PERKEMBANGAN novel Islam di Malaysia telah menunjukkan sambutan yang menggalakkan. Biarpun ruangnya belum sebesar novel-novel popular, tetapi ia bisa menjadi bacaan yang bakal diminati ramai. Insya-ALLAH...
ALAF 21 mengorak selangkah ke depan dengan jenama terbaru iaitu novel Islamik yang dikenali sebagai NOVEL NUR. Kemunculannya bukan kerana laba yang mahu dikejar dan tidak juga untung yang mahu dilipatgandakan. Jauh sekali untuk bersaing dengan penerbit-penerbit lain. Tetapi ia merupakan tanggungjawab Alaf 21 kepada masyarakat. |