin (pic/aprikot/pir) kemudian minta si penjual tadi menaburkan ke atas apam balik anda (special request gitu). Buah-buahan tidak akan memudaratkan seperti gula, bukan? Apam balik anda masih manis dan berkhasiat. Saya dapat bayangkan si penjual tadi takkan rugi apa-apa...(cuba & beritahu saya kesudahan cerita ini, okey?). Atau anda boleh cuba resepi di bawah, yang rasanya seakan-akan "waffle". APAM BALIK 200 g tepung naik sendiri20 g gula kastor2 biji kuning telur (Gred C)50 g mentega, dicairkan240-250 ml susu segar1/4 camt garam1/2 camt esen vanila1biji putih telur, dipukul separuh kentalBahan Isi (gula/bijan/kacang tanah tumbuk dll)Campurkan tepung dan gula. Masukkan susu, kuning telur, mentega cair, garam dan vanila. Pukul hingga tidak bergentel. Kaupbalikkan putih telur dan kacau hingga sebati. Lengser kuali heavy-bottomed, non-stick dengan sedikit marjerin kemudian ratakan sedikit adunan tadi. Biar nipis agar ia garing sedikit. Dan biar api perlahan kerana ia mudah hangus.


Soalan
Assalamualalikum,

Saya dapati bahan (tidak termasuk sukatan) dan cara membuat kek sarang semut dalam soal jawab bulan september sama seperti reseipi kek sarang lebah yang saya dibeli. Saya telah mencuba membuatnya mengikut sukatan resepi yang saya beli tetapi saya telah menukarkan gula hangus kepada gula perang. Adakah ini yang menyebabkan kek saya tidak bersarang/berlubang besar dimana sarang/lubang adalah kecil. Juga saya dapati kek saya tidak tahan lama dimana ia akan mengeluarkan minyak selepas 3 hari dan berkulat.

Saya juga ada membaca resepi kek ini dari majalah lain dan ia telah memukul telur secara berasingan. Telur yang telah dipukul akan dicampur dengan bancuhan kek diakhir langkah sebelum di bakar. Apakah perbezaannya antara memukul margerin dan telur dahulu dengan memukul telur secara berasingan. Diharap pihak Alaf dapat membantu.

Sekian.

Aidah Omar
Desa Pandan, KL.

Jawapan
Menukar gula hangus dengan gula perang tentu sekali 'merosakkan' kek ini. Itulah antara sebab ia tidak menjadi. Saya kira, Kek Sarang Semut adalah di antara kek yang agak sukar dibuat. "Timing"nya harus betul. Gula hangusnya hendaklah cukup perang kerana terlebih 3-4 saat memasaknya akan membuat gula tersebut berasa pahit. Kek tidak tahan lama kerana kadar kelembapan yang tinggi (terutama di dalam Kek Chocolate Moist yang menggunakan susu/air). Telur yang dipukul secara berasingan selalunya hanya putih telur. Tujuannya untuk meringankan kek tersebut. 

Saya tidak pernah terjumpa resepi di mana telur (dengan bahagian kuningnya sekali), dimasukkan ke dalam bancuhan (langkah akhir sebelum membakarnya). Kek Sarang Semut yang biasa adalah di mana mentega dipukul hingga pucat sebelum dimasukkan ke dalam adunan telur yang dipukul bersama gula (separuh dibuat gula hangus). Kandungan tepung di dalam kek jenis ini sangat sedikit dan bancuhannya agak cair. Pastikan soda bikarbonat yang anda gunakan masih baru kerana yang lama tidak akan menghasilkan kek bersarang yang diingini.

 


Soalan
Assalamualaikum

Puan, Saya ingin meminta resepi Kek Puding Berlapis Pandan. Untuk pengetahuan puan,saya telah mencuba resepi ini dari majalah saji,tetapi tidak menjadi.Keknya tak naik dan pudingnya keras.Saya berharap puan dapat memberi resepi ini kepada saya.Sebabnya rasa kek ini sedap.

Sekian terima kasih

shunani@yahoo.com
Pdg Serai Kedah.

Jawapan
Kadangkala, teknik membuat kek tidak sesuai jadi kek tidak menjadi lembut. Suhu ketuhar dan masa memasak juga perlu diambil kira. Jika kek itu dibiar terlalu lama di dalam ketuhar, ia juga akan menjadi keras. Namun harus diingati bahawa pintu ketuhar jangan sekali-kali dibuka semasa membakar kek jenis ini.

KEK PUDING BERLAPIS PANDAN

Bahan Span
6 biji telur
130 g gula kastor
130 g tepung gandum
sedikit pewarna hijau
85 g mentega, dicairkan

Bahan Puding
200 ml santan (dari 1 biji kelapa)
410 ml susu cair
300 ml jus daun pandan (diambil dari 8 helai daun pandan)
1 1/2 camb serbuk agar-agar segera
1 biji kuning telur
60 g tepung jagung
90 g gula kastor
secubit garam
sedikit pewarna hijau

Cara membuatnya
- Putar telur dan gula kastor hingga kembang.
- Masukkan tepung gan dum dan mentega secara berselang-seli hingga habis. Pastikan ia ringan (banyak gelembung buih) kerana ini akan menentukan samada ia lembut atau sebaliknya.Akhir sekali, bubuh pewarna hijau.
- Tuangkan adunan ke dalam tin bulat 22 cm yang sudah dilengser dan dialas dasarnya dengan kertas kalis minyak.
- Bakar kek span selam 15-20 minit pada suhu 200 C atau hingga masak. Biar sejuk sebelum dipotong mendatar 5 keping.
- Untuk puding, kacau semua bahan hingga sebati.
- Jerang di atas api perlahan dan kacau hingga pekat. Biar suam sedikit.
- Ratakan sedikit puding pada dasar tin bulat 22 cm. Letak sekeping kek dan lapiskan lagi dengan puding pandan tadi di atas dan sekelilingnya.
- Biarkan sejuk sebelum dihiris.

LIHAT ARKIB
kembali ke menu utama