PERSARAAN NOR MAZIAH
MENGGAMIT KEPILUAN WARGA ALAF 21

HARI ini 6 Januari 2006, kami dibelenggu kesedihan apabila salah seorang staf Alaf 21, Nor Maziah Abd Aziz akan bersara daripada jawatannya sebagai Designer Kanan. Dengan panggilan mesra Kak Maziah, beliau telah berkhidmat dengan Alaf 21 selama 23 tahun 1 bulan. Suka duka dan pahit maung pernah beliau tempuhi sepanjang bertugas di Alaf 21. Kami sendiri berasa kagum dan menyenangi sifat ketekunan beliau menjalankan tugas yang diberi.

Sesungguhnya sumbangan Kak Maziah kepada Alaf 21 begitu tinggi nilainya. Beliau telah menjalan tugas dengan memperlengkapkan manuskrip menjadi sebuah novel yang cantik rekaletaknya. Kecekapan beliau melakukan kerja dan sifat ramahnya memudahkan kami bekerjasama dengannya.

Memang betul pepatah Melayu yang mengatakan ‘Patah tumbuh hilang berganti’, tetapi bagi kami yang menggantikan itu tidak sama dengan Kak Maziah kerana beliau mempunyai keunikan karaktornya yang tersendiri. Namun, kami tetap memegang satu lagi pepatah Melayu, ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Jasa baik beliau di Alaf 21 tetap kami kenang. Segala nasihat yang pernah beliau berikan kepada kami akan kami sematkan di dalam dada dan ingati selalu.

Akhir kata, semoga Kak Maziah tabah menghadapi dugaan hidup di luar sana. Jangan lupa kami di sini.

SELAMAT BERJAYA

Kenangan bersama tetap terpahat dihati...

 

Klik di sini!
 

Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200 Shah Alam Selangor / Tel: 55118820 / Fax: 55113817 / Co. No. 276419M
Laman ini disediakan oleh webmaster ALAF DUA PULUH SATU SENDIRIAN BERHAD.
Segala pertanyaan boleh menghubungi talian 019-2926401