PERSOALAN

KEMASAN LEHER YANG CANTIK
MASALAH MESIN JAHIT
PANDUAN MENGGUNAKAN MESIN JAHIT
UKURAN SKIRT DAN BAJU KURUNG
JAHITAN BAJU KURUNG
JAHITAN SMOCKING
CARA MEMOTONG LEHER BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG
MEMPERKEMAS JAHITAN PINGGANG
MENJAHIT SULAMAN PADA PAKAIAN
LENGAN BAJU TERLEBIH BESAR
TOLONGLAH SITI
SUKA PAKAIAN JALUR SERONG
MESIN JAHIT
PERUSAHAAN PEMBUATAN PAKAIAN
HENDAK TAHU PENULIS BUKU JAHITAN
TERTARIK DENGAN BUKU PANDUAN BUAT PAKAIAN
MEMILIH KAIN UNTUK SOFA
MENJAHIT LANGSIR
NAK BUAT SKRITING MEJA OFIS SAYA
BAGAIMANA CARA MEMBAUT SCALLOP?
BILA NAK BUAT BUKU LANGSIR KEDUA?
CARA MANA SATU YANG BETUL?
APAKAH CIRI-CIRI SEORANG TUKANG JAHIT?
INGIN BELAJAR MENYULAM
MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG JAHITAN
BELAJAR MENJAHIT
INGIN DAPATKAN KEPALA LANGSIR ROPOL TUDOR
HENDAK BELI FIBER
KELIRU DENGAN BUKU JAHITAN
INGIN MENGETAHUI MAKSUD BEBERAPA ISTILAH
APA KATA KALAU SAYA BERHENTI KERJA?
MEMBUAT KAIN BATIK KIPAS DEPAN
INGIN BELAJAR MENYULAM
TEMPAT BELAJAR MENJAHIT DI KL
CARA KELIM TULANG BELUT
CARA MEMOTONG KAIN LANGSIR
BELUM YAKIN MENJAHIT WALAUPUN TERIMA BANYAK TEMPAHAN
INGIN BELAJAR MENJAHIT
NOMBOR PADA JARUM JAHITAN
BUKU MENJAHIT LANGSIR
BAGAIMANAKAH MENGIRA GOBLET YANG TEPAT?

sinar`kasih
sinar124@yahoo.ca

KEMASAN LEHER YANG CANTIK

Saya baru sahaja belajar menjahit.Di sini saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk mendapatkan kemasan leher yang cantik? Saya dapati jahitan yang saya buat agak besar dan tidak cantik.


Untuk jahitan yang cantik, berlatihlah dahulu membuat pelbagaai jahitan asas hingga saudari mendapat hasil yang kemas. Kemahiran boleh diperolehi hanya melalui latihan. Bukan terus mendapat hasil yang baik.


Jamaliah Mat Zain
jamaliah@inceif.org


MASALAH MESIN JAHIT


Saya telah membeli mesin jahit singer inspiration kepala putih model 4205-RM 850. Pusat jualan agak sibuk dan saya tergesa-gesa ke tempat lain. Jadi tak sempat nak belajar mengendalikan mesin tu dengan betul kecuali melalui buku panduan yang disediakan bersama pembelian. Masalahnya ialah:

Apabila menjahit dan mesin terhenti sebab tiba-tiba benang-benang di bawah mengetul dan bersarang tetapi jahitan atas agak cantik. Apa masalahnya?

Apabila menjahit, sepuluh kali bubuh benang, sepuluh kali jugak saya bukak Kerana terdapat benang terlekat di rumah bobbin. Apa patut dibuat?

Mengapa setiap kali saya bubuh benang pada satu tempat kecil ~ tak reti nak sebut namanya, mungkin bobbin kot, ia jadi macam atas besar dan tengah kosong dan bawah sikit. Macam mana nak masukkan benang (thread wind) dengan betul?

Saudari,

Sebelum membeli mesin jahit, saudari mestilah bertanyakan pada diri sendiri, bagi tujuan apakah ianya hendak digunakan. Kalau setakat menjahit biasa sahaja, eloklah memilih mesin yang simple dahulu, bersesuaian dengan tujuan. Kalau dah mahir, bolehlah membeli mesin yang canggih. Mesin elektronik adalah sangat sensitif dan haruslah dikendalikan dengan bijak.

Apabila membeli mesin jahit, saudari MESTILAH terlebih dahulu meminta jurujual atau juruteknik di kedai berkenaan menunjukajar cara mengendalikannya. Jangan terus DIBAWA PULANG DAN CUBA MENGENDALIKANNYA SENDIRI. Walau bagaimana pun, rujuklah kepada buku PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN di mana ada diterangkan pengendalian mesin jahit, sebab-sebab kerosakan kecil serta cara membaikinya.

 

PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN
Buku yang padat dengan ilmu serta panduan terperinci asas menjahit pakaian. Sebagai teks pembelajaran serba lengkap yang padat dengan keterangan dan gambarajah. Menjadi rujukan politeknik, institut kemahiran dan kolej fesyen.



HARGA : RM 55.00
HALAMAN :446
ISBN : 967-86-0082-x



syaziratul fazira
sfazira@yahoo.com

PANDUAN MENGGUNAKAN MESIN JAHIT

Saya dari Tawau, Sabah. Saya telah membeli mesin jahit tapi saya langsung tak tahu guna.Saya bekerja di syarikat swasta tapi tiada masa nak pergi kursus.

Saya nak tanya puan jika ada buku panduan asas jahitan bagi orang seperti saya yang tidak tahu apa-apa mengenai jahitan. Tetapi saya memang berminat terhadap bidang jahitan cuma tak berkesempatan untuk belajar. Tu la sebab saya membeli mesin ni supaya mudah bagi saya untuk belajar cara-cara menggunakan mesin, potong kain dan sebagainya.Saya minta tolong pada puan jika puan ada buku panduan asas bagi cara-cara menggunakan mesin dan juga cara-cara memotong kain. Saya juga tidak tahu nama-nama alatan yang hendak diguna dan sebagainya. Minat saya dalam bidang jahitan memang dari dulu lagi, tetapi saya tiada masa nak belajar sebab masa saya adalah terhad.
Saya harap puan dapat membalasnya secepat mungkin.Saya betul-betul buntu memandangkan di tempat saya tiada buku panduan asas jahitan, saya dah cari di mana-mana kedai pun.


Terdapat buku PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Buku ini sesuai bagi mereka yang tidak tahu asas jahitan dan mahu belajar menjahit hingga ke tahap membuat pakaian asas. Saudari boleh mendapatkannya dari kedai-kedai buku atau pesan terus dari Alaf 21.

Jamaliah Mat Zain
jamaliah@inceif.org

UKURAN SKIRT DAN BAJU KURUNG

Saya nak tanya, harap puan dapat menjawab segala pertanyaan saya ini

ukuran saya = 170 cm
lebar bahu = 16 1/2
punggung = 43

Untuk skirt paras lutut, berapa meter diperlukan?
Utk baju kurung, berapa meter diperlukan?


SKIRT DAN BAJU KURUNG
Fabrik yang diperlukan ialah:
Ukuran labuh diganda dua dan kemudian dicampur 12 sm.

sinar`kasih
sinar124@yahoo.ca

JAHITAN BAJU KURUNG

Saya ingin bertanya di sini mengenai jahitan 'lis' pada baju kurung. Saya sebenarnya tak tahu apa panggilan yang sebetulnya. Saya harap Kak Yam faham maksud saya. Ianya yang selalu dijahit pada baju kurung. Ianya dilekatkan antara jahitan badan baju dengan lengan dan pesak tu. Kat kampung saya, dipanggil 'lis.' Benda yang nak dijahit tu macam riben. Masalah saya, saya nak tahu 'lis' tu dijahit pada badan baju dulu ataupun pada lengan dan pesak dulu. Saya harap Kak Yam boleh faham yea. Minta maaf laa, sebab saya memang tak tahu apa panggilan sebetulnya.

Terima kasih kerana sudi menghubungi saya. Istilah yang betul ialah ‘jalur serong’ dan bukan lis. Saya akan cuba menerangkan seberapa jelas yang dapat.

Mengikut sistem yang betul, kun jalur serong tepat hendaklah dijahit sepertimana yang diterangkan dalam buku Panduan Membuat Pakaian. Namun, kebanyakan tukang jahit, mengambil jalan yang mudah agar cepat siap.

1. Jalur serong tepat dagangan yang dibeli siap serta sudah dilipat, dilipat dua di tengah-tengah dan diseterika mengikut panjangnya (tinggal kira-kira 1/4 inci).

2. Bentang bahagian badan baju agar sebelah luar hala ke atas.

3. Letak jalur di atas garis pemadan supaya tengah yang berlipat hala ke tengah baju, mengikut lebar kun yang hendak ditunjukkan. Jahit kun pada garis pemadan.

4. Seterika dan lipat basi jahit ke sebelah dalam.

5. Jahit tepi badan yang telah dijahit kun di atas tepi pesak yang telah dicantum dengan lengan dan kekek. Seterika.


Sara Abdullah
saracbn@yahoo.com

JAHITAN SMOCKING

Saya berminat belajar menjahit. Disebabkan saya bekerja sepenuh masa jadi tak dapat menghadiri kelas jahitan. Jadi saya telah mendapatkan beberapa buah buku jahitan termasuklah buku-buku jahitan Puan iaitu Panduan Membuat Pakaian dan Pakaian kanak-kanak. Soalannya: saya ingin mencuba membuat gaun kanak-kanak yang ada jahitan smocking. Saya ingin mengetahui:-

Adakah mencukupi 6 meter kain bidang 45" untuk 2 orang kanak-kanak berumur 7 dan 9 tahun.
Amaun kain yang dibeli itu sudah lebih mencukupi untuk membuat 2 helai gaun kanak-kanak.

Bagaimana memotong gaun tersebut, adakah betul sekiranya saya membuat jahitan smocking dahulu di atas kain yang belum dipotong, selepas siap smocking tersebut baru saya potong gaun ikut pola?
Cara memotong bergantung kepada stail yang hendak dibuat. Buat pola kertas dahulu bagi pakaian tersebut, dan lebihkan fabrik untuk bahagian yang hendak dijahit smocking. Jangan bentuk pola dahulu pada bahagian tersebut. Jahit smocking dahulu, baru dibentuk pola.

Saya tidak mempunyai pleater smocking tu, jadi yang mana lebih baik antara saya buat pleater tu secara manual ataupun mesin jahit biasa?
Sekiranya tiada pleater, eloklah dibuat jahit jelujur dahulu agat lipatan lisu sama sejajar. Jangan sekali-kali guna jahit mesin kasar. Nanti tidak sejajar. Lagipun lipatannya tidak cantik dan sukar untuk menjahit smocking. Biarlah lambat sedikit. Anda perlu mempunyai kesabaran. Tidak semudah yang disangkan bagi membuat jahit hiasan ini. Sebab itulah harganya mahal. Jahit hiasan dengan tangan tidak sama dengan jahit mesin. Jahit mesin tiada keaslian dan kehalusan.

Sara Abdullah
saracbn@yahoo.com

CARA MEMOTONG LEHER BAJU MELAYU DAN BAJU KURUNG

Saya ingin membuat baju Melayu Raihan untuk anak lelaki saya. Saya ingin tahu adakah sama cara memotong leher baju tersebut dengan baju kurung? Leher baju tersebut dipotong sebelum atau selepas menyambung bahagian bahu baju? Diharap Puan dapat membantu, terima kasih.

Saudari Sara.

Cara memotong leher baju kurung dan baju Melayu adalah sama. Leher baju kurung dan baju Melayu hendaklah disempurnakan dahulu sebelum mencantum bahagian badan dengan bahagian-bahagian lain. Ini adalah lebih mudah mengerjakannya.

Sekian, salam dari saya.

Azatus Syukria
Puncak Alam, Selangor

MEMPERKEMAS JAHITAN PINGGANG

Assalamualaikum kak Yam. Saya nak tanya pendapat kak Yam untuk memperkemaskan lagi jahitan pinggang yang mempunyai balkrum + getah untuk kain baju kurung saya.

Menjahit ben pinggang, sama ada menggunakan buckram ataupun getah cerut, memang kelihatan seperti mudah, tetapi tidaklah seperti yang disangakan. Ia memerlukan latihan untuk memahirkan diri melakukannya.

1. Ukuran mestilah tepat.

2. Fabrik yang digunakan hendaklah dipotong mengikut ira lurus fabrik.

3. Basi jahit dan kelepet janganlah terlalu lebar. Trim dan tinggalkan tidak lebih dari 1/4 inci (5 mm)). Gred lapisan-lapisan basi kelim untuk mengurangkan ketebalan.

4. Amalkan menjahit jelujur dahulu sebelum menjahit mesin. Ini dapat menyemak sama ada keadaan ben rata atau tidak. Kalau terus dijahit mesin, sukar untuk membuyka jahitan. Buat permulaan, memanglah lambat sedikit, tetapi lama-kelamaan apabila sudah cekap, kuranglah masa yang diambil. Tanamkan amalan menjahit jelujur dahulu sebelum jahit mesin, kerana kalau betul caranya, kerja lebih cepat sebab anda tidak membuang masa asyik membuka jahitan mesin sahaja. Jangan sangkakan membuat jahit tangan mengambil masa yang lama.

5. Sekiranya mengguna getah cerut, kurangkan ukuran getah dan pastikan kedut diagih-agihkan sekata.

Sekian.
Salam dari saya


ZURIEFAH
Sg Buloh,Selangor
zuriefah@salwan.com.my

MENJAHIT SULAMAN PADA PAKAIAN

Puan,
Suami saya berniaga baju blouse dan kemeja perempuan siap di pasar malam.
Banyak baju-baju yang tidak mendapat perhatian ramai wanita. Mengikut pengalaman
suami saya, wanita Melayu sukakan corak sulaman bunga pada baju mereka.
Banyak stok baju yang tiada corak (kosong) dan warnanya kurang menarik.

Saya bercadang untuk menjahit bunga sulam yang ringkas pada baju-baju tersebut,
contohnya bunga, rama-rama kecil dsb. Sesuai atau tak? Jika sesuai apakah jenis mesin
jahitan yang puan syorkan? Di mana saya boleh membelinya? Berapa agaknya kos mesin tersebut? Harap puan dapat memberi ide pada saya.

Semoga Allah s.w.t membalas jasa puan.


Puan,

Baju dari fabrik tanpa corak memang membosankan terutama sekali
apabila potongannya semua sama. Kalau ditambahkan sulaman, memanglah cantik sedikit, tetapi jangan terlalu banyak, nanti kelihatan sibuk membuatnya sukar untuk dipadankan dengan pakaian-pakaian lain.

Saya ingin syorkan di sini agar puan mulakan dengan sulaman tangan
dahulu kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk mahir. Lagipun pakaian-pakaian dah siap. Sulaman mesin mengambil masa yang lama untuk mahir, dan elok dibuat sebelum fabrik dipotong untuk dijadikan baju.

Buat permulaan, sekiranya, terlalu banyak pakaian yang tidak terjual, anda
boleh juga menggunakan mesin jahit automatik atau berkomputer kerana ini cepat sedikit, dan mudah mengawalnya.

Dalam pada itu, berlatihlah dengan membuat sulaman biasa dengan mesin
jahit biasa domestik atau duti berat.

Salam dari saya.
Kak Yam




Azatus Syukria
Shah Alam, Selangor
syukria9902@yahoo.com

LENGAN BAJU TERLEBIH BESAR

Puan,

Saya ada satu persoalan mengenai lengan baju kurung moden atau baju kebaya. Saya berasa hairan kenapa apabila saya ingin mencantumkan lengan dengan lubang lengan, lengan yang saya potong lebih besar dan saya akan jahit sedikit di bahagian atas lengan untuk membentuk kedut sedikit supaya ia bersesuaian dengan lubang lengan tersebut.

Puan saya nak minta tolong tunjukkan saya bagaimana lengan yang saya nak padankan sama besar dengan lubang lengan dan tidak payah buat kedut di bahagian atas/bahu lengan itu. Tolonglah saya puan sebab saya ambil upah jahit baju kawan. Terima kasih puan.

Saudari,

Sememangnya lengan baju besar sedikit daripada lubang lengan, antara 1.5 cm hingga 2.5 cm. Ini adalah untuk kelonggaran agar apabila siap nanti lubang lengan tidaklah berkedut dan lengan pula tidak tegang.

Apabila memasang lengan pada lubang lengan, hendaklah diregang lubang lengan serta dikendur kepala langan. Atau saudari boleh mengedut sedikit kepala langan. Semasa menjahit mesin, tegangkan sedikit lubang lengan agar kedut di kepala lengan tidak kelihatan (sila rujuk cara memasang lengan dalam PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN). Hasilnya cantik.

Salam dari saya
KAK YAM




SITI AISHAH MANSOR
ct_ashrraf@yahoo.com.my

TOLONGLAH SITI

Kak. Saya seorang perkerja sebuah kilang. Kini saya ingin berhenti untuk meneruskan niat saya untuk menjahit secara kecil-kecilan. Namun keyakinan saya kurang dan takut apa yang saya lakukan tidak berjaya.

Untuk pengetahuan kak, saya sebelum ini telah belajar menjahit sampai tahap 2, namun hasrat untuk saya meneruskan tidak tercapai oleh kerana masalah tertentu. Kini suami memberi semangat agar saya meneruskan niat saya. Namun hati saya masih dibuai kebimbangan . Bagaimana saya ingin memulakan kembali?

Adakah saya mampu berbuat demikian?Tolonglah kak.

Syabas di atas niat murni saudari untuk memulakan perniagaan berbekalkan pengetahuan serta kemahiran yang dimiliki. Tiada satupun yang tidak boleh saudari lakukan sekiranya ada kemahiran, pengetahuan serta azam yang kuat. Katakan BOLEH setiap masa dan pasti akan berjaya. Fikirkan yang positif dan jangan fikir yang negatif.

Kebanyakan dari mereka yang berjaya bermula secara kecil-kecilan. Jangan takut akan risiko. Beranikan diri. Kalau sudah sampai ke TahapII, maknanya sudah boleh membuat pakaian sendiri, bermula dari mengukur, memotong serta menjahit hingga siap. Apa lagi yang hendak dirisaukan. Jangan takut. Jangan anggap sebagai ujian atau peperiksaan. Relaks dan jangan buat sesuatu di bawah tekanan. Namun, beri tumpuan sepenuhnya dengan tenang hati.

Mulakan dengan pakaian sendiri termasuk anak-anak dan ahli keluarga. Apabila sudah yakin, barulah membuat pakaian orang lain. Dengan azam yang kuat serta usaha gigih, insyaAllah, pendapatan yang diperolehi akan jauh lebih lumayan daripada makan gaji. Apatah lagi dengan restu serta sokongan padu dari suami. Saudari akan diberkati.

Sekian dan saya doakan saudari akan mencapai kejayaan cemerlang.

Salam dari saya.

Kak Yam



Azatus Syukria
Shah Alam, Selangor
syukria9902@yahoo.com

SUKA PAKAIAN JALUR SERONG

Assalamualaikum puan,
Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya sering menghadiri mesyuarat, taklimat atau kursus. Saya ingin bertanya petua dan cara-cara yang betul untuk menjahit lis pada baju kurung saya kerana saya amat suka memakai baju kurung yang ada lis di badan dan leher ketika ke pejabat atau menghadiri majlis. Tambahan pula baju kurung tersebut saya jahit sendiri. Insya ALLAH jika saya dah mahir bolehlah saya menerima tempahan jahit baju kurung (lis) sekurang-kurangnya boleh dapat pendapatan sampingan. Saya amat berharap puan dapat membantu saya dalam menangani masalah ini.

Terima kasih kerana sudi menghubungi saya. Istilah yang betul ialah jalur serong dan bukan lis. Saya akan cuba menerangkan seberapa jelas yang dapat.

Mengikut sistem yang betul, kun jalur serong tepat hendaklah dijahit sepertimana yang diterangkan dalam buku Panduan Membuat Pakaian.

Namun, kebanyakan tukang jahit, mengambil jalan yang mudah agar cepat siap.

1. Jalur serong tepat dagangan yang dibeli siap serta sudah dilipat, dilipat dua di tengah-tengah dan diseterika mengikut panjangnya (tinggal kira-kira 1/4 inci).

2. Bentang bahagian badan baju agar sebelah luar hala ke atas.

3. Letak jalur di atas garis pemadan supaya tengah yang berlipat hala ke tengah baju, mengikut lebar kun yang hendak ditunjukkan. Jahit kun pada garis pemadan.

4. Seterika dan lipat basi jahit ke sebelah dalam.

5. Jahit tepi badan yang telah dijahit kun di atas tepi pesak yang telah dicantum dengan lengan dan kekek. Seterika.

Cubalah dan diharap berjaya.

Jamaliah Mat Zain
matzain.jamaliah@ansaldo-signal.com.my

MESIN JAHIT

Saya sedang berjinak-jinak dgn mesin jahit kepala putih. Masalahnya, ,jika kita tak punya mesin jahit, jahitan apa yang perlu dibuat untuk kemasan?
Sekiranya tiada mesin jahit, antara jahitan yang boleh dibuat untuk kemasan ialah jahit tangan ataupun yang terbaik ialah jahitan insang pari atau lubang butang. Boleh juga untuk jimatkan masa dengan menghantar saja ke kedai atau tukang jahit yang mempunyai mesin jahit pengemas tepi.

Untuk membuat seluar panjang, berapa meter lazimnya diperlukan oleh wanita setinggi 168cm?
Bidang kain 60 inci, 1.25 meter. Lebihkan tepi kalau badan agak berisi. Bidang 44 inci, 2.5 meter.

Untuk buat seluar skirt ke pejabat, berapa meter diperlukan?
Sama seperti di atas.

Apa cadangan puan terhadap kain-kain perca yang banyak saya ada sebab saya
dapat perca percuma daripada kedai?
Buatlah projek tampal cantum seperti kusyen, cadar dan sebagainya atau apa juga projek kecil seperti pakaian kanak-kanak.

Fadil Pouzi
tg.fadil@yahoo.com

PERUSAHAAN PEMBUATAN PAKAIAN

Saya baru saja mengikuti SKIM Tabung Usahawan Siswazah anjuran MECD pada Oktober 06 hari tu. Kami punya allocation utk pinjaman ni dlm RM20 - RM250 k atau lebih utk membuka perniagaan yg berdaya maju...

Katakanlah saya ambik RM250k loan utk membuka PERUSAHAAN PEMBUATAN PAKAIAN SIAP UTK WANITA DEWASA & REMAJA SECARA BORONG & RUNCIT boleh tak Kak Yam bg pendapat, cara2, mesin apa yg perlu ada? berapa ramai staff perlu ada? , berapa range gaji, satu staff berapa produktiviti sehari, sebulan, macamnana nk decoration kedai? dan lain2
Kursus anjuran MECD selama 6 hari itu adalah baru pengenalan sahaja. Kalau boleh ambil kursus MARA yang 51 hari itu. kerana ia lebih mendalam termasuk motivasi, simpanankira, kajian pasaran, salesmanship, penyediaaan project paper. Ia tidaklah terus-menerus, tetapi dipecah-pecah mengikut modul. Jadi tak payah tinggal perniagaan lama-lama. Jangan buang masa. Saya rasa kursus yang 51 hari itu akan bermula bila-bila masa saja. Takut nanti terlepas peluang. Lursus LPU anjuran MARA merupakan yang terbaik antara kursus-kursus agensi lain.

Maafkan saya jika permintaan saya ini keterlaluan..
Bkan apa Kak Yam...Saya menghadapi masalah kewangan yg agak terus sekarang ni...Perniagaan saya semakin merundum..Oh lupa nk kasi tau saya ni niaga printing. Nampak gayanye saya kena tukar plan..
Kalau boleh janganlah hentikan perniagaan percetakan. Manalah tahu, melalui kurus saudara dapat idea menyusun strategi untuk meningkat perniagaan sedia ada. Mungkin ada silapnya, tak tahu di mana, ataupun strategi tak betul. Masih belum terlambat untuk memulihkannya. Seorang usahawan perlu sedia menghadapi risiko.

Apa yg saya nampak perniagaan ini memang byk permintaannya...Perempuan ni memang minat baju2 ni... Dlm sebulan xpun 3 bulan sekali lah katakan...... perempuan ni beli baju ..setahun dah berapa....
Saya akan menafas lega sikit sekiranya saya dpt membuka perniagaan ini..
Lagi sekali saya memohon beribu kemaafan sekiranya permintaan ini keterlaluan.
Untuk memulakan perniagaan membuat pakaian secara mass production, perkara-perkara berikut harus disediakan.

1. Modal.

2. Tempar Operasi atau Bengkel - Lengkap dengan pendawaian.

3. Mesin/Peralatan - Mesin jahit industri, mesin jahit pengemas tepi, hunting elektrik, meja memotong, mesin jahit butang, mesin jahit lubang butang, seterika stim industri, meja memotong dan lain-lain peralatan mengikut keperluan pakaian.

4. Bilangan pekerja berdasarkan volume yang hendak dihasilkan setiap hari. Ini termasuk pembuat pola dan jurupotong, tukang jahit, pengawal kualiti dan sebagainya. Kalau boleh satu atau dua orang tu biarlah yang boleh membuat pelbagai tugas - tak payah gajikan terlalu ramai.

Sebagaimana yang saya telk nyatakan sebelum ini, eloklah buat secara kecil-kecilan dulu. Cari seorang juru potong yang mahir dan agih-agihkan kepada backlane machinists atau orang-orang kampong yang saudara tahu boleh menjahir dengan cepat dan kemas. Upah tidak booleh mengikut pasaran kerana mereka menjahit dengan banyak. Nanti tak ada untung. Dah yakin baru buka bengkel. Masa tu dah ada pengalaman.

Gaji pekerja adalah gaji bulanan (tidak banyak) ditambah dengan bilangan pakaian yang disiapkan. Jangan bagi gajI
bulan banyak. Nanti mereka tak berusaha untuk menjahit lebih.

Jamaliah Mat Zain
matzain.jamaliah@ansaldo-signal.com.my

HENDAK TAHU PENULIS BUKU JAHITAN

Boleh bagitau buku tentang jahitan asas, di mana boleh beli dan siapa penulisnya?
Buku untuk mengenal jenis jenis jahitan utk pakaian ~ siapa penulisnya?
Buku menjahit skirt ~ siapa penulis dia?
Untuk soalan di atas, jawapannya ada terdapat dalam buku PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN, terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd. Buku ini ditulis oleh Mariam Abu Bakar dan boleh dibeli terus dari Alaf 21 atau di kedai-kedai buku.

Yang paling saya minati, ada sejenis bingkai jahitan, adakah dinamakan RAM kalau tak silap saya. Di mana boleh saya belinya ya?
OK, gambaran untuk RAM tu gini, ianya bulat, kita boleh amsukkan kain dan ikut nak ketat atau longgar waktu menyulam atau melakar rajah pada kain tuh, saya pon dah lupa namanya… betulkan saya jika tak betul tentang bingkai RAM ni…

Bingkai sulaman juga dipanggil ram atau pemidang dan boleh dibeli dari kedai-kedai yang menjual peralatan menjahit.

Saya dah membeli buku Panduan Membuat Pakaian yg cover depan dia ada gambar tiga ketul benang. Tapi disebabkan saya ni zero, jadi kurang paham kata-kata dalam buku itu...
Buku yang saudari telah beli itu adalah lanjutan kepada buku pertama. Saudari telah membeli buku PANDUAN MENJAHIT PAKAIAN WANITA. Buku yang harus puan dapatkan ialah PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN yang mana gambar kulitnya ialah bahagian tapak mesin jahit dengan jarum. Ini adalah buku pertama dan sangat sesuai untuk mereka yang baru hendak belajar menjahit, iaitu zero-based. Harga pasaran ialah RM55.00.

Baik puan. Insya-ALLAH saya akan beli sebab tidaklah rugi membeli pengetahuan kerana masa depan lebih berfaedah jika kita taburkan wang ke arah yg berguna. Saya akan membeli buku itu…
Saya doakan selamat berjaya dengan cemerlang.


Fadil Pouzi
tg.fadil@yahoo.com

TERTARIK DENGAN BUKU PANDUAN BUAT PAKAIAN

Tahniah diucapkan kerana telah menerbitkan buku Panduan Membuat Pakaian Wanita. Baru-baru ini saya telah pergi kesebuah kedai buku di Jaya Jusco Equin Park, saya telah terjumpa buku panduan yg telah ditulis oleh kak Yam. Tapi sayangnya buku tu berbalut plastik la. Boleh tak kak Yam ceritakan serba sedikit mengenai buku tersebut?

Buku tu merupakan buku ke-4 yang telah diterbitkan lebih kurang 3 tahun lalu dan merupakan lanjutan kepada buku PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN, iaitu buku pertama saya sejak 1988. Ia menumpukan kepada penyediaan pakaian-pakaian wanita bermula daripada penyediaan pola.

Lain-lain buku saya ialah:
Variasi Hiasan Langsir
Variasi Fesyen Anakku
Variasi Sulaman Klasik, &
Panduan Menjahit Pakaian Lelaki

Walau bagaimanapun, untuk memahami mengenai penyediaan pakaian, adalah baik sekiranya saudara memiliki buku ANDUAN MEMBUAT PAKAIAN, (edisi terbaru), kerana ia merupakan kunci kepada segala proses pembuatan pakaian.

Sekian untuk makluman.

Kuap Grunsin
kuapf@yahoo.com

MEMILIH KAIN UNTUK SOFA

Utk pengetahuan puan saya tidak berapa pandai menjahit tetapi disebabkan saya amat meminati menjahit saya telah membeli sebuah buku cara menjahit langsir dan sekarang saya dah pun pandai menjahit langsir & sofa. Saya amat berpuas hati dengan hasil saya sendiri. Apakah jenis kain yang amat seseuai utk menjahit sofa? Kerana saya agak tidak berapa pandai utk memilih jenis kain utk sofa. Diharap puan mariam dapat membantu saya.

Tahniah dan syabas di atas kejayaan menjadikan impian satu realiti. Teruskan usaha. Kain untuk sofa tidak sama dengan kain untuk pakaian. Ia lebih tebal agar tahan lasak.

Banyak jenis boleh didapati dari kedai-kedai yang menjual kain dan aksesori untuk hiasan rumah. Carilah yang terbaik mengikut kemampuan anda, serta mudah dijaga. Warna dan corak hendaklah bersesuaian dengan lain-lain hiasan di ruang berkenaan.

Ada juga yang gemar memilih kain sofa sama dengan langsir. Tetapi jangan terlalu banyak, nanti bosan dengan warna dan corak yang sama di ruang berkenaan.


Jainah Abd Kadir
jainah55@hotmail.com
kusus menjahit langsir

MENJAHIT LANGSIR

Puan Mariam Abu Bakar,
Satu pg saya telah menonton rancangan puan di TV. Mengenai terbitan buku puan. [Hiasan Langsir]. Pd hari tu juga saya telah membeli buku yg tersebut. Saya amat meminati untuk mengetahui tentang menjahit langsir dan pemasangan nya secara terperinci. Saya menjahit langsir untuk rumah saya sendiri dan tidak pernah mengupah atau beli yang siap. Jadi saya ingin mengikuti kelas menjahit langsir yang dianjurkan oleh puan mariam dan belajar nya cara pos jika puan ada menganjurkan nya. Buat masa ni saya sedang menanti buku puan cara membuat kusyen. Saya tinggal di Tmn Sri Gombak.

Saudari Jainah,
Sebagai penjelasan, pagi 4/2/06 saya telah diwawancara menerusi slit Resensi, Selamat Pagi Malaysia. Buku Hiasan Langsir tidak diterbitkan oleh saya, tetapi Alaf 21 Sdn. Bhd. Saya hanya penulisnya sahaja. Walau bagaimana pun, terima kasih di atas minat serta sokongan saudari itu.

Untuk makluman saudari, saya tidak menganjur kursus-kursus jahitan termasuk membuat langsir kerana sebelum ini saya bekerja sepenuh masa dan baru 5 bulan bersara. Oleh itu saya tidak ada mengadakan kursus jahitan sendiri; hanya anjuran organisasi atau mana-mana badan/agensi. dalam bidang peningkatan keusahawanan teknikal.

Namun saya boleh mencadangkan saudari salah seorang bekas peserta saya yang saya anggap memang pakar dalam bidang ini.

Roziana Sharaini
roziana.sharaini@konnas.com.my

NAK BUAT SKRITING MEJA OFIS SAYA

Tolong ajarkan saya bagaimana cara nak buat skirting untuk meja makan empat segi. Contoh skirting yang saya lihat biasanya jarak lipatan 3 inci. Saya nak skirting yang saya jahit nanti nampak cantik macam yang dijual di kedai-kedai. Oleh kerana yang dijual dikedai-kedai agak mahal harganya, saya bercadang untuk menjahit sendiri untuk mengurangkan kos syarikat saya.

SKIRTING UNTUK MEJA BOLEH DIHASILKAN DENGAN CANTIK JIKA BETUL PENGIRAANNYA.

(Embedded image moved to file: pic26268.jpg) UKUR KELILING MEJA: KATAKAN UKURAN MEJA PEJABAT SAUDARI BERUKURAN 8 KAKI PANJANG DAN 4 KAKI LEBAR 3 KAKI TINGGI.

GUNAKAN CARTA DI BAWAH UNTUK MENDAPAT BERAPA PANJANG SKIRTING YANG DIPERLUKAN.

UNTUK MENUTUP 3 BAHAGIAN, ANDA PERLU SKIRTING 18 KAKI PANJANG
(1 + 4 + 8 + 4 + 1)

UNTUK MENUTUP KELILING MEJA SEPENUHNYA, ANDA PERLU SKIRTING 25 KAKI
4 + 8 + 4 + 8 + 1) PANJANG.

TAMBAHKAN FABRIK UNTUK MEMBUAT LIS-LISU.

SKIRTING YANG CANTIK IALAH YANG MANA KESEMUA LISU-LISUNYA SEKATA SAMA SAIZ.

UNTUK LISU YANG CANTIK, AMAUN FABRIK IALAH 2 1/2 HINGGA 3 KALI GANDA PANJANG SKIRTING YANG SIAP.

Apakah buku yang boleh saya rujuk.
UNTUK LISU YANG CANTIK, SAUDARI BOLEH MERUJUK MUKASURAT 112 HINGGA 114 BUKU PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN.

Selamat mencuba,
MARIAM ABU BAKAR


E-na
azlina_v@yahoo.com

BAGAIMANA CARA MEMBUAT SCALLOP?

Bagaimanakah utk membuat scallop dan tailnya.
TERDAPAT PELBAGAI CARA MERAJAH SCALLOP (TERMINOLOGI SEBENAR IALAH SWAG). CARA MEMBUAT ASAS SCALLOP DAN TAIL (CASCADE) BOLEH DIDAPATI PADA MUKASARAT 138 HINGGA 144 BUKU "HIASAN LANGSIR".

Bagaimana penentuan jumlah scallop ?
JUMLAH SCALLOP HENDAKLAH GANJIL BILANGANNYA. DAN SELISIH ANTARA SCALLOP IALAN ANTARA 10 CM HINGGA 15 CM.

Pengiraan yg tepat dan saiz scallop yg sesuai utk sesebuah tingkap atau sliding?
UNTUK PINTU LONGSOR BIASA, 5 SCALLOP, DAN TINGKAP 3.

Saya telah mencuba hasil dari bertanya dari tukang jahit namun tidak menghasilkan sesuatu yg memuaskan. Contohnya di sini sliding saya berukuran 113", labuh 92".
ANGGARAN FABRIK BAGI SETIAP SCALLOP IALAH SATU METER.

Rosnani Abd Karim
PPSM Selangor
ppsm1.selangor@jpj.gov.my

BILA NAK BUAT BUKU LANGSIR KEDUA?

Tahniah kerana ada sesi soal jawab mengenai jahitan dan sebagainya. Saya sudah membeli semua koleksi buku puan dan banyak membantu.
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN SAUDARI TERHADAP USAHA SAYA BERKONGSI ILMU DENGAN ORANG RAMAI.

Bila lagi puan nak terbitkan buku membuat langsir yang berikutnya. Saya harap lebih banyak cara2 langsir diajar seperti royal scallop.
MENGENAI BUKU LANGSIR (LANJUTAN), BUAT MASA INI SAYA BELUM DAPAT MEMASTIKAN BILAKAH SAMBUNGANNYA DAPAT DIHASILKAN. INI ADALAH DISEBABKAN BUKU ASAS SAYA DIRASAKAN SUDAH MEMADAI BAGI SESEORANG YANG MAHU MEMAHIRKAN DIRI DENGAN SENI JAHITAN LANGSIR.

FESYEN-FESYEN YANG PELBAGAI SEBENARNYA MERUPAKAN UNJURAN DARIPADA APA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU SAYA ITU. TERPULANGLAH KEPADA DAYA KREATIVITI SAUDARI MEMPELBAGAIKAN PENGETAHUAN ASAS SAUDARI UNTUK MEREKACIPTA GAYA YANG BERLAINAN DARIPADA YANG TERDAPAT DALAM BUKU-BUKU HIASAN DALAMAN. WALAU BAGAIMANAPUN, KITA BOLEH BERBINCANG SEKIRANYA SAUDARI ADA IDEA BARU YANG HENDAK DICUBA.


Jamilahmu
jamilahmu@sarawaknet.gov.my

CARA MANA SATU YANG BETUL?

Baru-baru ini saya telah membuat sepasang baju kurung berserta sulaman kepada seorang tukang jahit berbangsa Cina, sekadar ingin mencuba. Beliau telah menbuat sulaman/kerawang menggunakan lapik kain membuat baju kurang berasa berat. Sedangkan semasa saya belajar dahulu saya disuruh menggunakan kena bergam lembut ini lebih sesuai.

SEKARANG NI, BANYAK PENGUBAHSUAIAN TELAH DIBUAT DALAM APA JUA BIDANG DAN JAHITAN. SULAMAN TIDAK TERKECUALI. KAEDAH KINI TIDAK SAMA SEPERTI DULU DAN BANYAK TIDAK MENAMPAKKAN CIRI-CIRI TRADISIONAL. MASING-MASING BUAT IKUT SEDAP DI HATI DAN SEBAB ITULAH PELBAGAI CARA DAPAT DILIHAT. DI SINI SAYA TIDAK MAHU MENGATAKAN YANG MANA BETUL ATAU SALAH. SEBENARNYA SULAM KERAWANG TIDAK MENGGUNAKAN ALAS SEKIRANYA KAIN YANG DIGUNAKAN CUKUP KUAT.

ADA JUGA YANG MENGGUNA PLASTIK SEBAGAI ALAS. TETAPI MENGGUNA KAIN
DI SEBELAH BAWAH MEMANG NAMPAK BERAT DAN KERAWANG KELIHATAN TIDAK CANTIK. MENGGUNA KAIN GAM LEMBUT JUGA TIDAK SALAH. TAPI JANGAN GUNAKAN KERTAS GAM, KERANA LAMA KELAMAAN KERTAS AKAN HANCUR APABILA PAKAIAN DICUCI, DAN SULAMAN KELIHATAN LONGGAR. IKUTLAH BUDIBICARA SAUDARI.

Saya ingin tahu apa pendapat Puan mengenai perkara tersebut. Saya juga hendak bertanya apa petua/nasihat puan bagaimanakah untuk membuat lukisan kita di atas kain tampak lebih jelas supaya senang apabila kita mula menjahit/sulaman kemudian.
SEBAIK-BAIKNYA SAUDARI GUNA KERTAS KARBON TUKANG JAHIT YANG BARU, SERTA PENSIL SEDERHANA TAJAM. TETAPI, JIKA SAUDARI KHUATIR LUKISAN SEMAKIN KABUR KERANA GESERAN SEMASA MENYULAM, SAUDARI BOLEHLAH MENGGUNA KERTAS KARBON PEJABAT, TETAPI BUKAN YANG LEMBIK BERMINYAK. INGAT, JANGAT TEKAN KUAT-KUAT, TAKUT NANTI KESAN TANDANYA AKAN KELIHATAN APABILA SULAMAN SIAP. SAUDARI HENDAKLAH CERMAT APABILA MENEKAP CORAK PADA KAIN.

Untuk pengetahuan puan saya menjahit menggunakan mesin heavy duty.
TIDAK SALAH MENGGUNAKAN MESIN JAHIT HEAVY DUTY/INDUSTRI, ASALKAN CEKAP MENGENDALI DAN MENGAWAL. MEMANG LEBIH CEPAT. WALAU BAGAIMANAPUN. HASIL SULAMAN RATA SEDIKIT SERTA JARANG-JARANG, TIDAKLAH SEPADAT DAN SERAPAT SEPERTI YANG DIHASILKAN OLEH MESIN JAHIT DOMESTIK.

Nur Aini
Ampang Tasik Tambahan, Selangor
siti_orkid@yahoo.com

APAKAH CIRI-CIRI SEORANG TUKANG JAHIT?

Saya ingin bertanya apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang individu yang ingin belajar menjahit sedangkan sebelum ini dia tidak terlihat sebagai seseorang yang berminat tentang jahit-menjahit ini apatah lagi dia lansung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang menjahit?

Seseorang individu yang ingin belajar menjahit tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal maupun kemahiran.

Antara yang penting ialah:
Mempunyai minat terhadap perkembangan fesyen.
Suka melihat orang-orang berpakaian cantik.
Ingin memiliki pakaian mengikut peredaran masa.
Penyabar.
Cerewet dan suka kepada kerja-kerja tangan yang halus.
Ada kemahuan untuk belajar menjahit.
Sanggup mengulangi latihan berkali-kali hingga mendapat hasil yang benar-benar memuaskan.

Zafidah Zamir
ikh_dina79@yahoo.com

INGIN BELAJAR MENYULAM

Saya amat meminati bidang jahitan. Saya banyak membeli buku-buku berkaitan termasuk
buku Puan. Saya ingin mengetahui lebih banyak lagi seni jahitan termasuklah seni sulaman. Saya telahpun membeli buku Variasi Sulaman Klasik tetapi masih tidak dapat mempelajarinya.
Memandangkan saya bekerja,di manakah saya boleh mempelajarinya secara sambilan?

Bolehkah Puan mencadangkan di manakah saya boleh mempelajarinya di Pulau Pinang
iaitu di bandar Georgetown.Diharap Puan dapat membantu saya. Terima kasih.

Saudari Zafidah,

Terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap seni jahitan.

Saudari boleh mempelajari seni sulaman mengikut kaedah langkah demi langkah yang diterangkan di dalam buku Variasi Sulaman Klasik, di masa lapang saudari. Ini memang mengambil masa yang lama kerana saudari mengikuti arahan dengan terperinci untuk mendapat hasil yng baik, bergantung kepada masa terluang saudari.

Untuk lebih cepat, saudari boleh mempelajarinya di syarikat-syarikat swasta dan mungkin juga di kelas-kelas anjuran KEMAS, tetapi mungkin tidak sama dengan cara saya kerana mereka banyak menggunakan short-cut, sedanglan saya masih mengguna kaedah tradisional untuk mengekalkan keaslian dan kecantikannya.

Untuk makluman, seni sulaman ini memerlukan lebih kesabaran berbanding dengan seni jahitan lain.


User
user@tm.net.my

MENCEBURKAN DIRI DALAM BIDANG JAHITAN

Saya adalah seorang wanita yang kini sedang bekerja sebagai salah seorang Pegawai Kerajaan di Kementerian Pertahanan Awam. Saya merancang akan menamatkan perkhidmatan saya pada tahun 2009. Sememangnya telah lama saya meminati bidang jahitan. Saya pernah belajar menjahit di sebuah kedai jahit di Sitiawan namun terhenti kerana kesibukan kerja. Saya mula terfikir akan bidang kerjaya saya apabila saya menamatkan perkhidmatan saya pd thn 2009 di mana umur saya pada ketika itu masih 31 tahun. Saya amat berminat utk menceburkan diri dalam bidang jahitan sepenuh masa apabila saya menamatkan perkhidmatan saya.

Apakah nasihat/bantuan/persediaan saya utk ke arah itu? Jika puan boleh memberi saya panduan sebagai persediaan saya, amat saya hargainya kerana saya amat berminat utk mencebur diri dalam bidang jahitan dan seterusnya sebagai sebagai tukang jahit yang berjaya. Sekian harap puan dapat membantu saya.

Syabas di atas niat saudari untuk memulakan perusahaan pakaian di usia yang masih muda, kerana di peringkat umur ini saudari masih lagi banyak tenaga.

Sebaik sahaja saudari menamatkan perkhidmatan, adalah baik jika saudari memohon mengikuti latihan kemahiran dalam bidang Membuat Pakaian di salah sebuah institusi milik kerajaan melalui iklan yang disiarkan di akhbar-akhbar dua kali setahun. Kursus ini memakan masa antara 18 hingga 24 bulan.

Sekiranya saudari menganggap jangkamasa latihan ini lama, saudari boleh mendaftar diri di salah sebuat Pusat Giat MARA berhampiran yang ada menjalankan kursus jahitan ini. Selain daripada kursus kemahiran, saudari boleh juga menghadiri kursus-kursus keusahawanan yang dianjur oleh agensi-agensi kerajaan dsbn.

Sekian dan selamat berjaya.


fhanthagiroz@yahoo.com

BELAJAR MENJAHIT

Apa khabar.
.. Khabar baik.

Agak lama saya tidak menghantar email.Saya sibuk kebelakangan ini. Di sini saya hendak menyampaikan berita baik. Saya dalam notis berhenti kerja sekarang.
.. Syabas kerana telah membuat keputusan yang berani.

Dalam masa yang sama saya membatalkan niat untuk belajar menjahit di IKIP Kuantan. Ini kerana saya terikat dengan jadual yang akan dilalui di IKIP, sedangkan saya seorang isteri dan suami saya lebih memerlukan saya di sampingnya.
.. Sesungguhnya saudari telah membuat satu pengorbanan demi masa depan saudari sekeluarga.

Tapi saya mengambil alternatif lain iaitu belajar menjahit secara separuh masa dengan sekolah jahitan milik seorang Chinese.Tapi saya menghadapi masalah sewaktu proses pembelajaran. Iaitu saya kurang faham penyampaian seorang Cina (Pelat). Jadi , saya menjadi agak lembab dalam kelas dan susah nak 'tangkap' apa yang cikgu ajar.
.. Dapat guru pelat pun tak mengapa. Tetapi cuba ingat-ingatkan apa yang telah diajar.

Dalam masa yang sama, disebabkan saya hanya belajar satu minggu 1 kali berulang ke Kuantan setiap hari Sabtu minggu 1 & 3, saya mudah lupa apa yang cikgu ajar kerana saya masih bekerja sekarang.
.. Berlatihlah di rumah sementara menunggu kelas berikutnya.

Dalam masa yang sama saya takut untuk memotong kain dan mengukur dengan tepat di atas kain. Tapi sekiranya ukuran dibuat di atas kertas saya lebih cekap dari segi itu tetapi apabila di atas kain lain pulak jadinya, ukuran tidak sama dan potong kain pun senget.
.. Membuat pola di atas kertas dahulu merupakan satu langkah yang bijak. Saya sendiri tidak terus membuat pola di atas kain yang akan dipotong. Membuat pola kertas dahulu menjimatkan kain dan kerja-kerja lebih bersih. Biarlah lambat sedikit pada peringkat permulaan, tetapi lambat laun kalau dah biasa akan menjadi lebih cekap.

Jika tiada keberatan dapat puan memberikan petua untuk itu, kerana apa yang saya faham jika sewaktu memotongnya tidak elok, maka orang yang memakainya akan menjadi tidak 'sedap' pakai.
.. Cekalkan hati semasa mengambilukuran, nescaya pola akan baik dan saudari akan menghasilkan pakaian yang sedap dipakai. Untuk itu, ukuran-ukuran pelanggan hendaklah dicatit dalam buku. Ia dijadikan rujukan untuk membuat pakaian-pakaian ppelanggan yang mengulangi premis perniagaan saudari. Pola-pola juga perlu disimpan kerana ini akan mempercepat dan memudahkan kerja-kerja saudari. Sememangnya pakaian pertama seseorang pelanggan ada beberapa kesilapan kerana ia belum biasa lagi dengan sistem saudari. Tetapi setelah membuat pembetulan dan pelarasan pola, pakaian-pakaian berikut akan lebih elok dengan pelanggan.

Apa pandangan puan?
Jangan gopoh bila membuat kerja. Fikiran yang tidak tenang boleh menyebabkan banyak kesilapan. Tidak mengapa kalau lambat sedikit tetapi hasilnya baik. Ini baru mula. Kalau dah cekap, dah tak payah risau. Kejayaan akan saudari perolehi.

Jumpa lagi,
.. Salam dari saya,

Mon
.. KAK YAM

mazlina mustaffa
mazlina_mustaffa@yahoo.com

INGIN DAPATKAN KEPALA LANGSIR ROPOL TUDOR

Saya merupakan seorang dari pembaca buku Hiasan Langsir yang ditulis oleh Puan. Saya ingin bertanya kepada Puan, dalam buku puan di muka surat 3, berkenaan Ropol Tudor.

Di manakah saya boleh membeli Pita Kepala Langsir Ropol Tudor seperti yg terdapat dlm buku puan. Ini kerana saya telah pun mencari Pita Kepala Langsir Ropol Tudor berkenaan di merata tempat. Oleh itu, bolehlah sekiranya puan memberikan nama kedai dan alamat atau lokasi kedai tersebut untuk mendapatkan Pita Kepala Langsir Ropol Tudor tersebut.

Tidak banyak kedai yang menjual pita kepala langsir bagi ropol Tudor, kerana tidak ramai yang mengguna atau memerlukannya. Pita ini tidak dibuat dalam negeri, tetapi diimpot dari luar negara.

Saudari boleh pergi ke kedai-kedai khas yang sememangnya pakar dalam hiasan langsir, kerana di kedai-kedai ini boleh didapati pelbagai aksesori untuk hiasan langsir dan lain-lain hiasan dalaman.


Eyta
zunita@jmgipoh.gov.my

HENDAK BELI FIBER

Saya nak tanya; di manakah hendak mendapatkan fiber?
Berapakah harganya 1 meter?

Saudari Zunita,

Fibre boleh didapat di kedai-kedai menjual bahan jahitan, seperti di kedai-kedai yang menjual fabrik-fabrik langsir, kusyen dan sebagainya. Ada juga kedai-kedai peralatan jahitan yang menjualnya.

Fibre boleh didapati dalam bentuk ukuran meter (lebih kurang RM20 semeter, mengikut ketebalan) dan juga dalam bentuk berat, iaitu kilogram, mana yang lebih sesuai untuk projek saudari.

Norainin Rahman
norainin_rahman@sne.com.my

KELIRU DENGAN BUKU JAHITAN

Saya sebenarnya minat sangat nak menjahit. Masalahnya sekarang saya confuse apabila saya rujuk kepada buku jahitan Puan. Saya concentrate dalam jahitan baju kurung dulu.
Saya berpendapat bahawa puan telah tersilap kerana tiada orang dewasa yang mempunyai ukuran keliling punggung 42 cm. Bayi pun lebih kurang 50 cm. Saya rasa ukuran punggung ;puan ialah 42 inci dan puan kenalah tukar kepada ukuran metrik, iaitu cm. Ukuran pesak bawah puan anggaran 12 cm.

Tentang ukuran untuk membuat pesaknya - yang atas adalah 4cm atau sesuka hati dan bawah nya 1/12 ukuran punggung. Kalau ukuran punggung 42cm, jadi pesak bawahnya hanyalah 3.5cm + 2 cm = 5.5 cm sahaja. Adakah istilah saya ini betul? Tolonglah Puan beritahu.
Untuk makluman, sistem yang diterangkan ialah untuk bentuk badan standard. Sekiranya terdapat nisbah ukuran yang tidak menepati, umpa-manya pangkal lengan besar, dada besar berbanding ukuran punggung, ataupun punggung besar berbanding dengan dada, puan bolehlah mengubahsuai mengikut nisbah bentuk badan individu.

Lagi satu saya sudah pun buat dua tiga helai baju kurung, tapi tak sedap bila dipakai. Saya suka lengan yang lebar, jadi saya besarkan pesaknya, yang atas saya potong 8cm dan yang bawah nya 14cm atau 16 cm, adakah ukuran ini betul? Untuk pengetahuan Puan tinggi saya 5' dan berat saya 65kg dan berumur dalam linkungan 47 tahun.
Dari keterangan dan ukuran yang diberi, saya beranggapan puan sederhana tinggi dan saiz badan agar besar sedikit. Oleh itu, puan bolehlah mengubahsuai ukuran mengikut badan puan. Dalam hal ini jangan lupa mengambil ukuran keliling pangkal lengan iuntuk mendapat lengan baju yang selesa, dan laraskan pesak atas dan bawah. Puan juga dinasihatkan mengukur pola di bahagian dada dan punggung agar
padan dengan bentuk badan.

Mon Zack,
fhanthagiroz@yahoo.com

INGIN MENGETAHUI MAKSUD BEBERAPA ISTILAH

Sekiranya boleh puan memberi sedikit keterangan mengenai atau contoh perkara tersebut:

1. Slip kerja
2. Kod fabrik
3. Buku tempahan
4. Surat tempahan
5. Laporan harian
6. Buku rekod
7. Buku rekod induk

Walaupun saya masih belum tahu mengenai jahitan tetapi saya amat excited untuk mengenali perkara di atas untuk rujukan akan datang.

Termoinologi-terminologi yang dimaksudkan merupakan amalan bagi perniagaan yang sudah maju, tetapi masih boleh dibuat di peringkat permulaan agar perniagaan lebih sistematik.

Slip kerja: sekeping kertas yang mencatitkan perincian kerja-kerja termasuk hiasan dan sebagainya yang harus dialkukan oleh pekerja yang ditugaskan membuat pakaian tempahan tersebut, agar siap nanti mengikut spesifikasi yang diminta pelanggan.

Kod fabrik: jika perniagaan puan maju, puan boleh menjual fabrik kepada pelanggan. Setiapo fabrik perlu ada kod agar mudah diketahui mana yang perlu dibeli lagi.

Buku tempahan: buku yang mencatitkan segala tempahan yang diterima dari pelanggan.

Surat tempahan: slip yang diberi pada pelanggan. Slip ini adalah ekstrak dari buku tempahan.

Laporan harian: laporan yang menyarakan aktiiviti serta transaksi kewangan puan agar mudah dipantau.

Buku rekod: buku yang merekodkan segala penggunaan bahan, perbelanjaan, stok dan sebagainya. satu buku bagi setiap aktiviti. Rekod hendaklah terpetinci.

Perkara-perkara di atas akan ditemui apabila perniagaan mula dijalankan. Semuanya bukan satu kemestian, tetapi boleh membantu puan menguruskan perniagaan dengan lebih sempurna.

Mon Zack
fhanthagiroz@yAhoo.com

APA KATA KALAU SAYA BERHENTI KERJA?

Saya Mon dari Pahang. Bekerja sebagai penjawat awam hampir 3 tahun( belum comfirm) berumur 24 tahun. Bermula penghujung tahun lepas saya dan suami telah membuka kedai menjual barangan katalog(barangan kulit,pinggan mangkuk dll), MLM dan souvenir. Sekarang saya ingin meluaskan perniagaan saya dan amat berminat dengan fesyen (Kedai dibahagi 2 kerana amat luas). Jadi saya bercadang untuk membuka butik pakaian secara kecil-kecilan. Tetapi masalah sekarang saya dalam dilema kerana jika saya ingin berniaga saya mesti berhenti kerja. Dalam masa yang sama ahli keluarga tidak mengizinkan tetapi suami amat menyokong penuh. Adakah saya terlalu terburu-buru dalam mebuat keputusan. Dalam masa yang sama bisnes sekarang amat memerlukan perhatian.

Rancangan saya tahun ini ialah berhenti kerja pada Jun 2005 dan daftarkan diri ke IKIP untuk kursus jahitan selama 1 tahun kerana di tempat saya telah banyak kedai pakaian iaitu 11 buah kedai. Jadi, saya berfikir untuk berada di dalam saingan kedai saya mesti mempunyai kelebihan iaitu menerima tempahan jahitan pakaian dan langsir. Jadi, saya telah membeli buku puan iaitu Panduan Menjahit Pakaian dan Variasi Hiasan Langsir walaupun saya tak tahu apa tentang jahitan. Tetapi setiap kali melihat buku puan ianya menjadi inspirasi untuk meneruskan usaha saya ini. Harapan saya ianya berbaloi.

Sekarang saya nak tahu apa pandangan puan mengenai rancangan saya ini. Dan saya juga nak tahu apa yang perlu dititik beratkan dalam menjahit pakaian supaya pakaian yang dipakai selesa.

Saya ingin meminta maaf kerana mungkin permintaan saya agak keterlaluan kerana kepakaran puan khusus didalam jahitan dan fesyen tetapi tidak salah jika puan memberi nasihat sebagai seorang yang lebih tua daripada saya.

Terima kasih.
Waalaikum salam w.b.t.

Puan Mon,

Terima kasih kerana sudi menghubungi saya. Saya rasa terharu dengan niat puan untuk membuka perniagaan. Pada hemat saya, oleh kerana puan baru lagi memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan masih belum disahkan lagi dalam jawatan, adalah baiknya sekiranya puan terus tumpukan perhatian dalam perniagaan yang baru dijalankan.

Dari pengalaman saya dalam perkhidmatan awam sejak April 1972, dan dalam masa berinteraksi dengan usahawan-usakawan kecil dan menengah, saya dapati berniaga sendiri adalah jauh lebih berbaloi berbanding dengan makan gaji. Apatah lagi niat murni puan disokong suami. Sesuatu pekerjaan yang
mendapat restu suami sangatlah diberkati.. Puan sungguh bertuah mempunyai suami yang setia di belakang memberi sokongan penuh dalam apa juag perkara yang dilakukan.

Jika dah mula berniaga, jangan fikirkan soal makan gaji lagi. Beri tumpuan yang serius. Jangan buat separuh-separuh. Sememangnya dalam masa tiga tahun memanglah penat sedikit, kerana puan perlu meya-kinkan pelanggan agar mereka membawa lebih banyak pelanggan. Apabila perniagaan sudah berjalan baik, masa itulah puan boleh selesa sedikit dan mempunyai lebih banyak masa dengan keluarga.

Jangan membuat orang lain mematahkan semangat puan. Puan dan suami yang bertanggungjawab ke atas kesejahteraan keluarga puan. Sama-samalah menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga yang dibina. Banyak bersabar dalam terus berusaha. Keputusan dibuat bersama. InsyaAllah segala halangan yang datang mampu ditangani.

Beri tumpuan sepenuh kepada latihan kemahiran yang akan diikuti, dan di masa-,masa lapang, jangan jemu berlatih untuk meningkatkan skil. Ukuran hendaklah ditepat, di samping hasil kerja yang kemas. Khidmat hendaklah baik serta ikhlas. Nescaya rezeki tak putus, malah dapat hidup selesa.

Setelah tamat kursus, berdaftarlah di pejabat MARA Pahang agar puan dapat mengikuti kursus-kursus keusahawanan bagi memantapkan pengurusan perniagaan puan.

Harap saya dapat lagi membantu puan di masa-masa akan datang, dan saya doakan agar puan mencapat matlamat serta mencapai kejayaan cemerlang.

Salam dari saya,
Kak Yam


Suzana
suzana@viscon.com

MEMBUAT KAIN BATIK KIPAS DEPAN

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya cara membuat kain batik kipas depan. Saya ada melihat kain jenis ini di dalam Buku Variasi Seni Jahitan tetapi saya kurang faham kerana tiada cara menjahit disediakan. Jadi, saya ingin bertanya bagaimana cara untuk membuat kemasan atau cara menjahit pada bahagian kipas.

Untuk makluman buku Variasi Seni Jahitan bukanlah hasil tulisan saya. Bagaimanapun, untuk mencuba sistem saya, saudari boleh merujuk buku PANDUAN MEMBUAT PAKAIAN muka surat 209 hingga 215.

Zafidah Zamir
ikh_dina79@yahoo.com

INGIN BELAJAR MENYULAM

Saya amat meminati bidang jahitan. Saya banyak membeli buku-buku berkaitan termasuk buku Puan. Saya ingin mengetahui lebih banyak lagi seni jahitan termasuklah seni sulaman. Saya telahpun membeli buku Variasi Sulaman Klasik tetapi masih tidak dapat mempelajarinya. Memandangkan saya bekerja,di manakah saya boleh mempelajarinya secara sambilan?

Bolehkah Puan mencadangkan di manakah saya boleh mempelajarinya di Pulau Pinang iaitu di bandar Georgetown.Diharap Puan dapat membantu saya. Terima kasih.

Saudari Zafidah,
Terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap seni jahitan.

Saudari boleh mempelajari seni sulaman mengikut kaedah langkah demi langkah yang diterangkan di dalam buku Variasi Sulaman Klasik, di masa lapang saudari. Ini memang mengambil masa yang lama kerana saudari mengikuti arahan dengan terperinci untuk mendapat hasil yng baik, bergantung kepada masa terluang saudari.

Untuk lebih cepat, saudari boleh mempelajarinya di syarikat-syarikat swasta dan mungkin juga di kelas-kelas anjuran KEMAS, tetapi mungkin tidak sama dengan cara saya kerana mereka banyak menggunakan short-cut, sedanglan saya masih mengguna kaedah tradisional untuk mengekalkan keaslian dan kecantikannya.

Untuk makluman, seni sulaman ini memerlukan lebih kesabaran berbanding dengan seni jahitan lain.

zaihasra abd kadir
zaihasraa@hotmail.com

TEMPAT BELAJAR MENJAHIT DI KL

Saya amat meminati dalam bidang jahitan tapi tidak berkesempatan untuk mempelajarinya. Oleh kerana saya masih bekerja, di manakah boleh saya belajar menjahit secara sambilan. Saya tak mampu untuk mengikuti kelas jahitan yang dianjurkan oleh swasta.

Boleh tak puan cadangkan macam mana boleh saya mempelajari kelas jahitan anjuran KEMAS atau MARA terutama di bandar Kuala Lumpur? diharap puan dapat membantu saya.

Terima kasih di atas kesudian memajukan pertanyaan kerana minat dalam bidang jahitan. Untuk mengikuti kursus anjuran KEMAS, saudari perlu berhubung dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat. Untuk makluman, MARA tidak lagi menganjur kursus membuat pakaian.

Bagaimanapun, GIATMARA ada menjalankan kursus membuat pakaian selama 6 bulan sepenuh masa di beberapa Pusat GIAT, antaranya:

Pusat GIAT Titiwangsa
Jalan Sungai Baru, Kampong Baru
50300 Kuala Lumpur. Tel: 03-2694 9136

Untuk keterangan lanjut, sama ada institusi berkenaan ada menjalankan kursus sambilan, saudari bolehlah menghubungi En.Amirudin Jamain, salah seorang Pengajar di institusi berkenaan.

Daripada:
azie ahmad
aziejalani@yahoo.com.sg

CARA KELIM TULANG BELUT

Saya nak tahu bagaimana nak buat kelim leher yang dipanggil 'tulang belut' dan 'mata lalat.’ Bagaimana
nak memulakannya.

Syabas kerana menunjuk minat dalam bidang pembuatan pakaian yang menjanjikan pendapatan yang agak lumayan.

Agak sukar untuk menunjukkan cara mengemas leher baju kurung melalui gambarajah. Saya biasanya menunjukkan cara membuat kedua-dua jahitan pengemas leher ini secara terus agar lebih mudah menyemak. Jait tulang belut, umpamanya mempunyai beberapa variasi, bergantung kepada efek yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, saudari boleh merujuk mukasurat 52, perkara 93, Jahit Sulam Talikod, buku VARIASI SULAMAN KLASIK, terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd., sebagai panduan asas menjahit tulang belut. Bezanya cuma jahitnya tidaklah pada permukaan rata, tetapi mempunyai kelim yang berada pada lipatan.



Daripada:
Rose Hayati Ali
rose@binagoodyear.com.my

CARA MEMOTONG KAIN LANGSIR

Saya ingin mengetahui bagaimanakah cara yang betul untuk memotong kain langsir bagi sliding door. Untuk pengetahuan puan, rumah. Saya ini mempu-nyai sliding door yang agar besar dan memerlukan saya. Untuk mencantum 2 -3 helai kain langsir (bergantung pada lerang kain langsir yang dibeli).

Masalah yang saya hadapi sekarang ialah selepas saya mencantumkan kain langsir tersebut, ukuran labuh