brownies paling agung
harga RM 25.00
kategori Resipi
penulis Khairul Hakimin Muhammad
halaman 0
berat 0 gram
tarikh terbit 01 Februari 2017
isbn 978-967-86-0776-6
SINOPSIS

Setelah mengembara ke lebih empat negara untuk mengetahui bagaimana proses coklat dan brownies dihasilkan, akhirnya saya bertemu perihal dunia manisan ini di sebuah perkampungan di India. Pelbagai persoalan ditanya untuk mengetahui bagaimana coklat boleh menghasilkan brownies dan bagaimana ia boleh dimasak dengan beberapa elemen lain hingga menjadikannya Brownies Paling Agung.

Hampir setiap hari saya muat naik status memasak resipi ini di Facebook, hingga ke tahap dikenali sebagai Bapa Brownies Kebangsaan. Hari ini ia menguatkannya lagi dengan naskhah Brownies Paling Agung. Ada 30 resipi brownies yang boleh buat kau orang makan sampai pengsan.

MENGAPA BUKU BROWNIES PALING AGUNG WAJIB DIMILIKI!

- Brownies digemari ramai oleh seluruh masyarakat tidak mengira usia dan bangsa.

- Brownies kini menjadi semakin popular. Selain menjadi hidangan sampingan keluarga, ia turut menjadi hadiah hari jadi, hantaran pertunangan, cenderahati perkahwinan dan sebagainya.

- Buku ini mengandungi 30 resipi brownies. Antaranya seperti Double Chocolate Brownies, Red Velvet Brownies, Fruits Mix Brownies, Dark Chocolate Brownies, Congo Bar, Strawberry Bar dan lain-lain.

- Penggunaan bahan-bahan yang cukup mudah didapati. Selain penerangan cara membuat yang sangat jelas dan simple mengikut turutan.

- Pembuatan brownies kini telah menjadi trend bisnes untuk dikomersilkan sebagai sumber pendapatan yang lumayan. Selain dijual di kedai, brownies juga menjadi pilihan sebagai cenderahati tetamu dalam banyak majlis keramaian.

- Selain perkongsian resipi buku ini juga mengandungi pelbagai info & tip seperti: Pengenalan kepada jenis-jenis coklat, kekacang, tepung dan sebagainya. Terdapat juga petua yang dikongsikan.

- Harga tidak mahal. Mampu milik.

BUKU-BUKU LAIN
    KATEGORI BUKU
    Buku terlaris

    Novel
      KRAF
      UMUM
      RESEPI
      KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.
      Sebarang pertanyaan/jemputan, sila emelkan ke alaf21@karangkraf.com