rindu eropah tawan damascus
harga RM 18.00
kategori Umum
penulis Munir
halaman 368
berat 0 gram
tarikh terbit 24 Disember 2010
isbn 978-967-5711-17-6
SINOPSIS
Sebuah travelog seorang pemuda berusia 21 tahun dengan menaiki kereta api, kapal laut, kapal terbang dan adakalanya terpaksa berjalan kaki. Kisah benar yang dilalui penulis dipaparkan secara telus ini boleh menjadi panduan kepada bakal pengembara.

Munir berhasrat menuju Eropah, tetapi akhirnya menetap dua tahun di Syria. Sebelum itu, Munir sempat menjejak Thailand, Singapura, India, Pakistan, Turki dan akhirnya berpeluang menunaikan fardu haji pada usia 22 tahun.

Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef di Hotel Meridien, Syria.

Karya ini mampu membuka minda pelajar-pelajar jurusan perhotelan, bahawa mereka boleh memohon pekerjaan di hotel-hotel bertaraf lima bintang di seluruh dunia.
BUKU-BUKU LAIN
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com