| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
azuan
abdullah
Pokok Sena, Kedah
azuan1974@yahoo.com
BUKU
TAK TERJEJAS KERANA INTERNET
Siapa
kata internet membuatkan kita malas membaca buku? Memang tidak
dapat dinafikan internet itu satu kemudahan pada zaman ini tetapi
harus diingat bahawa buku tidak akan terjejas dengan kewujudan
internet. Memang pada zahirnya, remaja negara kita mengagungkan
teknologi itu, tapi mereka tetap tidak lupa pada media asas membaca
iaitu buku.
Berapa
lama remaja kita melayari internet berbanding dengan membaca buku?
Pernahkah dibuat kajian? Sebenarnya internet tidak mengancam minat
membaca remaja kita. Apa yang dilihat sepanjang karier saya sebagai
guru, remaja kita masih lagi suka membaca buku dari melayari internet.
Apatah lagi novel keluaran Alaf 21. Hinggakan novel terbitan Alaf
21 tidak pernah lekat di rak perpustakaan.
Kalau
tidak murid yang meminjamnya, pasti ada di tangan guru. Minat
membaca mereka tidak pernah luput ditelan zaman. Apa yang pasti,
setiap novel terbitan Alaf 21 menjadi pilihan. Walau kulit bukunya
hampir usang tapi isinya masih lagi tetap sama, menjadi pilihan.
Jangan kita jadikan ledakan teknologi itu pengukur tabiat membaca
di kalangan remaja.Usah risau, usah gentar. Alaf21 tetap tidak
tercabar. Semoga hasil karya novelis Alaf 21 terus mendapat tempat
di hati peminat.
EMEL2
Amalina Binti Syed Ahmat
Ayer Itam, Pulau Pinang
amalinain@yahoo.com
GETARAN RINDU MEREDAKAN MARAH
Pada
suatu hari tu, saya ditimpa banyak masalah sehingga saya bingung
dan tak tahu bagaimana nak selesaikannya. Jika sesiapa mendekati
saya dan tanya sesuatu saya akan cepat naik marah. Pada masa itu
saya ternampak sebuah novel di atas katil saya iaitu novel "Getaran
Rindu.” Pada masa itu saya pun mencapai novel tersebut,
kemudian mula membacanya.
Selepas membacanya lebih kurang 20 mukasurat saya dapat lupa sebentar
masalah yang menimpa pada diri saya. Begitu hebatnya seorang novelis
yang menulis novel kerana dengan membaca novel saya dapat mengawal
kemarahan saya
dan menghilangkan tekanan saya.Saya juga dapat berfikir dengan
lebih baik
untuk menyelesaikan masalah yang sedang saya hadapi pada masa
itu.
Sekarang masalah-masalah saya itu telahpun saya selesaikan dengan
baik
sekali. Ini semua kerana saya dapat berfikir dengan baik dengan
membaca novel.
Terima kasih kepada novelis yang telah mengarang novel yang hebat-hebat
belaka yang banyak membawa maksud kepada diri saya.
EMEL3
cadija ali
Sibu, Sarawak
mz_phydija@hotmail.com
KUALITI
TETAP DIJAGA
Alaf
21 satu nama yg cukup sinonim kpd ulat-ulat buku di Malaysia mahupun
di negara jiran Brunei dan Singapura. Bahkan insan-insan yang
sebelum ini kurang menekankan budaya membaca mula merangkak dan
berjinak-jinak untuk menjadi sebahagian daripada kelompok ulat-ulat
tersebut. Alaf21 bukan sahaja menerbitkan buku-buku berunsur cinta
atau romantis semata-mata malahan ia merangkumi seluruh aspek
kehidupan manusia seeprti ilmiah, seni kreatif, masakan dan sebagainya.
Tambahan
pula,'Trionovel' yg diperkenalkan menarik lebih minat lagi para
pembaca setia. Biarpun double atau trio buku sekalipun yang diterbitkan,
kualiti buku Alaf 21 tetap terjamin! Syabas dan tahniah buat Alaf
21. Semoga usaha ini akan terus kekal malah akan lebih maju lagi!
Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama
|