| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
NURUL
HANIFAH MOHD NOH.
Klang, Selangor
rouchen_pang@imaspro.com
AYAH
SAYA SUKAKAN NOVEL AISYA SOFEA
Saya
nak ucapkan tahniah kpd ALAF 21 kerana telah menerbitkan novel-novel
dan yang best dan berkualiti. Kat sini saya nak ceritakan serba
sedikit bagaimana saya boleh terminat untuk baca novel.
Ianya bermula semasa saya di tingkatan 4. Kawan saya selalu bawa
novel dan saya pula akan selalu pinjam dari kawan saya tu. Bila
ada masa terluang, saya akan baca sampailah habis. Lama kelamaan,
saya jadi suka sangat membaca novel-novel tu. Saye rasa macam
nak buat koleksi novel pulak masa tu.
Di hujung minggu saya akan pergi tuisyen kat Klang. Bapa saya
akan beri duit untuk makan. Tapi saya akan simpan sampai cukup
untuk beli novel. Itupun saya beli diam-diam dan tidak memberitahu
bapa saya. Takut! Satu hari, saya terkantoi dan bapa saya tu mintak
novel tu. Saya ingatkan bapa saya akan marah, rupanya dia baca
sampai habis!
Saya ingat lagi, novel itu ialah KAU UNTUKKU karya AISYA SOFEA..
Sekarang
walaupun saya dah habis belajar dan bekerja, saya masih minat
untuk beli dan baca novel-novel keluaran ALAF 21. Bahkan sampai
semua keluarga saya minat untuk baca novel. Kadangkala, bapa saya
ajak pergi shopping semata-mata untuk beli novel yang baru. Dia
paling minat karya AISYA SOFEA. Jalan ceritanya menarik.
Akhirnya
berita mengenai saya yang minat baca novel ni tersebar dekat saudara
saya. mereka akan pinjam pelbagai jenis novel bila datang ke rumah
saya ~ termasukla pakcik dan makcik saya. Kadang kala mereka ada
jugak yang informkan kat saya mengenai novel yang baru keluar.
EMEL2
Radhiah
Yunus
Kuala Terengganu
radhiah_yunus@yahoo.com
KAGUM
DENGAN ALAF 21
Saya
adalah salah seorang dari jutaan peminat novel di Malaysia. Saya
mula meminati novel ketika saya berada di tingkatan 1 lagi. Saya
mula mengenali Alaf 21 kira-kira 2 tahun selepas itu, iaitu ketika
berada di tingkatan 3. Sekarang ini saya telah membaca banyak
novel terbitan Alaf 21, termasuklah Ombak Rindu, Pergilah Sepi,
Arjuna Hati, Dekat Di Hati dan lain-lain.
Saya
amat kagum dengan kemajuan Alaf 21 sekarang ini. Setiap kali melangkah
ke dalam kedai buku, rak yang menempatkan novel-novel Alaf 21
lah yang menjadi tumpuan saya. Saya berharap Alaf 21 akan semakin
maju. Semoga peminat novel semakin bertambah hari demi hari. Akhir
kata, majulah novel untuk Alaf 21!!!
EMEL3
Ayu
Adnim
Jelawat, Kelantan
ayumimi_86@yahoo.com
SERING
DIMARAH KERANA MINAT MEMBACA NOVEL
Saya
ada satu pengalaman yang pasti menjadi kenangan. Semasa saya berada
di tingkatan 3 saya selalu sahaja dimarah oleh kedua ibubapa saya.
Mereka selalu mengingatkan saya bahawa saya perlu memberhentikan
berfikir pasal novel.kata mereka novel ini adalah sesuatu khayalan
dari penulis. Kata mereka apa yang berlaku di dalam novel adalah
tidak sama dengan apa yang berlaku di dalam realiti kehidupan.
Tapi
saya masih meneruskan minat membaca novel ini tanpa mengabaikan
tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar. Bagi saya, novel adalah
salah satu cara untuk memupuk semangat membaca.Selain itu dengan
membaca ini juga dapat membantu mengurangkan stres. Dengan membaca
novel kita dapat meluaskan pengalaman kita mengenai dunia luar.
Kadang
kala apabila kita membaca novel kita dapat menyelami watak yang
ditulis dan ada kalanya ia berkaitan dengan kehidupan sebenar.
Hari ini kedua ibubapa saya sudah tidak memarahi saya lagi kerana
mereka tahu yang dengan tabiat saya inilah saya menjadi lebih
berminat untuk membaca sekarang.
Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama
|