tinta dari hati
harga RM 21.00
kategori Umum
penulis Sharifah Al-Qhadri
halaman 320
berat 300 gram
tarikh terbit 25 Januari 2015
isbn 978-967-446-074-7
SINOPSIS
Tiada manusia yang tidak mahu menjadi kaya dan hidup bahagia. Namun lumrahnya, kita tidak mungkin dapat semua yang diimpikan. Apa yang baik pada mata kita tidak semestinya indah pada pandangan-NYA.

DIA yang memiliki hati, malah DIA juga pemegang kunci setiap hati. "Maka nikmat ALLAH yang mana lagi hendak kamu dustakan?" - ar-Rahman
Tinta Dari Hati merupakan catatan kembara yang dilalui oleh penulis. Sebuah kisah benar yang mampu membuatkan anda merenung kembali makna kehidupan dan memperbaiki kekurangan diri. Lebih mantap lagi, diceritakan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi sebagai teladan.

Antaranya kisah dua pemuda yang masing-masing masuk neraka dan syurga kerana seekor lalat, cendekiawan barat yang memeluk Islam kerana ayat al-Quran dan pelbagai lagi kisah menarik yang pasti akan meruntun hati anda.

Perancangan ALLAH SWT jauh lebih hebat. Malah DIA bagaikan ''''pengarah'''' yang melakar satu kisah yang lain. Kisah yang meletakkan ‘aku’ sebagai si pencerita terhadap kehidupan yang didatangkan untuk manusia lainnya. Ya Rabbal Qulub!! – Sharifah al-Qhadri
BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com