| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
Siti
Aminah Siron
ct_sayang1978@yahoo.com
Fanatik
Novel
Assalamualaikum.
Semenjak dah ada mini library kat bilik saya, rasa semua buku
saya nak beli. Setakat ni bilik saya dah ada 5 rak buku yang setinggi
5 tingkat. Setiap tingkat boleh menempatkan lebih kurang 20 buku.
Walaupun saya tiada masa nak baca novel2 berkenaan tapi saya puas
hati dapat menyimpannya.
Dipendekkan cerita, lepas je saya layari web Alaf 21 ataupun mana2
syarikat penerbitan lain di internet dan majalah2, saya mulalah
pergi ke setiap kedai buku yang ada di sini. Hampir setiap hari
saya akan tanya pada tuan punya kedai buku berkenaan sampai tuan
punya kedai berkenaan mungkin dah bosan melayan saya. Saya tak
akan berpuas hati sekiranya saya tak dapat lagi novel2 terbaru
berkenaan. Bila dah tak ada pilihan lain, saya pun buat pembayaran
melalui cara bank-in. Lepas tu saya terus telefon staf Alaf 21
supaya packing segera novel2 yang saya dah order sebab courier
service akan ambil novel2 berkenaan. Saya rasa kalau staf Alaf
21 yang incharge order saya tu mungkin dia tahu. Esoknya kawan2
saya terkejut sebab saya merupakan orang pertama yang ada novel
berkenaan setakat ni di Johor.
Setakat ni semua novel Alaf 21 saya dah ada koleksinya dan saya
harap pihak Alaf 21 dapat mempercepatkan proses mengedarkan novel2
terbaru di masa hadapan sebab saya ni FANATIK NOVEL2 TERBARU.
Saya sanggup berhabisan dari segi wang, masa, tenaga demi Alaf
21. Terima kasih.
Noraidah Husin
norai_74@yahoo.com
Peranan
Internet
Penggunaan internet dalam era siber ini amat penting dan memudahkan
pengguna untuk mengetahui dan mendapatkan sesuatu maklumat dengan
pantas dan tanpa perlu bersusah payah ke sana ke mari. Pengguna
hanya perlu tekan keyboard dan semuanya akan tertera di depan
mata.
Dan inilah yang membantu saya dalam pencarian maklumat novel-novel
yang akan berada di pasaran ataupun yang sudah berada di pasaran.
Ini kerana dengan adanya laman web Alaf 21 yang memuatkan pelbagai
berita terkini dan maklumat mengenai buku. Sekarang saya tidak
perlu lagi berada di kedai buku berjam-jam lamanya hanya untuk
memilih dan mambaca sinopsis buku yang akan dibeli kerana semuanya
sudah saya perolehi terlebih dahulu dari internet.
Tahniah kepada Alaf 21 kerana mempunyai laman web sendiri. Saya
merupakan pelayar laman web yang tetap. Setiap hari saya akan
melayari laman web ini untuk mengetahui berita-berita terkini.
Saya rasa pengubahsuaian laman web Alaf 21 yang baru ini amat
menarik dan lebih senang untuk dilayari tanpa ada gangguan dari
ikon-ikon yang muncul di skrin.
Syabas saya ucapkan walaupun agak terlewat.
Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama
|