KARNIVAL KARANGKRAF 2016 KEMBALI LAGI



Acara yang paling ditunggu-tunggu saban tahun, Karnival Karangkraf 2016 akan berlangsung pada 26 - 28 Februari 2016 ini di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.

Pastinya peminat-peminat buku dan novel Alaf 21 tidak mahu ketinggalan untuk memeriahkan acara ini kerana diskaun yang ditawarkan amatlah tinggi dan banyak aktiviti menarik boleh disertai dengan pengisian aktiviti yang menarik dan hadiah hebat menanti pengunjung bagi setiap pembelian. (tertakluk pada terma dan syarat).

MENARIK DI KARNIVAL KARANGKRAF 2016 :
+ Novel terbaharu dari Alaf 21 dan Buku Prima. (Tak jual lagi kat tempat lain)
+ Buku-buku ilmiah dari Karya Bestari Sdn Bhd
+ Buku terbaharu dari Buku Pojok di samping 5 penerbit indie yang lain.
+ Penulis turun padang. (Siapa bertuah akan dapat hadiah istimewa dari penulis)
+ Hadiah istimewa dengan pembelian majalah terbitan Karangkraf. (Terdapat 20 majalah di bawah Kumpulan Media Karangkraf)
+ Aktiviti pentas yang menarik seperti Malam Puisi, Super Zumba Rapi, Fun Game dan banyak lagi.
+ Galeri Trik Mata dari Grup Majalah Impiana
+ Cabutan Bertuah
+ Kempen 3R (Return, Renew, Reward)
+ 6000 helai tudung PERCUMA untuk dibawa pulang.
+ Hadiah langganan yang gempak-gempak dari Karangkraf Mall
+ dan macam-macam lagi

RUGI KALAU TAK PERGI!!!!!!

Ayuh! Viralkan kepada rakan-rakan dan keluarga dengan hashtag #KarnivalKarangkraf2016

Tema pada tahun ini adalah GAME ON...
Switch ON untuk mood #KarnivalKarangkraf2016 sekarang!!!

» Senarai berita