| Dilahirkan
pada 6 November 1978. Anak ketiga daripada tujuh orang adik
beradik, kini menetap di Taiping bersama keluarganya. Pemegang
Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Peng. Sistem
Maklumat) ini tidak menyangka impiannya untuk bergelar penulis
berjaya juga akhirnya. Andai dahulu aktiviti penulisan ini
dilakukan secara sambilan sekadar mengisi masa lapang, kini
telah mulai serius untuk menjadikan penulisan sebagai kerjaya
tetap selain menjawat jawatan Pen. Pegawai Perpustakaan di
sebuah perpustakaan di Taiping.
Masa lapangnya dihabiskan dengan membaca buku dan menonton
drama Korea &Jepun. Cerpen pertamanya yang berjudul ‘Di
sini Mulanya’ pernah disiarkan dalam majalah Mingguan
Wanita 2001 semakin menaikkan semangatnya untuk terus menulis.
Tahun 2007 lahirlah novel pertamanya yang berjudul KUDAMBA
BAHAGIA. Memilih tema kekeluargaan dan kasih sayang kerana
yakin kedua aspek ini begitu sinonim dan akrab dalam kehidupan
setiap insan. Namun begitu, sebagai penulis yang inginkan
kelainan dan rencah dalam setiap karya-karyanya, lalu muncullah
RINDU BELUM BERHENTI yang boleh dikelaskan dalam kategori
‘action-romance’.
Amat menyenangi watak Adni, heroin RBB kerana Adni tidak seperti
heroin biasa yang digambarkan dalam kebanyakan novel. Adni,
naif, jujur dan tegas dalam caranya yang tersendiri. Dhiya
Zafira ingin mencipta ‘memorable character’ dan
berharap agar Adni dan Zack kekal lama dalam ingatan setiap
pembaca. |