RUANG RINDU
Penulis:
Rozita Abd Wahab
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-514-9
Sinopsis:
RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.
Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil.
Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
Tinta
Penulis:
Dayang Camelia... sebuah nama yang cukup menarik dan tentunya apabila kita mendengar nama secantik itu, apa yang terbayang di dalam fikiran adalah seorang gadis manis yang berpewarakan menarik, cantik dan pasti memikat hati sesiapa sahaja... Tapi sebaliknya apabila anda mengenali Dayang Camelia di dalam hasil nukilan saya kali ini... RUANG RINDU.
Setiap insan berhak untuk disayangi dan menyayangi... dirindui dan merindui... cinta dan mencintai. Walau siapa pun kita... cantik, menarik, lembut atau kasar seperti lelaki... seperti apa yang anda temui pada diri Camelia... dia tetap berhak untuk menikmati kasih sayang, dicintai dan dirindui.
RUANG RINDU... Seperti apa yang anda temui di dalam karya saya yang lalu, unsur-unsur kekeluargaan tetap diterapkan di dalam karya ini. Kasih sayang dari insan-insan di keliling kita menjadikan kita lebih bahagia dan membahagiakan mereka yang menyayangi kita juga adalah satu pengorbanan yang pasti akan membuahkan sesuatu yang amat bermakna.
Moga kebahagiaan menjadi milik anda walau di mana anda berada dan walau apa pun yang anda lakukan. |
 |
|