SAGA HORIZON - SAI-FAI
PERTAMA ALAF 21

Sudahkah anda memiliki karya terbaru Fadhli Al-Akiti? Bagi anda yang belum pernah membacanya, cubalah!

Sebuah novel sains fantasi yang julung-julung kalinya diterbitkan oleh Alaf21; memperkenalkan tema Post Apocalypse (Pasca Apokalips).

Zaman cerita Saga Horizon panjang, mengambil masa dari tahun masa hadapan 2964 A.D. sehinggalah 3024 A.D. Melakarkan kisahnya di serata latar geografi untuk memaparkan cerita yang penuh saspens, aksi, plot yang bergerak seperti sebuah filem serta cambahan politik dan peperangan yang kompleks.

Saga Horizon sebenarnya adalah sebuah novel yang memberi iktibar terhadap kepentingan sejarah dalam hidup manusia. Malah, sejarah tidak dapat lari daripada memberi pengaruh pada kehidupan manusia.

Novel sai fai karya Fadhli Al-Akiti ini memaparkan bagaimana manusia mesti belajar daripada peristiwa dan tragedi manusia yang berlaku pada zaman sebelumnya, agar penerokaan mereka buat masa hadapan lebih baik daripada semalam. Dengan sejarah, mereka dapat belajar kesilapan yang dibuat oleh manusia zaman dahulu. Dengan sejarah, mereka mencari pembaikan hidup yang lebih bermakna. Sejarah merupakan ilmu manusia mengenal jati sifat dan kesilapan mereka.

Novel ini memaparkan lampiran dalam pecahan seksyen-seksyen, memberi pengetahuan tambahan tentang budaya, sejarah, geografi, istilah dan cara hidup manusia pada zaman di dalam novel ini. Lampiran ini bermaksud menjadi nilai tambah pada cerita yang tersedia. Pembaca boleh mengikuti perkara sisipan yang relevan terhadap dunia novel ini.

Walaupun SAGA HORIZON ini memaparkan konsep-konsep sains dan teknologi seperti teori evolusi, teori Œsurvival of the fittest¹, teori politik kuasa Max Webber, teknologi robotik dan ruang hiper maya, Fadhli Al-Akiti tidak mengabaikan sifat drama dan emosi dalam cerita, melakarkan manusianya manusia. Ini adalah supaya pembaca terkesan dan tersentuh dengan drama manusia yang melata di atas dunia novel ini.

Fragmen Saga Horizon


Saga Horizon


Tinta dari Fadli Al-Akiti



 

Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor / Tel: 55118820 / Fax: 55113817 / Co. No. 276419M
Laman ini disediakan oleh webmaster ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian 019-2926401