NOVEL-NOVEL TERBITAN KRU


Buku
Info dan Sinopsis
Terbitan

Tajuk: Mawi: Kian
Penulis: Meor Shariman & Khairul Aswad Ramly
Harga: RM15.90

Kepulangan Mawi dari Cairo membawa harapan kepada bapa angkatnya, Imam Suffian dan juga Rahmat kepada Zulaikha yang menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya itu. Namun pertemuan di kelas fardu ain telah membuat hubungan Mawi dengan Aida semakin berkembang. Akan tetapi satu kemalangan yang menimpa Imam Suffian telah menghalang hubungan mereka bermekar. Adakah Mawi dan Aida akan berpasangan akhirnya?


Tajuk: Tak Tahu Antara Dua
Penulis: Meor Shariman
Harga: RM15.90

Mana satu yang menjadi pilihan? Karier atau cinta?Adam dan Farah, adalah kadet polis yang ditugaskan untuk mengawal seorang pelajar kolej, Marsha, satu-satunya saksi kepada kes pembunuhan seorang ahli politik. Namun, dalam diam Farah menyintai Adam manakala Adam pula jatuh cinta kepada Marsha. Mampukah Adam dan Farah membuat pilihan yang tepat?


Tajuk: Cicak Man
Penulis: Meor Shariman
Harga: RM14.90

"Aku masih tak tahu daripada mana aku dapat superpower yang power gila ini. Tapi yang pasti, aku boleh melekat pada dinding macam cicak. Malahan, kecederaan aku cepat sembuh macam juga seekor cicak. Yang peliknya, aku kini suka makan serangga. Hmm.. tak sangka serangga enak rasnya, masin ada, manis pun ada. Yang pasti sedap. Dan mulai saat ini, aku adalah cicakman!

Tajuk: Pemburu Puaka
Penulis: Meor Shariman
Harga: RM19.90

Kuala Lumpur diselubungi ketakutan dengan kes-kes rogol dan pembunuhan gadis-gadis sunti. Gadis-gadis ini dibunuh kejam, menjadi mangsa Badigol, seorang lelaki yang mengamalkan ilmu hitam.

Dalam kekalutan yang berlaku, muncul Yusri, seorang pemburu puaka yang mempunyai tanggungjawab untuk memusnahkan kejahatan. Namun, mampukan Yusri bertempur dengan Badigol dan makhluk-makhluk halus suruhannya?

Tajuk: Badang
Penulis: Meor Shariman
Harga: RM14.90

"Adam memejamkan mata dan menumpukan segala kosentrasi dalam dirinya lalu kereta kancil itu diangkatnya dengan mudah sebelum meletakkannya semula ke tanah. Ijan yang ternganga mulut, terduduk tanpa kata manakala Boy jatuh pengsan kerana terlalu terkejut"

Tajuk: Sumpahan Fasha
Penulis: Meor Shariman & Fasha Sandha
Harga: RM14.90

"Fasha... sebenarnya Johan dah meninggal dunia," kata-kata Dr. Farid bagaikan halilintar yang membelah hati dan perasaan Fasha...
"Tapi semalam dia ada datang jumpa saya doktor. Mustahil dia dah mati." Wajah Fasha jadi pucat tak berdarah