BETAPA beratnya penderitaan Rasulullah menyebarkan agama Islam kepada umatnya sehingga baginda dikecam, dihina dan dikatakan gila. Namun, baginda tetap tabah menghadapi dugaan dan ujian tersebut.

Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 26 Februari 2010 yang lalu, Kumpulan Karangkraf yang disertai oleh kakitangan pelbagai jabatan termasuk Alaf 21 dan Karya Bestari turut menghayati pengorbanan baginda ketika perarakan dari stadium mini ke Stadium Malawati, Shah Alam.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah badan-badan kerajaan dan swasta, sekolah-sekolah serta institusi pendidikan tinggi sekitar Selangor.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Karangkraf kerana dipilih sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori Sepanduk Perarakan Terbaik. Namun, bukan penghargaan ini yang kami harapkan, yang lebih bermakna bagi kami adalah erti penghayatan di sebalik tanda cinta Rasulullah terhadap umatnya.

Moga-moga cinta dan rindu untuk kekasih ALLAH yang mulia ini terus mekar dengan sentiasa menitipkan selawat dan salam buat baginda...