variasi masakan utara
harga RM 19.90
kategori Resipi
penulis Norzailina Nordin
halaman 160
berat 350 gram
tarikh terbit 19 September 2005
isbn 983-124-198-3
SINOPSIS
Buku ini menghidangkan resipi-resipi dari empat buah negeri di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Sebagaimana yang kita maklum setiap negeri mempunyai keistimewaan masakan mereka sendiri. Jika dihalusi, masakan juga merupakan budaya sesebuah negeri dan sesuatu bangsa. ‘Syurga Masakan Mamak’ dikaitkan dengan Pulau Pinang. Manakala menu di Perlis sering dikaitkan dengan selera masakan Siam. Apapun, dunia masakan memang unik dan masih banyak yang perlu diterokai.

Sepanjang penglibatan Norzailina Nordin selama 13 tahun di bidang masakan, beliau telah menghasilkan 12 buah buku masakan. Antaranya Belajar Memasak, Aneka Hidangan Pisang, Variasi Sajian Sihat, Aneka Hidangan Kurma, Resipi Pilihan Keluarga, Masakan Popular Malaysia, Seni Hiasan Kek dan sebagainya.

Resipi beliau pernah diterbitkan di majalah-majalah tempatan. Beliau juga sering dijemput menghakimi pertandingan memasak di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, beliau juga mengadakan Demonstrasi Memasak di Putrajaya dan Brunei; juga kelas masakan untuk pengusaha restoran makanan Melayu di Jepun.

Program televisyen yang pernah disertai adalah Kuali, Ciptarasa Hari Raya, Simply Delicious, Sajian Hari Raya (Suria TV, Singapura), NONA, HAWA, Bersama Anita, Wanita Hari Ini dan Chef Wan di Satu. Terkini beliau menjadi kolumnis Knorr untuk majalah Rasa dan Mingguan Wanita di samping mengendalikan ruangan Soal Jawab Masakan di laman web Alaf 21.
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com