| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
Mohd
Zul Amin
aril_okigawa81@yahoo.co.uk
Novel
Pengikat Persahabatan
Rasanya
sudah hampir beberapa bulan saya tidak menghantar emel di ruangan
ini. Dulu saya bersemangat untuk mengikuti perkembangan terbaru
tentang novel disebabkan kekasih saya juga peminat novel. Kami
selalu berkongsi pandangan mengenai novel yang ada di pasaran.
Namun setelah berpisah dengan dia, saya menjadi semakin malas.
Namun sikap cintakan novel perlu saya jadikan kekuatan untuk mengetahui
apakah yang terbaru mengenai dunia penulisan yang mengangkat martabat
bahasa kebangsaan sebagai medium utama.
Kini
saya bersemangat semula mengikuti perkembangan. Kebetulan rakan
sekuliah turut sama meminati novel, saya juga berjanji padanya
untuk memberi novel sebagai hadiah harijadinya. Pada pendapat
saya, sebenarnya novel boleh juga dijadikan hadiah sebagai medium
pengikat persahabatan kami.
EMEL2
Rukiah
Junid
rukiah.junid@sanmina-sci.com
Syabas
Shanika!
Saya
adalah peminat novel-novel terbitan Alaf 21. Setakat ini, sejak
25.12.05 saya telah memiliki 29 buah novel, semuanya terbitan
Alaf 21. Saya percaya Alaf 21 telah banyak mengeluarkan novel
yang baik. Saya amat tertarik dengan novel-novel karya Aisya Sofea,
Sharifah Abu Salem, Shanika Latisha serta yang lainnya. Yang terbaru
selesai saya baca adalah novel Selamat Tinggal Memori karya Shanika
Latisha. Walaupun ini hanyalah karya kedua, beliau dapat menulisnya
dengan baik tanpa jemu membacanya seolah–olah kita bersama dengan
watak utamanya, Adlan. Syabas kepada Shanika, semoga beliau terus
menulis dan saya akan menanti kelahiran novel beliau yang seterusnya.
Esok
saya akan ke Larkin, Johor Bahru untuk membeli lagi buku-buku
keluaran Alaf 21 (sekurang-kurangnya empat buah novel). Jadi jika
tidak keberatan bagi pihak tuan, saya ingin memiliki senarai semua
novel keluaran Alaf 21 terutama dari pengarang yang tersebut di
atas. Saya ingin mengumpulkan semua novel & buku terbitan
Alaf 21.
Salam
sayang saya kepada semua penulis Alaf 21 yang telah mendorong
saya terus membaca terutama kepada empat penulis yang saya sebutkan
di atas. Hampir kesemua karya mereka telah saya miliki dan saya
akan memiliki semua karya mereka tanpa kurang satu pun.
EMEL3
azlina
maslan
kelisa_cunn@yahoo.com
Penangan
Novel
Aku
kuat berangan? Mungkin juga imaginasiku tinggi. Jika waktu kecil
dahulu, aku lebih suka menjadi Cinderella dan Snow White. Tapi
hari ini aku juga telah menjadi Vanessa, Salina, Ain Hawani, Syafikah
dan macam-macam lagi. Bila mereka sedih, aku juga sedih. Bila
mereka bahagia, aku pun tumpang gembira dan bila mereka disakiti
aku juga terasa pedihnya.
Masa senggangku bila tidak menghadiri kuliah dan sekarang bila
tidak bekerja, aku lebih suka ke kedai buku. Seronok bila melihat
banyak buku-buku baru. Ikutkan hati mahu sahaja aku membeli semuanya,
namun aku telah berjanji hanya 2 novel sahaja untuk setiap bulan.
Setiap kali selepas membeli, aku tidak sabar-sabar untuk baring
di atas katil dan menghayati novel kesayanganku. Mungkin ramai
tidak percaya, aku akan cuba menghabiskan novel itu secepat mungkin.
Biar tak mandi, tak makan. Aku rela. Kerana bagi aku, bila pembacaan
aku terhenti, jiwa aku terseksa memikirkan apa yang akan terjadi
selepas itu. Jadi aku rela tidak mandi, tidak makan dan memeruk
di dalam bilik sahaja demi sebuah novel!
Watak yang digarap membuatkan aku tertanya, wujudkah wanita setabah
itu? Benarkah lelaki sesetia dia? Dalam diam aku cuba membentuk
diri agar lebih teguh berdiri di kaki sendiri. Aku juga mengimpikan
seorang lelaki seperti Taufik, Adam, Hakim dan ramai lagi. Dan
aku juga ingin bahagia seperti Syafikah. Gilakah aku?
Kepada team Alaf 21 dan novelis yang aku kagumi, terima kasih
kerana memberikan ruang untuk jiwaku ini merasa pelbagai golakan
perasaan yang aku sendiri terbuai olehnya.
Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama
|