TAHUN
2006 PEMBUKA TIRAI
KEDATANGAN STAF BARU
ALAF
21 dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan
lima orang staf baru yang telah memulakan tugasan mereka pada
minggu pertama 2006. Kedatangan mereka memberikan inspirasi
baru kepada syarikat untuk mengembangkan lagi dunia penerbitan.
|
Oreenazira
Md Nordin, 24 yang mesra dengan panggilan Oreen
sangat gembira bertugas di syarikat ini kerana inilah
pertama kali beliau bekerja tetap setelah beberapa tahun
melakukan kerja sampingan. Beliau yang bertugas sebagai
pereka bentuk tidak berasa janggal melakukan tugasan
di sini memandang beliau pernah mengambil jurusan percetakan
di Uitm, Shah Alam. Anak jati Kuala Lumpur ini amat
gemar membaca dan menyanyi pada masa lapang. |
Oreen |
|
Lya |
Marlya
Isa, 25 atau Lya juga bertugas sebagai pereka
bentuk di sini. Pemegang ijazah dalam bidang Senireka
dan Senilukis, Uitm Shah Alam juga berasal dari Kuala
Lumpur bersyukur kerana beliau terpilih untuk bersama-sama
memajukan syarikat dengan melakukan tugasan-tugasan
yang diberi. Beliau yang sudah berumah tangga dua tahun
yang lalu gemar melukis dan bercuti di masa lapang. |
| Suhairi
Mohd Yusuf, 24 yang mudah mesra dipanggil
Eri baru sahaja memulakan tugas juga sebagai Pereka
Bentuk. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik
dari UiTM, Shah Alam ini berasa gembira dan tidak
sangka mendapat tawaran bekerja di Alaf 21. Masa
lapangnya, gemar bermain bola sepak dan memancing. |
 |
|
Mohd
Taufik Yazid, 22 bertugas di bahagian logistik
Alaf 21. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah restoran
makanan Jepun selama beberapa tahun. Beliau yang berasal
dari Sg Besi, Kuala Lumpur turut melahirkan rasa gembira
kerana terpilih untuk bekerja di sini.
Saad
Yaacob, 28 juga bertugas di bahagian logistik
Alaf 21. Sudah pun berumah tangga dengan mempunyai seorang
cahaya mata lelaki berusia setahun. Anak kelahiran Klang,
Selangor ini menyatakan bahawa peluang bekerja di sini
tidak akan disia-siakan. |
|
Kelima-lima
staf ini berharap agar mendapat pengalaman bekerja yang
lebih di Alaf 21. Mereka juga berjanji akan memberikan
komitmen untuk mengembangkan prestasi syarikat dan menjadikan
syarikat terkenal di mata dunia. |
 
Taufik
& Saad |
|
Sementara
itu, Intan Baizura Mohd Yusuf merupakan
pelajar praktikal yang baru sahaja menjalani latihan
praktikal di Alaf 21. Gadis manis yang berusia 20 tahun
ini mengambil jurusan pemasaran di Politeknik Sultan
Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak. Beliau juga berharap
agar mendapat banyak pengalaman sepanjang melakukan
latihan praktikal ini.
Ke
menu utama |
Intan
|
|
|