Mulai minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan E-MEL MINGGU INI. Kolum ini memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja pendapat anda. Tajuk adalah bebas. Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?' atau 'Kesan internet terhadap tabiat membaca buku,'.



JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my

Untuk minggu ini, kami paparkan beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung pada stok) terbitan kami.

 
1. Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah, sila tuliskan nama dan alamat penuh dan e-melkan kepada molee@alaf21.com.my . Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk e-mel anda itu.

2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat anda kepada molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk e-mel anda.

 

Anda akan mendapat sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!

Kami mengalu-alukan bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil sendiri hadiah anda 'by hand' hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802 (Pn. Ruby) untuk janji temu.

Waktu urusan: 8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu & Ahad


EMEL1

Rosmara Yaacob
marr_iee@yahoo.com
Kuantan, Pahang.

Internet Dan Budaya Membaca

Sememangnya semua di antara kita sudah mengetahui bahawa membaca adalah satu amalan yang mulia (ini tidak termasuk membaca bahan-bahan berunsur negatif). Kerajaan dan pihak-pihak tertentu telah banyak mengadakan kempen memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Bahkan terdapat juga lagu-lagu tema membaca dicipta bagi menaikkan semangat membaca. Namun begitu, masih ramai di kalangan kita yang tidak mampu menjadikan membaca sebagai satu amalan atau rutin harian mereka.

Zaman telah jauh ke hadapan. Teknologi juga turut berkembang dan dengan perubahan teknologi ini maka terdapat satu lagi cara untuk memupuk minat membaca. Sumber yang dimaksudkan adalah membaca melalui internet. Melalui internet, kita mampu meneroka pelbagai laman web yang menyediakan bahan-bahan bacaan seperti mutiara kata, soal jawab agama, kisah-kisah teladan dan juga novel-novel khusus bagi penggemar novel.

Buat pengetahuan semua, saya merupakan salah seorang daripada jutaan peminat novel di bumi bertuah ini. Sedari dahulu saya banyak menghabiskan masa lapang saya dengan bertapa di perpustakaan dan tidak ketinggalan menjenguk mana-mana kedai buku bagi merealisasikan minat saya. Tetapi kekadang minat itu terpaksa saya hadkan kerana sering kesuntukan masa untuk ke perpustakaan ataupun gedung-gedung ilmu.

Namun kini, dengan kehadiran satu lagi teknologi baru (internet), ia telahpun mempermudahkan saya untuk meneruskan minat dan hobi saya. Saya banyak menghabiskan masa saya dengan melayari internet untuk mencari bahan-bahan bacaan yang sesuai. Minat itu menjadikan saya lebih ‘asyik’ apabila laman web yang dilayari itu menghidangkan topik-topik menarik dan reka bentuk yang dibangunkan juga menarik.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas buat team Alaf 21 kerana telah pun berjaya membangunkan sebuah laman web yang begitu comel, ceria dan menyajikan segmen-segmen yang menarik khususnya bagi peminat novel seperti saya. Reka bentuk laman web kali ini agak tersusun dan penggunaan warna yang digunakan begitu menarik dan cool.

Terus berusaha untuk sama-sama berbakti melahirkan warga berilmu……


EMEL2

Nikki Nfe
Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
sahabat_nikki88@yahoo.com.my

Ada Apa Dengan Novel Alaf 21?

Tatkala saya mengenali Alaf 21, terdetik juga di hati saya tentang ada apa dengan Alaf 21. Tanggapan saya pada masa itu hanyalah sekadar satu syarikat pengeluaran novel. Itu sahaja. Saya membuat tanggapan itu semasa saya mula-mula menempah sebuah novel Alaf 21 (Selaut Kasih) semasa saya dalam Tingkatan 2.

Namun selepas beberapa tahun mengikuti Alaf 21, barulah saya tahu ada apa dengan Alaf 21 sebenarnya dan sememangnya tanggapan saya pada mulanya adalah salah. Alaf 21 mempunyai banyak perkara yang lain daripada yang lain. Alaf 21 lengkap dengan buku novelnya yang best, buku umum yang bermanfaat serta buku agama dan akademik yang amat berguna kepada semua. Tapi bagi saya, saya lebih tertarik dengan koleksi novelnya dan kini saya telah mengumpul hampir 20 buku Alaf 21 (spt Rahsia Perindu, ADAM, Angkara Saka dll) yang saya beli dari kedai buku yang berhampiran. Walaupun saya mengakui sistem pembelian secara pos yang pernah lakukan dahulu lebih terjamin tetapi saya lebih suka memilihnya secara dekat dengan membelinya di kedai buku.

Secara keseluruhannya, novel Alaf 21 ada daya penarik bagi saya. Kalau jejaka jatuh hati pada wajah wanita yang ayu, saya selaku pembaca pula akan tertarik dengan muka hadapan novel. Memang boleh dikatakan semua kulit novel Alaf 21 amat menarik walaupun dipandang dari jauh. Sekiranya novel itu berbentuk seram, muka hadapan juga menggambarkan keseraman isinya. Pendek kata kulit novel Alaf 21 sudah memberitahu isinya. Syabas kepada yang mereka ilustrasi yang menarik itu.

Tetapi di sini saya ingin komen sedikit. Saya lihat hampir 89% novel Alaf 21 berkisar cinta. Jadi saya berharap agar diimbangi dengan genre yang lain juga. Mengikut pengamatan saya, golongan lelaki lebih suka dengan genre seram, triller dan sains fiksyen. Oleh itu, diharap Alaf 21 akan memperbanyak genre dengan mewujudkan genre novel yang dipelbagaikan. Hal ini diharap dapat menarik peminat seperti saya yang lebih ke arah novel seperti itu.

Wassalam.


EMEL3

yaya comelss
zulyaya@yahoo.com

Minat Membaca Berputik Lagi!

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kakitangan Alaf 21 terutama kepada penulis-penulis novel yang telah melahirkan novel-novel yang dapat memenuhi kepuasan para pembaca. Sudah lama saya ingin kata sesuatu tentang budaya membaca tidak kira dari bacaan novel, majalah atau apa bentuk bacaan sekali pun.

Saya dahulunya tidak minat membaca apatah lagi memegang sebarang jenis bacaan sekali pun. Itu pun apabila perlu barulah saya terhegeh-hegeh hendak mencapai buku. Akan tetapi dipendekkan cerita, saya telah terusik sebuah buku yang amat menarik perhatian saya. Buku tersebut ialah Manisnya Cinta yang ditulis oleh Anis Ayuni. Cover buku tersebut telah menarik minat saya untuk membacanya. Setelah saya amati dan membacanya barulah saya menyedari bahawa pembacaan sesebuah buku amat penting dan wajar dijadikan satu hobi. Sehingga kini saya telah mempunyai 15 buah novel dalam masa 1 bulan. Apa yang ingin saya katakan di sini, saya merupakan seorang guru Sains seharusnya menitikberatkan soal pembacaan bukan hanya mencari bahan untuk ilmu Sains saja. Sehinggakan saya amat sukar untuk menulis karangan Bahasa Melayu.
Setelah saya mengetahui bahawa pembacaan itu amat penting bagi kehidupan seharian, saya telah mengajak murid-murid saya agar membaca buku sekurang-kurangnya 1 buah buku dalam masa seminggu. Minat membaca ini seharusnya dipupuk oleh orang lain juga agar seseorang itu dapat memotivasikan diri mereka agar terus membaca.

Akhir kata, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana melahirkan masyarakat yang minat membaca seperti saya. Usaha gigih anda akan saya sokong sampai bila-bila. Lahirkanlah bacaan yang berilmiah dan berpengetahuan untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang...


EMEL4

NORAINI MOHD RAZELI
Shah Alam.
012-3702109
norfadzra@gmail.com

Tahniah Alaf21..... Walaupun Pesta Buku 2006 telah hampir sebulan berlalu tetapi kehangatan dan kejutan yang berlaku ke atas Alaf21 masih terpahat dihati. Booth Alaf21 dibanjiri oleh masyarakat yang berbilang kaum dan berbagai-bagai peringkat umur. Alaf21 mara beriringan dengan para penulisnya. Ini menambahkan kehangatan di booth Alaf21. Alaf21 telah menunjukkan "Team Work" yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Masyarakat yang datang tidak jemu-jemu bertandang ke booth Alaf21 yang mana tidak lengkap jika tidak menjejakkan kaki ke booth Alaf21.

Alaf21 berjaya menarik minat masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk negeri untuk sama-sama menyaksikan warga Alaf21 dan produknya dengan datang sendiri ke Pesta Buku tempohari. Senario ini telah membuktikan bahawa Alaf21 berjaya menjalankan peranannya sebagai sebuah gedung buku yang menjadi perantaraan kepada masyarakat di Malaysia. Tarikan ini juga secara tidak langsung dapat mendekatkan masyarakat dengan kegiatan membaca di samping memertabatkan kempen gemar membaca di kalangan peminat Alaf21 dan kepada rakyat Malaysia amnya.

Semoga dengan kejayaan Alaf21 di Pesta Buku 2006 ini, pihak Alaf21 dapat berkerjasama dengan warga kerjanya untuk sama-sama

bangun bagi memberikan yang terbaik kepada peminat Alaf21 dan kepada rakyat Malaysia amnya.




Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama