SIARAN MEDIA - 30 JANUARI 2010

GENRE BARU KARYA BESTARI – LEBIH ISLAMIK

RAUDHAH dan Kauthar, dua genre terbaru yang dihasilkan Karya Bestari istimewa untuk para pembaca yang ingin mendalami lagi gaya hidup, pemikiran, bimbingan kerohanian dan pemahaman terhadap Islam.

“Sejak 2010, Raudhah dan Kauthar diperkenalkan sebagai kesinambungan penerbitan Karya Bestari yang telah sedia ada, dan kerana idea murni itu Karya Bestari akan terus memfokuskan penerbitan-penerbitan seterusnya terhadap ilmu keagamaan yang lebih bersifat Islamik,”
kata Editor Karya Bestari Sdn Bhd, Wan Rohana Wan Abdul Manaf.

Katanya lagi, Raudhah  lebih memfokuskan buku-buku agama yang didasari oleh fakta dan hukum-hakam. Ia adalah siri panduan fiqh, ibadat, aqidah dan kepercayaan untuk mengenal dan mencintai Allah dengan mata hati. Pengisian Raudhah disifatkan perlambangan seorang mukmin yang sentiasa inginkan ilmu berpandukan ilmu, iman, syariat dan akhlak yang terpuji.

Sementelah Kauthar menurutnya, berkonsepkan buku-buku umum atau muhasabah diri yang bercirikan Islamik. Kauthar diibaratkan bagai perlambangan kita sebagai seorang insan yang sentiasa inginkan sinar iman di jiwa menghiasi diri dalam mencari sebuah kehidupan yang damai, suci dan abadi.

Kata Wan Rohana lagi, “Dua pembahagian ini  diharap dapat memenuhi keperluan semasa kepada pembaca yang dahagakan pendekatan, pemahaman dan gaya hidup cara Islam dan mudah-mudahan pembaca dapat menerima pendekatan ini dan dapat memanfaatkan pengisian dengan sebaik-baiknya.”


Bergambar bersama pengunjung alaf 21

Bersama penulis alaf 21

Dari kiri - Dato Saifuddin, Dato' Husamuddin,
3 dari kanan - isteri Dato' saifuddin.

Dato' Saifuddin ketika merasmi,
disaksi oleh Pengarah Urusan KKSB

Penyempurnaan pelancaran Raudhah dan Kauthar telah berlangsung pada 30 Januari 2010 yang lalu oleh, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Saifuddin Abdullah ketika berlangsungnya Karnival Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini.

Orang ramai boleh mendapatkan koleksi buku-buku Raudhah dan Kauthar di kedai-kedai buku popular sekitar tanahair, Sabah Sarawak, Singapura dan Brunei, juga boleh membelinya secara online menerusi Karangkraf.Mall.com dan secara bank-in dengan Maybank2u.com atau kunjungi pejabat kami yang terletak di Alaf 21 Sdn Bhd, Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam, Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi, 03-55118820/21 (unit langganan).