sihat dengan yoga
harga RM 10.00
kategori Umum
penulis Heidi Kiong
halaman 112
berat 300 gram
tarikh terbit 03 September 2008
isbn 978-983-124-375-6
SINOPSIS
DI ZAMAN moden seperti ini, manusia sering terdedah pada ketegangan minda, kesesakan penambahan penduduk dan pencemaran alam sekitar. Malah, kadar kehidupan yang bergerak pantas menjadikan mereka tidak mempunyai banyak waktu untuk beristirehat. Ini menyebabkan manusia sentiasa berusaha untuk mencari suatu gaya hidup sihat bagi mengurangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan kesejahteraan hidup.

Yoga merupakan salah satu pilihan utama yang disyorkan bagi maksud mengurangkan kesan yang tidak sihat akibat realiti kehidupan di zaman moden ini. Beberapa kajian di seluruh dunia telah membuktikan secara kukuh bahawa amalan yoga secara tetap dengan cara yang betul boleh meningkatkan tahap kesihatan. Ia juga dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius.

Buku SIHAT DENGAN YOGA sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk lebih memahami kebaikan yoga dalam kehidupan anda. Yoga pasti memberikan anda suatu kepuasan baru ke arah kehidupan yang lebih sihat dan ceria.
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
KRAF
UMUM
RESEPI
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com