| MAJLIS
BICARA KARYA
BERSAMA NORZAILINA NORDIN
MENGGAMIT PARA HADIRIN |
 |
BERAKHIRLAH
sudah Majlis Bicara Karya yang dihadiri oleh Norzailina
Nordin di Kota Baharu, Kelantan pada 27 November 2005 yang
lalu. Bila ditanya tentang pengalaman beliau di sana, beliau memaklumkan
sambutan majlis itu sangat memberangsangkan dan beliau sendiri berasa
berpuas hati dengan perjalanan majlis tersebut.
Ikutilah
catatan pengalaman beliau sepanjang berada di negeri Kelantan Cik
Siti Wan Kembang.
Puan Kamariah
dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan Encik Shahrul Riza
dari Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan (PPA) menjemput
saya di lapangan terbang pada tengah hari Sabtu, 26 November 2005.
Hujan renyai-renyai ketika itu. Saya terus dibawa ke Tapian Gelanggang
untuk jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Penulis Kelantan (PPK).
Di sana, saya sempat beramah mesra dengan beberapa orang penulis
tempatan. |
| Pada
sebelah malam, saya bersama rombongan kakitangan DBP mengunjungi Pasar
Wakaf Che Yeh. Ia adalah pasar besar yang beroperasi 24 jam
dan menjual beraneka jenis barangan seperti pakaian, kain ela, makanan
tempatan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Saya juga sempat meluangkan
masa bersama Puan Kamariah Omar, suami dan anaknya Marhaini (kisah
mereka pernah dinovelkan dalam ‘Zuriat’) |
Majlis
Bicara Karya diadakan pada hari Ahad, jam 2.00 petang.
Cuaca sangat baik sepanjang hari. Mentari memancar terik.
Seramai lebih kurang 100 peserta dari kalangan Persatuan Penulis
Kelantan, ahli-ahli perpustakaan awam, orang-perseorangan
yang berminat dan kakitangan DBP Kuala Lumpur serta Wilayah
Timur (Kelantan/Trengganu) menghadiri majlis tersebut.
Majlis
tersebut juga turut dirasmikan oleh Yang Berbahagia
Dato’ Dr. Firdaus, Ketua Pengarah DBP. Turut hadir,
Yang Berbahagia Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad, Timbalan
Pengerusi Lembaga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan.
Encik
Abdul Hadi Yusoff, yang menghasilkan Kumpulan Cerpen
Tali-tali terbitan DBP menghuraikan bagaimana beliau mendapat
ilham bagi menulis 19 buah cerpen yang dimuatkan di dalam
buku itu. Cerpen-cerpen itu tercetus dan terungkap di dalamnya
idea-idea yang rencam tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan
yang berhubung dengan sosio-budaya, sosio-ekonomi dan sosio-politik.
Lebih menarik, cerpen-cerpen itu diolah dengan gaya yang berlainan
dan mempunyai identiti yang tersendiri. |
 |
|
 |
Sebagai
pembicara kedua, saya berkongsi pengalaman dengan hadirin
tentang kisah benar di sebalik Arjuna Hati,
bagaimana saya mencari bahan rujukan/kajian terperinci bukan
setakat melalui internet tetapi juga melalui pembacaan. Saya
juga menjelaskan bagaimana saya memilih watak, membuat plot
dan menyelitkan banyak fakta sejarah di dalam novel tersebut
dengan cara yang bersahaja. Selain itu, saya turut menceritakan
pengalaman menulis novel Arca Kasih di mana
saya menemu ramah seorang jurutera di Pelabuhan Kelang dan
menyimpan naskhah Joran selama beberapa bulan untuk mengetahui
bagaimana aktiviti memancing di laut dalam dilakukan.
Majlis
tersebut diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah. Pihak
Alaf 21 berbesar hati menyumbangkan beberapa buah buku Alaf
sebagai hadiah kepada para pemenang yang bertuah. Majlis diakhiri
dengan sesi tandatangan buku dan beramah mesra antara pembicara
dan peserta yang hadir.
Kembali
ke menu utama
|
|
| |
|