rahsia diet
harga RM 9.00
kategori Umum
penulis Norafidah Mat Rashad
halaman 272
berat 300 gram
tarikh terbit 01 Mac 2007
isbn 978-983-124-285-8
SINOPSIS
ALAF 21 mempersembahkan satu lagi buku terbaru bertajuk ''''''''Rahsia Diet'''''''', selenggaraan Norafidah Mat Rashad yang kini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran.

Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan langsing, hidup sihat dan nampak cantik dengan diet yang sempurna, buku ini mengajak anda menyelami rahsia diet yang sebenar. Tubuh badan yang langsing, ingin dilihat cantik dan hidup sebagai seorang yang sihat merupakan idaman setiap kaum Hawa. Malah, ramai yang merungut apabila melihat penampilan diri yang tidak menarik, sering diganggu oleh emosi-emosi yang tidak sihat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit berisiko tinggi. Bagi kaum Adam pula, mereka dibayangi perut buncit dan kurang tidur serta ''''''''Bigorexia'''''''' iaitu takut pada badan yang kurus dan kecil. Kerana itu, anda harus bertindak untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan yang baik sepanjang hidup.

Buku ini dapat merungkaikan segala kekusutan dan persoalan yang sering menghantui diri anda. Perubahan diet tidak sepatutnya dilakukan secara tiba-tiba. Dalam menerapkan diet yang sihat, adalah wajar anda mengetahui tip-tip, pemakanan yang seimbang, mengawal penyakit berisiko dan senaman-senaman yang konsisten.

Untuk tahu tip selanjutnya, sila dapatkan buku ini secepat mungkin. Mulakan dari sekarang untuk sihat sepanjang usia. Segala-galanya di tangan anda. Buktikan bahawa anda bijak melakukan perubahan demi kepentingan dan kualiti diri anda.
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
      KRAF
      UMUM
      RESEPI
      KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
      Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com