| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
Masliana
Masdi
Sungai Pelek, Selangor.
masliana@malaysiaairports.com.my
PERBANYAKKAN
NOVEL SERAM DAN PENYIASATAN
Pertama
sekali, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah atas kemunculan
laman web baru yang lebih menarik dan mudah dimuat turun. Jika
sebelum ini saya terpaksa menunggu lebih 30 minit untuk mendapat
laman web yang lengkap tetapi tidak lagi sekarang.
Saya
juga ingin mencadangkan agar novel Alaf 21 ditambah lagi bagi
siri seram serta penyiasatan. Jika sebelum ini kebanyakan novel
penyiasatan dan seram banyak ditulis oleh Ramli Awang Murshid,
apa kata ditambah lagi dengan novel oleh penulis-penulis lain.
Sebagai seorang penggemar novel-novel tempatan, saya sering bertukar-tukar
novel dengan rakan-rakan, adik dan makcik. Tetapi bacaan ini terhad
kepada novel kekeluargaan dan cinta. Dengan adanya karya-karya
seram dapatlah lagi menambah kepelbagaian bahan bacaan kami. Karya-karya
seram juga dapat menarik pembaca menukar konsep bahan bacaan dari
novel cinta kepada thriller dan seram serta tidak mendatangkan
rasa menjemukan apabila dapat bertukar-tukar daripada karya2 cinta
kepada karya seram. Rakan-rakan lelaki juga gemarkan karya2 seram.
Syabas
juga untuk novel2 lain yang mempunyai kesinambungan. Kadang kala
saya berharap setiap novel mempunyai sambungan kerana, adakalanya
kesudahan cerita tidak menarik dan sambungan novel itu diharapkan
mempunyai kesudahan yang menarik. Sambungan bagi sesebuah novel
juga perlu ada untuk mengetahui kisah seterusnya bagi sebuah kehidupan
seperti kisah Norjinah dan juga Tombiruo yang telah mempunyai
sambungan novel.
Sekian,
terima kasih.
Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama
|