165 kek & biskut raya
harga RM 22.00
kategori Resipi
penulis Haryati Mat Deris
halaman 192
berat 200 gram
tarikh terbit 10 Ogos 2011
isbn 978-983-124-708-2
SINOPSIS
Berhari raya tanpa dilengkapi balang berisi biskut dan kek di atas meja hidangan tentunya terasa kurang meriahnya. Ia sudah menjadi amalan zaman-berzaman sehingga kini. Sebagai sebuah negara pelbagai kaum, Malaysia tidak kalah dengan aneka sajian lazat dan menyelerakan. Bahulu, makmur, kek mentega, kerepek bawang, kacang botak, kuih denderam, tapai, halwa maskat dan dodol antara hidangan klasik yang masih wujud di hati masyarakat kini.

Setiap kali menjelang hari raya, selain hidangan tradisi seperti lemang, ketupat dan lain-lain, aneka biskut dan kek juga merupakan sajian popular yang akan menjadi pilihan. Sama ada tradisional mahupun moden, setiap satunya tetap memiliki keistimewaan. Membuat biskut dan kek tidak sukar jika tahu caranya. Bahan-bahan asasnya ialah tepung, mentega, telur dan gula. Ceriakan lebaran anda dengan mencuba pelbagai resipi yang disediakan di dalam buku ini. Sudah pasti hari raya anda bersama keluarga akan lebih bermakna dengan menghidangkan resipi-resipi terbaik hanya di 165 KEK & BISKUT RAYA.

• Keunikan biskut lama & baru
• Aneka tat yang comel & lazat
• Kek pikat selera tetamu
• Kerepek kampung sebagai kudapan rangup
• Kuih tradisi warisan zaman-berzaman
• Langkah demi langkah
KATEGORI BUKU
Buku terlaris

Novel
    KRAF
    UMUM
    RESEPI
    KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
    Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com