Maaf Cakap 2 - Budaya Teguran Beremosi



Petikan dari akhbar Sinar Harian, 21 Mei 2015

SHAH ALAM - Budaya teguran dalam kalangan masyarakat kini terutamanya belia disifatkan lebih beremosi berbanding memberi nasihat.

Penulis buku, Norden Mohamed, 58, berkata, ramai yang tidak tahu mengenai cara untuk menegur dengan baik.

“Lihat sahaja di laman sosial, perasaan marah dilepaskan walhal niat asalnya adalah untuk menegur sesuatu kesilapan,” katanya selepas pelancaran buku Maaf Cakap 2 di sini semalam.

Menurutnya, Maaf Cakap 2 merupakan pandangan dan tegurannya terhadap cara berfikir serta tindakan.

“Ia adalah sebagai panduan dan peringatan untuk kita semua agar tidak mengulangi kesalahan serta membaiki kesilapan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, buku tersebut merupakan kesinambungan kepada buku Maaf Cakap yang kini telah dicetak kali ke tiga.

Norden yang juga merupakan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian berkata, perkataan maaf cakap merupakan kata kunci untuk melembutkan teguran terhadap individu.


Buku MAAF CAKAP 2 diboleh didapati secara online di Karangkraf Mall

» Senarai berita