seiring sejalan
harga RM 9.00
kategori Umum
penulis Mazuen Yahaya
halaman 288
berat 300 gram
tarikh terbit 25 Mei 2006
isbn 983-124-145-2
SINOPSIS
Sememangnya perkahwinan itu se­suatu yang indah apatah lagi jika di­sulami de­ngan sikap jujur, tanggungjawab, tolak ansur dan saling menyayangi. Keindahan itu lebih terasa jika insan yang se­lama ini kita cintai sepenuh hati, telah berjaya kita miliki. Namun, keindahan itu kadang­kala boleh lenyap dalam sekelip mata hanya kerana sedikit per­tentangan pendapat.

Perkahwinan juga ibarat satu pelayaran di lautan luas, yang me­nuntut sejuta kesabaran setiap pasangannya. Jangan biarkan mah­ligai yang anda bina hancur berkecai dihempas ombak yang besar. Pertahankan sehabis daya agar anda berdua dapat sampai ke pelabuhan impian dengan gembira dan selamat.

Seiring Sejalan merangkumi pelbagai ilmu rumah tangga termasuk tip, panduan dan cara untuk anda mengekalkan ikatan perkahwinan supaya sentiasa aman, ceria dan seterusnya dapat membina sebuah keluarga yang bahagia. Anda jangan risau, setiap masalah yang timbul ada cara untuk mengatasinya iaitu dengan hanya memiliki senaskhah Seiring Sejalan. Moga perkahwinan anda sentiasa bahagia dan diberkati oleh-NYA, insyaALLAH.
BUKU-BUKU LAIN
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com