| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
Nurieta
Ismail
nurie_ariesgirl@yahoo.com
NOVEL
LAMA, NAFAS BARU
Hai!
Warga Alaf 21,
Untuk pengetahuan semua, saya adalah peminat baru novel2 Alaf
21. Selama ini saya hanya membaca novel2 dengan meminjam dari
kawan2 saya. Setelah melihat kulit depan novel2 terbitan Alaf
21, saya jadi jatuh cinta dan sekaligus menjadi hobi saya kini
dengan memiliki hampir separuh dalam tempoh 2 bulan in sahaja.
Warna dan gambarnya amat menarik dan sesuai untuk dijadikan sebagai
koleksi ditambah pula dengan bakat-bakat unggul novelis negara
kita.
Tetapi saya agak terkilan sedikit dengan beberapa novel lama yang
masih begitu sahaja sejak saya di zaman persekolahan lagi. Langsung
tiada perubahan. Contohnya kebanyakan dari novel karya Aisya Sofea.
Walaupun karya beliau amat bagus dan menarik tetapi disebabkan
kulit depannya tidak menarik perhatian saya, saya tidak jadi untuk
membelinya.
Pendapat saya, novel2 yang lama harus diperbaharui dari segi warna,
gambar, dan jenis tulisan terutama kulit depannya. Walaupun ia
sudah lama di pasaran tetapi setelah diberi nafas baru ianya akan
menarik perhatian pembaca terutama pembaca2 baru seperti saya.
Saya berharap novel2 terbitan Alaf 21 akan terus unggul dan mendapat
tempat di pasaran.
-Peminat Setia Novel Terbitan Alaf21-
EMEL2
Syahrul
Nizam
nzm_syhrl@yahoo.com
ALAF21 PENJANA PENGEMBANGAN MINDA
Saya merupakan peminat setia kepada setiap keluaran terbaru novel-novel
bermutu daripada syarikat Alaf 21. Sesungguhnya saya akui, novel-novel
yang dihasilkan sebenarnya memberi impak yang cukup positif kepada
diri saya. Sebagai pembaca muda yang masih dalam lingkungan remaja,
saya cukup berminat dengan idea cerita yang dihasilkan oleh novelis-novelis
yang berbakat!
Plot
cerita yang dipamerkan cukup memikat hati kerana cara novelis
yang lama mahupun yang baru berkecimpung dalam dunia penulisan
novel ini cukup menarik! Bercerita mengenai kepelbagaian penggunaan
ayat dan perkataan baru,sebenarnya memberi bantuan kepada saya
sebagai seorang pelajar dalam menyiapkan kerja rumah karangan
yang diberikan oleh guru di sekolah. Sesungguhnya, ini dapat membantu
saya dalam menghasilkan sebuah cerita yang menarik kerana idea
dapat dikembangkan sepenuhnya agar cerita yang dihasilkan tidak
terlalu pendek ataupun membosankan.
Buktinya,saya
sendiri dapat memperbaiki karangan saya seterusnya menghasilkan
sebuah kerja penulisan yang baik dan memuaskan! Malahan,tidak
keterlaluan jika saya mengatakan bahawa para guru memuji kepandaian
saya dalam mengolah sebuah cerita yang menarik!
Terima
kasih kepada Alaf 21 kerana banyak membantu saya sebagai seorang
pelajar. Baru-baru ini, di dalam keputusan Penilaian Menengah
Rendah, saya telah mendapat gred 'A' di dalam subjek Bahasa Melayu.
Sebenarnya Alaf 21 sedikit sebanyak telah membantu saya mencapai
kejayaan ini.Terima kasih Alaf 21!
Arkib
e-mel minggu ini
Ke menu utama
|