| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
Salmah
Ismail
SISMAIL@sas.edu.sg
Buku
Sebagai Panduan Perbaiki Peribadi
Assalamualaikum
kepada semua warga Alaf 21. Moga anda semua berada dalam kasih
sayang dan rahmat ALLAH.
Sungguh
pun banyak majalah wanita di pasaran, tetapi ramai kaum perempuan
yang lebih cenderung untuk membelek fesyen, melihat resipi untuk
dicuba, atau mencari petua2 yang baik untuk diguna pakai. Kalaupun
dibaca artikel yang menarik, kadangkala ianya tenggelam entah
ke mana dek kerana banyaknya perkara yang disertakan di dalam
sesuatu majalah tersebut. Saya berkata dari pengalaman sendiri.
Dengan membaca buku, setiap bab, walau mempunyai cerita tersendiri,
tetapi tetap berkaitan dengan bab yang lain. Apatah lagi ianya
memudahkan kita untuk berbolak-balik pada muka surat tertentu
bila perlu.
Setelah membaca ‘Seiring Sejalan’, saya teruja untuk membaca ‘Asam,
Garam, Gula, Kopi’. Kalau 'SS' mampu membuka minda dan memberi
ruang untuk memperbaiki diri, 'AGGK' pula membuatkan saya celik
dengan kealpaan yang tidak disedari atau dianggap perkara kecil.
Maklum saja, sebagai manusia, sering kali kita memandang remeh
pada perkara yang kita rasa tidak perlu diberi perhatian. Walhal,
adakalanya perkara yang sekecil semut itulah yang kadangkala membuat
cuaca tenang berubah kepada ribut taufan!
Bahasa
yang santai dan bersahaja, penggunaan perkataan yang mudah faham
dan mesra, membuatkan saya tidak cukup membaca 'AGGK' hanya sekali.
Bahkan, kedua2 buku ini sudah pun menjadi bahan bacaan setiap
keluarga dan kenalan saya. Mereka yang telah membaca akui akan
kebaikan dan kebenaran isi kandungannya. Ada juga yang telah cuba
membuat perubahan dan membawa ke arah keluarga yang lebih bermakna
dan bahagia.
Rasanya
buku2 sebegini lebih berkesan bila dibaca bersama pasangan. Selain
sama2 mendapat ilmu, juga menambahkan lagi kemesraan. Lebih2 lagi
pada yang sudah berumahtangga. Secara tidak langsung juga, menjadikan
contoh yang baik kepada anak2. Pada hemat saya, ibu bapa adalah
contoh yang terbaik untuk anak2 dalam apa jua keadaan. Apalagi
dunia hari ini, makin canggih teknologi, makin buku dilupakan
kerana lebih banyak infomasi yang boleh didapati hanya di hujung
jari. Moga generasi kini dan akan datang tidak hanya bergantung
pada teknologi canggih semata2. Pada saya, buku lebih berkesan
untuk dijadikan bahan rujukan dan koleksi.
Berjuta
terima kasih pada keluarga Alaf yang tidak jemu2 mengadakan bahan
bacaan yang senantiasa menjana minda dan menerap ilmu. Syabas!!
Moga di masa2 akan datang akan ada lebih banyak lagi keluaran
buku2 yang sebegini, santai tapi padat dengan infomasi dan pengetahuan.
Moga terus maju… Buku adalah antara guru yang terbaik!
Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama
|