Mulai minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan E-MEL MINGGU INI. Kolum ini memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja pendapat anda. Tajuk adalah bebas. Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?' atau 'Kesan internet terhadap tabiat membaca buku,'.



JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my

Untuk minggu ini, kami paparkan beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung pada stok) terbitan kami.

 
1. Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah, sila tuliskan nama dan alamat penuh dan e-melkan kepada molee@alaf21.com.my . Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk e-mel anda itu.

2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat anda kepada molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk e-mel anda.

 

Anda akan mendapat sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!

Kami mengalu-alukan bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil sendiri hadiah anda 'by hand' hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802 (Pn. Ruby) untuk janji temu.

Waktu urusan: 8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat, Sabtu & Ahad


EMEL1

Ai Zyn
Keramat Wangsa, K.L
summer_dream135@yahoo.com

NOVEL ALAF 21 MEMANG BEST

Mula-mula sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyediakan banyak novel-novel menarik yang boleh saya jadikan sebagai koleksi peribadi... Saya merupakan salah seorang daripada ribuan penggemar novel...

Pada mulanya saya tidak begitu tertarik untuk membaca novel... Namun kemudian seorang sepupu saya telah mengesyorkan kepada saya untuk membaca salah satu novel keluaran Alaf 21... Sejak itu hati saya mula tertawan... Saya mula membaca novel sejak saya berusia 15 tahun dan kini selama hampir 3 tahun saya menjadi peminat setia novel Alaf 21. Dan hampir 90% novel koleksi peribadi saya merupakan novel keluaran Alaf 21. Walaupun masih berada di alam persekolahan dengan kedudukan kewangan yang agak terhad. Namun ini tidak pernah menjadi penghalang untuk saya terus memiliki novel-novel dari penulis kesayangan saya...

Walaupun hanya saya yang minat membaca novel dalam keluarga dan terpaksa kumpul duit sekolah hari-hari semata-mata untuk membeli novel, saya tak pernah menyesal. Adik-beradik walaupun tak minat tetapi tidak pernah menghalang hobi saya ni... Syukur kerana makcik saya juga penggemar novel Alaf 21... Jadi dapatlah saya kongsi bersama minat saya ni... hooray!

Semoga Alaf 21 mengeluarkan lagi novel-novel yang lebih bermutu dan menarik di masa akan datang. I know you can do it. Semoga terus maju dan lebih sukses di masa akan datang. Alaf memang best giler!!


EMEL2

Shima Cma
Klang, Selangor
cmacome@yahoo.com

NOVELIS ALAF 21 BANYAK BUAT RESEARCH

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada Alaf 21 kerana sehingga kini Alaf 21 merupakan syarikat penerbitan yang menjadi pilihan ramai termasuklah saya sendiri. Saya mula berjinak-jinak dengan Alaf 21 sewaktu saya berumur 20 tahun, sewaktu saya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah IPTA di ibu negara. Sejak dari itu saya sentiasa mencari bahan-bahan bacaan terbitan Alaf yang terbaru termasuk novel.

Bagi saya dengan membaca novel kita bukan sahaja akan turut merasai apa yang terkandung di dalam novel tersebut, tetapi kita juga akan turut menimba pengetahuan-pengetahuan baru yang turut diselitkan oleh penulis novel tersebut. Kebanyakan penulis novel terbitan Alaf 21 banyak membuat rujukan semasa dalam proses menghasilkan novel. Ini dapat dikenal pasti melalui rujukan-rujukan yang dilampirkan di akhir novel dan istilah-istilah yang digunakan dalam novel tersebut.

Oleh yang demikian, saya kurang bersetuju jika ada dikalangan masyarakat kita yang mengatakan membaca novel hanya membuang masa. Jika kita teliti setiap novel mempunyai mesej yang ingin disampaikan. Contohnya persoalan cinta, ianya bukan hanya terbatas kepada cinta kepada manusia sahaja tetapi kepada Allah Yang Maha Kuasa, juga kepada persekitaran termasuk haiwan dan tumbuhan. Masyarakat masa kini seakan-akan telah melupakan perkara yang amat penting dalam hidup kita kerana sibuk mengejar kebendaan dan kekayaan di muka bumi ini. Secara tidak langsung dengan membaca ia dapat mendidik dan mendekatkan kita dengan perkara-perkara yang semakin terpinggir ini.

Saya berharap agar Alaf 21 akan terus menerbitkan bahan-bahan bacaan yang menarik dan berpengetahuan di masa akan datang.


EMEL3

Norhasnita Abd Samad
hasnita@npptownplan.gov.my

ZAIFUZAMAN ~ NOVELIS SERAM ALAF BARU

Before that, wah! website Alaf 21 berwajah baru. Mood ceria. Kagum dengan kreativiti warga kerja Alaf 21, sentiasa mencari kelainan dan pembaharuan.

Sedekad lalu, ketika Alaf 21 baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan. Mungkin sayalah satu-satunya orang yang memandang agak sinis dengan cover-cover novel Alaf 21. Yang bagi saya, langsung tak kreatif dan entah apa-apa kerana cover langsung tak berkaitan dengan isinya. Tapi bila dah cuba... memang betul pepatah lama "DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER". Kini saya cukup kagum dengan hasil kerja unik Alaf 21 yang penuh kelainan dari penerbitan lain. Tahniah!

Saya baru selesai 'menelaah' novel RAHSIA MIMPI. Pendapat saya... mula-mula baca memang bosan gila, rasa nak tutup jer. Tapi bila dah sampai part Amri tidur atas tilam 'baru'. Lain pula yang jadi, dah tak boleh berhenti. Nak selak helai demi helai sampai penghujungnya. Menarik juga walaupun permulaan yang sangat membosankan. Tapi... Zaifuzaman terlalu banyak menggunakan bahasa dan kejadian berulang-ulang. Penulisan begitu bagi saya akan membosankan pembaca. Kalau diteliti episod cerita berulang ialah; semasa situasi Amri menjerit nampak hantu Ariana, Amri duduk di beranda sampai tertidur, hantu Ariana keluar tangan, merangkak dan beberapa episod lagi. Bagi saya, ianya boleh diulang tetapi dengan gaya bahasa yang berbeza supaya tidak seperti 'cut and paste'.

Walau bagaimanapun, bagi saya Zaifuzaman adalah penulis kisah seram alaf baru. Kalau kita imbas kembali di zaman 80-an, cerita-cerita seram ni semuanya tulisan Tamar Jalis. Tapi sekarang ni kita ada Zaifuzaman yang berusaha untuk memodenkan kisah mistik. Bagus juga. Tidaklah dunia penulisan kita terhad pada kisah percintaan saja.

Bagi saudara Zaifuzaman, diharap positif dengan komen saya ini.


EMEL4

Za Leogirl03
za_leogirl03@yahoo.com

APAKAH MEMBELI NOVEL ITU MEMBAZIR?

Hai warga Alaf 21, sebenarnya saya baru pertama kali memasuki laman ini, tetapi ini tidak bermakna yang saya tidak mengikuti perkembangan Alaf 21, terutama novel-novel baru yang ditulis oleh penulis-penulis kegemaran saya.

Saya amat tertarik dengan cara Alaf 21 menarik minat peminat supaya lebih dekat dengan Alaf 21. Dengan cara ini, secara tidak langsung, akan dapat mengeratkan hubungan di antara peminat novel tanah air dan juga penulis itu sendiri.

Saya adalah di antara mungkin jutaan peminat novel keluaran Alaf 21 sering ternanti-nanti keluaran terbaru dari penulis kesayangan. Walaupun tidak membeli dengan wang sendiri, tetapi kami mempunyai inisiatif untuk membaca. Apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah perbandingan perspektif penggemar novel dan juga yang tidak gemarkan novel.

Secara rawaknya, bolehlah dikatakan bahawa rata-rata penggemar novel adalah dari kalangan remaja wanita. Mereka ini sering dikaitkan dengan pemborosan wang terutama di kalangan pelajar IPT.

Pada pendapat saya, perkara sebegini tidak harus ditimbulkan, ini kerana, setiap perkara yang dilakukan individu itu berbeza kerana minat dan kehendak diri. Tambahan, novel atau bahan bacaan yang dibeli bukanlah hanya bersifat sementara, ia dapat disimpan dan dibaca berulang-ulang di samping dapat bertukar-tukar dengan rakan-rakan yang lain. Bahan-bahan ini juga dapat dijadikan rujukan buat penulis-penulis perintis yang baru mula menceburkan diri dalam bidang penulisan, tidak kira menulis cerpen, atau lain-lain.
Dengan itu, saya menegaskan pendapat saya bahawa, membeli dan membaca novel adalah sesuatu yang tidak merugikan. Ini kerana jika kita dapat memahami tujuan dan mesej yang hendak disampaikan itu, sememangnya ia dapat dijadikan panduan dalam kehidupan kita. Akhir kata, ambillah yang baik, buanglah yang buruk...

Arkib e-mel minggu ini
Ke menu utama