MENGKAJI TUGAS
EDITOR DI ALAF 21

SYARIKAT Alaf 21 merupakan sebuah syarikat penerbitan yang terkenal di rantau ini tidak putus-putus menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar UiTM untuk membuat kajian dan penyelidikan bagi subjek yang diambil di kampus. Malah, kedatangan mereka disambut dengan tangan terbuka oleh warga Alaf 21 di samping memberikan bantuan dari segi maklumat penubuhan, operasi dan rahsia-rahsia kejayaan syarikat.

Baru-baru ini, kami menerima kunjungan dua kumpulan pelajar UM dari Akademi Pengajian Melayu Tahun Tiga untuk membuat kajian tentang peranan yang dimainkan oleh seorang editor  bagi memenuhi kertas kerja mereka.

Melalui soal jawab bersama Editor Alaf 21, Rubiah Aksah dan Mazuen Yahaya, mereka dapat mengenali tanggungjawab editor buku syarikat ini.

Kumpulan pertama diwakili oleh Norsaparina Yaakub, Norayunni Abdullah dan Noratikah Mohamad  dan kumpulan kedua diwakili oleh Fadhilah ramli dan Siti Nurulhuda abdul Razak memilih syarikat ini memandangkan Alaf 21 merupakan syarikat penerbitan yang terunggul di Malaysia. Selama ini, Alaf 21 sering menjadi penghias berita dalam majalah dan surat khabar. Dari situ, mendorong mereka untuk menjana idea melalui syarikat ini. Mereka ingin mengetahui perjalanan strategi pemasaran yang boleh mendatangkan keuntungan kepada syarikat.

Mereka juga amat meminati novel Alaf 21 kerana perjalanan cerita yang menarik. Mereka juga memuji syarikat ini yang mampu menerbitkan pelbagai jenis bahan bacaan. Cerita-cerita dalam novel memberi pengajaran yang amat berguna.

Dibawa melawat ke Unit Grafik
kumpulan kedua diwakili oleh Fadhilah ramli dan Siti Nurulhuda abdul Razak
bergambar bersama Pn. Mazuen & Pn. Ruby