| Mulai
minggu ini, kami akan memaparkan kolum baru yang dinamakan
E-MEL MINGGU INI. Kolum ini
memaparkan e-mel anda yang kami rasakan menarik untuk tatapan para
pelayar yang lain. Anda yang berminat bolehlah menulis apa sahaja
pendapat anda. Tajuk adalah bebas.
Bagaimanapun kalau boleh, tulisan biarlah berkisar dalam bidang
pembacaan. Contohnya, 'Apakah novel
yang boleh membentuk minda?', 'Mengapa
masyarakat Malaysia masih belum rajin membaca?'
atau 'Kesan internet terhadap tabiat
membaca buku,'.

JANGAN LUPA!
Tuliskan nama, nombor telefon dan alamat penuh anda. Sila
tuliskan e-mel anda kepada alaf@alaf21.com.my
Untuk minggu ini, kami paparkan
beberapa e-mel yang kami anggap menarik. Sebagai
penghargaan, mereka akan menerima hadiah berupa sebuah novel (Bergantung
pada stok)
terbitan kami.
1.
Bagi pemenang yang belum mendapat hadiah,
sila tuliskan nama dan
alamat penuh dan e-melkan kepada
molee@alaf21.com.my
. Sila tuliskan HADIAH sebagai tajuk
e-mel anda itu.
2. Kepada mereka yang tidak memberikan nama
dan alamat secara lengkap, tetapi e-melnya
pernah tersiar, sila e-melkan nama dan alamat
anda kepada
molee@alaf21.com.my supaya kami dapat menghubungi
anda. Tuliskan HADIAH E-MEL sebagai tajuk
e-mel anda.
|
|
  
Anda akan mendapat
sebuah novel terbitan ALAF DUA PULUH SATU
Perhatian: Tajuk buku bergantung
kepada stok yang ada dan tidak semestinya buku-buku
yang ada di atas. Harap maklum!
Kami mengalu-alukan
bagi anda yang tinggal
di sekitar Shah Alam, Klang, KL atau yang ingin mengambil
sendiri hadiah anda 'by hand'
hubungi terus di 019-2926401 (Cik Molee) atau 016-2670802
(Pn. Ruby) untuk janji temu.
Waktu urusan:
8.30 pagi - 4.00 ptg
Waktu rehat: 1.00 - 2.00 ptg
Setiap hari kecuali Jumaat,
Sabtu & Ahad
|
EMEL1
LAYARI
LAMAN WEB UTK RELEASE TENSION...
Assalamualaikum
Buat
pertama kali saya menulis diruangan EMEL MINGGU INI. Selalu jugak
buka website Alaf 21 tapi jarang buka untuk ruangan ini. Memandangkan
kerja di pejabat tidak terlalu banyak jariku mulalah menekan papan
keyboard untuk menghilangkan kebosanan dan ‘kemengantukkan’.
Hobi
saya nombor satu adalah membaca. Tidak kiralah baca apa pun. Sambil
membaca novel mesti ditemani dengan lagu-lagu sentimental di corong
radio. Orang kata kalau lambat makan, lambat tidur pun tak pe,
janji nak cepat tahu kisah cerita tersebut.
Pernah
sekali begitu teruja pergi ke kedai buku untuk membeli novel.
Habis membaca terasa geram betul!!! Bukan apa, ceritanya taklah
sesedap yang dikomen oleh rakan-rakan di internet. Tu la... lain
orang lain citarasa. Walaupun waspada, sekali sekala terkena jugak
ruginya.
Sebenarnya
ada beberapa penulis novel yang saya gemari tapi tak perlulah
saya ceritakan di sini. Cuma apa yang ingin dikongsi dengan semua
adalah pengalaman-pengalaman saya... Ada sesetengah novel banyak
membantu dari segi ilmu pengetahuan, pembelajaran, idea-idea baru
dan pengalaman. Walaupun watak-watak yang dilakonkan hanya bayangan
saja kerana tiada skrin untuk ditatap, cuma tulisan yang kaku
tapi dek kerana membaca dengan penuh penghayatan kadang-kadang
tanpa sedar air mata mencurah tanpa dipinta.
Bukan
saya seorang malah saya percaya pembaca yang lain pun begitu.
Pernah sesekali rakan-rakan bertanya ‘kenapa awak tidak pernah
berkahwin tapi memahami masalah mereka yang berkahwin dan boleh
memberi nasihat yang begitu begini?’. Saya hanya tersenyum kerana
kadang-kadang ada orang yang tak percaya jika kita mengatakan
kita boleh berkata demikian kerana kita membaca.
Memang
kurang rakyat Malaysia yang suka atau rajin membaca. Apalagi untuk
mengeluarkan duit untuk membeli novel yang hanya sebuah buku.
Bagi mereka tiada apa yang menarik untuk dibaca. Terpulang pada
diri sendiri, tepuk dada tanya selera. Kalau sudah minat, duit
bukan menjadi halangan. Yang penting apa yang dibaca memberi kepuasan,
berbaloi dengan apa yang dilaburkan.
Boleh
dikatakan setiap minggu saya melayari internet tidak kira syarikat
penerbitan yang manapun. Walaupun bekerja, sesekali nak release
tension meninjau sebentar di website tertentu. Mana tahu ada novel
terbaru di pasaran. Dari situ kita akan tahu komen-komen dari
pembaca. Sudah tentu kita akan mendapat informasi yang terkini
tentang novel-novel yang terhangat dengan plot ceritanya. Duit
pun tak membazir hati pun tak sakit, hujung bulan doa-doa… harap2
cepat dapat gaji supaya dapat beli novel yang sentiasa diangan-angankan
agar menjadi kenyataan dan tak terlepas dek tangan.
Bagi
penggemar novel teruskan dengan minat anda begitu juga dengan
saya. Setiap apa yang saya suka akan saya simpan dengan rapi.
Salah satunya tentulah… novel-novel saya yang kesemuanya dibalut
dengan plastik agar kulitnya kekal cantik begitu juga dengan isinya
sekali, yang pasti akan sentiasa setia menjadi teman di mataku
ini.
EMEL2
Sweet
Lady [fs_widury@yahoo.com]
TOLONG
KAWAN DENGAN NOVEL
Saya
merupakan seorang penuntut Universiti Putra Malaysia yang ingin
membantu remaja memupuk minat membaca dengan menyewakan novel-novel
yang saya ada kepada pelajar-pelajar lain di kolej kediaman saya.
Pada awalnya, saya hanya menyewakan beberapa buah novel daripada
pelbagai penerbitan, agak terkejut apabila ramai yang datang dan
kebanyakan mereka bertanyakan terbitan Alaf 21!!
Dari situ, saya mula menambah bilangan novel, terutamanya novel
Alaf 21. Selain untung sewaan, saya juga untung kerana semakin
ramai kenalan, ilmu dan saya dapat membantu mereka yang kebosanan
atau tension dengan aktiviti harian. Secara tidak langsung saya
turut memperkenalkan beberapa baris nama penulis yang agak kurang
dikenali novelnya seperti Liza Zahira, Hasreeyati Ramli, Shanika
Latisha, Leeya Myra dengan meyakinkan penyewa bahawa penulisan
mereka bagus, jalan cerita baik dan ada pengajaran di dalamnya...
Akhirnya, mereka akui dan ternanti-nantikan kemunculan novel baru
mereka!
Terima kasih juga kepada penulis-penulis hebat seperti Sharifah
Abu Salem, Aisya Sofea, Sri Diah, dan beberapa nama lagi yang
tidak disebut, kerana penulisan mereka, tidak ada keraguan...
tidak perlu saya berceloteh untuk melariskan buku... juga tidak
perlu saya risau walau setebal mana pun novel baru mereka... kerana
penyewa sudah tahu bahawa novel 'hasil tangan' mereka memang best
dan mereka memang hebat!
Pengalaman yang paling manis apabila seorang rakan datang mengadu
masalah, saya tahu dia memang susah hendak membaca buku motivasi,
saya pula tidak pandai bagi motivasi! Lantas apabila saya rasakan
masalah beliau ada persamaan dengan 'Hatinya Untuk Siapa', saya
pujuk dia baca buku tersebut. Saya katakan padanya, "novel
ini ada penyelesaian untuk awak...". Gembiranya apabila dia
kembali ceria dan mengumpul semua novel H.M Tuah Iskandar!
Sebenarnya, sukar untuk saya menyatakan betapa untungnya meminati
novel, hanya yang membaca sahaja yang dapat menilai harga keuntungan
tersebut... =)
EMEL3
Nurul
Ain [nubianca03@yahoo.com]
BANJIR
MELANDA, NOVELKU SELAMAT
Assalamualaikum...
Tahniah kepada Alaf 21 kerana menerbitkan novel2 yang berkualiti
setiap bulan. Kalau ada duit lebih, saya tidak ketinggalan utk
membeli novel (saya seorg pelajar). Pada cuti sekolah ini, saya
telah menghabiskan beberapa buah novel. Tetapi saya tidak boleh
meluangkan masa hanya utk novel.
Saya merupakan pelajar sekolah asrama. Di sana, masa utk membaca
novel amat terhad. Apabila saya pulang ke rumah pada hujung minggu,
saya akan melawat laman web Alaf 21. Saya akan melihat novel2
terbaru, email2 dari peminat dan lain2. Kini, saya telah memiliki
hampir 25 buah novel. Novel terbaru saya ialah ‘ADAM & HAWA’.
Pada bulan Disember ini, mengingatkan saya kepada peristiwa yang
berlaku pada tahun lepas. Kawasan perumahan tempat saya tinggal
telah dinaiki air. Saya tidak dapat menyelamatkan barang2 kerana
sibuk menolong ibu dan ayah mengemas barang untuk menunaikan haji
dengan menaiki kapal terbang penerbangan pertama. Kerana sibuk
menyimpan brg2, saya terlupa menyimpan sijil2 saya, buku2 rujukan
PMR (sekarang saya di tingkatan 4) dan novel2 kesayangan saya.
Banjir melanda sehari sebelum ibu bapa saya berlepas ke Mekah.
Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan saya ketika itu.
Saya terpaksa membersihkan rumah tanpa ibu dan ayah (saya ada
seorang kakak ketika itu tidak dapat pulang). Rumah yang penuh
dengan lumpur yang berbau busuk. Mujurlah ibu saudara dan ayah
saudara saya sanggup untuk menolong.
Sebelum banjir surut, saya tinggal dengan nenek dan adik2 di kampung
berhampiran kediaman saya. Saya berfikir macam mana dengan novel2
saya? Adakah tidak rosak atau dihanyutkan air? Macam mana dengan
brg2 lain?
Alhamdulillah, novel2 saya selamat semuanya. Tetapi, buku2 PMR
semuanya rosak termasuklah beberapa buah perabot. Sijil2 saya
‘kembang’ tetapi selepas dijemur, baik semula. Walaupun ada sesetengah
barang rosak, saya bersyukur kerana kerosakan itu tidaklah seteruk
jiran2 lain. Ini merupakan kali kedua banjir melanda kawasan perumahan
saya selepas 1995. Insya- ALLAH tahun hadapan saya akan berpindah.
Peristiwa ini banyak mengajar saya menghargai barang2. Sekarang,
saya lebih berhati-hati. Di harap tahun ini, kejadian lepas tidak
akan berulang lagi. AMIN.
Arkib
e-mel minggu ini
Ke menu utama
|